modul pendekatan dan pedagogi

72
DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR TOPIK 1 : KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1. Pengenalan Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Kefahaman asas terhadap kanak-kanak adalah perlu diketahui oleh pendidik yang ingin menceburi dalam bidang awal usia ini. Amalan yang bersesuaian dengan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak adalah meliputi berbagai aspek perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Amalan yang bersesuaian perlu difahami oleh pendidik dan menjadi landasan kepada pelaksanaan program kurikulum pendidikan awal kanak- kanak. Kefahaman dan kesedaran tentang pendidikan awal kanak- kanak akan meningkatkan kualiti pengajaran Konsep adalah pendapat atau tanggapan mengenai sesuatu. Konsep- konsep prasekolah bermaksud pendapat atau tanggapan berkenaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yan berumur empat hingga 1

Upload: abdul-razak-bin-ismail

Post on 10-Jun-2015

14.175 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

TOPIK 1 : KONSEP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

1. Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak.

Kefahaman asas terhadap kanak-kanak adalah perlu diketahui oleh pendidik yang ingin

menceburi dalam bidang awal usia ini. Amalan yang bersesuaian dengan

perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak adalah meliputi berbagai aspek

perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Amalan yang bersesuaian perlu

difahami oleh pendidik dan menjadi landasan kepada pelaksanaan program kurikulum

pendidikan awal kanak-kanak. Kefahaman dan kesedaran tentang pendidikan awal

kanak-kanak akan meningkatkan kualiti pengajaran

Konsep adalah pendapat atau tanggapan mengenai sesuatu. Konsep-konsep

prasekolah bermaksud pendapat atau tanggapan berkenaan pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak yan berumur empat hingga enam tahun. Pengajaran ialah

semua yang dipelajari oleh kanak-kanak.

Terdapat banyak pendapat berkenaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Antara konsep-konsep penting dalam pendidikan prasekolah dan menjadi prinsip atau

hukum dalam mendidik kanak-kanak adalah:

Belajar melalui bermain

Naluri ingin tahu

1

Page 2: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Perkembangan menyeluruh

Penerapan nilai murni

Kreativiti

Kecerdasan pelbagai

2. Belajar Melalui Bermain

Dalam pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal, iaitu

belajar melalui bermain. Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak dapat

merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus,

menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati dan

berdisiplin. Belajar melalui bermain ini meninggalkan beberapa faedah:

menggalakkan perkembangan kognitif

menggalakkan perkembangan fizikal

menggalakkan kestabilan emosi

menggalakkan perkembangan dan kemahiran sosial

menggalakkan perkembangan bahasa

menggalakkan kreativiti

memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak

3. Merangsang Naluri Ingin Tahu

Guru dapat merangsang naluri ingi tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian mereka

sebelum memulakan sesuatu pelajaran. Kanak-kanak tidak dapat berfikir secara

abstrak. Mereka perlukan bahan konkrit dan pengalaman sbenar bagi memahami

sesuatu perkara. Kanak-kanak belajar melalui pelbagai deria seperti melihat,

mendengar, menyentuh merasa dan bau.

Guru dapat merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan

2

Page 3: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Memerhati : tarik perhatian kepada pelbagai objek

Kasifikasi : galakkan mengumpul dan menyusun objek mengikut kriteria.

Eksperimen : kemukakan soalan seperti “Apa akan jadi?”

Menjangka : cuba atau teka hasil atau apakah yang akan berlaku.

Menyoal : tanyakan soalan terbuka seperti “Mengapa kamu fakir…..”

Penyelidikan : tunjuk bagaimana hendak dapatkan maklimat

Komunikasi : jelaskan pengalaman

Selain itu, peranan guru membantu kanak-kanak menjelajah dan mencari sendiri

sesuatu maklumat dengan cara berikut:

Memberi motivasi kepada kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang

kaya dengan bahan.

Mengenal pasti apa yang kanak-kanak tahu dan apa yang ingin tahu,kemudian

pilih tajuk dan aktiviti yang sesuai.

Melibatkan semua kanak-kanak dengan memilih aktiviti yang mereka dapat

lakukan sendiri ataupun dalam kumpulan kecil.

Berikan masa dan kebebasan yang diperlukan untuk kanak-kanak menjelajah

Hormati perbezaan individu kanak-kanak. Cara kanak-kanak menyelesaikan

masalah tidak sama dengan cara orang dewasa. Kanak-kanak belajar dengan

kadar yang berbeza-beza. Oleh itu mereka mungkin tidak faham sepenuhnya

sesuatu konsep yang diajar.

Tanyaka berbagai soalan terbuka dan terima pelbagai jawapan mereka

Kerap berikan maklum balas dan peneguhan kepada kanak-kanak semasa

proses pembelajaran.

Kembangkan pelajaran dengan membuat lawatan, bercerita, melihat filem atau

menjemput penceramah.

Tunjukkan model sikap positif dan guru berkongsi minat ataupun semangat dan

kekaguman bersama kanak-kanak berkaitan dunia di sekeliling mereka.

4. Perkembangan Menyeluruh

3

Page 4: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Pembelajaran bukan terasing, tetapi perlu dihubungkan dan digabungkan dalam semua

bidang kurikulum. Pembelajaran perlu difokuskan kepada kanak-kanak secara

menyeluruh dengan memenuhi keperluan fizikal, sosial, emosi dan intelektual kanak-

kanak.

Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak daripada segi

perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek atau kognitif. Dalam pengajaran dan

pembelajaran, semua aspek ini adalah penting dan saling berkaitan. Tidak ada satu

aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada suatu aspek yang paling penting.

Contohnya, seseorang kanak-kanak yang membaca melibatkan fungsi jasmani, emosi,

rohani dan intelektual di samping lima aspek lain seperti sosial dan kreatif.

Oleh itu, fokus guru adalah pada perkembangan kanak-kanak hendaklah secara

menyeluruh. Pengajaran kanak-kanak yang menekankan semua aspek perkembangan

sangat penting. Kurikulum dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan

tidak terpisah.

5. Penerapan Nilai Murni

Segala sikap, prinsip, moral dan etika yang baik adalah nilai-nilai murni. Terdapat 16

nilai-nilai untuk Pendidikan Moral dan Kerohanian telah dinyatak dalam Buku Garis

Panduan Kurikulum Prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1993). Antaranya adalah

ketuhanan, baik hati, berdikari, hemah tinggi kerjasama dan sebagainya.

Melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah dijelaskan berkenaan pembentukan

insan seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain

itu, aspek penting yang difokuskan dalam FPN ialah pembentukan individu berakhlak

mulia. Menurut ahli falsafah dan psikologi, masa yang paling baik bagi menerapkan nilai-

nilai murni adalah di peringkat prasekolah kerana pada ketika ini kanak-kanak mudah

menerima sesuatu yang diajar, dilhat dan didengar.

Ada pendapat mengatakan nilai-nilai tidak dapat diajar kepada kanak-kanak. Ini tidak

bermakna nilai-nilai tidak dapat dipupuk dalam diri mereka. Nilai-nilai dapat diperolehi

oleh kanak-kanak secara tidak langsung melalui beberapa cara iaitu:

4

Page 5: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

melalui mata pelajaran tertentu, seperti Pendidikan Moral dan Kerohanian

merentas kurikulum, dalam semua mata pelajaran secara tidak langsung

ataupun dikaitkan dengan topik tertentu.

melalui aktiviti-aktiviti harian di sekolah.

5. Kreativiti

Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan dengan menggunakan daya

imaginasi dan pemikiran bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepada

manusia. Terdapat beberapa aspek kreativiti yang perlu diberikan penjelasan iaitu:

Hubungan kreativiti dengan seni kecerdasan

a. kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat buntuk

merangsangkan kreativiti ialah seni.

b. kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak, dapat dibina

dan dilatih jika kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai.

Ciri-ciri seseorang kreatif

a. kebolehan menghadapi risiko

b. berdikari

c. berkeyakinan mencuba

d. kesanggupan menahan ketegangan

5.1 Peranan guru membina kreativiti

Guru memainkan peranan penting bagi membuna kreativiti kanak-kanak. Memberi

motivasi dan mencipta suasana tidak memadai tanpa disertai sikap guru. Sikap guru

adalah salah satu faktor yang amat diperlukan bagi merangsangkan kreativiti. Oleh itu

guru perlulah bersikap positif seperti:

Menghargai idea dan soalan kanak-kanak.

Menggalakkan kanak-kanak bercakap dan bercerita.

5

Page 6: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Memberikan komen yang ikhlas.

Memahami kanak-kanak.

Memberikan pandangan yang menggembirakan kepada hasil kerja mereka.

Mewujudkan suasana menggalakkan.

Merancang aktiviti yang berkualiti dengan menggunakan bahan yang mudah

diperolehi dan selamat digunakan.

Mendisiplinkan kanak-kanak dengan memberi arahan yang jelas dan betul

semasa hendak menggunakan alat-alat.

Menggalakkan kanak-kanak bekerjasama antara satu sama lain.

5.2 Hubungan kreativiti dengan seni dan kecerdasan

Kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat untuk

merangsangkan kreativiti ialah seni.

Kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak, dapat dibina jika

kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai.

5.3 Ciri-ciri seorang yang kreatif

Kebolehan menghadapi risiko

Berdikari

Berkeyakinan mencuba

kesanggupan menahan ketegangan

6. Kecerdasan Pelbagai

Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan

perlu dinilai sama rata dan sama berat. Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkan

melalui peluang-peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya

dengan bahan dan aktiviti yang merangsangkan. Perlulah dikenalpasti kekuatan kanak-

kanak bagi mempertingkatkan pembelajaran kanak-kanak dalam semua bidang dengan

lebih berjaya. Sesuatu kecerdasan yang kuat dalam diri kanak-kanak dapat digunakan

bagi memperkukuhkan kecerdasan yang lemah.

