final tugasan 1-undang2 perkongsian

24
Kandungan Mukasurat 1.0 Pengenalan 2 2.0 Takrif Undang-undang Perkongsian 4 3.0 Faktor Yang Menentukan Kewujudan Perkongsian 5 4.0 Pembentukan Perkongsian 7 5.0 Pendaftaran Perkongsian 9 5.1 Pembaharuan Sijil Pendaftaran Untuk Perkongsian 5.2 Perubahan Atau Tambahan Maklumat Perniagaan Perkongsian 6.0 Kuasa Pekongsi 11 7.0 Liabiliti Pekongsi 12 8.0 Pembubaran Perkongsian 13 8.1 Dengan perjanjian 8.2 Dengan penguatkuasaan undang-undang 1

Upload: halimzaki

Post on 14-Jun-2015

1.893 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

Kandungan Mukasurat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Takrif Undang-undang Perkongsian 4

3.0 Faktor Yang Menentukan Kewujudan Perkongsian 5

4.0 Pembentukan Perkongsian 7

5.0 Pendaftaran Perkongsian 9

5.1 Pembaharuan Sijil Pendaftaran Untuk Perkongsian

5.2 Perubahan Atau Tambahan Maklumat Perniagaan Perkongsian

6.0 Kuasa Pekongsi 11

7.0 Liabiliti Pekongsi 12

8.0 Pembubaran Perkongsian 13

8.1 Dengan perjanjian

8.2 Dengan penguatkuasaan undang-undang

8.3 Dengan kematian atau kebankrapan.

8.4 Dengan mengamanatkan syer

8.5 Dengan kesalahan undang-undang

8.6 Dengan Perintah Mahkamah

9.0 Rujukan 16

1

Page 2: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

1.0 Pengenalan

Perkataan undang-undang mempunyai makna yang pelbagai bergantung kepada siapa

atau pihak mana yang mentafsirkannya mengikut perspektif dan kepentingan masing-masing.

Menurut Webster‘s Dictionary, undang-undang adalah semua peraturan yang berkaitan dengan

tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Satu pendapat lagi iaitu

Yaqin (1996) pula mentakrifkan bahawa undang–undang adalah satu set peraturan yang

mentadbir tingkah laku dalam masyarakat. Tambahan dari penakrifan ini, Sir John Salmond

melalui bukunya yang berjudul “Jurisprudence” berpendapat bahawa undang- undang ialah satu

prinsip yang diakui dan diterima pakai dalam sesebuah negeri bagi menjamin keadilan dan

kemakmuran perniagaan. Mengikut kamus undang-undang Oxford, perkataan undang-undang

mambawa maksud suatu kumpulan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dengan tujuan

mentadbir sesebuah masyarakat. Secara amnya undang-undang merupakan suatu kumpulan

perturan-peraturan yang sedia wujud dalam masyarakat serta yang diwujudkan oleh pemerintah

dengan tujuan untuk mantadbir corak tingkah laku dan juga sebagai panduan bagaimana individu

atau kumpulan harus berperanan untuk mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang adil,

harmoni dan tenteram.

Pengkhususan undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem

peraturan atau norma yang cuba diikuti dan diterima oleh masyarakat. Biasanya ini adalah

peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar

peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah atau polis. Peraturan ini

biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan

bersosial antara satu sama lain. Kadangkala undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang

2

Page 3: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

yang berfikiran sama. Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah

dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian

diantara pihak dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil.

Cara di mana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya

berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara. Kebanyakan negara mengharapkan

polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam

penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna

undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan, untuk

mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan. Pengamal undang-

undang lazimnya mesti mendapat latihan secara professional dalam undang-undang sebelum

mereka dibenarkan mewakili satu pihak dalam satu mahkamah undang-undang, merangka

dokumen undang-undang, atau memberi bantuan guaman.

Di kebanyakan negara di dunia, undang-undang yang tertinggi ialah dalam bentuk Akta

Parlimen. Di peringkat kerajaan negeri dan tempatan pula terdapat undang-undang seperti

undang-undang negeri dan undang-undang kecil. Di bawahnya pula terdapat satu sumber

undang-undang yang dikenali sebagai “Common Law”yang berasal dari United Kingdom dan

lazimnya digunakan di negara-negara Komanwel. Selain itu, di negara-negara Islam terdapat

pula undang-undang syariah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Sumber undang-undang yang lain

termasuklah adat istiadat dan agama.

Terdapat tiga sistem perundangan utama di dunia iaitu system perundangan sivil, sistem

perundangan common law dan sistem perundangan Islam. Undang-undang juga boleh

diklafikasikan kepada dua bentuk iaitu undang-undang awam dan undang persendirian, yang di

3

Page 4: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

fokuskan disini adalah undang-undang persendirian (undang-undang perkongsian). Undang-

undang persendirian terbahagi kepada Undang-Undang Kontrak, Tort, Amanah, Tanah,

Keluarga, Syarikat, Perkongsian dan agensi.

