sahsiah tugasan 2

22
KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENGAJIAN JARAK JAUH KKD2063/ULP1013-PEMBANGUNAN SAHSIAH

Upload: mandy-yung

Post on 19-Dec-2015

309 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SAHSIAH

TRANSCRIPT

KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENGAJIAN JARAK JAUHKKD2063/ULP1013-PEMBANGUNAN SAHSIAH

2

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN MS 3 – MS 5

2. 2.0 NILAI BITARA INTERGRITI MS 6 – MS 8

2.1 NILAI BITARA PROFESIONAL MS 8– MS 9

2.2 NILAI BITARA NERORIENTASIKAN

PELANGGAN

MS 10– MS 11

2.3 NILAI BITARA PERIHATIN

KEBAJIKAN ANGGOTA

MS 11– MS 12

2.4 NILAI BITARA KREATIF DAN

INOVATIF

MS 12– MS 14

3. KESIMPULAN MS 14

4. BIBIOGRAFI MS 15

3

Pendahuluan

Pada masa kini guru adalah jenis pekerjaan yang penting dalam proses

pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan

profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu

serta masyarakat. Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang menjadi ilmu

kemajuan negara dan warisan kebudayaan pada masa depan.Perana sebagai seorang

guru bukan sahaja menyebar ilmu ,segala tingkah laku guru menjadi contoh teladan

kepada murid-murid.Maka , guru mesti mempunyai sifat dan kualiti dari segi peribadi

iaitu : baik hati, jenaka , bertanggungjawab , yakin kepimpinan, sosial iaitu budi

pekerti , ramah mesra , merendah diri, semangat berbakti ,jujur dan juga professional

iaitu ingin tahu, ikhtisas , suka membaca , kemahiran bertutur , dayan ingatan dan daya

usaha.

Namum begitu , menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Dato’ Dr Abdullah

Shukor Abudullah menyenaraikan 17 ciri-ciri guru berkesan seperti yang dinyatakan di

bawah:

a.Bersikap professional.

b. Mempamerkan cirri-ciri guru kekuatan teori.

c. Kaya ilmu.

d. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

e. Bermoral teguh.

4

f. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

g. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

h. Berkebolehan menilai kekuatan dan lemahan murid-murid.

i. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

j. Menampilkan watak terpuji ,berimej , berperibadi mulia, berwawasan sebagai

pendidik unggul pada setiap masa.

k. Memastikan situsi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.

l. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan

ilmu.

m. Berpesonaliti sihat dan serba boleh.

n. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.

o. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai

diri(bermoral , berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan

situasi tertentu.)

p. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan , bebas pendirian ,tidak berbelah bahagi.

q. Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.

r. Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.

Menurut nilai-nilai Bitara terdapat aspek ciri-ciri yang terdapat di dalam

seseorang guru. Terdapat enam nilai yang membentuk personality Bitara yang dimiliki

oleh seorang guru iaitu intergriti, professional, semangat berpasukan , berorientasikan

pelanggan , prihatin kebajikan anggota dan kreatif dan inovatif.Berikuta adalah carta

pai yang menunjukkan nilai-nilai Bitara UPSI.

5

Nilai Bitara UPSI

2.0 Aspek menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan ,beban pendirian ,tidak berbelah

bahagi berdasarkan nilai bitara berintergtiti.

6

Berdasarkan nilai bitara intergriti adalah perlu disemai dalam hati setiap guru bagi

melahirkan prinsip moral yang tinggi ke arah keunggulan yang dapat melahirkan guru yang

cemerlang,gemilang dan terbilang.

Sebagai seorang guru wajar adil terhadap murid-murid apabila menjalankan pengajaran

dan pembelajaran tanpa mengira latar belakang , kaum , bangsa , agama serta lain-lain.

Contohnya: Salah seorang murid adalah terpandai di dalam kelas , kita tidak boleh hanya

menumpukan perhatian terhadap murid tersebut ,dan mengabaikan murid-murid lain.Kita

bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat kepada semua secara adil dan saksama

dan tidak pilih kasih.Guru sewajarnya memulakan dan menamatkan kelas tepat pada

masanya dalam tempoh yang ditetapkan .Guru tidak wajar menggunakkan masa yang

sepatutunya untuk “mencuri tulang ” atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-

aktiviti yang tidak berkaitan .Contohnya: Guru sering masuk kelas lambat ,ini akan

membazirkan masa murid –murid ,maka murid-murid tidak dapat mempelajari

pelajaran.Sementara itu, apabila guru masuk kelas dan melakukan tugas di dalam kelas

tanpa mengajar.