6

Page 7: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Howard Gardner (1983) melalui Theory of Multiple Intelligences menjelaskan,

kecerdasan adalah kebolehan menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang

dihargai oleh sesuatu budaya. Setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh

kebolehan mental yang berasingan atau bebas, iaitu kecerdasan.

Berikut dijelaskan pelbagai jenis kecerdasan bagi membantu guru-guru mengenal pasti

kecerdasan yang ada pada diri kanak-kanak di dalam kelasnya :

6.1. Kecerdasan Verbal - Linguistik

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau

tulisan, termasuk – keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan

dengan baik dan sempurna.

Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif,

bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka

dan bercerita.

6.2 Kecerdasan Logik - Matematik

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan,

sebab dan akibat (logik).Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara

heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi,

perhitungan dan pengujian hipotesis.

Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan

sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

6.3 Kecerdasan Fizikal - Kinestatik

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan

dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan

perasaan.

7

Page 8: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal,

pemain sukan dan seni pertahanan diri.

6.4 Kecerdasan Visual - Spatial

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan

terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan

mengorientasi diri dalam matriks ruang.

Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta

gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan

mengorientasi diri dalam matriks ruang.

6.5 Kecerdasan Muzikal-Ritma

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui

muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan

suatu hasil muzik.

Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan

drama lagu.

6.6 Kecerdasan Intrapersonal

Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai

gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman,

kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri

dan jati diri.

Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, taakulan tahap

tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

6.7 Kecerdasan Interpersonal

8

Page 9: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan

kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda

tersebut.

Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi

maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

6.8 Kecerdasan Naturalis

Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna. Melibatkan

kebolehan memerhati, memahami dan mengatur contoh-contoh dalam persekitaran

semulajadi.

3. Perkembangan Kanak-Kanak dan Pembelajaran

Perkembangan kanak-kanak meliputi aspek fizikal, kognitif dan sosial. Setiap aspek

perkembangan dilalui oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut umur.

Peringkat umur juga mempengaruhi kesediaan belajar kanak-kanak. Pendidik perlu

mengenal pasti aspek perkembangan dengan peringkat umur sebagai garis panduan

amalan yang bersesuaian untuk disesuaikan dengan perancangan kurikulum dan

pengajaran.

Setiap peringkat perkembangan kanak-kanak memberi gambaran keupayaan kanak-

kanak dari aspek fizikal, bahasa, kognitif dan sosial. Keupayaan kanak-kanak adalah

berbeza mengikut peringkat umur. Perancangan kurikulum yang berkualiti perlu

bersandarkan kesesuaian umur kanak-kanak sebagai garis panduan untuk

menentukan matlamat kurikulum yang akan dicapai.

Jadual 1.1 berikut menunjukkan peringkat perkembangan kanak-kanak dari aspek

fizikal, bahasa, kognitif dan sosial. Aspek yang disenaraikan adalah garis panduan

secara umum mengikut peringkat umur.

9

Page 10: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Jadual 1.1: Peringkat Perkembangan Kanak-kanak

Perkembangan Fizikal

Umur Kesediaan Pembeiajaran

2 tahun Memegang, duduk, berdiri, berlari

3 tahun Pengimbangan dan kawalan badan meningkat pada motor kasar, motor halus dan aspek

keupayaan kendiri.4 tahun Menguasai pergerakan asas seperti memanjat, berbuai di buaian, melompat objek,

menggelak halangan semasa berlari, menunjuk kebolehan fizikal seperti 'stunt'.

5 tahun Aktiviti motor lebih meyakinkan. Pergerakan terkawal dan suka kepada aktiviti motor

halus.6 tahun Memperlihatkan perkembangan fizikal yang lengkap, kemahiran motor yang cekap.

Perkembangan Bahasa

Umur Kesediaan Pembeiajaran

2 tahun Boleh memahami arahan mudah, menggabungkan tiga patah perkataan atau lebih.

3 tahun Bahasa boleh difahami dan mengandungi ayat yang panjang. Bahasa sebagai alat untuk

bersosial dan keperluan kongnitif.4 tahun Menampakkan kecanggihan dan keyakinan berbahasa.Bermain dengan bahasa dan sering

menguji untuk latihan keyakinan diri. Mencipta perkataan di luar bahasa komunikasi.

5 tahun Perbendaharaan kata bertambah banyak, komplek, struktur ayat jelas dan

tatabahasanya betul dan sebutan yang baik.6 tahun Menguasai bahasa dengan baik seperti orang dewasa dan suka menggunakan kemahiran

bahasa. Perkembangan Kognitif

Umur Kesediaan Pembeiajaran

2 tahun Menggunakan objek untuk mewakili objek lain (contoh kerusi untuk bas)

3 tahun Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan selalu bertanya.

4 tahun Kreatif dan bijak, tersentuh dengan deria humor

5 tahun Berupaya memahami keupayaannya lebih jelas dan bertindakbalas mengikut

kesesuaiannya.6 tahun Berfikiran logik dan bersistematik, boleh mengenalpasti dan menerima pendapat orang lain

Perkembangan SosialUmur Kesediaan Pembeiajaran

2 tahun Memulakan kemahiran sosial, tidak melibatkan berkongsi dan bekerjasama

3 tahun Menghadapi masalah bersosial, belum memahami giliran dan berkongsi mainan.

4 tahun Boleh memahami tolak ansur dan kebaikan bekerjasama.

10

Page 11: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

5 tahun Boleh menyesuaikan perkongsian alat mainan, bergilir dan main bersama.

6 tahun Memerlukan rakan sebaya dan membina persahabatan yang rapat (rakan sebaya

jantina yang sama)

4. Kelebihan, Minat dan Keperluan Individu

Kanak-kanak adalah individu yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan itu dapat

dilihat menerusi kelebihan, minat dan keperluannya. Setiap kanak-kanak secara

individu mempunyai perbezaan kelebihan, minat dan keperluannya yang tersendiri.

Amalan yang bersesuaian menghormati perbezaan kanak-kanak sebagai individu yang

berbeza antara satu sama lain. Amalan yang bersesuaian hendaklah fleksibel atau anjal

terhadap kanak- kanak sebagai individu. Ketegasan berpegang kepada aturan kronologi

mengikut umur dan kumpulan keupayaan kanak-kanak adalah tidak bersesuaian.

Kanak-kanak mempunyai keupayaan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak yang

berusia 6 tahun mempunyai keupayaan seperti kanak-kanak yang berusia 7 tahun dan

8 tahun dari segi kesediaan belajar. Amalan yang tidak membezakan keupayaan kanak-

kanak dan memberi masa untuk kanak-kanak meningkatkan keupayaan mengikut rentak

dan keselesaannya adalah digalakkan.

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai minat dan keperluan secara individu. Mereka

belajar sepanjang masa walau pun pembelajarannya tidak mengikut seperti yang

dinyatakan di dalam kurikulum yang diajar oleh guru. Kadangkala terdapat seseorang

kanak-kanak belajar lebih cepat daripada kanak-kanak lain tentang sesuatu perkara yang

diminatinya. Manakala kanak-kanak lain lebih cepat belajar secara berkumpulan. Apabila

kanak-kanak meningkat usianya mereka sudah memahami batasan keupayaan dirinya.

Keadaan ini perlu diberi perhatian oleh pendidik dalam melaksanakan kurikulum di kelas

prasekolah.

5. Perkaitan Sosial dan Budaya

Sosial dan budaya merujuk kepada latar belakang keluarga kanak-kanak. Latar keluarga

memainkan peranan dalam pendidikan awal yang diterima oleh kanak-kanak sebelum ke

tadika. Semasa di tadika guru hendaklah melihat kanak-kanak belajar dari dua sudut iaitu

keadaan kanak-kanak dan pengaruh sosial dan budayanya. Kebanyakan kanak-kanak

11

Page 12: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

didorong untuk belajar oleh minat yang tinggi untuk menyatakan deria dunianya yang

tersendiri dan meningkatkan kemahiran yang dikehendaki oleh sosial dan budaya.

Latar belakang sosial dan budaya mempengaruhi gaya pembelajaran kanak-kanak.

Pembelajarannya dan pembentukan keyakinan dirinya yang diperolehi menerusi

pengalamannya bersama keluarga. Pengaruh keluarga dan keyakinan dirinya dibawa ke

dalam kelas prasekolah. Kanak-kanak merasakan satu penghargaan apabila guru atau

pendidik menghormati nilai budaya keluarga, keyakinan dirinya yang dibentuk oleh

keluarga dan kemahirannya. Sikap terbuka pendidik terhadap gaya pembelajaran kanak-

kanak berdasarkan sosial dan budaya dapat membantu pengajaran dan pembelajaran

kanak-kanak.

TOPIK 2 : PRINSIP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

1. Pengenalan

Prinsip adalah hokum atau asas yang menjadi dasar pemikiran ataupn tindakan sesuatu

perkara. Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah bermaksud, hukum

atau asas dalam mendidik kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Terdapat

banyak prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Bagaimanapun prinsip-prinsip

asas yang perlu diberi perhatian adalah:

Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak

Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak

Prinsip-prinsip arah perkembangan pembelajaran kanak-kanak

2. Prinsip-Prinsip Perkembangan Kanak-kanak

12

Page 13: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Semestinya guru perlu mengetahui aspek perkembangan kanak-kanak dan

menyesuaikan aspek ini dengan konten dan strategi yang digunakan dalam prasekolah.

