epm233 othman bin mamat e3020913088.doc

47
TUGASAN September 2014 SEMESTER KOD KURSUS EPM 233 NAMA KURSUS MODEL DAN STRATEGI PEDAGOGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR OTHMAN BIN MAMAT NO. MATRIK E30209130088 NAMA FASILITATOR AKADEMIK DR. HAJI IBRAHIM BIN TAIB PUSAT PEMBELAJARAN AeU KUALA TERENGGANU.

Upload: othman

Post on 01-Feb-2016

309 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

TUGASAN

September 2014 SEMESTER

KOD KURSUS EPM 233

NAMA KURSUS MODEL DAN STRATEGI PEDAGOGI

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR OTHMAN BIN MAMAT

NO. MATRIK E30209130088

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

DR. HAJI IBRAHIM BIN TAIB

PUSAT PEMBELAJARAN

AeU KUALA TERENGGANU.

Page 2: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

ISI KANDUNGAN

Sekapur Sirih 4

BAHAGIAN A :

1.0 Pengenalan 5

2.0 Pengertian pengajaran berpusatkan murid 5 - 6

3.0 Definisi Strategi 7

4.0 Strategi Berpusatkan Murid 7

5.0 Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid. 8 - 9

6.0 Pengertian Kaedah 8

7.0 Kepentingan Kaedah 8

8.0 Kaedah Strategi Berpusatkan Pelajar. 8 - 9

9.0 Kaedah penilaian yang selaras pengajaran berpusatkan murid 9

10.0 Isu-Isu Berkaitan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid 9

10.1 Pemantauan Guru 9

10.2 Jurang Antara Murid 9 - 10

10.3 Tekanan dan Kekeliruan 10

11.0 Kesimpulan 11

BAHAGIAN B :

1.0 Pengenalan 11

2

PERKARA MUKA SURAT

Page 3: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

2.0 Hasil Pemerhatian Terhadap Proses Pengajaran 12

dan pembelajaran di Sekolah Saya.

3.0 Konsep Pengajaran 12

4.0 Konsep Pembelajaran 12 - 13

5.0 Pengertian ‘Penglibatan aktif’ 13

6.0 Pengertian ‘Bahan media’ 13

7.0 Penglibatan secara aktif dan menyeronokkan dengan

sokongan pelbagai bahan media. 13 - 14

8.0 Pelbagai Bahan Media Mendorong Penglibatan Murid

Secara Aktif Dan Menyeronokkan Dalam Proses P&P. 14 -16

9.0 Penaksiran yang “berkonsepkan Didik Hibur” 16

9.1 Pengertian ‘Penaksiran’ 16

9.2 Pengertian ‘Didik Hibur’ 16

9.3 Ciri-ciri ‘Didik Hibur’ dalam pengajaran 17

9.4 Objektif Didik Hibur 17

9.5 Aspek Didik Hibur 17-20

10.0 Isu-isu berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran

secara aktif & menyeronokkan. 20

10.1 Sejauh mana keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan guru. 20- 22

10.2 Sejauh mana keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan murid. 22

10.3 Keberkesanan model pembelajaran kolaboratif Terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. 22-23

11.0 Penutup 23- 24

BAHAGIAN C :

Rancangan Penganjaran Harian 24- 29

Rujukan 30

3

Page 4: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

Sekapur Sirih,

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat

saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kursus EPM 233

Model dan Strategi Pedagogi iaitu Dr. Haji Ibrahim bin Taib.

Pada peringkat awal kerja kursus ini diberi saya begitu musykil,

adakah mampu menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan,

memandangkan sibuk dengan tugas-tugas sebagai guru di sekolah.

Namun setelah meneliti, bertanya dan diberi penerangan oleh

pensyarah , tentang kaedah perlaksanaannya, maka akhirnya saya

berjaya menyiapkannya. Segala rintangan dan dugaan yang saya lalui

semasa menyiapkan kerja kursus ini , saya jadikan ia sebagai satu

dorongan untuk berjaya.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan

seperjuangan yang turut menyumbang idea, memberi semangat dan

galakkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Akhir bicara, semoga kerja kursus ini akan menjadi dorongan kepada

saya iaitu sebagai guru untuk menambah pengetahuan dan pengalaman.

Seterusnya pengalaman itu akan saya serapkan pada murid-murid saya

nanti. Sekian , terima kasih.

4

Page 5: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

BAHAGIAN A [10%]

Pengajaran di sekolah-sekolah masih berpusatkan guru. Bincangkan secara kritis bagaimana

“Pengajaran Berpusatkan Murid” dapat diperluaskan.

1.0 Pengenalan

Pengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan diatur untuk murid-murid

berobjektifkan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses

pembelajaran. Pengajaran juga merupakan susunan maklumat dan suasana bagi memudahkan

pembelajaran (Heinich et. al., 1986). Gagne (1985) menyatakan bahawa pengajaran adalah

himpunan tatacara luaran yang menyokong proses-proses dalaman yang berkaitan bagi

mencapai hasil pembelajaran. Manakala Wittrock (1979) mengatakan bahawa pengajaran

ialah aktiviti yang melibatkan proses meransang murid untuk membina maksud atau erti

berdasarkan pengalamannya, bukan meransang mereka mengeluarkan semula pengetahuan

orang lain.

2.0 Pengertian pengajaran berpusatkan murid

Definisi Pembelajaran berpusatkan murid adalah proses dimana kegiatan-kegiatan

diatur untuk murid-murid berobjektifkan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri

mereka dalam proses pembelajaran.Murid- murid bertanggungjawab atas

pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasidua hala antara guru dan

murid. Selain itu, guru melibatkan murid secara terus dalam menemui

pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala murid

yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanya

memantau contohnya dengan mencadangkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang

mencabar, pengetahuan sedia

ada murid dan seterusnya memberikan pemahaman konsep baru yang mendalam kerana

pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial; menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan

komuniti sebagai sumber dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.

