tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

48
TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233) TUGASAN JANUARI 2013 SEMESTER KOD KURSUS EPM233 NAMA KURSUS MODEL & STRATEGI PEDAGOGI PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN NAMA PELAJAR SIJARA@ZAHARAH BT MOKTI NO. MATRIK 690506125566 NAMA FASILITATOR PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT | 1

Upload: norafsah-awang-kati

Post on 07-Jun-2015

10.535 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

TUGASAN

JANUARI 2013 SEMESTER

KOD KURSUS EPM233

NAMA KURSUS MODEL & STRATEGI PEDAGOGI

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN(PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH

RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

NAMA PELAJAR SIJARA@ZAHARAH BT MOKTI

NO. MATRIK 690506125566

NAMA FASILITATOR

PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT

| 1

Page 2: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Pendahuluan 4

Bahagian A : Esei

1. Pengenalan 5

1.1 Definisi Pengajaran 5

1.2 Definisi Pembelajaran 6

1.3 Definisi Didik Hibur 6

1.4 Ciri-ciri Didik Hibur 6

1.5 Bahan Media Sebagai Sokongan Pengajaran dan pembelajaran 7

2. Sejauh Mana Pengajaran Di SK Landung Ayang, Kota Belud Masih 7

Berpusatkan Guru

2.1 Hasil Pemerhatian Terhadap Proses P&P di SK Landung Ayang, Kota Belud 8

2.3 Cadangan Menambahbaik Kelemahan Strategi Pemusatan Guru 9

3. Strategi Melibatkan Murid “secara aktif dan menyeronokkan dengan 10

sokongan pelbagai bahan media yang sesuai” Dalam Proses P&P

3.1 Konsep Pengajaran 10

3.2 Konsep Pembelajaran 10

3.3 Empat Bidang Kompetensi Guru 11

3.4 Teori Pembelajaran Gagne (1974, 1977) 11

3.5 Teori Pembelajaran Ewell (1997) 12

3.6 Pelbagai Bahan Media Mendorong Penglibatan Murid Secara Aktif Dan 13

Menyeronokkan Dalam Proses P&P

3.7 Langkah Terbaik Melibatkan Murid Dalam Proses P&P 14

“secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai

bahan media yang sesuai”

| 2

Page 3: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

4. Penaksiran Yang “Berkonsepkan Didik Hibur” 17

4.1 Definisi Penaksiran

4.2 Objektif Didik Hibur 18

4.3 Aspek Didik Hibur 18

4.4 Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur 20

4.5 Ciri-ciri Aktiviti Didik Hibur 20

4.6 Konklusi Penaksiran Berkonsepkan Didik Hibur 21

5. Isu-isu Berkaitan Dengan Pengajaran & Pembelajaran Secara 21

Aktif & Menyeronokkan

5.1 Isu-isu Berkaitan P&P Secara Aktif & Menyeronokkan 21

5.2 Cadangan Untuk Mewujudkan P&P Secara Aktif & Menyeronokkan 22

Bahagian B : Rancangan Pelajaran Harian 26

1. RPH Bahasa Melayu KSSR Tahun Satu

(Memberi tumpuan kepada Pembelajaran Kolaboratif)

Rumusan 29

Bibiliografi 30

| 3

Page 4: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Pendahuluan

Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas

junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin

memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan

bagi kursus Model & Strategi Pedagogi (EPM233) ini dapat disiapkan sepenuhnya.

Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi; iaitu

kebolehan pelajar mengaplikasi prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian

sesuatu masalah, menilai dengan kritis dan menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuai

sesuatu yang sedia ada.

Tugasan ini terbahagi kepada Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah

penjelasan secara terperinci tentang sejauh manakah pengajaran di sekolah (tempat saya

bertugas) masih berpusatkan guru; bagaimana guru telah melibatkan murid “secara aktif dan

menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai dalam proses

pengajaran dan pembelajaran; bagaimana penaksiran adalah “berkonsepkan didik hibur” dan

seterusnya membincangkan tentang isu-isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran “secara

aktif dan menyeronokkan”. Manakala Bahagian B mengandungi Rancangan Pelajaran Harian

yang memberi tumpuan kepada Pembelajaran Kolaboratif (berpusatkan murid).

Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya kepada

pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas tunjuk ajar kalian. Ucapan ribuan terima kasih

juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi

kolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai.

Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak ilmu bermanfaat kepada diri saya

berkaitan model dan strategi pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah supaya

pengajaran lebih berpusatkan pelajar dan melibatkan murid secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam

meneroka dunia ilmu tanpa sempadan.

Disediakan oleh :

SIJARA@ZAHARAH BT MOKTI690506125566AEU Kudat (09Mac 2013)

| 4

Page 5: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

1. Pengenalan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah mula diperkenalkan dan

dilaksanakan pada Tahun 2011. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah

ditransformasikan kepada KSSR. KSSR ini dilaksanakan khususnya di sekolah rendah di

negara kita dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan

yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa juga cabaran abad ke-21. Ini adalah sejajar

dengan kehendak Teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu

‘Membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta

menghayati nilai-nilai murni’. Dari sudut pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah

rendah, KSSR menekankan pengajaran berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang

kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan

menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai.

Berikut dikemukakan beberapa penjelasan secara terperinci tentang definisi

pengajaran; definisi didik hibur; pengajaran & pembelajaran secara aktif dan

menyeronokkan; definisi pengajaran & pembelajaran berpusatkan murid; definisi pengajaran

& pembelajaran berpusatkan guru; seterusnya definisi sokongan pelbagai bahan media.

1.1 Definisi Pengajaran

Reinhartz dan Beach (1997) menyatakan bahawa pengajaran bermaksud implementasi

kurikulum iaitu apabila berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik

darjah.

Menurut Halmos (1994), pengajaran bermaksud suatu perkara daripada segi apa,

bagaimana dan mengapa.

Berdasarkan Dictionary.com (diterjemah), pengajaran adalah melibatkan aktiviti-

aktiviti yang menyampaikan ilmu atau kemahiran.

Berdasarkan Answers.com (diterjemah), pengajran adalah suatu perlakuan, proses atau

seni menyampaikan ilmu dan kemahiran.

Berdasarkan Online Medical Dictionary (diterjemah), pengajaran adalah suatu proses

pendidikan tentang mengarah.

Berdasarkan The Free dictionary (diterjemah), pengajaran adalah suatu proses

profesion untuk mereka yang memberi arahan, terutamanya di sekolah rendah atau menengah

atau university.

| 5

Page 6: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Manakala di dalam Webster Dictionary (diterjemah), pengajaran adalah perlakuan dan

perihal mengarah.

1.2 Definisi Pembelajaran

Marton dan Booth (1997) menjelaskan bahawa pembelajaran adalah berkenaan

bagaimana kita menanggap dan memahami dunia dan tentang membuat makna. Fry dan

Marshal (2003) menjelaskan pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta,

pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang

bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu dan juga penaakulan. Dengan berlakunya

perubahan pada tingkah laku pelajar selepas melalui sesuatu pengalaman pendidikan, maka

pembelajaran pun dianggap telah berlaku.

