tugasan bmm 3117 semester 1 pismp

94

Click here to load reader

Upload: kaloi07

Post on 23-Jun-2015

6.094 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Ilmu Allah.

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

1.0 Pengenalan

Sudah ditakdirkan tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk

memudahkan pembelajaran murid. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru

bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan

harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna

guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat

pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang

berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam

menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh

menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu

yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu,

selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus

mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati

pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-

aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi

untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara

jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara

berkesan.

Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu

mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan

objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu

memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan

terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu

guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu

pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat

secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang

Kerja Kursus Projek 1

Page 2: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah

dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak mehalang

guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan

berkesan.

Kaedah projek yang diasaskan oleh John Dewey misalnya, menggalakkan

pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan.

Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi

sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar

menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan

penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh

menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang,

teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik

perbincangan.

Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan

berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada

sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea

yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila

guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit.

Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita,

mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh

ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

Dalam tugasan ini, beberapa aspek tentang pengajaran P & P bahasa Melayu

turut dihuraikan. Penekanan terhadap aspek pendekatan, kaedah, teknik

sehinggalah penyerapan KBT untuk pengisian kurikulum turut dimuatkan. Tidak

ketinggalan juga pengajaran mikro sebagai suatu usaha yang dapat membantu guru

melicinkan corak dan strategi pengajaran mereka.

Kerja Kursus Projek 2

Page 3: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

2.0 Teori Pemerolehan Bahasa

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dikurniakan bersama-samanya

beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Semua insan di

dunia ini mempunyai alat fizikal yang sama untuk melakukan setiap perkara dan

mengikut kepada teori biologis, sejak lahirnya sesorang anak itu, sesungguhnya

telah dikurniakan satu kebolehan iaitu kebolehan berbahasa. Setiap kanak–kanak

memperoleh bahasa pertama bukan melalui proses pembelajaran tetapi proses ini

berlaku dengan tidak formal.

Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan apabila mereka

didedahkan dengan pengalaman yang banyak sekaligus dapat meningkatkan

perkembangan bahasa mereka. Terdapat beberapa teori pemerolehan bahasa yang

telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh aliran ini iaitu teori behaviorisme, teori mentalis,

teori interaksionalis dan kognitif. Semua aliran ini mempunyai pelbagai pendapat dan

cara tersendiri untuk menerangkan bagaimana seseorang individu yang bergelar

manusia dapat mempelajari sesuatu bahasa sejak mereka kecil lagi.

2.1 Teori Behaviorisme

Menurut Mangantar Simanjuntak (1987:66) Teori behaviorisme pada

asalnya adalah lanjutan daripada teori pelaziman klasik Pavlov. Oleh kerana

Watson (1930) telah berjaya memperkenal satu prinsip pembelajaran yang

baru maka beliau telah digelar bapa behaviorisme terutama di Amerika

Syarikat. Aliran behaviorisme yang telah dianut oleh Watson mempunyai

tujuannya yang tertentu. Psikologi memainkan peranan yang penting, hal ini

kerana peramalan dan pengawalan atau pengawasan perilaku tidak

mempunyai kaitan dengan kesedaran. Setiap apa yang dikaji oleh psikologi

menurut behaviorisme ialah setiap perkara yang diamati secara langsung iaitu

gerak balas sedangkan setiap yang berlaku tidak berkaitan untuk dikaji.

Kerja Kursus Projek 3

Page 4: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Bagi Mangantar Simanjuntak (ibid:67), Watson dalam kajiannya

melibatkan seorang bayi berumur 11 bulan yang bernama Albert. Eksperimen

ini bertujuan bagi memastikan teori behaviorisme yang diperkenal benar

sama sekali. Bayi tersebut yang tidak mempunyai rasa takut terhadap

binatang berbulu putih seperti tikus putih. Proses kajian bermula dengan

Watson memukul batang besi dengan sebuah palu setiap kali bayi tersebut

memegang tikus putih itu. Akibat daripada pukulan Watson, tidak lama

kemudian bayi tersebut menjadi takut, bukan sahaja terhadap tikus tersebut

malahan terhadap semua benda yang berbulu putih. Oleh yang demikian

Watson mendakwa teori yang telah diperkenal olehnya telah berjaya.

Menurut Kamarudin Hj Husin (1988:11) beliau menyatakan bahawa

otak manusia diibaratkan seperti kotak hitam dan jika berlaku sebarang

perkara di dalamnya maka tidak dapat diamati. Aliran behavioris ini juga

dipengaruhi oleh teori dan ilmu psikologi. Golongan behaviorisme ini juga

menganggap bahasa adalah proses perilaku yang menerangkan hasil operasi

tindak balas yang semata-mata bergantung pada ciri-ciri naluriah yang ada

pada manusia. Kamarudin Hj Husin sekali lagi mengatakan bahawa aliran

behaviorisme menganggap setiap pembelajaran bahasa merupakan satu

kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang setiap aktiviti yeng hendak

dikuasai.

Dalam aspek pengajaran pula, aliran behaviorisme merupakan salah

satu aliran yang mengutamakan bahasa lisan dan bahasa tulisan. Walau

bagimanapun bahasa tulisan merupakan bahasa kedua. Menurut Kamarudin

Hj Husin (1986:43), ahli-ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa setiap

pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian diikuti

dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli

behaviorisme ini, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran, guru

haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada

kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada

kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka

mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya.

Kerja Kursus Projek 4

Page 5: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Menurut Kamarudin Hj Husin lagi (ibid:43) bahasa merupakan satu

tabiat atau sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Proses

pengajaran ini sesuai diterapkan dalam proses pengajaran bahasa kedua.

Proses ini akan memberi satu perkara baru kepada murid-murid dan untuk

membentuk kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu

diutamakan dan untuk proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan

peraturan bahasa. Dalam aliran ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting

dalam pembelajaran. Pengukuhan merupakan salah satu cara yang dapat

dilakukan bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Dengan

pengukuhan ini akan menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan

mereka akan melakukan sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian.

Situasi sebegini adalah normal sebagai seorang manusia ynag mempunyai

perasaan.

Ahli-ahli behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa

dan sistem fonologi yang berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerak

balas. Orang-orang dewasa memberikan rangsangan bahasa yang

secukupnya dalam bentuk yang mudah untuk ditiru. Kanak-kanak pula

memberikan gerak balas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya

dan akhirnya mereka dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem

fonologi pula dipelajari sedikit demi sedikit hingga dikuasai sepenuhnya.

2.2 Teori Mentalis

Teori mentalis merupakan penentang kepada teori behaviorisme.

Golongan mentalis menentang hebat golongan behavoiorisme. Hal ini kerana

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1990:32) memetik

pendapat Chomsky bahawa teori behaviorisme tidak menghuraikan proses

pemerolehan aspek bahasa secara menyeluruh. Beliau juga menyatakan

bahawa setiap pemerolehan bahasa adalah proses mental bukan proses

mekanis. Kenyataan Chomsky yang dipetik dalam buku Perkaedahan

Pengajaran Bahasa Malaysia bahawa seseorang kanak-kanak yang lahir

Kerja Kursus Projek 5

Page 6: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

secara semulajadinya dapat menguasai bahasa ibundanya. Terdapat dua

unsur penting dalam teori ini iaitu competence (struktur dalaman) dan

performance (struktur luaran). Struktur dalaman adalah berbentuk makna

manakala bagi struktur luaran adalah ujaran bahasa yang dipertuturkan oleh

kanak-kanak semasa mereka mempelajari bahasa.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (ibid:32) memetik

kenyataan Chomsky dan terdapat tiga sebab bagi mempertahan hipotesisi

sejadi. Menurut Chomsky, bahasa mempunyai ciri-ciri tatabahasa sejagat iaitu

kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Kedua-dua perkara

tersebut mempunyai maksud dan cara tersendiri. Setiap bahasa di dunia ini

mempunyai rumus-rumus dasar dan rumus-rumus transformasi supaya dapat

menggambarkan situasi bahasa itu. Ciri-ciri kedua menerangkan bahawa

setiap ujaran yang terdedah pada pendengaran mungkin sukar untuk

diperolehi sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan sejadi. Ciri

yang ketiga, Chomsky menyatakan bahawa kanak-kanak memperolehi sistem

bahasa melalui ibunya dengan masa yang singkat. Proses ini berlaku di

antara empat hingga lima tahun.

Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Ahmad (ibid:33)

yang memetik kata-kata McNeill yang merupakan seorang penyokong kuat

aliran mentalis. Pendapat beliau,setiap kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia

dikurniakan dengan Alat Pemerolehan Bahasa atau Sistem pemerolehan

bahasa (Language Acquisition Device). Pendapat yang dikemukakan oleh

beliau menegaskan bahawa kanak-kanak yang baru dilahirkan mempunyai

ciri-ciri linguistik sejagat iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan

substantif. Oleh kerana unsur sejagat ini wujud dalam diri kanak-kanak maka

mereka akan memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah.

2.3 Teori Interaksionalis

Kerja Kursus Projek 6

Page 7: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Teori pemerolehan bahasa ini baru berkembang dalam bidang

psikolinguistik sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an. Ahli-ahli interaksionalis

ialah seperti Bloom (1970), Bowennan (1973), Cromer (1976) dan lain-lain

sependapat bahawa kebolehan kognitif semata-mata tidak akan dapat

menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya

melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna

tetapi tidak menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa.

Kanak-kanak sebaliknya perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya

mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif

dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat.

Hasil kajian Snown (1972), Ringle (1978) dan lain-lain menunjukkan

bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah akibat interaksi penjaga-

penjaga dengan kanak-kanak. Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan

sofia Hamid (1993:35) pendapat ahli-ahli interaksionalis ini mendapat

sokongan kerana terdapat bukti-bukti daripada kajian bahasa kanak-kanak

yang telah dilakukan oleh Bloom, Bowerman, Halliday dan Wells. Kajian yang

telah dijalankan oleh Bloom menunjukkan kanak-kanak dapat memahami

berabagai-bagai kategori semantik. Bowerman berpendapat perbezaan ini

timbul kerana kedua anak-anaknya menggunakan kognitif yang berbeza. Hal

ini kerana proses kognitif dan proses bahasa merupakan satu perkara yang

penting dalam teori pemerolehan bahasa. Joriah Long, Raminah Hj Sabran

dan Sofia Hamid (1993:35) memetik kata-kata seorang ahli interaksionalis

iaitu setiap perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan juga proses

interaksi bahasa. Halliday juga berpendapat setiap kanak-kanak perlu

menguasai bahasa. Hal ini kerana setiap manusia perlu untuk berinteraksi

dengan masyarakat sekeliling.

Kamarudin Hj Husin (1998:38) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi

Bahasa menyatakan bahawa teori pembelajaran interaksionalis memerlukan

kanak-kanak didedahkan kepada interaksi linguistik. Dengan pendedahan

yang diberi, murid-murid boleh mengenal pasti dan mempelajari bagaimana

untuk menggambarkan makna kognitif dalam satu bentuk linguistik yang jelas

Kerja Kursus Projek 7

Page 8: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

dan tepat. Teori yang telah dikemukakan oleh Halliday ini memandang

pembelajaran bahasa adalah sebagai salah satu alat berinteraksi dan proses

ini melibatkan mental dan linguistik. Seseorang penutur jati yang baik

haruslah boleh untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul sama

ada dari segi tatabahasa dan makna. Kamarudin Hj Husin (ibid:39)

menyatakan bahawa dalam setiap pembelajaran bahasa, setiap guru

haruslah memberi latihan yang banyak kepada murid-murid. Walaupun aliran

interaksionalis ini menganggap penyampaian sesuatu bahasa itu lebih penting

berbanding struktur bahasa namun kedua-dua perkara harus dijalankan

serentak supaya murid-murid menguasai dua perkara sekaligus. Hal ini akan

dibuktikan dalam contoh aktiviti yang dipilih.

2.4 Teori Kod Kognitif

Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:33)

Piaget, merupakan ahli kognitif yang terkenal berpendapat bahawa setiap

manusia mempunyai otak dan saraf yang tinggi. Dengan menggunakan otak,

manusia mempunyai kebolehan dalam mempelajari pelbagai perkara. Proses

pembelajaran merupakan satu proses mental dan bukanlah proses mekanis.

Sebelum memperkenalkan teori kognitif ini, Piaget telah menerangkan

apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan. Kecerdasan ialah satu

bentuk keseimbangan atau penyeimbangan ke arah semua fungsi kogniif

bergerak.

Bagi Mangantar Simanjuntak (1987:97), apabila berlaku sesuatu

gangguan luaran makan seseorang individu akan melakukan satu aktiviti atau

kegiatan supaya gangguan tersebut dapat dihilangkan. Manakala Piaget pula

ada berpendapat bahawa kecekapan kanak-kanak untuk memperoleh bahasa

adalah berdasarkan kognititf dan setiap kanak-kanak akan melalui

pengalaman mereka dengan objek dan tindakan dalam persekitarannya.

Pada kebiasaannya perkembangan bahasa bermula pada peringkat deria

motor yang terjadi ketika kanak-kanak berumur antara 18 bulan hingga dua

tahun.

Kerja Kursus Projek 8

Page 9: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Peringkat kedua pula ialah peringkat praoperasi. Pada peringkat lebih

dikenali sebelum peringkat sebenarnya terjadi. Di antara umur dua tahun dan

tujuh tahun.Peringkat operasi konkrit adalah peringkat ketiga dalam proses

perkembangan kognitif. Pada peringkat ini kanak-kanak akan berusaha untuk

mengenali objek konkrit dan proses ini berlaku pada umur tujuh hingga dua

belas tahun. Kanak-kanak akan lebih mudah memahami dan menguasai

sesuatu perkara jika mereka diperkenal dengan perkara yang berupa konkrit

atau maujud. Aktiviti berbentuk hands-on memang sesuai dalam membantu

tahap perkembangan kognitif di usia ini. Peringkat yang terakhir ialah

peringkat operasi formal. Peringkat ini berlaku pada umur 12 tahun ke atas.

Sesuatu yang abstrak dapat dinilai dan murid akan cuba untuk menaakul

setiap bentuk dan situasi yang dirasai mereka.

Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:34)

memetik kenyataan salah seorang penyokong Piaget iaitu Sinclair. Beliau

telah menjalankan kajian terhadap teori pemerolehan bahasa kanak-kanak

berdasarkan kerangka teori Piaget. Bukti daripada kajian yang telah

dijalankan oleh Sinclair menunjukkan Semua kanak-kanak tidak mampu untuk

mengungkapkan kata-kata atau bahasa yang kompleks sehingga mereka

mencapai ke paringkat perkembangan intelek yang tertentu. Kesimpulan yang

telah dibuat oleh Sinclair latihan lisan kurang berkesan terhadap pemerolehan

bahasa jika seseorang kanak-kanak itu belum mencapai tahap intelek yang

tertentu.

Ahli kognitif bertegas berpendapat bahawa proses pemerolehan

bahasa merupakan salah satu proses mental dan perkembangan bahasa dan

perkara ini mempunyai kaitan rapat dengan kognitf secara amnya. Kanak-

kanak akan memperoleh bahasa ketika diperingkat deria motor dan daripada

konkrit kepada abstrak. Oleh itu, teori ini jelas membuktikan bahawa

pemerolehan bahasa adalah bergantung kepada persekitaran kanak-kanak

untuk memproses skema yang sedia ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi

melalui pendedahan terhadap pengalaman baharu.

Kerja Kursus Projek 9

Page 10: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

2.5 Implikasi Terhadap P & P Bahasa

Sememangnya diakui teori pembelajaran banyak membantu para guru

melaksanakan aktiviti pengajaran dengan berkesan berpandukan ciri-ciri teori

yang dipilih dan diamalkan. Setiap teori membawa implikasi yang berbeza

mengikut kesesuaian waktu dan persekitaran bilik darjah. Namun, kajian ahli

linguistik telah menghimpunkan pelbagai bentuk implikasi yang dilihat

seringkali mempengaruhi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P &P)

bahasa.

2.5.1 Teori Behaviorisme

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000:19) dalam bukunya “Pedagogi

Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik”, beliau menyatakan bahawa

kumpulan Behavioris berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat

dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sesuai. Perlakuan tersebut

dapat dikekalkan sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran. Bagi Abdul Aziz

(ibid:20), antara prinsip daripada teori Behaviorisme ini yang dapat diterapkan

dalam bilik darjah adalah dengan guru memberi pujian apabila pelajar

memberikan jawapan yang betul atau menghasilkan kerja-kerja yang baik.

Selain itu, ganjaran dalam bentuk markah atau gred perlu digunakan. Guru

atau pihak sekolah member hadiah seperti buku, plak dan sebagainya bagi

menarik minat murid. Tambah beliau, guru juga mempamerkan hasil kerja

pelajar yang baik, contohnya karangan dan karya-karya ilmiah yang dapat

memberi penghargaan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh

mengadakan aktiviti bahasa seperti pertandingan pidato atau bahas, acara

berbalas pantun, membaca puisi dan sebagainya di sekolah dari semasa ke

semasa dan para pemenang akan diberikan hadiah sebagai ganjaran.

Dalam kalangan kumpulan Behavioris, E.L Thorndike merupakan ahli

linguistik yang terulung dan beliau telah mengemukakan beberapa hukum

Kerja Kursus Projek 10

Page 11: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

penting yang berkaitan dengan aspek perlakuan dalam teori Behaviorisme.

Hukum-hukum ini boleh diterapkan dalam aktiviti P & P bahasa. Dalam buku

Pedagogi Bahasa tulisan Abdul Aziz Abdul Talib (2000:20), telah disenaraikan

setiap hukum-hukum tersebut besertakan contohnya.

Bagi hukum pertama iaitu hukum latihan, mengikut hukum ini, latihan

amat penting untuk membina dan mengukuhkan sesuatu perlakuan yang

dikehendaki. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, misalnya,

latihan diperlukan dalam bidang lisan (sebutan, intonasi, bacaan nyaring), dan

seumpamaynya. Demikian juga halnya dalam lain-lain aspek pengajaran

bahasa seperti aspek tatabahasa atau menulis dan mengarang.

Hukum keduanya ialah hukum kesan. Hukum ini menyatakan bahawa

perlakuan-perlakuan yang ingin dibina atau dibentuk itu akan berkekalan atau

terus berlaku sekiranya ia diberikan rangsangan dan ganjaran positif.

Ganjaran positif itu hendaklah deberikan secepat mungkin selepas perlakuan

bahasa yang dikehendaki itu disempurnakan pelajar. Misalnya, dalam latihan

atau ujian bahasa ganjaran dalam bentuk markah atau gred, atau pujian

hendaklah diberikan serta-merta kepada pelajar. Hukum Kesan menyatakan

bahawa faktor yang paling penting yang menentukan kesan ganjaran

terhadap respons atau perlakuan yang baik itu ialah faktor masa. Lebih

singkat masa antara respons dan ganjaran, maka lebih kuatlah pertalian

antaranya. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, Politzer dan

Rivers (1964) berpegang kuat pada Hukum Kesan ini dengan mengatakan:

Languange is “behaviour”, and language behaviour can be learned by

“inducing”, the student to “behave” the way are want him to behave....”

Hukum ketiga yang diterangkan Abdul Aziz Abdul Talib (ibid:21) ialah

Hukum Tubi. Hukum ini menyatakan bahawa ganjaran memberikan

kepuasan kepada pihak yang melakukan sesuatu respons. Dalam hal ini,

semakin kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah perlakuan yang

dikehendaki itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa,

ganjaran perlu kerap diberikan berikutan dengan sesuatu aktiviti atau

perlakuan bahasa yang baik. Ini termasuklah komen positif guru yang

Kerja Kursus Projek 11

Page 12: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

membina, misalnya terhadap karangan yang dibuat oleh murid. Bagi guru

bahasa yang ingin membentuk perlakuan bahasa yang baik dalam kalangan

para pelajarnya, ketiga-tiga hukum tersebut perlu diterapkan dalam proses

P & P di bilik darjah.

2.5.2 Teori Mentalis

Terdapat beberapa implikasi P & P bahasa bagi teori Mentalis. Dalam

buku Zulkifley Hamid (1994) yang bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa, beliau telah mengatakan pembelajaran bahasa berlaku melalui

pengalaman menggunakan bahasa. Maksudnya di sini ialah murid

mendapat pengajaran bahasa selepas melakukan komunikasi lisan sepanjang

kehidupan mereka. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa tatabahasa

dipelajari secara tidak langsung. Hal ini membuktikan bahawa pengajaran

tersebut hendaklah menggunakan pendekatan deduktif. Misalnya serapan

dan peniruan model dalam aktiviti pengajaran bahasa yang dijalankan.

Kanak-kanak menyerap tatabahasa pertama melalui komunikasi lisan (secara

intuisi), kemudian menyesuaikan rumus-rumus yang terkandung dalam

tatabahasa sejagat dengan menggunakan nahu tatabahasa bahasa

pertamanya.

Di samping itu, implikasi yang lain ialah asas tatabahasa dikuasai

dalam bentuk lisan tetapi murid tidak menghafal ayat-ayat seperti mana

yang terdapat pada Teori Behaviorisme. Selain itu, Zulkifley Hamid (1994)

juga berpendapat bahawa teori ini dapat menggalakkan pelajar

menghasilkan pertuturan baru secara kreatif berdasakan pengetahuan

rumus bahasa. Murid tidak dapat menerangkan rumus tatabahasa yang

diserapi tetapi masih boleh menggunakannya dengan cara yang betul hasil

bimbingan guru semasa aktiviti di dalam kelas. Teori ini juga menganggap

kesilapan bahasa sebagai ujian sebelum mencapai tahap kemahiran. Guru

hendaklah mengehadkan kesilapan mereka dan menggalakkan mereka

memperbaiki berdasakan pengetahuan rumus yang telah mereka pelajari.

Kerja Kursus Projek 12

Page 13: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Oleh itu dapat difahami bahawa latihan-latihan yang diberi seharusnya

membina kecekapan menggunakan rumus secara kreatif. Selain itu, teori ini

juga turut menekankan kemahiran membaca dan menulis dan tidak

mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur.

2.5.3 Teori Kognitif

Implikasi P & P teori pemerolehan bahasa yang ketiga iaitu teori

Kognitif dihuraikan secara ringkas berdasarkan kajian beberapa ahli linguistik.

Teori ini memang cukup sinonim dengan Jean Piaget ahli psikologi yang telah

banyak memberi sumbangan kepada bidang kajian perkembangan kognitif

kanak-kanak. Implikasi yang dapat dilihat semasa proses P & P bagi teori ini

ialah pembelajaran bahasa yang melibatkan proses mental. Pembelajaran

bahasa ialah proses berfikir. Oleh itu, kanak-kanak perlu mempunyai

pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) bukan bergantung kepada

latihan giat semata-mata. Selain itu, teori ini memerlukan penglibatan aktif

pelajar dan sikap kebertanggungjawaban kendiri dalam aktiviti

pembelajaran bahasa. Ini bermaksud, aktiviti yang dijalankan perlulah

berpusatkan pelajar di mana guru cuma bertindak sebagai pembimbing

manakala muridlah yang melaksanakan aktiviti yang dirancang.

Masa dan aspek bahasa yang hendak diajarkan perlu bersesuaian

dengan tahap perkembangan umur dan mental pelajar. Seperti mana

yang telah dihuraikan dalam teori pemerolehan di bahagian sebelum ini, teori

kognitif yang diperkenalkan Piaget mengandungi empat peringkat iaitu deria

motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Oleh itu, murid perlu

menyesuaikan pengetahuan sedia ada atau skema mengikut pengalaman

dan persekitaran yang dilalui. Di samping itu, teori ini juga menggalakkan

guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang kaya, pelbagai dan

merangsangkan untuk menimbulkan motivasi. Kesalahan yang dilakukan

bukan suatu kegagalan tetapi percubaan hipotesis (rumus) yang telah dibina.

Maksudnya, latihan yang diberikan bukan membentuk kebiasaan automatis

Kerja Kursus Projek 13

Page 14: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

tetapi untuk membina kecekapan menggunakan rumus yang dibentuk.

2.5.4 Teori Interaksionalis

Bagi menjelaskan implikasi P & P bahasa dengan menggunakan teori

Interaksionalis ini, terdapat beberapa kajian yang dapat dilihat dan diambil

kira. Teori yang dipelopori oleh Halliday ini banyak dipengaruhi teori bahasa

fungsional yang melibatkan aktiviti komunikasi lisan murid.

Implikasi yang pertama dapat dilihat ialah pembelajaran bahasa

untuk pelbagai tujuan interaksi. Maksudnya, guru mengajar murid cara

berkomunikasi untuk mereka mengaplikasikannya dalam pelbagai urusan

kehidupan seharian mereka. Ringkasnya, dapat difahami aktiviti yang

dijalankan di dalam kelas lebih becorakkan kontekstual. Sebagai ahli

masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai

kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai

dengan situasi sosial.

Dalam aktiviti P & P, penyampaian makna yang tepat adalah

penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh

itu, makna dan tatabahasa dapat diajar serentak. Selain itu, teori

interaksionalis juga membolehkan pendedahan kepada situasi linguistik

bagi melatih pelajar menggunakan bahasa yang berkesan dalam interaksi

sosial mereka. Maksudnya, guru perlu mengajar aspek kecekapan

komunikasi seperti linguistik, sosiolinguistik, wacana dan strategik. Bagi

memperkaya aktiviti di dalam kelas, guru juga boleh merancang aktiviti

tugasan bahasa iaitu task based. P & P bahasa seharusnya menarik dan

dapat memberi makna kepada pelajar. Bagi aspek latihan pula, guru boleh

menggunakan teknik latih tubi bermakna secara sedikit untuk mendedahkan

struktur tetapi masih mengajarkan sistem bahasa dan penggunaannya secara

spontan dan fleksibel. Guru tidak perlu membaiki kesilapan bahasa pelajar,

cukup sekadar menyedarkan mereka sama ada bentuk atau struktur yang

mereka gunakan itu betul atau salah, dan setelah mereka sedar akan

Kerja Kursus Projek 14

Page 15: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

kesilapan tersebut, guru digalakkan meminta murid membetulkannya sendiri.

Dalam erti kata yang lain, guru boleh membenarkan kesilapan pada peringkat

awal bagi membolehkan murid berkomunikasi secara spontan dan fleksibel.

2.6 Teori yang Dipraktikkan dalam Tugasan

Dalam tugasan ini, terdapat satu contoh sesi pengajaran aktiviti bagi

subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sudah tentulah proses P & P

tersebut melibatkan teori pembelajaran bagi membolehkan murid menguasai

bahasa. Pada bahagian ini akan dihuraikan mengenai teori yang dipraktikkan

oleh guru dalam usaha mencapai objektif pembelajaran yang direncanakan.

Teori pembelajaran yang digunakan ialah teori Behaviorisme.

Berdasarkan sukatan pelajaran, terdapat aktiviti yang melibatkan kemahiran

lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Tujuan aktiviti ini dilakukan

adalah untuk memastikan murid dapat bertutur dan berkomunikasi dalam

keadaaan yang bertatasusila. Tambahan pula, aktiviti ini dilakukan terhadap

murid Tahun 1 yang diketahui umum baru sahaja ingin memulakan kehidupan

baharu yang menghendaki mereka melalui interaksi sosial dalam persekitaran

masing-masing. Pada awal pengajaran, guru meminta murid untuk

mendengar perbualan melalui pita rakaman mengenai situasi di kedai buku.

Tujuan langkah ini adalah untuk membiasakan murid dengan suasana di

kedai buku sekaligus dapat memberi peluang kepada murid untuk

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Teori Behaviorisme telah menetapkan bahawa setiap pengajaran

bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian diikuti dengan

bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli

behaviorisme, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran, guru

haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada

kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada

kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka

mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya. Sama

Kerja Kursus Projek 15

Page 16: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

juga seperti aktiviti yang telah dirancangkan dalam tugasan ini, langkah

selepas murid mempelajari kemahiran lisan, murid akan cuba menulis ayat-

ayat mudah yang berkenaan dengan apa yang mereka dapat daripada guru

sebelum itu. Ingatan mereka akan bertahan dalam tempoh yang lama.

Menurut Kamarudin Hj Husin (1998:43), bahasa merupakan satu tabiat

atau sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Proses pengajaran ini

sesuai diterapkan dalam contoh akitiviti yang dicadangkan. Proses ini akan

memberi satu perkara baru kepada murid-murid dan untuk membentuk

kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu diutamakan

dan untuk proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan peraturan

bahasa. Dalam aktiviti ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting dalam

pembelajaran. Pengukuhan merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan

bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Semasa guru mengajak

murid untuk mengajuk dialog perbualan, guru boleh menggunakan strategi

pengukuhan dalam usaha menarik minat murid untuk menghafalnya. Dengan

pengukuhan ini akan menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan

mereka akan melakukan sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian.

