tugasan 2 kreativiti

21
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK : KUMPULAN : UPSI-27 DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. ID NO. TELEFON AZRI BIN SARMANI D20102044596 0172580749 NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. NORDIN BIN MAMAT PEMARKAHAN 1 . TUGASAN 1 2 . TUGASAN 2 3 . E- FORUM JUMLAH Tugasan 2 : Sambutan Hari Kemerdekaan

Upload: azri-sarmani

Post on 11-Feb-2015

180 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

iiy8i

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 2 KREATIVITI

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TAJUK :

KUMPULAN :

UPSI-27

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. ID NO. TELEFON

AZRI BIN SARMANI D20102044596 0172580749

NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. NORDIN BIN MAMAT

TARIKH SERAH : 28.04.2012

PEMARKAHAN

1. TUGASAN 1

2. TUGASAN 2

3. E- FORUM

JUMLAH

Tugasan 2 : Sambutan Hari Kemerdekaan

Page 2: TUGASAN 2 KREATIVITI

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

A) Pertandingan Menyanyi Lagu Patriotik

1.0 Pendahuluan

Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan hari kebangsaan bagi Negara kita Malaysia. Justeru itu

setiap sekolah di Malaysia baik sekolah rendah atau sekolah menengah pasti akan mengadakan sambutan

hari kebangsaan bagi meraikannya dengan penuh semangat. Dalam pada itu,ia juga sebagai penghargaan

kita sebagai rakyat Malaysia di atas usaha para perajurit kita dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Tugas para perajurit kita amatlah besar dalam mempertahankan Negara kita daripada diserang musuh dan

pengorbanan mereka tiada tandingannya. Kita seharusnya bersyukur dengan kedamaian dan keamanan

yang telah kita kecapi selama ini.Ini semua adalah hasil usaha kita semua dalam mempertahankan

kedaulatan Negara kita daripada dijajah oleh anasir – anasir asing.

Dalam meraikan hari kemerdekaan, setiap murid berpeluang untuk menunjukkan bakat kepada guru

dalam bentuk persembahan nyanyian dan drama. Di samping mencungkil bakat dalam bidang seni kreatif,

mereka juga mengaplikasikan pembelajaran pengajaran guru dalam bidang seni kreatif di samping

membuktikan segala usaha guru untuk menghasilkan persembahan yang terbaik tidak sia-sia. Berkat hasil

usaha guru diringi dengan kesungguhan murid. Signifikasinya, kesungguhan dan keyakinan yang

ditonjolkan oleh murid-murid dalam membuat persembahan menjadikan guru lebih bersemangat untuk

mencurahkan bakti. Ironinya, pengajaran guru bukan sahaja tertumpu dalam kemahiran 3M tetapi dalam

pelbagai kemahiran seni kreatif seperti drama, muzik, lukisan dan lain-lain.

2.0 Tema

Tema yang diketengahkan untuk sambutan hari kemerdekaan ini ialah tema yang menerapkan semangat

kemerdekaan dalam diri setiap rakyat Malaysia. Murid – murid diterapkan dengan semangat kemerdekaan

agar mereka akan terus menyayangi Malaysia dan menerapkan rasa hormat – menghormati antara kaum

agar perpaduan antara kaum akan terus berkekalan.

3.0 Objektif

3.1 Memupuk semangat patriotik dan semangat cintakan Negara Malaysia di kalangan

warga sekolah.

Page 3: TUGASAN 2 KREATIVITI

3.2 Murid – murid juga berpeluang mengenali tokoh – tokoh pejuang kemerdekaan

yang banyak berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan untuk negara.

3.3 Meningkatkan tahap kesedaran murid – murid terhadap pentingnya semangat

cintakan negara.

3.4 Mendidik murid – murid melahirkan rasa cintakan negara dengan pelbagai cara.

4.0 Rasional Aktiviti Yang Dianjurkan

Bagi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan, terselit beberapa persembahan dari murid dengan

matlamat utama meraikan serta menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan yang telah bersusah

payah memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. Persembahan yang diadakan juga merupakan hadiah

istimewa untuk guru yang disayangi. Ini mendorong mereka untuk berlatih dengan lebih gigih agar dapat

melaksanakan persembahan dengan jayanya. Rasionalnya, ini akan membentuk sikap murid-murid

menjadi lebih berdisplin dan rajin dalam merealisasikan impian. Apa yang paling penting, guru berjaya

mengaplikasikan kemahiran murid dalam seni kreatif untuk menjayakan setiap persembahan yang

diadakan di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid yang terlibat dalam persembahan.

