revision pedagogi

61

Upload: khairul-nizam-nur-shuhana

Post on 13-Sep-2015

289 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pedagogi

TRANSCRIPT

Slide 1

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Sinopsis:Bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran pendidikan Islam. Mereka juga diberi tugasan untuk melaksanakan kaedah dan teknik tersebut mengikut bidang-bidang mata pelajaran Pendidikan Islam. Peserta diharap akan dapat berusaha menguasai kaedah dan teknik P&P sesuai dengan bidang yang diajar.

Apakah Istilah-istilah yang digunapakai dalam strategi P&P? Kaedah Pendekatan Teknik StrategiPERBEZAAN PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIKCara bagaimana sesuatuMatapelajaran diajar Berdasarkan objektif jangka panjangAktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dlm P&PSuatu siri tindakan guru yg sistematik sertaberurutan, bertujuan mencapai objektifJangka pendekPendekatan :Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dan setiap pendekatan mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran.Contohnya:Ketika mengajar satu-satu pelajaran, guru hendaklah membina satu pendekatan supaya senang diterima oleh murid, dimana pendekatan itu adalah tentang isi pelajaran.Daripada konkrit kepada abstrak.Daripada mudah kepada kompleks.Daripada keseluruhan kepada bahagian.Daripada umum kepada spesifik (deduktif).Daripada spesifik kepada umum (induktif)Daripada dekat kepada jauh.Daripada diketahui kepada belum diketahui.Kaedah:Satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik.Apakah Tujuannya?Tujuan utama ialah perubahan tingkah laku murid serta pencapaian objektif-objektif yang disediakan bagi satu-satu pengajaran.KAEDAHKAEDAH-KAEDAH DALAM PENDIDIKAN ISLAMPENYELESAIANMASALAHPROJEKEKSPERIMENTINKUARIPENEMUANTUNJUKCARARESITASIHALAQAHDAILOGPERMAINANSOAL JAWABBERCERITAULANGANLAWATANLATIH TUBIIMLAKPERDEBATANSYARAHANLAKONANPERBINCANGANSUMBANGSARANSIMULASIPEMAHAMANKUIZKaedah Hafazan : Kaedah ini penting kerana menguat dan mengembang ingatan. Ia memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingat apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis. Kaedah ini penting dalam pendidikan Islam. Bukti semasa Rasulullah menerima wahyu, Rasulullah s.a.w. bersungguh menghafaz wahyu tersebut, kerana bimbang hilang dari ingatannya. Kaedah ini sesuai digunakan dalam pengajaran al-Quran, hadis, isi-isi penting bidang agama yang berkaitan dengan kehidupan harian.1. Peringkat Hafazan sahaja2. Peringkat Hafazan dan Kefahaman3. Peringkat Hafazan, Kefahaman dan AnalisisPeringkat Hafazan ;Terdapat tiga peringkat dalam hafazan:Pertama:Hafazan sahaja : mempelajari dan menghafaz sesuatu tanpa memberi perhatian kepada kefahaman --- peringkat paling rendah.Kedua:Peringkat hafazan dan kefahaman memerlukan kefahaman bahan yang dihafaz. Cara ini mempercepatkan proses hafazan.Ketiga :Hafazan, kefahaman dan analisis peringkat yang tertinggi memerlukan fikiran yang matang. Contohnya berlaku kepada Mufassirin dan Muhaddisin.Langkah-langkah: Pelajar mendengar ayat-ayat yg disebut oleh guru sama ada secara kalimah atau potongan ayat. Pelajar mengikut apa yang disebut oleh guru secara beramai, berkumpulan dan individu. Kegiatan ini diulang-ulang beberapa kali sehingga ramai di antara pelajar telah dapat menyebut ayat-ayat yang diberi tanpa bantuan guru. Guru mendengar sebutan pelajar secara individu untuk menilai kebolehan pelajar menghafaz. Bagi membantu mengingati ayat-ayat , guru memberi maksud ayat-ayat tersebut. Penglibatan pelajar boleh dijalankan dng aktiviti-aktiviti mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat. Setelah diketahui pelajar-pelajar sudah menguasai ayat itu, guru menilai hafazan mereka dengan mendengar ayat yg disebut oleh mereka. Bagi mengukuh ingatan, pelajar diminta menulis ayat itu dan mereka digalakkan mengulangi membaca ayat itu masa lapang dan sebelum memulakan aktiviti menghafaz ayat lain.Firman Allah dalam surah al-Qiamat : ( 16) (17) (18) ( 19)Janganlah engkau (Muhammad) menggerak-gerak lidahmu, supaya segera membaca al-Quran itu, sesungguhnya kami akan menghimpunkan (hafalan) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu), maka apabila kami bacakan ia, maka hendaklah engkau turut bacanya, kemudian Kami menerangkan (sehingga engkau memahami).Kaedah Syarahan/kuliah (/)Kaedah ini merupakan guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan daripada pihak pelajar.Apakah kebaikannya? mencetuskan perasaan hormat dan sanjungan kepada guru, yang akhirnya melahirkan