rph - pedagogi latest

13
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Mata Pelajaran : Modul 04 - Memasang Perkakasan Komputer Tajuk : Mengenali Perkakasan Unit Sistem Komputer Kursus : Teknologi Sistem Komputer Tarikh : 18 Februari 2015 Masa : 8.30am 10.00am ( 1 jam 30 minit ) Bilangan Pelajar : 20 Orang Kehadiran : 20/ 20 Kemahiran : - Mengenalpasti peralatan dan perkakasan yang bersesuaian mengikut spesifikasi yang betul sebelum proses pemasangan unit sistem dilakukan. - Menerangkan fungsi perkakasan komputer - Menerangkan jenis-jenis perkakasan komputer - Mengenalpasti cara-cara menyediakan spesifikasi perkakasan komputer Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah memiliki pengetahuan asas mengenai peralatan- peralatan dan perkakasan komputer untuk pemasangan unit sistem. Objektif Pembelajaran : Mengenali dan mengenalpasti semua perkakasan unit sistem komputer dengan baik serta spesifikasi dan fungsinya 1

Upload: azmiaina

Post on 17-Jan-2016

371 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: RPH - Pedagogi Latest

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran : Modul 04 - Memasang Perkakasan Komputer

Tajuk : Mengenali Perkakasan Unit Sistem Komputer

Kursus : Teknologi Sistem Komputer

Tarikh : 18 Februari 2015

Masa : 8.30am – 10.00am ( 1 jam 30 minit )

Bilangan Pelajar : 20 Orang

Kehadiran : 20/ 20

Kemahiran : - Mengenalpasti peralatan dan perkakasan yang bersesuaian mengikut spesifikasi yang betul sebelum proses pemasangan unit sistem dilakukan.

- Menerangkan fungsi perkakasan komputer- Menerangkan jenis-jenis perkakasan komputer- Mengenalpasti cara-cara menyediakan spesifikasi perkakasan komputer

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah memiliki pengetahuan asas mengenai peralatan- peralatan dan perkakasan komputer untuk pemasangan unit sistem.

Objektif Pembelajaran : Mengenali dan mengenalpasti semua perkakasan unit sistem komputer dengan baik serta spesifikasi dan fungsinya

1

Page 2: RPH - Pedagogi Latest

Hasil Pembelajaran : Diakhir sessi pembelajaran ini, pelajar dapat :- Menyediakan rekod kawalan inventori perkakasan komputer.- Membuat senarai perkakasan komputer serta fungsinya dalam unit sistem komputer.- Memilih dan menyediakan perkakasan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.- Menerangkan cara menyediakan perkakasan komputer mengikut prosedur dan langkah-langkah yang

betul.- Menyemak dan membuat laporan hasil kerja.

Kemahiran Berfikir : - Apakah perkakasan unit sistem komputer dan fungsi perkakasan tersebut. - Menghubungkaitkan keperluan perkakasan didalam proses pemasangan unit sistem.

Konsep/prinsip/hukum/teori: Nilai :a) Kawasan Bengkel a) Kerjasama b) Peka kepada perkakasan komputerb) Unit Sistem Komputer c) Penghargaan d) Cinta kepada teknologi ICTc) Perkakasan Komputer

Penerapan Nilai : - Sentiasa membuat senarai semak dalam melaksanakan sesuatu tugasan agar tidak ada langkah- langkah yang tertinggal.

- Sentiasa memastikan langkah-langkah keselamatan dan bertanggungjawab terhadap bahan-bahan yang digunakan.

Bahan bantu mengajar, peralatan dan bahan sumber: Ilmu :a) Komputer Riba d) Slaid Pengajaran a) Helaian Peneranganb) LCD e) Lembaran Kerja b) Buku Rujukan Komputerc) Kad Dialog f)Pen Marker & papan putih

2

Page 3: RPH - Pedagogi Latest

LangkahMasa (Minit)

Isi Kandungan Pelajaran

Aktiviti Pengajaran &Pembelajaran

Catatan

Set Induksi /Permulaan /Mencungkil idea

8.30am – 8.35am (5 minit)

Montaj perkaitan pancaindera manusia dengan unit sistem komputer

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

1. Guru akan membuat tayangan multimedia perkaitan antara pancaindera dan otak manusia dengan perkakasan komputer.

2. .Guru akan memilih 2 orangpelajar dan menyuruh mereka menerangkan apa mereka lihat.

3. Seterusnya,memulakan pelajaran bagi hari ini.

1. Pelajar akan memberi respon yang positif.

2. Pelajar akan mendengar dengan teliti video yang dipaparkan.

3. Pelajar yang dipilih akan menerangkan apa yang mereka lihat.

.