Sudah pastinya, aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan murid serta motivasi murid untuk

lebih berjaya. Tambahan pula, murid merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan

negara yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan aspirasi negara. Sementelahan

pula, murid adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan

diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif. Apa yang lebih

penting ialah aktiviti persembahan dalam kalangan murid dapat membentuk kekuatan dalaman para

murid seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara

positif dan rasional melalui aktiviti persembahan guru yang dilaksanakan dengan terancang dan

bersepadu. Dalam pada itu, kreativiti murid dapat dibangunkan melalui acara reka cipta pakaian yang

bertemakan bendera Malaysia. Apa yang penting melalui daya reka cipta akan mempengaruhi

perkembangan murid secara positif.

5.0 Latar belakang Persembahan Murid ( Nyanyian lagu kemerdekaan berkumpulan )

5.1 Matlamat Persembahan Murid

Matlamat persembahan murid bagi sambutan Hari Kemerdekaan ialah untuk memupuk semangat

cintakan negara dan menghargai usaha tokoh – tokoh kemerdekaan dalam usaha memperjuangkan

Page 4: TUGASAN 2 KREATIVITI

kemerdekaan negara. Selain itu,persembahan ini juga untuk mencungkil bakat nyanyian murid – murid

dan membantu murid tampil yakin diri dihadapan orang ramai.

5.2 Persembahan Nyanyian kemerdekaan berkumpulan

Secara umumnya,persembahan nyanyian kemerdekaan secara berkumpulan ini adalah untuk

menyemai semangat cintakan tanah air dan sekaligus dapat mencungkil bakat terpendam murid – murid

dari segi nyanyian mereka. Dalam persembahan ini murid – murid bebas untuk menggunakan alat muzik

seperti kompang,drum kecil,tamborin,maracas,gitar dan pelbagai lagi.Di samping itu,murid – murid juga

boleh memasang muzik latar dari cd atau kaset untuk mengiringi nyanyian mereka kelak.

5.2.1 Cara Persembahan

Para peserta yang dipilih adalah murid – murid yang dipilih daripada tahun 4,5 dan 6.Jumlah

bilangan peserta adalah seramai 10 orang yang boleh dicampur penyertaannya lelaki dan perempuan.

Setiap murid bagi setiap tahun telah ditetapkan lagu – lagu yang akan dinyanyikan oleh setiap kumpulan.

Setiap kumpulan akan diberikan masa selama lapan minit untuk menyanyikan lagu yang diberikan. Bagi

murid tahun 4 yang ingin mengambil bahagian,mereka akan di berikan lagu yang bertajuk Tanggal 31.

Manakala bagi murid tahun 5 yang ingin mengambil bahagian akan diberikan lagu yang bertajuk Jalur

Gemilang dan bagi murid tahun 6 pula mereka akan diberikan lagu yang bertajuk Kerana Mu

Malaysia.Murid – murid juga dibenarkan memakai kostum yang bertemakan kemerdekaan bagi

menambah semangat kemerdekaan mereka ketika menyanyikan lagu kemerdekaan. Persembahan murid –

murid akan dinilai dari segi cara nyanyian,pergerakan semasa nyanyian,pakaian yang dipakai semasa

persembahan dan kreativiti persembahan. Para pemenang akan dikira dari tempat keempat,ketiga,kedua

dan pertama.Hadiah berupa hamper akan diberikan kepada setiap pemenang dan bagi peserta yang tidak

menang akan diberikan hadiah berupa alat tulis sebagai tanda penghargaan penyertaan.

5.2.2 Contoh – contoh lagu kemerdekaan

Lagu murid tahun 4

TANGGAL 31

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh

Merdeka! Merdeka!

Page 5: TUGASAN 2 KREATIVITI

Tetaplah merdeka

Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh

Hari yang mulia

Hari bahagia

Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka

Merdeka!

Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh

Hari mulia negaraku merdeka

Ulang Daripada Mula

Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka

Merdeka!

Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh

Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..

MERDEKA!

