tugasan matematik semester 5

26
TUGASAN 1 (LAPORAN PENTAKSIRAN)

Upload: rafiza-diy

Post on 12-Feb-2017

320 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Matematik Semester 5

TUGASAN 1

(LAPORAN PENTAKSIRAN)

Page 2: Tugasan Matematik Semester 5

1.0 PENGENALAN

Hidup ibarat layang-layang terputus tali apabila tidak disertakan dengan matlamat

hidup yang jelas. Jika hidup menjadi lebih bermakna dengan adanya matlamat, begitu juga

dengan pencapaian murid-murid yang perlu diukur menerusi proses pentaksiran untuk

mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan kebolehan murid dalam bidang akademik yang

dipelajari.

Dalam skop tugasan ini, subjek matematik menjadi fokus utama di mana item-item

yang dibina untuk proses pengujian bagi subjek ini dikaji daripada beberapa aspek. Sebagai

contoh, analisis item yang dilaksanakan merangkumi pencarian indeks kesukaran dan

indeks diskriminasi bagi menilai sejauhmana item-item yang dibina mampu menguji murid-

murid dengan apa yang sepatutnya diuji kerana kaedah ini sangat sesuai dalam

menganalisis item berbentuk objektif.

Indeks kesukaran merupakan salah satu cara untuk menilai aras kesukaran item-

item yang dibina untuk sesuatu proses pengujian. Julat bagi indeks kesukaran bermula dari

0.00 hingga 1.00 di mana semakin tinggi nilainya, semakin mudah item tersebut. Begitu juga

sebaliknya jika nilai indeks kesukaran semakin rendah yakni menghampiri 0.00, item

tersebut dikelaskan sebagai item yang sukar.

Indeks Kesukaran (p)

Pentafsiran Item Keputusan

p < 0.3 Terlalu sukar Ubah suai item

0.3 ≤ p ≤ 0.8 SederhanaItem sesuai dan boleh

diterima

p > 0.8 Terlalu mudah Ubah suai item

Jadual 1.0 Tafsiran Indeks Kesukaran

Manakala, indeks diskriminasi pula adalah cara yang digunakan untuk menilai

keupayaan item dalam membezakan murid-murid yang berkeupayaan tinggi dengan murid-

murid yang lemah. Melalui proses pengiraan indeks diskriminasi ini, jumlah keseluruhan

calon akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu 25% kumpulan pertama ialah calon yang

Page 3: Tugasan Matematik Semester 5

memiliki pencapaian tertinggi, 50% kumpulan kedua ialah calon yang terdiri daripada

berpencapaian tertinggi dan terendah, dan 25% kumpulan ketiga ialah calon yang

berpencapaian terendah. Berdasarkan tiga kumpulan yang dibahagikan ini, kumpulan yang

berpencapaian tertinggi dan kumpulan berpencapaian terendah akan digunakan untuk

mengira indeks diskriminasi untuk setiap item.

Jadual 2.0 Tafsiran Indeks Diskriminasi

Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa analisis item yang merangkumi analisis

indeks kesukaran dan indeks diskriminasi akan mempengaruhi nilai sesuatu item yang

dibina sama ada baik ataupun sebaliknya. Untuk perbincangan dengan lebih lanjut

mengenai analisis item yang melibatkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi akan

dapat diketahui melalui bahagian yang seterusnya dalam tugasan ini.

Indeks Diskriminasi (D)

Pentafsiran Item Keputusan

D > 0.4Diskriminasi positif

yang tinggi

Item amat sesuai

diterima

0.2 ≤ D ≤ 0.4Diskriminasi positif

yang sederhana Item perlu diubah suai

0 ≤ D < 0.2Diskriminasi positif

yang rendahTulis semula item

D < 0 Diskriminasi negatifItem buruk dan perlu

dibuang

Page 4: Tugasan Matematik Semester 5

2.0 ANALISIS PENCAPAIAN MURID

Bahagian ini akan menjelaskan bagaimana analisis pencapaian murid dilaksanakan

dengan meneliti beberapa aspek seperti jumlah calon yang menjawab betul bagi setiap item,

mencari indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Berdasarkan data yang dipilih, analisis

pencapaian murid dapat dilihat melalui jadual berikut :