Guru juga bersikap amanah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam pengajaran

pembelajaran.. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual

yang ditetapkan.Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi masa

konsultasi yang telah ditetapkan dan memaklumkan masa tersebut kepada murid-

murid.Oleh itu, pihak guru dan murid-murid dapat mengaturkan system perundingan

dengan lebih berkesan.

Guru mestilah melaksanakan tugasa secara adil secara adil dan telus mengikut skema

dalam tempoh masa yang ditetapkan.Guru melaksanakan kerja dalam tempoh masa yang

ditetapkan.

7

Guru juga wajar mempamerkan sikap akautabiliti dengan melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang telah disediakan kepada murid-

murid dengan kaedah yang berkesan.Sebagai seorang guru ,kita hendaklah menjalankan

tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati

masa serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabilitinya terhadap

sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akandapat ditingkatkan sekiranya

seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnyasebagai seorang pendidik

dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebutmelambangkan tingginya kualiti seseorang

guru yang juga akan meningkatkan tarafprofesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat

melaksanakan tugas itu denganbersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu

tanggungjawabnya terhadapkerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan

seseorang guru itu lebihbertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya.

Oleh yang demikian,akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru

itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya

tidak dapat dijalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-

cinta akan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan

yang tidakbertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.Menurut pelaksanaan Akta

Pendidikan 1996,Perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002, maka kita dipertanggungjawab

menjalankan kewajipan.

2.1Aspek Profesional Dan Menumpukan Perhatian Kepada Pengajaran dan

Pembelajaran berdasarkan nilai bitara Profesional.

Berdasarkan nilai bitara profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam

profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Menurut Sufean Hussin (1996:444),

8

dari segi konsep, profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi

pekerjaan seseorang. Ia juga perlu wujud dalam diri seseorangjika matlam at

pekerjaannya menuju kearah keberkesanan, produktivi ti, kecekapan

danbertanggungjawab.Nilai ini menujukkan seorang guru harus melatih diri agar mencapai

tahap melakukan sesuatu yang dikehendaki sebagai seorang guru.Guru haruslah

menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi

pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya.

Guru bersikap beretika .Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan

sekolah.Sebagai seorang guru menjalankan tufas dengan sentiasa member keutamaan

kepada kepentingan guru dan tidak mementingkan diri sendiri. Guru sewajarnya bersikap

positif dan bertanggung jawab .Guru tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga tidak

mengambil peduli sama ada pengajaran dan pembelajaran dapat diterima atau tidak boleh

oleh murid dan mengil sikap endah tidak endah terhadap kefahaman dan penerimaan murid-

murid.Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan murid-murid mesti dijaga.Guru

sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi rakan sejawat , baik pihak atasan

serta rakan sejawat dibawahnya.Guru juga bersikap mempunyai fikiran yang terbuka dan

sedia menerima teguran daripada semua pihak untuk memperbaiki diri sendiri serta dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, sebagai seorang guru professional jugal bersikap iltizam menjalankan

tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi.Apabila kita menjalankan pengajaran dan

pembelajaran tugas seorang guru memerlukan merancang dan melaksanakan dengan

terperinci dan teliti.Guru memerlukan melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan

sepenuh hati tanpa mengira masa. Guru sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan

9

suaya dapat menyampaikan maklumat kepada murid-murid. Guru juga sentiasa berusaha

bersabar dan tenang apabila menghadapi masalah dan cabaran.

Guru pada masa kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas

masing-masing.Guru sewajarnya mengamalkan buday membaca sebagai satu amalan dan

sentiasa memastikan kita mempunyai pemikiran yang positif,dengan minda yang sihat

terbuka supaya dapat melaksanakan peranan sebagai pemberi maklumat pemindah serta

pencetus idea kepad a murid.

Gurur mempunyai sikap kompeten dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan

efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan .Kita harus mencapai tahap kecelapan dalam

tempoh yang ditentukan .Contohnya guru hendaklah memastikan pengajaran dan

pembelajaran yang disampaikan kepada murid-murid dapat difahami dengan baik dan

diaplikasikan dalam kehidupan harian.

2.2Aspek Prihatin Dengan Kehendak Murid Dan Ibu bapa berdasarkan nilai bitara

Berorientasikan Pelanggan.

