tugasan 2 krm3073

32
IJAZAH SARJANA MUDA-SEMESTER 2 SESI 2014/2015 KRM 3073 : PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TAJUK TUGASAN 2 AKTIVITI PENGAJARAN BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PROGRAM MUHAMAD RIZAL BIN ARIFFIN D20102041699 Group UPSI02(A142PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF DR NOOR SHAH BIN SAAD TARIKH SERAH: 18 APRIL 2015

Upload: john-rizal-rizal-ariffin

Post on 16-Sep-2015

76 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KRM3073

TRANSCRIPT

Ijazah Sarjana Muda-Semester 2 Sesi 2014/2015

KRM 3073 : PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

TAJUKTUGASAN 2 AKTIVITI PENGAJARAN BERASASKAN teori konstruktivisme

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIKPROGRAM

MUHAMAD RIZAL BIN ARIFFIND20102041699Group UPSI02(A142PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF DR NOOR SHAH BIN SAAD

TARIKH SERAH: 18 APRIL 2015

TUGASAN 2: (Individu)Rancang SATU aktiviti pengajaran berasaskan teori konstruktivisme bagi SETIAP kaedah atau strategi penyelesaian yang tersenarai di bawah:

i. Kaedah induktif. ii. Kaedah koperatif JIGSAW.

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan bangsa yang maju dan membangun. Pendidikan merupakan satu agensi terpenting dan mendapat perhatian semua pihak. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah penyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat dan penglibatan pelajar terhadap pelajarannya (Moores, 1987).Bagi mencapai kurikulum Matematik KBSR / KSSR yang dinayatakan dalam sukatan pelajaran Matematik KBSR / KSSR, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dengan pendidikan Matematik iaitu guru Matematik, pensyarah Matematik institusi perguruan dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), penggubal kurikulum dan penggubal dasar pendidikan Matematik harus melakukan anjakan paradigma dari melihat Matematik sebagai ilmu kira mengira kepada Matematik sebagai ilmu menyelesaikan masalah, dari belajar dengan menerima pengetahuan kepada belajar dengan membina pengetahuan, dari mengajar sebagai pemberi pengetahuan dan maklumat kepada mengajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti untuk pelajar membina konsep dan kefahaman, dan dari peranan guru sebagai pemberi maklumat kepada peranan guru sebagai fasilitator.Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia yang sentiasa belajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Pembelajaran berlaku sepanjang hayat secara formal iaitu di peringkat sekolah, kolej dan universiti dan pembelajaran secara tidak formal adalah melalui persekitan seperti televisyen, asuhan ibu bapa serta pergajulan dengan rakan-rakan. Pembelajaran secara bukan formal pula boleh didapati melalui kursus-kursus dan bengkel-bengkel yang dilakukan di luar pembelajaran formal sebagai tambahan.Teori merupakan antara asas kepada sesuatu bidang termasuklah bidang psikologi pendidikan. Menurut E. R. Hilgard, R. C. Atkinson dan R. L. Atkinson (1975) dalam buku Introduction to

Psychology mentafsirkan pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Mok Soon Sang, 2010). Oleh yang demikian, teori pembelajaran boleh definisikan sebagai huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan maklumat.2.0 Pendekatan Konstruktivisme

2.1 Definisi Fahaman Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Tidak semua pengetahuan pelajar diperolehi pengalaman panca indera ataupun terdapat pengetahuan sejati dalam mental pelajar. Penekanan ditumpukan kepada keperluan pelajar utnuk membina pemahaman mereka dalam setiap konsep. Peranan utama dalam pengajaran bukanlah penyampaian pelajaran, penerangan ataupun perpindahan pengetahuan kepada pelajar , tetapi merupakan penciptaan situasi tertentu untuk membolehkan pelajar melalui sendiri pengalaman, renangan dan pengabstrakan.Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar yang mana pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri untuk pembinaan konsep atau pengetahuan sendiri. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing.