kasih sayang antara dua pihak Bagaimana cara menggunakan Kaedah ini supaya lebih berkesan?Kuliah hendaklah diberi pada masa yang sesuai, misalnya, ketika hendak mengenakan tajuk atau unit pelajaran baru.Guru hendaklah menyediakan sinopsis kuliah yang bernas.Guru hendaklah berhati-hati semasa menyampai kuliah, bercakap dengan sederhana dan jelas supaya pelajar dapat mendengar dengan mudah.Hendaklah disampaikan dengan harmoni dan menarik.Hendaklah diikuti dengan ujian bertulis, untuk mengukur kejayaan atau kegagalan kuliah.Digunakan bertujuan mendorong pelajar menjelaskan perkara penting, membuat ulangkaji dan penelitian serta mengembangkan isi pelajaranKaedah DialogAmat popular masa kini. Kaedah ini ditonjolkan oleh al-Quran dan menjadi tradisi pembelajaran Islam yang biasa diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan kepada cerita Malaikat yang datang bertanyakan tentang Islam, Iman dan Ihsan.Kaedah Soal Jawab( \ ) Tujuan merangsang pemikiran. Kaedah ini boleh digunakan dalam kaedah membaca dan menulis.Dalam al-Quran terdapat banyak kaedah ini. Contohnya firman Allah :Sesungguhnya perbandingan (pencipta) Isa di sisi Allah adalah seperti (Penciptaan) Adam, Allah menjadikan Adam daripada tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya, Kaedah Pedebatan ()Kaedah ini dapat melatih seseorang dalam pedebatan, ia amat bergantung kepada kepetahan bercakap dan kecerdasan otak bagi mengeluarkan fikiran dan hujah yang konkrit dan logik secara serta-merta bagi mengalah pihak lawan disamping membuktikan hakikat kebenaran.Kaedah ResitasiKaedah ini melibatkan ingatan semula tentang maklumat yang baru dipelajari atau disampai. Pelajar dikehendaki mengulang maklumat berkenaan, sama ada perkataan demi perkataan atau dalam ayat mereka sendiri.Resitasi ini biasanya digunakan oleh guru untuk meringkaskan pelajaran lepas sebagai set induksi.Kaedah ini digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah membaca di kalangan pelajar. Pelajar berkenaan diminta mereka menerangkan apa yang mereka baca menggunakan perkataan-perkataan mereka sendiri dan membandingkannya dengan teks untuk menguji ketepatan pemahaman mereka.Kaedah Pengembaraan/Lawatan ()Kaedah pengajaran yang dilaksanakan di luar kelas dengan cara kunjungan dan lawatan sambil belajar.Apa pentingnya?. Guru ingin memberi pengertian yang jelas kepada murid-murid. Ia berkaitan dengan pelajaran yang boleh membangkitkan penghargaan dan cinta terhadap lingkungan alam ciptaan Allah. Objek terlalu besar, berat atau akan mengalami kerosakan jika dipindah ke dalam kelasKaedah Halaqah ( )Iaitu pelajar duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan untuk mendengar syarahan daripada guru.Pada kebiasaan guru menyandar pada dinding atau tiang masjid dengan mengadap arah qiblat.Sebelum memasuki halaqah, guru biasanya berpakaian kemas, bersih dan memakai bau-bauan, serta berwuduk.Kaedah Permainan ( ) Boleh digunakan dalam pengajaran guru dibilik untukmencapai objektif.Kaedah ini sesuai untu pendidik Pra Sekolah..Apa Kelebihannya:Murid tidak berasa bosanMelatih murid berintraksi dengan bebas sesama mereka.Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid semasa bermain.Apakah kelemahannya?Membeban guru untuk menyediakan ABMTidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini.Menambahkan penggunaan wang sekolah.APAKAH YANG DIKATAKAN DENGAN KAEDAH PROJEKSesuatu ujikaji di dalan situasi sebenar bertujuan mendapatkan sesuatu hasilKaedah ProjekTujuan: meningkat penglibatan para pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembang kemahiran-kemahiran yg tidak dicapai melalui kaedah pengajaran yang lain.Objektif Utama: memperolehi pengetahuan yang baharu oleh pelajar atau penggunaan pengetahuan yang sedia ada kepada situasi kehidupan harian,penyelesaian masalah atau penghasilan produk.Apakah peranan guru? menyediakan tajuk projek menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan garis panduan tersebut.Garis panduan :Tujuan projekHasil yang akan diperolehiProsedur-prosedur khusus yg mesti dipatuhi.Bila projek mesti diselesaikan dan bila hasil akhir diserahkan kepada guru.JENIS PROJEKKAJISELIDIKHASILTANGANLAWATANKaedah Amali dan DemontrasiSatu cara menyediakan bahan pelajaran dengan menyediakan secara langsung objek atau prosesnya atau cara melakukan sesuatu.Kaedah ini dapat memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran.Hasilnya dapat pengalaman langsung, kemahiran, pengetahuan dan celik akal. Kaedah ini merangkumi kaedah eksperimen, demontrasi dan praktikum.