Guru perlu mendekati kanak-kanak sebagai individu dan bukannya sebagai satu

kumpulan. Mereka juga perlu dilayan dengan rasa saling hormat-menghormati, faham-

memahami dan percaya pada kemampuan dan kebolehan kanak-kanak untuk berubah.

Antara prinsip perkembangan kanak-kanak adalah:

Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh.

Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard

Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama ada

dalam dirinya sendiri (intrapersonal) ataupun antara kanak-kanak lain

(intrapersonal).

Peringkat prasekolah adalah masa yang terbaik bagi perkembangan kanak-

kanak.

2.1 Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh

Perkembangan estetik, kognitif, bahasa, sosial dan fizikal adalah saling berkait. tidak

ada satu aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada satu aspek yang paling

penting. Oleh itu, dalam program prasekolah, fokus guru adalah kepada perkembangan

kanak-kanak secara menyeluruh.

Berdasarkan prinsip ini, masalah akan timbul jika satu aspek perkembangan sahaja

diberi tumpuan dan mengetepikan perkembangan yang lain. Contohnya, kanak-kanak

yang mendapat penjagaan fizikal yang mencukupi di rumah tetapi tidak mendapat

perhatian yang cukup aripada segi sosial dan emosi.

Oleh itu, pengajaran kanak-kanak secara menyeluruh ndalam program prasekolah

adalah penting. Kurikulum dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh tidak

terpisah.

2.1.1 Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak

13

Page 14: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Aktiviti dan jadual dibentuk supaya mengandungi semua aspek perkembangan

kanak-kanak.

Guru perlu memikirkan bagaimana mata pelajaran yang diajar dapat membantu

perkembangan kanak-kanak.

Pengagihan masa dalam sehari perlu difikirkan dan melibatkan semua aspek

kerana semua aspek perkembangan kanak-kanak adalah sama penting.

Menggabungkan pengalaman dan bukan memisahkannya adalah mustahak. Hal

ini melibatkan integrasi aspek perkembangan, mata pelajaran dan

tanggungjawab.

2.2 Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan standard

Perkembangan adalah beruruta dalam perubahan berlaku daripada semasa ke semasa

mengikut atruran tertentu. Kanak-kanak di seluruh dunia menhadapi corak

perkembangan yang sama, iaitu meliputi semua aspek perkembangan. Urutan standard

didapati berkait dengan pergerakan. Contohnya, untuk bergerak dari satu tempat ke

satu tempat yang lain, bayin bermula dengan mengakat kepala, kemudian duduk, berdiri

dengan bantuan, diikuti dengan berjalan dan seterusnya berlari.

Bagi kanak-kanak yang mula belajar memeang pensil dan menulis di atas kertas,

sebelum dapat menulis mereka cuba membentuk cakaran. Kemudian beralih perlahan-

lahan kepada pengulangan pergerakan, membentuk saripada satu huruf kepada

perkataan dan seterusnya.

Perubahan sedemian tidak sama keadaannya. Seseorang kanak-kanak memerlukan

sama ada lebih ataupun kurang masa bagi mencapai sesuatu perubahan tingkah laku.

Kanak-kanak mungkin bergerak ke depan atau ke belakang sedikit, dank e depan

semula. Kanak-kanak yang lain pula mungkin tidak mengikut urutan sedemikian kerana

tidak sesuai dengan keadaannya,

2.2.1 Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak

Memerhati dan membaca berkenaan kanak-kanak membantu pendidik

mengenalpasti pelbagai urutan standard.

14

Page 15: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Pengetahuan berkenaan urutan perkembangan kanak-kanak dapat digunakan

bagi menentukan cara yang mencabar kanak-kanak dalam kelas dam ekspektasi

yang sesuai untuk individu.

Elakkan daripada terlalu mempercepatkan progress kanak-kanak melalui urutan

standard tertentu seperti yang berkaitan dengan mengeja, mengenal nombor dan

menulis.

kebolehan guru menjelaskan urutan standard dapat membantu mereka

memahami dengan jelas berkenaan perkembangan kanak-kanak dan bagaimana

amalan dan tujuan di dalam kelas dapat membantu pembelajaran kanak-kanak

2.3 Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza

Setiap kanak-kanak berkembang mengikut masa biologikalnya sendiri. Setiap kanak-

kanak tidak sama antara satu sama lain. Perbezaan ini dapat ditunjukkan daripada dua

aspek, intrapersonal iaitu dalam dirinya sendiri dan interpersonal iaitu kanak-kanak lain.

Pelbagai aspek perkembangan adalah penting pada masa yang berbeza sepanjang

peringkat awal kanak-kanak. Sebagai contoh, peringkat bayi adalah peringkat

pembesaran yang paling cepat. Walaupun perkembangan bahasa agak lambat, tetapi

apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, perkembangan fizikal agak lambat

berbandingh dengan perkembangan penggunaan bahasa yang begitu pesat. Hal ini

adalah contoh kepada perkembangan intrapersonal.Kepelbagaian aspek intrapersonal

dapat manggambarkan tentang ketidaksamaaan antara kanak-kanak. Bagaimanapun

ketidaksamaan dalam perkembangan adalah dalam jangkaan.

Kepelbagaian interpersonal juga berlaku. Kecepatan kanak-kanak mengikut urutan

standard adalah berbeza. Oleh itu kanak-kanak yang sama tarikh lahir mempunyai

tingkahlaku dan pemahaman yang berbeza. Kepelbagaian ini adalah normal dan

perbezaan boleh didapati merentasi semua aspek perkembangan.

2.3.1 Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak

Kanak-kanak di adalam kelas prrasekolah mempunyai kebolehan yang jauh

berbeza-beza.

15

Page 16: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Pendidik perlu elakkan daripada memberi tumpuan kepada satu perkara sahaja

sebagau ukuran pencapaian atau potensi kanak-kanak secara menyeluruh.

Pemerhatian yang teliti ke atas kanak-kanak mendedahkan corak tingkah laku

individu daipada pelbagai aspek perkembangan. Guru atau pendidik

menggunakan pengetahuan ini untuk pengajaran individu dan bukan mengajar

semua kanak-kanak perkara yang sama dengan menggunakan cara yang sama

pada masa yang sama.

Jadual harian yang memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan aktiviti

mengikut kemampuannya sendiri dapat membantu kanak-kanak berbanding

dengan jadual yang telah ditetapkan lebih awal ataupun kanak-kanak

dikehendaki mengikut pusingan daripada datu aktiviti kepada aktiviti yang lain.

Rancangan boleh disesuaikan dan digubah bagi memenuhi keperluan individu

dalam kumpulan.

Standard perkembangan dapa berubah-ubah. Kanak-kanak tidak boleh dilabel

sebagai “cepat” ataupun “lambat” berbanding dengan kanak-kanak lain dalam

kumpulan.

Aktiviti kelas yang meliputi pelbagai objektif pembelajaran berbanding satu

objektif memberi banyak peluang kepada kanak-kanak untuk dicabar dan untuk

mengalami kejayaan.

2.4 Peringkat prasekolah adalah masa terbaik untuk perkembangan kanak-

kanak

Peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah masa terbaik berlaku perubahan-

perubahan yang penting. Perubahan-perubahan ini adalah berkaitan dengan interaksi

yang kompleks, iaitu antara struktur dalaman dan fikiran kanak-kanak, serta

pengalaman mereka dengan persekitaran fizikal dan sosial. Pada ketika ini kanak-kanak

lebih mudah menerima pengaruh persekitaran yang positif ataupun negatif berbanding

dengan masa-masa lain.

Kanak-kanak seharusnya diberi pengalaman yang menggalakkan perkembangan pada

ketika ini, agar mereka kekal bermotivasi dan berjaya mencapai potensi.

Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah secara biologi cenderung mengembangkan

kemahiran motor asas seperti menangkap, membaling, melompat dan berlari. Kanak-

16

Page 17: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

kanak ini akan menggabungkan kemahiran tersebut dengan kemahiran yang lebih

kompleks. pada tahap ini, kebanyakan kanak-kanak dapat menerima pengajaran dan

sanggup menghabiskan masa dengan aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan

kemahiran mereka.

Walau bagaimanapun kanak-kanak yang tidak diberi peluang sedemikian menjadi

kurang sanggup memulakan pembelajaran dan berlatih kemahiran motor asas pada

masa akan datang, iaitu di sekolah rendah. Pada pertengahan sekolah rendah, kanak-

kanak tersebut dikatakan tidak mempunyai bakat yang diperlukan untuk berjaya.

Kekurangan kemahiran dan kesanggpan, membentuk satu halangan yang

menyebabkan kanak-kanak menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti fizikal dan

permainan. Tindakan ini berkumpul dan selalunya mempunyai kesan sepanjang hayat.

Hal ini membuatkan pendidikan peringkat awal kanak-kanak sebagai masa terbaik untuk

kanak-kanak mencapai kecekapan motor, Dengan itu, sikap dan kemahiran asas kanak-

kanak berkiaitan dengan fizikalnya perlu ditingkatkan.

2.4.1 Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak

Prinsip berkenaan masa yang terbaik bagi perkembangan kanak-kanak

menunjukkan program pengajaran mementingkan proses dan kemampuan yang

meliputi cara-cara yang menggalakkan perkambangan kanak-kanak.

Guru seharusnya berupaya menjelaskan sifat semula jadi yang kritikal untuk

tahun-yahun awal kanak-kanak yang berkaitan dengan semua aspek

perkembangan.

3. Prinsip-prinsip Pembelajaran Kanak-kanak

Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif

Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh kesediaan dan kematangan.

