pedagogi bestari

50
TAJUK 4 PEDAGOGI BESTARI HASIL PEMBELAJARAN Memberi definisi, jenis dan prinsip pendekatan pengajaran bestari dan menghuraikan ciri-ciri utamanya. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab guru bestari.

Upload: herney-aqilah-kay

Post on 22-May-2015

3.687 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pedagogi bestari

TAJUK 4

PEDAGOGI BESTARI

HASIL PEMBELAJARAN

a. Memberi definisi, jenis dan prinsip pendekatan pengajaran bestari dan

menghuraikan ciri-ciri utamanya.

b. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab guru bestari.

57

Page 2: Pedagogi bestari

4.1 : PENGENALAN

Dalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seharusnya sudah berubah. Corak pengajaran dan pembelajaran yang tradisional dilihat tidak lagi relevan dengan suasana pembelajaran murid-murid pada masa kini. Oleh itu, melalui pedagogi bestari pengendalian dan pengurusan bilik darjah serta proses pengajaran dan pembelajaran sepatutnya turut berubah . Maklumat dan ilmu teknologi yang pantas dalam sistem pendidikan negara seharusnya dimanfaatkan oleh para guru .

Sebelum kita terus membaca modul ini, sila jawab soalan berikut.

Tahukah anda apakah maksud sekolah bestari?

The Malaysian Smart School: Reinventing the Malaysian Educational System 2

Apa dia Sekolah Bestari ?Definisi Institusi pembelajaran yang telah direka semula

secara menyeluruh dari segi amalan Pengajaran &Pembelajaran dan pengurusan sekolah untukmenyediakan murid bagi zaman maklumat.

Ciri• Semua murid mampu belajar

•Kurikulum mengambil kira pelbagaikebolehan dan keperluan

•Iklim sesuai untuk pembelajaran

• Penilaian berterusan• Pentadbir dan guru yang profesional

•Sokongan komuniti dan ibu bapa

KURIKULUM SEKOLAH BESTARI

Kurikulum Sekolah Bestari adalah penuh bermakna, bertanggungjawab sosial, pelbagai budaya, reflektif, holistik, global, terbuka, berasaskan matlamat dan berteknologi. Ia akan menggalakkan pembelajaran menyeluruh, membenarkan murid maju seiring dengan kebolehan mereka dan menyediakan suasana untuk murid-murid dengan pelbagi keupayaan, minat dan keperluan. Ia akan memastikan yang kanak-kanak terdidik dengan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, diterapkan dengan nilai-nilai murni dan diberi galakkan bagi memperbaiki kebolehan berbahasa mereka . Oleh itu kurikulum dibentuk untuk:

Murid-murid mencapai perkembangan seimbang yang menyeluruh.

Page 3: Pedagogi bestari

58

Page 4: Pedagogi bestari

Mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran-kemahiran, nilai-nilai dan penggunaan

bahasa yang betul.

Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang diharapkan untuk aras

kebolehan yang berbeza.

Menawarkan pembelajaran pelbagai disiplin, bertema dan berterusan.

Menggalakkan peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan sikap

sepatutnya untuk berjaya di zaman maklumat ini.

Kurikulum Sekolah Bestari akan cuba menjadikan pembelajaran lebih menarik, bermotivasi, merangsang dan penuh bermakna, melibatkan minda, jiwa dan fizikal kanak-kanak dalam proses pembelajaran, membina kemahiran asas bagi menyediakan murid-murid untuk cabaran yang lebih besar dan memberi perhatian kepada pelbagai keperluan dan kebolehan di kalangan murid . Oleh itu pedagogi seharusnya:

Menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi

memastikan penguasaan kompetensi asas dan menggalakkan perkembangan

secara menyeluruh.

Menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran individu bertujuan untuk meningkatkan

pencapaian.

Membentuk persekitaran bilik darjah yang bersesuaian dengan penggunaan

pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.

4.3 ELEMEN-ELEMEN BESTARI

Sebelum seseorang guru boleh mengaplikasikan elemen-elemen bestari dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ada baiknya anda mengenalpasti dan memahami dengan mendalam apa yang anda faham tentang maksud elemen-elemen bestari tersebut.

Apakah yang anda faham tentang elemen-elemen bestari?