1.3 Definisi Didik Hibur

Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur. Dalam Kamus Dewan (2000)

mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar. Manakala hibur

bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan perlaksanaan terhadap empat

komponenen sastera iaitu nyanyian, lakonan, bercerita dan puisi. Oleh itu, murid-murid dapat

merasai keseronokan semasa belajar secara total kerana sesi pembelajaran telah dirancang

dengan sistematik.

1.4 Ciri-ciri Didik Hibur

Ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran antaranya ialah sesi pembelajaran yang

menyeronokkan dengan kewujudan unsur kelakar, kecindan, unsur estetik, permainan muzik,

lakonan dan sebagainya; mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada

guru; murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan

tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya; sesi pembelajaran

yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti nyanyian atau lakonan di mana

murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur; objektif

aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara

persembahan tanpa unsur kalah atau menang, tanpa ganjaran atau denda di samping latihan

dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti P&P; aktiviti didik hibur tidak memberi

| 6

Page 7: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

penekanan kepada kesalahan murid sebaliknya menekankan penglibatan murid semaksima

mungkin dalam aktiviti yang bersahaja dan santai; cenderung kepada aktiviti berkumpulan

atau berpasangan untuk menggalakkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi;

murid bebas menyuarakan pendapat atau sebarang idea secara logic dalam keadaan terkawal

supaya menghasilkan persembahan yang menarik; murid; dan akhir sekali lebih banyak

melibatkan komunikasi bahasa tubuh.

1.5 Bahan Media Sebagai Sokongan Pengajaran & Pembelajaran

Bahan bermaksud segala kelengkapan yang digunakan untuk membantu proses

pengajaran. Bahan media datang dalam bentuk media bercetak dan media elektronik.Bahan

media bercetak contohnya buku, majalah dan surat khabar. Manakala bahan elektronik

contohnya computer, radio, internet dan sebagainya. Media elektronik lazimnya memaparkan

atau mengandungi audio visual seperti CD,VCD, atau DVD. Saluran atau media ini

digalakkan supaya guru menggunakannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk

menyampaikan isi pelajaran. Antara ciri-ciri bahan media sebagai sokongan pengajaran dan

pembelajaran ialah menarik minat, mudah dibawa, saiz yang bersesuaian dan konsep yang

tepat. Kelebihan menggunakan bahan media untuk menyampaikan isi pelajaran antaranya

ialah murid dapat pengalaman realistik; merangsang deria rangsangan murid-murid;

kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid; pengekalan minat dan tumpuan melalui

pelbagai media; peningkatan daya ingatan; peningkatan kemahiran berfikir, motivasi dan

kreativiti, keseronokkan dalam pembelajaran; kemahiran interpersonal dan intrapersonal;

kemahiran psikomotor dan juga lebih efektif.

2. Sejauh Mana Pengajaran Di SK Landung Ayang Masih Berpusatkan Guru

Dalam KSSR strategi pengajaran berpusatkan guru merupakan salah satu daripada

pelaksanaan pengajaran selain daripada pemusatan murid, pemusatan bahan dan berasaskan

aktiviti/tugasan. Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran memerlukan kebijaksanaan

guru memilih pendekatan, merancang kaedah, menentukan teknik P&P berdasarkan objektif

pelajaran yang telah ditentukan.

| 7

Page 8: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

2.1 Hasil Pemerhatian Terhadap Proses P&P di SK Landung Ayang, Kota Belud

Setelah membuat pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran di SK

tempat saya bertugas, saya dapati strategi pengajaran berpusatkan guru tidak digunakan

sepenuhnya oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Tahun 1 yang berorientasikan

KSSR seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,

Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik.

Saya dapati guru-guru tersebut hanya menggunakan pengajaran berpusatkan guru

untuk langkah P&P yang memerlukan guru memberi pengenalan umum, memberi gambaran

keseluruhan sesuatu isi pelajaran, merumus isi pelajaran dan semasa memberi arahan

melakukan sesuatu aktiviti atau tugasan. Contohnya guru membuat penerangan tentang

cara membina dan menulis ayat. Pengajaran berpusatkan guru mengkehendaki guru

memandu aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah

kelas. Interaksi guru dan murid agak terbatas. Manakala interaksi murid dengan murid sukar

berlaku. Penyampaian maklumat lebih kepada satu hala iaitu daripada guru kepada murid.

Guru-guru tersebut juga meminta semua murid menggunakan bahan bantu mengajar yang

sama dan menggunakan papan putih supaya lebih tertumpu untuk membuat catatan atau

penyampaian maklumat.

Setelah membuat pemerhatian ke atas proses P&P bagi mata pelajaran teras KSSR

Tahun1 tersebut, saya dapati pada mulanya murid-murid menunjukkan respon positif.

Apabila guru bertanya sama ada paham atau tidak dan boleh buat atau tidak, mereka lantas

menjawab ‘‘Ya, kami paham’’, dan “Boleh, kami boleh buat”. Namun hakikatnya, semasa

murid diminta untuk membina dan menulis ayat tersebut, terdapat beberapa orang murid

tidak dapat melakukannya kerana tidak faham penerangan guru sepenuhnya. Daripada respon

murid ini, saya dapat membuat rumusan bahawa pengajaran berpusatkan guru tidak

membantu guru untuk menjadikan murid faham sepenuhnya melalui penerangan secara kelas

tersebut. Guru sukar untuk menilai sejauh mana murid boleh menerima penerangan yang

dibuat secara kelas tersebut. Salah satu sebabnya murid merasa takut atau malu untuk

bertanya semula kepada guru tentang penerangan tadi. Hal ini jelas menunjukkan pengajaran

berpusatkan guru menghalang interaksi murid dengan guru dan interaksi murid dengan

murid.

| 8

Page 9: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

2.3 Cadangan Menambahbaik Kelemahan Strategi Pemusatan Guru

Terdapat beberapa cadangan untuk mengurangkan ketidakfahaman murid terhadap isi

pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Antaranya setelah guru

menggunakan strategi pengajaran berpusatkan guru, sebaiknya guru meminta beberapa orang

murid untuk tampil ke depan kemudian meminta seorang demi seorang menghasilkan apa

yang diminta oleh guru iaitu membina dan menulis ayat. Kemudian menyemaknya secara

kelas supaya murid lebih faham dan lebih jelas untuk membina dan menulis ayat. Setelah itu,

bolehlah guru meminta semua murid memulakan aktiviti membina dan menulis ayat masing-

masing sama ada secara kumpulan atau individu. Ini dinamakan teknik simulasi. Simulasi

bermaksud satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang

memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi

membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melaui teknik ini

murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti membina jawapan yang betul dan tepat.

Ini memberi peluang kepada murid untuk mengalami sendiri situasi atau sesuatu masalah.

Dengan itu, sudah tentu murid yang lain dapat mencontohi dan akan bertambah kefahaman

mereka terhadap isi pelajaran yang diajar oleg guru.

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru boleh digantikan

dengan pengajaran berpusatkan murid. Dari sudut amalan guru, guru boleh merancang

pengajaran dan tugasan pembelajaran kemudian melaksanakannya dengan penglibatan murid.

Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi pelajaran yang

memerlukan murid memberi respon sepenuhnya contohnya permainan, teka teki, kerja

lapangan dan lain-lain lagi.