Kanak-kanak berbeza latar belakang dan individu.

Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Kanak-kanak belajar melalui semua deria.

kanak-kanak belajar melalui pengalaman fizikal, interaksi, sosial dan refleksi.

Stail pembelajaran kanak-kanak berbeza.

17

Page 18: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh sifat semula jadi dan pandangan di

peringkat awal.

Kecerdasan pelbagai perlu digalakkan.

4. Prinsip-prinsip Arah Perkembangan Pembelajaran Kanak-

kanak

Perkembangan pembelajaran kanak-kanak bergerak mengikut arah yang dijangka.

Terdapat titik permulaan perkembangan dan kemajuan pembelajaran berlaku. Prinsip-

prinsip arah perkembangan kanak-kanak menunjukkan kemajuan kehadapan ataupun

keluar. Contohnya, proses pembesaran dan kematangan tubuh bayi bergerak daripada

atas ke bawah iaitu kepala ke kaki dan daripada tengah ke luar.

Oleh itu apabila bayi dilahirkan, kepalanya adalah lebih besar daripada badan. Bahagian

kepala mempunyai otak, iaitu tempat bergantungnya kehidupan dan bahagian yang

lebih berkembang daripada bahagian-bahagian yang lain. Bayi dapat mengawal kepala

dan otot leher lebih awal daripada menguasai otot kaki. Begitu juga dengan jantung dan

organ-organ dalaman lain yang mempunyai koordinasi sepenuhnya, sedangkan

koordinasi tangan dikuasai lebih lambat. Tanda arah perkembangan sedemikian adalah

jelas dan hal ini penting diketahui oleh para pendidik. Perubahan ini mempengaruhi

perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak sepanjang berada di prasekolah dan

sekolah rendah.

Arah perkembangan pembelajaran bergerak daripada:

mudah kepada susah

tahu kepada tidak tahu

diri sendiri kepada orang lain

menyeluruh kepada bahagian

konkrit kepada abstrak

menyelidik atau menjelajah kepada mempunyai tujuan

kurang tepat kepada lebih tepat.

desakan kepada terkawal.

18

Page 19: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

TOPIK 3 : KONSEP AMALAN YANG BERSESUAIAN

DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-

KANAK

1. PENGENALAN

Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) adalah satu amalan

dan proses pembelajaran yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan,

bakat dan minat murid.

2. Prinsip ABP

Perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor saling berkait dan

mempengaruhi antara satu samalian.

Perkembangan berlaku mengikut urutan.

Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza

19

Page 20: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Perkembangan adalah berterusan

Perkembangan adalah berperingkat-peringkat

Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran

Kanak-kanak adalah pelajar aktif

Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak

Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar

Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran

Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan kanak-kanak

2.1 Perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomoto saling berkait dan

mempengaruhi antara satu sama lain.

Kanak-kanak berkembang dalam domain fizikal, sosial, emosi dan kognitif yang

saling berkitan antara satu sama lain. Perkembangan salah satu domain akan

mempengaruhi perkembangan dalam domain lain.

Implikasi

Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan

perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain.

2.2 Perkembangan berlaku mengikut urutan.

Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut urutan dengan diikuti oleh

kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya.

Implikasi

Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk

memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya.

2.3 Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza

Kanak-kanak adalah unik dan berbeza antara satu sama lain dari segi minat,

keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, gaya pembelajaran, pengalaman dan

latar belakang keluarga. Guru harus menerima keadaan murid ini dan

menyediakan aktiviti yang sesuai sengan mereka.

20

Page 21: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Implikasi

Guru menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan

mereka.

2.4 Perkembangan adalah berterusan

Pengalaman di peringkat awal kanak-kanak akan memebri kesan kepada

perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka.

Implikasi

Guru harus peka akan pengalaman sedia aada murid, dan merancang aktiviti

yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran bermakna.

2.5 Perkembangan adalah berperingkat-peringkat.

Perkembangan kanak-kanak berlaku dalam konteks sosio budaya mengikut arah

yang lebih komplek.

Implikasi

Guru harus menyediakan aktiviti untuk murid meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran melalui pengalaman sebenar menggunakan pelbagai media seperti

membina, melkis, bermain peranan , berbual dan melakar.

2.6 Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran

Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran murid iaitu berlaku

dalam kontek sosio budaya keluarga yang berbeza, komuniti dan masyarakat

setempat yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Implikasi

Guru harus mempelajari dan memahami sosi budaya yang memberi kesan

kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran muris tersebut serta

21

Page 22: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

menyediakan aktiviti yang dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ini ke

peringkat optima.

2.7 Kanak-kanak adalah pelajar aktif

Kanak-kanak adalah pelajar aktif dan memahami perekitaran dunia mereka

darpada pengalaman di rumah, di tadika dan dalam komuniti.

Implikasi

Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan pengalaman sebenar untuk

membantu murid memahami dunia mereka.

2.8 Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak

Konsep bermain sambil belajar adalah penting sebagai alat untuk meningkatkan

perkembangan sosial, emosi, rohani, dan kognitif seseorang kanak-kanak.

Implikasi

Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti

berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan perkembangan

ke peringkat yang optimum.

2.9 Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar

Proses perkambangan kanak-kanak akan menjadi lebih cepat apabila mereka

diberi peluang untuk melatih kemahiran. Kemahiran-kemahiran yang baru atau

menjalankan aktiviti yang kebih mencabar.

Implikasi

Guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan merangsang minda

murid untuk meningkatkan tahap perkembangan dan pengalaman pembelajaran

mereka.

2.10 Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran

22

Page 23: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Murid boleh menunjukkan pelbagai cara mengenai apa yang mereka tahu

daripada pengalaman pembelajaran mereka. Mereka menunjukkan pelbagai

gaya pembelajaran seperti visual, auditori atau kinestetik.

Implikasi

Guru perlu membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan

kemahiran dan pengalaman yang telah dikuasai.

2.11 Penglibatan Komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-

kanak

Perkembangan dan pemgalaman pembelajaran murid berlaku dengan baik

dalam kontek komuniti di mana mereka berasa selamat, dihargai dan keperluan

dipenuhi.

Implikasi

Guru haris memastikan dan mengambil berat tentang aspek pemakanan,

kesihatan dan keselamatan murid.

3. Penutup

Pelaksanaan ABP adalah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan

diri, kebolehan, kekuatan, keperluan, bakat dan minat di kalangan murid-murid.

23

Page 24: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

TOPIK 4 : PENDEKATAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

1. PENGENALAN

Dalam pendidikan prasekolah, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan diri, keperluan,

kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang murid. Oleh sebab murid merupakan

adalah pembelajar yang aktif, guru perlu menyediakan aktiviti dan bahan yang konkrit

dan menarik supaya murid boleh melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara

teliti an sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara kelas, kummpulan ataupun

secara individu

24

Page 25: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

2. PENDEKATAN

Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah, empat pendekatan pengajaran

dan pembelajaran yang perlu diutamakan iaitu :

Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Pendekatan Bertema

Pendekatan Bersepadu

Penggunaan ICT dalam pembelajaran

2.1 Belajar Melalui Bermain

Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi

memberi peluang kepada murid belajar dalam kn keupayaan kognitif, suasana yang

mengembirakan dan bermakna. Pendekatan ini diberi penekanan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui

bermain mereka dengan gembiran dan senang hati membuat penerokaan, penemuan

dan pembinaan melalui pengalaman langsung semulajadi.

Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran itu menggembirakan di samping meningkatkan kepupayaan kognitif,

keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar

dan motor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif.

Pendekatan bermain sambil belajar menekankan ciri-ciri berikut:

aktiviti yang menggembirakan

penerokaan dan interaksi dengan persekitaran

permainan bebas dan terancang

kelonggaran masa

percubaan idea sendiri

peluang memberi tumpuan dan perhatian

25

Page 26: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Semasa melakukan aktiviti bermain, proses penerimaan sensori atau deria seperti

pendengaran, penglihatan, bau, sentuhan dan rasa akan terangsang dan memberikan

satu pengalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan

terbina serta membantu perkembangan ke tahap optimum.

Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-kanak suka

bermain dan pada waktu yang sama mereka belajar menerusi main. Tanggapan

main antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah berbeza. Main bagi

orang dewasa ialah untuk beriadah. Ada pula yang menjadikan main sebagai

profesion seperti main bola sepak, badminton dan golf. Main pula bagi kanak-

kanak dua perkara akan bertaku pada perkembangan kanak-kanak iaitu sosial

dan kognitif.

2.1.2 Teori-teori main

Teori Tenaga Berlebihan

Tenaga yang berlebihan perlu dikeluarkan. Sekiranya tenaga ini tidk dikeluarkan

boleh menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesaa dan boleh mengganggu

kesihatan mereka

Teori Relaxation

Manusia kehabisan tenaga jadi ianya perlu diganti. Kehidupan moden

menyebabkan manusia mengalami tekanan. Permainan perlu untuk melegakan

dan mengganti tenaga.

Teori Instinct

Alam kanak-kanak merupakan tempoh seseorang menyediakan diri ke arah

kedewasaan. Dalam tempoh ini pengalaman bermain dan lain-lain merupakan

latihan membantu mencapai kematangan.

Teori Psikodinamik

Bermain akan dapay mengurangkan kebimbangan dan rasa takut dengan

membawanya ke peringkat sedar.

Teori Perkembangan Kognitif

26

Page 27: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Dilihat dari sudut intelek, aktivitimain tidak terhad. Main menjadi latihan

berimaginasi dan menjadi alat untuk menguasai pengetahuan dari persekitaran

serta membantu perkembangan kognitif.