Lagu murid tahun 5

JALUR GEMILANG

Merahmu bara semangat waja

Putihmu bersih budi pekerti

Page 6: TUGASAN 2 KREATIVITI

Kuning berdaulat payung negara

Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan

Lautan luas telah kau redah

Membawa semangat jiwa merdeka

Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya

Semua negeri dalam Malaysia

Satu suara satu semangat

Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu

Jalur gemilang... kami semua bersatu

Perpaduan ketaatan

Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang... megah kami terasa

Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan

Merah putih biru kuning

Jalur semangat kami semua

Berkibarlah

Berkibarlah

Berkibarlah

Lagu murid tahun 6

Lirik Lagu :

Keranamu Malaysia

Buruh nelayan dan juga petani

Gaya hidup kini dah berubah

Page 7: TUGASAN 2 KREATIVITI

Anak-anak terasuh mindanya

Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi

Jaguh sukan dan juga jutawan

Berkereta jenama negara

Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini

Kejayaan semakin hampiri

Biar di kota ataupun desa

Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah

Keranamu kami bangsa berjaya

Keranamu kami hidup selesa

Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka

Keranamu nyawa dipertaruhkan

Keranamu rela kami berjuang

Demi bangsa kedaulatan negara

Ulang Daripada Mula

Keranamu negara Malaysia

Malaysia...

Terima kasih Malaysia!

Page 8: TUGASAN 2 KREATIVITI

5.3 Jawatankuasa pertandingan nyanyian

Penasihat:

Encik Awaludin bin Nawi

Guru Besar SK Puchong Utama 1

Pengerusi :

Encik Rizwan bin Ibrahim

Pengarah Projek :

Puan Suzana binti Salleh

Ketua Panitia Muzik dan Kesenian

Ketua Guru Persembahan:

Puan Norul Katimah binti Mahad

Guru Penyediaan Prop

Puan Mardiana binti Mat Ali

Guru Penyediaan Hadiah

Puan Sarina binti Ahmad

Puan Nora binti Muis

Puan Masliyah binti Rahman

Hakim

Puan Nasirah binti Yunus

Puan Syarifah Normi binti Syed Osman

Puan Suhaila binti Miskan

AJK Kerja

Semua guru Pendidikan Muzik dan Kebudayaan SK Puchong Utama 1

Para Peserta

Murid lelaki dan perempuan tahun 4,5 dan 6

Page 9: TUGASAN 2 KREATIVITI

B) Pertandingan Pakaian Beragam

6.0) Pertandingan Pakaian Beragam bertemakan Kemerdekaan

6.1 Tujuan pertandingan pakaian beragam bertema kemerdekaan adalah untuk:

6.1.1 Bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair

6.1.2 Bertujuan mengasah dan menonjolkan bakat

6.1.3 Bertujuan mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga guru

6.1.4 Bertujuan melahirkan murid kreatif dan inovatif

6.1.5 Bertujuan melahirkan murid yang berani dan berkeyakinan tinggi

6.1.6 Bertujuan mewujudkan persaingan yang sihat antara murid dalam pertandingan

6.2 Pengenalan

Pakaian merupakan lambang sesebuah bangsa yang tinggal di dalam sesebuah negara.Ini

menunjukkan pakaian adalah cerminan kepada diri seseorang Tidak kira Melayu,Cina atau

India,setiap kaum mempunyai jenis pakaian masing – masing. Kaum Melayu terkenal dengan

pakaian seperti baju Melayu dan kain pelikat bagi orang lelaki manakala baju kurung bagi orang

perempuan.Di samping itu bagi kaum India pula pakaiannya ialah dhoti untuk orang lelaki

manakala pakaian sari pula untuk orang perempuan. Pakaian untuk orang lelaki Cina pula

dikenali sebagai samfoo dan pakaian untuk perempuan Cina pula dikenali sebagai cheongsam.

Tujuan pertandingan pakaian beragam bertemakan kemerdekaan ini adalah membolehkan

murid – murid untuk memakai pelbagai jenis pakaian pelbagai kaum tidak kira Melayu,Cina atau

India. Melalui pakaian yang dipakai, murid – murid akan dapat menyelami semangat perpaduan

yang akan membawa kepada kesejahteraan dan keamanan negara. Selain itu, Pertandingan yang

diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan persaingan yang sihat antara murid-murid sekolah

rendah di samping untuk menanam perasaan cinta akan kesenian dan mewujudkan perasaan ingin

mencuba menghasilkan sebuah karya kreatif. Malahan, melalui aktiviti mereka cipta dapat

mencungkil bakat kreativiti dalam diri mereka.

