tugasan mei 2014 semester eit 311

15
TUGASAN MEI 2014 SEMESTER KOD MATA PELAJARAN : EIT 311 NAMA MATA : Teknologi Pengajaran & Sumber Pembelajaran PELAJARAN PROGRAM : Sarjana Muda Pendidikan NAMA PELAJAR : Sarina Binti Majid NO. MATRIK : E30109130162 FASILATATOR : AKADEMIK PUSAT : PEMBELAJARAN

Upload: nooraluitm

Post on 27-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Tugasan Mei 2014 Semester Eit 311

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Mei 2014 Semester Eit 311

TUGASAN

MEI 2014 SEMESTER

KOD MATA PELAJARAN : EIT 311 NAMA MATA : Teknologi Pengajaran & Sumber

PembelajaranPELAJARAN PROGRAM : Sarjana Muda Pendidikan

NAMA PELAJAR : Sarina Binti MajidNO. MATRIK : E30109130162FASILATATOR : AKADEMIKPUSAT :PEMBELAJARAN

Page 2: Tugasan Mei 2014 Semester Eit 311

Sekapur sirih

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jaya nya. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang sabar memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan. Dengan ilmu yang diberikan membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan lebih lancar dan siap tepat pada masa nya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan tanpa jemu. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses menyiapkan tugasan ini sama ada langsung atau tidak langsung.

Terima kasih,

Sarina Majid

2

Page 3: Tugasan Mei 2014 Semester Eit 311

Isi Kandungan

No. Isi Kandungan Muka surat1. Bahagian A

Tulis satu laporan yang bertajuk : “Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah Saya”

2.Bahagian B

Sediakan satu pelajaran yang dilaksanakan selama 60 minit- Bahasa Inggeris

3. Rujukan

3

Page 4: Tugasan Mei 2014 Semester Eit 311

Bahagian A

“ Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah Saya”

Teknologi merupakan antara pengukur utama kemajuan sesebuah tamadun manusia atau

negara moden. Dari perkembangan binaan, penempatan tetap, saliran air dan kumbahan,

perubatan, hinggalah kepada senjata dan pertahanan. Dari segala sudut, semua teknologi yang

cuba dibangunkan manusia sejak azali adalah untuk kebaikan dan manfaat sejagat. Teknologi

sudah sebati bersama kita. Jika dilihat pada persekitaran rumah, pelbagai teknologi yang kita

gunakan untuk kegunaan harian. Antara nya peti sejuk, televisyen dan pelbagai lagi.

Sememangnya teknologi sangat membantu kita dalam menjalankan aktiviti harian. Dewasa ini

penggunaan teknologi juga meluas hingga ke sekolah. Kementerian pendidikan Malaysia telah

memastikan setiap sekolah mempunyai kemudahan teknologi yang lengkap bagi memastikan

semua pelajar dapat menikmati kemudahan ini dengan selesa.

Antara teknologi yang berada di sekolah saya ialah mempunyai alatan seperti computer,

LCD, mesin pencetak, skrin layar, radio, televisyen dan lain-lain. Semua peralatan teknologi ini

digunakan dalam proses pembelajaran samaada di dalam kelas atau diluar kelas. Penggunaan

teknologi sewaktu proses pengajaran membuatkan cara pengajaran lebih menarik dan efektif.

Terdapat banyak kelebihan dalam menggunakan teknologi dalam proses pengajaran, antara nya

pelajar lebih mudah mengingati dan lebih fokus. Hal ini berikutan penggunaan teknologi telah

membuatkan cara pengajaran lebih kreatif dan menarik. Jika ditinjau dari sekolah ke sekolah kita

akan dapat melihat setiap sekolah mempunyai makmal computer. Setiap makmal komputer yang

berada di setiap sekolah mempunyai guru yang bertanggungjawab untuk menyelianya. Guru

berkenaan akan memastikan segala alatan yang berada di dalam makmal berkenaan berada dalam

keadaan baik dan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid.

4

Page 5: Tugasan Mei 2014 Semester Eit 311

Setiap pentadbiran di sekolah telah menetapkan waktu yang khusus untuk setiap kelas

menggunakan makmal computer. Semua pelajar akan merasai penggunaan teknologi dalam

proses pengajaran mereka. Antara teknologi yang sering digunakan adalah LCD dan skrin layar.

Kebanyakkan guru menggunakan peralatan ini dalam proses pengajaran kerana ia nya lebih

mudah dan menjimatkan masa. Pelajar-pelajar juga lebih seronok dan memberi perhatian yang

lebih kepada proses pengajaran. Matapelajaran yang sering menggunakan teknologi dalam

proses pengajaran ialah matematik, sains, bahasa Malaysia dan pelbagai lagi. Penggunaan

teknologi bukan bergantung kepada subjek nya tetapi kepda guru yang mengajarnya, samaada

guru berkenaan ingin menggunakan kemudahan yang sedia ada yang telah disediakan oleh

kerajaan. Guru yang kreatif dan inovatif akan menggunakan teknologi dalam proses

pengajarannya bagi memastikan gaya pengajaran lebih menarik dan tidak membosankan. Kaedah

atau cara pengajaran yang lama lebih mudah membuat pelajar berasa bosan dan tidak minat

untuk belajar. Hal ini kerana mereka telah dibesarkan dengan persekitaran yang dipenuhi dengan

teknologi. Mereka telah sebati dengan penggunaan teknologi, oleh kerana itu penggunaan

teknologi dalam proses pengajaran lebih menarik perhatian mereka.