Dari sudut aktiviti pelajar pula, Bickford et al. (2002) menganjurkan ‘otonami

terikat’ iaitu guru boleh meminta murid menjalankan tugasan yang diberi dalam batasan bilik

darjah dengan berpusatkan pelajar. Dengan itu, murid berasa mampu untuk membuat

penyiasatan bagi menjawab persoalan tugasan. Secara tidak langsung, wujud kolaborasi

antara murid dengan murid dan antara guru dengan murid.

Seterusnya dari sudut tugasan pengajaran, matlamat dan objektif pengajaran adalah

ditentukan oleh guru kemudian diserap ke dalam tugasan-tugasan yang akan dibuat

sepenuhnya oleh murid. Guru boleh menganjurkan tugasan atau aktiviti yang memerlukan

murid bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka. Ini melibatkan interaksi antara murid

dengan murid dan guru dengan murid.

| 9

Page 10: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Demikianlah sejauh mana penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan guru di sekolah tempat saya bertugas. Cadangan dan sumbangan idea tersebut

diharap dapat dijadikan panduan dan menjadi amalan pengajaran di bilik darjah bagi

melahirkan murid yang boleh mengamati ilmu pengetahuan diikuti dengan mampu

menguasai kemahiran belajar bermula daripada isi pelajaran yang asas sehinggalah topic

yang lebih kompleks.

3. Strategi / Langkah-langkah Melibatkan Murid “secara aktif dan menyeronokkan

dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai” Dalam Proses P&P

Menurut Loris Malaguzzi (1994) “Pengajaran dan pembelajaran tidak boleh ‘berdiri’

bertentangan sebuah sungai sambil melihat air mengalir, namun perlu ‘berjalan’ bersama-

sama untuk mengharungi arus sungai tadi. Melalui permuafakatan yang kukuh, pengajaran

akan berjaya mengukuhkan pembelajaran”.

3.1 Konsep Pengajaran

Berdasarkan kenyataan Loris Malaguzzi (1994) menunjukkan bahawa pengajaran

adalah dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan

kaedah, teknik yang sesuai dengan disokong oleh bahan media dan seterusnya memotivasi

murid supaya mengambil inisiatif untuk untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan

dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

3.2 Konsep Pembelajaran

Manakala pembelajaran adalah proses pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan

tingkah laku tetap yang dihasilkan melalui pengalaman. Perubahan tingkah laku ialah

pembelajaran sebenar yang berlaku dalam satu persekitaran. Oleh itu, pembelajaran adalah

satu proses yang berterusan di mana terdapat perubahan tingkah laku yang nyata pada

seseorang individu pada akhir proses tersebut. Sebagaimana Unisec, Lockhart dan Walters

(1990) mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perubahan yang agak kekal dan sesuatu

yang berubah akibat daripada pengalaman.

| 10

Page 11: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

3.3 Empat Bidang Kompetensi Guru

Menurut Smith (1996) terdapat empat bidang kompetensi guru yang berkesan bagi

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu pemahaman tingkah laku

manusia dan aplikasinya dalam pembelajaran; pemaparan sikap yang positif terhadap murid

dan pengajaran; penguasaan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar; seterusnya penguasaan

teknik pengajaran yang memudahcarakan pembelajaran.

3.4 Teori Pembelajaran Gagne (1974, 1977)

Terdapat beberapa teori pembelajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah antaranya teori pembelajaran Gagne dan teori pembelajaran

Ewell. Kedua-dua teori masing-masing mempunyai konsep tersendiri. Teori pembelajaran

Gagne menerangkan minda manusia memproses maklumat seperti computer. Mengikut teori

ini terdapat lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang

dipelajari iaitu peringkat pertama ‘motivasi’; peringkat kedua ‘memberikan perhatian’;

peringkat ketiga dan keempat ‘perolehan dan ingatan’; peringkat kelima ‘ingat kembali dan

retrieval’; peringkat keenam ‘generalisasi’; peringkat ketujuh ‘prestasi’ dan diakhiri dengan

peringkat kelapan ‘maklum balas dan peneguhan’. Antara implikasi proses pembelajaran

Gagne terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ialah menarik perhatian murid dengan

mengarah murid kepada topik pengajaran termasuk set induksi, bahan bantu mengajar

yang menarik dan dapat merangsang murid; menyedarkan murid tentang objektif

pelajaran dan matlamat pengajaran; merangsang pengetahuan sedia ada dengan menggunakan

pelbagai gaya pengajaran sebelum memulakan pengajaran; membimbing pembelajaran

supaya murid dapat mengekod maklumat dalam ingatan jangka panjang dengan

sokongan bahan yang jelas, tepat dan menarik; melaksanakan perlakuan dengan meminta

murid melatih kemahiran dan tingkah laku baru dan dengan mengesahkan murid menguasai

pengetahuan yang diajar; memberikan maklum balas melalui latihan dalam pelajaran yang

dapat mengesan kefahaman murid tentang pembelajaran; menilai perlakuan dan prestasi

melalui ujian pelbagai bentuk (formatif atau sumatif) ketika akhir pengajaran guru; dan akhir

sekali merangsang ingatan dan pemindahan pembelajaran melalui contoh tambahan dan

latihan-latihan bagi menambah baik pemahaman murid terhadap pembelajaran yang telah

dikuasai seterusnya memindahkan pengetahuan yang dipelajari ke dalam situasi baru.

| 11

Page 12: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

3.5 Teori Pembelajaran Ewell (1997)

Bagi teori pembelajaran Ewell (1997) pula, beliau lebih cenderung kepada sebuah

model yang menggambarkan prinsip pembelajaran yang mempengaruhi penguasaan

pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi. Teori ini mementingkan lapan

prinsip utama iaitu penglibatan aktif, perkaitan dan corak, pembelajaran informal,

pengalaman langsung, situasi mendesak, maklum baalas berterusan, suasana yang

menyeronokkan dan akhir sekali prinsip refleksi. Penglibatan aktif ialah keadaan di mana

murid berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran serta dapat mengingat kembali

maklumat dengan berkesan. Ini bermaksud murid seharusnya dapat menyelesaikan masalah,

mengemukakan cadangan, memberikan pengertian baru, berkebolehan untuk

menghubungkait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baru. Sebagai contoh

mewujudkan perbincangan secara kelas. Perkaitan corak pula merujuk kepada adaptasi

terhadap konteks pembelajaran baru dan terhadap tugasan dengan mengait, mengorganisasi

dan menggunakan pengetahuan juga kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur-

struktur baru. Ini bermaksud pemikiran secara kritis diperlukan. Sebagai contoh murid Tahun

1 diminta menggambarkan suasana keluarga bahagia dengan melukis gambaran mereka pada

sehelai kertas putih. Pembelajaran informal pula bermaksud pembelajaran tidak hanya

berlaku di dalam bilik darjah atau pun dalam waktu pengajaran tetapi boleh berlaku di mana-

mana sahaja serta pada bila-bila masa. Ini bermaksud murid belajar sepanjang masa bersama

guru atau tanpa guru sama ada dilaksanakan dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Prinsip

pengalaman langsung pula ialah proses membina makna berdasarkan pengalaman. Ia adalah

merujuk kepada learning by doing di mana murid akan belajar jika mereka melakukan

aktiviti pembelajaran secara langsung. Pembelajaran langsung memberi fokus kepada

pembelajaran individu. Ia amat berkesan jika guru mengaplikasi kitaran pembelajaran

menyeluruh iaitu menetukan matlamat, membuat eksperimen, memerhati, menyemak semula

dan akhirnya membuat pelan tindakan. Prinsip seterusnya situasi mendesak di mana murid

apabila menghadapi masalah yang mencabar seterusnya menarik minat mereka kerana

penyelesaian dianggap sebagai mempunyai akibat sebenar, maka motivasi murid dan

pembelajaran akan berlaku. Ini bermaksud guru boleh menyediakan banyak peluang untuk

murid melibatkan diri dalam pelbagai kemahiran. Prinsip seterusnya maklum balas berterusan

iaitu maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan dan juda respon.