2.2 Teori Kognitif Piaget

Satu daripada perspektif teori, fahaman konstruktivisme adalah daripada aliran Neo-Piaget iaitu teori yang terbina berasaskan perspektif Jean Piaget. Piaget berpendapat bahawa manusia memiliki peringkat otak dan saraf yang tinggi. Dengan adanya otak, manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari pelbagai perkara. Tegasnya, proses pembelajaran merupakan proses mental dan bukannya proses mekanis. Proses mental melibatkan seseorang kanak-kanak menyerap menyerap atau meyesuaikan pengetahuan yang sedia ada dalam otak dengan data-data yang diperoleh daripada persekitaran. Pembelajaran sesuatu konsep akan hanya terjadi apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai taraf kematangan yang tertentu.Teori Piaget telah membantu para sarjana pendidikan untuk memhami cara tingkah laku seseorang pelajar berkembang. Dalam teorinya, Piaget dapat menjelaskan pemahamannyatentang pengetahuan. Dalam usaha memahami mekanisme perkembangan intelektual, Piaget menggambarkan fungsinya dalam tiga perspektif:(i)proses mendalam tentang cara berlakunya perkembangan kognitif iaitu asimilasi, akomodasi dan ekuilibrium(ii) cara pembentukan pengetahuan

(iii) tahap perkembangan intelektual

Menurut Piaget, tiga tahap proses perkembangan intelektual berkenaan iaitu asimilasi, akomodasi dan ekuilibrium dapat diperjelaskan seperti berikut: Asimilasi adalah proses perpaduan antara informasi yang baharu dengan struktur kognitif yang telah dimiliki. Dalam proses ini, seseorang pelajar menggunakan struktur atau kemampuan yang sudah dimiliki untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dalam persekitarannya. Prasyarat penting untuk wujudnya asimilasi ialah struktur dalaman yang menggunakan informasi baharu. Namun, seseorang sering tidak mencantumkan informasi kerana tiadanya struktur asimilasi yang sesuai. Akomodasi pula ialah penyesuaian struktur dalaman dengan ciri-ciri tertentu daripada situasi khusus yang berupa objek atau kejadian. Dalam proses akomodasi, seseorang memerlukan modifikasi struktur dalaman untuk menghadapi reaksi persekitaran. Asimilasi dan akomodasi berfungsi sekali gus dalam menghadapi persekitaran berasaskan asas intelek. Ekuilibrium ialah kesinambungan dalam pengaturan yang memungkinkan seseorang berkembang serta berubah sementara untuk menjadi lebih mantap dan seimbang. Ekuilibrium merupakan proses dinamik yang secara terus menerus mengatur tingkah laku. Proses ekuilibrium juga disebut sebagai penyeimbangan antara dunia luar dengandunia dalam. Tanpa perkembangan intelektual, maka akan wujud ketidakseimbangan dalam proses berfikir.

2.3 Kaedah konstruktisme

Pendekatan konstruktivisme memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik yang bertujuan untuk membina konsep atau pengetahuan baru di mana guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada pelajar. Apabila maklumat barutelah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pengangan kuat mereka, baharulah bentuk baharu tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada. Nik Azis Nik Pa (1999) berpendapat bahawa konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa menusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan suatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar.Rutherford dan Algren berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah. Jika kefahaman dan pandangan diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka it uakan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan, mereka memberi jawapan yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan mengaktakan bahawa pendidik cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan.. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Kaedah konstruktivisme ini juga berkait rapat dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Justeru itu guru Matematik seharusnya mengambil kira apa yang pelajar tahu dan cuba mempertingkatkan interaksi antara pelajar agar pembelajaran menjadi lebih seronok dan bermakna. Oleh itu persekitaran pembelajaran konstruktivisme dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bilik darjah melalui pemahaman kendiri akan konsep dan pengetahuan Matematik menerusi persekitaran pembelajaran kondusif.