Ternyata aktiviti ini banyak mendatangkan kesan yang positif terhadap perkembangan kognitif

murid-murid di samping memberi pendedahan kepada murid untuk untuk menggunakan kreativiti

masing-masing di samping memupuk minat yang mendalam di dalam mata pelajaran pendidikan

sivik dan kajian tempatan. Di samping itu juga, ia mampu untuk menerapkan nilai pelbagai

Page 10: TUGASAN 2 KREATIVITI

pengetahuan serta mengukur kemampuan dalam aspek mereka corak dan mencipta sesuatu

dengan menggunakan kreativiti sendiri dengan pelbagai bahan. Penglibatan murid dalam aktiviti

kokurikulum akan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk membina perkembangan

mental dan juga seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mengeratkan silaturahin

antara peserta dan guru yang terlibat, lebih-lebih lagi ciptaan khas sempena sambutan Hari

Kemerdekaan. Pembabitan dalam pertandingan seperti ini penting bagi mengimbangi pencapaian

mereka dalam bidang akademik dan kemahiran insaniah melalui kemahiran berfikir serta

penjanaan idea yang kreatif. Selain itu, pertandingan bertemakan Hari Kebangsaan dapat

memupuk rasa tanggungjawab dan hormat yang tinggi dalam diri pelajar terhadap golongan

pejuang yang banyak berjasa, khususnya tokoh – tokoh kemerdekaan di negara ini.

6.3 Pelaksanaan Aktiviti:

Penyertaan terbuka kepada semua murid SK Puchong Utama 1 yang berada di

tahap 1 bermula murid tahun 1, 2 dan 3 secara individu. Peserta kumpulan ditetapkan had seramai

5 orang lelaki dan perempuan bagi setiap kelas dan pelbagai kaum. Syarat sebegini adalah

bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama antara pelbagai kaum. Ini sudah pastinya akan

mewujudkan hubungan yang mesra antara mereka. Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Sivik

dan Kewarganegaan dengan kerjasama guru – guru yang lain. Peserta diberi masa selama 5 minit

untuk menggayakan pakaian yang dipakai dengan pelbagai gaya yang menarik perhatian hakim

yang menilai.. Hal ini demikian kerana setiap pakaian yang digayakan oleh murid akan ditangkap

gambar mereka untuk diletakkan di papan kenyataan Panitia Sivik dan Kajian Tempatan.

Jawatankuasa kerja bagi menguruskan aktiviti pertandingan ini telah dilantik di bawah naungan

penasihatnya iaitu Guru Besar.

Menerusi pertandingan ini, murid dilatih melahirkan rasa bangga menjadi rakyat

Malaysia dengan menggayakan pakaian pelbagai kaum, selain menggunakan kreativiti

menghasilkan karya yang tinggi nilai seninya. Kebanyakan murid digalakkan memakai pakaian

yang dihias dengan kreatif menggunakan bunga raya, bendera Malaysia, riben, topi dan apa

sahaja perhiasan yang sesuai. Menerusi aktiviti seumpama ini murid-murid berpeluang

menyatakan perasaan kasih sayang dan terima kasih mereka terhadap pejuang – pejuang

kemerdekaan dengan menggayakan pakaian yang bertemakan kemerdekaan bagi menggambarkan

rasa penghargaan terhadap jasa baik dan pengorbanan para pejuang. Dalam konteks ini, aspek

pembangunan modal insan seharusnya digabungkan dengan nilai-nilai yang baik. Oleh yang

demikian, usaha menganjurkan Pertandingan menghias dan memperagakan pakaian yang

bertemakan kemerdekaan ini telah menepati apa yang dihasratkan oleh kerajaan. Murid-murid

Page 11: TUGASAN 2 KREATIVITI

sememangnya perlu diberi bimbingan berterusan agar mereka sentiasa menghormati para pejuang

kemerdekaan bukan sahaja sewaktu mereka bersekolah, tetapi juga semasa mereka sudah tamat

persekolahan. Pihak sekolah juga menawarkan hadiah berbentuk hamper kepada para pemenang.

