tugasan 2 kpt 6054

22
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 39500, TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL (KPT 6054) TUGASAN 2: ULASAN ANALISIS KANDUNGAN ARTIKEL : POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA NAMA : YUSMAHANI JAMALUDDIN NO MATRIK : M20141000689

Upload: hanyjamal

Post on 07-Aug-2015

76 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 2 kpt 6054

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,

39500, TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL(KPT 6054)

TUGASAN 2: ULASAN ANALISIS KANDUNGAN

ARTIKEL : POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA

NAMA : YUSMAHANI JAMALUDDIN

NO MATRIK : M20141000689

PENSYARAH : PROF MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR

Page 2: Tugasan 2 kpt 6054

POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA:

ANALISIS JURNAL

1.0 PENGENALAN KAJIAN

Perkembangan dan penggunaan ICT (Information and Communication Technology)

atau dipanggil “Teknologi Komunikasi dan Maklumat”, khususnya dalam pendidikan,

bukan lagi merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Perkembangan ICT

menjanjikan potensi besar, terutama dalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara

seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat,

dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam

mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

di semua peringkat sekolah. Proses P&P yang berlaku merupakan elemen penting

dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Penggunaan peralatan ICT seperti

komputer dalam P&P telah lama dibuktikan berkesan dan dilihat mampu untuk

membantu perkembangan bidang pendidikan.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) program pendidikan di negara ini,

khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu perlulah

seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang

disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.

ICT ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi

dan sistem komputer. Perkembangan ICT telah menukar wajah P&P dengan

penggunaan komputer, LCD dan pelbagai perisian multimedia yang canggih bagi

memudahkan guru mata pelajaran ICT, khasnya, menyediakan bahan pengajaran dan

seterusnya mengaplikasikannya dalam bilik darjah.

Matlamat kurikulum mata pelajaran tersebut di peringkat sekolah ialah untuk

membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang ICT dan

berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan ICT

Page 3: Tugasan 2 kpt 6054

bagi menyelesaikan masalah (KPM 2005). Di samping pengetahuan dan kemahiran,

kurikulum mata pelajaran tersebut juga membentuk pelajar yang bersikap positif

terhadap impak dan sumbangan ICT kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya

dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi

berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja. Berdasarkan Buku Huraian Sukatan

Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran ICT ini, tiada sebarang buku teks khusus yang

ditetapkan untuk mata pelajaran tersebut. Ini disebabkan bidang ICT yang dicakupi

dalam kurikulum ICT adalah luas serta bersifat dinamik. Tambahan pula, bidang ilmu

ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrif serta skopnya

sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya.

Banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti kemampuan ICT untuk

diintegrasikan dalam sistem pendidikan sebagai satu pendekatan bagi menarik minat

murid. Selain itu, melalui prosiding persidangan, jurnal-jurnal pendidikan, tesis dan

disertasi yang telah dilaporkan banyak mengetengahkan isu-isu berkaitan ICT. Namun

begitu, bagi mengenalpasti kajian-kajian berkenaan menjurus kepada pola tertentu,

satu analisis perlu dibuat di mana ia boleh dijadikan rujukan di masa hadapan.

1.1 TAJUK-TAJUK KAJIAN

TAJUK JURNAL SUMBER

Jurnal 1 Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-

Kanak Disleksia

Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi

Mokhtar & Nor Aziah Alias

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor,

Malaysia

Jurnal Teknologi

Pendidikan Malaysia Jilid

1, Nombor 2, Jun 2011

Jurnal 2 Software for Teaching Emotions to

Students with Autism Spectrum Disorder

J. Lozano, J. Ballesta & S. Alcaraz

Murcia (Spain)

Comunicar, nº 36, v.

XVIII, 2011, Scientific

Journal of Media

Litreracy; ISSN: 1134-

3478; pages 139-147

Page 4: Tugasan 2 kpt 6054

Jurnal 3 Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program

Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia

Baharom Mohamad

ATIKAN, 1(1) 2011

Jurnal 4 Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ Untuk

Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme

Salman Firdaus Sidek, Nur Saadah Fathil, Nur Zuhaidah

Mohamed Zain, Kamaliah Muhammad Universiti Pendidikan

Sultan Idris

Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu – JPBM (Malay

Language Education Journal

– MyLEJ)

Jurnal 5 Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan

Kemahiran Sukan Bola Baling

Abang Ismail bin Abang Haji Julhi (Institut Perguruan Batu

Lintang), Mohd. Taib bin Harun (Universiti Kebangsaan

Malaysia)