Menurut Nik Hassan Basri (2003:110), antara ciri-ciri yang boleh

disimpulkan ialah pembelajaran merupakan proses mekanis yang terjadi

daripada hubungan antara rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respon).

Ini bermaksud, aktiviti yang dijalankan dalam rancangan pengajaran harian

yang telah dirancang pada bahagian berikutnya nanti telah membuktikan ciri

yang pertama tersebut di mana murid memberi respon kepada rangsangan

guru yang memuji mereka. Selain itu, Nik Hassan Basri juga mengatakan

sesuatu gerak balas yang diulangi akan membentuk kebiasaan. Perkara ini

sangat bersesuaian dengan aktiviti pengajaran bahasa tersebut di mana

murid sentiasa akan mengajuk dialog perbualan supaya dapat

mengahafalnya. Bukan sekali, malah berulang kali guru mengulang ayat

tersebut di samping melakukan teknik latih tubi penggantian dalam usaha

menambah perbendahaaan kata murid.

Kerja Kursus Projek 16

Page 17: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Namun, aktiviti P & P tersebut bukan sahaja melibatkan teori

Behaviorisme, sebaliknya, guru akan mempraktikkan teori Situasional.

Mafhumnya, di penghujung pembelajaran, guru meminta murid melakukan

sesi dialog di kedai buku bagi memenuhi keperluan mereka dalam situasi

yang bakal mereka hadapi. Walau bagaimanapun, transformasi pendekatan

tersebut tidaklah sehingga mencapai ke tahap komunikatif. Teori pendekatan

komunikatif menyatakan interaksi diajarkan di dalam kelas dan dilakukan oleh

murid tanpa ada larangan atau teguhan negatif daripada guru. Tujuannya

adalah untuk membolehkan murid berkomunikasi dalam keadaan yang

fleksibel dan spontan. Sedangkan aktiviti yang dijalankan guru hanya

membolehkan murid meniru ayat yang diajarkan guru. Ini bermakna,

pengajaran yang disampaikan masih tidak memenuhi ciri-ciri pendekatan

komunikatif. Oleh itu, murid dikehendaki menggunakan ayat yang diajarkan

dahulu, dan sekiranya situasi memaksa mereka berbicara secara spontan,

guru tidak harus melarang sebaliknya menggalakkan murid. Kesimpulannya,

aktiviti yang dirancang mempraktikkan Teori Behaviorisme dan Teori

Situasional.

3.0 Perkaitan Teori-Teori Pemerolehan Bahasa dengan Pendekatan, Kaedah

dan Teknik Pengajaran

Setiap guru perlu mengajarkan murid mereka dengan teknik dan

strategi yang betul. Teori-teori pemerolehan bahasa yang dipelajari semasa

mengikuti latihan keguruan perlu diaplikasikan di dalam kelas supaya guru

lebih jelas dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai

untuk diajarkan. Maka, guru perlu mengkaji terlebih dahulu ciri-ciri setiap teori

pemerolehan bahasa yang sesuai untuk diajarkan. Apa yang paling utama

ialah proses hubung kait teori yang dipilih dengan strategi pembelajaran

sebelum menghasilkan rancangan pengajaran harian. Pada bahagian

berikutnya akan dihuraikan mengenai perkaitan teori-teori pemerolehan

bahasa dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran.

Kerja Kursus Projek 17

Page 18: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Berpandukan tulisan Abd. Aziz Abd. Talib (2000:28-29), pendekatan

bermaksud yang paling global atau yang paling abstrak. Ini adalah kerana

pendekatan merupakan suatu pandangan, pendirian, pegangan dan falsafah

bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara. Sementara itu,

beliau turut menjelaskan maksud kaedah yang membawa erti cara yang

digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Akhir sekali, teknik pula

didefinisikan sebagai suatu cara yang lebih khusus atau spesifik yang

digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran atau aspek bahasa.

3.1 Konsep Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pembelajaran Bahasa

3.1.1 Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme merupakan teori yang sudah lama dipraktikkan

oleh golongan pendidik. Hal ini berikutan teori jenis ini wujud pada suatu

tempoh masa yang lama berbanding teori yang selepasnya. Namun,

pengajaran bahasa melalui teori ini tidak langsung mempengaruhi strategi

pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan

teknik yang dapat disuaikan bagi teori ini.

Sebagai contohnya, diambil pendekatan oral atau lisan dalam

pengajaran bahasa. Menurut Kamarudin Hj Husin (1998:115) dalam bukunya

“Pedagogi Bahasa: Perkaedahan”, pendekatan oral ialah satu kaedah yang

memberi penekanan kepada penguasaan kepada aspek lisan dalam aktiviti

pelajaran bahasa. Ini dilakukan sebelum seorang itu menguasai kemahiran-

kemahiran yang lain seperti membaca dan menulis. Perbendaharaan kata

merupakan aspek utama dalam reka bentuk pendekatan ini. Selain itu,

kawalan aspek tatabahasa adalah juga diberi perhatiaan. Maksudnya,

pendekatan ini sangat bertepatan dengan ciri-ciri Teori Behaviorisme yang

menekankan aspek lisan serta mekanis.

Bagi menambah pemahaman lagi, Kamarudin Hj. Husin (ibid:116) turut

mengatakan bahawa teori bahasa yang menjadi dasar kepada pendekatan ini

dicirikan sebagai satu bentuk struktural. Aspek dan bentuk-bentuk

pengucapan dilihat sebagai asas bahasa, sementara strukturnya pula dilihat

sebagai fokus kepada keupayaan bertutur. Tambah beliau, teori pendekatan

Kerja Kursus Projek 18

Page 19: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

ini didokongi oleh teori mekanis yang boleh juga didefinisikan sebagai teori

Behaviorisme. Teori ini menanggap bahasa adalah satu aktiviti fizikal yang

mementingkan satu rangkaian turutan kesan dan sebab. Ia menganggap

faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas organisma.

Sementara itu, kaedah yang sesuai semasa teori ini dipraktikkan ialah

kaedah terus atau ada juga yang mengatakan kaedah askar. Nik Hassan

Basri (2005: 143) berpendapat bahawa dalam kaedah ini, bahasa sasaran

digunakan dengan serta merta, berfikir dalam bahasa yang dipelajari tersebut.

Oleh sebab bahasa lain tidak digunakan, maka pengajaran perkataan

dijalankan dengan menggunakan benda-benda konkrit, melalui gambar dan

sebagainya, atau melalui perbandingan dan persamaan sekiranya benda itu

tidak konkrit. Tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dengan contoh-contoh

yang sesuai. Tatabahasa secara formal tidak diberikan, melainkan jika perlu

tetapi diserapkan dalam bahan mengajar.

Bagi Kamarudin Hj. Husin pula (1998:185), kaedah ini mengikut

tanggapan ahli Behavioris iaitu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa

mereka dengan cara semula jadi. Beliau juga menambah bahawa kaedah

terus lebih berfokuskan kemahiran lisan. Teori Behaviorisme sememangnya

mengkehendaki corak pengajaran yang lebih bersifat lisan. Murid hendaklah

meniru dan mengikut guru dalam aspek bahasa yang diajarkan. Apabila guru

sudah mengajar murid kemahiran, guru memberi peneguhan positif dalam

usaha menambah minat murid menjawab dengan betul dan tepat. Dengan

cara ini, murid akan mematuhi perintah guru sementara nahu dan

perbendaharaan kata mereka menjadi semakin jitu. Secara kesimpulannya,

kaedah terus mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur

kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama,

pelajar belajar secara mendengar dan bertutur. Nik Hassan Basri (2005:147).

Terjemahan tidak digunakan secara langsung. Oleh sebab sebutan yang betul

diutamakan, kaedah ini merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran

bahasa.

Perkara terakhir yang perlu diberikan penekanan ialah aspek teknik.

Teknik yang sesuai digunakan dalam teori ini ialah teknik latih tubi. Bagi Nik

Kerja Kursus Projek 19

Page 20: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Hassan Basri (2000:149), latih tubi dilakukan bertujuan untuk membolehkan

murid menguasai sebutan dan membiasakan telinga mereka dengan sistem

bunyi bahasa itu serta menyerap rumus-rumus bahasa dalam bentuk pola-

pola ayat tertentu. Dengan itu, cara pembentukan bahan mestilah memberi

perhatian kepada butir-butir tersebut. Manakala Kamarudin Hj. Husin

(1998:197-198) mengatakan latih tubi merupakan pengulangan fakta-fakta

atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini bertepatan dengan teori

Behaviorisme yang memerlukan latihan secara kerap dan pengukuhan guru

dalam meningkatkan penguasan kemahiran lisan murid.

3.1.2 Teori Mentalis

Setelah melihat huraian perkaitan teori Behaviorisme, didapati terdapat

beberapa perbezaan antara teori tersebut dengan teori Mentalis ini. Teori

mentalis merupakan penentang kepada teori behaviorisme. Golongan

mentalis menentang hebat golongan behaviorisme. Hal ini kerana Joriah

Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:32) memetik pendapat

Chomsky bahawa teori behaviorisme tidak menghuraikan proses

pemerolehan aspek bahasa secara menyeluruh. Beliau juga menyatakan

bahawa setiap pemerolehan bahasa adalah proses mental bukan proses

mekanis. Buktinya, pendekatan yang digunakan semasa mengaplikasikan

teori Mentalis adalah berbeza dengan teori Behaviorisme.

Semasa aktiviti P & P bahasa, guru yang mahu menggunakan teori

Mentalis dalam pengajaran mereka sangat sesuai menggunakan pendekatan

deduktif. Hal ini kerana setiap kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia

dikurniakan dengan Alat Pemerolehan Bahasa atau Sistem pemerolehan

bahasa (Language Acquisition Device). Oleh itu mereka berkebolehan untuk

melakukan penaakulan yang tinggi. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:91),

pendekatan deduktif akan dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau

mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan daripada sini, pembelajaran

akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum tadi melalui contoh-

contoh atau mengaplikasikan peraturan-peraturan yang diberikan.

Kerja Kursus Projek 20

Page 21: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Manakala kaedah yang sesuai digunakan melalui teori Mentalis ialah

kaedah nahu terjemahan. Menurut Nik Hassan Basri (2005:133), kaedah

nahu terjemahan memberi penekanan terhadap kemahiran menulis. Oleh itu,

kaedah ini tidaklah mementingkan fonetik atau sebutan. Malahan kaedah ini

mementingkan penulisan dan ejaan. Rasional kaedah ini dipilih dan

perkaitannya dengan teori Mentalis ialah, kaedah ini melibatkan penghafalan

rumus tatabahasa. Pengajaran tatabahasa secara deduktif dan berstruktur

dapat menambah perbendaharaan kata murid. Hal ini bertujuan

membolehkan murid menggayakan kebolehan berbahasa secara kreatif.

Seperti mana yang diketahui, teori ini menekankan proses mental kanak-

kanak yang dikatakan memiliki alat pemerolehan bahasa sejak kecil lagi. Jadi,

fungsi guru mengajar mereka rumus tatabahasa adalah untuk membentuk

kecekapan competence (struktur dalaman iaitu makna) bahasa penutur natif

daripada mementingkan perlakuan bahasanya sahaja. Maksudnya, murid-

murid digalakkan menggunakan ayat sendiri (transformasi) dalam aktiviti

selepas guru memberi ayat dasar.

Perkara yang ketiga penting dalam huraian teori ini ialah teknik yang

sesuai digunakan bagi mengaitkan pendekatan dan kaedah unutk teori

Mentalis ini. Teknik yang dirasakan sesuai ialah teknik menggabung ayat.

Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000:49), teknik ini bermaksud teknik mengajar

murid supaya pandai menggabung ayat secara betul dan berkesan. Latihan

penggabungan ayat boleh dilakukan secara lisan atau secara bertulis. Teknik

ini juga dikenali sebagai teknik memanipulasi ayat. Sebenarnya, teknik ini

dilihat sesuai digunakan kerana teori Mentalis sememangnya menekankan

penggunaan bahasa secara kreatif setelah mempelajari rumus tatabahasa.

Oleh itu, guru perlu member penekanan terhadap pembentukan ayat dan

memperbetul kesalahan ayat murid secara berkesan.

3.1.3 Teori Interaksionalis

Teori Interaksionalis merupakan teori yang menekankan aspek

interaksi sosial. Ramai yang sedia maklum bahawa apabila berkata tentang

Kerja Kursus Projek 21

Page 22: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

teori interaksionalis, sudah pasti pendekatan yang digunakan adalah

pendekatan komunikatif. Pengajaran bahasa merangkumi kecekapan

bahasa (penguasaan sistem tatabahasa) dan kecekapan berkomunikasi. Ini

bermakna, setiap pengajaran yang dilalui adalah berbentuk komunikasi antara

murid. Sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan

komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan, dan bukan untuk dihafaz.

Abd Aziz Abd Talib (2000:32) dalam bukunya yang bertajuk “Pedagogi

Bahasa Melayu” mengatakan stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah

menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan

berkomunikasi, ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan

komunikasi. Beliau juga menambah matlamat pendekatan komunikatif adalah

memastikan keupayaan murid berkomunikasi dengan menggunakan bahasa

yang betul dan berkesan. Komunikasi juga terbentuk melalui tiga situasi

jurang maklumat iaitu penutur dengan pendengar, pembaca dengan penulis

serta penulis dengan pembaca. Tujuan komunikasi tersebut adalah sama bagi

ketiga-tiganya yakni memperoleh dan memahami maklumat.

Sekiranya pendekatan komunikatif yang digunakan, sudah pasti

kaedahnya ialah kaedah komunikatif. Kaedah komunikatif merupakan aktiviti

yang melibatkan komunikasi sebenar menggalakkan pembelajaran bahasa

yang bermakna kepada murid. Semasa proses P & P, guru hendaklah

mendedahkan aspek tatabahasa dalam konteks penggunaanya. Selain itu,

guru juga perlu menyediakan latih tubi berstruktur supaya murid dapat

menguasai kemahiran komunikasi dengan baik. Implikasi kaedah ini ialah

penggunaan bahasa secara fleksibel dan spontan mengikut konteks dan

tujuan. Selain itu, murid juga akan bertambah yakin untuk berkomunikasi. Di

samping itu, murid dapat mengelak daripada membetulkan kesilapan pada

peringkat awal pembelajaran.