Kaedah Ulangan ( )Iaitu melakukan pembacaan atau mengingati secara berulang kali. Apakah kelemahan kaedah ini? rasa bosan dan menjemukan sekiranya proses ulangan dengan menggunakan teknik yang tidak sesuai.Bagaimanakah cara untuk mengelak daripada jemu? Rasulullah s.a.w mengucap tiga kali bila bertutur dengan satu-satu ayat dan kadangkala satu masalah yang diterangkan oleh Rasulullah diulang sebanyak tiga kali agar pendengarnya cukup jelas untuk memahaminya.Kaedah Imlak ( )Iaitu selepas kaedah hafalan. Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan kepada mereka. Guru mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan, murid-murid mencatat setiap apa yang didengari.Kaedah Perbandingan/deduktif ( )Kaedah ini berlaku daripada yang umum kepada yang khusus, daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagian kecil.Kaedah ini sesuai untuk mengajar bahasa, sastera, nahu, sejarah dan lain-lain, sebabnya pelajaran ini mengandungi prinsip-prinsip, hukum-hukum, dan fakta-fakta umum yang dibawahnya termasuk bahagian-bahagian dan masalah cabang.Kaedah Induktif Membimbing pelajar mengetahui fakta-fakta serta hukum-hukum umum melalui jalan pengambilan kumpulan induksi.Dimulai dengan bahasan dibahagian yang kecil untuk disampai kepada undang-undang umum.Kaedah ini amat sesuai untuk murid-murid membiasakan mereka berfikir, membanding, menimbang antara bahagian dan mengambil kesimpulan dan prisip-prinsip umum.Kaedah ini sesuai untuk pelajaran al-Quran, bahasa, Tatabahasa, Fekah, Matematik, Kejuruteraan, Kimia.TALAQQI MUSYAFAHAH:Kaedah Talaqqi:Guru memberi contoh bacaan kepada beberapa orang murid dan kemudian murid-murid mengikut contoh bacaan guru secara beramai-ramai. Guru membaca, kemudian beberapa orang murid mengikut bacaan guru itu.Kaedah Musyafahah:Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid mengikut contoh bacaan guru secara invidu. Guru membaca dan kemudian seorang murid mengikuti bacaan guru itu.