Pengajaran berpusatkan murid ini adalah satu kaedah untuk meningkatkan

penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran" Ia bertujuan untuk

menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras

tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan

5

Page 6: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan

murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid" dengan ertikata

lain, murid bertanggung jawab ke atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi

dua hala antara guru dan murid "Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah.

selain mereka harus menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri

perlakuan yang berbeza" ideal.Perkara ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan

strategi pengajaran dan pembelajaran."Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan,

memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan

dan kebolehan pelajar" Selain berpotensi memeransangkan murid belajar secara aktif, ia juga

harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid

serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna" Ini turut memberi peluang kepada

murid untuk belajar secara individu , kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam

membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan

mereka sendiri" Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar murid

bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka"

3.0 Definisi Strategi :-

Menurut Kamus Dewan (1998) strategi merupakan rancangan yang teratur untuk

mencapai matlamat atau kejayaan" Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam

menguruskan sesuatu perkara" Dalam bidang pendidikan secara umumnya strategi ialah

kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik

dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan

antara strategi yang boleh dijadikan panduan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

pendekatan berpusatkan murid kepelbagaian teknik kepelbagaian sumber bahan penggunaan

tatabahasa yang tepat . Pengajaran dan pembelajaran bertema bacaan luas penggabungjalinan

penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan" Peranan strategi pengajaran adalah lebih

penting lagi jika kita mengajar murid-murid yang berbeza dari segi kebolehan pencapaian,

kecenderungan serta minat yang berbeza-beza" kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah

yang digunakan untuk mengajar kumpula-kumpulan yang berbeza itu" Guru terpaksa

memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk

memenuhi keperluan semua kumpulan"

6

Page 7: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

4.0 Strategi Berpusatkan Murid

Strategi berpusatkan murid merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang

mana murid memainkan peranan penting dan penglibatan aktif dalam proses pembelajaran.

Guru menjadi pemimpin yang membimbing murid-murid dan memperuntukkan lebih banyak

masa untuk menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan atau individu.

5.0 Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid.

Strategi berpusatkan murid antaranya mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan

dibawah :

a. Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid memainkan peranan penting

manakala guru bertindak sebagai pemimpin atau fasilitator yang membimbing murid

dalam aktiviti pembelajaran mereka.

b. Komunikasi dua hala akan terhasil diantara mereka Guru menggunakan teknik

penyoalan untuk membiarkan murid berfikir dan memberi tindak balas terhadap

soalan.

c. Guru memimpin kelas atau murid secara demokrasi. Murid sentiasa diberi galakan

untuk memberi pandangan dan pendapat. Guru sebenarnya banyak melakukan

perbincangan dengan murid.

d. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih fokus kepada pencapaian objektif

murid.

e. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dari segi keseimbangan intelektual,

rohaniah serta sosial dan fizikalnya.

f. Kaedah pengujianan formatif digunakan, dan keputusan ujian digunakan untuk

mengenal pasti murid yang lemah.

g. Guru menyampaikan isi pelajaran dengan memfokuskan pengajaran bermakna,

dengan ini murid boleh memahami fakta yang disampaikan dan mampu untuk

membuat kesimpulan untuk satu-satu topik.

h. Terdapat banyak ruang dan peluang untuk murid berinteraksi, dan juga nilai-nilai

sosial dapat diperolehi seperti tolong menolong, bekerjasama dan tolak ansur antara

satu sama lain dapat di bina.

7

Page 8: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

i. Strategi ini juga terarah kepada kaedah pengurusan kumpalan murid yang berkesan,

ini kerana murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan minat perlu diberi

perhatian.

j. Strategi ini juga menjadikan murid kreatif dan berinovatif.

6.0 Pengertian Kaedah

Menurut Edward M Anthony –(1683) kaedah merujuk kepada satu ikhtiar

keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dengan berlandaskan

kepada sesuatu pendekatan yang dipilih" kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang

sistematik dengan tujuan mecapai objektif yang spesifik dalam jangka pendek" Dalam erti

kata lain, kaedah, mengajar ialah cara mendekati objektf' pelajaran dengan langkah-langka

penyampaian yang tersusun" -Mook Soon Seng (1662)

7.0 Kepentingan Kaedah

i" Kepelbagaian kaedah pengajaran membantu guru dalam penyampaian yang berkesan"

ii" Peluang pembelajaran (learning opportunities) dan pengalaman pembelajaran (learning

e.periences) akan mengubah tingkah laku murid dari segi kognitif , psikomotor dan efektif'"

iii" Pembelajaran seharusnya menyeronokkan apabila guru menggunakan pelbagai situasi dan

ransangan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah"

8.0 Kaedah Strategi Berpusatkan Pelajar.

Sumbangsaran merupakan antara beberapa kaedah yang sesuai dan berkesan untuk

dipraktikkan oleh guru di dalam sesi pengajaran dan mereka. Kaedah ini berkesan untuk

mendapatkan banyak idea dari murid dan guru boleh memilih idea-idea yang terbaik untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Guru mestilah mendefinisikan masalah tersebut agar ia dapat

difahami oleh murid dengan jelas. Guru perlu memberi lebih masa untuk murid

membincangkan masalah dan menggalakkan setiap murid untuk memberi idea mereka. Guru

perlu memilih idea yang dikehendaki dan pastikan semua murid dengan idea yang dipilih,

dan semestinya idea yang dipilih adalah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Kaedah inkuiri-penemuan merupakan kaedah saintifik yang merujuk kepada proses

penyoalan, mencari pengetahuan dan maklumat, atau mengkaji sesuatu fenomena itu berlaku.

8

Page 9: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

Kaedah ini sesuai digunakan dalam pengajaran sains. Kaedah ini sebenarnya memberi

tumpuan kepada penyelesaian masalah, kerana masalah merupakan asas kepada kaedah ini.

Guru perlu memberi maklumat yang berkaitan supaya murid dapat memahami masalah yang

hendak dikaji. Guru perlu menyediakan bahan-bahan untuk dipilih oleh murid bagi

menyelesaikan masalah dan juga jangkaan kepada soalan-soalan yang akan disoal oleh guru

atau apa yang disebut soalan memandu, ini bagi mengarahkan proses pemikiran murid. Murid

juga perlu membuat kesimpulan dan cadangan terhadap hasil eksperimen yang telah

dijalankan.

Kaedah penyoalan merupakan satu perkara penting dalam pengajaran, dan ianya

terlibat dalam semua kaedah pengajaran. Guru perlu mahir dalam teknik penyoalan, ini

kerana ia merupakan cara paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran murid. Terdapat

pelbagai teknik penyoalan yang mana setiap satunya akan memberikan respon yang berbeza.

9.0 Kaedah penilaian yang selaras pengajaran berpusatkan murid

Pembelajaran aktif dalam pembelajaran berpusatkan pelajar memerlukan beberapa

teknik penilaian murid yang berkualiti . Persekitaran penilaian berpusatkan murid

menyediakan peluang untuk memberi maklum balas dan penambahbaikan sepanjang proses

pembelajaran. Penilaian yang berbentuk formatif ini akan menyumbang kepada penilaian dan

penaksiran di penghujung proses pembelajaran. Antara teknik penilaian bersifat formatif

yang berpusatkan pelajar adalah membina buku skrap, persediaan portfolio (e-portfolio),

penilaian rakan sebaya, projek, dan kerja kumpulan. Penggunaan penilaian berasaskan

panduan guru digalakkan untuk penilaian yang objektif dan berkesan dalam menilai tugasan

muridesuatu tugasan yang diberikan.