Selepas melihat pendekatan dan kaedah, teori Interaksionalis juga

tidak terlepas daripada perkaitannya dengan teknik. Kajian mendapati teknik

yang sesuai bagi teori Interaksionalis ini ialah teknik simulasi. Simulasi

ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan

sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan

Kerja Kursus Projek 22

Page 23: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah,

isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini, para pelajar dapat menggunakan

kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu

ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Semasa melakukan aktiviti ini, murid disarankan untuk memberi

pendapat, cadangan, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah

berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Menurut Kamarudin Hj.

Husin (1998:201), sebelum memulakan aktiviti simulasi, guru akan memberi

kad peranan supaya murid sedar akan peranan mereka untuk membuat

simulasi menyelesaikan sesuatu masalah. Kesimpulannya,pelbagai

kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan khususnya dalam

kemahiran lisan, membaca dan menulis selain mewujudkan pelbagai aktiviti

menarik yang menjadi sumber inovasi kepada pelajar.

3.1.4 Teori Kod Kognitif

Teori pemerolehan bahasa yang terakhir ialah teori kod kognitif.

Pendekatan yang sesuai dengan teori ini ialah pendekatan induktif. Menurut

Kamarudin Hj. Husin (1998:83-84), pendekatan induktif adalah satu

pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi.

Pembelajaran teori kognitif melibatkan proses mental. Semasa aktiviti P & P

bahasa dijalankan, pengajaran dimulakan dengan memberi contoh-contoh

struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari terlebih dahulu

sebelum sesuatu kesimpulan mengenainya dilakukan. Selepas menyatakan

contoh, generalisasi secara umum akan dilakukan. Dengan kata mudahnya,

pengajaran ini menekankan aspek pembentukan kesimpulan umum setelah

menyenaraikan beberapa contoh.

Teori Kod Kognitif bersesuaian dengan pendekatan ini kerana teori ini

menghubungkan pengalaman murid dengan contoh-contoh yang ada (skema)

untuk menghasilkan pengetahuan baharu selepas melalui proses asimilasi

dan akomodasi. Oleh itu, pendekatan teori ini jelas membuktikan bahawa

pemerolehan bahasa adalah bergantung kepada persekitaran kanak-kanak

Kerja Kursus Projek 23

Page 24: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

untuk memproses skema yang sedia ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi

melalui pendedahan terhadap pengalaman baharu.

Bagi melihat kaedah pengajaran yang sesuai untuk teori ini, aspek

pengajaran pemprosesan mental perlu diambil kira. Kaedah yang dijangkakan

dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran P & P ialah kaedah

induktif. Semasa aktiviti dijalankan, guru perlu memberikan contoh yang jelas

kepada murid terutamanya dalam pengajaran aspek ejaan, morfologi, dan

sintaksis dalam tatabahasa. Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2000:43), kaedah

induktif ialah kaedah pengajaran bahasa yang menampilkan contoh terlebih

dahulu, sebelum hukum-hukum tatabahasa (generalisasi) dijelaskan kepada

pelajar. Contohnya aspek ejaan, pembinaan kata (morfologi) atau struktur-

struktur ayat (sintaksis). Teori Kod Kognitif mengatakan kanak-kanak lebih

mudah belajar sesuatu daripada yang konkrit kepada yang abstrak,

terutamanya bagi kanak-kanak yang lemah atau lambat perkembangan

mentalnya. Teori Piaget ini juga mengatakan kanak-kanak biasanya berada

pada tahap operasi konkrit sewaktu berusia tujuh hingga sebelas tahun. Ini

bermakna, kaedah induktif memang sesuai dilaksanakan di sekolah rendah.

Akhir sekali, teknik yang boleh dihubung kait dengan teori Kod Kognitif

ialah teknik inkuiri. Berdasarkan rujukan yang diperhatikan, didapati teknik

inkuiri memiliki kaitan yang setara dengan teori ini. Teknik inkuiri merangkumi

aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan dan kesimpulan yang

beroreientasikan masalah. Selain itu, teknik ini dapat menimbulkan daya

refleksi murid. Bukti yang jelas terhadap perkaitan tersebut adalah berkenaan

dengan aspek pengendalian teknik ini. Guru harus memastikan murid

mengenal pasti dahulu masalah atau pun butiran pengajaran, kemudian murid

akan mengkaji dan membuat ramalan tentang struktur-struktur tertentu

sebelum di akhirnya murid menyediakan rumusan atau generalisasi terhadap

pengajaran. Oleh itu, teknik ini dilihat sesuai bagi tahap sekolah rendah

kerana dapat melatih diri mereka berfikir secara kreatif dan kritis.

Kerja Kursus Projek 24

Page 25: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

4.0 Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Aktiviti dan Langkah P & P

Bahasa Melayu

4.1 Huraian Hasil Pembelajaran yang Dipilih dan Objektif Pelajaran

Huraian hasil pembelajaran yang dipilih ialah:

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara

bertatasusila.

Rasional pemilihan huraian hasil pembelajaran ini ialah, kemahiran

lisan dilihat mampu membentuk individu yang berketerampilan. Tambahan

pula, aktiviti ini dirangka bagi murid Tahun 1. Oleh itu, dibayangkan bahawa

murid Tahun 1 memerlukan pendedahan mengenai cara berkomunikasi

dengan bertatasusila selain fokus sampingannya dapat memberi keyakinan

kepada mereka untuk menuntut keperluan apabila berurusan dengan

khalayak. Guru akan mengajarkan ayat-ayat yang biasa digunakan dalam

sitauasi tertentu supaya murid dapat menghafalnya dan digunakan semasa

situasi itu benar-benar berlaku.

Objektif pembelajaran:

1) Murid dapat berkomunikasi dengan cara bertatasusila.

2) Murid dapat bersoal jawab dengan cara bertatasusila.

3) Membolehkan murid menguasai kemahiran lisan.

Jika dilihat rajah di atas, dapat difahami bahawa tujuan pelaksanaan

pengajaran kemahiran berkomunikasi ini adalah untuk mengajar murid cara-

cara berkomunikasi secara bertatasusila. Hasil pembelajaran selepas aktiviti,

murid dapat belajar aspek laras bahasa yang sesuai ketika menuntut

keperluan pada situasi-situasi tertentu. Objektif pembelajaran yang kedua

ialah murid dapat menyatakan hasrat dan keinginan mengikut keperluan.

Perkara ini jelas dapat dibuktikan apabila contoh aktiviti dialog yang

digunakan dapat membantu murid menghafal cara meminta dan memohon

Kerja Kursus Projek 25

Page 26: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

kehendak dengan tertib tanpa terpesong daripada tuntutan yang difikirkan.

Akhir sekali, murid dapat menguasai kemahiran lisan dalam interaksi sosial.

Seperti mana yang diketahui, kemahiran lisan yang terdiri daripada kemahiran

mendengar dan bertutur sangat dituntut dalam aktiviti perbualan. Murid perlu

mendengar dengan teliti apa yang diperkataka oleh orang lain di samping

cuba meluahkan atau melontarkan kata-kata dengan berkesan dan tepat.

4.2 Pendekatan, Kaedah dan Teknik Tugasan Projek

Pendekatan yang digunakan dalam tugasan projek ialah pendekatan

oral atau lisan. Pendekatan ini melibatkan kemahiran lisan iaitu kemahiran

mendengar dan bertutur. Pendekatan ini sangat sesuai digunakan oleh guru

untuk mengajar kemahiran berkomunikasi bagi stituasi-situasi tertentu. Selain

itu, pendekatan lisan juga membabitkan kecekapan murid menggunakan

bahasa yang dipelajari untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Hakikatnya, tidak ramai guru yang menggunakan pendekatan ini kerana

dibayangkan bahawa pendekatan ini tidak begitu sesuai dalam melahirkan

kanak-kanak atau murid yang kreatif berbahasa.

Sementara itu, kaedah yang digunakan bagi tugasan projek ialah

kaedah audio-lingual. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah dengar dan

sebut. Menurut Abd Aziz Talib (2000:38), kaedah dengar dan sebut ini

dipelopori oleh J.B Carroll (1960) dan William Moultan (1961). Tambah beliau

lagi, pada tahun 1964, Wilga M. Rivers telah menjadikan kaedah tersebut

lebih konkrit dan memasukkan unsur-unsur teori Skinner (khususnya dalam

aspek pelaziman dan latihan) untuk membentuk perlakuan bahasa yang betul.

Terdapat beberapa persamaan antara kaedah ini dengan kaedah terus.

Malah ada yang beranggapan bahawa kaedah ini adalah variasi daripada

kaedah terus.

Selain itu, teknik yang digunakan dalam tugasan projek ini ialah teknik

latih tubi. Teknik latih tubi dilihat mempunyai potensi yang baik dalam

melaksanakan aktiviti berbahasa kepada kanak-kanak. Hal ini kerana tahap

Kerja Kursus Projek 26

Page 27: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

perkembangan minda mereka sukar mencapai tahap yang tinggi tanpa latihan

atau bantuan guru. Lebih-lebih lagi kumpulan sasaran dalam tugasan projek

ini adalah kepada murid Tahun 1. Selain itu, teknik ini juga memerlukan

pengulangan atau latihan berkala bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Teknik

ini dipilih disebabkan kesesuaiannya terhadap teori Behaviorisme yang

dilaksanakan. Terdapat perkaitan dan kebergantungan antara kedua-duanya.

Kaitannya akan diperincikan dalam bahagian yang seterusnya.

4.3 Aplikasi Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pembelajaran Bahasa

dalam Aktiviti dalam Langkah P & P Bahasa Melayu yang

Dirancang Bagi Mencapai Objektif P & P

Berdasarkan aktiviti dan langkah pengajaran di bahagian belakang

tugasan, teori pembelajaran bahasa yang dipraktikkan ialah Teori

Behaviorisme dan teori bahasa yang digunakan pula ialah Teori Struktural.

Teori Behaviorisme merupakan salah satu aliran yang mengutamakan

bahasa lisan dan bahasa tulisan. Walau bagimanapun bahasa tulisan

merupakan bahasa kedua. Ahli-ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa

setiap pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian

diikuti dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh

ahli-ahli behaviorisme ini, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran,

guru haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada

kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada

kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka

mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya.

Bagi Koh Boh Boon. (1990), bahasa merupakah satu tabiat atau

sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Proses pengajaran ini

sesuai diterapkan dalam proses pengajaran bahasa kedua. Proses ini akan

Kerja Kursus Projek 27

Page 28: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

memberi satu perkara baru kepada murid-murid dan untuk membentuk

kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu diutamakan

dan untuk proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan peraturan

bahasa. Dalam aliran ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting dalam

pembelajaran. Pengukuhan merupakah salah satu cara yang dapat dilakukan

bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Dengan pengukuhan ini akan

menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan mereka akan melakukan

sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian. Situasi sebegini adalah

normal sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan. Ahli-ahli

behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa dan sistem

fonologi yang berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerak balas.

Orang-orang dewasa memberikan rangsangan bahasa yang secukupnya

dalam bentuk yang mudah untuk ditiru. Kanak-kanak pula memberikan gerak

balas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya dan akhirnya mereka

dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem fonologi pula

dipelajari sedikit demi sedikit hingga dikuasai sepenuhnya.

Biarpun ada yang beranggapan bahawa pengajaran melalui teori

Behaviorisme adalah bosan dan kurang berkesan, namun sebenarnya

pengajaran menggunakan teori ini ada kelebihannya. Murid Tahun 1 perlu

didedahkan dengan interaksi sosial bersifat kontekstual kerana murid-murid

kini semakin kurang berkomunikasi secara bertatasusila. Untuk mencapai

objektif pembelajaran yang telah dirancang, aktiviti dan langkah pengajaran

disediakan untuk memudahkan pengajaran menjadi tersusun baik untuk guru

mahu pun murid. Jika teknik yang digunakan bersesuaian dengan aras,

sudah tentu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efisien. Untuk

itu, kami telah menggunakan teknik latih tubi dengan kaedah pengajaran

audio lingual serta pendekatan oral atau lisan.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:115-117), pendekatan oral ialah

satu kaedah yang memberi penekanan kepada penguasaan kepada aspek

lisan dalam aktiviti pelajaran bahasa. Ini dilakukan sebelum seorang itu

menguasai kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca dan menulis.

Perbendaharaan kata merupakan aspek utama dalam reka bentuk

Kerja Kursus Projek 28

Page 29: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

pendekatan ini. Selain itu, kawalan aspek tatabahasa adalah juga diberi

perhatian.

Tambah Kamarudin Hj Husin (1998), walaupun Palmer dan Hornby

serta ahli-ahli pedagogi yang lain mempunyai pandangan yang berbeza

tentang prosedur-prosedur tertentu dalam pengajaran bahasa, tetapi mereka

mempunyai prinsip-prinsip am yang merujuk kepada pengajaran yang

menggunakan pendekatan oral. Mereka telah menggariskan beberapa ciri

yang berkaitan dengan pendekatan oral ini, seperti berikut :

a) Pengajaran bahasa dimulakan dengan bahasa pertuturan. Bahasa hendaklah

diajar secara lisan terlebih dahulu sebelum ia diperkenalkan dan

dipersembahkan dalam bentuk tulisan.

b) Bahasa sasaran ialah bahasa yang digunakan dalam bilik darjah.

c) Ciri-ciri dan aspek bahasa yang dipelajari akan diperkenalkan dan

dipraktikkan berdasarkan situasi tertentu.

d) Permilihan dan perbendaharaan kata dibuat mengikut prosedur yang sesuai

agar ia benar-benar dapat berfungsi dengan betul dan mengandungi makna

yang tepat.

e) Item-item tatabahasa diperingkatkan mengikut prinsip-prinsip penggeredan,

yang bermula daripada bentuk yang mudah kepada bentuk yang lebih rumit

dan kompleks.

f) Aktiviti bacaan dan penulisan akan diperkenalkan sebaik sahaja asas leksikal

dan tatabahasa dapat dikuasai.

Pendekatan oral ini kemudiannya disebut juga sebagai Pendekatan

Situasional atau pengajaran dan pengajaran banyak bergantung kepada

situasi dan keadaan semasa. Teori-teori yang menjadi dasar kepada

pendekatan ini boleh dicirikan sebagai satu bentuk struktural. Aspek dan

bentuk-bentuk pengucapan dilihat sebagai fokus kepada keupayaan bertutur.