Ia berperanan mempengaruhi proses afektif dan motivasi murid, sebagai pembetulan atau

insentif sepanjang proses pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan. Seterusnya

suasana yang menyeronokkan iaitu suara guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan,

| 12

Page 13: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

kawalan kelas dan penggunaan ganjaran di dalam bilik darjah adalah mempengaruhi

persekitaran emosi bilik darjah. Jika persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

berjaya diwujudkan maka maklum balas serta pembelajaran berkesan akan berlaku

berterusan. Akhir sekali prinsip refleksi iaitu proses memikirkan atau merenung kembali

pengalaman dan implikasinya terhadap diri seseorang. Sebagaimana Knapp (1993) refleksi

ialah cara untuk mengimbas kembali pengalaman bagi membina makna tentang

pembelajaran, belajar daripada pengalaman dan membentuk pemahaman serta apresiasi baru.

3.6 Pelbagai Bahan Media Mendorong Penglibatan Murid Secara Aktif Dan

Menyeronokkan Dalam Proses P&P

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan topik yang diajar akan

mendorong penglibatan murid secara aktif dan menyeronokkan dalam proses P&P. Bahan

media berperanan sebagai medium untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran serta nilai

yang terdapat dalam topik yang dipelajari. Variasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan

melibatkan pelbagai bahan media. Dengan penggunaan pelbagai bahan media tersebut

maka rasa bosan dan cepat jemu dapat dielakkan seterusnya menjadikan pengajaran

dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Ini menunjukkan bahan media sebagai

bahan pengajaran dan pembelajaran penting dan perlu diberi penekanan kerana ia sebagai

penggerak proses P&P. Tanpa medium tersebut, penyampaian dalam proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi kurang lancar serta kurang memberi kesan yang diharapkan.

Bahan media terbahagi kepada bahan media cetak dan bahan media elektronik.

Antara contoh bahan pengajaran dan pembelajaran media bercetak adalah modul,buku teks,

buku latihan, aktiviti, buku sumber, surat khabar, majalah, makalah, carta, graf peta,

ensiklopedia, kamus, atlas, buku panduan dan juga bahan terbitan berkala. Ia bersifat mudah

didapati dalam pelbagai bentuk dan mudah disediakan.

Dalam KSSR modul digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran secara bermodular menggantikan pembelajaran KBSR yang banyak bergantung

kepada buku teks serta buku latihan dan buku aktiviti. Sebagai contoh bagi Bahasa Malaysia

KSSR Tahun 2 terdapat lima modul yang diguna pakai oleh murid-murid iaitu Modul

Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul

Tatabahasa . Modul-modul tersebut dibina berasaskan DSK dan DSP yang disediakan untuk

setiap mata pelajaran KSSR.

| 13

Page 14: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Contoh bagi bahan media elektronik pula ialah CD-ROM dan DVD-ROM.

Lazimnya bahan seperti ini dikenali dengan audio-video iaitu berasaskan gambar, suara atau

bunyi-bunyian. Dalam konteks KSSR, belajar melalui TMK adalah salah satu

pendekatan yang boleh diambil untuk melaksanakan EMK iaitu Elemen Merentas

Kurikulum (BPK, 2010). Dalam pendekatan ini penggunaan TMK untuk mengakses

maklumat dan ilmu pengetahuan adalah menggunakan media TMK seperti CD-ROM

dan DVD-ROM. Sejajar dengan KSSR, konsep learning is fun menjadi salah satu

perkara yang diberi penegasan. Melalui penggunaan CD-ROM atau DVD-ROM konsep

tersebut dapat diaplikasikan. CD-ROM buku teks telah diperkenalkan mulai 2001 oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia menyumbang kepada pembelajaran murid lebih seronok

dan menarik kerana bersifat interaktif. Kesan audio, video serta penggunaan warna-warna

yang menarik juga menyumbang kepada peningkatan minat murid untuk terus belajar. Selain

itu, penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga amat dianjurkan

di sekolah. Pembelajaran menggunakan internet selaras dengan konsep bringing the world to

classroom. Dalam KSSR, penggunaan internet untuk mengakses maklumat dan ilmu

pengetahuan adalah satu cara yang boleh diambil untuk melaksanakan EMK di bawah

pendekatan belajar melalui TMK. Ini bermaksud murid-murid boleh mengakses maklumat

yang diperlukan dalam pembelajarannya sebagai contoh pembelajaran penyelesaian masalah.

Seterusnya bahan siaran daripada Radio dan TV seperti TV pendidikan kelolaan Kementerian

Pelajaran Malaysia. Ia bersiaran pada waktu pagi dan ulangannya pada waktu petang. TV IQ

di bawah kelolaan televisyen ASTRO juga boleh dimanfaatkan oleh guru dan murid sekolah.

3.7 Strategi Melibatkan Murid Dalam Proses P&P “secara aktif dan menyeronokkan

dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai”

Penglibatan aktif adalah keadaan di mana murid berinteraksi secara aktif dengan

bahan pembelajaran serta dapat mengingat kembali maklumat dengan berkesan. Murid

seharusnya dapat menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan, dan juga memberi

pengertian baru. Contohnya perbincangan secara berkumpulan.

Pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan memerlukan guru

melibatkan pelajar daripada mula sehingga ke penghujung. Beberapa aspek kecil

berhubung dengan bilik darjah sehingga aspek atau isu yang lebih kompleks perlu

diberi penekanan oleh guru. Guru pula hendaklah menghibur dan berwatak kelakar di

samping mempamerkan sifat penyayang serta sentiasa menyemai rasa saling sayang

| 14

Page 15: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

menyayangi dan mengambil berat terhadap murid. Semua tindak tanduk guru adalah

cenderung kepada menginginkan murid supaya mereka mahu belajar dengan

bersungguh-sungguh. Secara tidak langsung, apabila berlakunya pengajaran dan

pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan sudah tentu penglibatan aktif murid juga

terserlah.

Pembelajaran lebih berkesan apabila murid merasakan dirinya terlibat dalam aktiviti

P&P yang dianjurkan oleh guru dalam bilik darjah. Guru perlu mengelak daripada situasi

hanya bercakap di hadapan kelas dan murid duduk secara pasif. Pembelajaran

kemungkinan hanya berlaku dalam tempoh beberapa minit pada awal pengajaran, tetapi

hanya guru yang menjalankan aktiviti. Talian komunikasi antara guru dengan murid sangat

rapuh dan dalam sekelip mata sahaja terputus disebabkan murid kurang berminat. Dalam

situasi pelajaran seperti ini, murid yang dedikasi sekalipun boleh berasa bosan dengan cepat

dan mula hilang tumpuan. Bagi mengelak hal ini, guru boleh menggunakan teknik tunjuk

cara. Tunjuk cara bagi aktiviti yang terlibat dalam suatu mata pelajaran mendahului aktiviti

yang sebenarnya. Murid belajar cara melakukan tugas dengan memerhati tunjuk ajar yang

diadakan. Setelah memperoleh maklumat, murid pun ingin segera memulakan kerja atau

tugasan. Di samping itu, guru digalakkan menggunakan bahan media yang sesuai dan

menjadikan murid-murid berasa seronok menjalankan aktiviti P&P. Apabila murid

mula aktif, guru boleh menumpukan perhatiannya kepada tugas membimbing individu.