2.1.3 Konsep belajar melalui bermain

Sesuatu aktiviti yang memberi kegembiraan serta peluang murid-murid

melahirkan perasaan.

Murid dapat meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatau kemahiran.

Peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian

Membantu mengembangkan pertumbuhan darisegi kognitif dan psikomotor.

Bebas, terancang dan selamat.

2.1.4 Kepentingan main dan permainan

Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang daripada motivasi sendiri,

menyeronokkan dan berorientasikan proses. Ini bermakna aspek di luar masa,

penggunaan bahan dan peralatan, persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan peranan

yang mengambil bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. Semua

berdasarkan deria realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama main dapat memberi

manfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi sosial dan kognitif.

Sebenarnya kanak-kanak bermain tidak memerlukan ganjaran pujian, wang atau

makanan. Mereka bermain kerana sukakannya. Di sebaliknya kanak-kanak yang

bertanding untuk membina kereta menggunakan bongkah dianggap tidak bermain. Kanak-

kanak yang disuruh menggunakan bongkah berwarna merah sahaja masih dianggap

bukan bermain. Kanak-kanak yang disuruh untuk melabelkan warna pada lakarannya

tidak dianggap bermain. Kanak-kanak bermain tanpa mengikut arahan orang dewasa.

Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung semasa bermain. Kanak-kanak

akan membina kefahaman sesuatu konsep menerusi bermain sama ada konsep sosial

atau kognitif.

27

Page 28: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

2.1.5 Peringkat perkembangan main

Kanak-kanak belajar menerusi main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-

kanak mengkaji peranan main kepada kanak-kanak. Terdapat dua pandangan tentang

peringkat main kanak-kanak yang telah dikaji iaitu:

(a) Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932)

Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari aspek sosial. Beliau

mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-

kanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai

sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan

rujukan.

Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut:

• perlakuan tidak menentu (unoccupied behavior) - kanak-kanak

bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi

tidak bermain;

• main sendirian (solitary play) - kanak-kanak bermain sendirian,

tidak

melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya;

• main pemerhatian (onlooker play) - kanak-kanak ini berdiri memerhati

kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan;

• main selari (parallel play)

• main asosiatif (associative play) - kanak-kanak ini berinteraksi dengan

kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama

dalam aktivitimain; dan

• main koperatif (cooperative play) - kanak-kanak ini bermain dalam

bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi

aktiviti.

(b) Kategori Main Kognitif Mengikut Sara Smilansky (1968)

28

Page 29: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Manakala Sara Smilansky (1968) melihat main dari aspek kognitif. Beliau melihat

aspek main dapat membina perkembangan kognitif kanak-kanak. Main dapat

meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak iaitu diukur dari segi cara kanak-

kanak menggunakan bahan atau peralatan mainan itu sendiri. Pandangan

Smilansky yang berbeza dengan Parten dianggap sebagai pelengkap kepada

pengkelasan yang telah dibuat oleh Parten.

Kategori main mengikut Smilansky:

• main berfungsi (functional play) - kanak-kanak ini bermain menggunakan

motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang

boleh

dibuat dengan objek berkenaan;

• main konstruktif (constructive play) - kanak-kanak ini bermain

melibatkan mencipta sesuatu objek;

• main dramatika (dramatic play) - kanak-kanak ini menggunakan objek

mainan untuk menggantikan sesuatu imaginasi; dan

• main dengan peraturan (games with rules) - kanak-kanak ini

bermain melibatkan penerimaan pandangan, mengubahsuai

peraturan dalam permainan.

(c) Permainan Bebas

Permainan bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan, tidak formal

dan tidak berstruktur dalam persekitaran yang kaya dengan bahan dan interaksi

dengan rakan sebaya dan orang dewasa.

Bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan di pusat pembelajaran. Dengan itu

kanak-kanak tersebut mempelajari dan mengalami banyak pembelajaran semasa

menjalankan interaksi dengan rakan sebaya, orang dewasa dan bahan yang

disediakan.

(d) Permainan lakonan atau olok-olok

Permainan ini melibatkan interaksi verbal antara kanak-kanak untuk melakonkan

29

Page 30: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

watak-watak dalam permainan tersebut. Permainan ini melibatkan peristiwa harian

yang benar dan realistik. Ia juga melibatkan fantasi dan imaginasi kanak-kanak.

(d) Permainan luar

Kanak-kanak perlu melepaskan tekanan perasaan semasa bermain dalam keadaan

terkawal. Alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir, bekas main air,

terowong, jongkang jongkit, buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk

membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan

menggembirakan.

Semasa bermain dengan alatan tersebut, kanak-kanak dapat mempelajari beberapa

konsep seperti imbangan, berat dan ringan, tinggi dan rendah, tarikan gravity, ayunan

serta konsep banyak dan sedikit. Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar,

mengikut giliran, bekerjasama, tolong-menolong, bersikap sederhana dan hormat-

menghormati.

Aktiviti permainan luar ini melibatkan perkembangan otot kecil, otot besar, koordinasi

tubuh badan, perkembangan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti.

2.1.6 Main dalam pembelajaran kanak-kanak

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelumnya main adalah proses pembelajaran

kanak-kanak untuk memahami sesuatu konsep. Melalui penerokaan dan membina semula

konsep menerusi main dapat mengukuhkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep

yang ingin diketahui. Di dalam kelas tadika untuk kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun

kanak-kanak bermain untuk membina konsep. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu

menyediakan main bercorak konstruktif selain dari bersosial. Rajah 1.3 menunjukkan

contoh bagaimana aktiviti pengajaran yang dikendalikan dapat membantu murid-murid

membina konsep menerusi pemerhatian dan pengalaman.

Kanak-kanak kerap berhadapan dengan masalah untuk mengenal pasti persamaan antara

objek dan peristiwa, membanding dan membezakan. Contohnya untuk meletakkan

sekeping jigsaw puzzle di atas papan jigsaw. Kanak-kanak perlu membina persamaan

antara sekeping jigsaw puzzle dan ruang jigsaw puzzle. Contoh yang lain seorang kanak-

kanak meletakkan segelas air sirap di atas meja kemudian bermain di sudut

30

Page 31: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

pembelajaran. Apabila dia datang semula di meja terdapat dua gelas air sirap.

Dia tentunya akan tertanya-tanya yang manakah gelas miliknya. Keadaan ini

menyebabkan dia perlu membina persamaan antara gelas kepunyaannya sebelum ini

dan gelas yang baru dilihatnya.

Terdapat dua jenis persamaan iaitu pengenalan (identity) dan kesetaraan (equivalence).

Pengenalan melibatkan antara dua penglihatan terhadap objek yang sama. Manakala

kesetaraan melibatkan persamaan dua atau lebih objek.

Pengenalan dapat dilihat menerusi contoh kanak-kanak dengan gelas air minuman. Dia

tidak dapat membezakan gelas miliknya. Manakala kesetaraan dapat dilihat menerusi

contoh kanak-kanak dan jigsaw puzzle. Kanak-kanak terpaksa membanding beza dua

objek untuk disesuaikan.

Kesimpulannya persamaan terbina sama ada antara dua penglihatan objek atau peristiwa,

antara objek yang berbeza atau peristiwa. Hal ini penting untuk memahami penemuan

oleh kanak-kanak sewaktu percubaannya menyelesaikan masalah.

Perubahan adalah sesuatu yang kanak-kanak mahukan. Setiap perubahan melibatkan

tempat permulaan dan tempat berakhir. Perubahan berlaku di antara tempat permulaan

dan tempat berakhir. Sebagai contoh air (rupa asal permulaan) boleh diubah kepada

warna merah (rupa akhir) dengan meletakkan sirap merah (perubahan). Jika kanak-kanak

ingin mengubahnya ke rupa asal permulaan mereka perlu tahu sesuatu tentang cara air

menjadi merah. Mungkin mereka boleh menggunakan kain menapis warna atau pun

menambah air ke dalam bekas.

Piaget telah mengenal pasti enam tahap keupayaan kanak-kanak memikirkan tentang

perubahan dari usia 1 hingga 7 tahun. Secara umum enam aras perkembangan kognitif

yang disarankan oleh Piaget adalah seperti berikut:

(a) tahap berbeza sepenuhnya;

(b) tahap penolakan

(c) tahap darjah berhati-hati;

(d) tahap kepelbagaian;

(e) tahap fungsi; dan

(f) tahap dapatan sebenar.

31

Page 32: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Berdasarkan pandangan teori yang dikemukakan oleh Piaget main konsruktif dianggap

sesuai untuk aktiviti penerokaan dan penemuan. Guru menyediakan persekitaran dan

bahan/peralatan pembelajaran. Manakala kanak-kanak menyesuaikan kemahiran dan

konsep yang perlu dibina menerusi aktiviti main konstruktif. Peranan guru sebagai

pendorong mencetuskan pembinaan pemikiran konstruktif kanak-kanak terhadap sesuatu

konsep.

Main di kelas tadika/prasekolah boleh dibahagikan kepada:

(a) main pilihan sendiri - guru menyediakan peralatan permainan di sudut-

sudut tertentu untuk dipilih oleh murid. Biasanya aktiviti ini dijalankan semasa rutin

atau sementara menunggu aktiviti pembelajaran bermula; dan.

(b) main terancang - guru merancang pembelajaran dengan memasukkan unsur

main dalam aktiviti pembelajaran. Bahan dan peralatan boleh digunakan sebagai

alat bantu yang mengukuhkan sesuatu konsep yang dilakukan menerusi main.