10.0 Isu-Isu Berkaitan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid

10.1 Pemantauan Guru

Apabila kebebasan mencari, menaakul, mengadaptasi, melaksana atau

menyelesaikan masalah diserahkan bulat-bulat kepada murid-murid

pemantauan guru-guru adalah sangat-sangat diperlukan. Jika tidak akan

berlaku keadaan murid-murid hilang fokus, menyalahgunakan proses-proses

tersebut dengan melakukan aktiviti yang tidak berkaitan ataupun kesasar

daripada panduan yang telah digariskan. Sebagai contoh; ketika sessi

9

Page 10: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

perbincangan berkumpulan berlangsung, guru harus bijak mengawal situasi

dan menjadikan ia situasi perbincangan kondusif yang bermanfaat buat murid-

murid. Proses penilaian berterusan harus dijana secara konsisten dan pada

akhir sessi murid-murid dapat membentangkan hasil dapatan perbincangan

mereka secara tersusun dan kreatif.

10.2 Jurang Antara Murid

Timbulnya jurang individu yang menyaksikan murid-murid yang aktif akan

menguasai keadaan dan murid-murid yang pasif akan keciciran atau sekadar

menjadi pengikut tanpa mahu menggerakkan diri bersama-sama di dalam satu

pasukan. Kredit yang diterima adalah untuk pasukan atau kumpulan dan ia

mewujudkan suasana tidak adil buat murid-murid. Situasi ini, jika terlepas

pandang akan membuatkan murid-murid terus membawa corak pemikiran

sebegitu ke dalam masyarakat apabila mereka dewasa kelak. Ini adalah

kerana, Pengajaran Bersasaskan Murid (PBM) adalah proses pembelajaran

sepanjang hayat. Ia boleh diadaptasi bukan sahaja untuk pembelajaran di

sekolah, malah boleh digunapakai untuk menggerakkan komuniti.

10.3 Tekanan dan Kekeliruan

Selain itu, akan berlaku tekanan kepada murid-murid yang ketinggalan dalam

proses pembelajaran. Sebagai contoh murid-murid yang tidak dapat

menguasai prinsip asas KSSR. Mereka tidak dapat mengenalpasti sumber

ataupun melibatkan diri di dalam kemahiran mencari pengetahuan melalui

model-model pembelajaran berasaskan koperatif, kolaboratif, komuniti, asas

masalah, asas projek, kajian kes, rakan sebaya, konstruktivisme dan

pendekatan inkuiri. Maka, untuk kes-kes seperti ini, pengajaran berpusatkan

guru harus diadaptasi semula.

11.0 Kesimpulan

Thornburg, 1995 merumuskan bahawa PBM adalah proses pembelajaran seumur

hidup dan setiap pelajar harus belajar dan memahami kepentingannya kepada mereka.

10

Page 11: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

Transformasi daripada Pembelajaran Berpusatkan Guru ke Pembelajaran Berpusatkan Murid

adalah berasaskan teori di atas yang menekankan proses pembelajaran sepanjang hidup.

Maka ia akan mengambil masa seiring dengan perkembangan umur dan kematangan murid.

Dalam pada itu, segala isu yang dibincangkan di atas boleh diatasi dengan pendekatan

penilaian secara berkala dan berterusan yang dilakukan oleh guru sebagai fasilitator.

Maklum balas sepanjang proses penilaian itu berfungsi sebagai agen penambahbaikan yang

juga salah satu ciri utama Pembelajaran Berpusatkan Murid.

BAHAGIAN B [15%]

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan bahawa pengajaran di sekolah-sekolah rendah hendaklah “berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai”.

Tulis satu esei dengan merujuk kepada pernyataan di atas.

1.0 Pengenalan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah mula diperkenalkan dan dilaksanakan

pada Tahun 2011.Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah ditransformasikan

kepada KSSR.KSSR ini dilaksanakan khususnya di sekolah rendah di negara kita dengan

harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu

berhadapan dengan cabaran semasa juga cabaran abad ke-21.Ini adalah sejajar dengan

kehendak Teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu ‘Membangunkan

modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai

murni’.Dari sudut pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah rendah, KSSR

menekankan pengajaran berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang kepada murid

melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan dengan

sokongan pelbagai bahan media yang sesuai.

11

Page 12: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

2.0 Hasil Pemerhatian Terhadap Proses Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah

Saya.

Setelah membuat pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah

tempat saya bertugas, saya dapati strategi pengajaran berpusatkan guru tidak lagi digunakan

sepenuhnya oleh guru-guru Tahap 1 dan guru Tahun Empat. Guru-guru ini telah mula

menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah telah mula

diperkenalkan dan dilaksanakan pada Tahun 2011. Saya dapati guru-guru tersebut, kini

hanya menggunakan pengajaran berpusatkan guru untuk langkah P&P yang memerlukan

guru memberi pengenalan umum terutamanya apabila memasuki tajuk baharu, memberi

gambaran keseluruhan sesuatu isi pelajaran, merumus isi pelajaran dan semasa memberi

arahan melakukan sesuatu aktiviti atau tugasan. Contohnya guru membuat penerangan

tentang cara menulis karangan. Pengajaran berpusatkan guru mengkehendaki guru memandu

aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas.

Interaksi guru dan murid agak terbatas.Manakala interaksi murid dengan murid sukar

berlaku.Penyampaian maklumat lebih kepada satu hala iaitu daripada guru kepada murid.

Guru-guru tersebut juga meminta semua murid menggunakan bahan bantu mengajar yang

sama dan menggunakan papan putih supaya lebih tertumpu untuk membuat catatan atau

penyampaian maklumat.

3.0 Konsep Pengajaran

Berdasarkan kenyataan Loris Malaguzzi (1994) menunjukkan bahawa pengajaran adalah

dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah,

teknik yang sesuai dengan disokong oleh bahan media dan seterusnya memotivasi murid

supaya mengambil inisiatif untuk untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan

menguasai kemahiran yang diperlukan.

4.0 Konsep Pembelajaran

Manakala pembelajaranadalah proses pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah

laku tetap yang dihasilkan melalui pengalaman. Perubahan tingkah laku ialah pembelajaran

sebenar yang berlaku dalam satu persekitaran. Oleh itu, pembelajaran adalah satu proses

yang berterusan di mana terdapat perubahan tingkah laku yang nyata pada seseorang

individu pada akhir proses tersebut. Sebagaimana Unisec, Lockhart dan Walters (1990)

12

Page 13: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perubahan yang agak kekal dan sesuatu yang

berubah akibat daripada pengalaman.

