matematik kejuruteraan 3 kertas tugasan

Upload: zed-espada

Post on 10-Jul-2015

472 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

TERHAD

KERTAS TUGASAN

MATEMATIK KEJURUTERAAN 3

TERHAD

Cetakan Kedua Mac 2011 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia http ://www.jtm.gov.my/kurikulum

Hak Cipta Terpelihara. Dokumen ini diklasifikasikan sebagai TERHAD. Tidak dibenarkan mengeluar mana-mana bahagian dalam kandungan Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) dalam apa jua bentuk tanpa keizinan daripada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Bahan Pembelajaran SEMESTER TIGA ini dibangunkan bagi kursus sepenuh masa di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) oleh Ahli Jawatankuasa

Pembangunan WIM dan disemak serta diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Kurikulum untuk tujuan gunapakai bagi semua ILJTM yang terlibat.

Kod Pengesahan WIM Kod Pengesahan Silibus Tarikh Pengesahan WIM

: WIM/MK 3011/12011/S03/P1 : SFB/MK 3011/12009/P1 : 11 Mac 2011

KANDUNGAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM ................................................ i SENARAI SINGKATAN ..................................................................................................... ii KERTAS PENERANGAN MODUL ....................................................................................1 MK 3011 MATEMATIK KEJURUTERAAN 3 ..............................................................1 GROUP CLUSTERING MODULE .................................................................................2 LE 1 STATISTIK 3 LE 2 KEBARANGKALIAN 7

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM KLUSTER SUBJEK UMUM MATEMATIK KEJURUTERAAN 3

Ahli Jawatankuasa : 1. 2. 3. 4. Pn Ainin Nisak binti Ahmad Asnawi (Pengerusi Kluster Subjek Umum) En Ismail bin Sukeeman (Penolong Pengerusi Kluster Subjek Umum) En Zawawi bin Mohamad Pn Hii Ching Fen ADTEC Shah Alam ADTEC Melaka ILP Kota Bharu ADTEC Melaka

Urusetia :

1. 2.

Pn Norpisah binti Jumin En Ismail bin Mat Taha

BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat

Tarikh dibangunkan Tempat

: :

6 Julai 9 Julai 2010 ADTEC Taiping

i

SENARAI SINGKATAN IS WS AS INFORMATION SHEET WORK SHEET ASSIGNMENT SHEET

KOD KURSUS SEMESTER NO. MODUL KREDIT NO. LE JENIS WIM

MK 3 01 1-LE2-AS

ii

KERTAS TUGASAN MODULMK 3011 MATEMATIK KEJURUTERAAN 3

GROUP CLUSTERING MODULE MK 3011-LE1 STATISTIK 1.1 1.2 1.3 1.4 Pengenalan statistik Penjadualan dan penyajian data Pengukuran kecenderungan memusat bagi data tak terkumpul dan data terkumpul Pengukuran serakan bagi data tak terkumpul dan data terkumpul

MK 3011-LE2 KEBARANGKALIAN 2.1 Konsep kebarangkalian

MK3011-LE1-AS

PINDAAN : 1

MUKASURAT 2

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS TUGASANNAMA KLUSTER KOD DAN NAMA MODUL PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO. TUGASAN BERKAITAN SUBJEK UMUM - MATEMATIK KEJURUTERAAN 3 MK 3011 MATEMATIK KEJURUTERAAN 3 LE 1 1.1 1.2 1.3 1.4 STATISTIK PENGENALAN STATISTIK PENJADUALAN DAN PENYAJIAN DATA PENGUKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT BAGI DATA TAK TERKUMPUL DAN DATA TERKUMPUL PENGUKURAN SERAKAN BAGI DATA TAK TERKUMPUL DAN DATA TERKUMPUL

KENALPASTI DAN FAHAM PERMASALAHAN MATEMATIK KEJURUTERAAN DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PERATUS SUPAYA : OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) 1. DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK YANG BERKAITAN DENGAN BETUL. 2. DAPAT MEMBANTU PELAJAR SEMASA KEGUNAAN DI BENGKEL BAGI SUBJEK TERAS.

OBJEKTIF MEMBOLEH (EO)

DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :MENGETAHUI KONSEP DAN PENGIRAAN STATISTIK DALAM PENYELESAIAN MASALAH

MK3011-LE1-AS

PINDAAN : 1

MUKASURAT 3

TAJUK : STATISTIK TUJUAN : Kertas tugasan ini membantu pelajar untuk memantapkan pengetahuan tentang : Penjadualan dan penyajian data Pengiraan kecenderungan memusat dan serakan bagi data terkumpul dan tidak terkumpul Penggunaan statistik dalam penyelesaian masalah

ARAHAN Jawab semua soalan. SOALAN: 1. Sediakan satu jadual kekerapan longgokan bagi data tak terkumpul di bawah :