Seminar Penyelidikan

Pendidikan Institut

Perguruan Batu Lintang

Tahun 2007

Jurnal 6 Effectiveness of Facebook Based Learning to Enhance

Creativity among Islamic Studies Students by Employing Isman

Instructional Design Model

Alias, Norlidah; Siraj, Saedah; Daud, Mohd Khairul Azman Md;

Hussin, Zaharah

Turkish Online Journal of

Educational Technology -

TOJET, v12 n1 p60-67

Jan 2013

Jurnal 7 Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan

Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik

di Kalangan Pelajar Berisiko

Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat & Bahaman

Abu Samah

Jurnal Teknologi

Maklumat & Multimedia

5(2009): 79 -89

Jurnal 8 Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan

Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran

ICT

Norazah Mohd. Nordin Ngau Chai Hong

Jurnal Pendidikan

Malaysia 34(1)(2009):

111 - 129

Page 5: Tugasan 2 kpt 6054

Jurnal 9 Effect Of Using Facebook To Assist English For Business

Communication Course Instruction

Ru-Chu Shih

National Pingtung University of Science and Technology,

Taiwan [email protected]

TOJET: The Turkish

Online Journal of

Educational Technology –

January 2013, volume 12

Issue

Jurnal 10 Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di kalangan Pelajar di

sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia

Zaidatun Tasir, *Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Seminar Penyelidikan

Pendidikan Institut

Perguruan Batu Lintang

Tahun 2007

1.2 TUJUAN/OBJEKTIF/PERSOALAN KAJIAN

J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 JUMLAH

Mereka bentuk dan membangunkan bahan teknologi instruksional

√ √ √ √ √ √ 6

Mengkaji kesan penggunaan teknologi pendidikan terhadap pelajar

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10

Mengkaji kesan penggunaan teknologi pendidikan terhadap guru/pendidik

√ √ 2

Meninjau penggunaan alat berasaskan teknologi di kalangan pelajar

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10

Meninjau penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru

√ 1

2.1 Daripada 10 jurnal yang telah dipilih, 6 jurnal bertujuan mereka bentuk dan

membangunkan bahan teknologi instruksional. Terdapat 10 jurnal yang

ditumpukan kepada pelajar bagi mengkaji kesan penggunaan teknologi

pendidikan. Selain itu, kesemua jurnal yang dikaji juga turut meninjau

penggunaan alat berasaskan teknologi di kalangan pelajar. Ia diikuti dengan 2

Page 6: Tugasan 2 kpt 6054

jurnal yang hanya mengkaji kesan penggunaan teknologi pendidikan terhadap

guru/pendidik. Hanya 1 jurnal yang mempunyai objektif bagi meninjau

penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru.

2.0 KAJIAN LITERATUR

TEORI KAJIAN NOMBOR JURNAL KEKERAPANJ1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10

Teori Behaviorisme √ 1Teori Konstruktivisme √ √ 2Teori Kognitivisme 0Teori Tingkah laku 0Teori Humanis 0Model Penilaian CIPP 0Model PBL √ 1Model ADDIE √ √ 2Model ARCS 0Model Dick & Carey 0Model Rapid Prototyping 0Model Reka Bentuk √ √ √ √ √ 5

2.1 TEORI KAJIAN

Melalui hasil analisis mengenai teori dan model yang terdapat dalam kesemua

jurnal didapati bahawa Model Reka Bentuk paling banyak digunakan oleh

pengkaji-pengkaji iaitu sebanyak 5 jurnal. Ia diikuti dengan Model ADDIE dan

Teori Konstruktivisme.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, sepuluh artikel jurnal telah dipilih bagi melihat pola atau trend

tertentu berkaitan ICT. Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk

menganalisis kesemua artikel di dalam prosiding ini. Metodologi ini digunakan kerana

ia memudahkan penyelidik untuk menyemak data yang banyak secara sistematik (Gao,

1996; seperti dinyatakan dalam Stemler, 2001) dan membolehkan penyelidik

membentuk soalan semasa menganalisis penulisan untuk menghasilkan keputusan

yang boleh dihitung (Carney, 1972). Tujuan penggunaan analisis kandungan dalam

kajian ini adalah untuk mencari dan menghuraikan fokus penyelidikan yang telah

Page 7: Tugasan 2 kpt 6054

dijalankan dalam pendidikan perguruan. Pada mulanya, semua artikel yang telah

dipilih dianalisis dan kumpulan sasaran telah dikenal pasti. Sebanyak 18 konsep

kluster digunakan untuk mengkategorikan konsep yang muncul dalam artikel-artikel

tersebut. Konsep kluster tersebut diubah suai daripada kluster saranan Masood (2004)