5.0 Pengertian ‘Penglibatan aktif’

Penglibatan aktif menurut Ewell (1997) ialah keadaan di mana murid berinteraksi secara aktif

dengan bahan pembelajaran serta dapat mengingat kembali maklumat dengan berkesan.

Pelajar seharusnya dapat menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan, memberikan

pengertian baru, berkebolehan untuk menghubungkait apa yang telah dipelajari kepada

konteks yang baru.

6.0 Pengertian ‘Bahan media’

Bahan ialah segala kelengkapan yang digunakan untuk membantu proses pengajaran. Bahan

media pula ada dua kategori iaitu media bercetak dan media elektronik. Contoh bagi bahan

media bercetak ialah buku, majalah dan surat khabar. Contoh bagi bahan media elektronik

pula ialah komputer, radio, internet, CD, VCD, atau DVD dan lain-lain lagi. Selain itu

terdapat tiga kategori bahan yang boleh digunakan dalam Pengajaran dan pembelajaran

antaranya ialah bahan-bahan yang bersifat konkrit seperti bahan-bahan maujud atau bahan

realia; bahan separa konkrit pula adalah seperti replika, gambar, model dan sebagainya adalah

separa konkrit.; seterusnya bahan-bahan bersifat abstrak pula antaranya ialah simbol-simbol

lisan dan perkataan.

7.0 Penglibatan secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan

media.

Penglibatan aktif adalah keadaan di mana murid berinteraksi secara aktif dengan bahan

pembelajaran serta dapat mengingat kembali maklumat dengan berkesan.Murid seharusnya

dapat menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan, dan juga memberi pengertian

baru.Contohnya perbincangan secara berkumpulan.

Pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan memerlukan guru melibatkan

pelajar daripada mula sehingga ke penghujung.Beberapa aspek kecil berhubung dengan bilik

darjah sehingga aspek atau isu yang lebih kompleks perlu diberi penekanan oleh guru. Guru

pula hendaklah menghibur dan berwatak kelakar di samping mempamerkan sifat penyayang

serta sentiasa menyemai rasa saling sayang menyayangi dan mengambil berat terhadap

murid.Semua tindak tanduk guru adalah cenderung kepada menginginkan murid supaya

13

Page 14: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

mereka mahu belajar dengan bersungguh-sungguh.Secara tidak langsung, apabila berlakunya

pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan sudah tentu penglibatan aktif

murid juga terserlah.

Pembelajaran lebih berkesan apabila murid merasakan dirinya terlibat dalam aktiviti P&P

yang dianjurkan oleh guru dalam bilik darjah.Guru perlu mengelak daripada situasi hanya

bercakap di hadapan kelas dan murid duduk secara pasif. Pembelajaran kemungkinan hanya

berlaku dalam tempoh beberapa minit pada awal pengajaran, tetapi hanya guru yang

menjalankan aktiviti.Talian komunikasi antara guru dengan murid sangat rapuh dan dalam

sekelip mata sahaja terputus disebabkan murid kurang berminat.Dalam situasi pelajaran

seperti ini, murid yang dedikasi sekalipun boleh berasa bosan dengan cepat dan mula hilang

tumpuan. Bagi mengelak hal ini, guru boleh menggunakan teknik tunjuk cara. Tunjuk cara

bagi aktiviti yang terlibat dalam suatu mata pelajaran mendahului aktiviti yang sebenarnya.

Murid belajar cara melakukan tugas dengan memerhati tunjuk ajar yang diadakan. Setelah

memperoleh maklumat, murid pun ingin segera memulakan kerja atau tugasan.Di samping

itu, guru digalakkan menggunakan bahan media yang sesuai dan menjadikan murid-murid

berasa seronok menjalankan aktiviti P&P. Apabila murid mula aktif, guru boleh

menumpukan perhatiannya kepada tugas membimbing individu.

8.0 Pelbagai Bahan Media Mendorong Penglibatan Murid Secara Aktif Dan

Menyeronokkan Dalam Proses P&P

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan topik yang diajar akan mendorong

penglibatan murid secara aktif dan menyeronokkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Bahan media berperanan sebagai medium untuk menyampaikan

pengetahuan, kemahiran serta nilai yang terdapat dalam topik yang dipelajari. Pelbagai

aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan melibatkan pelbagai bahan media. Dengan

penggunaan berbagai-bagai bahan media tersebut maka rasa bosan dan cepat jemu dapat

dielakkan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

berkesan.Ini menunjukkan bahan media sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran penting

dan perlu diberi penekanan kerana ia sebagai penggerak proses P&P. Tanpa medium tersebut,

penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang lancar serta kurang

memberi kesan seperti mana yang diharapkan.

14

Page 15: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

Bahan media terbahagi kepada bahan media cetak dan bahan media elektronik. Antara contoh

bahan pengajaran dan pembelajaran media bercetak adalah modul,buku teks, buku latihan,

aktiviti, buku sumber, surat khabar, majalah, makalah, carta, graf peta, ensiklopedia, kamus,

atlas, buku panduan dan juga bahan terbitan berkala. Ia bersifat mudah didapati dalam

pelbagai bentuk dan mudah disediakan.

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) modul digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pembelajaran secara bermodular menggantikan pembelajaran KBSR yang

banyak bergantung kepada buku teks serta buku latihan dan buku aktiviti. Sebagai contoh

bagi Bahasa Malaysia KSSR Tahun 2 terdapat lima modul yang diguna pakai oleh murid-

murid iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni

Bahasa dan Modul Tatabahasa . Modul-modul tersebut dibina berasaskan DSK dan DSP yang

disediakan untuk setiap mata pelajaran KSSR. Contoh bagi bahan media elektronik pula ialah

CD-ROM dan DVD-ROM. Lazimnya bahan seperti ini dikenali dengan audio-video iaitu

berasaskan gambar, suara atau bunyi-bunyian.Dalam konteks KSSR, belajar melalui TMK

adalah salah satu pendekatan yang boleh diambil untuk melaksanakan EMK iaitu Elemen

Merentas Kurikulum (BPK, 2010). Dalam pendekatan ini penggunaan TMK untuk

mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan adalah menggunakan media TMK seperti CD-