13 15 15 14

15 15 16 17

13 16 18 18

14 14 17 15

18 18 14 16

15 14 13 14

18 16 14

14 17 18 (5 markah)

2. Diberi satu set data 1, 3, 4, 7, 9, 2, 4, 3. Carikan i) ii) iii) iv) Median kuartil pertama kuartil ketiga julat antara kuartil (2 markah) (2 markah) (2 markah) (2 markah)

3. Mod bagi kumpulan data 23, 32, 15, Z, 32, 25, 13 dan 27 ialah Z. i) ii) iii) Cari nilai Z Dapatkan nilai min bagi kumpulan data ini. Dapatkan nilai median bagi kumpulan data ini. (1 markah) (3 markah) (3 markah)

MK3011-LE1-AS

PINDAAN : 1

MUKASURAT 4

4. Jadual di bawah menunjukkan umur 100 orang pensyarah di Adtec Jerantut.

Umur ( tahun ) 20 24 25 29 30 34 35 39 40 44 45 49 50 54 55 - 59

Bil Pensyarah 11 20 13 16 17 9 11 3

(a) Bina satu jadual kekerapan yang mengandungi sempadan bawah, sempadan atas, titik tengah dan kekerapan longgokan. (b) Cari min bagi data di atas. (c) Lukis satu histogram berdasarkan jadual di atas. (d) Lukis poligon kekerapan daripada histogram di atas. (7 markah) (5 markah) (5 markah) (3 markah)

5.

Min bagi senarai nombor x + 2, x 4, 2x 5, x 7 dan x + 3 ialah 17, carikan (i) (ii) nilai x varians (6 markah) (6 markah)

6.

Cari min, mod dan median bagi set data berikut. 23, 12, 33, 15, 56, 42, 85, 49, 56, 27,42, 49, 42, 41 (8 markah)

7.

Apakah perbezaan di antara histogram dan poligon kekerapan? Terangkan peraturanperaturan yang mesti dipatuhi untuk melukis kedua-duanya. (8 markah)

MK3011-LE1-AS

PINDAAN : 1

MUKASURAT 5

8. Jadual berikut menunjukkan taburan mata yang diperoleh sekumpulan pelajar dalam suatu kuiz matematik. Tentukan julat antara kuartil bagi taburan itu. Mata Bil Pelajar 1 3 2 5 3 8 4 6 5 2 (5 markah)

9. Jadual di bawah menunjukkan gred ujian matematik kejuruteraan 3 yang diperolehi oleh pelajar sem 3. Bina satu ogif berdasarkan kepada jadual yang diberikan di atas dengan menggunakan skala 2cm : 1 pelajar pada paksi-x dan 2cm: 5 pelajar pada paksi-y.Markah Kekerapan longgokan Sempadan Atas 1 0 1.5 2 2 2.5 3 10 3.5 4 17 4.5 5 23 5.5 6 27 6.5 7 30 7.5

(14 markah)

10. Data dalam jadual berikut menunjukkan gaji bulanan 80 orang pekerja yang merupakan bekas pelajar ILJTM di sebuah syarikat. Gaji bulanan (RM) 501 700 701 900 901 1100 1101 1300 1301 1500 1501 1700 1701 1900 (a) (b) (c) Bil Pekerja 9 7 2 16 11 13 22

Tentukan kelas mod gaji pekerja pekerja itu. Berdasarkan jadual tersebut, bina satu Jadual Kekerapan Dengan berpandukan jadual kekerapan pada soalan 3(b), kirakan nilai i. ii. Min MedianPINDAAN : 1

(15 markah)MUKASURAT 6

MK3011-LE1-AS

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS TUGASANNAMA KLUSTER KOD DAN NAMA MODUL PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO. TUGASAN BERKAITAN SUBJEK UMUM - MATEMATIK KEJURUTERAAN 3 MK 3011 KONSEP KEBARANGKALIAN LE 2 05.01 05.02 05.03 05.04 05.05 KEBARANGKALIAN RUANG SAMPEL BILANGAN KESUDAHAN UJIKAJI SECARA RAWAK KEBARANGKALIAN KEBARANGKALIAN SESUATU PERISTIWA

JELASKAN KONSEP KEBARANGKALIAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENERANGAN, UJIKAJI DAN KAEDAH PERBINCANGAN SUPAYA PELAJAR BOLEH; 1. OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) 2. 3. 4. 5. MENYENARAIKAN RUANG SAMPEL MENULISKAN BILANGAN KESUDAHAN MENDAPATKAN NILAI KEBARANGKALIAN MENCARI KEBARANGKALIAN SESUATU PERISTIWA MENJELASKAN SEMUA KESUDAHAN YANG MUNGKIN

OBJEKTIF MEMBOLEH (EO)

DI AKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH:MENGETAHUI ISTILAH DAN KONSEP KEBARANGKALIAN SERTA BOLEH MENGAPLIKASIKANNYA DALAM SITUASI SEHARIAN.