BIL

NAMA SOALAN / ITEMMARKAH

 NO. ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

JAWAPAN B A B C C D A B B C1 RAFIZA BINTI DARUS B A B C C D A B B C 10

2 HAJAJ HAMBALI BIN MOHD WIRA B A B C C D A B B C 10

3 AZNIZAN BINTI AZIZ B A B C C D B B B C 9

4 MUHAMMAD FAHTUL ZARIFF BIN ROSLI B A B C C D C D D A 6

5 SHAHRUL FAISAL BIN MOHAMED SHARI B A B C C D D D A B 6

6 KHAIRUNNISA BT BOLHASSAN A A B C C D A A A A 6

7 NURUL AMIRAH BINTI ZULKEPELI B A C D A A B B B C 5

8 LORSHINI A/P GUNENTHIRAN A A C C D D A B A B 5

9 NOR AMIRA BINTI TAYABU B A B B C B C B C D 5

10 RAJA MAKSUM BIN RAJA ALI C A D C D D A C C D 4

11 HASSAN BIN ABDUL HAMID C A D C D D A C C D 4

12 MOHAMAD ZAIRI BIN AHMAD SABRI B A C D A A D A B C 4

13 RIZAL BIN AMAN B A C A A A B B A B 314 AGNES YAM SOKE EE A A C C D D B C A B 315 LEE JIE YEE B A C A A A B B A B 3

16 MOHAMAD AIZATUL ARIFFIN D A A B C D D D A B 3

17 NG XUE JING D A A B C D C C D D 318 SWA MING JIAN D A A B C D C C D D 3

19 MAZLINDA AMIRA BINTI MOHAMAD A A C D D A B C B C 3

20 MONA ANAK PENGABANG A A A B C A A A C D 3

21 NOR EZATUL AZHANAFIZA BINTI AHMAD

C A D D A C D D B C 3

22 REYMOND A/L BAH AYOH A A B A B C C A A A 2

23 SITI AINIZAH BINTI SAMSURI D A C C D C D D A B 2

24 ZAINAL BIN HAZMI C A D B C B B C C D 225 HILMI SYUKRAN BIN MOHD A A B A B C C A A A 2

Page 5: Tugasan Matematik Semester 5

26 MAITHASA SYUHADA BINTI ADNAN D A C C D C D D A B 2

27 MARDHIAH ANI SYAHINDAH BT MARZUKI

C A D B C B B C C D 2

28 SHEREEN FARZAANA BT MOHAMAD HANIFAH

C A D A B C A C C D 2

29 MARASILINDA BINTI OMAR A A B B B C C D C D 2

30 MUHAMAD FAIZ BIN MD NAYAN A A C C D A B C A A 2

31 ROSMAN BIN MUHAMAD AMIN D A D A B C C C A A 1

32 AMIRUL IZZAT BIN ALIAS C A A A B C D C C D 133 LEE JING WEN D A D A B C C C A A 1

34 MOHD AZRI BIN KAMARUDIN C A D D A B C C D D 1

35 NG CHAI WEI C A D A B C B C C D 136 ONG YEE KING FANLY C A D D A B C D D A 137 SYAZA KHALIS B SUPHI A A C D D A B C C D 138 WONG CHUAN ENG C A D D A B C C D D 139 JULIANAH BINTI AHMAD C A D A B C C D D A 1

40 NOOR HANNISA BINTI MOHD HALIMI C A C D D C D C A B 1

JUMLAH CALON JAWAB A 10 40 5 10 8 8 8 5 15 9JUMLAH CALON JAWAB B 10 0 10 8 9 6 11 8 7 9JUMLAH CALON JAWAB C 13 0 12 13 13 13 13 18 11 7JUMLAH CALON JAWAB D 7 0 13 9 10 13 8 9 7 15JUMLAH CALON JAWAB BETUL 10 40 10 13 13 13 8 8 7 7JUMLAH CALON JAWAB SALAH 30 0 30 27 27 27 32 32 33 33