Strategi/Teknik:

Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kelas.

BBM:

- Komputer Riba- Lcd- Slaid Pengajaran

Nilai :- Sentiasa aktif dan bersemangat dengan aktiviti PDP.

-

3

Page 4: RPH - Pedagogi Latest

LangkahMasa (Minit)

Isi Kandungan PelajaranAktiviti Pengajaran &

PembelajaranCatatan

Langkah 1

8.35am – 8.45am (10 minit)

Pengenalan kepada komponen perkakasan komputer dan kategori unit sistem komputer.

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

1. Guru memulakan pelajaran dengan meminta murid untuk berada di meja komputer masing-masing dan beri perhatian kepada pembelajaran.

2. Guru membuat tayangan slide tentang unit sistem komputer

3. Guru membimbing dan menerangkan komponen dan kategori unit sistem komputer.

4. Guru akan menyuruh pelajar membaca slide tersebut serta menjelaskan bahagian yang sukar yang tidak mereka fahami agar guru dapat menerangkansemula.

5. Guru akan bertanyakan beberapa soalan untuk menilai tahap kefahaman pelajar.

1. Pelajar akan memberi respon yang positif.

2. Pelajar akan melihat dengan teliti slide yang dipaparkan.

3. Pelajar memberikan perhatian kepada penerangan yang disampaikan oleh guru.

4. Pelajar bertanya kepada guru jika mereka kurang faham dengan apa yang guru sampaikan.

5. Pelajar memberikan pandangan mereka dengan berpandukan soalan yang diajukan oleh guru.

Strategi/Teknik:

- Penyoalan menyeluruh- Kelas berpandukan tayangan slide

BBM:

- Komputer Riba- Lcd- Slaid Pengajaran

Nilai :- Sentiasa fokus didalam aktiviti PDP.- Bertanggungjawab dan mematuhi segala arahan guru.

-

4

Input OutputProses

Storan

Page 5: RPH - Pedagogi Latest

LangkahMasa (Minit)

Isi Kandungan PelajaranAktiviti Pengajaran &

PembelajaranCatatan

Langkah 2

8.45am – 9.15am (30 minit)

Penerangan lengkap sistem unit komputer, jenis-jenis perkakasan dan fungsinya mengikut spesifikasi yang betul.

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

1. Guru memaparkan slidekomponen sistem unit komputer dan perkakasannya kepada pelajar.

2. Guru akan menyuruh pelajarmenyenaraikan imej perkakasanyang dipaparkan.

3. Kemudian guru akan memberi penerangan penuh kepada pelajar dalam mengetahuidengan jelas spesifikasi perkakasan komputer yang betul dan fungsinya.

4. Guru akan meminta pelajar mengkategorikan jenis perkakasan mengikut klasifikasi unit yang terdapat dalam sistem komputer.

5. Kemudian ,guru akan minta pelajar untuk menyenaraikan semua jenis-jenis perkakasan komputer dan fungsinya.

1. Pelajar akan memerhati dan meneliti setiappaparan slaid yang ditayangkan.

2. Pelajar akan menamakan dan menyenaraikanperkakasan yang dipaparkan.

3. Pelajar fokus dan memberikan tumpuan kepada penerangan guru

4. Pelajar akan cuba mengkategorikan jenis perkakasan tersebut dan melaksanakan arahan guru seperti berikut :

a. Jenis perkakasanb. Kategori Unit Sistemc. Fungsi perkakasan

Strategi/Teknik:

- Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir pelajar.

- Penyoalan menyeluruh kelas berpandukan slaid

BBM:

- Komputer Riba- Lcd- Slaid Pengajaran- Pen Marker- White Board

Nilai :- Bertanggungjawab dan mematuhi segala arahan yang diberikan.

- Penglibatan secara aktif dalam aktiviti PDP

-

5

Komputer

Perkakasan

Unit Sistem Input Output

Perisian

Perisian Aplikasi

Perisian Pengenda

lian

Sistem Pengoper

asian

Program utiliti

Page 6: RPH - Pedagogi Latest

LangkahMasa (Minit)

Isi Kandungan PelajaranAktiviti Pengajaran &

PembelajaranCatatan

Langkah 3

9.15am – 9.30am (15 minit)

Menyenaraikan, mengkategorikan perkakasan komputer dan fungsinya berdasarkan kad warna yang diberi dalam aktiviti berkumpulan.

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

1. Guru memulakan aktiviti dengan meminta murid untuk berada di meja komputer masing-masing dan beri perhatian kepada pembelajaran.

2. Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 5 orang.