MK3011-LE2-AS

PINDAAN : 1

MUKASURAT 7

TAJUK : KONSEP KEBARANGKALIAN TUJUAN : Kertas tugasan ini membantu pelajar untuk memantapkan pengetahuan tentang : Setiap elemen dalam kebarangkalian dan perananya. Petua kebarangkalian dan prosidur setiap petua. Konsep kebarangkalian.

ARAHAN Jawab semua soalan. SOALAN:

SOALAN 1

Dengan menggunakan tatanda set, tulis ruang sampel, S, bagi setiap ujikaji yang berikut dan nyatakan bilangan kesudahannya

(a) Melambung sebiji dadu . (b) Melambung sekeping duit syiling . (c) Memilih satu huruf dari huruf-huruf vokal .

(4 Markah) (4 Markah) (4 Markah)

(d) Memilih sekeping kad dari sebuah kotak yang mengandungi kad-kadbernombor 0 hingga 9 . (4Markah)

(e) Mengambil sebiji bola dari sebuah bekas yang terdiri daripada 1 biji bola kuning, 1 biji bola merah, 1 biji bola hitam dan 1 biji bola putih . (4 Markah)

MK3011-LE2-AS

PINDAAN : 1

MUKASURAT 8

SOALAN 2 Tulis ruang sampel bagi setiap ujikaji berikut dan nyatakan bilangan kesudahannya. (a) melambung 2 keping duit syiling (b) melambung 2 biji dadu (c) mencabut 2 keping kad dari sebuah kotak yang mengandungi huruf vokal (5 Markah) (d) Mencabut sekeping kad dari kotak Q yang mengandungi kad berhuruf A, B, C, D dan sekeping kad dari kotak R yang mengandungi kad bernombor 0, 1, 2, 3. (5 Markah) SOALAN 3 a) i. Sebuah beg mengandungi 5 biji guli hijau, 4 biji guli kuning, dan 1biji guli biru dan kesemuanya guli adalah mempunyai saiz yang sama. Jika sebiji guli dikeluarkan secara rawak daripada beg itu, cari kebarangkalian bahawa guli itu bukan berwarna hijau. (5 Markah) (5 Markah) (5 Markah)

ii)

Guli pertama yang telah dikeluarkan itu tidak dimasukkan semula ke dalam beg itu. Kemudian sebiji guli lagi dikeluarkan secara rawak. Cari kebarangkalian bahawa antara dua guli yang dikeluarkan itu, hanya satu sahaja yang berwarna kuning. (5 Markah)

b)

Sebuah bakul mengandungi 20 biji durian. Di antaranya, terdapat 6 biji yang telah busuk. Jika 2 biji durian dipilih satu demi satu secara rawak dari bakul itu, apakah kebarangkalian bahawa,

i) ii)

Tiada sebiji durian yang busuk Kesemuanya adalah busuk

(5 Markah) (5 Markah)

MK3011-LE2-AS

PINDAAN : 1

MUKASURAT 9

SOALAN 4 a) Dalam lambungan dua biji dadu, cari kebarangkalian bahawa : i) Jumlah skor bagi kedua-dua dadu ialah 6. (10 Markah) ii) Skor untuk dadu pertama adalah lebih besar daripada skor untuk dadu kedua. (5 Markah)

b) Berdasarkan kepada statistik yang diperolehi drp Jabatan Komputeran Industri, kebarangkalian seseorang gagal kursus TR1713 adalah 0.37. Dapatkan kebarangkalian seseorang lulus. (5 Markah)

SOALAN 5 a) Pilih secara rawak dua pelajar daripada sebuah kelas dan cerap sama ada peserta yg terpilih setiap kali pilihan adalah lelaki atau perempuan. A adalah peristiwa di mana bilangan lelaki yg terpilih adalah tidak lebih daripada seorang. Cari ruang sampel bagi A. (5 Markah)

b) Dalam sebuah bilik darjah, terdapat 40 buah kerusi yang terdiri daripada 10 buah kerusi kayu dan bakinya kerusi plastik. Jika Ahmad memilih sebuah kerusi secara rawak, i) Hitungkan kebarangkalian bahawa kerusi itu ialah sebuah kerusi plastik. (5 Markah) ii) Hitung kebarangkalian bahawa kerusi yang dipilih ialah sebuah kerusi kayu jika 10 buah kerusi plastik ditambahkan ke dalam bilik darjah itu. (5 Markah) c) Dua keping duit syiling dilambungkan. Cari kebarangkalian mendapat i) ii) Dua gambar Satu gambar dan satu angka (5 Markah)

MK3011-LE2-AS

PINDAAN : 1

MUKASURAT 10