ROM dan DVD-ROM.Sejajar dengan KSSR, konseplearning is fun menjadi salah satu

perkara yang diberi penegasan. Melalui penggunaan CD-ROM atau DVD-ROM konsep

tersebut dapat diaplikasikan. CD-ROM buku teks telah diperkenalkan mulai 2001 oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.Ia menyumbang kepada pembelajaran murid lebih seronok

dan menarik kerana bersifat interaktif. Kesan audio, video serta penggunaan warna-warna

yang menarik juga menyumbang kepada peningkatan minat murid untuk terus belajar. Selain

itu, penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga amat dianjurkan di

sekolah. Pembelajaran menggunakan internet selaras dengan konsep bringing the world to

classroom.Dalam KSSR, penggunaan internet untuk mengakses maklumat dan ilmu

pengetahuan adalah satu cara yang boleh diambil untuk melaksanakan EMK di bawah

pendekatan belajar melalui TMK. Ini bermaksud murid-murid boleh mengakses maklumat

yang diperlukan dalam pembelajarannya sebagai contoh pembelajaran penyelesaian

masalah.Seterusnya bahan siaran daripada Radio dan TV seperti TV pendidikan kelolaan

Kementerian Pelajaran Malaysia.Ia bersiaran pada waktu pagi dan ulangannya pada waktu

15

Page 16: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

petang. TV IQ di bawah kelolaan televisyen ASTRO juga boleh dimanfaatkan oleh guru dan

murid sekolah.

9.0 Penaksiran yang “berkonsepkan Didik Hibur”

9.1 Pengertian ‘Penaksiran’

Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan Latin yang bermaksud ‘duduk bersama’

dengan murid dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan.

Dari segi definisinya, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah,

merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon murid kepada tugas

pendidikan (David Lambert dan David Lines, 2000).

Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan

penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan

keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan

penempatan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai

proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,

memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi

sesuatu tujuan tertentu.

9.2 Pengertian ‘Didik Hibur’

Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur.Menurut Kamus Dewan (2000)

didik bermaksud pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar; manakala hibur bermaksud

menyenangkan atau menggirangkan hati.

Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan perlaksanaan terhadap empat

komponen sastera iaitu nyanyian, lakonan, bercerita dan puisi. Dengan itu, murid-

murid dapat merasai keseronokan semasa belajar secara total kerana sesi

pembelajaran telah dirancang dengan sistematik.

9.3 Ciri-ciri ‘Didik Hibur’ dalam pengajaran

16

Page 17: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

Ciri-ciri didik hibur dalam pengajaranadalah sesi pembelajaran yang menyeronokkan

dengan kewujudan unsur kelakar, kecindan, unsur estetik, permainan muzik, lakonan

dan sebagainya.Ia jugaberperanan mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan

murid kepada guru sebaliknya murid-murid sentiasa berada dalam keadaan

pembelajaran yang positif, gembira dan tidak sabar untuk mengikuti sesi

pembelajaran aakan datang. Selain itu,ia menganjurkan pembelajaranbetrkonsepkan

aktiviti yang menarik seperti nyanyian atau lakonan di mana murid-murid boleh main

peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Objektif aktiviti pula

tertumpu kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara

persembahan dengan tidak menekankan unsur kalah atau menang dan unsur ganjaran

atau denda. Selain itu latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti P&P.

Aktiviti didik hibur tidak memberatkan kepada kesalahan murid sebaliknya

menekankan penglibatan murid seramai mungkin dalam aktiviti yang bersahaja dan

santai.Didik hibur juga menganjurkan aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi

menggalakkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.Bagi murid-murid

pula, mereka bebas menyuarakan pendapat atau sebarang idea secara logik dalam

keadaan terkawal supaya menghasilkan persembahan yang menarik serta lebih

banyak melibatkan komunikasi bahasa tubuh.

9.4 Objektif Didik Hibur

Objektif didik hibur ialah mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur;

mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan

bercerita; dan akhir sekali mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik

hibur.

9.5 Aspek Didik Hibur

Aspek didik hibur ialah nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi.Nyanyian adalah

kata-kata yang disampaikan melalui alunan suara. Muzik boleh diganti dengan bunyi

bunyian yang direka dan proses ingatan bahasa yang dipelajari adalah melalui

nyanyian. Ini bertujuan membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi,

rima, tekanan dan struktur ayat.Prinsip nyanyian dalam didik hibur ialah lagunya

hendaklah sesuai dari sudut tata bahasa, maksud dan bahasa.; melodinya perlu mudah

17

Page 18: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

diikuti dan yang hampir dengan pengalaman murid; nyanyian itu hendaklah sesuai

dengan tahap kesediaan dan pencapaian murid; lagu juga hendaklah mempunyai jalan

cerita, pengajaran, nilai dan motivasi; seronok dan ceria iaitu tidak membebankan

guru dan murid; seterusnya lagu hendaklah berkisar dengan persekitaran dan

kecenderungan. Kepentingan nyanyian dalam P&P ialah mewujudkan suasana belajar

yang seronok dan ceria; membantu murid mengingati apa-apa yang dipelajari;

membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan serta

struktur ayat; dan akhir sekali mengukuhkan aspek kefahaman berbahasa. Contoh

nyanyian adalah nyanyian lagu Tanya Sama Pokok, Tiga Kupang, Air Pasang Pagi,

Lagu Oh bulan dan lain-lain lagi.

Cerita ialah sesuatu yang dicakap, dibual dan diungkap secara langsung kepada

murid.Kanak-kanak suka mendengar cerita. Guru perlu bersedia dan bercerita secara

natural.Cerita boleh memberikan pengajaran, panduan, nilai murni dan menyuburkan

imaginasi.Antara ciri-ciri teknik bercerita ialah masa bercerita yang sesuai; ruang dan

suasana yang kondusif; peralatan cerita yang menarik digunakan; bentuk dan jenis

cerita harus ringkas; mesej yang jelas serta bermakna; berupaya meningkatkan bahasa

dan kemahiran asas berbahasa murid; dan seterusnya mementingkan penglibatan

menyeluruh murid. Terdapat dua jenis cerita iaitu jenis cerita tanpa alat dan jenis

cerita menggunakan alat, Jenis cerita tanpa alat ialah memerlukan kekuatan vokal atau

bahasa badan atau aksi.Manakala jenis cerita menggunakan alatan ialah cerita yang

memerlukan alat seperti tali, boneka, lakaran, kertas atau kain.Prinsip bercerita tanpa

alat ialah nada suara dan mimik yang beri gambaran watak, suasana dan emosi (sejuk,

sayang, takut dan lain-lain); ekspresi muka perlulah sesuai dengan emosi yang

digambarkan dalam cerita contohnya marah atau gembira atau terkejut atau sedih;

elak daripada cerita yang sukar digarap oleh kanak-kanak; bahasa yang digunakan

mudah dan berulang-ulang; wujud hubungan mata antara pencerita dengan pendengar;

kemahiran dalam menggerakkan anggota badan tertentu dapat menjelaskan isi cerita;

pencerita atau guru perlu peka terhadap reaksi kanak-kanak. Halangan atau gangguan

terhadap tumpuan kanak-kanak hendaklah di atasi agar tidak berpanjangan; dan akhir

sekali ialah melibatkan kanak-kanan dalam penceritaan.Contoh cerita antaranya

pemotong kayu dan kapaknya.

