tugasan 2

4
Nama: Rubiaatu Adawiah Binti Che Harun No.Matrik: M20111000215 Kursus: Sarjana Pendidikan (ekonomi) Tugasan 2 Saya telah membangunkan sebuah blog iaitu http://rubiha86.wordpress.com bagi melaksanakan tugasan bagi subjek Pembelajaran Berasaskan elektronik dan Web(KPT 6066). Blog saya mempunyai 4 kategori selain home dan about me. Berikut adalah kategori-kategori yang terdapat dalam blog saya: i. Selamat Datang Saya memasukkan video yang saya telah sediakan sendiri bagi tujuan mempromosikan blog saya. Video ini juga saya telah muat naik ke laman ‘youtube’. Video ini adalah salah satu tanda penghargaan kepada pengunjung-pengunjung blog saya di mana kandungan video tersebut amat mengalu-alukan kehadiran pengunjung ketika itu dan pada masa akan datang. ii. KPT 6044 Bagi kategori ini, saya memilih matapelajaran kemahiran hidup sebagai untuk dimasukkan ke dalam blog saya. Walaupun matapelajaran ini tidak diberi penekanan yang ketara sepertimana matapelajaran yang lain, namun begi saya mata pelajaran ini sangat berguna kepada pelajar kerana ia memberi kemahiran asas. Untuk itu, saya telah memasukkan beberapa resipi yang sedap dan mudah disediakan. Para pelajar hanya perlu menyediakan bahan- bahan yang diperlukan dan mengikut langkah demi langkah bagi proses penyediaanya. Walaupun demonstrasi telah

Upload: rubiha86

Post on 24-Jul-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 2

Nama: Rubiaatu Adawiah Binti Che Harun

No.Matrik: M20111000215

Kursus: Sarjana Pendidikan (ekonomi)

Tugasan 2

Saya telah membangunkan sebuah blog iaitu http://rubiha86.wordpress.com bagi melaksanakan tugasan bagi subjek Pembelajaran Berasaskan elektronik dan Web(KPT 6066). Blog saya mempunyai 4 kategori selain home dan about me. Berikut adalah kategori-kategori yang terdapat dalam blog saya:

i. Selamat Datang

Saya memasukkan video yang saya telah sediakan sendiri bagi tujuan mempromosikan blog saya. Video ini juga saya telah muat naik ke laman ‘youtube’. Video ini adalah salah satu tanda penghargaan kepada pengunjung-pengunjung blog saya di mana kandungan video tersebut amat mengalu-alukan kehadiran pengunjung ketika itu dan pada masa akan datang.

ii. KPT 6044

Bagi kategori ini, saya memilih matapelajaran kemahiran hidup sebagai untuk dimasukkan ke dalam blog saya. Walaupun matapelajaran ini tidak diberi penekanan yang ketara sepertimana matapelajaran yang lain, namun begi saya mata pelajaran ini sangat berguna kepada pelajar kerana ia memberi kemahiran asas. Untuk itu, saya telah memasukkan beberapa resipi yang sedap dan mudah disediakan. Para pelajar hanya perlu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan mengikut langkah demi langkah bagi proses penyediaanya. Walaupun demonstrasi telah dilakukan ketika mengajar di dalam kelas, berkemungkinan besar pelajar lupa bahan-bahan serta cara menyediakannya. Jadi, saya menjadikan blog saya sebagai medium untuk pelajar mendapatkan semula apa yang telah diajar di kelas saya.

Selain itu, saya juga ada memasukkan tugasan-tugasan yang telah diberikan dalam kelas KPT 6044. Tujuan saya memasukkan tugasan tersebut adalah untuk memudahkan saya menyemak balik tugasan-tugasan lepas serta tugasan-tugasan yang masih belum dihantar.

Page 2: Tugasan 2

iii. Motivasi

Motivasi adalah elemen penting dalam blog saya. Dalam kategori ini saya akan menggunakan pelbagai cara untuk memberi semangat dan sokongan kepada para pelajar untuk insan yang cemerlang. Cemerlang yang saya ketengahkan di sini adalah berjaya serta cemerlang dunia dan akhirat. Saya inginkan generasi pada masa hadapan menjadi generasi yang berbakti pada ibu bapa, masyarakat, negara dan agama kerana tidak ada maknanya seseorang itu cemerlang dalam bidang yang diceburi tapi mempunyai akhlak buruk. Oleh itu, saya cube memupuk sikap bersederhana dan bertawakal dalam apa jua rintangan hidup, iaitu tidak sombong jika berada di atas dan tidak berusaha apabila berada di bawah. Oleh itu, saya berharap kategori motivasi ini dapat menjadi aspirasi bukan sahaja kepada pelajar saya, malah kepada pembaca-pembaca blog saya juga

iv. e-Shoppe

Dalam kategori ini saya mengambil peluang untuk berniaga dan mempromosikan produk saya iaitu tudung dan hasil laut. Membuat promosi melalui blog bukan sahaja boleh menjimatkan kos malah ia boleh menarik ramai pengunjung kerana sesiapa sahaja di seluruh dunia boleh mengaksesnya.

a. Kedai Tudung

Saya menjual pelbagai tudung-tudung terbaru untuk menarik lebih ramai pelanggan. Terdapat pelbagai koleksi tudung yang dijual dengan harga berpatutan. Melalui perniagaan ini, saya dapat berkenalan dengan pengunjung-pengunjung blog saya. Pada masa yang sama juga, saya dapat mempromosikan blog saya dan saya juga mendapati bilangan pengunjung semakin bertambah.

b. Kedai Keropok

Kedai keropok ini adalah perniagaan yang dijalankan oleh keluarga saya. Kedai ini terletak di antara sempadan Terengganu iaitu kemaman dengan Pahang, iaitu Kuantan. Lebih tepat lagi ia terletak di Kampung Chendor.

Kedai ini adalah milik keluarga saya dan ianya baru beroperasi selama 3 tahun. Jadi melalui blog ini, saya dapat memperkenal dan mempromosikan kedai keropok ini. Dengan cara ini, ia boleh menjadi panduan kepada para pelancong di mana hendak mendapatkan produk hasil laut sekiranya berkunjung ke Pantai Timur. Selain itu, ia juga dapat memberi kemudahan kepada pembeli sekiranya mereka ingin secara online. Kaedah ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah kosnya juga murah.

Page 3: Tugasan 2

v. Luahan Kalam

Melalui kategori ini pula, saya gunakan untuk berkogsi apa sahaja. Perkongsiannya berbentuk bebas iaitu apa sahaja yang mempengaruhi mood atau pemikiran saya ketika itu. Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan berkongsi pengalaman serta pandangan peribadi saya. Pendek kata, kategori ini lebih banyak mengenai diri saya.