JUMLAH CALON 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40

INDEKS KESUKARAN 0.25 1.00 0.25 0.33 0.33 0.33 0.20 0.20 0.18 0.18INDEKS DISKRIMINASI 0.70 0.00 0.70 0.80 0.70 0.80 0.50 0.60 0.40 0.40

Jadual 3.0 Analisis Pencapaian Murid

Page 6: Tugasan Matematik Semester 5

3.0 ANALISIS ITEM-ITEM UJIAN

3.1 Indeks Kesukaran

Formula untuk mengira indeks kesukaran adalah seperti berikut :

3.1.1 Pengiraan Indeks Kesukaran Item 2

3.1.2 Pengiraan Indeks Kesukaran Item 8

3.1.3 Pengiraan Indeks Kesukaran Item 10

Indeks Kesukaran (p) = Bilangan calon yang menjawab betul

Jumlah calon yang menjawab

Bilangan calon yang menjawab betul = 40

Jumlah calon yang menjawab = 40

Nilai p = 40

40

= 1.00

Bilangan calon yang menjawab betul = 8

Jumlah calon yang menjawab = 40

Nilai p = 8

40

= 0.20

Bilangan calon yang menjawab betul = 7

Jumlah calon yang menjawab = 40

Nilai p = 7

40

= 0.18

Page 7: Tugasan Matematik Semester 5

BT = 10, BR = 10

U + L = 10+10 = 20

Nilai D = 10 – 10

½ (20)

= 0.00

BT = 6, BR = 0

U + L = 10+10 = 20

Nilai D = 6 – 0

½ (20)

= 0.60

BT = 4, BR = 0

U + L = 10+10 = 20

Nilai D = 4 – 0

½ (20)

= 0.40

3.2 Indeks Diskriminasi

Formula untuk mengira indeks diskriminasi adalah seperti berikut :

Petunjuk :

D = Nilai indeks diskriminasi

BT = Bilangan calon kumpulan pencapaian tinggi yang menjawab betul

BR = Bilangan calon kumpulan pencapaian rendah yang menjawab betul

J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan pencapaian tinggi dan rendah

3.2.1 Pengiraan Indeks Diskriminasi Item 2

3.2.2 Pengiraan Indeks Diskriminasi Item 8

3.2.3 Pengiraan Indeks Diskriminasi Item 10

Indeks Diskriminasi (D) = BT - BR

½ J

Page 8: Tugasan Matematik Semester 5

3.3 Pernyataan Inferens

Saranan Jawapan

No. Item

Indeks Kesukaran

(IK)

Indeks Diskriminasi

(ID)A B C D Inferens

2 1.00 0.00 40* 0 0 0

1. Nilai IK bagi item 2 adalah 1.00 yang

menunjukkan item ini berada dalam aras

kesukaran yang terlalu mudah.

2. Nilai ID adalah 0.00 menunjukkan item

ini tidak sesuai digunakan kerana item

ini tidak boleh mendiskriminasikan

antara murid pandai dan murid lemah.

3. Item 2 ini juga tidak mempunyai

pengganggu yang baik berdasarkan

saranan jawapan B, C dan D yang tiada

langsung calon yang memilihnya.

4. Oleh itu, item 2 ini perlu dibuang dan

digantikan dengan item yang

mempunyai nilai IK yang sederhana dan

nilai ID yang lebih tinggi agar proses

pengujian yang dilaksanakan dapat

mengukur apa yang sepatutnya perlu

diukur daripada seseorang calon selain

mengubah suai penganggu supaya

menjadi lebih baik.

8 0.20 0.60 5 8* 18 9

1. Nilai IK bagi item 8 adalah 0.20 yang

menunjukkan item ini berada dalam aras

kesukaran yang terlalu sukar di mana

hanya 8 orang calon berjaya menjawab

dengan betul.