Aktiviti :Guru dan pelajar melihat MashafGuru memperdengarkan bacaan ayat.Guru membacakan surah secara kuat.Murid mendengar dengan teliti.Bacaan secara kelas dengan betul & fasih.Bacaan secara kumpulan, individu dengan betul.Bimbingan guru & membetulkan bacaan.Apakah kekuatan kaedah tersebut?Mencontohi Rasulullah s.a.w. Bimbingan /pembetulan segera.Meningkatkan kemahiran membaca.Menerima terus dari guru.Melatih pelajar berani mencuba.Penilaian dapat dilakukan dengan mudah.Kaedah Latih Tubi ( )Definisi :

Latihan yang diulang-ulangi untuk menjadikan orang yang diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir KAMUS DEWAN EDISI KE 3

Pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara berulang-ulang dan terancang.Lebih menarikmaklum balas segerakepelbagaian bahaninteraktifKelebihan Latih TubiMenyimpan data prestasi pelajardapat mengingati fakta dengan mudahpelajar tidak dapat melihat jawapannyaboleh diikuti oleh pelajar kurang pengalaman menggunakan PPBKPELAJAR CEPAT JEMU

Jika digunakan dalam jangkamasa yang lama.Kaedah perbincangan :Definisi:Aktiviti dimana individu-individu dapat berinteraksi atau berkongsi maklumat antara satu sama lain.Jenis-jenis : sessi buzz seminar Forum Perbahasan.Kaedah bercerita ( ) Satu aktiviti yang menghasilkan jalinan kejadian samada benar-benar berlaku atau diada-adakan.Kaedah bercerita murid beri tumpuan/menarik minat murid seronok P&P lebih menarik BBM membantu kaedah ini perubahan suasanaKEKUATANKELEMAHAN Disiplin tidak terkawal Kurang tumpuan BBM tidak mencukupi Masa agak terhadPrinsip bercerita :

Pilih cerita yang sesuai.Wujudkan suasana yang selaras dengan ceritaIngat isi ceritaSediakan ABM (BBM)Pandang ke arah muridAdakan soalanWujudkan penyertaan murid

Langkah-langkah perlaksanaan bercerita:

Pilih cerita yang sesuaiIngat isi ceritaWujudkan suasana /tempat yang selaras dengan ceritaSusunan tempat duduk murid yang sesuaiSediakan soalanSediakan ABM

SEBELUM

SEMASAGunakan set induksi yang menarik.Nada suara dan gaya yang sesuai.Kontak mata guru murid.Gunakan bahasa yang mudah dan gerak isyarat yang sesuai.Libatkan murid dalam aktiviti bercerita.Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita.

Menyoal isi / pengajaran cerita.Aktiviti-aktiviti susulan yang sesuaiSELEPAS

Kaedah SimulasiDefinisi :Situasi diwujudkan menyerupai keadaan sebenar dengan menggunakan masalah senarnya wujud untuk selesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat.Prinsip :Rancangkan situasi yang bermasalah dan wujudkan secara bertulis / lisan.Beri penerangan ringkas.Pilih murid yang mahir dalam pertuturan sebagai pelakon.Sediakan peralatan yang sesuai (jika perlu)Semasa sesi pastikan murid lain memberi perhatian.Selepas sesi minta murid beri pandangan.Buat rumusan.