Elemen-elemen bestari meliputi:

59

Page 5: Pedagogi bestari

4.2.1 Ciri-ciri Pelajar

4.2.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

4.2.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

4.2.4 Kemahiran Generik

4.2.1 CIRI-CIRI PELAJAR

Gaya BelajarGaya pembelajaran mengikut Dunn and Dunn (1987) dipengaruhi oleh faktor-Faktor seperti berikut:

• Persekitaran (Environment)

Suka belajar tanpa bising, muzik, ada yang suka belajar ditempat terang,berkerusi,

meniarap, suka bilik berhawa dingin dan lain-lain

• Emosi (Emotional)

Boleh belajar dengan bantuan guru, sendiri, perlu motivasi, boleh belajar bila-bila

masa, ada yang perlu jadual dan lain-lain.

• Sosiologi (Sociological)

Suka belajar sendirian, berpasangan atau berkumpulan

• Fisiologi (Physiology)

Pelajar yang cenderung kepada unsur visual, auditori, kinesthetik, makan,masa

tertentu (pagi, petang atau malam)

• Psikologi (Psychological)

Melibatkan otak kiri / kanan, global/analitik, boleh bertindak secara spontan

(impulsif), berfikir sebelum bertindak ( reflektif )

Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner, 1983)

Linguistik Merangkumi kecerdasan individu dalam aspek pembacaan, penulisan dan

perbualan dalam bahasa sendiri mahupun bahasa asing.

Muzik Kecerdasan yang melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta

bertindak balas kepada elemen yang melibatkan perasaan.

Kinestetik Penggunaan fizikal tubuh badan utk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu

Page 6: Pedagogi bestari

60

Page 7: Pedagogi bestari

serta menyatakan idea dan perasaan.

Interpersonal Keupayaan untuk memahami niat orang lain, mahir berkomunikasi dengan berkesan

serta mampu mendorong dan memotivasi orang lain untuk bekerja.

Intrapersonal Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri dan

melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup

Visual-Spatial (ruang) Keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindah ke dalam imej mental. Mampu mengenalpasti ruang dan mengorganisasikan ruang serta lebih cenderung dalam reka bentuk dalaman.

Logik Mahir memanipulasi nombor dan pengiraan. Mampu menyatakan sesuatu secara

induktif dan deduktif. Menyelesaikan maslah secara sistematik.

Naturalistik Menyintai alam semula jadi. Mudah mengenali dan mengerti tumbuhan dan haiwan.

Suka meneroka hutan.

Spiritual (kerohanian) Berkeupayaan untuk menghayati kewujudan manusia dan kematian.

BICARA GURU

Setelah anda membaca dan memahami unsur kecerdasan pelbagai ini, dapatkah anda mengenalpasti kecerdasan anda sendiri? Bagaimana anda boleh memanfaatkan kecerdasan pelbagai anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah? Sila bincangkan dengan pensyarah anda

Perlu diingat bahawa setiap orang mungkin ada lebih daripada satu unsur kecerdasan dalam diri mereka.

Kompetensi Kecerdasan Emosi (EIC)

Kita sering mendengar orang bercakap tentang kecerdasan anak di sekolah atau anak orang itu mempunyai IQ yang tinggi sehingga mendapat banyak ’A’ dalam semua peperiksaan. Tentu masa hadapan anak itu lebih cerah dan dapat menjawat jenis pekerjaan yang bagus. Ibu bapa dan masyarakat kini sering beranggapan anak-anak yang tidak memperolehi skor ’A’ yang banyak adalah dianggap tidak baik dan gelap masa hadapan. Mereka mungkin terlupa dalam kehidupan anak kita seharian sekiranya mereka tidak

61

Page 8: Pedagogi bestari

memperolehi skor yang tinggi dalam akademik tidak bererti mereka tidak berjaya dalam hidup. Pada hal ada unsur atau elemen lain yang sama pentingnya dengan kecerdasan anak-anak mereka itu. Dikatakan kecerdasan IQ yang tinggi jika tidak diikuti dengan kecerdasan emosi (EQ) akan menjadikan kehidupan anak-anak itu tidak akan lengkap atau sempurna. Misalnya murid itu mungkin tidak tahu menguruskan emosi mereka dengan, mudah marah, putus asa, tidak ada unsur simpati dan empati dalam diri murid-murid itu. Maka ada baiknya kita sebagai guru cuba renungkan perkara ini dengan teliti supaya apa yang kita laksanakan di sekolah itu mencapai matlamat melahirkan insan seimbang.

Kecerdasan Emosi (EQ)

Kecerdasan emosi didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. (Young, 1996)

Terdapat empat (4) konstruk penting yang terangkum dalam kecerdasan emosi:

a. Kawalan Diri – kemahiran mengawal tindakan dan perasaan

sebelum melakukan sesuatu.

b. Motivasi / Kesdaran Diri – Usaha dan daya ketahanan seseorang untuk

mencapai matlamat hidup

c. Pengurusan Emosi – kemahiran menguruskan perasaan dan

pembentukan konsep dan esteem kendiri.

d. Kemahiran Sosial – kemahiran menjalinkan perhubungan persahabatan

dengan orang lain, kemahiran komunikasi dan berunding.