2. Nilai ID adalah 0.60 menunjukkan item

ini adalah item yang sangat baik kerana

ia mampu mendiskriminasikan pelajar

pandai yang mampu menjawab dengan

betul dan pelajar lemah yang tidak

Page 9: Tugasan Matematik Semester 5

mampu menjawabnya.

3. Selain itu, saranan jawapan C ialah

pengganggu yang terbaik bagi item ini

kerana ia berjaya mengelirukan calon

untuk mendapatkan jawapan yang betul

berdasarkan jumlah calon yang begitu

ramai memilih jawapan ini iaitu seramai

18 orang calon.

4. Manakala, saranan jawapan A ialah

pengganggu yang kurang baik

memandangkan tiada seorang pun calon

daripada kumpulan berpencapaian

rendah memilih saranan jawapan ini.

5. Kesimpulannya, item 8 ini tidak perlu

diubah suai dan boleh diterima serta

disimpan dalam bank item.

10 0.18 0.40 9 9 7* 15

1. Nilai IK bagi item 10 pula adalah 0.18

yang menunjukkan item ini berada

dalam aras kesukaran yang terlalu sukar

di mana hanya 7 orang calon yang

berjaya menjawab dengan betul

daripada 40 orang calon kesemuanya.

2. Nilai ID pula adalah 0.40 yang

menunjukkan item ini berada pada tahap

diskriminasi positif yang sederhana di

mana ia mampu mendiskriminasikan

antara kumpulan pandai yang jawab

betul dengan kumpulan bawah yang

menjawab salah.

3. Dari segi pengganggu terbaik, saranan

jawapan D merupakan saranan jawapan

yang paling banyak dipilih oleh calon

iaitu seramai 15 orang berbanding

saranan jawapan yang lain. Hal ini

menunjukkan item ini berjaya

mengelirukan calon dengan

Page 10: Tugasan Matematik Semester 5

menghadirkan pengganggu yang benar-

benar dapat membezakan keupayaan

murid yang betul-betul pandai dan

sebaliknya.

4. Saranan jawapan A dan B juga dapat

dinyatakan sebagai pengganggu yang

baik berdasarkan keupayaan saranan

jawapan ini dalam mengelirukan calon-

calon daripada kumpulan berpencapaian

rendah untuk memilih jawapan ini

sebagai jawapan muktamad mereka.

5. Kesimpulannya, item ini sesuai diterima

dan disimpan dalam bank soalan.

Jadual 4.0 Pernyataan Inferens

4.0 KESIMPULAN

Page 11: Tugasan Matematik Semester 5

Kesimpulannya, berdasarkan analisis data yang dilaksanakan yakni melibatkan

seramai 40 orang murid dan 10 item yang dikaji, dapat dirumuskan bahawa penyediaan item

soalan ini adalah tidak menepati peratus pembahagian aras kesukaran bagi setiap aras di

mana 25% daripada 10 item yang dibina perlulah terdiri daripada item yang mempunyai aras

kesukaran yang mudah, 50% item yang terdiri daripada aras kesukaran yang sederhana dan

25% lagi adalah item yang sukar. Berdasarkan analisis indeks kesukaran yang diperoleh,

didapati hanya 10% adalah item aras mudah, 30% aras sederhana dan 60% lagi terdiri

daripada item yang sukar.

Pembahagian bilangan item mengikut aras kesukaran bagi proses pengujian ini

dilihat tidak relevan memandangkan bilangan item yang terdiri daripada aras sukar melebihi

separuh daripada jumlah keseluruhan item. Tambahan pula, dalam proses penyediaan item

ujian ini perlu mengambil kira kemampuan murid-murid yang terdiri daripada tiga kumpulan

yang berbeza tahap keupayaan iaitu murid yang berpencapaian tinggi, murid berpencapaian

sederhana dan murid lemah. Oleh sebab itu, pengubahsuaian item-item yang tidak

memenuhi spesifikasi indeks kesukaran dan indeks diskriminasi perlu dilakukan agar dapat

menghasilkan suatu proses pengujian yang adil dan saksama bagi semua pelajar.