Kerja Kursus Projek 29

Page 30: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Palmer, Hornbay dan ahli-ahli lingguistik terapan yang lain telah

menjelaskan beberapa struktural asas pedagogi pengajaran bahasa Inggeris.

Berhubung dengan pendekatan in, beliau menyebut:

“ our principle classroom activity in the teaching of English structure will be the

oral practice of structures. This oral practice of controlled sentence patterns

should be given in situation designed to give the greatest amount of practice

in English speech to the pupil.”

(Pittnan, 1963: 179)

Prinsip asas yang sebenarnya yang hendak dijelaskan oleh ahli-ahli

bahasa dan linguistik terapan British itu ialah prinsip utama dalam pengajaran

bahasa Inggeris di bilik darjah, iaitu struktur lisan. Latihan-latihan lisan yang

boleh mengawal penggunaan struktural ayat hendaklah disesuaikan dengan

situasi pembelajaran di samping memberi peluang pelajar, menjalankan lebih

banyak latihan bertutur.

Kamarudin Hj Husin (ibid:117), walaupun teori ini agak sedikat berbeza

dengan pendapat dan pandangan sesetengah ahli linggustik di Amerika,

namun teori ini tetap dipertahankan keberkesanannya. Mereka seterusnya

menekankan pertalian yang rapat di antara struktur bahasa dengan konteks

dan situasi bahasa itu digunakan. M.A.K. Halliday dan J.R Firth contohnya

telah menghuraikan beberapa pandangan mereka tentang teori bahasa.

Mereka memberi keutamaan kepada aspek makna, kandungan dan situasi.

“The emphasis now is on the description of language activities part of the

whole complex of events which, together with the participants and relevant

objects, make up actual situation”

(Halliday, McIntosh, and Strevens 1964:38)

Bagi mereka, konteks dan situasi amatlah penting dan perlu diberi

keutamaan. Bahasa dilihat sebagai aktiviti yang berfungsi dan mempunyai

tujuan tertentu, berkaitan dengan maklumat dan situasi sebenar. Bahasa

yang dicipta oleh seseorang itu lazimnya diucapkan untuk tujuan-tujuan

tertentu.

Kerja Kursus Projek 30

Page 31: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Pendekatan lisan didokongi oleh teori mekanis (Behaviorisme). Teori

ini menganggap bahasa adalah satu aktiviti fizikal yang mementingkan satu

rangkaian turutan kesan dan sebab. Ia menganggap faktor-faktor persekitaran

sebagai ransangan dan tindak balas organisma.

Ia menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan individu lebih

banyak belajar melalui pengalaman daripada melalui mindanya. Teori ini tidak

mementingkan peranan mental. Teori ini mengkaji data-data yang dapat

diamati dan diukur. Teori ini juga menitikberatkan bentuk-bentuk linguistik,

keutamaan dari aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan bunyi. Di

samping itu, latih tubi tidak diabaikan. Kebiasaan yang baik akan pasti dapat

melahirkan satu bahasa yang baik.

Selain itu, setiap aktiviti pengajaran perlu disesuaikan dengan kaedah

pengajaran yang sesuai. Kaedah yang paling sesuai dengan pendekatan

lisan yang dirangka sebelum ini adalah kaedah audio lingual. Abd. Aziz Abd

Talib (2000) menjelaskan tujuan kaedah ini ialah untuk meingkatkan

pemahaman tatabahasa dan sebutan yang tepat. Guru juga dapat menguji

murid dalam kebolehan menggunakan bahasa lisan yang betul dalam situasi

tertentu. Melalui kaedah pendengaran audio, murid dapat menghafal secara

tepat apa yang didengar oleh mereka bagi meningkatkan kosa kata dan pola

tatabahasa yang dipelajari.

Tambah beliau, terdapat beberapa prinsip utama yang diperlukan

semasa menjalankan kaedah audio lingual ini. Antaranya ialah, pengajaran

dan pembelajaran bahasa dijalankan secara lisan terlebih dahulu. Selepas itu,

baru diikuti dengan aktiviti menulis dan membaca. Selain itu, guru bahasa

yang menggunakan kaedah ini perlu sedar dan peka tentang aspek-aspek

gangguan daripada bahasa ibunda dan dialek tempatan murid-murid lantas

terus membetulkannya. Tambahan pula, guru boleh mengadakan aktiviti

bahasa yang melibatkan penggunaan bahasa seharian di rumah, sekolah dan

sebagainya. Aktiviti ini dapat dilakukan melalui teknik situasi dan simulasi.

Abd Aziz Talib juga mengatakan guru merupakan model dalam kaedah ini

kerana murid akan menurut apa sahaja yang dituturkan dan pengukuhan

Kerja Kursus Projek 31

Page 32: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

sangat diperlukan bagi memastikan psikologi pengajaran ini tercapai

berdasarkan prinsip yang telah diketengahkan oleh Skinner.

Dalam contoh aktiviti yang disediakan, didapati bahawa murid

mendengar dan menghafal bulat-bulat apa yang diujarkan oleh guru dan apa

yang didengar melalui dialog situasi di kedai buku daripada pita rakaman.

Biarpun kaedah ini agak bosan untuk digunakan dalam tempoh masa yang

panjang, namun, kaedah ini tetap berkesan dalam proses memperoleh

maklumat asal dan menghubung kait dengan situasi sebenar. Selepas murid

mempelajari ayat-ayat tersebut, guru juga akan mengajarkan ayat tanya atau

ayat soal kepada murid supaya dapat turut digunakan semasa sesi

perbualan. Usai mereka mendapat pendedahan mengenai kemahiran lisan,

guru akan memperkukuh kaedah ini dengan meminta murid menulis semula

ayat tanya dan ayat bagi jawapan situasi di kedai buku terbabit. Akhir sekali,

guru akan mengadakan aktiviti perbualan secara berpasangan supaya murid

dapat mengaitkan ayat yang dipelajari dan dihafal itu mengikut situasi yang

sesuai. Aktiviti ini dilakukan dengan bimbingan guru.

Teknik latih tubi atau teknik menghafaz adalah satu teknik

pengajaran yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum

masihi. Nik Hassan Basri (2005) menceritakan bahawa teknik ini digunakan

oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang

bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan

secara yang amat berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan

empat langkah berikut :

(a) Memikirkan bahan yang dipelajari;

(b) Mengulang bahan yang dipelajari;

(c) Mengucapkan bahan di hadapan guru;

(d) Mengingtkan bahan yang dipelajari.

Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga

mempunyai kelemahan-kelemahannya. Antaranya ialah ia mengehadkan

kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu,

Kerja Kursus Projek 32

Page 33: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini

amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak

digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran

yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan

membosankan.

Berdasarkan tulisan Koh Boh Boon (1990:65), beliau berpendapat

bahawa hingga ke hari ini masih terdapat pendidik bahasa yang menentang

penggunaan latih tubi dalam pengajaran tatabahasa. Bagi mereka,

tatabahasa tidak boleh diajarkan melalui latihan secara bertubi-tubi. Mereka

biasanya terdiri daripada pendokong golongan mentalis yang berpendapat

bahawa pembelajaran bahasa adalah satu proses mental iaitu melibatkan

pemikiran. Tambah beliau lagi, mereka turut menolak pendapat golongan

Behavioris bahawa pembelajaran bahasa adalah satu pengulangan sesuatu

yang baharu sehingga perkara baru itu boleh dilakukan secara spontan.

Dalam aktiviti yang telah dirancang bagi tugasan projek ini, terdapat

teknik latih tubi penggantian bagi membolehkan murid mempelajari seberapa

banyak kosa kata dan ayat manipulasi tentang situasi di kedai buku. Oleh itu,

kajian terhadap prinsip semasa melakukan teknik ini telah diperincikan.

Hasilnya, memetik sumber daripada buku “Pengajaran Tatabahasa Bahasa

Melayu: Prinsip dan Teknik” yang mengatakan terdapat beberapa langkah

yang perlu diambil semasa menjalani teknik latih tubi penggantian. Guru perlu

mematuhi prinsip yang berikut:-

a) Jangka masa untuk salah satu latih tubi penggantiaan haruslah pendek

baisanya beberapa minit sahaja.

b) Latih tubi mestilah dijalankan secara cergas dan hidup.

c) Ayat-ayat mestilah diucapkan oleh pelajar dengan sebutan yang betul dan

kecepatan yang sesuai.

d) Guru mesti mencegah kecenderungan pelajar untuk mengucapkan ayat

secara bernyanyi atau sambil lewa.

e) Guru haruslah mengadakan variasi dalam latih tubi.

Kerja Kursus Projek 33

Page 34: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Berdasarkan apa yang telah dijelaskan sebelum ini, dapat disimpulkan

bahawa teknik latih tubi menggalakkan murid mengguna pakai istilah atau

ayat yang khusus yang diajukan oleh guru yang bertindak sebagai model

dalam aktiviti berbahasa. Selain itu, guru juga perlu memberi penekanan

terhadap tahap keberolehan murid menghafal ayat yang diujarkan kerana

terdapat murid yang mempunyai dialek tersendiri. Tambahan pula, semasa

menjalankan aktiviti ini, guru digalakkan memperbanyak pelbagai ayat dan

perbendaharaan kata supaya teknik itu tidak menjadi bosan dan mudah

ditangkap oleh murid. Perkara yang penting dalam teknik ini ialah

pengukuhan. Seharusnya guru memberi pengukuhan kepada murid sebagai

pengharagaan seperti mana yang telah dijelaskan oleh Skinner melalui teori

Behaviorisme kerana teori tersebut sememangnya mempunyai kaitan yang

rapat dengan teknik latih tubi ini.

Kesimpulannya, teori pemerolehan bahasa yang telah dikaji

mempunyai pelbagai cara yang tersendiri untuk memastikan kanak-kanak

dapat menguasai bahasa pertama mereka dengan baik. Teori Behaviorisme

merupakan teori yang sesuai bagi kanak-kanak sebelum mereka mengenal

dunia luar. Selain itu, pendekatan oral yang digunakan dapat memberi

peluang kepada murid untuk belajar berkomunikasi. Kaedah yang dijangka

sesuai dengan teori tersebut adalah kaedah audio lingual. Kaedah ini

memberi pendedahan kepada murid mengenai kemahiran lisan supaya

mereka dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Proses

penghafalan dan teknik latih tubi yang digunakan dapat menajamkan

pemikiran murid. Tambahan pula, pendekatan dan kaedah pengajaran yang

disediakan dapat membantu meningkatkan pemahaman murid. Oleh itu,

setiap guru perlu merangka strategi pengajaran yang berkesan dan

bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilakukan bagi mencapai objektif

pembelajaran dan pengajaran yang sesuai mengikut tahap kemampuan

murid.

5.0 Konsep Kemahiran Bernilai Tambah dalam Kurikulum Bahasa Melayu

Kerja Kursus Projek 34

Page 35: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

5.1 Komponen-Komponen Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

5.1.1 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti

mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada

dari segi mengkonsepsikan idea menyelesaikan masalah atau membuat

keputusan, adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada

masa depan.

5.1.2 Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran ini perlu diajar kepada murid supaya mereka peka terhadap

teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini

membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, kecekapan, bertindak untuk

menghadapi dunia yang semangkin mencabar dan sering berubah serta

mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

5.1.3 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran ini perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat

menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan

menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan

tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

5.1.4 Kemahiran Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk

mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan

yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna

murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan

perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

5.1.5 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merangkumi logik matematik, visual- ruang,

muzik, naturalis, intrapersonal, kinestetik, verbal-linguistik dan interpersonal.

Kerja Kursus Projek 35

Page 36: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan

menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan

kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan

kebolehan yang berbeza.

5.1.6 Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan

murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka

sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran

ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar

sepanjang hayat.

5.1.7 Kemahiran Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran ini adalah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran

dengan pengalaman individu, masyarakat, dan alam bekerja. Pembelajaran

kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai secara konkrit

yang melibatkan latih amal adab berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid

berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna, dan

menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

5.2 Kepentingan KBT dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Kemahiran bernilai tambah alaf baru mengutamakan pengalaman di

bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar serta senario

dunia yang global. Sehubungan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan

kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan

pembelajaran.

Kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada

pengisian kurikulum, selain mengekalkan elemen pengisian kurikulum yang

sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan

patriotisme, dan peraturan sosiobudaya. Tidak dapat dinafikan bahawa

kemahiran bernilai tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum

semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysian ke

arah melahirkan pendidikan yang berkualiti.

Kerja Kursus Projek 36

Page 37: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Antara kepentingan pengajaran bernilai tambah ialah merupakan salah

satu cara untuk memenuhi konsep pembelajaran seumur hidup dan

menempuh cabaran abad ke-21. Dengan adanya kemahiran bernilai tambah

seperti kemahiran kajiaan masa depan pelajar dapat bersedia untuk

menghadapi sagala masalah dan cabaran pada masa depan. Hal ini kerana,

kaedah kajian masa hadapan merupakan satu pendekatan pengajaran yang

mendidik pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang

berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa hadapan. Ini bermakna

pelajar dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan

perubahan.

Selain itu, kemahiran bernilai tambah yang disarankan dalam

pengisian kurikulum sukatan pelajaran dapat memberi ilmu pengetahuan

kepada murid secara tidak langsung. Biarpun murid ini tidak mempelajari

kemahiran muzik dan kemahiran berfikir misalnya, namun kesan penyerapan

itu dapat diambil positif oleh setiap pengguna kurikulum sukatan pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

5.3 Penyerapan Tiga Komponen KBT dalam Aktiviti dan Langkah P &

P Bahasa Melayu yang Dirancang Bagi Mencapai Objektif P & P

Setiap aktiviti P & P, pasti ada penyerapan komponen KBT yang

terkandung dalam rancangan pengajaran. Tujuannya adalah bagi memastikan

murid mencapai objektif pembelajaran di samping pengisian kurikulum yang

direncanakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Fungsi KBT adalah

memastikan unsur positif dan mapan yang terkandung dalam kurikulum

sebelumnya sekali gus melahirkan pendidikan yang berkualiti. Dalam aktiviti

dan langkah P & P bahasa Melayu yang dirancang, terdapat tiga komponen

yang akan diambil kira dan dihuraikan bagi memperjelas fungsi KBT dalam

sukatan pelajaran.

Komponen KBT yang pertama ialah kemahiran belajar cara belajar.