3. Kemudian, guru mengedarkan kad warna dengan menyuruh salah seorang anggota daripadakeempat-empat kumpulan untuk memilihnya secara rambang.

4. Guru memberi penerangan kepada pelajar untuk menyenaraikan perkakasan komputer dan fungsinya berdasarkan kategori pada kad warna yang diberi.

5. Selepas aktiviti kad warna, guru akan memberi penilaian & peneguhan kepada pelajar.

1. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing.

2. Pelajar akan mendapatkan kad warna daripada guru.

3. Pelajar bekerjasamadalam kumpulan bagimengenalpasti jenis dan fungsi perkakasan komputer dan menulisnya pada kad warna yang telah disediakan. Kemudian menyerahkannya kepada guru.

4. Kumpulan-kumpulan yang jawapannya tepat akan menerima ganjaran daripada guru.

Strategi/Teknik:

- Aktiviti perbincangan secara kumpulan dan persembahan sumber.

BBM:

- Komputer Riba- Lcd- Slaid Pengajaran- Kad warna

Nilai :- Bekerjasama dalam satu kumpulan.- Bertanggungjawab dan mematuhi segala arahan yang diberikan.- Penglibatan secara aktif dalam aktiviti PDP

-

6

Input OutputProses

Storan

Mengenal Perkakasan

Menyenaraikan Perkakasan

Kategori Perkakasan

Fungsi Perkakasan

Page 7: RPH - Pedagogi Latest

LangkahMasa (Minit)

Isi Kandungan PelajaranAktiviti Pengajaran &

PembelajaranCatatan

Penilaian

9.30am – 9.50am (20 minit)

Melaksanakan ujian dan kuiz Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

1. Guru menjalankan ujian bagi menilai dan mengukur tahap pencapaian dan kefahaman pelajar terhadap topik yang diajar. Ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :

a.) Penilaian Berterusan Teori (10 minit)

b.) Penilaian Berterusan Amali (10 minit)

2. Guru akan memantau dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar jika perlu.

1. Pelajar akan berada dan bersedia ditempat masing-masing.

2. Pelajar akan mendapatkan set soalan penilaian daripada guru.

3. Pelajar akan berusaha sedaya upaya untuk menjawab dengan baik terhadap ujian penilaian yang guru berikan

4. Pelajar mengemukakan soalan jika terdapat kemusykilan terhadap soalan yang diberikan.

Strategi/Teknik:

- Penilaian kepada individu pelajar.

BBM:

- Kertas Soalan- Pen Marker- White Board

Nilai :- Mematuhi segala arahan yang diberikan.

- Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir pelajar.

-

7

Page 8: RPH - Pedagogi Latest

LangkahMasa (Minit)

Isi Kandungan PelajaranAktiviti Pengajaran &

PembelajaranCatatan

Penutup 9.50am – 9.55am (5 minit)

Mengimbas kembali pelajaran pada hari ini dengan mengadakan perbincangan dengan pelajar tentang topik yang diajar.

i. Kategori Unit Sistem Komputerii. Jenis-jenis Perkakasan Komputeriii. Fungsi Perkakasan Komputeriv. Spesifikasi perkakasan komputer yang betul

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

1. Guru membuat rumusan aktiviti pembelajaran pada hari ini.

2. .Guru akan berbincangdengan pelajar tentang jenis-jenis perkakasan komputer dan fungsinya.

3. Guru akan menggalakkanpelajar-pelajar memberi pandangan secarasumbangsaran dan menutup pelajaran hari ini.

1. Pelajar memberikan perhatian kepada guru.

2. Pelajar akan memberikan pandangan masing-masing secara sumbangsaran.

3. Pelajar melakukan aktiviti seterusnya setelah kelas berakhir.

Strategi/Teknik:

- Aktiviti perbincangan secara bersepadu bersama pelajar.

BBM:

- Komputer Riba- Lcd- Slaid Pengajaran

Nilai :- Kajian Masa depan

-

8

Page 9: RPH - Pedagogi Latest

LangkahMasa (Minit)

Isi Kandungan PelajaranAktiviti Pengajaran &

PembelajaranCatatan

Tindakan Susulan 9.55am – 10.00am (5 minit)

Guru memberikan tugasan kepada pelajar agar topik pembelajaran ini difahami pelajar dengan lebih berkesan.

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

1. Guru memberikan tugasan kepada pelajar berkaitan aktiviti pembelajaran pada hari ini.

2. . Guru akan memberi kerja secara berkumpulan dan menyuruh mereka membentangkannya dalampeta minda didalam kelas.

3. Guru akan memberi penghargaan dan peneguhan kepada setiap isi yang diberi oleh pelajar pada sesi pembelajaran yang akan datang.