Berdasarkan analisis data yang dilakukan untuk mencari indeks diskriminasi pula

didapati secara keseluruhannya berada pada nilai diskriminasi positif tinggi iaitu sebanyak 7

item, 2 item pada nilai diskriminasi positif sederhana, dan hanya 1 item mempunyai nilai

diskriminasi positif rendah iaitu 0.00 yang menunjukkan item ini tidak dapat membezakan

antara murid yang bijak dengan murid yang lemah. Oleh sebab itu, tindakan yang

seharusnya diambil adalah dengan cara menukar item yang mempunyai nilai indeks

diskriminasi 0.00 ini dengan item yang lebih baik agar item yang digunakan dapat betul-betul

membezakan antara murid pandai dengan murid lemah di mana murid pandai dapat

menjawab dengan betul manakala murid lemah tidak dapat menjawabnya dan bukan

sebaliknya.

Akhir sekali. dengan cara membuat analisis keberkesanan item menerusi pencarian

indeks kesukaran dan indeks diskriminasi, guru akan dapat melakukan penambahbaikan

terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di mana guru akan mengenal

pasti murid yang betul-betul memerlukan pemulihan bagi topik yang ternyata masih belum

dapat mereka kuasai dan memberikan pengayaan kepada yang berjaya menguasai topik-

topik yang diajar. Dari segi pemilihan item terbaik, item yang mempunyai indeks kesukaran

dan indeks diskriminasi yang berada pada tahap boleh diterima akan disimpan dalam bank

soalan dan item yang tidak sesuai perlu diubah suai sebelum disimpan di dalam bank item

sebagai rujukan pada masa depan.

Page 12: Tugasan Matematik Semester 5
Page 13: Tugasan Matematik Semester 5

TUGASAN 2

(ESEI REFLEKTIF)

Page 14: Tugasan Matematik Semester 5

Tajuk :

Sejauhmana pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) berjaya menilai pencapaian murid dalam subjek matematik sekolah rendah.

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu anjakan paradigma

yang diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan kolaborasi bersama

Lembaga Peperiksaan (LP) kerana menyedari harapan ibu bapa daripada pihak sekolah dan

guru-guru sangat tinggi demi melihat kejayaan anak-anak mereka. Oleh sebab itu, pihak

kementerian telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam meningkatkan mutu

pendidikan di sekolah yang dirasakan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa agar ia

sentiasa relevan dengan peredaran zaman moden iaitu dengan cara penambahbaikan

daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR). Seiring dengan perubahan ini, PBS juga perlu dilaksanakan

sebagai salah satu medium yang digunakan dalam usaha merealisasikan kurikulum

terbaharu ini. Dengan adanya PBS sebagai agen penambaikan dalam kurikulum, pihak

kementerian meletakkan harapan yang tinggi agar apa yang dihasratkan yakni pembentukan

modal insan yang seimbang dalam diri setiap murid dapat dicapai dengan jayanya.

Jika dilihat dari segi rasional penambaikan kurikulum baharu ini ke dalam dunia

pendidikan sememangnya tidak kelihatan cacat celanya kerana apa yang dilaksanakan oleh

pihak kementerian ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kepentingan murid-murid yang

berada di bangku sekolah juga. Tetapi, jika dilihat dari sudut yang berbeza iaitu dari sudut

pandangan daripada individu yang secara langsung menjadi penggerak kepada transformasi

sistem pendidikan ini sendiri iaitu guru-guru di sekolah dan juga pihak ibu bapa, sudah tentu

akan ada kelebihan dan kekurangan yang dapat dikenal pasti menerusi pandangan-

pandangan daripada pihak tersebut sepanjang pelaksanaan PBS ini di sekolah. Bertepatan

dengan tajuk perbincangan tugasan ini yang bakal mengupas dengan lebih lanjut berkaitan

sejauhmana pelaksanaan PBS berjaya menilai pencapaian murid dalam subjek matematik

sekolah rendah, dua kaedah utama telah digunakan sepanjang proses pencarian maklumat

dalam usaha merungkaikan persoalan yang diwujudkan iaitu menerusi temu bual dengan

guru di sekolah yang berdekatan dan menerusi pemerhatian.