Bagaimana melaksanakan aktiviti?Sebelum : Tentukan objektif pembelajaran. Tentukan kemahiran yang hendak disampaikan. Rancang penyerapan nilai yang sesuai. Bentuk penilaian yang akan digunakan. Pengukuhan dan pengayaan yang akan digunakan. Alatan yang sesuai.Semasa : Adakan set induksi yang menarik. Beri arahan dengan jelas. Edarkan kad arahan kepada murid yang ambil bahagian. Minta murid cuba memahami tugas yang diberikan. Murid yang lain memerhati dan catat. Penilaian di akhir.Selepas : Bincang dengan murid. Tulis laporan tentang masalah. Tulis semula dialog yang digunakan. Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjol dalam simulasiKaedah menyelesai masalahSituasi yang memerlukan satu bentuk tindakan yang mulanya belum dikenal pasti oleh pemerhatiBagaimanakah langkah-langkah tersebut?Memahami masalah, iaitu berkebolehan menyatakan dengan perkataan sendiri apa yang diharapkan atau yang disoal.Mengemukakan pelbagai cara yang berkemungkinan boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan seterusnya menyatakan tindakan yang difikirkan paling sesuai ,Memilih satu cara yang paling munasabah atau mencuba beberapa cara untuk menyelesai masalah berkenaan.Menilai penyelesaian berkenaan.Kaedah Inkuiri/PenemuanPelajar-pelajar menyelidik sendiri dengan cara merancang , menyiasat, menganalisis dan menemui. Melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membentuk suatu generalisasi yang diharapkan.Bagaimana prosesnya?MengenalPasti topikkajianMerancang StrategipenyelesaianMengumpulMaklumat Yang berkaitanMengkaji dan MenganalisismaklumatMembuat Generalisasi/rumusanBagaimana untuk melaksanakan kaedah ini? Pastikan pengetahuan pelajar. Ada bahan rujukan. Masalah-masalah dirancang dengan teliti Galakan pelajar berkongsi pendapat. Wujudkan masa untuk menilai pengalaman pelajar.

PeringkatAktiviti inkuiri/penemuanMengenalpasti topik kajian Menentukan topik kajian oleh guru . Mendedahkan topik kajian kepada murid. Berbincang tujuan kajian dengan murid Merancang strategi penyelesaian Meramal dan membuat hipotesis. Menentukan cara menjalankan kajian melalui aktiviti soal jawab.Mengumpul maklumat yang berkaitan Mengumpul maklumat melalui cara memerhati, menyukat, melakukan aksperimen atau membuat rujukan. Mancatat maklumat yang yang dikumpul.Mengkaji dan menganalisis maklumat yang dikumpul Menjadual dan mengelaskan maklumat. Menginterpretasi dan mentafsir maklumat.Membuat generalisasi atau rumusan Membuat generalisasi atau rumusan berdasarkan hasil pentafsiran. Merekod generalisasi atau rumusan dalam buku nota.Langkah pengajaran melalui Kaedah inkuiri/penemuanKAEDAH SUMBANGSARANSesi perbincangan setiap ahli menyumbang pendapat dan idea terhadap sesuatu topik.LANGKAHPeringkat permulaanPeringkat perbincanganPeringkat Penilaian dan rumusanTeknik :Kemahiran guru dalam mengelola dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia menekankan aspek bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbangkan langkah-langkah pengajaran.Contohnya:Dalam kaedah bercerita, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan cerita itu bermakna dan menyeronokkan.Untuk menguji kefahaman murid tentang cerita itu, dia menggunakan teknik menyoal yang merangkumi cara soalan yang dikemukakan, bilangan soalan, kadar penyoalan, taburan soalan kepada semua murid, henti sejenak dan sebagainya.Jenis-jenis teknikTeknik tunjuk caraTeknik bersoal jawabTeknik menghafal dan latih tubi