Berdasarkan nilai bitara berorientasikan pelanggan ialah kepuasan pelanggan

melandaskan suatu perkhidmatan kea rah kepuasan orang lain atau pelanggan yang

mendapat perkhidmatan. Guru berinteraksi dengan pelanggan ialah ibu bapa , murid , dan

guru-guru .Terdapat empat bahagian dalam berorientasikan pelanggan iaitu responsive ,

berkualiti , mesra dan proaktif. Ciri sebagai seorang guru yang bersikap responsive ialah

inisiatif cepat mencari maklumat sebelum mengajar segera bertindak dan tidak menunggu

arahan.Contohnya guru bertanggungjawab mengadakan ceramah “Kesihatan” maka,guru

cepat mencari penceramah dan tidak menggu arahan pihak atasan.

10

Selain itu, guru yang proaktif akan sentiasa berjaga-jaga , menyediakan strategi atau

perancangan bagi mengelakkan sebarang halangan dalamsetap tindakan dan tugas yang

dilakukan.Apabila mengadakan Hari Sukan guru menyediakan strategi bila sukan diadakan

,apa acara yang diadakan dan di mana diadakan serta merancang untuk mengelakkan

aktiviti menjalankan secara tidak lancar.

Kemesraan merupakan satu aspek penting seorang guru.Guru yang mesra akan

mewujudkan persekitaran menjadi mesra dan menimbulkan suasana gembira di

sekolah.Guru sentiasa mengamalkan senyuman ,mengangguk kepala,expresi positif seperti

senyum , kontak mata yang baik , berjabat tangan dengan rakan-rakan apabila berjumpa

dengan rakan-rakan sekerja , menyapa rakan-rakan dan murid –murid.Tujuannya

adalah ,emgeratkan hubungan antara satu sama lain dan merasa diri mereka dihargai.Kerja

yang berkualiti merupakan kerja yang telah dilakukan dan member kepuasan kepada

pelanggan serta menepati dengan kehendak pelanggan.Kerja yang telah dilakukan

dikatakan berkualiti apabila menepati kriteria sesuatu kerja atau standard.Guru

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan maklumat yang diberikan perlulah

tepat sumber yang betul dan lengkap kepada murid. Sekiranya guru member maklumat

tidak betul atau tidak tepat maka memberikan kesan buruk kepada murid.Pada era teknologi

, guru menggunakan teknologi yang canggih seperti computer riba ,internet dan media

massa yang pelbagai untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid.Guru perlu

menepati dan mengikuti kehendak ISO dalam menyampaikan maklumar kepada murid-

murid.

2.3Aspek Sentiasa Berusaha Meningkatkan Kualiti Hasil Pengajaran berdasarkan nilai

bitara Perihatin Kebajikan Anggota.

11

Berdasarkan nilai bitara perihatin kebajikan anggota adalah mengambil berat

terhadap rakan-rakan sekelas,rakan sebilik , rakan rapat dan teman satu universiti. Guru

mempunyai perasaan empati yang perlu ada dalam diri sendiri.Guru merupakan seorang

pendengar yang baik.Menjadi seorang pendengar yang baik mendengar luahkan murid

serta cuba merasai perasaan dan masalah yang dialami.Cara ini guru boleh membantu murid

dan menunjukkan empati guru terhadap murid yang sedang dalam kesusahan dantertekan

dengan masalah peribadi.Murid akan berasa diri mereka diambil berat dan mungkin murid

tersebut akan berasa lega dan akan memupuk semagat yakin diri sendiri.

Penghargaan juga merupakan salah satu aspek penting dalam nilai Bitara prihatin

kebajikan anggota.Gru sentiasa mengamalkan budaya mengucapkan terima kasih ,tahniah

kepada murid-murid dan rakan –rakan sejawat.Contohnya ,apabila murid mendapat

markanh yang tertinggi dalam Bahasa Melayu ,guru mengucapkan taniah .Penghargaan ini

penting untuk murid dan mewujudkan rasa ambil berat terhadap murid. Apabila murid

menolong guru megambil buku ke pejabat, guru mengucapkan terima kasih dan sering

senyum kepada murid.

Keselesaan terhadap persekitaran sangat penting kerana suasana persekitaran yang

selesa boleh member motivasi kepada guru melakukan sesuatu tugasan untuk mengeratkan

hubungan ibu bapa ,murid-murid dan guru-guru.Guru perlu memajukan diri sendiri dengan

pelbagai maklumat yang boleh membantu meningkatkan potensi diri seperti mengikuti

seminar ,program motivasi dan sebagainya untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan

semangat potensi diri sendiri.