Page 15: Tugasan Matematik Semester 5

Rajah 1.0 Proses pencarian maklumat

Menerusi temu bual dengan guru di sekolah yang berdekatan iaitu di Sekolah

Kebangsaan (SK) Pengkalan Chepa, Kota Bharu, pelbagai input berguna telah disampaikan

oleh Puan Rosnani, Ketua Panitia Matematik sekolah ini mengenai beberapa perkara yang

berkaitan tentang perlaksanaan PBS di sekolah tersebut. Perkara yang dikongsikan oleh

beliau termasuklah mengenai kelebihan, kelemahan, dan pendapat beliau sendiri mengenai

pelaksanaan PBS ini sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2011 sehingga kini.

Sepanjang proses temu bual ini berlansung, dapat dikenal pasti perkara yang menjadi

intipati bagi tajuk perbicangan tugasan ini iaitu berkaitan keberkesanan pelaksanaan PBS di

sekolah ini.

Berdasarkan pendapat beliau dan data-data yang ditunjukkan ketika proses temu

bual ini dilaksanakan, beliau menyatakan bahawa pelaksanaan PBS di sekolah ini agak

kurang berjaya jika dibandingkan dengan pencapaian murid-murid sebelum PBS ini

dilaksanakan di mana pencapaian murid adalah baik. Tambahan lagi, beliau juga

menyatakan bagaimana keadaan murid yang kurang menumpukan perhatian dan banyak

bermain-main ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan disebabkan tiada lagi

pemberian gred yang turut menjadi penyumbang kepada kegagalan PBS ini. Menurut beliau,

murid-murid berkelakuan sebegini disebabkan oleh mereka sendiri tidak mengetahui

pencapaian mereka setakat mana jika dibandingkan dengan sistem sebelumnya yang boleh

dinilai menerusi gred dan kedudukan di dalam kelas. Kini, murid-murid hanya akan

menerima helaian yang berupa huraikan ‘Band’ yang diperoleh oleh mereka tanpa

dinyatakan gred dan markah yang bagi setiap subjek. Walaupun pemberian markah dan

gred tidak digunakan dalam sistem pendidikan yang terbaharu ini, di sekolah ini guru-guru

subjek Matematik dan subjek-subjek lain masih lagi mengadakan ujian beberapa bulan

sekali untuk membuat penilaian tambahan kepada prestasi murid supaya dengan maklumat

yang diperoleh ini, guru-guru dapat memperbaiki kelemahan dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Tambah beliau lagi, guru-guru disekolah tersebut menyedari bahawa fokus utama

penambahbaikan dalam sistem pendidikan ini daripada berorientasikan peperiksaan kepada

Temu bual dengan guru sekolah

Pemerhatian

Page 16: Tugasan Matematik Semester 5

PBS adalah tidak lain tidak bukan untuk mengurangkan tekanan kepada murid-murid

supaya tidak terlalu tertumpu kepada gred akademik sehingga mengabaikan bidang-bidang

lain yang seharusnya perlu diseimbangkan. Hal ini adalah bertujuan untuk melahirkan modal

insan yang seimbang daripada segenap aspek sepertimana yang dinyatakan dalam petikan

akhbar Utusan yang bertarikh 14 Disember 2011 iaitu :

“Pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu

2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu

mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam

kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.

Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran

menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.”

Utusan, 14 Disember 2011.

Berdasarkan petikan akhbar tersebut, pihak kementerian melihat daripada perspektif

mereka bahawa sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan ini semakin kurang

relevan pada masa kini disebabkan usaha untuk mewujudkan modal insan yang seimbang

supaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dilaksanakan secara

menyeluruh yakni dengan cara mengambil kira penglibatan aktif murid dalam bidang

kokurikulum selain pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. Tetapi berlainan pula

jika pendapat guru-guru yang dari awal telah menjadi pemantau kepada perkembangan

murid-murid sepanjang mereka belajar di sekolah sebagaimana yang dirasai oleh guru

Matematik di SK Pengkalan Chepa ini yang merasakan perubahan dalam sistem pendidikan

ini bukan sahaja telah mengurangkan peratus kecemerlangan sekolah ini berdasarkan data

yang ditunjukkan (Rujuk lampiran) malah tekanan kepada guru-guru terhadap bebanan

tugas yang semakin bertambah tidak menggambarkan di mana kurangnya tekanan kepada

guru seperti yang dinyatakan dalam petikan akhbar tersebut kerana sudah pasti

pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan akan menjadikan peranan dan

tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan, 2006).

