tugasan 2

3
PENGENALAN DEB dilancarkan pada tahun 1971 seiring dengan pelancaran Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui: I. Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) II. Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980) III. Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) IV. Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) Bertujuan untuk memupuk perpaduan negara dengan membasmi kemiskinan dan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Malaysia antara kumpulan etnik dan antara wilayah. Ketegangan kaum yang wujud pada tahun 1969 adalah manifestasi daripada ketidakseimbangan ini MATLAMAT Dua matlamat pembangunan penting yang terkandung dalam DEB ialah: I. Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. II. Menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang, supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. STRATEGI PERLAKSANAAN I ) MEMBASMI KEMISKINAN 1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. 2. Menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti: rancangan

Upload: pari-mala

Post on 23-Dec-2015

217 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 2

PENGENALAN

DEB dilancarkan pada tahun 1971 seiring dengan pelancaran Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975).

DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui:

I. Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

II. Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980)

III. Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

IV. Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Bertujuan untuk memupuk perpaduan negara dengan membasmi kemiskinan dan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Malaysia antara kumpulan etnik dan antara wilayah.

Ketegangan kaum yang wujud pada tahun 1969 adalah manifestasi daripada ketidakseimbangan ini

MATLAMAT

Dua matlamat pembangunan penting yang terkandung dalam DEB ialah:

I. Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

II. Menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang, supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

STRATEGI PERLAKSANAAN

I ) MEMBASMI KEMISKINAN

1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

2. Menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti: rancangan tanah FELDA, FELCRA; projek perikanan dan ternakan moden; kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden; kemudahan bantuan kewangan dan teknik; serta peluang pendidikan dan latihan

3. Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua

Page 2: TUGASAN 2

kali setahun; tanaman padi luar musim; kemudahan parit dan taliair; kemudahan pasaran dan kredit.

4. Pembangunan seimbang untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum kawasan bandar dan luar bandar serta antara wilayah

5. Menyediakan perkhidmatan sosial secara percuma atau subsidi yg lebih meluas termasuk: projek perumahan kos rendah; perkhidmatan asas seperti kesihatan, perumahan, air, elektrik, kemudahan pengangkutan yang dikenakan kadar bayaran yang murah; memperbaiki peluang-peluang pendidikan dan kemudahan-kemudahan kemasyarakatan dan rekreasi.

II ) MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT

1. Permodenkan kehidupan desa dengan meninggikan daya pengeluaran.

2. Mempertingkatkan dan mengimbangkan pertumbuhan kegiatan bandar supaya dapat menggambarkan penduduk yang berbilang kaum.

3. Menambahkan bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dan harta syarikat.

(Amanah Saham Rakyat)

4. Pembentukan masyarakat perniagaan bumiputera.

IMPLIKASI DEB TERHADAP HUBUNGAN ETNIK

1) Pembangunan dan perancangan ekonomi dirangka agar semua kumpulan etnik dapat menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi untuk mencapai perpaduan negara

2) Mengurangkan perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu3) Merapatkan jurang pendapatan antara kaum, sektor bandar dan luar bandar,

pertanian dan industri 4) Mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum5) Pembangunan negara yang seimbang antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak6) Penyusunan semula masyarakat di Malaysia.7) Kaum-kaum tidak lagi dikenali mengikut sektor/ pekerjaan8) DPN misalnya mempunyai objektif yang jelas, iaitu perpaduan negara akan terus

menjadi matlamat terakhirnya kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk mengukuhkan kestabilan sosial serta politik dan mengekalkan pembangunan

ekonomi yang berterusan.