berdasarkan analisis kandungan yang beliau lakukan terhadap jurnal teknologi

pendidikan tersohor iaitu Educational Technology, Research and Development

(ETR&D) yang diterbitkan antara tahun 1993 hingga 2002 (10 tahun). Jadual 1

menerangkan 18 konsep kluster tersebut. Artikel yang berfokus kepada guru pelatih

telah dikenal pasti dan dipilih. Berdasarkan analisis, terdapat 10 artikel yang

membincangkan mengenai ICT.

Jadual 1 : Huraian konsep yang telah digunakan (Masood, 2004)

No.

Kluster Konsep Huraian Konsep

1. Teknologi pengajaran /pendidikan

Teknologi pengajaran / pendidikan (TP) secaramenyeluruh, penyelidikan dalam TP, teori pengajarandan pembelajaran

2. Bidang atau disiplin lain Pelbagai disiplin lain3. Pemboleh ubah proses

instruksiKawalan pengguna, interaktiviti, maklum balas

4. Elemen proses instruksi Objektif instruksi, advance organisers, capaianMaklumat

5. Perspektif pengajaran danpembelajaran

Behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, situatedcognition, pembelajaran generatif, model ARCS, chaostheory, elaboration theory, dll.

6. Kaedah instruksi Pembelajaran kolaboratif / koperatif, aktivitimetakognitif, pembelajaran diindividukan,pembelajaran-berasaskan-masalah (PBL), simulasi(main peranan), dll.

7. Sistem penyampaian /format media

Pendidikan jarak jauh, audio visual, penyampaianberasaskan web/Internet, sistem respon pelajar, sistemtutoran pintar, pengajaran-berbantu-komputer (CAI),instruksi terancang, multimedia, dll.

8. Pembangunan instruksi (ID)

ID, model ID, elemen atau fasa ID, analisis, reka bentuk,pembangunan, pelaksanaan, penilaian

9. Pemboleh ubah produksi Atribut program, 3-dimensi, reka bentuk mesej, kiu,animasi, dll.

10. Hasil pembelajaran Pencapaian pelajar, pembelajaran fakta, konsep, prinsip,prosedur, kemahiran psikomotor, sikap, maklumatverbal, kognitif, dll.

11. Pemboleh ubah pelajar Motivasi, usia/gred/tahap perkembangan, gender,

Page 8: Tugasan 2 kpt 6054

pengetahuan sedia ada, storan dan akses mental, dll.12. Persekitaran pembelajaran Persekitaran pembelajaran13. Penilaian Penilaian, kebolehgunaan, penilaian formatif, penilaian

sumatif, pengujian adaptif, dll.14. Teknologi prestasi (PT)

dan Sistem sokongan prestasi

Model PT, sistem sokongan prestasi elektronik, job-aid,video-conferencing, dll.

15. Perubahan organisasi Perubahan sistemik, penstrukturan/reformasi sekolah16. Profesion Etika, kemahiran / kompetensi, piawaian, pensijilan17. Budaya Budaya organisasi, institusi, bangsa, dll.18. Pemboleh ubah guru Sokongan, gaya kognitif, sikap terhadap amalan

instruksi

J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 Jumlah

Kualitatif √ √ √ √ 4

Kuantitatif √ √ √ √ √ √ √ 7

3.1 KAEDAH KAJIAN

3.1.1 Sebanyak 4 jurnal menggunakan kaedah kualitatif dalam menjalankan

kajian manakala 7 jurnal lagi menggunakan kaedah kuantitatif. Hanya

jurnal menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif

dalam menjalankan kajian mereka.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Rekabentuk Kajian Tajuk Jurnal Jumlah

01 02 03 04 05 06 07 08 09 10

Kajian Tinjauan 1 1 1 1 1 5

Kuasi Eksperimen 11

Kajian Eksperimen 1 1 2

Kajian Kualitatif 1 1 2

Page 9: Tugasan 2 kpt 6054

3.3.1 Melalui hasil analisis reka bentuk kajian, didapati bahawa kajian

tinjauan mempunyai kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 5

jurnal.

