tugasan amali 2 seni 2

9
Tugasan 2 Disediakan: Zalinah Abd Samad 670721-01-5978 Ong Geok Wan Suhaila binti Shamsudin Gambar Topeng Haiwan Babak 1 Situasi : Di hujung sebuah kampung di tepi hutan. Pada suatu hari Sang Arnab mengajak Sang musang bergotong royong membersihkan kawasan tempat tinggal mereka. Sang Arnab : Sang Musang , mari kita membersihkan kawasan Topeng Sang Topeng Sang Topeng Sang

Upload: azmar5573

Post on 05-Jan-2016

263 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Tugasan Amali Seni IPG

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Amali 2 Seni 2

Tugasan 2Disediakan:Zalinah Abd Samad670721-01-5978Ong Geok WanSuhaila binti Shamsudin

Gambar Topeng Haiwan

Page 2: Tugasan Amali 2 Seni 2
Page 3: Tugasan Amali 2 Seni 2
Page 4: Tugasan Amali 2 Seni 2
Page 5: Tugasan Amali 2 Seni 2

Babak 1

Situasi : Di hujung sebuah kampung di tepi hutan.

Pada suatu hari Sang Arnab mengajak Sang musang bergotong royong

membersihkan kawasan tempat tinggal mereka.

Sang Arnab : Sang Musang , mari kita membersihkan kawasan tempat tinggal

kita ini .Tengok ni, banyak sampah yang berserak ditiup

angin.Entah dari mana datangnya sampah sarap ini.

Sang Musang : Jomlah kita bersihkan sekarang . Sampah sarap akan

mengundang lalat datang.Lalat pula akan membawa

penyakit .Macam mana hendak hidup sihat jika rumah dan

persekitaran kita kotor dan berbau busuk pulak tu.

Sang Arnab : Yalah Sang Musang, tin-tin kosong dan plastik ini pula boleh

menyebabkan air bertakung. Keadaan ini memang disukai oleh

nyamuk.Inilah tempat istimewa untuk nyamuk bertelur.

Sang Musang : Nyamuk Aedes ini memang jahat. Dia akan menyebabkan

penyakit demam denggi berdarah dan demam denggi

lainnya.Sekarang ni bermacam-macam demam denggi baru

dah ada.

Babak 2

Sang Arnab dan Sang Musang pun mula menyapu dan membersihkan kawasan

rumah mereka.

Sang Arnab : Apa kata kita bakar sahaja sampah sarap yang banyak ini.

Topeng Sang Tikus Topeng Sang Musang

Topeng Sang Arnab

Page 6: Tugasan Amali 2 Seni 2

Sang Musang : Jangan Sang Arnab, pembakaran terbuka akan mencemarkan

udara dan alam. Lagipun cuaca yang sangat panas dan berangin

ini begini boleh menyebabkan persekitaraan akan menjadi lebih

panas dan api mudah merebak dan mungkin akan

menyebabkan berlakunya kebakaran dipersekitaran kita

ataupun kebakaran hutan.Nanti lagi susah kita jadinya.

Sang Arnab : Jadi ,apa nak kita lakukan dengan sampah sarap ini.

Sang Musang : Senang sahaja ,kita gali lubang dan tanamkan semua sampah

ini

Sang Arnab : Bagus juga cadangan kamu itu.

Sang Musang : Mari kita lakukan sekarang

Babak 3

Sang Arnab dan Sang Musang sudah berjaya membersihkan kawasan tempat

tinggal mereka. Mereka berdua berehat di bawah pokok.Tidak lama kemudian

angin bertiup kencang.Mereka dapati terdapat lagi sampah berserakan di bawa

angin. Mereka berasa pelik.

Sang Musang : Tengok ni Sang Arnab,masih ada lagi sampah yang

berserakan di Apa dah jadi ,. Penat kita pun belum hilang dah

nak bersihkan lagi.

Sang Arnab : Sabar ajelah ya Sang Musang. Apa kata kita ajak Sang Tikus

untuk membantu kita.

Sang Musang : Yalah bagus juga cadangan kamu itu. kalau kita lakukan kerja

beramai ramai tentulah kerja kita cepat siap.

Page 7: Tugasan Amali 2 Seni 2

Sang Arnab : Marilah kita ke rumah Sang Tikus sekarang.Harap-harap dia ada

di rumah.

Babak 4

Tidak lama kemudian....

Setelah sampai ke rumah tikus.

Sang Musang : Apa dah jadi dengan rumah tikus ni. Banyaknya sampah sarap.

Sekitar rumahnya pun semak samun. Tin-tin minuman berserakan.Tengok ni,dah

ada jentik-jentik .Entah-entah jentik-jentik nyamuk aedis.Tak takut ke Sang Tikus

diserang demam denggi.