Selain itu, guru hendaklah menggunakan bahan media yang sesuai dan menarik

sebanyak mungkin pancaindera yang ada pada murid-murid supaya proses

pembelajaran mereka adalah lebih baik dan membantu. Dengan adanya bahan media

juga, mudah untuk murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berguna untuk

kehidupan seharian mereka kerana tentunya bahan-bahan yang dipilih oleh guru adalah

bersifat kontekstual. Maka guru dianjurkan supaya memilih bahan yang paling relevan

dengan kehidupan harian murid-murid bagi memudahkan proses pemahaman oleh

murid.

Apabila guru mengutamakan penggunaan bahan media semasa proses P&P,

maka guru mudah memupuk nilai-nilai positif dalam diri murid seperti gemar membaca,

membuat penerokaan,ingin mencuba dan menghargai sesuatu nilai estetika. Guru juga harus

menyedari bahawa dengan sokongan bahan media dapat membangkitkan minat,

motivasi, rasa ingin tahu, keyakinan diri, sifat kerjasama dan disiplin kalangan murid.

| 15

Page 16: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Selain itu, guru digalakkan supaya menggunakan bahan media dalam proses P&P

untuk mengurangkan suasana yang tegang kerana murid-murid boleh berkomunikasi dengan

bercakap-cakap atau berbincang antara satu sama lain. Ini bermaksud murid tidak berasa

terkongkong.

Guru perlu menyediakan bahan media yang baik supaya dapat melibatkan murid

dalam Proses P&P secara aktif. Ciri-ciri bahan media yang baik untuk guru

menggunakannya ialah bahan media itu sesuai bagi mencapai objektif P&P; praktikal untuk

digunakan (mudah dibawa dan mudah dikeluarkan dan mudah disimpan; kosnya murah dan

mudah diperbaiki jika rosak; bersifat maujud, konkrit dan kontekstual sesuai dengan gaya

pemikiran murid-murid yang bersifat konkrit; bersifat interaktif kerana penyesuaian diri

kepada alam sekitar adalah factor yang penting untuk perkembangan kognitif individu;

kepelbagaian bagi mengelak jemu atau bosan dan selaras dengan tajuk-tajuk yang berbeza;

jumlah bahan mencukupi jumlah murid supaya disiplin murid sentiasa terkawal; selaras

dengan nilai serta budaya yang ada dan mengelak daripada pertembungan budaya yang boleh

menyebabkan konflik.

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru boleh digantikan

dengan pengajaran berpusatkan murid. Dari sudut amalan guru, guru boleh merancang

pengajaran dan tugasan pembelajaran kemudian melaksanakannya dengan penglibatan murid.

Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi pelajaran yang

memerlukan murid memberi respon sepenuhnya contohnya permainan, teka teki, kerja

lapangan dan lain-lain lagi.

Dari sudut aktiviti pelajar pula, Bickford et al. (2002) menganjurkan ‘otonami

terikat’ iaitu guru boleh meminta murid menjalankan tugasan yang diberi dalam batasan bilik

darjah dengan berpusatkan pelajar. Dengan itu, murid berasa mampu untuk membuat

penyiasatan bagi menjawab persoalan tugasan. Secara tidak langsung, wujud kolaborasi

antara murid dengan murid dan antara guru dengan murid.

Seterusnya dari sudut tugasan pengajaran, matlamat dan objektif pengajaran adalah

ditentukan oleh guru kemudian diserap ke dalam tugasan-tugasan yang akan dibuat

sepenuhnya oleh murid. Guru boleh menganjurkan tugasan atau aktiviti yang memerlukan

murid bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka. Ini melibatkan interaksi antara murid

dengan murid dan guru dengan murid.

| 16

Page 17: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Secara ringkas, pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang beupaya mencapai

objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan untuk

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berikut adalah antara yang boleh

difikir oleh guru dan dilaksanakan.

i. Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

(If we fail to plan, we plan to fail. Plan your work and work your plan)

ii. Fikirkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.

iii. Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid.

iv. Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid.

v. Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang

konkrit kepada yang abstrak.

vi. Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif.

vii. Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa

ingin tahu murid.

viii. Gunakan suara yang dapat didengari murid dengan jelas.

ix. Gunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatian murid

x. Laksanakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan murid.

xi. Variasikan aktiviti bagi mengekalkan minat murid dan tumpuan murid.

xii. Kerap memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuk pujian.

xiii. Beri peluang murid untuk mengemukakan sesuatu perkara berkaitan pembelajaran

mereka

4. Penaksiran Yang “Berkonsepkan Didik Hibur”

4.1 Definisi Penaksiran

Penaksiran bermaksud proses pengumpulan, menterjemah, merekod & menggunakan

maklumat mengenai respon murid kepada tugas pendidikan (David Lambert & David Lines,

2000). Didik hibur merupakan kaedah alternatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu. Ia adalah sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang menghiburkan

atau menggirangkan hati. Antara ciri-ciri didik hibur ialah pembelajaran yang seronok

dan ceria; meningkatkan keyakinan, motivasi dan kesediaan belajar murid; murid boleh

berkomunikasi secara verbal dan non verbal; menunjukkan tahap perubahan tingkah laku

(tahu, faham, hayati); semangat kerjasama, berpasukan dan toleransi.

| 17

Page 18: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

4.1 Objektif Didik Hibur

Objektif didik hibur ialah mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur;

mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita;

dan akhir sekali mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.

4.2 Aspek Didik Hibur

Aspek didik hibur ialah nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Nyanyian

adalah kata-kata yang disampaikan melalui alunan suara. Ia adalah iringan muzik memberi

impak pada nyanyian. Muzik boleh diganti dengan bunyi bunyian yang direka dan proses

ingatan bahasa yang dipelajari adalah melalui nyanyian. Ini bertujuan membantu murid

menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima, tekanan dan struktur ayat. Prinsip nyanyian

dalam didik hibur ialah lagunya hendaklah sesuai dari sudut tata bahasa, maksud dan bahasa.;

melodi yang mudah diikuti dan yang hamper dengan pengalaman murid; nyanyian itu

hendaklah sesuai dengan tahap kesediaan dan pencapaian murid; lagu hendaklah mempunyai

jalan cerita, pengajaran, nilai dan motivasi; seronok dan ceria iaitu tidak membebankan guru

dan murid; dan akhir sekali ia berkisar dengan persekitaran dan kecenderungan. Kepentingan

nyanyian dalam P&P ialah mewujudkan suasana belajar yang seronok dan ceria; membantu

murid mengingati apa-apa yang dipelajari; membantu murid menguasai kosa kata, sebutan,

intonasi, rima dan tekanan serta struktur ayat; dan akhir sekali mengukuhkan aspek

kefahaman berbahasa. Contoh nyanyian adalah nyanyian lagu Tiga Kupang, Air Pasang Pagi

dan Lagu Oh bulan.