3.3 SAMPEL KAJIAN

J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 JUMLAH

GURU/PENDIDIK √ 1

MURID/PELAJAR √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10

3.3.1 Hasil analisis sampel kajian bagi 10 jurnal tersebut didapati bahawa

murid atau pelajar dipilih sebagai sampel utama bagi kesemua jurnal

yang dikaji. Hanya 1 jurnal yang menjadikan guru dan murid sebagai

sampel dalam jurnalnya.

3.4 TEORI KAJIAN

TEORI KAJIANNOMBOR JURNAL

KEKERAPANJ1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10

Bagi menguji pencapaian antara

pemboleh-ubah

MANOVA 0Analisis Regresi

Linear0

Soal selidik √ √ √ √ √ 5ANCOVA √ √ √ 3Ujian t √ √ √ √ 4

Bagi menguji kebolehpercayaan

instrumen

Cronbach Alpha √ √ √ 2Korelasi Pearson √ 1Lawson Scientific Reasoning Test

(LSRT)0

3.5 JENIS STATISTIK

Jenis Statistik Tajuk Jurnal Jumlah

01 02 03 04 05 06 07 08 09 10

Statistik Deskriptif 1 1 1 1 1 1 1 1 8

Page 10: Tugasan 2 kpt 6054

Statistik Inferensi 1 1 2

4.0 DAPATAN KAJIAN

JURNAL DAPATAN KAJIAN

J1 Penggunaan perisian program berbentuk pendidikan mampu meningkatkan,Menstimulasikan da memotivasikan kanak-kanak autisme mempelajari kemahiran sosial dan emosi

J2 Terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran

J3 Kesemua responden menunjukkan tingkahlaku yang positif sebelum, semasa dan selepas menggunakan perisisan kursus.

J4 Kaedah Multimedia lebih berkesan daripada Kaedah Tradisional bagi kemahiran menjaring, hantaran, melantun dan kemahiran penjaga gol

J5 “Facebook”telah menjadi medium pembelajaran bagi meningkatkan kreativiti pelajar

J6 Terdapat perbezaan yang signifikan antara pra dan pasca ujian matematik bagi pelajar berisiko dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan

J7 Persembahan keseluruhan Webquest yang bertajuk Computer System: System Concept ini sesuai dan menarik untuk Matapelajaran ICT.

J8 Penggunaan alat rangkaian sosial dapat membantu pelajar untuk belajar

J9 Penggunaan Facebook merupakan gabungan yang sesuai untuk pembelajaran dan komunikasi

J10 Majoriti pelajar mengaku bahawa LO mudah dan senang digunakan

Page 11: Tugasan 2 kpt 6054
Page 12: Tugasan 2 kpt 6054

Jadual 2 : Kekerapan Konsep Kluster Yang Muncul Dalam 10 Jurnal

NO

KONSEP KLUSTER 1ANIMASI KANAK-KANAK

DISLEKSIA

2SOFTWARE

FOR AUTISM SPECTRUM DISORDER

3TMK DLM PROGRAM

PENDIDIKAN KHAS

ALIRAN TEKNIK &

VOKASIONAL

4 “SAYA SUKA

BELAJAR” UNTUK BM

BAGI KANAK-KANAK

AUTISME.

5KEBERKESAN

AN PENGGUNAA

N MULTIMEDIA

TERHADAP PENGUASAA

N KEMAHIRAN SUKAN BOLA

BALING

6KEBERKESAN

AN PEMBELAJAR

AN BERASASKAN

FACEBOOK

7PERBANDING

AN PENGAJARAN BERASASKAN MULTIMEDIA

DAN TRADISIONA

L

8WEBQUEST

BAGI MATAPELAJA

RAN ICT

9EFFECT OF

USING FACEBOOK TO ASSIST

ENGLISH FOR BUSINESS

COMMUNICATION

COURSE INSTRUCTIO

N

10PENGGUNAA

N ALAT RANGKAIAN

SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR DI

SEBUAH IPTS DI KOTA

KINABALU

JUMLAH KONSEP MUNCUL

1. Teknologi pendidikan/pengajaran

√ √ √ √ √ √ √ √ 8

2. Bidang atau disiplin lain √ √ √ √ √ √ √ 73. Pemboleh ubah proses

instruksi√ √ √ √ √ √ √ √ 8

4. Elemen proses instruksi √ √ √ √ √ 55. Perspektif

pengajaran/pembelajaran√ √ √ 3

6. Kaedah instruksi √ √ √ √ √ √ 67. Sistem

penyampaian/format media

√ √ √ √ √ √ √ √ √ 9

8. Pembangunan Instruksi √ √ √ √ √ √ 69. Pemboleh ubah Instruksi √ √ √ √ √ √ 610. Hasil Pembelajaran √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 1011. Pemboleh ubah Pelajar √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 1012. Persekitaran

