tugasan 2 data logging

12
JABATAN BIOLOGI FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TUGASAN 2 DATA LOGGING SEM 1 SESI 2013/2014 KURSUS : IMFORMATION AND COMMUNICATION TEKNOLOGY IN SCIENCE KOD KURSUS : SSI 3013 Nama : RAHMAH BT SOID No. Matrik : D20112052298 Kumpulan : UPSI01 ( A131PJJ) Nama Pensyarah : DR. AZMI BIN IBRAHIM PM-3, Level 2, Block 01,

Upload: rahmah-soid

Post on 04-Aug-2015

161 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 2 data logging

JABATAN BIOLOGI

FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TUGASAN 2

DATA LOGGING

SEM 1 SESI 2013/2014

KURSUS : IMFORMATION AND COMMUNICATION TEKNOLOGY

IN SCIENCE

KOD KURSUS : SSI 3013

Nama : RAHMAH BT SOID

No. Matrik : D20112052298

Kumpulan : UPSI01 ( A131PJJ)

Nama Pensyarah : DR. AZMI BIN IBRAHIM

PM-3, Level 2, Block 01,

Proton City Campus

Page 2: Tugasan 2 data logging

TUGASAN 2- DATA LOGGING

PENGENALAN

Data logger ialah sebuah alat peranti elektronik yang digunakan untuk merekodkan data dari semasa ke semasa. Data logger ini juga dikenali sebagai data perakam. Alat ini boleh digunakan untuk menyukat suhu,kelembapan udara, pH dan sebagainya. Dengan adanya alat ini, kita tidak perlu bersusah payah untuk merekodkan data dan melukis graf secara manual semasa menjalankan eksperimen sains. Data yang diperolehi akan direkodkan secara automatic disimpan di dalam memori data logger tersebut.Data-data tersebut disimpan dalam bentuk graf dan jadual.

Data logger adalah salah satu teknologi yang mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun alat ini mempunyai dan keburukan. Di antara kebaikannya ialah dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari sains manakala keburukannya antaranya ialah murid-murid kurang berkemahiran untuk melukis graf.Berikut adalah maklumat lain mengenai data logger iaitu

1. Digunakan untuk membaca maklumat daripada alat pengesan (sensor)

2. Alat elektronik untuk merekod penyukatan versus masa dan menghantar ke komputer

3. Cara pengoperasian keseluruhan peralatan data logger adalah seperti rajah di bawah :

Page 3: Tugasan 2 data logging

Peranan data logger

Sesuatu eksperimen yang dijalankan terlebih dahulu memerlukan sensor untuk mengesan maklumat dan menghantarkannya ke data logger. Data logger berfungsi membaca maklumat daripada sensor dan secara automatic merekodkan maklumat tersebut. Maklumat tersebut pula dihantar kepada komputer dan murid-murid boleh mendapat rekod tersebut dan mencetaknya.

Pengaplikasian data logger dalam eksperimen berikut :

Langkah 1(ENGAGEMENT ) – MENGENALPASTI MASALAH.

Mengapa kelembapan udara berbeza mengikut waktu ataupun masa.

Contohnya:-

i. Pada waktu awal pagi kelihatan embun pada daun-daun, embun tidak muncul pada waktu tengahari ataupun petang.

Embun pagi ii. Pada waktu pagi kita akan merasa sejuk berbanding dengan waktu tengahari, mengapa ini terjadi?

Kesejukan pagi

Page 4: Tugasan 2 data logging

3. Mengapa kita menjemur pakaian di bawah sinar cahaya matahari ataupun mengapa pakaian cepat kering apabila dijemur di bawah cahaya matahari?

Langkah 2 (EMPOWER)– MERANCANG EKSPERIMEN

Pelajar-pelajar perlu memasang peralatan data logger di tempat yang sesuai di sekitar makmal dan memastikan peralatan tersebut tidak mudah dirosakkan oleh pihak-pihak tertentu.