Tidak ketinggalan, semenjak penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan dalam

usaha mengurangkan bebanan guru iaitu daripada kaedah memasukkan data murid-murid

secara online yang ditukar kepada secara offline telah menunjukkan pendapat dan keluhan

Page 17: Tugasan Matematik Semester 5

daripada guru-guru yang berasa terbeban dengan kaedah online ini berjaya diatasi oleh

pihak kementerian demi kemudahan kepada guru-guru. Kesannya, perkara ini sedikit

sebanyak telah memberi peluang kepada guru-guru untuk kembali fokus kepada tugas

mendidik daripada terus dibelenggu masalah ini ketika menjalankan tanggungjawab

walaupun realitinya PBS tetap perlu dilaksanakan.

Begitulah hasil yang diperoleh daripada temu bual yang dilaksanakan di SK

Pengkalan Chepa di mana secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa pelaksanaan

PBS di sekolah ini masih kurang berjaya dalam menilai pencapaian murid dalam subjek

Matematik terutamanya dan subjek-subjek lain juga. Menerusi kaedah yang kedua iaitu

menerusi pemerhatian yang dilakukan dalam aspek yang lebih luas dapat dilihat

kemampuan PBS ini dalam memberi suatu nafas baharu dalam sistem pendidikan di

sekolah. Hal ini berdasarkan kajian rintis yang telah dilaksanakan oleh Lembaga

Peperiksaan pada tahun 2008 di 500 buah sekolah rendah yang merangkumi SK, SJKC dan

SJKT, bandar dan luar bandar, kluster, Sekolah Kurang Murid di pedalaman dan SK

Pendidikan Khas dan dapatannya adalah positif, sebagai contoh dari aspek keperluan

transformasi pentaksiran, jika sebelum kajian rintis 68% bersetuju, tetapi setelah kajian

dilaksanakan peratusan meningkat kepada 93.1%.

Daripada hasil kajian tersebut, jika diteliti dan diperluas skop pencarian maklumat

didapati pelaksanaan PBS ini tidak akan menjadi masalah sekiranya guru-guru itu sendiri

pandai mengadaptasi pembaharuan yang dilakukan dalam sistem pendidikan kini dan cuba

untuk memperbaiki kekurangan kualiti pengajaran sedikit demi sedikit kerana realitinya,

komitmen daripada guru adalah tonggak utama dalam merealisasikan PBS ini sepertimana

menurut Day (2004) dalam kajian Mohammad Zohir Ahmad (2007), mengajar adalah

pekerjaan yang kompleks dan memerlukan penglibatan daripada guru bukan sahaja dari

segi tenaga dan pemikiran malah juga perasaannya. Komitmen yang tinggi perlu ada pada

setiap guru dalam memberikan yang terbaik kepada pelajarnya kerana guru berhadapan

dengan beban tugas yang semakin banyak dan mencabar (Nias, 1996). Oleh sebab itu,

sebagai seorang guru yang memegang tanggungjawab sebagai pelaksana bagi setiap

aspirasi kerajaan memerlukan seseorang guru itu akur kepada setiap arahan yang

dikeluarkan oleh pihak kementerian walaupun sesukar manapun pembaharuan tersebut

kerana hasilnya nanti adalah untuk kebaikan murid-murid juga.