Pembelajaran√ √ √ √ √ √ 6

13. Penilaian √ √ √ √ √ √ √ √ 814. Teknologi prestasi &

sistem sokongan prestasi√ √ 2

15. Perubahan Organisasi √ 116. Profesion √ √ 217. Budaya √ √ √ 318. Pemboleh ubah Guru √ 1

Page 13: Tugasan 2 kpt 6054

5.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Jadual 2 menunjukkan analisis kekerapan konsep yang muncul dalam artikel-

artikel berkaitan penyelidikan ICT dalam program pendidikan guru di Malaysia.

Kesemua artikel yang telah dikenal pasti disusun mengikut tahun dan nombor

Jadual 1. Berdasarkan kekerapan konsep yang muncul dalam artikel, didapati

bahawa:

1. Sistem penyampaian atau delivery system (muncul sebanyak 9 kali).

2. Persekitaran pembelajaran atau learning environment (muncul sebanyak

6 kali).

3. Hasil pembelajaran atau learner outcomes (muncul sebanyak 10 kali).

4. Kaedah instruksi atau instructional methods (muncul sebanyak 6 kali).

5. Pemboleh ubah proses instruksi atau instructional process variables

(muncul sebanyak 8 kali).

6. Pemboleh ubah pelajar atau learner variables (muncul sebanyak 10 kali).

7. Budaya atau culture (muncul sebanyak 3 kali).

8. Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran atau instructional or

educational technology (muncul sebanyak 8 kali).

9. Elemen proses instruksi atau instructional process elements, perspektif pengajaran

dan pembelajaran atau teaching and learning perspectives, penilaian atau evaluation

serta profesion atau the profession (masing- masing muncul sebanyak 5 kali).

10. Pembangunan instruksi atau Instructional Development (ID), pemboleh ubah produksi

atau production variables dan perubahan organisasi atau organisational change

(masing-masing muncul sebanyak 6 kali).

11. Bidang atau disiplin lain (muncul sebanyak 7 kali).

12. Perspektif pengajaran/ pembelajaran (muncul sebanyak 3 kali).

13. Penilaian (muncul sebanyak 8 kali).

14. Teknologi prestasi dan sistem sokongan prestasi (muncul sebanyak 2 kali).

15. Perubahan organisasi (muncul sebanyak 1 kali).

16. Profesion (muncul sebanyak 2 kali).

17. Pemboleh ubah guru (muncul sebanyak 1 kali).

Page 14: Tugasan 2 kpt 6054

Konsep hasil pembelajaran (learner outcomes) merupakan konsep yang

membincangkan pencapaian pelajar, kemahiran interpersonal serta persepsi pelajar. Ia

merupakan konsep yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam kajian yang

dibuat. Norazah Mohd Norsin dan Ngau Chai Hong telah mengkaji persepsi pelajar

melalui penggunaan perisian Web-Quest bagi matapelajaran ICT. Menurut pengkaji,

Responden dalam kajian ini menyatakan bahawa secara keseluruhannya WebQuest ini

sesuai dan menarik perhatian pengguna. Manakala min keseluruhan isi kandungan

WebQuest ialah 4.38 dengan sisihan piawai 0.59, di mana responden dalam kajian ini

menyatakan bahawa WebQuest menyediakan kemudahan pengaksesan e-

pembelajaran. Kenyataan ini memang bertepatan dengan prinsip pembelajaran mata

pelajaran ICT dalam Kementerian Pelajaran Malaysia(2006) iaitu WebQuest bersifat

terarah kendiri dan anjal.

Konsep sistem penyampaian (delivery system) yang membincangkan tentang medium

penyampaian pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet dan web serta

pengajaran berasaskan komputer merupakan konsep yang mempunyai kekerapan

sebanyak 9 kali dalam kajian-kajian yang telah dijalankan. Dalam kajian mengenai

Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di Kalangan Pelajar di Sebuah IPTS di Kota

Kinabalu menunjukkan bahawa respondan menggunakan pelbagai jenis alat rangkaian

social Web 2.0 (Facebook, Twitter, Blog, MySpace, CyWorld dsb). Responden lebih

berminat untuk menggunakan alat rangkaian sosial untuk bersosial dan berhubung

dengan rakan untuk mencari kenalan baru dan dalam masa yang sama mengeratkan

lagi perhubungan sesama mereka. Rangkaian sebagai alat sosial boleh menjadi sangat

berkesan kerana dapat menggunakannya sebagai satu alat untuk bersosial dan bukan

kaedah lain serta memperoleh kenalan yang mempunyai sesuatu minat yang serupa.