2.4Aspek Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa

berdasarkan nilai bitara Kreatif Dan Inovatif.

12

Berdasarkan nilai bitara Kreatif bermaksud dengan kebolehan seseorang individu

untuk mengembangkan ssuatu idea baru daripada sumber yang asli serta kebolehan untuk

mencipta serta menghasilkan sesuatu idea sama ada dalam sesuatu idea sama ada dalam

sesuatu kaedah , system , adat dan sebagainyan.

Guru perlu mempunyai daya cipta yang kreatif dan inovatif agar anda sentiasa akses

kepada ilmu baru.Guru sentiasa meneroka ilmu baru dari semasa ke semasa. Guru perlu

sentiasa bijak dan kreatif dan mantap kepada murid-murid di dalam kelas. Guru boleh

mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan ,peraduan dan sebagainya bagi creative dan

daya rekacipta dalam bidang pendidikan. Selain itu ,penemuan guru hasil ciptaan tersebut perlu

didaftar hak cipta bagi mengiktirafnya sebagai rekacipta guru yang asli bagi mengelakkan

berlaku bentuk peniruan.

Murid-murid akan berasa jemu dan bosan apabila pengajaran dan pembelajaran

guru yang sama sahaja setiap hari.Oleh itu , guru perlu melakukan penambahbaikan secara

berterusan.Sebagai seorang guru penambahbaikan berterusan merangkumi cara mengajar,

pendekatan baru untuk mengajar , campuran pelbagai teknik pengajaran ,latihan dan kerja

secara berkumpulan..Penambaikan secara berterusan juga boleh dilihat dari segi penyelidikan di

mana penyelidikan sentiasa memperbaharui penemuan yang sedia ada.Guru selalu

mengemaskini dan membuat penambahbaikan guru akan mengetahui perkembangan

pengajaran dan pembelajaran khususnya bidang penyelidikan dari semase ke semasa.

Demi meningkatkan profesion segai guru yang berkesan , pendidikan sentiasa

merebut peluanf bukanlah bermakna kita tamak untuk mendapatkan sesuatu tetapi peluang

yang ada terutamanya apabila diambil bukannya dibiarkan sahaja.Guru perlu bijak merebut

peluang yang ada terutamanya apabila berkaitan dengan cara mendapat dan menyebarkan

ilmu.Contohnya jika terdapat kursus mengenai seminar yang berkaitan bidang pendidikan, guru

13

perlu enyertai untuk menimba ilmu baru.Peluang tidak selalu dating , maka guru perlu bijak

merebutnya.Jangan menganggap tawaran tersebut sebagai beban tugas tetapi anggaplah sebagai

cara meluaskan jaringan guru dengan pihak guru di sekolah lain menambahkan kenalan dengan

jabatan lain.

Nilai tambah bermaksud guru menggunakan kemudahan media dan teknologi seperti

kemudahan internet tanpa wayar serta menyebarkan ilmu baru hasil pembacaan kepada murid-

murid dan rakan sejawat.Pada masa kini selain pengajaran dan pembelajaran menggunakan

teks buku ,juga menggunakan interenet sebagai hail pengajaran dan pembelajaran melahir guru

mencipta pemikiran yang unik maka murid-murid boleh mencetus idea kreatif dan inovatif

Kesimpulan

Kesimpulanya , terdapat lima aspek cirri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran dalam

nilai-nilai bitara adalah intergriti ,professional ,beririentasikan pelanggan ,perihatin kebajikan

anggota dan kreatif dan inovatif. Sebagai pendidik tanah air yang memikul tanggungajawab dan

amanah menerusi reformasi pendidikan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ,

kejayaan usaha-usaha ini bergantung terutamanya cirri-ciri guru yang berkesan dalam

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan nilai-nilai bitara supaya guru yang cemerlang ,

gemilang dan terbilang mencapai wawasan 2020.

14

Bibiografi

1. Buku Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ) Aspek Kompetensi Profesional.

m/s 147-151

2. Mok Soon Sang(2003),Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah:Komponen 1&2 Psikologi Pendidikan & Pedadogi.Kumpulan Budiman,Subang Jaya.

3. Sufean Hussin (1996).Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (2011). Visi ,Misi dan Matlamat. Dimuat turun daripada http://www.upsi.edu.my/ pada 10Februaru 2011

5. Nilai Bitara UPSI.Universiti Pendidikan Sultan Idris . Dimuat turun daripada http://www.upsi.edu.my/index.php/ms/halaman-utama/upsi-sepintas-lalu/nilaibitara.html pada 10 Februari 2011