1. Pelajar memberikan perhatian kepada guru.

2. Pelajar dalam kumpulan akan membincangkan tajuk tugasan yang diberikan oleh guru.

3. Pelajar akan mempersembahkannya dalam bentuk peta minda didalam kelas pada sesi pembelajaran yang akan datang.

Strategi/Teknik:Aktiviti Perbincangan dalam kumpulan dan persembahan sumber.

BBM:- Komputer Riba- Lcd- Slaid Pengajaran- Pen Marker- Kertas Mahjong

Nilai :- Amanah dan bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diberi.

- Saling bekerjasama dan tolong menolong didalam satu pasukan.

9

Page 10: RPH - Pedagogi Latest

REFLEKSI :

Kekuatan

Pada akhir pembelajaran saya dapati 18 orang daripada 20 orang murid mencapai objektif

dalam topik yang diajar.

Kaedah dan bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu saya untuk mencapai

standard kandungan yang ditetapkan dalam pembelajaran.

Murid-murid berminat untuk mengikuti sesi P&P bermula dengan set induksi. Mereka

menumpukan perhatian dengan mendengar dan mengikuti arahan yang ditetapkan.

Saya juga tidak menghadapi masalah dalam mengawal kesemua pelajar didalam kelas. Ini

menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar untuk mencapai standard dan tempooh masa

yang ditetapkan.

Kebanyakan pelajar dapat menguasai kemahiran yang diterapkan ini. Lembaran kerja dan

tugasan diedarkan sebagai penilaian kepada pelajar. Melalui lembaran kerja ini saya dapat

menilai keberkesanan pengajaran saya dan mengukur tahap kefahaman pelajar terhadap

aktiviti pembelajaran.

Pada sesi penutup saya telah membuat kesimpulan tentang pelajaran dengan bersoal

jawab dengan pelajar. Hasil kerja pelajar yang betul dan baik dipamerkan di hadapan

kelas sebagai contoh kepada pelajar lain. Ia juga sebagai satu langkah peneguhan positif

kepada pelajar yang hasil kerjanya dipamerkan.

Kelemahan

Setelah menilai rakaman video sesi pengajaran saya sendiri,saya dapati suara saya agak

perlahan.

Ini menyebabkan keseluruhan pelajar tidak dapat mendengar suara saya dengan jelas.

Saya juga tidak mengaitkan sesuatu peristiwa semasa dalam sesi induksi seperti

pengalaman sendiri pelajar.

Saya juga mencadangkan aktiviti susulan yang mungkin membebankan pelajar. Lembaran

kerja yang disediakan juga tidak mengikut aras kebolehan pelajar.

Kaedah Pembelajaran

Saya telah menggunakan pembelajaran masteri iaitu suatu pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan

dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan

ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkualiti. Keupayaan dan kebolehan seseorang individu adalah berbeza yang boleh

mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang pelajar. Saya telah mengenal pasti keupayaan

pelajar bagi merancang kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil

10

Page 11: RPH - Pedagogi Latest

pembelajaran yang ditetapkan. Saya telah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran

supaya pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pelajaran. Di samping itu

pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan bersesuaian denagan

pendekatan yang boleh digunakan. Saya juga menggunakan strategi berpusatkan guru dengan

memberi penerangan, penjelasan dan huraian setiap bahagian dalam huraian sukatan pelajaran.

Ini kerana peranan guru bertindak sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran

dengan elemen berikut :

i) menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan

kepada pelajar.

ii) menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai.

iii) mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan

menghayati sesuatu perkara.

iv) menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara

yang telah diajar.

Saya juga mempraktikkan strategi berpusatkan murid melalui kaedah soal jawab, perbincangan,

aktiviti berkumpulan dan ujian penilaian. Dengan strategi berpusatkan pelajar ini, mereka akan

lebih berdikari yang mana boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.

Dengan memberikan kaedah tertentu, pelajar dapat belajar dan bukan bertanding di antara satu

sama lain. Saya juga telah menilai pelajar sebagai proses unuk mengesan perkembangan,

kebolehan, keupayaan dan pencapaian mereka. Penilaian juga adalah sebahagian daripada

proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Saya boleh mengesan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan lembaran kerja kepada pelajar.

Ini bertindak sebagai maklum balas kepada saya berkenaan untuk memperbaiki kaedah, strategi

dan gaya pembelajaran supaya lebih berkesan. Antara tujuan lain penilaian adalah :

i) mengesan pencapaian pelajar

ii) mengenal pasti jenis pelajar

iii) mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai atau belum

iv) mengenal pasti sebab kelemahan pelajar dalam sesuatu unit pembelajaran

v) menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan

11