Tambahan lagi boleh keluar dan bertemu dengan seseorang yang mempunyai minat

yang sama (Mohammad, 2006). Menurut Reynard (2009), rangkaian sosial

menyediakan kaedah baru untuk berhubung dan berkongsi maklumat dan membina

rangkaian mengikut minat. Tapak rangkaian sosial seperti Facebook membolehkan

seseorang menyimpan seberapa banyak jumlah rakan yang penting mereka

mempunyai alat pengurusan digital (Boyd, 2006).

Perspektif pengajaran dan pembelajaran merupakan teori atau model yang digunakan

seperti behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, situated cognition, pembelajaran

Page 15: Tugasan 2 kpt 6054

generatif, model ARCS, chaos theory, elaboration theory, dan lain-lain. Berdasarkan

kajian Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-kanak Disleksia,

pengkaji menggunakan model ADDIE yang mana secara amnya mempunyai proses

yang tersusun melalui (1) Analisis Keperluan (Need Assessment), (2) Rekabentuk

(Design), (3) Pembangunan (Development), (4) Implementasi (Implementation), dan

(5) Penilaian (Evaluation). Model yang diberinama DIMLOM/Disleksia Interaktif

Multimedia Learning Object Model (Fadilahwati et al, 2011) ini direka mengikut tiga

fasa utama, iaitu (1) sebelum pembangunan (2) semasa pembangunan, dan (3) selepas

pembangunan.

6.0 KESIMPULAN

Analisis kandungan yang telah dijalankan mendapati bahawa pemboleh ubah

pelajaran dan hasil pelajaran yang paling kerap muncul dalam artikel-artikel

melibatkan aplikasi ICT dalam program pendidikan guru sebagaimana yang

diterbitkan dalam prosiding teknologi pendidikan di Malaysia. Ini diikuti oleh sistem

penyampaian, teknologi pendidikan, kaedah instruksi serta pemboleh ubah instruksi.

Ini menunjukkan terdapat konsep-konsep tertentu yang sering menjadi fokus

penyelidikan berkaitan ICT dalam program pendidikan guru, sementara beberapa

konsep lain kurang diberi penekanan. Adalah diharapkan analisis kandungan dapat

dijalankan ke atas lebih banyak sumber rujukan seperti jurnal, prosiding, tesis dan

disertasi yang berkaitan.

Page 16: Tugasan 2 kpt 6054

RUJUKAN

Irfan Naufal Umar & Nurullizam Jamiat. 2011. Pola Penyelidikan Ict Dalam PendidikanGuru di Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 26, No. 1, 1–14, 2011

Norazah Mohd. Nordin &Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan dan Penilaian BahanPengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 – 129.

Abang Ismail & Mohd. Taib. 2007. Keberkesanan Penggunaan Multimedia TerhadapPenguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling. Seminar Penyelidikan Pendidikan InstitutPerguruan Batu Lintang Tahun 2007.

Atikan. 2011. Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas AliranTeknik dan Vokasional di Malaysia.

Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias.2011. Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011.

Chih-Cheng Lin, Hsien-Sheng Hsiao, Sheng-ping Tseng&Hsin-jung Chan. 2014. LearningEnglish Vocabulary Collaboratively In A Technology-Supported ClassroomDepartment of English, National Taiwan Normal. The Turkish Online Journal of Educational Technology – January 2014, volume 13 issue 1.

Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat & Bahaman Abu Samah. 2009.Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas PencapaianMatematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal TeknologiMaklumat & Multimedia 5(2009): 79 -89.

Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. 2011. Penggunaan Alat RangkaianSosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011.

Salman Firdaus Sidek,Nur Saadah Fathil,Nur Zuhaidah Mohamed Zain & KamaliahMuhammad. 2014 . Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ UntukPembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10

Ru-Chu Shih. 2013. Effect Of Using Facebook To Assist English For BusinessCommunication Course Instruction. The Turkish Online Journal of EducationalTechnology – January 2013, volume 12 Issue 1.

l J. Lozano, J. Ballesta & S. Alcaraz. 2011. Software for Teaching Emotions toStudents with Autism Spectrum Disorder. Scientific Journal of Media Litreracy;ISSN: 1134-3478; pages 139-147.