2.4 Prinsip-prinsip konstruktivisme

Setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semulajadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri. Ahli konstruktivis mengangap bahawa ilmu pengetahuan tidak bolehwujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Secara keseluruhannya, prinsip pembelajaran konstruktivisme dapat disimpulkan seperti berikut: Pembelajaran adalah suatu proses aktif Manusia belajar semasa mereka belajar Minda yang aktif bukan fizikal Pembelajaran adalah suatu aktiviti sosial

Pembelajaran adalah konstektual

Lebih banyak yang telah dipelajari, lebih banyak yang boleh dipelajari

Pembelajaran memerlukan masa

Motivasi dalam pembelajaran adalah penting

2.5 Perananpelajar dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivisme

2.5.1 Peranan pelajar

Pelajar mengemukakan isu serta soalan-soalan, kemudian secara individu, mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan berupaya menyelesaikan masalah yang timbul. Perbincangan dilakukan di antara guru dan pelajar. Melalui perbincangan ini, pelajar akan dibantu untuk mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika pelajar diberi peluang untuk mengukuhkan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, pelajar tersebut akan dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham. Pelajar mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar diberi banyak ruang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Pelajar menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.2.5.2 Peranan guru

Menggalakkan guru menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi pelajar serta membantu pelajar menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam ujian bertulis. Menggalakkan pelajar membuat tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Menggalakkan pelajar menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.

Menggalakkan penemuan pelajar melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan pelajar menyoal pelajar yang lain. Memberi masa secukupnya kepada pelajar untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan. Memberi masa secukupnya kepada pelajar untuk membuat perkaitan antara idea- idea yang telah dijanakan. Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu. Membimbing pelajar mendapatkan jawapan yang tepat.

2.5.3 Cabaran Guru Konstruktivisme

Guru merasa mereka tidak mengajar.

Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi. Kawalan kelas agak merosot. Guru yang sedang menukar kepada cara pengajaran berasaskan pendekatan konstruktisvisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.2.5.4 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme

Pelaksanaan pengajaran berasaskan pendekatan konstruktivisme ini boleh berlaku dalam berbagai-bagai pendekatan. Dalam ha lini, satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran akan diketengahkan dengan mengambil kira Nik Azis (1992 : 1996) dan Etchberger & Shaw (1992). Pendekatan pengajaran oleh Etchberger & Shaw (1992) berlaku secara berkumpulan melibatkan lima lungkah utama seperti berikut: Pertama, pengalaman deria yang bermaksud pelajar akan membina persepsi menggunakan pancainderanya (iaitu pendengaran, penglihatan ( pengamatan dan membaca), sentuhan, merasa dengan lidah dan deria bau) dengan meneroka pengalamannya. Kedua, refleksi di mana pelajar akan memahami pengalamannya. Dalam ha lini, pelajar akan membina perhubungan di antara maklumat yang baru ditemui dengan pengetahuan sedia ada. Ketiga, kolaborasi di mana kefahaman sendiri akan mengambil kira pendapat rakan yang lain sebelum diyakini dan diterima sebagai suatu pengetahuan yang boleh diterima. Dalam ha lini, suatu tolak ansur antara pelajar akan berlaku sehingga akhirnya suatu persetujuan dicapai. Tindakan pembelajaran di sini adalah seperti menyelidiki, mencuba, menolak, mempertahankan, membuat pertimbangan dan memberi penjelasan. Keempat, persetujuan (consensus) di mana pelajar membina keyakinan terhadap pengetahuan barunya selepas setiap ahli dalam kumpulan menyatakan persetujuan. Tahap ini merupakan tahap keseimbangan, di mana pelajar berkeyakinan bahawa pengetahuan barunya berguna dan boleh digunakan untuk mengatasi masalah. Kelima, berkongsi di mana setiap kumpulan pelajar akan berkongsi dapatan masing-masing. Setiap kumpulan akan cuba meyakini rakan daripada kumpulan lain sehingga akhirnya suatu kefahaman yang menyeluruh diperoleh.2.5.6 Cara-cara Pelajar Mambina Konsep Konstruktivisme

Pelajar membuat penyelesaian Matematik dengan manipulatif. Pelajar berbincang keputusan penyiasatan mereka. Pelajar menulis hasil pengalaman mereka. Pelajar belajar cara penemuan mereka. Pelajar berfikir secara mencapah.