Berikut adalah peralatan yang diperlukan iaitu

1. Sensor kelembapan udara dan suhu

Page 5: Tugasan 2 data logging

2. Data logger

3. USB untuk penyambungan kepada komputer

4. Komputer untuk membolehkan murid-murid mendapatkan keputusan eksperimen

Page 6: Tugasan 2 data logging

5. Printer untuk mencetak keputusan eksperimen

6. Peralatan-peralatan tersebut disambung dengan sempurna supaya keputusan eksperimen dapat diperolehi dengan tepat. Contoh ilustrasi pemasangan peralatan-peralatan tersebut.

KEPUTUSAN:

1. Keputusan direkodkan dalam bentuk jadual

Contoh keputusan yang diperolehi adalah seperti jadual di bawah:

Pada pukul 8.00pagi – suhu adalah 23.5 dan kelembapan udara 54.9

Pada pukul 12.00 tengahari – suhu 29.9 dan kelembapan 47.2

Pada pukul 5.00 petang – suhu 29.4 dan kelembapan 48.8

Page 7: Tugasan 2 data logging

2. Keputusan direkodkan dalam graf.

Contoh keputusan dalam bentuk graf yang boleh dirakamkan oleh data logger.

Suhu yang rendah menyebabkan kelembapan udara yang tinggi manakala suhu yang tinggi menyebabkan kelembapan udara yang rendah.Oleh sebab itu embun hanya boleh wujud pada waktu pagi dan hilang tersejat apabila hari semakin panas. Kita juga akan merasa sejuk pada waktu pagi kerana udara yang lembap dan merasa panas pada waktu tengahari kerana udara telah kering. Oleh itu suhu adalah mempengaruhi kadar kelembapan udara dan juga kadar penyejatan air ke persekitaran.

CATATAN: Keputusan sebenar hanya boleh diperolehi apabila murid-murid menjalankan eksperimen tersebut.

Page 8: Tugasan 2 data logging

PERBINCANGAN

1. Adakah suhu mempengaruhi kelembapan udara ?

2. Pada waktu manakah kelembapan udara paling rendah ?

3. Pada waktu manakah kelembapan udara paling tinggi?

4. Terangkan bagaimanakan suhu boleh mempengaruhi kadar kelembapan udara?

5. Mengapa embun hanya boleh wujud pada awal pagi dan hilang apabila hari telah menjadi semakin panas?

6. Apakah yang menyebabkan kita merasa sejuk pada waktu pagi dan panas pada waktu tengahari?

7. Apakah kebaikan di sebaliki kejadian fenomena alam tersebut kepada manusia?

LANGKAH 3 Aplikasi dalam kehidupan harian ( ENHANCED)

Kewujudan fenomena ala mini sangat berfaedah kepada manusia untuk meneruskan kehidupan seperti

a. Dalam industry pengeringan makanan

Pengeringan ikan

Pengeringan cili

Page 9: Tugasan 2 data logging

3. Pembuatan ubat-ubatan tradisional

4. Pembuatan makanan ringan

KESIMPULAN

Semakin tinggi suhu, semakin rendah kadar kelembapan dan kadar penyejatan bertambah atau sebaliknya. Oleh itu, daripada kajian tentang hubungan di antara suhu,kelembapan udara terhadap masa, kita dapat menentukan kadar penyejatan yang berlaku pada waktu-waktu yang tertentu. Kajian tersebut boleh dimanafaatkan dalam kehidupan seharian. Data logger yang digunakan boleh digunakan secara meluas bukan hanya di dalam makmal tetapi juga meliputi kajian tentang kejadian alam yang lain seperti penentuan kejadian banjir, penentuan lokasi lambakan udang di sesuatu kawasan, denyutan jantung pesakit di hospital dan banyak lagi aktiviti seharian yang membantu manusia mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat.

“BETTER SCIENCE THROUGH DATA LOGGING”