Ciri-ciri Orang Yang Mempunyai EQ Tinggi

Melabelkan perasaannya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang dihadapi

Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan

Bertanggung jawab atas perasaan sendiri

Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan

Menghormati perasaan orang lain.

Melabelkan perasaannya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang dihadapi

Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan

Bertanggung jawab atas perasaan sendiri

Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan

Dapat berasa bertenaga dan bukan dikawal oleh kemarahan

Mengesahkan perasaan orang lain dengan menunjukkan empati, pertimbangan dan

penerimaan perasaan orang lain

Page 9: Pedagogi bestari

62

Page 10: Pedagogi bestari

Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatif

Tidak menasihati, mengarah, mengkritik, mengadili atau mengherdik orang lain.

Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya

4.2.2 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Pembelajaran yang menekankan penglibatan luas murid dalam aktiviti P& P dengan

mengambil bahagian dengan aktif dalam proses P & P

menggalakkan dan memberi ruang interaksi di dalam kelas dan sekolah

berinteraksi dengan resos yang disediakan oleh guru

bebas mengemukakan hujah atau pandangan dengan bukti yang konkrit dan saitifik

memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari),

mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif),

melibat dalam penilaian berterusan;

sikap guru yang mendengar

Page 11: Pedagogi bestari

63

Page 12: Pedagogi bestari

Pembelajaran Bersifat Individu

Pelajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam proses pembelajaran

Pelajar mencari maklumat & pengetahuan dariAksespelbagai sumber walaupun tanpa guru

Kendiri

Kadar Pelajar belajar mengikut kelajuan/ kebolehannya.Kendiri

Terarah Pelajar meneroka tajuk yang diminati tanpaTerarah terkongkong dengan kurikulum yang rigid

kendiri

Pembelajaran Masteri

Seorang pelajar boleh belajar apa sahaja mengikut keadaan yang sesuai.

Konsep

1. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S Bloom pada tahun-tahun 60an berdasarkan satu

prinsip iaitu semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya Ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti

2. Dalam proses pembelajaran masteri,guru mesti pastikan semua murid dapat

menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran

3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke

unit pembelajaran atau tajuk yang lain

4. Peranan guru ialah untuk menentukan pelajaran yang perlu dikuasai murid.

Page 13: Pedagogi bestari

64

Page 14: Pedagogi bestari

5. Guru juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan

yang sesuai.

6. Guru juga perlu merangsang kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar

Pembelajaran Berfikrah (Berdaya Fikir)

Proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan iklim bilik darjah yg menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yg kompleks. Ini memerlukan aspek berikut diambail perhatian;

Strategi guru – apa strategi yang hendak digunakan dan sesuai dengan

aras kebolehan murid supaya boleh berfikir.

Perlakuan murid – bagaimana guru boleh memotivasikan murid tanpa jemu

dengan cara menelah pengetahuan sedia ada murid dan sentiasa

menggalakkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.

Pembelajaran Berbantukan Teknologi

Jenis Teknologi

• Bercetak

• Audio

• Video

Pembelajaran• Komputer

• MultimediaBerbantukanTeknologi

Page 15: Pedagogi bestari

65

Page 16: Pedagogi bestari

Pembelajaran Berasaskan Otak (Brain-based learning)

Proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan

otak.Jika otak tidak dihalang daripada proses semulajadi, akan berlakulah proses

pembelajaran. Prinnsip-prinsip utama pembelajaran berasaskan otak:

Otak memproses secara keseluruhan dan bahgian secara serenak.

Pembelajaran menghubungkait keseluruhan fisiologi manusia; melalui

pelbagai dimensi deria

Mencari makna secara dalaman

Mencari makna melalui pencorakan (patterns recognition)

Pembelajaran Berasaskan Projek

Merupakan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berfokus tugasan

secara sistematik atau perancang:

Melibatkan pembelajaran berpusatkan pelajar,

Boleh menghubungkaitkan antara pelbagai bidang dan kesepaduan dengan

masalah kehidupan seharian,

Merupakan satu kaedah yang amat menarik untuk memantapkan minat

pelajar.

Memberikan pengalaman berbentuk praktikal. Contoh melukis pelan sekolah,

projek mural dan lain-lain.