Hadiah pertama paling menarik ialah sebuah Kamus Dewan.

Beberapa syarat dan peraturan pertandingan pakaian beragam bertemakan kemerdekaan

telah ditetapkan seperti berikut:

1. Dibuka kepada semua murid dari tahun 1 hinggalah ke Tahun 3.

2. Murid bebas menggunakan apa sahaja perhiasan sebagai penambah gaya dan menggunakan apa

jua bentuk kreativiti.

3. Setiap peserta hanya boleh menyertai satu penyertaan sahaja.

4. Pakaian tersebut haruslah menepati tema dan memenuhi syarat-syarat pertandingan.

5. Murid juga digalakkan menggunakan bendera Malaysia dan bunga raya dalam menggayakan

pakaian yang dipakai.

6. Pakaian yang dipakai semasa pertandingan mestilah sopan dan tidak mencolok mata.

7. Pakaian yang dipakai mestilah melambangkan identiti sesebuah kaum.

Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Pakaian Beragam Kemerdekaan

Penasihat:

En. Awaludin bin Nawi

Guru Besar SK Puchong Utama 1

Pengerusi :

Encik Rizwan bin Ibrahim

Pengarah Projek :

Pn. Siti Sarah binti Samad

Ketua Guru Pertandingan

En. Wan Azrol bin Wan Rahman

AJK Penetapan Syarat Pertandingan dan Pemilihan Pemenang

Page 12: TUGASAN 2 KREATIVITI

Encik Mat Isa bin Mahmod

Encik Razazali Kamarudin

Encik Serani bin Jalib

AJK Pameran

Puan Zarina binti Abdullah

Puan Norziah binti Muhd

Puan Masitah binti Rashidi

Page 13: TUGASAN 2 KREATIVITI

UNSUR-UNSUR KREATIVITI DALAM AKTIVITI

1. Pertandingan Nyanyian Lagu Kemerdekaan Secara Berkumpulan

Irama dan lagu sememangnya tidak dapat dipisahkan.Begitu juga dengan lagu kemerdekaan dan

hari kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun tanpa rasa jemu.Ini kerana ia telah menjadi

tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk meraikan kemerdekaan yang kita kecapi dan

keamanan yang diperolehi hasil daripada perjuangan para pejuang kita dahulu. Di antara unsur – unsur

kreativiti yang dapat dilihat menerusi nyanyian lagu kemerdekaan ini ialah dari segi pergerakan murid

ketika menyanyikan lagu – lagu kemerdekaan. Ini bermakna murid – murid secara semulajadinya dapat

menghasilkan pergerakan yang menarik seiring dengan lagu yang di nyanyikan.Murid – murid mula

memahami dan mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama semasa mereka melakukan pergerakan.

Melalui gabungan pergerakan dan irama lagu yang didendangkan dapat meransang murid – murid untuk

lebih bersemangat dan meningkatkan potensi diri. Mereka juga akan berasa seronok melakukan aktiviti

pergerakan mengikut irama muzik.

Selain itu, murid – murid dapat mereka cipta pakaian yang menarik dan sesuai dengan lagu yang

dinyanyikan oleh mereka. Ini dapat menaikkan semangat mereka ketika menyertai pertandingan

ini.Pakaian yang dihasilkan oleh murid – murid ini akan mencerminkan diri mereka yang mencintai

negara Malaysia sepenuh jiwa. Di samping itu,murid – murid juga dapat menghasilkan alat – alat muzik

dengan menggunakan bahan – bahan terbuang seperti botol – botol mineral yang di isi dengan batu – batu

kecil, tin – tin biskut yang diketuk dengan rotan dan penutup tong sampah yang tepuk bersama penutup

tong sampah yang lain.

2. Pertandingan Pakaian Beragam Bertema Kemerdekaan

Pakaian yang dipakai sememangnya melambangkan bangsa dan agama seseorang itu. Pakaian

dianggap sebagai identiti sesebuah bangsa untuk dikenali di mata dunia. Dalam pertandingan pakaian

beragam bertemakan kemerdekaan ini,unsur kreativiti yang dapat diperhatikan ialah cara murid – murid

menggayakan bendera Malaysia pada pakaian yang dipakai ketika pertandingan.Ini akan mendorong

murid untuk berfikir secara kreatif tentang cara letak bendera berkenaan agar ia nampak menarik dipakai

dan dapat menarik perhatian juri. Selain itu, murid – murid juga dapat melahirkan semangat kemerdekaan

yang dibawa pada pakaian yang dipakai itu dengan gaya yang tersendiri ketika mempamerkan pakaian

Page 14: TUGASAN 2 KREATIVITI

yang dihias cantik itu. Murid – murid akan mencipta gaya atau persembahan yang berlainan daripada

peserta lain agar dapat menarik perhatian para penonton.