Pelajar menyelesaikan masalah yang terbuka.

2.5.7 Keberkesanan Strategi Pengajaran Konstruktivisme

Pelajar berpeluang mengemukakan pandangan mereka terhadap sesuatu konsep. Pelajar dapat berkongsi persepsi / pandangan / idea antara satu sama lain. Pelajar dapat menerima serta menghormati semua pandangan daripada rakan-rakan. Semua pandangan diterima dan tidak dipandang rendah. Pelajar dapat mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut. Pelajar dapat merenung atau mengimbas kembali proses pembelajaran yang telah dilaluinya. Pelajar dapat menghubungkaitkan idea yang asal dengan idea yang baru.

2.5.8 Konstruktivisme Radikal

Proses penyesuaian dinamik yang menuju kea rah interpretasi yang berguna untuk pengalaman. Pelajar tidak semestinya membina pengetahuan dari dunia yang sebenar .

Tidak menafikan reality yang objektif tetapi dalam keadaan tertentu. Ia menonjolkan keadaan manusia yang membina reality mereka sendiri kerana tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain.3.0 Aktiviti Pengajaran Matematik Berasaskan Konstruktivisme

Saya ingin berkongsi satu permainan Matematik melalui pembacaan di internet (http://www.my-rummy.com/Amalan_Pembelajaran_Kooperatif_oleh_Guru_Matematik.html) yang Menggunakan satu kaedah yang berpusat kepada murid (konstruktivisme). Permainan ini dinamakan My Rummy yang merupakan satu permainan yang dirumus khas untuk pembelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah yang telah disusun mengikut tahap kebolehan kumpulan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan kaedah kumpulan boleh dilakukan dengan pelbagaistrategi iaitu amalan Kaedah koperatif JIGSAW. Pembelajaran Kaedah koperatif JIGSAW adalah kaedah pengajaran kumpulan yang membuat pelajar belajar dan mengajar. Pelajar bekerja bersama-sama dalam kumpulan kecil di atas tugasan akademik bagi membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-samauntuk mencapai matlamat yang samadan memiliki kemahiran sosial. Pembelajaran koperatif berbeza daripada kaedah kumpulan tradisional di mana pembelajaran koperatif lebih berstruktur iaitu semua pelajar menyertai secara sama rata dan bertanggungjawab kepada pembelajaran mereka.3.1 Aktiviti Permainan My Rummy (Menggunakan model sebahagian daripada keseluruhan)

Tajuk : Tambah Dan Tolak

Tahun : 1 Taqwa Masa : 35 minit Bilangan murid : 30 orang murid Pendekatan pengajaran konstruktivisme (Kaedah induktif)Pengetahuan Sedia Ada : Murid boleh menambah dan menolak sama ada secara congak atau bertulis.Standard Kandungan : 2.1 Mengenal pasti pasangan nombor untuk membentuk satu nombor yang berkaitan.Standard Pembelajaran : ii. Menyebut jumlah dua nombor.

Objektif Pembelajaran : Supaya murid berupaya menyebut jumlah dua nombor.

Kreativiti dan Inovasi : Menghasilkan idea dari pemerhatian , menilai idea secara kritis dan mengubah suai idea.Langkah Permainan : Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan (1 kumpulan 6 orang).

Guru mengedarkan 6 keping kad My Rummy kepada setiap kumpulan.

Rajah 1 : Kedudukan 6 orang murid dalam permainan

My Rummy.

Murid merahsiakan kad yang dipegang.