Kemahiran ini mengandungi aspek mengingat jangka panjang, serta

kemahiran mendengar. Dalam aktiviti yang dirancang, guru memulakan

pengajaran dengan memperdengarkan rakaman perbualan di radio untuk

Kerja Kursus Projek 37

Page 38: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

situasi di kedai buku. Ketika itu, murid perlu menumpukan perhatian mereka

dengan mengaplikasikan kemahiran mendengar aktif yang telah dipelajari.

Selain itu, komponen KBT bagi kemahiran ini melibatkan cara mengingat

jangka panjang. Murid telah diajarkan beberapa ayat dasar yang berkaitan

dengan situasi di kedai buku. Murid perlu menghafal setiap baris ayat itu

untuk diaplikasikan semasa mengalaminya di dunia sebenar. Untuk itu, murid

perlu mengingat jangka panjang dialog situasi itu serta meningat beberapa

kosa kata tambahan yang dipelajari semasa aktiviti latih tubu gentian bagi

sistem bahasa dan tatabahasa.

Kedua, aktiviti yang dirancang ini juga turut dimuatkan dengan

komponen KBT iaitu kecerdasan pelbagai. Seperti mana yang diketahui,

cabang dalam kemahiran ini ada banyak dan kesemuanya melibatkan ilmu

yang pelbagai untuk diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Mengambil contoh

dalam aktiviti, kecerdasan yang terkandung ialah kecerdasan interpersonal,

intrapersonal serta verbal linguistik. Bagi kecerdasan interpersonal, aktiviti P

& P tersebut membolehkan murid memahami perasaan, motivasi, tabiat serta

hasrat orang lain. Kecerdasan ini merangkumi keupayaan bertindak secara

berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakkan dan

mempengaruhi orang lain. Contohnya, apabila guru menyuruh murid mencari

pasangan untuk berdialog bagi situasi di kedai buku, murid dapat

menjalankannya dengan baik di mana setiap mereka menyelami perasaan

dan hasrat masing-masing dalam urusan pembelian dan penjualan barang di

kedai buku tersebut.

Seterusnya, kecerdasan intrapersonal pula menekankan aspek

pemahaman terhadap diri sendiri termasuklah kemahiran mengawal emosi.

Murid akan memahami diri sendiri ketika cuba menyatakan hasrat dan

keperluan serta dapat mengawal emosi mereka semasa berurusan dengan

peniaga.

Ketiganya ialah kecerdasan verbal linguistik. Setiap pegajaran bahasa

perlu ada kecerdasan ini. Tidak boleh tidak, kecerdasan verbal linguistik mesti

diterapkan bagi mencapai tata tingkat kemahiran bahasa iaitu kemahiran

lisan. Verbal linguistik ialah kebolehan menggunakan kata-kata secara

Kerja Kursus Projek 38

Page 39: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

berkesan sama ada melalui lisan, penulisan, mengingat maklumat,

meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa. Semasa aktiviti

dijalankan, sememangnya murid-murid ini akan melalui proses komunikasi

berkesan sesama mereka. Mereka juga akan cuba meyakinkan orang lain

bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Di samping itu, murid dapat

menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Akhir sekali ialah komponen kecerdasan kontekstual. Pembelajaran

kontekstual ialah pendekatan pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran

dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan.

Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan

pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan

pembelajaran di sekolah dengan kehidupan seharian mereka. Sebagai

contohnya, aktiviti latih tubi dialog situasi di kedai buku boleh mengaitkan

pengetahuan murid dengan kehidupan seharian. Melalui aktiviti ini juga, murid

akan memperoleh pengalaman baharu dalam hidup mereka khususnya

hubungan mereka dengan dunia luar agar mereka tidak kekok menghadapi

persekitaran kelak.

6.0 Konsep Pengajaran Mikro

6.1 Definisi Pengajaran Mikro

Menurut Mok Soon Sang (2009:168), pengajaran mikro merupakan

satu teknik pengajaran dalam masa lima hingga lima belas minit untuk

mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih yang

biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Tujuan

mengadakan pengajaran mikro adalah untuk membina kemahiran guru yang

berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Terdapat sepuluh sepuluh komponen dalam Pengajaran Mikro.

Antaranya ialah :

i. Set induksi

ii. Penyoalan

iii. Variasi rangsangan

Kerja Kursus Projek 39

Page 40: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

iv. Penerangan dengan contoh-contoh

v. Penggunaan sumber pengajaran-pembelajaran

vi. Pemudahcara

vii. Penggunaan papan tulis

viii. Pengukuhan

ix. Penutup

Melalui pengajaran mikro, guru-guru pelatih akan berpeluang

mempraktikkan teori pengajaran dalam suatu situasi yang terkawal. Pada

kebiasaannya, pengajaran mikro ini hanya tertumpu kepada satu jenis

kemahiran mengajar sahaja.

Semasa aktiviti pengajaran mikro, aktiviti pengajaran yang

disampaikan oleh guru pelatih itu diperhatikan dan dinilai oleh rakan-rakan

dan pensyarahnya yang memainkan peranan sebagai penyelia, dan juga

dirakam dalam video. Selepas aktiviti pengajaran selesai, perbincangan

tentang kelemahan pengajaran dengan merujuk kepada rakaman video

diadakan di antara penyelia dengan guru-guru pelatih. Melalui komen-komen

penyelia dan rakan-rakannya, guru pelatih yang terlibat dapat memperbaiki

kelemahan pengajarannya.

Pengajaran mikro ini dipelopori oleh Robert Bush dan D. Wight Alleh di

Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Pengajaran, Universiti Stanford,

Amerika Syarikat pada tahun 1961. Sejak itu, teknik pengajaran mikro telah

digunakan secara meluas di institut-institut pendidikan guru untuk melatih

guru-guru pelatih supaya menguasai kemahiran-kemahiran mengajar

sebelum mereka menjalankan latihan mengajar di sekolah.

6.2 Prinsip-Prinsip Pengajaran Mikro

Dalam melaksanakan pengajaran mikro guru perlu membina satu

rancangan mengajar yang singkat 5 – 20 minit berdasarkan bidang

kepakarannya, dalam membuat objektif spesifik dan mengajarnya kepada

sebilangan kecil pelajar lain. Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu

Kerja Kursus Projek 40

Page 41: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

penilaian atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan .

Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakan-

rakan dan kendiri. Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan

untuk tujuan penambahbaikan. Pengajaran mikro merupakan satu kitaran

atau satu pusingan seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah :

Perancangan

(RPH)

Pencerapan Pengajaran

( komen ) ( mengajar)

rajah : Kitaran pengajaran mikro

Untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik guru

perlulah mempunyai kemahiran- kemahiran untuk menarik minat murid dalam

pembelajaran. Antara kemahiran yang perlu ada dalam Pengajaran Mikro

adalah :

Kemahiran set induksi

Set induksi adalah merupakan satu proses yang digunakan dalam

permulaan pengajaran, apabila menukar topik, sebelum soal jawab

sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik perhatian

pelajar dan mendorong pembelajaran. Prinsip-prinsip set induksi seperti

berikut :

memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak di ajar

membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran

memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru

Kerja Kursus Projek 41

Page 42: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

merangsang minat dan penglibatan murid

meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sesuai untuk

belajar

menggalakkan pelajar enyertai pelajaran dengan giat.

mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid

Kemahiran menggunakan papan tulis

Papan tulis adalah sangat penting dalam meningkatkan pembelajaran

pelajar dari segi menjelaskan lagi penerangan guru tentang fakta, konsep

atau idea yang abstrak. Oleh itu racangkan bagaimana penggunaan papan

tulis dari segi masa, pembahagian ruang dan penglibatan pelajar.

Kemahiran variasi ransangan

Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar dan

mefokuskan perhatian pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran.

Variasi ransangan berkait rapat dengan kebijaksanaan guru pelatih

mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu

mengajar , persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan non-verbal

guru.

Kemahiran penyoalan

Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh mebawa pelajar

kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Oleh itu guru harus faham dan tahu

tentang kepentingan soalan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti

membantu pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran

pelajar. Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi dan

mengikut kebolehan pelajar

i. Panduan menyoal

pastikan soalan jelas

nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan kemudian panggil nama pelajar

yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan

tanya satu soalan pada satu masa

Kerja Kursus Projek 42

Page 43: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

gunakan soalan arar rendah dahulu dan diikuti dengan soalan aras

yang lebih tinggi

gunakan teknik “probing” untuk membantu pelajar memberikan

jawapan.

ii. Aras soalan

Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras soalan :

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

d. Kemahiran menggunakan pengukuhan

Guru yang mempunyai kemahiran pengukuhan dapat menggalak

pelajar menjawab soalan, mengemukakan cadangan dan secara

keseluruhannya dapat melibatkan pelajar melibatkan diri dalam

perbincangan bilik darjah.

Kemahiran penutup

Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang

telah disampaikan. Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus

dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan

datang. Di samping itu tujuan penutup adalah untuk menarik perhatian

perhatian pelajar tentang pelajaran baru yang dipelajari, mengukuhkan

konsep, prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan perasaan pencapaian

dan kejayaan dan peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran baru.

6.3 Objektif Pengajaran Mikro

Kerja Kursus Projek 43

Page 44: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Bagi komponen set induksi, antara objektif-objektifnya ialah :

i. Menarik perhatian pelajar terhadap aktiviti pengajaran yang

akan dijalankan.

ii. Membina aliran fikiran pelajar supaya mereka bersedia

mempelajari sesuatu yang berkaitan dengan isi pembelajaran

yang hendak diajar.

iii. Memotivasikan pelajar-pelajar supaya bersedia untuk belajar.

iv. Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman lepas pelajar

dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan.

v. Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas

atau projek.

vi. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti

pembelajaran pelajar.

vii. Membantu pelajar mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan

bermakna.

Bagi komponen penyoalan pula, antara objektif-objektifnya ialah :

i. Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar.

ii. Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar.

iii. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif

pelajaran.

iv. Membantu pelajar mengulangkaji pelajaran untuk menyediakan

diri dalam ujian yang akan datang.

v. Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan

yang terancang.

vi. Melibatkan pelajar supaya aktif di dalam kelas.

Bagi komponen variasi rangsangan pula, antara objektif-objektifnya

ialah :

i. Memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan minat dan

perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran guru.

Kerja Kursus Projek 44

Page 45: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

ii. Melibatkan pelajar secara aktif dalam pelbagai aktiviti

pembelajaran dan pengalaman belajar mereka.

iii. Memotivasikan pelajar serta membangkitkan naluri ingin tahu

melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru.

iv. Member peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti

pengajaran yang dijalankan.

v. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

kondusif dan seronok.

Bagi komponen penerangan dengan contoh dan penggunaan

sumber pelajaran pula, antara objektif-objektifnya ialah :

i. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam

masa yang singkat.

ii. Memudahkan pelajar memahami konsep dan isi pelajaran

dengan jelas.

iii. Menghuraikan sesuatu prosedur atau proses tertentu.

iv. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau

meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

Bagi komponen penggunaan papan tulis pula, antara objektif-

objektifnya ialah :

i. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang

abstrak.

ii. Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang

penting di setiap peringkat pengajaran.

iii. Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru.

iv. Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran pelajar.

v. Untuk member peluang kepada pelajar-pelajar mencatat nota

dari papan tulis.

Bagi komponen pengukuhan pula, antara objektif-objektifnya ialah :

i. Memberi galakkan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

ii. Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan.

Kerja Kursus Projek 45

Page 46: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

iii. Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain

terus menunjukkan tingkah laku yang positif.

iv. Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar mewujudkan

tingkah laku yang positif.

v. Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negative

yang timbul.

Bagi komponen penutup pula, antara objektif-objektifnya ialah :

i. Menarik mperhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari

supaya mereka mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan

menyeluruh.

ii. Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari

dengan merumuskan fakta-fakta penting.

iii. Mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan di kalangan

pelajar dengan menggunakan teknik peneguhan.

Dengan adanya bahagian penutup ini, aktiviti-aktiviti susulan akan

dapat diuruskan supaya diberi peluang mengaplikasikan konsep dan

kemahiran yang mereka baru palajari.

6.4 Kepentingan Pengajaran Mikro

Menurut Mok Soon Sang (2009:168), pengajaran mikro merupakan

satu komponen yang penting dalam Sukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan

Ikhtisas di institute perguruan. Setiap guru pelatih yang sedang mengikuti

kursus pendidikan di institut perguruan diwajibkan melibatkan diri dalam

aktiviti pengajaran mikro.

Pengajaran mikro ini merupakan satu-satunya latihan yang paling

berkesan untuk membantu guru-guru pelatih menguasai kemahiran-

kemahiran mengajar. Latihan ini akan mendatangkan beberapa faedah

kepada guru-guru pelatih. Antaranya ialah :

i. Guru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar

satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan

dipermudahkan.

Kerja Kursus Projek 46

Page 47: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

ii. Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan

yang tenang, mudah dan kurang kompleks.

iii. Pengajaran mikro ini membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori

pengajaran yang disampaikan oleh pensyarahnya di bilik kuliah.

iv. Pengajaran mikro dapat membantu guru pelatih mengurangkan berbagai-

bagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa depan.

v. Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri

kelebihan dan kesilapan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.

vi. Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran, guru-guru pelatih dapat

memahami kesilapan pengajaran mereka dan seterusnya berusaha

membaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku, di samping

mengukuhkan kelebihan-kelebihan mengajar.

Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan keyakinan guru-guru

pelatih supaya mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran yang

sebenar, misalnya mengajar murid-murid di dalam bilik darjah semasa sesi

praktikum di peringkat sekolah.

6.5 Pengajaran Mikro dalam Aktiviti dan Langkah P & P Bahasa

Melayu yang Dirancang Bagi Mencapai Objektif P & P

Setiap aktiviti P & P pasti akan terkandung komponen pengajaran

mikro. Pengajaran mikro perlu dilaksanakan bagi melicinkan proses P & P.

Bagi kemahiran set induksi, aktiviti yang dirancangkan ialah tayangan video

situasi di kedai buku. Tujuan ditayangkan video tersebut adalah untuk

menarik minat murid dengan tajuk pembelajaran pada hari terbabit. Selain itu,

melalui set induksi juga, murid dapat mengenal pasti sedikit sebanyak

kemahiran berkomunikasi sekali gus memberi gambaran awal tentang apa

yang bakal dipelajari dan dikaitkan dengan isi pelajaran.