Di samping itu, kreativiti murid – murid ini juga dapat dilihat pada hiasan yang terdapat pada

pakaian yang dipakai. Penggunaan labuci,reben,bendera kecil atau besar,bunga raya dan hiasan – hiasan

lain yang di susun atur secara kreatif akan menjadikan penampilan para peserta nampak menarik dan

cantik.

UNSUR-UNSUR NILAI DALAM AKTIVITI

1. Memupuk nilai jati diri

Sesungguhnya persembahan yang diadakan sebagai meraikan perayaan Hari Kemerdekaan sudah

pastinya dapat melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Persembahan nyanyian lagu kemerdekaan

dan pakaian beragam bertema kemerdekaan merupakan kesenian dan budaya yang perlu dipelihara agar

tidak hilang di mata dunia.

2. Memupuk semangat cintakan negara

Pertandingan nyanyian lagu kemerdekaan dan juga pertandingan pakaian beragam bertemakan

kemerdekaan sudah pastinya dapat memupuk perasaan cintakan pada tanah air dalam masyarakat.

Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan negara. Kehidupan moden yang dialami hari ini

telah melupuskan semua warisan itu. Warisan itu wajar dipertahankan daripada hilang terus atau

mengalami kepupusan. Bukan sahaja warisan negara perlu dikekalkan, tetapi nilai utuh kasih sayang

sesama manusia merupakan agenda penting dalam mewujudkan hubungan yang erat. Sebagai contoh,

pertandingan nyanyian lagu kemerdekaan yang diadakan pada perayaan Hari Kemerdekaan adalah

sebagai tanda menghargai pengorbanan para pejuang terhadap negara. Setiap rangkap lagu yang

disampaikan dalam persembahan terungkap perasaan kasih sayang mereka terhadap negara. Kerjasama

yang dipupuk antara kaum untuk melancarkan perjalanan aktiviti menjadi simbol muhibah yang terjalin

antara masyarakat di Malaysia.

Page 15: TUGASAN 2 KREATIVITI

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Sambutan Bulan Kemerdekaan pula tidak harus menjadi sekadar perayaan

yang dipenuhi simbol dan slogan semata- mata. Sebaliknya setiap anggota masyarakat perlu

bertanggungjawab untuk meningkatkan nilai dan maknanya dengan penghayatan sebenar perasaan cinta

akan negara dan erti kemerdekaan. Pihak sekolah juga perlu turut sama-sama mengadakan sambutan

Bulan Kemerdekaan. Semangat ini bukan hanya sekadar disemarakkan sepanjang tempoh kemerdekaan

ini, tetapi perlu terus terpahat, menyala dan membara pada setiap detik, saat dan ketika dalam diri kita

semua.Justeru itu,langkah pihak sekolah untuk mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-

55 merupakan satu langkah amat positif dan perlu ke arah mewujudkan situasi kemerdekaan disamping

mendedahkan murid -murid tentang bagaimana sepatutnya kemerdekaan negara kita diraikan.

Kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara kita selama ini bukanlah datang

secara percuma. Pengorbanan, semangat kental dan iltizam mereka yang terdahulu dan atas titik tolak

perundingan yang telah diketuai Tunku Abdul Rahman untuk membebaskan Malaysia daripada cengkaman

penjajah selama lebih 4 abad menjadi pencetus dan pemangkin kepada kemerdekaan ini. Oleh

itu,janganlah kita mensia – siakan usaha para pejuang kita dalam membebaskan Negara kita daripada terus

dijajah.

Page 16: TUGASAN 2 KREATIVITI

RUJUKAN

1. Mohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis Skudai : Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia

2. Abdul Rahim Ismail (Ed.) (1994). Information Malaysia 1994 Yearbook. Kuala Lumpur: Berita

Publishing Sdn. Bhd.