18

Page 19: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

Lakonan ialah aktiviti atau pergerkan tubuh badan atau segala perlakuan manusia;

dilakukan oleh wataak-watak tertentu yang mencerminkan keadan sebenr atau meniru

gaya kegiatan manusia dalam masyarakat. Menurut Kamus Dewan (2000), lakonan

ialah perihal memainkan sesuatu drama; sandiwara dan sebagainya.Antara kebaikan

lakonan ialah membolehkan murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan

sebutan yang betul; menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan

cara yang betul; membolehkan murid-murid bertutur mengunakan bahasa yang kemas

dan teratur, membolehkan murid berinteraksi atau berhubung dengan dengan orang

lain untuk menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran nrereka; melatih

murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang didengarinya itu

secara tepat; menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh

bekerjasama dalam satu kumpulan; mendorong pembentukan pemikiran yang lebih

aktif dan kreatif dalam kalangan murid; mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan

pelbagai sifat negative lain; melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan

apabila mereka menghadapi keadaan sebenar. Antaraprinsip lakonan pula ialah

menepati objektif pengajaran iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan

berbahasa dalam kalangan murid; mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman

dan kebolehan murid; dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang

sesuai, mudah, jelas, ringkas dan senang difahami; mudah dilaksanakan; semua murid

diberi peluang ikut kebolehan; dan akhir sekali ialah merangsang kemahiran intelek,

emosi dan fizikal.

Puisiadalah terdiri daripada nyanyian dan pantun 2 kerat.Teknik penyampaian

nyanyian ialah lagu puisi, sajak atau bacaan berirama.Manakala teknik penyampaian

pantun 2 kerat ialah pantun dan gurindam.Pantun merupakan bentuk puisi tradisi lisan

masyarakat Melayu.Pantun juga menggambarkan atau merupakan refleksi minda,

social, budaya dan kemasyarakat Melayu lama.Pantun juga merupakan puisi

berangkap.Terdapat beberapa jenis pantun iaitu pantun dua rangkap, pantun empat

rangkap, pantun enam rangkap dan lapan rangkap.Prinsip berpantun ialah aktiviti

yang dirancang menepati objektif pengajaran bahasa Maalaysia; pantun sebagai

medium untuk memperkembang bakat seni yang ada dalam diri murid; memberi

peluang kepada semua murid yang terlibat dalam aktiviti berpantun; pilih pantun yang

mudah; guru membimbing murid mencipta pantun; guru memilih pantun yang

19

Page 20: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

mempunyai maksud yang senang diingat, diucap dan mempunyai makna khusus; guru

membimbing murid mengujar dan mengucapkan pantun dengan sebutan yang jelas

dan intonasi yang betul; dan seterusnya pantun diajar secara didik hibur supaya murid

minat mempelajari bahasa Malaysia.

10.0 Isu-isu berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran secara aktif &

menyeronokkan

Isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan

antaranya ialah sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru;

sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid; sejauh mana

keberkesanan strategi pembelajaran kolaboratif terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran; dan sejauh manakah keberkesanan pengajaran pemusatan bahan media

terhadap proses P&P.

10.1 Sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan

guru

Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru mempunyai beberapa ciri

penting yang perlu kita ketahui antaranya guru memainkan peranan yang

utama di dalam kelas, guru bertindak menguasai dan mengawal segala aktiviti

pelajaran, guru juga banyak memberi penerangan dan murid hanya duduk

mendengar. Selain itu guru lebih suka bergantung kepada penggunaan buku

teks sahaja sebagai bahan P&P. Hal ini boleh menjadikan murid cepat berasa

bosan untuk terus mempelajari sesuatu mata pelajaran itu dan lama kelamaan

menyebabkan kurangnya minat murid untuk mengikuti setiap kali P&P bagi

mata pelajaran tersebut. Berdasarkan kajian terdahulu, pencapaian murid

meningkat apabila strategi pengajaran berpusatkan murid digunakan oleh guru

berbanding sebelumnya di mana strategi pemusatan guru digunakan dalam

proses P&P menunjukkan pencapaian murid kuarang memuaskan. Jika kita

lihat kajian tinjauan bertajuk‘Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Buku

Teks Jawi Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran’ oleh Affandey Ag. Ghani

iaitu satu kajian tinjauan ke atas pelajar Tingkatan 4,didapati bahawa guru

yang menggunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran akan

20

Page 21: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

menyebabkan timbul rasa bosan di kalangan murid terutamanya bg murid

yang cergas.Punca utama murid menjadi bosan atau tidak berminat untuk

mengikuti sesuatu aktiviti P&P ialah kurangnya penerapan pembelajaran

berpusatkan murid sebaliknya lebih kepada pembelajaran berpusatkan guru.

Kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan

kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk teori atau fakta akan

membuatkan murid pasif, bosan dan berasa tidak seronok seterusnya kurang

minat untuk menyertai proses P&P tambahan pula guru iti hanya

menggunakan strategi pengajaran berpusatkan guru.

Penggunaan bahan atau sumber pengajaran yang sama setiap kali proses P&P

dijalankan telah menyebabkan murid cepat berasa bosan dan keinginan

mereka untuk mencuba bahan yang baru akan terhalang. Demikianlah

penggunaan buku teks secara total tanpa menggunakan bahan atau sumber

P&P yang lain. Ini juga membuktikan bahawa pemilihan bahan atau sumber

P&P juga mempengaruhi kewujudan pengajaran dan pembelajaran secara aktif

dan menyeronokkan.

Kaedah pengajaran berpusatkan guru akan menghasilkan suasana pasif dan

tidak menyeronokkan dalam P&P merupakan salah satu punca murid tidak

meminati sesuatu pelajaran itu . Walhal, pengajaran dan pembelajaran

sepatutnya hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di

antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan murid atau guru.

Pembelajaran berpusatkan guru mengkehendaki guru supaya

bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka

tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran untuk murid.