Cerita ialah sesuatu yang dicakap, dibual dan diungkap secara langsung kepada

murid. Kanak-kanak suka mendengar cerita. Guru perlu bersedia dan bercerita secara

natural. Cerita boleh memberikan pengajaran, panduan, nilai murni dan menyuburkan

imaginasi. Antara ciri-ciri teknik bercerita ialah masa bercerita yang sesuai; ruang dan

suasana yang kondusif; peralatan cerita yang menarik digunakan; bentuk dan jenis cerita

harus ringkas; mesej yang jelas serta bermakna; berupaya meningkatkan bahasa dan

kemahiran asas berbahasa murid; dan akhir sekali penglibatan menyeluruh murid. Terdapat

dua jenis cerita iaitu jenis cerita tanpa alat dan jenis cerita menggunakan alat, Jenis

cerita tanpa alat ialah memerlukan kekuatan vokal atau bahasa badan atau aksi. Manakala

jenis cerita menggunakan alatan ialah cerita yang memerlukan alat seperti tali, boneka,

lakaran, kertas atau kain. Prinsip bercerita tanpa alat ialah nada suara dan mimic yang beri

gambaran watak, suasana dan emosi (sejuk, sayang, takut dan lain-lain); ekspresi muka

| 18

Page 19: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

perlulah sesuai dengan emosi yang digambarkan dalam cerita contohnya marah atau gembira

atau terkejut atau sedih; elak daripada cerita yang sukar digarap oleh kanak-kanak; bahasa

yang digunakan mudah dan berulang-ulang; wujud hubungan mata antara pencerita dengan

pendengar; kemahiran dalam menggerakkan anggota badan tertentu dapat menjelaskan isi

cerita; pencerita atau guru perlu peka terhadap reaksi kanak-kanak. Halangan atau gangguan

terhadap tumpuan kanak-kanak hendaklah di atasi agar tidak berpanjangan; dan akhir sekali

ialah melibatkan kanak-kanan dalam penceritaan. Contoh cerita antaranya pemotong kayu

dan kapaknya.

Lakonan ialah aktiviti atau pergerkan tubuh badan atau segala perlakuan manusia;

dilakukan oleh wataak-watak tertentu yang mencerminkan keadan sebenr atau meniru gaya

kegiatan manusia dalam masyarakat. Menurut Kamus Dewan (2000), lakonan ialah perihal

memainkan sesuatu drama; sandiwara dan sebagainya. Antara kebaikan lakonan ialah

membolehkan murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul;

menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul;

membolehkan murid-murid bertutur mengunakan bahasa yang kemas dan teratur,

membolehkan murid berinteraksi atau berhubung dengan dengan orang lain untuk

menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran nrereka; melatih murid-murid

mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang didengarinya itu secara tepat;

menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu

kumpulan; mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan

murid; mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negative lain; melatih

murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan

sebenar. Antara prinsip lakonan pula ialah menepati objektif pengajaran iaitu untuk

mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid; mempunyai tema

yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan murid; dialog dalam lakonan haruslah

menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, jelas, ringkas dan senang difahami; mudah

dilaksanakan; semua murid diberi peluang ikut kebolehan; dan akhir sekali ialah merangsang

kemahiran intelek, emosi dan fizikal.

Puisi adalah terdiri daripada nyanyian dan pantun 2 kerat. Teknik penyampaian

nyanyian ialah lagu puisi, sajak atau bacaan berirama. Manakala teknik penyampaian pantun

2 kerat ialah pantun dan gurindam. Pantun merupakan bentuk puisi tradisi lisan masyarakat

Melayu. Pantun juga menggambarkan atau merupakan refleksi minda, social, budaya dan

| 19

Page 20: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

kemasyarakat Melayu lama. Pantun juga merupakan puisi berangkap. Terdapat beberapa

jenis pantun iaitu pantun dua rangkap, pantun empat rangkap, pantun enam rangkap dan

lapan rangkap. Prinsip berpantun ialah aktiviti dirancang supaya menepati objektif

pengajaran bahasa Maalaysia; pantun sebagai medium untuk memperkembang bakat seni

yang ada dalam diri murid; memberi peluang kepada semua murid yang terlibat dalam

aktiviti berpantun; pilih pantun yang mudah; guru membimbing murid mencipta pantun; guru

memilih pantun yang mempunyai maksud yang senang diingat, diucap dan mempunyai

makna khusus; guru membimbing murid mengujar dan mengucapkan pantun dengan sebutan

yang jelas dan intonasi yang betul; dan akhir sekali pantun diajar secara didik hibur supaya

murid minat mempelajari bahasa Malaysia. Contoh pantun dua kerat ialah :

‘‘Singgah di gerai bersama Amar,

Jagalah sungai jangan tercemar’’.

4.3 Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur

Kejayaan sesebuah pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada

kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajarab yang

berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi iaitu perwatakan guru yang

menarik, kecindan, tidak menakutkan aatau menggerunkan murid; bahasa yang digunakan

sesuai dengan tahap murid; guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di

khalayak; guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik; sepatutnya guru boleh

melakonkan pelbagai watak dalampelbagai aktiviti; guru boleh membuat pelbagai suara; guru

boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik; Seseorang yang prihatin dan peka serta

tajam daya pemerhatinnya; guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian

mendadak; dan akhir sekali guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.

4.4 Ciri-ciri Aktiviti Didik Hibur

Kejayaan didik hibur secara berkesan adalah bergantung kepada aktiviti yang

dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru

semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah iaitu aktiviti perlu disesuaikan

dengan tahap murid yang hendak diajar; menjalankan aktiviti di mana murid-murid sedia

ketahui berdasarkan silang budaya yang sama; penyerapan didik hibur memerlukan tempoh

pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel;

aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalankan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa

ada banyak masalah atau halangan; aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan

| 20

Page 21: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

atau konflik antara murid; peraturan aktiviti tersebut adalah jelas, senang, mudah difahami

atau diikuti oleh murid; dan akhir sekali dapat memberi kepuasan kepada murid-murid yang

menyertainya serta boleh disertai seramai mungkin murid yang ada.

4.5 Konklusi Penaksiran Berkonsepkan Didik Hibur

Secara konklusinya, penyerapan Didik Hibur sudah tidak asing lagi dalam medan

pendidikan negara. Didik hibur merupakan komitmen kerajaan penuh kesungguhan ke arah

mengaplikasi pendekatan Didik Hibur yang diadaptasikan melalui pendekatan Fun Learning

yang kini digunakan secara meluas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di negara kita.

5. Isu-isu Berkaitan Dengan Pengajaran & Pembelajaran secara aktif & menyeronokkan

5.1 Isu-isu Berkaitan Dengan P&P secara aktif &menyeronokkan

Isu-isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan

antaranya ialah kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan atau dengan kata

lain penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi pasif dan tidak

menyeronokkan merupakan salah satu punca murid tidak meminati sesuatu pelajaran

itu . Berdasarkan kajian terdahulu, pencapaian murid meningkat apabila strategi pengajaran

berpusatkan murid digunakan oleh guru. Demikian dapatan kajian oleh Affandey Ag. Ghani

dalam tesisnya yang bertajuk Persepsi Pelajar terhadap penggunaan buku Teks Jawi

Pendidikan Islam dalam pembelajaran. Satu kajian ke atas pelajar Tinkatan 4 mendapati guru

yang menggunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbul rasa

bosan di kalangan murid terutamanya bg murid yang cergas.