Satu tinjaun telah dilakukan di sebuah sekolah yang berada di Kuantan. Sekolah rendah

kebangsaan ini mempunyai bilangan murid yang tidak begitu ramai, hal ini kerana faktor

kedudukan yang agak jauh dan berada dalam kawasan kampung. Saya telah menemubual

beberapa orang guru dan memerhatikan apa yang sedang berlaku di sekolah ini dalam penerapan

teknologi. Berikut merupakan hasil temubual bersama guru-guru di sekolah ini. Hasil temubual

ini telah ditukar kepada bentuk jadual.

1. Jenis teknologi yang kerap digunakan

No

.

Jenis teknologi / Kekerapan Selalu digunakan Jarang digunakan Sangat jarang

digunakan

1. Kad imbasan /

2. Poster /

3. Gambar /

4. Klip audio /

5. Perisian /

5

Page 6: Tugasan Mei 2014 Semester Eit 311

6. Permainan Komputer /

7. Laman web /

8. Power Point /

9. Words /

2. Matapelajaran yang paling kerap menggunakan teknologi

No

.

Jenis teknologi / Kekerapan Selalu digunakan Jarang digunakan Sangat jarang

digunakan

1. Bahasa Malaysia /

2. Bahasa Inggeris /

3. Matematik /

4. Muzik /

5. Sains /

6. Pendidkan Islam /

7. Pendidikan Moral /

3. Kemahiran guru dalam penggunaan teknologi

No

.

Jenis teknologi / Kekerapan Selalu digunakan Jarang digunakan Sangat jarang

digunakan

1. Microsoft Word /

2. Microsoft Power Point /

3. Microsoft Excel /

4. Microsoft Publisher /

6

Page 7: Tugasan Mei 2014 Semester Eit 311

4. Kursus yang dihadiri dalam penggunaan teknologi

No

.

Jenis teknologi / Kekerapan Selalu dihadiri Jarang dihadiri Sangat jarang

dihadiri

1. Microsoft Word /

2. Microsoft Power Point /

3. Microsoft Excel /

4. Microsoft Publisher /

Berdasarkan jadual diatas dapat dianalisis bahawa subjek yang kurang menggunakan

penerapan teknologi dalam proses pengajaran adalah Pendidikan Islam. Hal ini berikutan subjek

memerlukan ketelitian dalam mengajarnya. Penggunaan teknologi sememangnya bukan nya

mustahil bagi subjek ini namun kebanyakkan guru agama lebih senang untuk mengajar secara

tradisional. Terdapat pendapat yang mengatakan peperiksaan menghalang penggunaan teknologi,

namun sejauh manakah kebenaran tersebut? Berdasarkan pemerhatian saya peperiksaan

bukanlah batu penghalang dalam menggunakan teknologi. Sememangya tidak dapat disangkal

bahawa peperiksaan tidak mengandungi teknologi dan terdapat guru-guru yang lebih

mengfokuskan pengajaran yang khusus untuk menjawab peperiksaan tanpa menghiraukan

penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Namun begitu impak peperiksaan dalam

menghalang penggunaan teknologi tidak begitu besar.

Seharus nya guru menerapkan penggunaan teknologi di dalam kelas mereka, hal ini bagi

menyesuaikan dengan peredaran zaman sekarang. Murid-murid pada zaman ini telah terdedah

pada kecanggihan teknologi di sekelilingnya. Penggunaan teknologi akan membuatkan murid

lebih terangsang kepada pelajaran yang diajar di dalam kelas. Cara pendidikan tradisional

sememangnya tidak disangkal ada keberkesanannya namun cara pendidikan moden juga ada

kelebihannya juga.

7

Page 8: Tugasan Mei 2014 Semester Eit 311

Beradasarkan pemerhatian saya mendapati jenis teknologi yang sering dipakai oleh guru-

guru di sekolah ini ialah mereka lebih gemar menggunakan skrin layar yang dipancar dengan

imej yang diperolehi dari komputer riba. Penggunaan teknologi ini dilihat lebih sesuai dan

fleksibel digunakan di dalam kelas. Hal ini kerana kebanyakkan kelas-kelas yang ada di sekolah

ini mempunyai pemancar imej atau lebih dikenali sebagai LCD. Guru yang mengajar hanya perlu

membawa komputer riba bersama bahan yang telah siap sama ada dalam bentuk Slide show,

words dan lain-lain. Pekara ini dilihat lebih praktikal untuk diaplikasikan di dalam kelas. Murid-

murid tidak perlu keluar daripada kelas untuk menggunakan serta menikmati teknologi di

sekolah mereka. Oleh demikian guru-guru lebih memilih untuk menggunakan teknologi ini

sebagai alat bantuan mengajar mereka.