Kesimpulannya main merupakan aspek penting dalam kehidupan kanak-kanak. Kanak-

kanak belajar menerusi main. Germain juga merupakan suatu rangsangan untuk kanak-

kanak belajar. Main dalam konteks pembelajaran kanak-kanak adalah suatu proses

pembelajaran secara keseluruhan. Kenyataan yang mengatakan 'bermain sambil belajar'

atau 'belajar sambil bermain' bermaksud keseluruhan konsep pembelajaran kanak-kanak

yang menekankan adanya unsur main dalam pembelajaran kanak-kanak. Setiap program,

model, pendekatan dan aktiviti melibatkan unsur main sebagai intipati keseluruhan

pembelajaran kanak-kanak.

2.1.7 Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain

Sebelum mekasanakan pendekatan ini, guru perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

Hasil pembelajaran yang ingin dicapai perlu ditentukan.

Bahan perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid

Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan

Bahan yang digunakan mengalakkan komunikasi dan imaginasi

Permainan menarik minat dan menggembirakan murid

2.1.8 Faedah pendekatan belajar melalui bermain

32

Page 33: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Melalui main sambil belajar, murid-murid boleh:

Mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih

spasifik.

Meningkatkan keupayaan kognitif.

Bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa

Meningkatkan kemahian emosi

Mengukuhkan perkembangan fizikal

Menguasai kemahiran manipulatif

Melahir dan menyatakan perasaan

2.2 Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu

topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar

belakang murid.

Tema yang dipilh dijadikan sebagai wahana untuk menguasai sesuatu kemahiran

seperti kemahiran bertutur, membac, menulis, asas matematik, berfikir dan emosi serta

sosial. Selain itu, pendekatan ini memberi peluang kepada murid meluaskan

pengetahuan melalui tema yang dipilih.

Pendekatan pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka

untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum.

Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topic-topik tertentu dalam

ruang lingkup yang lebih luas.

Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidan

pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum

memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-

33

Page 34: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan

mereka.

Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkaa yang

sama, sebagai contoh haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang

yang luas tetapi tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk

mendalami topik. Tema boleh diangap sebagai rangsangan kearah pembelajaran.

Namakan Bunyi

Menyanyikan

lagu “cicak”

HAIWAN Membilang

haiwan di

rumah

Melukis haiwan

di ladang

2.2.1 Faktor-faktor pemilhan pendekatan bertema

Pemilihan tema perlu menimbangkan aspek-aspek berikut:

Boleh merentas semua komponen

Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan murid

Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa

34

Page 35: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran

Guru berminat terhadap tema yang dipilih

Pemeringkatan tema dari mudah kepada yang lebih mencabar

2.2.2 Kepentingan pendekatan bertema

Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahanan untuk menghubungjalinkan

pengetahuan atau kemahiran daripada beberapa komponen yang berlainan.

Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktiviti

dan menyediakan bahan pengajaan dan pembelajaran secara lebih berfokus dan

menyeluruh.

2.2.3 Pelaksanaan pendekatan bertema

Sebelum melaksanakan pendekatan ini, guru perlu:

Mengenalpasti tema yang hendak digunakan

Menjana idea berkaitan tema

Membina peta minda tema yang mengandungi komponen yang berkaitan

dengan tema

Menyediakan senarai aktiviti kepada setiap komponen yang berkaitan dengan

tema

merancang iklim dan menyusun persekitaran kelas dan ousat oembelajaran

supaya mempunyai suasana yang berkaitan dengan tema.

2.3 Pendekatan Bersepadu

Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam

kehidupan sebenar, sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya

sesuatu yang terpisah-pisah. Mereka melihat pembelajaran secara menyeluruh dan

bersepadu dan tidak memisahkan pembelajaran kepada subjek yang berbeza-beza.

35

Page 36: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Oleh itu pendekatan bersepadu digunakan dalam pengurusan pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan lebih daripada satu komponen dalam aktiviti

pembeajaran. Selain daripada kesepaduan antara komponen, pendekatan ini

melibatkan juga kesepaduan antara:

Beberapa kemahiran

Kemahiran dan nilai murni

Aktiviti dalam kelas dan luar kelas

Aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid

Pelbagai kaedah dan teknik

Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu menyediakan murid peluang :

Memenuhi keperluan mereka yang berbeza-beza dari segi perkembangan, minat

dan kebolehan serta perbezaan dari segi latar belakang.

Meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam.

Lebih banyak pilihan dan motivasi untuk menimbulkan kepuasan belajar.

Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti

Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi

Meningkatkan nilai murni

Pendekatan bersepadu boleh digunakan dalam aktiviti seharian. Guru perlu

menggunakan pengalaman harian kanak-kanak dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ilmu pengetahuan yang dipelajari mesti diamalkan. Pengajaran dan

pembelajaran adalah tidak formal. Kanak-kanak terlibat dalam aktiviti secara aktif.

Semua deria kanak-kanak terlibat secara langsung dalam pelbagai situasi yang dapat

merangsang pembelajaran di dalam atau di luar kelas. Kanak-kanak memperoleh ilmu,

konsep, kemahiran dan nilai murni yang berkaitan antara satu sama lain.

Contohnya dalam permainan pasir, kanak-kanak dapat merasakan tekstur pasir seperti

kasar, halus, konsep seperti kering dan basah, kemahiran membina timbunan pasir

mengikut urutan menaik ataupun menurun, serta memupuk nilai murni seperti

bekerjasama, bertolak ansur dan berdisipli. Pendekatan bersepadu boleh

menggabungkan beberapa kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis

36

Page 37: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

atauoun menggabungkan aspek-aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani,

emosi, rohani dan intelek.

Kaedah pendekatan ini menggabungkan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang perlu

dikuasai oleh murid. Merujuk jadual di bawah, hasil pembelajaran adalah kemahiran

membaca dan hasil pembelajaran adalah menulis.

Topik Komponen Kandungan Hasil

Pembelajaran

Aktiviti/Peralatan

Abjad Bahasa Melayu 3.1 Mengenal

bentuk huruf

3.2.3 Mengenal

bentuk huruf

kecil dan huruf

besar

Membaca abjad

dan menulis

abjad.

Poster huruf

kecil dan huruf

besar

4.1 Membina

kemahiran menulis

4.1.4 Menulis

huruf mengikut

cara yang betul

2.3.1 Pendekatan bersepadu melibatkan

Kesepaduan antara komponen

Kesepaduan kemahiran dan nilai murni

Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas

Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan murid

Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik

2.4 Penggunaan ICT dalam pembelajaran

Komputer menyediakan peluang pembelajaran yang berkesan kepada murid kerana

ianya memberi peluang pengalaman pembelajaran dalam cara dan kadar yang

berbeza-beza untuk memenuhi keperluan setiap individu. Murid boleh menggunakan

computer secara berpasangan untuk menggalakkan mereka sama-sama meneroka dan

memperolehi pembelajaran.

Pendekatan ini digunakan untuk :

Membantu proses pengajaran dan pembelajaran

37

Page 38: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Memperoleh maklumat

Berinteraksi dengan bahan untuk bekajar sendiri dan bersama rakan sebaya

Memperkayakan pengalaman pembelajaran

2.4.1 Kepentingan penggunaan ICT

Membantu membentuk persepsi pemikiran murid.

ICT sebahagaina daripada kehidupan masa kini

Boleh dijadikan bahan bantu mengajar

Boleh diprogramkan dengan perisian khas

Dapat merangsang minat murid dan memberi keseronokan.

Dapat merangsang kreativiti dan pemikiran

Membantu memudahkan murid memahami konsep sebab dan akibat

2.4.2 Prinsip-prinsip penggunaan ICT

Kesesuaian umur

Kepentingan

Kawalan kanak-kanak

Arahan jelas

Penggunaan berdikari

Tanpa keganasan

Berorientasikan proses

model yang sebenar

Ciri-ciri teknikal

Boleh ditranformasikan

Kepelbagaian bahasa

38

Page 39: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

TOPIK 5 : TEKNIK PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PRA SEKOLAH

1. PENGENALAN

Di bawah konteks pendidikan, teknik pengajaran ditakrifkan sebagai kemahiran guru

yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah

untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin

tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

2. Tunjuk cara

Tunjuk cara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

kemahiran guru mendemontrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di

hadapan murid. Oleh itu teknik tunjuk cra juga dikenali sebagai demonstrasi.

39

Page 40: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

2.1 Prinsip-prinsip tunjuk cara

Untuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjuk cara sengan berkesan guru

haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan tunjukcara berikut

2.1.1 Sebelum demontrasi

a) Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk

cara terlebih dahulu.

b) Alatan hendaklah disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah

demonstrasi yang ditentukan.

c) Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua

murid dapat menyaksikannya dengan jelas.

d) Pastikan keselamatan sebelum mengunakan alat, atau bahan yang

meungkin boleh menyebabkan kemalangan.

e) Sebelum memulakan demonstrasi, guru hendaklah memberitahu

murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan

supaya mereka dapat mencontohinya tanpa membuat sebarang

kesilapan.

2.1.2 Semasa demonstrasi

a) Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan

tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan.

b) Sekiranya murid menunjukkan kerahuan, guru hendaklah

menerangkan langkah itu sekali lagi.

c) Guru menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.

d) Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar

penerangan guru dengan jelas.

e) Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat

demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang

cara-cara melaksanakannya.

2.1.3 Selepas demonstrasi

a) Bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian

demomonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa murid-

murid telah memerhatikan langkah-langkah demonstrasi yang telah

ditunjukkan dengan betul.

40

Page 41: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

b) Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka

membuat rumusan.

c) Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi. Ini boleh

dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru

atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.