Seterusnya ialah kemahiran penggunaan papan tulis. Murid-murid

dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan dengan

lebih jelas dan tepat selepas melihat guru menulis ayat dasar sebelum ke

langkah latih tubi. Selain itu, guru juga dapat menambah aktiviti pengayaan

Kerja Kursus Projek 47

Isnin Bahasa Melayu 2.4.2010

Ayat Penyata: Ayat Tanya:

Saya hendak membeli.... Berapa harga buku ini?

(pemadam) Pemadam ada dijual di sini?

(pensel)

(buku)

Page 48: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

perbendaharaan kata nama untuk latih tubi gantian dengan menulis

perkataan-perkataan yang baharu itu di hadapan. Murid akan menyalin dan

cuba untuk menghafal dan mengajuk pertuturan guru. Contohnya:

Ketiga, kemahiran variasi rangsangan. Kemahiran variasi

rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru,

mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak

interaksi antara guru dengan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan

teknik mengajar. Dalam aktiviti yang dirancang, guru ada melakukan variasi

rangsangan semasa mengajar ayat dialog situasi di kedai buku tersebut. Guru

perlu mengubah corak interaksi dengan murid setiap lima minit supaya murid

tidak bosan dan suasana kelas akan bertambah ceria.

Seterusnya ialah kemahiran penyoalan. Teknik penyoalan merupakan

teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Hampir semua proses

pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik menyoal.

Misalnya, di dalam set induksi, guru ada bertanya kepad murid tentang di

manakah situasi terbabit berlaku, apakah perkara yang berlaku dan

sebagainya. Dalam peringkat perkembangan, kemahiran menyoal digunakan

Kerja Kursus Projek 48

Page 49: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

untuk mencungkil fikiran pelajar demi membantu mereka mengikuti pelajaran

dengan lebih berkesan. Mengambil contoh aktiviti langkah mempelajari ayat

dialog pertuturan di kedai buku, guru akan bertanya sejauh mana

pemahaman murid tentang pengajaran tersebut.

Selain itu, guru juga perlu melaksanakan kemahiran menerang

dengan menggunakan contoh atau ilustrasi. Kemahiran menerang

digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan

pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa

menggunakan kemahiran menerang, guru memberi huraian kepada pelajar

tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh dan ilustrasi.

Dalam aktiviti yang dirancang, guru menggunakan kemahiran menerang

semasa teknik latih tubi. Guru menjelaskan dialog perbualan dengan

memberikan beberapa ayat untuk murid menghafalnya. Contohnya:

Guru: Saya hendak membeli...

Guru: Saya hendak membeli...

Guru: Saya hendak membeli...

Di samping itu, pengajaran mikro juga terkandung kemahiran

pengukuhan (peneguhan). Seperti mana yang diketahui, aktiviti ini

melibatkan teori Behaviorisme. Teori ini pula sememangnya menekankan

aspek pengukuhan iaitu guru memberi ransangan dengan pujian sebagai

Kerja Kursus Projek 49

Page 50: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

tanda penghargaan usaha murid menghafal ayat dialog yang dikehendaki.

Sebolehnya, peneguhan negatif harus dielakkan bagi mengekalkan minat

murid untuk terus berada di dalam kelas. Contohnya:

Guru: Saya hendak membeli...

Murid: Pembaris!

Guru: Pandai, Syarifah. Kamu memang cerdas.

Akhir sekali, bagi kemahiran penutup dalam rancangan pengajaran

aktiviti yang dirancang telah mengadakan satu sesi kesimpulan yang

dijalankan guru bersama murid. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat

mentafsirkan pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Hasil penilaian

ini akan membolehkan guru membuat pengubahsuaian untuk rancangan

pelajaran yang akan datang.

7.0 Perancangan Aktiviti dan Langkah-Langkah P & P

TAJUK: Membeli buku dan alat tulis di kedai buku.

TAHUN: 1 Bukhari

MASA: 60 Minit

Teori Pembelajaran: Teori Behaviorisme

Teori Huraian Bahasa: Teori Struktural

Pendekatan: Oral/Lisan

Kaedah: Audio-Lingual

Teknik: Latih Tubi

Kerja Kursus Projek 50

Page 51: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Objektif pembelajaran:

1) Murid dapat berkomunikasi dengan cara bertatasusila.

2) Murid dapat menyatakan hasrat dan keinginan mengikut keperluan.

3) Membolehkan murid menguasai kemahiran lisan dalam interaksi sosial.

Hasil Pembelajaran:

Fokus utama:

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Huraian Hasil Pembelajaran:

Aras 1 (i) Mendengar sesuatu perbualan dengan teliti untuk mendapat

maklumat.

Aras 1 (iii) Menjawab soalan secara bertatasusila.

Fokus sampingan:

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Huraian Hasil Pembelajaran:

Aras 1 (i) Menulis perkataan dan ayat tunggal yang diberikan dengan cara

yang betul dan kemas.

Kemahiran Bahasa: Membaca, Mendengar dan Bertutur

Sistem bahasa: Sebutan dan intonasi, Kosa kata (alat tulis dan sebagainya)

Tatabahasa: Ayat tunggal (Rujuk Langkah 2)

Penyerapan Nilai: Hemah tinggi, Keberanian, Rasional, Hormat-menghormati.

Kemahiran bernilai tambah:

Kerja Kursus Projek 51

Page 52: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

1. Kemahiran belajar cara belajar: mengingat jangka panjang, mendengar

aktif.

2. Kecerdasan pelbagai: interpersonal, intrapersonal, verbal linguistik.

3. Kontekstual.

Pengetahuan sedia ada:

Pengalaman: Murid pernah pergi ke kedai buku sekolah.

Bahan Bantu Mengajar: rakaman video di kedai buku, komputer riba, radio, pita

rakaman dialog.

Langkah-Langkah Pengajaran:

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Video rakaman perbualan tentang seorang murid yang sedang membeli buku dan alat tulis di sebuah kedai buku.

Contoh interaksi sosial:

G - Guru

M - Murid

G: Kamu tahu di mana tempat ini?

M: Tahu, cikgu. Di kedai buku.

G: Kamu biasa ke tempat ini?

M: Tak.

Set Induksi (5 minit)

1. Guru menayangkan video situasi di kedai buku.

2. Murid dikehendaki untuk mendengar dengan teliti

3. Guru menjalankan interaksi sosial dengan murid.

4. Guru mengaitkan soal jawab dengan tajuk pengajaran.

KBT

1. Kontekstual2. KP:

intrapersonal, interpersonal

3. BCB: kemahiran mendengar

BBB: rakaman video.

Kerja Kursus Projek 52

Page 53: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

G: Selama ini siapa yang selalu belikan buku?

M: Ayah.

G: Baiklah, hari ini cikgu akan ajar kamu macam mana cara untuk berdialog untuk membeli barang di kedai buku.

Rakaman perbualan yang mengandungi dialog situasi di kedai buku dimainkan.

Contoh dialog:P - PenjualM – MuridP: Adik, boleh saya bantu?M: Encik, saya ingin membeli sebuah buku.P: Buku yang macam mana adik nak beli?M: Saya ingin membeli buku tulis garis satu.P: Baiklah. Ada apa-apa lagi yang adik mahu beli?M: Saya juga ingin membeli pemadam. Adakah dijual di sini?P: Ada. Adik nak berapa?M: Satu sahaja, encik. Berapakah harganya?P: Harganya 50 sen sahaja.M: Baiklah, saya beli. Terima kasih, encik.

Langkah 1 (15 minit)

1. Guru memainkan pita rakaman yang mengandungi dialog situasi di kedai buku dengan menggunakan radio.

2. Murid diminta untuk mendengar dengan teliti.

3. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai ayat perbualan yang dimainkan.

4. Guru memainkan pita rakaman buat kali yang kedua.

5. Guru menyebut baris dialog tertentu.

6. Murid mengajuk frasa dan ayat yang disebut oleh guru.

7. Guru menambah beberapa frasa dalam dialog.

8. Murid belajar beberapa ayat penyata mengenai situasi di kedai buku secara bertatasusila.

9. Murid dikehendaki

KBT

1. Kontekstual2. KP:

intrapersonal, interpersonal

3. BCB: kemahiran mendengar, mengingat

BBB: rakaman dialog, radio

Kaedah: Audio-lingual

Teknik: Latih tubi

Kerja Kursus Projek 53

Page 54: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

P: Sama-sama. menghafal setiap baris ayat dialog dengan tepat.

10.Guru memberi pujian sebagai pengahargaan.

Latih tubi pola ayat

(ubah perkataan/frasa dalam dialog)

Latih tubi pengembangan/gantian/ pola yang diajarkan.

Contoh:

G: Sila ulang apa yang saya sebut. Buku tulis.

M: Buku tulis.

G: Membeli buku tulis.

M: Membeli buku tulis.

G: Hendak membeli buku tulis.

M: Hendak membeli buku tulis.

G: Saya hendak membeli buku tulis.

M: Saya hendak membeli buku tulis.

Contoh latih tubi gantian:

Guru menunjukkan gambar pemadam.

G: Saya hendak membeli....

Langkah 2 (25 minit)

1. Guru mengujarkan sebaris dialog untuk diajuk oleh murid.

2. Murid mengajuk dengan tepat dan bertatasusila.

3. Guru mengukuhkan ayat dengan mengubah perkataan dan frasa.

4. Murid masih mengikut apa yang dituturkan guru.

5. Kemudian, guru mengembangkan frasa bagi membentuk satu ayat.

6. Murid menghafal ayat tersebut dan mengulanginya beberapa kali.

7. Guru memberi peneguhan positif setiap kali murid berjaya menghafal dengan tepat.

8. Sekiranya terdapat kesilapan, guru membetulkan kesilapan itu segera dan membantu murid menghafalnya semula.

9. Bagi latih tubi berikutnya, guru menunjukkan gambar buku dan alat tulis untuk melakukan aktiviti latih tubi gantian.

10.Murid membina kosa kata

Teknik: latih-tubi

KBT

1. Kontekstual2. KP:

intrapersonal, interpersonal

3. BCB: kemahiran mendengar, mengingat

Nilai:

keberanian, rasional

BBB: gambar buku dan alat tulis.

Kerja Kursus Projek 54

Page 55: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

M: Pemadam.

G: Saya hendak membeli pemadam.

M: Saya hendak membeli pemadam.

Contoh latih tubi ayat tanya:

Guru meminta murid mengajuk ujarannya.

G: Encik, berapa harga buku ini?

M: Encik, berapa harga buku ini?

G: Encik, di mana saya boleh mendapatkan buku itu?

M: Encik, di mana saya boleh mendapatkan buku itu?

G: Encik, di mana saya perlu membayar barang ini?

M: Encik, di mana saya perlu membayar barang ini?

baharu dengan melihat gambar yang ditunjukkan guru.

11.Murid membuat ayat lengkap berdasarkan gambar dan menghafalnya.

12.Guru mengajarkan pula ayat soal atau ayat tanya yang sesuai bagi situasi di kedai buku.

13.Murid menghafal ayat tanya tersebut tanpa sebarang kesalahan.

14.Guru meminta murid menulis beberapa ayat dialog dan ayat soalan bagi situasi di kedai buku.

15.Murid menulis di buku tulis masing-masing untuk digunakan bagi aktiviti perbualan berpasangan yang seterusnya.

Aktiviti pengukuhan berpasangan.

Murid melakukan akitiviti bersoal jawab dalam situasi di kedai buku bersama

Langkah 3 (10 minit)

1. Guru mengarahkan supaya murid menghadap rakan masing-masing secara berpasangan.

2. Murid diminta melakukan

KBT

1. Kontekstual2. KP:

intrapersonal, interpersonal

3. BCB: kemahiran

Kerja Kursus Projek 55

Page 56: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

pasangan.

M1: Boleh saya bantu?

M2: Encik, saya hendak membeli buku.

M1: Kamu mahu beli buku apa?

M2: Saya hendak membeli buku tulis garis satu.

M1: Boleh. Kamu nak berapa banyak?

M2: Saya ingin membeli sebuah sahaja. Encik, berapa harga buku ini?

M1: Harganya cuma 50 sen sebuah.

M2: Baiklah. Saya beli. Encik, di mana saya perlu membayar buku ini?

M1: Kamu boleh membayarnya di kaunter.

aktiviti soal jawab bersama pasangan dengan menggunakan ayat (termasuk ayat tanya) dan dialog yang baru sahaja dipelajari.

3. Murid juga dibenarkan menjawab secara spontan tetapi masih bertatasusila.

4. Guru memantau dan akan membetulkan setiap kesilapan murid.

mendengar, mengingat

Nilai:

keberanian, rasional, hormat-menghormati

Penutup kognitif

- Rumusan isi pelajaran:

murid dapat menghafal dialog situasi di kedai buku.

murid menjawab soalan dalam situasi kehidupan seharian

- penutup sosial menjawab

Penutup (5 minit)

1. Murid diminta merumus kembali apa yang telah diajar oleh guru.

2. Guru memberi pujian dan motivasi kepada murid.

KBT

1. KB: merumus2. KP:

intrapersonal, interpersonal.

3. Kontekstual.

Nilai:Keberanian, rasional

Kerja Kursus Projek 56

Page 57: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

bertatasusila

8.0 Kesimpulan

Secara konklusinya, tugasan ini, telah menjelaskan mengenai Pedagogi

Bahasa Melayu. Di samping itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan

menjelaskan beberapa hasil pembelajaran kemahiran-kemahiran bahasa seperti

kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Selain itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan mengaplikasi Pengisian

Kurikulum dalam langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aras

pembelajaran kemahiran. Untuk itu, pelbagai kaedah pengajaran telah dirangka bagi

memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran yang mementingkan penyerapan kemahiran

bernilai tambah serta beberapa cabang kemahiran lain.

Kemahiran berkomunikasi sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada

pelajaran bahasa. Sama ada secara langsung atau tidak, kemahiran ini terpaksa

diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak dari darjah permulaan lagi. Aspek

komunikasi merupakan aspek yang diberi penekanan kepada murid tentang

kemahiran interpersonal, yakni membolehkan murid memulakan, membina dan

Kerja Kursus Projek 57

Page 58: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau dengan orang lain melalui

perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurusan bagi tujuan keperluan

harian sama seperti dalam contoh aktiviti yang dihuraikan dalam tugasan projek.

Oleh itu, guru perlu menyediakan satu aktiviti khusus yang dapat meningkatkan

kemahiran lisan murid supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif dengan

persekitaran di samping mengikis perasaan malu dan takut ketika berhadapan orang

luar di alam luar persekolahan.