Mata pelajaran yang kerap mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran

berdasarkan pemerhatian saya ialah subjek Sains. Hal ini kerana silibus subjek sains ini banyak

menerangkan mengenai kehidupan sekeliling murid. Penerangan menggunakan kaedah verbal

tidak begitu berkesan dan murid kurang memahaminya. Oleh kerana itu guru-guru yang

mengajar subjek Sains telah mengambil inisiatif untuk menggunakan teknologi seperti komputer

riba, laman wep, Power point dan lain-lain sebagai alat bantuan mengajar. Murid-murid lebih

berasa seronok dan mudah untuk memahami konsep Sains dengan ada nya imej, klip video dan

lain-lain. Guru-guru dari generasi yang telah terdedah lebih memeilih untuk menggunakan

teknologi sebagai alat bantuan mengajar. Rasional nya ialah, guru-guru tidak perlu membawa

buku teks atau buku rujukan yang berat ke setiap kelas yang perlu diajar. Hanya dengan

membawa komputer riba yang berisi dengan maklumat yang padat perlu dibawa. Hal ini lebih

memudahkan dan fleksibel bagi guru-guru yang mahir menggunakan teknologi.

Terdapat segelintir guru yang lebih mengutamakan kaedah pengajaran tradisional dimana

murid-murid di minta untuk menyalin nota yang ditulis di papan putih. Kaedah ini adalah untuk

memastikan murid-murid mengingati pelajaran yang di pelajari nya setelah menyalin nya ke

dalam buku mereka. Sememangnya terbukti keberkesanan nya namun begitu jika kaedah ini

sering di gunakan setiap kali proses pengajaran, di khuatiri murid-murid akan berasa jemu dan

8

Page 9: Tugasan Mei 2014 Semester Eit 311

segala apa yang disalin tidak akan diingati. Alasan guru-guru yang tidak menggunakan teknologi

adalah kerana teknologi memerlukan kemahiran yang tinggi untuk digunakan. Mereka juga

mengatakan kaedah tradisonal lebih efektif berbanding kaedah moden yang mengaplikasikan

penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Jika diteliti dengan baik, punca sebenar mereka

tidak menggunakan teknologi adalah kerana kekurangan pengetahuan dalam penggunaan

teknologi. Oleh kerana itu mereka tidak menggunakan teknologi dalam proses pengajaran

mereka.

Kemahiran guru dalam menggunakan teknologi sememangnya patut di puji namun

terdapat juga guru-guru yang kurang pengetahuan dalam penggunaan teknologi. Namun begitu

secara kasar hamper keseluruhan guru dapat menggunakan teknologi. Apa yang membezakan

ialah tahap pengetahuan mengenai teknologi. Hal ini kerana pada masa kini Kementerian

Pendidikan Malaysia banyak menggunakan aplikasi online. Oleh kerana itu semua guru harus

mempunyai ilmu pengetahuan mengenai teknologi walaupun sedikit.

Pemerhatian saya di teruskan kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS). Berdasarkan

pemerhatian saya ke atas pusat sumber ini, saya mendapati banyak jenis teknologi yang ada

didalam pusat sumber ini. Guru-guru yang bertanggungjawab untuk menjaga pusat sumber ini

amat menitik berat segala aspek yang perlu ada di dalam pusat sumber. Teknologi seperti

televisyen, pemain DVD, radio, komputer, dan lain terdapat dipusat sumber ini. Murid-murid

sekolah ini dapat menikmati teknologi ini sekiranya dating ke pusat sumber. Berikut merupakan

jenis teknologi yang berada di sekolah ini :-

9

Page 10: Tugasan Mei 2014 Semester Eit 311

1.Komputer

Terdapat komputer disediakan di dalam pusat sumber untuk kegunaan murid. Semua murid yang

datang ke pusat sumber boleh menggunakan teknologi ini. Komputer turut di sediakan

perkhidmatan internet. Hal ini membolehkan murid-murid melayari laman sesawang.

2. Televisyen

Televisyen juga disediakan di pusat sumber ini. Guru-guru boleh membawa murid-murid ke

pusat sumber bagi menonton rancangan yang berunsurkan pendidikan. Perkhidmatan Astro turut

disediakan. Hal ini membolehkan murid-murid menonton rancangan yang pelbagai seperti Astro

Tutor Tv, National Geographic dan lain- lain.

10

Page 11: Tugasan Mei 2014 Semester Eit 311

Rujukan

Mohd Jizat Abdol,Abdul Razak Idris dan Jessnor Elmy (2006). Teknologi

pengajaran dan pembelajaran. UTM.

Ngui Kuan Sang (1989). Teknologi Pendidikan: penggunaannya dalam

pengajaran geografi, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).

Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan

Multimedia.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Shah Alam. Oxford Fajar.

Noriati, A.Rashid (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Percival , H.T., Ellington, H.I. dan Race, P. (1993). Handbook of educational

technology. Edisi ke 3. London: Kogan Page.

11