Pemain pertama menyebut nombor pada kad My Rummy diikuti dengan ayat Matematik yang tertera pada kad dengan bacaan yang kuat. Contoh : 4 adalah nombor saya. Apakah akan terjadi jika 3 ditambahkan kepada 4? Jawapan : 7 Murid lain mendengar dengan teliti apa yang dibacakan oleh

pemain pertama. Murid lain akan menganalisis ayat Matematik dan mengira secara mental tanpa menggunakan pensel dan kertas. Murid membuat perbandingan dan membuat keputusan.

Murid yang memegang kad yang tertera nombor 7 memberikan maklum balas yang merupakan pemain keenam (Sila rujukRajah .).

Melalui kad yang dipunyai oleh pemain keenam, operasi seterusnya adalah operasi tolak. Pemain keenam akan menjawab : 7 adalah nombor saya.

Apakah yang akan terjadi jika kita mengeluarkan 5 daripada 7? Jawapan : nombor 2. Murid yang memegang kad yang tertera nombor 2 memberikan maklum balas yang merupakan pemain kelima (Sila rujuk Rajah).

Pemain kelima mempunyai nombor 2. Operasi yang seterusnya adalah tambah dan soalannya adalah : 2 adalah nombor saya. Berapakah jumlah 2 tambah 1. Jawapan : nombor 3. Seterusnya pemain yang mempunyai kad bernombor 3 akan

memberi respon iaitu pemain kedua (Sila rujuk Rajah 1).

Permainan diteruskan dengan pemain kedua memberi respon dan membacakan arahan yang terdapat pada kad iaitu : 3 adalah nombor saya. Apa akan terjadi apabila kita menambahkan 2 kepada 3? Jawapan : nombor 5.

Pemain ketiga memegang kad bernombor 5 dan terus membacakan arahan yang terdapat pada kad yang ada padanya. Arahannya : 5 adalah nombor saya. Berapakah nilai 1 dan 5?

Jawapan : nombor 6. Nombor 6 ada pada kad yang dipegang oleh pemain keempat. (Sila rujuk Rajah 1).

Pemain keempat akan membacakan arahan yang terdapat pada kad iaitu: 6 adalah nombor saya. Berapakah nilai 2 ditolak daripada 6? Jawapan : nombor 4. Nombor 4 ada pada pemain pertama yang memulakan

permainan tadi.

Permainan akan berakhir secara automatik apabila sampai ke

pemain pertama yang memulakannya tadi.Kesimpulannya, permainan My Rummy mempunyai beberapa proses iaitu mendengar, menganalisis, membuat perbandingan dan memberikan maklumbalas. Pelajar sentiasa peka dan mengambil bahagian secara aktif dalam permainan dengan memberikan tumpuan kepada soalan yang dikemukakan oleh setiap pemain. Permainan ini amat sesuai digunakan di peringkat awal, pertengahan ataupun di akhir waktu kelas atau semasa sesi pembelajaran Matematik dijalankan. Ia membuatkan pelajar teruja untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam membuat pengiran secara mental. Pelajar yang dapat menjawab secara pantas adalah pelajar yang tinggi tahap number sensenya.3.2 Aktiviti Pengajaran Kira Tambah Wang Dalam Lingkungan RM 50 (Menggunakan model mengenal pasti pola)Tajuk : Tambah wang dalam lingkungan RM50

Tahun : 2 Bijak Masa : 30 minit Bilangan murid : 30 orangPendekatan pengajaran teori konstruktivisme (Kaedah koperatif JIGSAW)

Pengetahuan sedia ada:

i) Pengetahuan tentang wang dalam yang digunakan dalam kehidupan seharian. ii) Pengetahuan tentang penambahan dua nombor.iii) Pengetahuan tentang maksud symbol (+) dan prosedur menambah nombor hingga 50. Langkah 1 : Pengalaman deria Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 6 orang murid. Guru memberikan beberapa helai wang kertas contoh yang mempunyai not RM1, RM5 dan RM10. Setiap orang murid dikehendaki menyelesaikan satu lembaran kerja yang mengandungi kira tambah wang hingga RM50. Contoh:

i) RM 20 = keping not RM 10 + keping not RM5. ii) RM 40 = keping not RM10 + keping not RM5 + keping not RM1

iii) RM 35 = keping not RM10 + keping not RM5 +

keping not RM10

iv) RM15 = keping not RM5 + keping not RM1 v) RM50 = keping not RM10 + keping not RM5Langkah 2 : Refleksi

Setiap orang murid menilai jawapan yang diberi dalam Langkah 1.