Secara keseluruhannya dengan melakukan tugasan ini, secara tidak

langsung telah membimbing guru pelatih untuk memahami dengan lebih mendalam

lagi mengenai kaedah pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Ini adalah satu

peluang kepada guru pelatih untuk membiasakan diri dengan alam kehidupan

seorang guru yang sebenar. Selain itu, guru sepatutnya menjadikan Sukatan

Pelajaran sebagai dokumen rujukan dalam menghasilkan rancangan pengajaran

yang menepati aras pengetahuan murid. Kajian yang mendalam tentang pedagogi

untuk mencapai hasil pembelajaran sukatan pelajaran harus dipertingkatkan supaya

murid dapat mengadaptasi kemahiran yang sepatutunya mereka kuasai.

9.0 Refleksi

9.1 Muhammad Aminul Khalil Bin Zaini

SEBELUM

Usai mendapat tugasan BM 2 ini, penulis berasa gementar dan risau

kerana tidak mendapat sebarang gambaran yang jelas mengenai tugasan

tersebut. Namun, setelah mendapat penerangan yang jelas daripada

pensyarah, penulis berasa teruja untuk memulakan tugasan berikutnya.

Sebelum menjalankan tugasan, beberapa fokus utama aktiviti telah

dikenal pasti. Fokus tersebut melibatkan beberapa strategi pengajaran dan

pembelajaran selain pembacaan terhadap pengisian kurikulum dalam sukatan

pelajaran. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti sama ada guru benar-

benar memainkan peranan dalam mengaplikasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Melalui aktiviti yang dirancang secara berkumpulan,

penulis dapat mengetahui juga cara pelaksanaan dan langkah-langkah

Kerja Kursus Projek 58

Page 59: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

pengajaran dalam kelas termasuk penggunaan sumber bahan pengajaran

seperti ICT dan sebagainya.

Selain itu, aspek yang terpenting sebelum tugasan projek dilaksanakn

ialah pengetahuan sedia ada mengenai tajuk tugasan. Rata-rata antara kami

masih tidak begitu mahir dalam kemahiran pedagogi bahasa. Jadi, bantuan

pensyarah serta rakan sangat ditagih. Namun, amali di dalam kelas yang

telah dibentangkan banyak membantu kami. Antaranya aspek pengajaran

mikro dan sebagainya.

Akhir sekali, sebelum tugasan dilaksanakan, penulis dan beberapa

orang rakan yang lain telah merancang strategi pelaksanaan tugasan ini. Ada

dalam kalangan kami yang sudah mendapatkan beberapa maklumat penting

daripada senior dan sebagainya. Perancangan tersebut sedikit sebanyak

dapat membantu kami melakukan persediaan sebelum tugasan projek

dilaksanakan. Jadual kerja juga dirangka supaya dapat memudahkan

perjalanan penyediaan laporan penuh tugasan.

SELEPAS

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana penulis berjaya menyiapkan tugasan

ini dengan sempurna. Biarpun pada awalnya menjangkakan bahawa tugasan

ini sukar, tetapi akhirnya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.

Sebenarnya, di awal mendapat tugasan ini, penulis tidak terbayang sedikit

pun apa yang perlu dilakukan. Tetapi dengan dorongan Puan Zainiyah Bt

Mohd Zain, gambaran itu menjadi jelas sedikit dan membuatkan penulis tidak

sabar-sabar untuk memulakan tugasan.

Penulis telah mencari bahan di pelbagai tempat dan sumber. Biarpun

hanya sedikit sahaja isi yang ditemui, namun tetap bersyukur kerana

sekurang-kurangnya penulis tidak melepaskan tanggungjawab begitu sahaja.

Tugasan ini banyak mendisiplinkan diri khususnya ketika berada di

penghujung tarikh serahan tugasan.

Kerja Kursus Projek 59

Page 60: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Selain itu, penulis dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi

menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua.

Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas

dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini.

Sementara itu, secara jujurnya penulis sangat bersyukur kerana

mendapat tugasan ini. Hal ini disebabkan penulis dapat menambah

pengetahuan pedagogi bahasa kerana sebelum ini hanya memahami apa

yang di ajar secara umum. Dengan adanya tugasan seperti ini, ilmu

menegenai kemahiran bahasa serta kandungan yang terdapat dalam sukatan

pelajaran dapat dipraktikkan semasa menjadi guru kelak. Tanpa pengetahuan

mengenai semua ini, mungkin rancangan pengajaran harian sukar untuk

dihasilkan.

Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih dihamparkan kepada sesiapa

sahaja yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini.

9.2 Muhammad Amir Al-Hafiz Bin Zulkifli

SEBELUM

Penyataan sebelum menjalankan tugasan ini, bagi saya ianya amat

susah. Semasa mula-mula mendapat soalan, saya merasakan tidak tahu apa

yang sepatutnya saya lakukan. Pada mulanya saya masih samar-samar

mengenai kehendak soalan. Tetapi setelah diberikan penerangan oleh

pensyarah segala persoalan yang bermain difikiran terjawab.

Terlebih dahulu,saya bersyukur kerana semasa pembahagiaan

kumpulan saya telah diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan

Muhammad Aminul Khalil dan Muhd Syazmi Aizudin. Berdasarkan

pengalaman saya yang lepas mereka ini amatlah baik orangnya. Pada

kebiasaannya mereka sentiasa menjadi pendorongan kepada ahli kumpulan

mereka untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Ternyata segala sangkaan

Kerja Kursus Projek 60

Page 61: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

baik saya itu benar, semasa hendak menjalankan tugasan ini saya telah

dibebankan dengan banyak tugasan subjek lain. Jadi , merekalah yang

banyak mendorong saya dengan kata-kata semangat. Saya masih ingat lagi

kata-kata Khalil pada waktu itu, “kita boleh siapkan tugasan ini dalam masa

yang ditetapkan, jika kita yakin pada diri kita Insyallah Allah akan bantu kita

siapkan tugasan ini”.

Sebelum menjalankan tugasan ini juga saya menghadapi masalah

dalam memahami dan memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai

untuk digunakan dalam melaksanakan tugasan ini. Untuk mengatasi masalah

ini, saya telah bertanya kepada senior saya mengenai masalah yang dihadapi

saya. Mereka telah banyak membantu saya. Selain itu, saya juga

mengunjungi perpustakaan untuk mencari ilmu berkaitan dngan tugasan.

Tetapi perbincangan dalam kumpulan sebenarnya banyak membantu saya

memahami kehendak soalan yang diberikan. Terima kasih kepada semua ahli

kumpulan saya.

SELEPAS

Assalamualaikum w.b.t...

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, hidayah-Nya

serta inayah-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus pendek

ini pada masa yang telah ditetapkan. Kerja kursus ini telah diberikan oleh

pensyarah pembimbing bagi membuat rujukan, pemerhatian dan mengumpul

maklumat. Tarikh mula bagi kerja kursus projek ini ialah pada 23 Februari

2010 yang lalu. Saya memulakan tugasan bersama rakan seperjuangan saya

iaitu Muhammad Aminul Khalil bin Zaini dan Mohd Syazmi Aizuddin bin Yusof.

Kami mula mengumpulkan seberapa maklumat untuk mengkaji tentang

soalan yang diberikan. Kami mencari maklumat-maklumat berkenaan di Pusat

Sumber Datuk Lokman Musa IPGM Kampus Bahasa Melayu. Kami juga

melayari internet bagi menambah maklumat tentang tugasan ini.

Kerja Kursus Projek 61

Page 62: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Antara halangan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang melakukan

tugasan kerja kursus ini ialah kami juga perlu menyiapkan banyak tugasan

mata pelajaran lain. Jadi, kami menguruskan masa dengan sebaik-baiknya

untuk menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi

menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua.

Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas

dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini.

Akhir kata, saya berharap agar semua pihak khususnya pihak

pensyarah berpuas hati dengan hasil kerja kursus pendek yang telah kami

hasilkan ini.

9.3 Mohd Syazmi Aizudin Bin Yusof

SEBELUM

Dalam subjek Bahasa Melayu 2 kami, kami mestilah mengusai subjek

ini untuk menyempurnakan tugasan ini. Antara hasil pembelajarannya ialah

menjelaskan tentang Teori Pembelajaran Bahasa dan mengaplikasikannya

dalam pengajaran dan pembelajaran. Kami juga perlu menjelasaskan

perkaitan antara teori dengan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran dengan tepat. Selain itu, kami juga diminta untuk mengaplikasikan

Kemahiran Bernilai Tambah dalam langkah-langkah untuk menyediakan

Rancangan Pengajaran Harian dan mempelbagaikan strategi pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah supaya dapat memupuk

potensi semulajadi murid.

Oleh itu, bagi memastikan proses penghasilan kerja kursus kami ini

berjalan dengan lancar dan memuaskan hati semua pihak, kami haruslah

Kerja Kursus Projek 62

Page 63: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

sentiasa teliti dalam menghasilkan kerja kursus projek ini. Kami sentiasa

berbincang bagaimana ingin memulakan kerja kursus ini. Apa yang kurang

difahami dalam sesuatu perkara, akan dibincangkan sebaik mungkin sesama

kami. Jika ada sesuatu perkara yang agak kabur bagi kami semua, kami

berjumpa dengan pensyarah kami untuk bertanyakan kepadanya. Taklimat-

taklimat yang diberikan oleh pensyarah kami akan kami dengar dengan teliti

dan akan dicatat. Hal ini bertujuan untuk menambahkan lagi pemahaman

kami terhadap cara-cara untuk menyiapkan tugasan yang diberi ini.

Segala persediaan kami sebelum memulakan kerja kursus kami ini

telah kami lakukan sebaik mungkin. Kami amat berharap agar kami dapat

menyempurnakan tugasan kami ini dengan baik dan amat berharap agar

perjalanan proses projek kami berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih.

SELEPAS

Pada 23 Februari 2010 yang lalu, pensyarah Bahasa Melayu 2 saya,

Puan Zainiyah bt Md Zain telah memberikan tugasan iaitu berkaitan dengan

Pedagogi Bahasa Melayu dan rancangan aktiviti pengajaran.

Dari segi kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini, secara terus terang

saya katakan bahawa agak bermasalah untuk menyiapkan tugasan ini kerana

pada suatu tahap saya berasakan tertekan untuk menyiapkan tugsan ini.

Namun, disebabkan bantuan yang telah diberikan oleh rakan sekumpulan

saya iaitu Muhammad Aminul Khalil dan Muhammad Amir Al-Hafiz serta

rakan-rakan yang lain, kami semua kembali bersemangat untuk menyiapkan

tugasan ini. Alhamdulillah, saya berjaya menyempurnakan tugasan pada kali

ini.

Kerja Kursus Projek 63

Page 64: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Namun disebalik kesukaran tersebut saya mendapat banyak manfaat

yang tidak ternilai harganya. Dengan melakukan tugasan ini, saya dapat

meningkatkan kemahiran belajar kami sama ada membaca,mencatat

nota,merujuk dan sebagainya. Saya juga lebih mahir dalam proses untuk

mencari dan menambah maklumat yang diperoleh.

Kesimpulannya, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai

seorang guru pelatih yang masih menuntut, saya perlulah mengetahui dengan

lebih mendalam mengenai Pedagogi Bahasa Melayu. Melalui pemahaman ini

juga, guru dapat mengajar dengan lebih berkesan. Akhir sekali, saya

berharap semoga kerja kursus ini dapat memberi manfaat kepada diri saya

sendiri serta orang lain.

Sekian, Wassalam.

10.0 Jadual Pelaksanaan Tugasan dan Borang Kolaborasi

Kerja Kursus Projek 64

Page 65: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Kerja Kursus Projek 65

BIL PERKARA TARIKH

1 Menerima tugasan dan sedikit penerangan daripada Puan Zainiyah

23Februari

2010

2 Mula mencari rakan pasangan dan mengagihkan tugasan.

25Februari

2010

3 Mula mencari buku-buku rujukan tentang Pedagogi Bahasa Melayu dan buku-buku lain yang berkaitan di Perpustakaan Negara.

2Mac2010

4 Mula menjalankan kerja menaip dan membuat sedikit perbincangan dengan rakan-rakan yang mengetahui tentang tugasan ini.

8Mac2010

5 Menghantar draf awal.

9Mac2010

6 Menghantar draf akhir.

2April 2010

7Tugasan siap dan hanya memerlukan sedikit penambahan sahaja.

10April2010

8 Tugasan diserahkan.

12 April2010

Page 66: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

11.0 Rujukan

11.1 Sumber buku

Kerja Kursus Projek 66

Page 67: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,

Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Modul 2/4 Bahasa Melayu KPLI

SR. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1993).

Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan.

Petaling Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon. (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu:

Prinsip dan Teknik. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mangantar Simanjuntak. (1998). Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala

Lumpur: Sarjana Enterprise.

Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir. (2003). Teori Bahasa: Implikasinya

Terhadap Pengajaran Bahasa. Tanjong Malim: Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran

Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid. (1994). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

11.2 Sumber intrernet

Kerja Kursus Projek 67

Page 68: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Sharbi Ali. (2005). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Diperoleh pada 1 Mac 2010. daripada www.ppk.kpm.my:

http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22.htm

Ariffin. (16 Mac 2010). Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan

Teknik. Diperoleh pada 6 Mac 2010. Daripada

dadwayne.blogspot.com:

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategi-

pendekatan-kaedah.html

Yahya Nursidik. (16 Mei 2008). Teori Behaviorisme. Diperoleh pada 14

Mac 2010. Daripada apadefinisinya.blogspot.com:

http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/05/teori-behaviorisme.html

SIL International. (2 July 1998). Behaviorist theory of learning

(Skinner). Diperoleh pada 15 Mac 2010. Daripada www.sil.org:

http://www.sil.org/lingualinks/literacy/implementaliteracyprogram/

behavioristtheoryoflearningski.htm

Laura Davenport. (April 26, 2001). cognitivsm vs. behaviorism in

learning theory. Diperoleh pada 25 Mac 2010. Daripada

www.greenspun.com

http://www.greenspun.com/bboard/q-and-a-fetch-msg.tcl?

msg_id=0056KI

12.0 Lampiran (Draf-Draf Tugasan)

Kerja Kursus Projek 68

Page 69: Tugasan BMM 3117 Semester 1 PISMP

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Kerja Kursus Projek 69