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang

berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan murid atau

guru. Pembelajaran berpusatkan guru mengkehendaki guru supaya bertanggungjawab

sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih

sumber pembelajaran untuk murid. Sebaliknya dalam pembelajaran berpusatkan murid,

murid adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju

proses pembelajaran. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelas

seharusnya melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Sekiranya guru hanya

| 21

Page 22: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

menitikberatkan silibus yang perlu dihabiskan berbanding aspek penguasaan kemahiran

belajar boleh menyebabkan interaksi dua hala antara guru dan murid menjadi hilang focus.

Kemudian kesannya murid hilang minat (Atan Long, 1982).

Antara dilema yang dihadapi oleh murid masa kini ialah hilangnya suasana

pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan. Ini adalah disebabkan kebanyakan

penerapan dan penggunaan kaedah, strategi dan teknik mengajar oleh guru-guru gagal

mewujudkan P&P secara aktif dan menyeronokkan. Punca utama murid menjadi bosan

atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu aktiviti P&P ialah kurangnya penerapan

pembelajaran berpusatkan murid sebaliknya lebih kepada pembelajaran berpusatkan guru.

Kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan kaedah

penerangan terutamanya yang lebih berbentuk teori atau fakta akan membuatkan murid pasif,

bosan dan berasa tidak seronok seterusnya kurang minat untuk menyertai proses P&P.

Penggunaan bahan atau sumber pengajaran yang sama setiap kali proses P&P

dijalankan juga menyebabkan murid cepat berasa bosan dan keinginan mereka untuk

mencuba bahan yang baru akan terhalang. Demikianlah penggunaan buku teks secara

total tanpa menggunakan bahan atau sumber P&P yang berbeza. Pemilihan bahan atau

sumber P&P juga mempengaruhi kewujudan pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan

menyeronokkan.

5.2 Cadangan Untuk Mewujudkan P&P Secara Aktif & Menyeronokkan

Pembelajaran secara kumpulan merupakan salah satu daripada mod pembelajaran

yang dapat membantu mewujudkan P&P secara aktif dan menyeronokkan. Maksud

pembelajaran secara kumpulan ialah dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama

dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersama

bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Dalam konteks KBSR, murid-murid boleh

disatukan dalam satu-satu kumpulan mengikut:

• kebolehan

• pencapaian

• minat

• jantina

| 22

Page 23: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Dalam kumpulan kebolehan yang sama, guru mudah memberi bimbingan dan tunjuk

ajar berdasarkan tahap kebolehan murid yang lebih kurang sama. Dalam kumpulan kebolehan

yang berbeza pula, guru mengharapkan akan berlaku interaksi antara murid dengan murid di

mana murid yang lebih berkebolehan dapat membantu murid yang kurang berkebolehan.

Saiz kumpulan yang berdasarkan bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan akan

menentukan darjah penglibatan dan interaksi murid sesama mereka. Kumpulan kecil yang

mengandungi ahli terdiri daripada dua hingga empat orang murid lebih bersifat tidak formal.

Tidak semestinya melantik seorang ketua untuk menyelaras aktiviti kumpulan. Kumpulan

kecil begini memberi peluang kepada ahli dalam kumpulan berinteraksi secara maksimum

dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.

Kumpulan yang sederhana besar pula terdiri daripada 5 hingga 10 orang ahli. Aktiviti

dalam kumpulan yang dilakukan secara bersama lebih bersifat formal kerana perlu ada

seorang ketua untuk menyelaras aktiviti supaya dapat dilaksana dengan lancar. Kumpulan

besar yang ahlinya terdiri daripada lebih 10 orang murid dalam setiap kumpulan sangat

bersifat formal. Seorang ketua kumpulan yang amat berkebolehan. perlu dilantik untuk

menyelaras aktiviti kumpulan. Darjah penglibatan setiap murid dalam aktiviti pembelajaran

amat terbatas disebabkan bilangan ahli yang terlalu ramai.

Oleh itu, Newble dan Cannon (1995) telah menyarankan bahawa pengajaran yang

menggunakan kaedah kumpulan perlu ada ciri-ciri berikut:

• Penglibatan yang aktif di pihak murid.

• Pertemuan secara bersemuka.

• Aktiviti yang bertujuan tertentu dan bersebab.

Selain itu, merujuk teori perkembangan kognitif oleh Piaget, pada tahap umur tertentu

kanak-kanak berfikir secara konkrit. Pembelajaran kanak-kanak akan menjadi lebih berkesan

jika sesuatu pengetahuan, kemahiran ataupun nilai yang disampaikan itu adalah dalam bentuk

yang konkrit dan bersifat kurang abstrak. Sehubungan itu bahan bantu belajar yang bersifat

konkrit dapat membantu murid belajar dengan lebih baik lagi. Bahan-bahan maujud atau

bahan realia adalah konkrit sifatnya. Manakala replika, gambar, model dan sebagainya adalah

separa konkrit. Simbol-simbol lisan dan perkataan adalah lebih abstrak dan lebih sukar

difahami berbanding bahan-bahan yang konkrit dan separa konkrit. Oleh yang demikian

penggunaan bahan-bahan konkrit dalam pengajaran adalah sangat perlu.

| 23

Page 24: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Berdasarkan teori pembelajaran behaviourisme pula, pembelajaran dikatakan

berlangsung jika berlaku perubahan tingkah laku. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai, perubahan tingkah laku lebih mudah berlaku kerana

kebanyakan pancaindera akan terlibat. Maklumat yang diterima daripada pancaindera

tersebut seterusnya ditafsir dalam stor ingatan jangka pendek sebelum dihantar dan disimpan

dalam stor ingatan jangka panjang untuk digunakan sebagai penggerak kepada sesuatu

tingkah laku atau tindak balas .

Dapatan kajian berkaitan keberkesanan pancaindera dalam proses pembelajaran oleh

penyelidik sebelum ini mendapati 75% daripada apa yang dipelajari oleh seseorang adalah

melalui penglihatan, 13% daripada pendengaran, 6% daripada sentuhan, 3% daripada apa

yang dihidu dan 3% lagi ialah daripada apa yang dirasa. Bahan-bahan bergambar membantu

murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman sebab itu ada kata-kata yang mengatakan ‘a

picture tells thousands words’. Kajian oleh Philips (1950) mendapati murid dapat mengingat

50% daripada apa yang didengar dan dilihat berbanding dengan yang hanya dilihat sahaja

atau yang didengar sahaja.

Sehubungan itu penglibatan sebanyak mungkin pancaindera yang ada pada murid-

murid dalam proses pembelajaran mereka adalah lebih baik dan membantu. Bahan-bahan

pembelajaran membantu murid-murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

berguna untuk kehidupan seharian mereka kerana tentunya bahan-bahan yang dipilih oleh

guru adalah bersifat kontekstual. Guru akan memilih bahan yang paling relevan dengan

kehidupan harian murid-murid kerana ini akan memudahkan proses pemahaman oleh murid.