Sang Arnab : Yalah Sang Musang. Agaknya sampah sarap yang banyak di

halaman rumah kita ni datangnya dari rumah Sang Tikus nilah ya.

Sang Musang pun memanggil Sang Tikus sambil menutup hidungnya.

Sang Tikus, Sang Tikus kamu berada di mana ?

Sang Tikus : Siapalah yang buat bising tu,menganggu aku tidur aja.

Sang Arnab dan Sang Musang : Kamilah Sang Arnab dan Sang Musang.

Sang Tikus: Ada apa kamu datang ke rumah saya ini ?

Sang Arnab: Kami hendak mengajak kamu bergotong royong untuk

membersihkan kawasan tempat tinggal kita ni.

Sang Musang: Yalah Sang Tikus, kamu lihat ajalah persekitaran tempat tinggal

kamu ini,terlalu kotor dan berbau busuk. Bila angin tiup sampah ini

akan terbang ke tempat kami. Ianya akan menyebabkan

persekitaran kita semua menjadi kotor dan tercemar. Ianya tidak

Page 8: Tugasan Amali 2 Seni 2

bagus untuk kesihatan kita.

Sang Tikus : Tak mahulah lah saya. Saya nak tidur ni. Kamu berdua pergilah

balik.

Jangan kacau saya lagi tau. Saya memang suka keadaan seperti ini.

Sang Tikus tidak menghiraukan nasihat dari Sang Musang dan Sang Arnab .Dia

menyambung tidurnya semua. Sang Arnab dan Sang Musang pun pulang ke

rumah masing -masing .Mereka berdoa agar perangai buruk Sang Tikus itu

berubah.

Babak 5

Pada keesokan harinya Sang Tikus datang ke rumah Sang Arnab. Sang Tikus

kelihatan tidak bermaya.Wajahnya pucat dan jalannya lambat.

Sang Tikus : Sang Arnab, Sang Arnab..., Tolonglah saya.Saya badan saya terasa

sakit semuanya .Saya tak berselera nak makan dan nak minum.

Tolonglah bantu ubatkan saya.Saya dah tak kuat lagi.

Sang Arnab : Masuklah dahulu Sang Tikus,berehat dahulu di rumah saya ini.

Saya memang tak ada ubat nak sembukan sakit kamu ini. Nanti

saya jumpa Sang musang.Mungkin dia ada ubat penawar untuk

sembuhkan penyakit kamu ini.

Sang Arnab telah pergi ke rumah Sang Musang. Sang Arnab telah memberitahu

Sang Musang bahawa Sang Tikus sedang sakit dan berada di rumahnya dan

memerlukan rawatan.

Sang Musang yang baik hati telah datang melawat Sang tikus dan membawa

ubat penawar penyakitnya.Samapai saha di rumah Sang Arnab, Sang musang

pun menyuapan ubat ke mulut sang tikus. Tidak berapa lama kemudian Sang

Tikus pun segar semula.Tikus telah mengucapkan terimakasih kepada Sang

Page 9: Tugasan Amali 2 Seni 2

Arnab dan Sang Musang kerana telah menolongnya.

Babak 6

Di ruhmah Sang Arnab.

Sang Tikus : Bersih sungguh rumah kamu ini.Sang Arnab. Jauh berbeza dengan

rumah saya. Kotor dan berbau busuk. Saya berasa sungguh selesa

berada di rumah kamu ini.

Sang Arnab : Kan saya dak katakan dulu ,jagalah kebersihan tempat tinggal kita

supaya hidup kita sihat sejahtera.Kan kami dah ajak awak bergotong

royong untuk membersihkan kawasan tempat tinggal kita.tapi awak

yang tak nak .

Sang Tikus : Maafkan saya Sang Arnab. Maafkan saya Sang Tikus.

Mulai hari ini saya akan dengar naasihat kamu untuk sentiasa

menjaga kebersihan tempat tinggal kita Saya berasa sungguh

menyesal kerana tidak menjaga kebersihan tempat tinggal saya.

Beginilah jadinya. Sakit,tak sihat dan menyusahkan aja.

Sang Arnab dan Sang Tikus : Kami maafkan kamu Sang Tikus. Nanti kita sama-

sama bergotong royong membersihkan rumah kamu

itu. Supaya kamu dapat tinggal selesa di rumah dan

persekitaran yang bersih.

Sang Tikus : Kamu berdua memang baik hati,tidak berdendam dan rajin

membantu.

Page 10: Tugasan Amali 2 Seni 2

Sang Arnab: Kan kita ini hidup berjiran. Mestilah tolong menolong dan saling

membantu.Hidup bersatu padu. Betul tak ?

Sang Tikus dan Sang Musang: Betul...betul..betul.

Mulai dari hari itu mereka menjadi sahabat baik dan selalu bantu membantu

antara satu sama lain dan kehidupan mereka penuh ceria dan bahagia.