4.2.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Direktif

Pelajar menerima maklumat, pengetahuan dan kemahiran melalui penerangan daripada guru dengan tunjuk cara, bimbingan, latihan, diikuti dengan ujian untuk menilai kefahaman

Pemerhatian

Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan tentang sesuatu kemahiran

Mediatif

Membimbing pelajar mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian, membuat inferen dan hipotesis

Page 17: Pedagogi bestari

66

Page 18: Pedagogi bestari

Generatif

Pelajar digalakkan menjana idea secara kritis dan kreatif, diasuh menyelesaikan sesuatu masalah Contohnya. sumbang saran, metafora, pemikiran lateral, peta minda

Koperatif dan kolaboratif

Satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pasukan kecil. Setiap ahli pasukan bukan sahaja bertanggungjawab atas pencapaian sendiri tetapi juga atas pencapaian ahli pasukan (cth. Melalui ‘coaching, tutoring’ dan lain-lain).

Metakognitif

Metacognition is thinking about thinking, knowing “what we know” and “what we don’t know”

Kajian Masa Depan

Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan bagi menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab

Konteks-Luar

Pelajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa seperti menghadiri seminar, bengkel, projek dan proses latih amal.

Pembelajaran kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds – on.

67

Page 19: Pedagogi bestari

Pengalaman harian murid

Persekolahan alam pekerjaan kehidupan masyarakat

4.2.4. KEMAHIRAN GENERIK

Kemahiran Belajar

Pemerolehan maklumat daripada pelbagai sumber

- Kemahiran carian

- Kemahiran komunikasi

- Kemahiran membaca

- Kemahiran mencatat nota

- Kemahiran penyelidikan

- Kemahiran memerhati

- Kemahiran teknikal

Memproses maklumat

- Menganalisis maklumat

- Mentafsir maklumat

- Menilai maklumat

- Mensintesis maklumat

Menyampaikan maklumat

- Kemahiran menulis

- Kemahiran persembahan

Kemahiran Teknikal

68

Page 20: Pedagogi bestari

Kemahiran Berfikir

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

- Pemikiran kritis

- Pemikiran kreatif

- Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Alat-Alat Berfikir

- Pengurusan grafik

- Soalan dan penyoalan

- Alat-alat CoRT 1

- Peta minda

Kemahiran Mentaksir & Menilai

- Penilaian melalui kontrak pembelajaran

- Penilaian portfolio

- Penilaian kendiri

- Penilaian melalui pemerhatian

- Penilaian projek

- Ujian

- Pentaksiran modular

- Penilaian perisian kursus

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Jenis Pembelajaran

- Pengajaran dan pembelajaran berbantukan Komputer

- Pengajaran dan pembelajaran berintegrasikan

komputer

Mod Pembelajaran

- Tutorial

- Penerokaan

- Aplikasi

- Komunikasi

69

Page 21: Pedagogi bestari

Kemahiran Pemudahcaraan

Challenging Menguji kemampuan atau ketabahan seseorang

Attending Memberi perhatian kepada seseorang dalam satu satu perbincangan

Disclosing Memperlihatkan atau mendedahkan

Cognitive structuring Satu kaedah membina kefahaman menggunakan pengetahuan sedia ada yang digabung dengan fakta dari sumber yang baru untuk membentuk suatu kefahaman yang baru yang lebih bermakna dan memuaskan

Feedback Teknik pemudahcara berdasarkan kepada pendapat dan penerimaan setiap

penerangan. Ia melibatkan perbincangan secara dua hala

Focussing Proses penumpuan dalaman mengenai kesedaran kendiri dan pemulihan emosi

Goal-setting Menetapkan objektif ke arah pengajaran dan pembelajaran yang lebih rasional

Instructing Pengajaran berdasarkan guru sebagai penyampai maklumat dan menunjukkan

langkah-langkah yang perlu dan terperinci tentang sesuatu topik

Modelling Satu proses demonstrasi bagi menggambarkan sesuatu dengan berkesan, menarik

minat murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang

Trailing (menjejak) Mengesan masalah pelajar dan memudahcara penyampaian

Questioning Membantu dan melatih pelajar berfikir secara mendalam dan meluas

Reflecting (renungan) Mencermin, menggambar, membayang, berfikir secara mendalam atau sebagai

pantulan sesuatu perkara yang telah diperkatakan

Thematising Suatu perbincangan yang menumpukan kepada tema atau tajuk yang telah

ditetapkan.