Sebaliknya dalam pembelajaran berpusatkan murid, murid adalah

autonomousdan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju

proses pembelajaran. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di

dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Sekiranya

guru hanya menitikberatkan silibus yang perlu dihabiskan berbanding aspek

penguasaan kemahiran belajar dalam kalangan murid, maka hal ini boleh

menyebabkan interaksi dua hala antara guru dan murid menjadi hilang

21

Page 22: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

fokus.Kemudian kesannya yang paling ketara ialah murid hilang minat (Atan

Long, 1982).

Kesimpulan di sni, adalah lebih baik untuk guru-guru menggunakan strategi

pemusatan murid berbanding strategi pemusatan guru.

10.2 Sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan murid

Salah satu dapatan kajian tinjauan yang bertajuk ‘Persepsi Pelajar Terhadap

Penggunaan Buku Teks Jawi Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran’ oleh

Affandey Ag. Ghani ini ialah pencapaian murid meningkat apabila strategi

pengajaran berpusatkan murid digunakan oleh guru berbanding sebelumnya di

mana strategi pemusatan guru digunakan dalam proses P&P menunjukkan

pencapaian murid kuarang memuaskan. Murid-murid menunjukkan sikap yang

positif dan suasana pembelajaran amat memberangsangkan sekiranya guru

menggunakan stretegi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan

murid.Sebagaimana yang kita tahu bahawa dalam strategi pemusatan murid,

murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

mereka. Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid

menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada aktiviti berkumpulan atau

individu.

Murid secara kelas atau pemusatan guru semasa mengikuti proses P&P akan

berhadapan dengan masalah interaksi yang amat terbatas. Sebaliknya jika

strategi pemusatan murid dijalankan, mereka akan membantu antara satu sama

lain apabila terdedah dengan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah.

Murid juga menjadi lebih yakin untuk mengajukan soalan atau

menyumbangkan idea dan berani berdialog dengan guru contohnya dalam

aktiviti perbincangan.

Kesimpulannya, strategi pemusatan murid perlu diamalkan dalam proses P&P

sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah kerana ia amat

membantu melibatkan murid secvara aktif dalam proses P&P.

10.3 Keberkesanan model pembelajaran kolaboratif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

22

Page 23: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

Berdasarkan dapatan kajian kes yang bertajuk Web 2.0 Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu oleh Zuraidah Saidin (Sekolah Rendah

Beacon),respons dan penglibatan murid di dalam kelas serta tugasan yang

dihasilkan oleh murid adalah sangat positif dan amat memberangsangkan;

perbincangan secara kumpulan sebelum mencatat respon telah berupaya

membawa murid terhadap pemahaman lanjut mengenai persoalan jenis

‘socratic’ seterusnya murid dapat menjana idea melalui aktiviti P&P secara

berkumpulan. Daripada dapatan kajian ini, kita dapat melihat bukti

keberkesanan model pembelajaran kolaboratif dalam melibatkan murid secara

aktif dan keberkesanannya dalam proses P&P secara aktif dan

menyeronokkan. Pembelajaran kolaboratif merupakan model pembelajaran

yang melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama kea rah mencapai

prestasi murid. Menurut Kamus Dewan (1998), kolaboratif membawa makna

kjerjasam,a erat di antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh ditafsir sebagai

berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama.Pembelajaran

kolaboratif ini melibatkan kerjasama dari semua ahli kumpulan dalam

menyiapkan tugasan dan juga mencapai matlamat yang diingini.Tiga matlamat

utama model ini ialah matlamat intelek, matlamat social dan matlamat

penyelesaian masalah disiplin. Roger Johnsen (1987) dalam bukunya

Educational Leadership, ibubapa memandang positif dengan model

pembelajaran kolaboratif ini kerana mereka merasakan anak-anak mereka

dapat dilatih cara memimpin, membuat keputusan dan menguruskan masalah

demi keperluan masa depan.

Hasil daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa model

pembelajaran kolaboratif amat sesuai digunakan dalam proses P&P di sekolah

atau semua peringkat pengajian kerana mampu mewujudkan P&P secara aktif

dan menyeronokkan. Keberkesanannya terbukti dan guru-guru hendaklah

mainkan peranan dengan melaksanakan P&P menggunakan model

pembelajaran kolaboratif ini.

11.0 Penutup

23

Page 24: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran telah

menjadi keutamaan malah ianya bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan

negara. Bagi tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen

yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang

diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam

pengajaran dan pembelajaran

BAHAGIAN C [15%]

Sediakan satu RANCANGAN PELAJARAN HARIAN yang memberi tumpuan kepada

PEMBELAJARAN KOLABORATIF. Masa mengajar yang dicadangakan ialah dua masa

(35 + 35 minit). Gunakan bahan pembelajaran sebagai panduan.

Anda boleh gunakan format Rancangan Pelajaran Harian seperti berikut.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                                      :           15 Oktober 2014 / Rabu 

Masa                                       :           11.35 – 12.35 pagi

Tahun                                      :           4 Pintar

Bilangan pelajar                      :           35 orang

Mata pelajaran                        :           Bahasa Malaysia

Tajuk pengajaran                    :           Membersihkan Kelas

Fokus Utama / Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran

8.1    Membina dan menulis  perkataan, 

   ayat tunggal, dan ayat majmuk.

Aras 1:

Menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk

dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik.

Objektif pelajaran        :          Diharapkan pada akhir pelajaran diharap murid-murid dapat:24

Page 25: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

1.    Menyatakan kata kerja berpandukan gambar.

2.    Membina dan menulis lima ayat tunggal dan ayat majmuk

berdasarkan gambar.

Pengetahuan Sedia Ada         :           1.   Kebanyakan murid telah mempunyai

pengalaman membersihkan kelas.

2.  Murid-murid telah mempelajari ayat tunggal

dan ayat  majmuk.

Bahan  Bantu Mengajar          :          Komputer, LCD, Visualiser, Microsoft Powerpoint,

                                                           Lembaran Kerja

Kemahiran Bahasa                 :           Kemahiran mendengar, bertutur (lisan), menulis

Dan membaca.

Sistem Bahasa                        :           Sintaksis (membina ayat tunggal)

Pengisian Kurikulum                         :                   Ilmu       –                 Pendidikan Moral.

Nilai     –          bekerjasama, menjaga kebersihan,

rajin dan bertanggungjawab.

Langkah/

MasaIsi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran PembelajaranCatatan

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Set

Induksi

(5 minit)

Gambar

Tunggal :

Menunggang

Basikal

Guru menayangkan slaid

powerpoint dan

bertanyakan soalan kepada

murid:

1. Apakah yang dilakukan

    Oleh kanak-kanak itu? 