Berikutan pelaksanaan PBS ini yang dianggap membebankan guru-guru pada

mulanya dan mempengaruhi pencapaian murid-murid, didapati dari semasa ke semasa

kebanyakan sekolah telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang memberi petanda

bahawa PBS ini bukan sesuatu yang mustahil untuk dijayakan seperti yang dicapai oleh SK

Page 18: Tugasan Matematik Semester 5

Dato’ Hashim 2 yang terletak berhampiran dengan SK Pengkalan Chepa. Dalam aspek yang

lebih luas, jika negara-negara luar seperti Australia, Kanada dan New Zealand yang

dijadikan sebagai pananda aras oleh Lembaga Peperiksaan dalam menggubal PBS ini

untuk diaplikasikan di Malaysia mampu melaksanakannya dengan baik, mengapa tidak di

Malaysia. Hal ini menunjukkan pelaksanaan PBS masih tidak berjaya sepenuhnya

memandangkan guru-guru masih dalam proses menyesuaikan diri dalam memahami

rasional PBS yang sebenarnya hinggakan prestasi kerja sedikit terjejas disebabkan tekanan

daripada penambahbaikan ini yang secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian

murid-murid di sekolah.

Tambahan lagi, permasalahan yang mengongkong PBS ini daripada terus

berkembang adalah berpunca daripada persepsi negatif sesetengah guru yang masih tidak

mahu melakukan perubahan kaedah pentaksiran dan ingin kekal dengan sistem pendidikan

sebelumnya yang dikira lebih baik daripada sekarang. Berdasarkan pendapat Graham

Maxwell (2006) yang menyatakan bahawa pentaksiran boleh dilaksanakan dengan pelbagai

kaedah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan perlu juga ditambah

dengan pengurusan serta mengikut prosedur pentaksiran yang telah ditetapkan

memandangkan perubahan dalam sistem pendidikan dengan adanya kepelbagaian kaedah

pentaksiran ini adalah perlu agar sistem pendidikan di Malaysia seiring dengan

perkembangan zaman.

Konklusinya, jika minda sudah menetapkan PBS ini adalah sesuatu yang

membebankan dan banyak kekurangan, sisi baik yang ada dalam pelaksanaan PBS ini tidak

akan dilihat dengan sepenuhnya apabila sisi negatif yang selalu diperbesarkan sedangkan

sisi positifnya begitu banyak untuk diraih seperti PBS ini mempunyai kelebihan dari segi

adanya pentaksiran rujukan standard, murid-murid dinilai dengan saksama, dapat mendidik

integriti dalam diri guru-guru serta pencapaian dan perkembangan murid dalam PdP dapat

dirujuk dengan mudah menerusi PBS ini. Walaupun begitu, berdasarkan penerokaan

maklumat yang diperoleh menerusi temu bual bersama dengan guru-guru serta menerusi

pemerhatian yang dilakukan berkaitan persoalan tugasan ini, dapatlah dirumuskan bahawa

pelaksanaan PBS ini masih belum berjaya menilai pencapaian murid dalam subjek

Matematik sekolah rendah walaupun hakikatnya PBS ini mempunyai banyak kelebihannya

tetapi masih tidak mampu untuk dijayakan dengan sepenuhnya sepertimana yang dialami

oleh SK Pengkalan Chepa yang masih dalam proses penyesuaian.

(1524 patah perkataan)

Page 19: Tugasan Matematik Semester 5

LAMPIRAN

Page 20: Tugasan Matematik Semester 5

RUJUKAN

Azmy Mohamed. (2011). Rasional Pelaksanaan PBS. Diakses pada 16 Mac 2015, daripada

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=1205&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

Day, C. (2004). A Passion for Teaching. London : Routledge Falmer.

Hilezan binti Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam, & Tan Kim Lan. (2014). Amalan

Pentaksiran dalam Matematik. Kuala Lumpur : FH Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Nias, J. (1996). Thinking about Feeling: The emotions in Teaching. Cambridge Journal of

Education, 26(3), 293-306.

Nur Afifah binti Ahmad. (2011). Analisis Item (Indeks Kesukaran). Diakses pada 17 Mac

2015, daripada http://duniabmm3103.blogspot.com/2011/08/analisis-item-indeks-

kesukaran.html

Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor : Multimedia Sdn

Bhd.