70

Page 22: Pedagogi bestari

BICARA GURU

Setelah anda memahami konsep sekolah bestari dan elemen-elemen pengajaran bestari,

1. Sila tonton dengan teliti video yang disediakan dalam CD dan nyatakan elemen-

elemen bestari yang telah diselitkan oleh guru tersebut semasa melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran tersebut?

2. Bolehkah anda menghuraikan dengan terperinci dan jelas mengenai bagaimanakah

anda boleh mengaplikasikan elemen-elemen ini ke dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajran di bilik darjah?

Cuba fahami senario aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini

Katakan anda seorang guru Sains sekolah rendah dan mengajar di tahun 4. Anda ingin

mengajar tajuk kategori haiwan ’serangga’

Dengan berpandukan kefahaman tentang pendekatan deduktif, maka anda akan mula

mengajar tajuk serangga itu dengan bermula daripada satu kenyataan umum tentang

’serangga’ membawa kepada kenyataan yang khusus. Ini bermaksud pada permulaan

pengajaran sebaik sahaja selesai aktiviti set induksi anda akan memaklumkan bahawa

serangga mempunyai sifat-sifat seperti mempunyai sepasang mata besar, dua pasang

kepak, tiga pasangkan kaki dan sebagainya. Pelajar telah diberi maklumat dan

pengajaran lebih bersifat kuliah atau ekspositori. Pelajar mendalami aspek-aspek khusus

setelah dimaklumkan oleh guru, misalnya serangga itu mempunyai sifat-sifat seperti yang

telah dinyatakan terlebih dahulu oleh guru. Dalam pendekatan ini nampaknya guru lebih

bersifat pemberi maklumat dan murid agak pasif. Ini juga menunjukkan bahawa

pengajaran tajuk serangga lebih berpusatkan guru. Sebaliknya jika guru mengamalkan

pendekatan induktif guru akan cuba mengajar dengan memulakan satu kenyataan

khusus dan membawa kepada kenyataan yang umum. Misalnya pada permulaan

pengajaran, guru tidak terus memberi fakta tetapi sebaliknya kenyataan khusus itu

dimulakan dengan memberi peluang pelajar meneliti ciri-ciri serangga seperti

71

Page 23: Pedagogi bestari

mengkategorikan binatang yang dikumpul seperti semut, lipas, ulat gonggok, cacing,

lipan, lalat, lebah dari segi bilangan kaki, mata, bentuk badan dan lain-lain. Setelah dapat

mengumpulkan semua elemen tersebut barulah guru menjelaskan bahawa itu adalah

’serangga’ dan ’bukan serangga’ dan ini sudah menjadi satu kenyataan yang umum.

Semasa guru melaksanakan aktiviti mengenal ciri serangga tadi di sinilah juga strategi

berpusatkan murid berjalan. Misalnya pelajar aktif menjalankan aktiviti meneroka,

meneliti, menghurai, melapor di mana beberapa aspek kemahiran belajar diterapkan

bersama. Pelajar tidak didedahkan dengan jawapan terlebih dahulu tetapi digalakkan

mencari maklumat sendiri sama ada secara individu atau menggunakan kaedah

pengajaran dan pembelajaran koperatif. Elemen yang jelas sekali apabila pelajar

dilibatkan dalam kaedah seperti itu adalah memungkinkan guru memupuk penyerapan

aspek akses kendiri, kadar kendiri atau terarah kendiri. Bagimana pula kita boleh

mengaplikasikan kefahaman guru tentang ciri-ciri pelajar seperti persekitaran atau

psikologi. Di sinilah letaknya kemahiran guru dalam memahami jiwa pelajarnya, tidaklah

mengajar sesuka hati tanpa menghiraukan perbezaan individu dan juga minat anak

muridnya. Misalnya jika gaya pembelajaran pelajar itu bersifat psikologi maka sudah

tentu murid ini memerlukan bimbingan dan pujian guru semasa proses pembelajaran

berlangsung. Guru akan menggunakan segala kemahiran pemudahcaraannya untuk

membantu dan memupuk kasih sayangnya dengan murid berkenaan. Guru yang sudah

memahami setiap jiwa muridnya akan menunjukkan rasa sayang dan sekali gus

menggalakkan pembelajaran murid berkenaan. Bagi menarik minat pula, guru berkenaan

akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat kepada muridnya seperti menggunakan

komputer atau CD yang interaktif supaya murid boleh belajar sendiri.

Begitulah keadaannya sedikit contoh bagaimana seseorang guru boleh mengaplikasikan

kefahamanya tentang konsep atau amalan-amalan penerapan elemen bestari dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Page 24: Pedagogi bestari