2.2 Langkah-langkah pengajaran melalui tunjuk cara

Pengajaran mengunakan tunjuk cara melibatkan beberapa langkah utama seperti

perancangan, pelaksanaan, latihan dan penutup.

2.2.1 Perancangan

a) Penentuan topik dan objektif.

b) Perancangan langkah-langkah demonstrasi

c) Persediaan alatan.

d) Penyusunan tempat demonstrasi

2.2.2 Pelaksanaan

a) Penerangan tujuan demonstrasi.

b) Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup.

c) Penggunaan alat mengikut langkah-lankah yang disediakan.

d) Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian.

2.2.3 Latihan

a) Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran.

b) Guru membetulkan kesilapan murid.

2.2.4 Penutup

a) Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.

b) Murid-murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang

berkaitan.

3. Penyoalan

Teknik penyoalan merupakan suatu teknik yang biasa dan kadang-kadang menjadi

dominant dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian menunjukkan

terdapat perhubungan yang signifikan antara penyoalan guru dengan pencapaian

41

Page 42: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

pelajar (Turney et. al 973). Menyoal semasa pengajaran dan pembelajaran mempunyai

beberapa tujuan, antaranya ialah:

Menjadikan murid aktif

Membangkitkan minat dan tumpuan murid.

Meningkatkan perkembangan daya pemikiran murid.

Menilai kefahaman murid berkenaan isi pelajaran serta kemajuan murid.

3.1 Prinsip menyoal

a) Soalan

Sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan urid dalam bilik darjah.

Betul daripada tatabahasanya supaya maksudnya lebih jelas.

Pendek, tidak berbelit-belit.

Releven dan berkaitan dengan topik yang dibincangkan.

Dikhususkan supaya lebih jelas.

Pelbagaikan aras dan jenis soalan.

b) Cara menyoal

Terbuka kepada semua murid dalam bilik darjah.

Libatkan murid yang diam atau tidak bersedia menjawab.

Beri masa yang sesuai (3-5 saat) untuk murid memberi respons kepada

soalan.

Kemukakan soalan dahulu, kemudian menyebut nama murid.

Melayan jawapan yang salah dengan baik.

Dorong dan cungkil jawapan daripada murid yang tidak mampu memberi

respons kepada soalan guru.

Elakkan mengulang-ulang soalan.

Elakkan daripada menjawab soalan sendiri atau menyusun semula jawapan

pelajar seolah-olah guru menjawab soalan sendiri.

Elakkan daripada mengulang-ulang jawapan pelajar.

Elakkan daripada guru bercakap terlampau banyak.

3.2 Tujuan menyoal mengikut peringkat dalam pengajaran

Paintal (1980) menjelaskan tujuam sseorang guru menyoal mengikut langkah-langkah

pengajaran adalah seperti berikut :

42

Page 43: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Peringkat Tujuan menyoal:

a. Pengenalan membantu set induksi guru

mengetahui apa yang murid tahu

mengulang pelajaran lepas

mengemukakan masalah yang berkaitan

dengan topik pengajaran.

b. Penyampaian mengekalkan minat dan tumpuan murid

menggalakkan penaakulan dan pemikiran

logik

mengetahui setakat mana kefahaman

murid.

c. Aplikasi fokus dan penjelasan

menghilangkan kesukaran dan membantu

individu murid.

memimpin murid membuat pemerhatian

dan inferen

d. Penutup mengulang isi utama

menguji kefahaman murid

mencadangkan masalah dan isu berkaitan

4. Pemudahcaraan

Pemudahcaraan adalah teknik yang digunakan guru untuk membantu kanak-kanak

mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan

disusun. Guru sebagai fasilitator berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk,

mengukuh, memberi bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat yang

dirancang melaluisatu proses yang panjang. Secara mudah, konsep fasilitator merujuk

kepada usaha-usaha untuk:

Menjadikan senang

Menggalakkan

43

Page 44: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Memudahkan

Mempercepatkan

Membantu

Memajukan

Menolong

4.1 Teknik-teknik pemudahcaraan

1. Penyoalan

Bertujuan untuk memperluaskan idea

Berfokus daripada soalan umum kepada khusus

Mengikut aras pengetahuan

Menggalakka pemikiran semula

Jelas dari segi aras dan frasa

Mempunyai hentian untuk beri masa berfikir

Sebaran kepada semua murid-murid

Layanan jawapan sama ada memberi pujian atau galakkan

2. Layan dan damping

Memberi perhatian dengan komunikasi mesra

Menggunakan bahasa yang memujuk, tidak menyergah atau mengancam.

Sentuhan kepala, bahu atau bahagian belakang.

Libatkan lisan seperti ‘ya’, ‘ha’, sebutan ‘baik’, ‘bagus’, ulang dan

kembangkan jawapan murid.

Gerak isyarat seperti senyum, angguk, melihat ke depan dan belakang, tepuk

tangan, tulis jawapan di papan hitam atau mengangkat ibu jari.

Dapat meninggalkan kesan semangat ingin belajar, murid-murid menjadi

lebih positif, disiplin kelas terkawal, hubungan mesra dan yakin kerana

dihargai.

Tidak menghukum salah dan betul/

3. Renung kembali

Menggalakkan murid merenung, imbas kembali pengalaman.

Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid.

44

Page 45: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Sesuai digunakan apabila melakukan tajuk baru, memahami sesuatu konsep

dan pengukuhan.

Memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid

lalui.

4. Pensrukturan kognitif

Membantu murid memahami konsep dan menggunakan potensi kognitif yang

ada.

Melibatkan struktur pemikiran, tindakan dan kepercayaan individu.

Melibatkan pengalaman sedia ada dan penerokaan idea.

Merangkumi alam fantasi murid-murid menjelaskan sesuatu konsep yang

sesuai dengan pengalaman mereka.

Dapat mendfinisikan sesuatu.

Melibatkan penerokaan persamaan yang terdapat pada sesuatu konsep atau

idea.

Penyoalan perlu terancang dan mengikut aras.

5. Kongsi dan bina bersama

Berkongsi bersama guru dan murid dalam mencapai objektif ssuatu aktviti.

Berkongsi untuk menyelesaikan masalah.

Memperkukuhkan idea murid.

Memberi pembayang.

Guru sebagai pemangkin dalam kumpulan.

Berkongsi selesaikan masalah.

Guru mencadangkan idea/petunjuk dan murid buat keputusan.

6. Scaffolding

Scaffolding adalah ciri yang dikemukakan oleh Vigotsky dam Zon of Proximal

Development (ZPD). Pembelajaran berlaku dengan sangat efektif apabila

berlakunya interaksi antara kanak-kanak dengan orang dewasa yang kebih

kompeten.

ZPD merupakan lingkungan di mana kanak-kanak dapat berfikir

melebihijangkaan usianya hasil daripada interaksi degan orang dewasa yang

kebih kompeten.

45

Page 46: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Guru memberi galakan berinteraksi, memberi motovasi dan memberi

dorongan.

Memberi bantuan dan solongan dalam bentuk verbal.

Menyoal untuk menggalakkan berfikir bagi menyelesaikan masalah/tugasan.

7. Pengembangan bahasa dan idea

Teknik memperkembangkan bahasa dan perbendaharaan kata murid seta

meningkatkan kemahiran berfikir.

Meningkatkan kemahiran bertutur.

Memperluaskan perbendaharaan kata.

Memupuk keyakinan diri.

Memupuk kemahiran bahasa kanak-kanak denga bertutur, berbual, bercerita,

bersoal jawab dan galakan bertanya.

8. Mendengar

Guru sebagai pendengar yang aktif.

Apabila guru mendengar apa yang ingin disampaikan oleh muridnya, beliau

telah mewujudkan situasi penerimaan terhadap kanak-kanak dan idea yang

disarankan.

Guru perlu memahami apa yang ingin disampaikan oleh murid dan melayani

setiap soalan dan pandangan yang diberikan oleh murid dengan adil.

Murid berasa diri mereka dihargai dan diterima apabila idea mereka didengar

oleh orang lain.

Guru dapat menilai dan mengesan kelemahan murid.

9. Galak dan saran

Guru lebih banyak membuat pengesyoran sebagai alternatif.

Banyak memberi pemujukan .

Banyak memberi pandu arah supaya sesuatu aktiviti lebih jelas dan tersusun.

Satu siri layanan guru untuk mencapai matlamat dan objektif yang

dikehendaki.

4.2 Kepentingan kemahiran teknik pemudahcaraan

46

Page 47: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

a) Memotivasikan murid supaya sentiasa mempunyai dorongan yang kuat untuk

belajar dan bercita-cita memperolehi pencapaian yang baik.

b) Membantu murid-murid mencari penyelesaian yang dihadapi dalam

pembelajaran.

c) Membimbing murid-murid dalam menjalankan aktiviti bilik darjah dengan baik

dan berkesan.

d) Meneguhkan pembelajaran murid-murid dengan menggunakan ganjaran dan

pujian.

e) Menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang lebih mencabar dan

menyeronokkan.

f) Menggunakan pelbagai strategi dan teknik pembelajaran yang berkesan dan

menyeronokkan bagi mencapai aktiviti pengajaran.

g) Menyediakan murid-murid untuk mencari dan menambahkan pengetahuan.

h) Meneguhkan tingkah laku positif.

i) Menghindarkan tingkah laku negatif secara terbuka, tidak terancam, tidak

menghukum dan mesra.

5. Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan suatu proses aktiviti komunikasi yang penting dan

berkesan. Mendengar juga adalah suatu pengiktirafan, penumpuan perhatian, dan

sentiasa membiarkan seseorang menghabiskan percakapan sebelum kita pula yang

bercakap.