Murid menggunakan pengetahuan sedia ada tentang penggunaan wang dalam urusan seharian. Murid membuat refleksi kira tambah wang hingga RM50.

Guru membimbing murid yang agak lambat dalam menyelesaikan masalah tambah wang.Langkah 3 : Kolaborasi

Murid berbincang dalam kumpulan tentang jawapan yang diperolehi.

Murid akan cuba meyakinkan rakan-rakan yang lain.

Murid yang lemah akan dibantu oleh guru dan ahli kumpulan. Langkah 4 : Persetujuan Murid mencapai kata sepakat tentang bagaimana operasi kira tambah wang dilaksanakan dan mengapa operasi berkenaan dianggap tepat. Murid yang boleh menguasai kemahiran akan memberi penjelasan kepada orang lain yang mengharapkan penjelasan.

Langkah 5 : Berkongsi

Ketua kumpulan akan membentangkan kepada keseluruhan kelas tentang operasi tambah wang yang telah dilaksanakan. Guru akan menilai hasil yang diperolehi bersama-sama dengan murid.

Kumpulan yang membuat kesilapan akan membuat pembetulan manakala kumpulan yang lain akan lebih meyakini bahawa operasi yang dilakukanadalah benar. Soalan tambahan akan diberikan oleh guru mengenai kemahiran yang berkaitan. Ia bertujuan untuk mengukuhkan kenyataan bahawa operasi yang telah digunakan adalah benar.4.0 Kesimpulan

Kaedah konstruktivisme yang dijalankan di bilik darjah menunjukkan perbezaan dengan prestasi pelajar yang menggunakan kaedah tradisional. Penglibatan pelajar yang aktif dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan bahawa minat terhadap mata pelajaran Matematik yang selama ini dianggap susah, telah berjaya menarik minat pelajar setelah aktiviti-aktiviti menggunakan kaedah ini dijalankan di bilik darjah.Penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menggalakkan mereka agar lebih berfikir, lebih yakin , lebih berkeyakinan sosial kerana proses pembelajaran dijalankan secara dua hala serta membangkitakan rasa seronok untuk belajar. Aktiviti-aktiviti pengajaran termasuk permainan yang dilakukan akan menjadikan proses pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Pelajar juga berpeluang untuk membina soalan-soalan yang kreatif dan merasa dirinya dihargai.Penggunaan kaedah konstruktivisme dalam pengajaran Matematik di bilik darjah adalah sangat penting kerana teori ini terbukti sangat dominan dalam pendidikan sekarang kerana menyediakan perbahan paradigma kepada pendekatan yang lebih berasaskan kognitif berbanding pendekatan tradisional yang lebih kepada behaviourisme . Pendekatan ini juga menunjukkan bahawa pelajar mendapat lebih manfaat serta memberi kesan yang positif kepada pelajar dalam bidang akademik.5.0 Rujukan

5.1 Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012), Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu,

Shah Alam: Oxford Fajar.

5.2 Mohd. Nizam Lee Abdullah et. al (2013), KRM 3073Pengajaran Matematik Sekolah

Rendah, Tanjung Malim: UPSI.

5.3 http://nengmadiah.blogspot.com/2012/11/konstruktivisme_5.html

5.4 http://skgemangpanitiasains.blogspot.com/2012/11/contoh-rancangan-pengajaran-

model.html

5.6 http://www.slideshare.net

5.7 http://group3pismp2g.blogspot.com/2010/09/definisi-konstruktivisme-pendekatan.html

5.8 http://worldconferences.net

5.9http://eprints.utm.my/10448/1/Keberkesanan_Kaedah_Konstruktivisme_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Matematik.pdf