Penggunaan bahan-bahan berbentuk relia atau model yang bersifat kontekstual sebagai

sumber pembelajaran murid adalah selaras dengan teori yang dikemukakan oleh Bandura.

Selain itu bahan-bahan tersebut mudah diperolehi

Penggunaan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat memupuk

nilai-nilai positif dalam diri murid seperti gemar membaca; membuat penerokaan; ingin

mencuba dan membuat eksperimen; menghargai sesuatu nilai seperti nlai estetika dan

sebagainya kepada murid-murid. Bahan pengajaran dan pembelajaran juga diyakini dapat

membangkitkan minat, motivasi dan rasa ingin tahu, keyakinan diri, sifat kerjasama, dan

disiplin dalam kalangan murid. Penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, dapat

mengurangkan suasana yang tegang kerana murid-murid boleh berkomunikasi dengan

bercakap-cakap atau berbincang antara satu sama lain dengan rasa kurang terkongkong.

| 24

Page 25: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Walau bagaimanapun ini sangat bergantung kepada perkara-perkara yang dipelajari dalam

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara konklusinya, pembelajaran berpusatkan murid dengan menganjurkan aktiviti

yang dijalankan secara kumpulan adalah lebih afektif daripada pembelajaran berpusatkan

guru atau pembelajaran secara kelas. Sudah tentu P&P secara aktif dan menyeronokkan akan

wujud dan dinikmati oleh guru dan murid. Pemilihan dan penggunaan bahan media sebagai

sokongan P&P juga tidak boleh diabaikan kjeraana ia sangat menyumbang ke aarah

pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.

| 25

Page 26: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Bahagian B : Rancangan Pelajaran Harian

1. RPH Bahasa Melayu Tahun Satu

(Memberi tumpuan kepada Pembelajaran Kolaboratif)

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia

Tahun Satu

Tema : Hidup selamat

Tajuk : Berhati-hati di jalan raya

Peringkat Kelas : Tahun 1

Masa : 9.00 pagi -9.40 pagi

Objektif Pelajaran :

Pada akhir pengajaran, murid dapat :

i. Membaca dan menyampaikan maklumat

untyuk mengenal pasti idea utama dalam

bahan yang diberi.

ii. Mencatat tiga maklumat yang betul

daripada sumber yang diberi dengan

menggunakan perkataan sendiri.

Hasil Pembelajaran :

Standard Pembelajaran :

i. Membaca dan memahami maklumat untuk

mengenal pasti idea utama dalam pelbagai

bahan dengan tepat.

ii. Mencatat maklumat yanmg betul daripada

pelbagai sumber.

| 26

Page 27: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Model/Nilai/Konsep/Prinsip/Teori/Hukum Model pembelajaran : Pembelajaran kolaboratif

Nilai : Berhati-hati & berdisiplin.

Ilmu : PKJR

KBT : BCB-mendengar dengan teliti

KB : Verbal Linguistik

TKP : Visual ruang dan verbal linguistic

EMK : Kreativiti dan inovatif

1.1 membuat pemerhatian aktif untuk

mengumpul maklumat

1.1.1 menggunakan deria penglihatan,

pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.

Bahan Pembelajaran & Pengajaran : ICT, video, poster, kad huruf, kad perkataan dan

lembaran kerja

Prosedur atau Langkah-langkah :

a) Pembukaan

b) Aktiviti

c) Penyoalan

d) Penutup

a) Pembukaan

Bacaan doa (2 minit)

Set induksi (3 minit)

b) Aktiviti

Langkah 1 (3 minit) : Permainan bahasa

iaitu teka-teki dimana murid diminta

meneka tiga jenis bunyi kenderaan yang

diperdengarkan.

Langkah 2 (15 minit) : Murid diminta

menonton tayangan video 1, video 2 dan

video 3. Kemudian murid diminta

bersoal jawab berdasarkan video yang

ditonton.

Langkah 3 (10 minit) : Murid diminta

membaca ayat berdasarkan gambar

(Rujuk buku teks halaman 64), kemudian

murid diminta menulis tiga maklumat

yang betul daripada sumber yang diberi

| 27

Page 28: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

menggunakan perisian Microsoft Word.

(Kumpulan A dan B menggunakan

perkataan sendiri manakala Kumpulan C

secara berpandu.

c) Penyoalan :

Murid-murid diminta menyatakan cara-

cara melintas jalan raya dengan selamat

berdasarkan gambar. (3 minit)

d) Penutup :

Guru merumuskan keseluruhan isi

pelajaran dan meminta murid

mengulanginya. (2 minit)

Penilaian : Menjawab Instrumen Bahasa Melayu (2 minit)

| 28

Page 29: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Rumusan

Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa pengajaran di sekolah tempat

saya bertugas masih berpusatkan guru dan ia dijalankan untuk set induksi, pengenalan

sesuatu isi pelajaran, penutup P&P, dan untuk menjelaskan arahan bagaimana memulakan

aktiviti P&P. Pengajaran Berpusatkan guru mempunyai banyak kelemahan antaranya sukar

untuk guru membuat penilaian ke atas tahap pemahaman murid kerana interaksi murid

dengan guru terbatas dan pembelajaran dikawal oleh guru. Pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan murid dapat menambah baik kelemahan pemusatan guru tersebut. Seterusnya

bagi mewujudkan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan, guru hendaklah

menjalankan kaedah dan teknik P&P yang sesuai dan afektif dan dilengkapi dengan bahan

media yang sesuai dan menarik. Penggunaan bahan media dalam proses P&P dapat

menyumbang ke arah penglibatan murid secara aktif dan menyeronokkan. Dalam KSSR,

penaksiran berkonsepkan Didik Hibur adalah menekankan hal mendidik sambil menghibur.

Pengisian transformasi KSSR dalam pelajaran Bahasa Melayu adalah melalui kemahiran

bahasa , aspek didik hibur dan aspek tatabahasa. Didik hibur merupakan satu kaedah

alternative semasa proses P&P Bahasa Melayu. Manakala isu-isu yang berkaitan dengan P&P

bagi saya ialah penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi pasif

dan tidak menyeronokkan merupakan salah satu punca murid tidak meminati sesuatu

pelajaran. Demikian juga isu kurangnya penggunaan bahan media yang menarik dalam

proses P&P juga menyumbang kepada penglibatan murid menjadi pasif dan suasaana

P&P tidak menyeronokkan. Pembelajaran berpusatkan murid dengan memilih aktiviti

berkumpulan serta penggunaan pelbagai bahan media dalam proses P&P adalah langkah

terbaik bagi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru.

| 29

Page 30: Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)

Bibiliografi

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah,

Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Perkembanagan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) : Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan

Tahun Satu, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hasan Langgulung (1981). Berapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur :

Pustaka Antara.

Ikhsan Othman & Norila Md. Salleh (2005). Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah :

Aspek-aspek Yang Berkatia, Tanjung Malim : Quantum Books.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah : Buku panduan

Khas, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2 : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Mikro, Kuala

Lumpur : Kumpulan Budiman.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik

Darjah,Kaedah&Strategi, Kajang : Masa Enterprise.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan Pedagogi, Kuala lumpur : Heinemanm

| 30