tugasan 2 ( penerangan blog)

10
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT 6044 TUGASAN 2 PENERANGAN BLOG ZARIDA BT AHMAD M20121000799 PM DATO’ DR ABD LATIF HJ GAPOR 1

Upload: zarida22

Post on 04-Aug-2015

92 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 2 ( penerangan blog)

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

KPT 6044

TUGASAN 2

PENERANGAN BLOG

ZARIDA BT AHMAD

M20121000799

PM DATO’ DR ABD LATIF HJ GAPOR

1

Page 2: Tugasan 2 ( penerangan blog)

Pembinaan Blog Wordpress

WordPress ialah satu alat penerbitan percuma dalam talian. Ia merupakan satu perisian

berasaskan web yang membolehkan sesiapa sahaja membina serta menyelenggarakan atau

menyunting laman web atau blog. Pada asalnya, tujuan Wordpress adalah sebagai satu cara

mudah untuk membina blog (http://www.mcbuzz.com/wordpress/what-is-wordpress/).

Masa yang diambil untuk pembinaan blog ini adalah selama 1 Minggu  yang bermula

pada 23/10/2013 – 29/10/2013. Saya membina blog menggunakan WordPress kerana cara

penggunaannya mudah tanpa perlu sebarang pembayaran bagi pendaftaran. Berbanding

dengan Blogger, WordPress lebih senang untuk dikendalikan dan digunakan terutamanya

bagi pengguna baru. Selain itu, saya ingin mencuba sesuatu yang baru kerana ramai

pengguna lebih memilih untuk menggunakan laman Blogger. Alamat blog saya ialah

www.zarida22.wordpress.com. Blog saya ini bertemakan matapelajaran Sains Sekolah

Rendah.

Blog saya ini mengandungi lima halaman iaitu Home, About, Bahan PdP, Tugasan

KPT6044 dan Video pilihan.

2

Page 3: Tugasan 2 ( penerangan blog)

Dibahagian muka hadapan (Home) terdapat video untuk mempromosikan blog saya.

Video tersebut telah saya upload di youtube. Melalui video ini saya berharao agar

blog saya ini akan dikunjungi oleh pembaca-pembaca blog untuk menafaatkan ilmu

bersama-sama terutama pelajar-pelajar saya.

Bahagian halaman About mengandungi serba sedikit berkenaan dengan biodata diri

saya. Ianya memaparkan pengenalan diri saya untuk dikongsi bersama pembaca.

3

Page 4: Tugasan 2 ( penerangan blog)

Paparan di bahagian Bahan PdP memaparkan bahan-bahan pembelajaran yang

boleh dikongsi bersama pembaca. Bahan-bahan pdp yang saya pilih adalah bahan

pdp untuk matapelajaran Sains sekolah rendah.

(i) Bahan yang pertama adalah berkaitan dengan Cara Manusia Bernafas.

Bahan ini telah saya hasilkan sendiri. Bahan ini telah saya upload di

slideshare. Bahan pembelajaran ini sesuai untuk digunakan oleh guru Sains

Tahun 4. Seterusnya saya menyediakan set soalan berkaitan dengan tajuk

yang telah dipaparkan dalam slide.

4

Page 5: Tugasan 2 ( penerangan blog)

(ii) Bahan pembelajaran yang kedua adalah tentang proses kitaran hidup rama-

rama. Video pembelajaran ini ingin saya kongsikan untuk tatapan pembaca

kerana video ini amat sesuai digunakan semasa proses pembelajaran. Ini

kerana video ini menggunakan animasi yang sesuai dan dapat menarik minat

murid untuk belajar.

Seterusnya di mukasurat ketiga adalah berkaitan dengan Tugasan KPT6044 yang

telah dihantar melalui slideshare.

(i) Tugasan 1 : Ulasan Jurnal (daripada TOJET)

Hubungan Antara Kompetensi Guru Ict , Tingkat Keyakinan Dan Kepuasan

Terhadap Program Latihan Ict: Kajian Kes Di Kalangan Pelajar

Pascasiswazah.

Oleh: Zaidatun Tasir , Khawla Mohammed El Amin Abour , Noor Dayana Abd

Halim, Nor Azman Harun, Universiti Teknologi Malaysia.

5

Page 6: Tugasan 2 ( penerangan blog)

(ii) Tugasan 2 – Penerangan Blog

Tugasan 2 mengandungi penerangan yang berkaitan dengan cara bagaimana

pembinaan bolg ini saya laksanakan.

(iii) Tugasan 3- Kaedah Tinjauan

Saya telah menjalankan kajian secara tinjauan yang bertajuk “Penggunaan

Internet di kalangan Pelajar Sekolah Rendah”. Kajian ini dijalankan di sebuah

sekolah di Kuala Lumpur. Sampel kajian adalah terdiri daripada 2 orang

murid. Saya menjalankan kajian ini secara temubual dengan respondan.

Dapatan kajian menunjukkan pelajar sekolah rendah mempunyai kemahiran

yang tinggi dalam menggunakan internet. Pelajar sekolah rendah juga

didapati cenderung mengggunakan internet untuk hiburan dan juga

pembelajaran.

6

Page 7: Tugasan 2 ( penerangan blog)

(iv) Tugasan 4- Pembacaan Kendiri (Merujuk Teks)

Dalam ruangan ini saya memaparkan tugasan 4 yang merupakan tugasan

pembacaan kendiri yang melibatkan bab 2 dalam buku “Instructional media and

technologies for learning”

Bagi halaman video pula saya memaparkan video-video pilihan yang menarik untuk

dikongsi bersama pembaca. Antaranya video lagu Tegar yang bertajuk “Aku Yang

Dulu Bukan Yang Sekarang”. Video ini diharap dapat menjadi motivasi kepada

pembaca blog saya untuk mencipta kejayaan.

Video Klip Lagu Tegar

7

Page 8: Tugasan 2 ( penerangan blog)

Saya juga turut memaparkan video Upin-Ipin dan juga filem animasi terbitan Filem

Negara Malaysia yang bertajuk “ Hikayat Sang Kancil dan Monyet”.

Filem animasi Upin Dan Ipin

Filem animasi “ Hikayat Sang Kancil dan Monyet”

8