2.Pada pendapat kamu ke-

Murid memberi

tindakbalas.

-menunggang 

  basikal

- ke sekolah

BBM:

Slaid power

point

Cara menyoal

Kemahiran

Bahasa:25

Page 26: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

manakah mereka

hendak

pergi ?

3. Bagaimana kamu tahu 

    mereka pergi ke  

    sekolah?

4. Setelah masuk ke 

    dalam kelas, apakah 

    yang dilakukan oleh 

    murid-murid?

- berpakaian  

  seragam

  sekolah, membawa  

  beg sekolah

- membersihkan bilik

   darjah, 

  menjalankan tugas

   membersihkan kelas

dan sebagainya.

Bertutur

(Lisan)

KBT:

KBKK

Langkah

1

(15 minit)

Gambar

Tunggal :

Membersihkan

 Bilik Darjah

Guru menunjukkan

gambar  dan memberitahu

tajuk pelajaran pada hari

ini,  iaitu “Membersihkan

Bilik

Darjah”.

Murid diminta memerhati

gambar yang ditayangkan.

Guru membimbing murid-

murid menceritakan

aktiviti berdasarkan

gambar tunggal  yang

ditayangkan.

Soalan:

Berdasarkan gambar ini,

apakah aktiviti yang

dilakukan oleh murid-

murid di dalam bilik

darjah?

Murid-murid

memerhati  gambar

tunggal dengan teliti.

Muri meneliti gambar

yang ditayang.

Murid-murid menjawab

soalan guru secara

rawak.

Aktiviti-aktiviti

berdasarkan gambar:

- Menyusun meja 

  dan kerusi

- Mengelap cermin

  tingkap

- Membuang sampah

BBM:

Slaid

powerpoint

Kaedah

menyoal

Kemahiran

Bahasa:

Lisan

Nilai Murni:

Teliti

KBT:

KBKK

26

Page 27: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

Guru membimbing murid-

murid membaca rangkai

kata dan frasa yang

dipaparkan dengan  kuat

dan tepat secara kelas.

- Menyapu sampah

- Memadam papan  

  tulis

Murid-murid membaca

rangkai kata dan frasa

yang dipaparkan oleh

guru dengan kuat dan

tepat secara kelas.

Langkah

2

(20 minit)

Aktiviti

kumpulan

i) Guru meminta

 murid bergerak dan  

   duduk dalam  

   kumpulan yang telah 

   sedia diketahui oleh 

   murid.

ii) Guru mengedarkan 

    lembaran kerja kepada

setiap  kumpulan

melalui

ketua kumpulan.

iii) Guru memberikan 

     arahan kepada 

     kumpulan murid.

a. Setiap kumpulan

    pilih seorang ketua 

    dan seorang

    pencatat. 

i) Murid bergerak  

   dan duduk dalam  

   kumpulan masing-

   masing.

ii) Ketua kumpulan

mengambil

lembaran kerja   

yang diberikan  

oleh guru.

iii)  Murid  

      melaksanakan

      arahan guru.

a. Murid-murid   

    melantik ketua

    dan pencatat

    bagi kumpulan

    masing-masing.

BBM:

Slaid  

Gambar 

Tunggal

Lembaran

Kerja

KBT:

Pembelajaran

Kolaboratif.

Kemahiran

Bahasa:

Lisan dan

tulisan

Nilai Murni:

Bekerjasama,

hormat-

menghormati,

bertanggung-

jawab

27

Page 28: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

b. Bincang dan bina

   ayat berdasarkan

   gambar dan

  rangkai kata yang

   dipamerkan.

      

    Pencatat diminta

    menuliskan ayat

    yang lengkap 

    dalam kertas yang   

    diedarkan.

    

b. Murid berbincang 

     dalam kumpulan.

   

     

c. Pencatat akan

    menuliskan  

    ayat yang telah

    dikemukakan     oleh ahli           kumpulan.

Langkah

3

(15 minit)

Pembentangan

hasil

perbincangan.

Guru meminta ketua

kumpulan untuk

membentangkan hasil

perbincangan.

Guru memberi bimbingan

serta membetulkan ayat

yang dibina itu.

Ketua kumpulan

membacakan ayat-ayat

hasil perbincangan  ahli

kumpulan 

masing-masing.

Kemahiran

Bahasa:

Bacaan

Nilai Murni:

Bertanggung-

jawab

Penutup

(5 minit)

Gambar

Tunggal :

Membersihkan

 Bilik Darjah

1. Rumusan isi pelajaran

i)   Guru membimbing 

     murid membuat 

     rumusan tentang apa  

     yang telah dipelajari.

a. Guru bertanyakan murid-

murid tentang apakah yang

telah mereka pelajari pada

hari ini.

b.

b.   Guru meminta murid

menyenaraikan rangkai

kata yang dipelajari.

a) Murid menjawab

    soalan guru.

b) Murid

    menyenaraikan

rangkai kata yang

BBM:

-  Slaid  

   Gambar 

   Tunggal

-  Lembaran 

   Kerja

   (aktiviti  

  

pengukuhan)

Nilai Murni:

Menjaga

kebersihan,

28

Page 29: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

2. Rumusan nilai murni:

Guru bersoal jawab

dengan murid tentang 

nilai murni yang boleh

diamalkan semasa

menjalankan aktiviti di

dalam kelas.

Guru mengedarkan

lembaran kerja

pengukuhan kepada setiap

murid sebagai tugasan di

rumah.

telah dipelajari.

- Menyusun meja 

  dan kerusi

- Mengelap cermin

  tingkap

- Membuang sampah

- Menyapu sampah

- Memadam papan  

  tulis

Murid menyenaraikan

nilai murni yang boleh

diamalkan semasa

menjalankan aktiviti di

dalam kelas.

Murid akan

menyiapkan tugasan

dan menghantarkannya

pada hari esok.

Bekerjasama,

Rajin,

Bertanggung-

jawab

29

Page 30: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

Rujukan

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah,

Kuala Lumpur :Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Perkembanagan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum StandarSekolah

Rendah (KSSR) : Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Satu,

Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hasan Langgulung (1981). Berapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur :

Pustaka Antara.

Ikhsan Othman & Norila Md. Salleh (2005). Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah:

Aspek-aspek Yang Berkatia, Tanjung Malim : Quantum Books.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1987).Kurikulum Baru Sekolah Rendah : Buku panduan

Khas, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mok Soon Seng (1992).Pedagogi 2 : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Mikro, Kuala

Lumpur : Kumpulan Budiman.

30

Page 31: EPM233 OTHMAN BIN MAMAT E3020913088.doc

31