5.1 Fungsi mendengar

a) Mendengar untuk belajar memahami orang lain, diri sendiri dan alam.

b) Mendengar untuk menjalin hubungan dan seterusnya boleh mencipta kasih

sayang.

c) Mendengar untuk mempengaruhi agar dapat mempengaruhi sikap dan tingkah

laku.

d) Mendengar untuk berseronok. Aktiviti seperti gurau senda. Bagaimanapun mesti

dapat membandingkan antara bergurau dengan serius.

e) Mendengar untuk menolong. Melaluinya dapat dorasakan apa yang dirasakan

oleh orang lain (empati).

5.2 Langkah mendengar

47

Page 48: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

a) Menerima

Memberi tumpuan kepada kata dan gerak geri badan.

Mendengar apa yang dikatakan dan tidak dikatakan.

Menumpukan perhatian .

Jangan suka mencelah

Jangan memperdlikan gangguan semasa mendengar.

b) Memahami

Mengaitkan apa yang dikata demngan apa yang kita ketahui.

Memahami apa yang diperkatakan dari sudut pandangan individu yang

bertutur.

Menunggu sehngga habis percakapan, baru membuat penilaian.

Meminta lebih banyak pengalaman.

Mengukangi apa yang dikatakan oleh individu berkenaan dengan

menggunakan perkataan sendiri.

c) Mengingat

Mengenalpasti pekara penting.

Meringkaskan apa yang telah diucapkan.

Mengulang nama dan perkara penting

d) Menilai

Elakkan daripada menilai sebelum seseorang itu habis bercakap/

Perlu mengandaokan seseorang itu berniat baik.

Apabila tidak setuju, minta penjelasan yang lebih lanjut.

Kenalpasti sama ada ucapan itu adalah fakta, pendapat peribadi atau

andaian sahaja.

Kenalpasti sebarang prasangka

e) Memberi respons

Tunjukkan sikap dukungan dan gerak geri mengangguk.

Sentiasa bersikap jujur.

Gunakan ayat-ayat “saya setuju” dan “saya fakir….”

5.3 Langkah kemahiran mendengar yang berkesan

48

Page 49: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

a) Gunakan lebih masa untuk mendengar daripada bercakap.

b) Cari sesuatu yang lebih baik atau menarik. Jangan mengganggu orang yang

sedang bercakap, tunggu sehingga mereka menghabiskan percakapan.

c) Jangan mengganggu orang yang seang bercakap.

d) Dengar dengan teliti kerana kadang-kadang apa yang dicakapkan bukan apa

yang dimaksudkan.

e) Ambil catatan tentang apa yang didengar apabila perlu dan sesuai.

f) Ambil kedudukan yang sesuai apabila sedang mendengar.

g) Berhati-hati, tapis dan timbang setiap pendengaran. Jangan terus membuat

kesimpulan.

5.4 Pendengar yang berkesan

Thomas Gordon (1970) menjelaskan bahawa pendengaran yang aktif merupakan

kemahiran komunikasi yang dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah.

Pendengar akan terlibat dengan kehendak penghantar maklumat semasa

berkomunikasi. Apabila wujudnya suasana komunikasi yang terbuka, ia akan membantu

untuk menghasilkan sesuatu keputusan. Selain itu, adalah penting untuk mewujudkan

penerimaan dan meningkatkan rasa saling mempercayai serta menghargai.

5.5 Pendengar yang aktif

a) Cari perkara yang menarik minat pendengar.

b) Menilai kandungan ucapan , bukannya cara penyampaian.

c) Mendenar pendapat-pendapat yang dikemukakan dan menjiwai apa yang

diperkatakan oleh seseorang.

d) Meredakan perasaan diri.

e) Bersikap fleksibel

f) Menyedari maklumat bukan lisan.

g) Bekerja dan memberi tumuan semasa mendengar.

h) Sentiasa menolak gangguan

5.6 Pendengar yang pasif

a) Beranggapan bahawa perkara yang dibincangkan kurang menarik.

b) Mengkritik percakapan individu lain.

49

Page 50: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

c) Medengar secara memilih.

d) Mencelah atau manyampuk

e) Fikiran yang merewang

f) Tertidur

5.7 Halangan mendengar

a) Hanya mahukan maklumat yang boleh digunakan untuk mengkritik individu itu

semula.

b) Pura-pura mendengar.

c) Membuat penilaian.

d) Sibuk memikirkan apa yang ada dalam fikiran sendiri.

e) Sibuk bercakap, dan bukannya sibuk mendengar.

f) Tidak minat mendengar.

6. Modelling

Modelling merupakan suatu proses demonstrasi bagi menggambarkan sessuatu dengan

berkesan. Guru yang mempunyai kemahiran modeling dapat menarik minat murid untuk

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang. Kemahiran

modeling perlu ada pada setiap guru kerana ianya dapat menarik minat murid terhadap

isi pelajaran dan membina kemahiran berkomunikasi sesame pelajar dan guru.

6.1 Faktor-faktor penggunaan modeling

a) Membimbing murid membina identiti.

b) Murid akan mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian.

c) Menggalakkan murid berfikiran kritis.

d) Murid berani mengemukakan pendapat.

e) Murid dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik.

6.2 Ciri-ciri modeling yang baik

a) Demonstrasi cara menyelesaikan masalah.

50

Page 51: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

b) Menunjukkan rasa menghargai murid.

c) Bersedia untuk membetulkan kesalahan murid.

d) Menggunakan bahasa yang mudah dan difahami oleh murid.

e) Menyebut setiap perkataan denga jelas.

f) Melibatkan semua murid dalam aktiviti dengan menggunakan arahan yang jelas.

g) Masalah-masalah yang timbul ketika membuat tugasan dibincangkan secara

terbuka dengan murid.

h) Tidak mengganggu murid ketika mereka menunjukkan pemikiran yang rasional.

6.3 Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran

a) Guru memperdengarkan rakaman berita.

b) Murid membaca berita yang sama dan membuat rumusan berita tersebut dalam

kumpulan.

c) Ketua kumpulan membacakan rumusan yang dibuat dan guru membimbing

murid mengenai ciri-ciri berita yang baik.

d) Guru menunjukkan cara menulis berita menggunakan transparensi.

e) Guru meminta pendapat murid tentang isi-isi berita yang diperlukan.

f) Murid menulis karangan jenis berita di dalam buku masing-masing.

g) Guru akan memberi reespon sekiranya ada masalah yang timbuk dari masa ke

semasa.

7. Bercerita

Bercerita merupakan satu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi

pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. Melalui kaedah bercerita, guru dapat

menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

7.1 Prinsip-prinsip panduan penguasaan kemahiran bercerita

Untuk menguasai kemahiran bercerita, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-

prinsip panduan berikut:

a) Guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan

pengalaman murid serta objektif pelajarannya.

b) Sebelum sesi bercerita, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung

dalam cerita itu.

51

Page 52: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

c) Alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan, kad-kad gambar, patung atau

topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sebelum

sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga harus

disediakan.

d) Sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid telah bersedia untuk

mendengar cerita.

e) Guru boleh duduk atau berdiri semasa bercerita, selagi semua murid boleh

melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru.

f) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dengan penuh emosi.

g) Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan

untuk melibatkan murid dalam cerita yang disampaikan.

h) Pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi rangsangan harus

digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watak-

watak dan suasana cerita.

i) Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid

memahami isi cerita dengan lebih jelas.

j) Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan

murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat

menarik perhatian murid tetapi juga dapat mengembangkan daya imaginasi

mereka.

k) Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk bercerita boleh difahami oleh

murid. Tujuan bercerita adalah untuk menyampaikan isinya dan bukan mengajar

murid perkataan-perkataan yang sukar.

l) Isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri secara semulajadi.

Aktiviti lakonan guru harus dielakkan.

m) Selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya aktiviti soal jawab

tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita tersebut. Guru juga

boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid untuk

menjalankan aktiviti lakonan.

7.2 Perancangan dan persediaan

Pada peringkat ini guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai. Tema cerita

harus mengandungi nilai moral yang murni. Isi cerita hendaklah menarik dan perkataan

52

Page 53: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

yang digunakan hendaklah sesuai dengan oengalaman murid. Panjang atau pendek

crita hendaklah sepada dengan peruntukan masa.

Selepas cerita dipilih, guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri,

sekorang-kurangnya sekali. Di samping itu, guru perlu menyediakan alat bantu engajar

seperti kad perkataan, kad gambar atau topenhg-topeng yang perlu digunakan untuk

murid-murid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk

menguji kefahaman murid selepas bercerita.

Sebelum mula bercerita, guru hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya

memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat bercerita

hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi

cerita supaya membawa murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu.

7.3 Sesi bercerita

Langkah pelaksanaan sesi bercerita ini hendaklah dimulakan dengan set induksi yang

menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan. Semasa bercerita,

guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik

perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan. Pastikan

setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya semasa guru bercerita.

Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-

soalan membimbing nereka mengikut perkembangan cerita dari peringkat permulaan

sehingga peringkat penutup.

7.4 Penutup

Tujuan penutup sesi bercerita ialah membantu murid-murid mengukuhkan nilai murni

yang diterapkan dalam isi cerita. Terdapat pelbagai aktiviti penutup boleh digunakan

dalam sesi penutup bercerita ini. Di antaranya ialah :

a) Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan.

b) Menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan mengunakan perkataan

sendiri.

53

Page 54: Modul Pendekatan Dan Pedagogi

DRS. KHALID BIN JONITPENSYARAH FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

c) Berbincang dengan nurid-murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung

dalam isi cerita.

d) Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.

54