2.0 Takrif Perkongsian

Menurut  seksyen 3, Akta Perkongsian mentakrifkan perkongsian adalah berkaitan hak dan

tanggungjawab antara ahli-ahli perkongsian, antara ahli perkongsian dengan pihak ketiga, juga

peraturan-peraturan yang berkaitan dengan penubuhan, tempoh serta pembubaran perkongsian.

Kalau dilihat definisi ini secara terperinci jelas dapat dilihat beberapa unsur yang perlu ada bagi

mewujudkan perkongsian yang sahih di sisi undang-undang, iaitu mesti ada dua pihak yang tidak

mengira sama ada pihak itu hanya terdiri daripada seorang atau lebih serta mesti terdapat

perniagaan yang dijalankan. Di sini tidak cukup sekadar mempunyai pemiagaan yang didaftarkan

tetapi hendaklah merupakan suatu perniagaan yang benar-benar beroperasi. Perniagaan itu

mestilah dijalankan secara bersama. Contohnya, satu perkongsian itu dibentuk oleh Ali, Abu, dan

Ahmad. Maka segala keuntungan yang diperoleh mestilah dikongsi bersama oleh mereka.

Sekiranya Abu diketepikan daripada menerima sebarang hasil keuntungan, maka di sini cuma

ada perkongsian antara Abu dengan Ahmad.

Matlamat utama perniagaan perkongsian telah di sebutkan diatas, iaitu bertujuan untuk

memperolehi keuntungan. Jika ia dijalankan dengan tidak bermatlamatkan keuntungan atau

bercorak sebagai suatu pertubuhan sukarela atau kebajikan maka ia bukanlah merupakan suatu

perkongsian.

4

Page 5: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

3.0 Faktor Yang Menentukan Kewujudan Perkongsian

Terdapat beberapa faktor penarik kepada kewujudan perniagaan perkongsian ini. Antara faktor-

faktor tersebut adalah:

(a) Modal

Dengan perniagaan perkongsian, maka modal yang akan dikumpulkan lebih besar berbanding

dengan pemilikan tunggal. Ini akan mewujudkan kelebihan dari segi dayasaing di pasaran.

(b) Risiko

Sekiranya perniagaan mengalami kerugian, maka kerugiaan itu akan ditanggung oleh semua ahli

pekongsi yang terlibat. Kerugian itu akan dibahagikan mengikut perjanjian penubuhan syarikat

yang telah ditandatangani bersama. Ini akan mengurangkan risiko individu seperti dalam

pemilikan tunggal.

(c) Pengalaman

Setiap ahli pekongsi dalam syarikat boleh sama-sama menyumbangkan idea dan pengalaman

mereka bersama untuk memajukan perniagaan mereka. Pengalaman ini adalah daripada bidang

kerja semua ahli pekongsi sebelum menubuhkan perkongsian ini.

(d) Sosial

Setiap ahli kongsi mempunyai kenalan dalam bidang perniagaan masing-masing, Ini akan

memudahkan lagi perjalanan perniagaan bagi mencari pembekal, pelanggan dan sebagainya.

5

Page 6: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

(e) Pembiayaan Kredit

Berdasarkan jumlah dalam pemilikan yang ramai, pengalaman yang dimiliki masing-masing dan

modal penubuhan yang lebih besar, pihak pembiaya kredit lebih mudah untuk memberi

pembiayaan kredit kepada perniagaan perkongsiaan berbanding dengan pemilikan tunggal.

(f) Mudah ditubuhkan

Dari segi penubuhan, perniagaan jenis ini adalah lebih mudah ditubuhkan berbanding dengan

syarikat berhad. Ia hanya memerlukan sijil akuan penubuhan dan sijil perakuan perniagaan dari

SSM.

6

Page 7: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

4.0 Pembentukan Perkongsian

Pemiagaan berbentuk perkongsian ini boleh dijalankan oleh lebih daripada seorang tetapi tidak

boleh melebihi 20 orang kecuali dalam kes-kes yang tertentu seperti perniagaan berbentuk

profesional  seperti khidmat guaman, akauntan dan arkitek, keahliannya boleh meningkat

sehingga 50 orang. Perkongsian dibentuk berdasarkan kontrak iaitu “Perjanjian Perkongsian”.

Walau bagaimanapun, persetujuan sahaja tidaklah mencukupi. Niat untuk menjalankan

perniagaan sebagai pekongsi juga sangat penting. Antara perkara-perkara penting yang biasa dan

perlu ada dalam “Perjanjian Perkongsian” termasuklah nama perkongsian tersebut dan tempoh

perkongsian. Ini bertujuan untuk mengelakkan perkongsian dibubarkan sesuka hati yang boleh

menyebabkan kelancaran pemiagaan terganggu. Tambahan lagi, akaun dan modal yang

disumbangkan oleh setiap pekongsi dan hak dalam pembahagian untung.

Perkongsian juga mempunyai beberapa kebaikan dan kelemahan iaitu perjanjian

perkongsian tidak semestinya secara bertulis. Namun begitu cara ini tetap digalakkan. Pekongsi

boleh menarik diri daripada perkongsian tetapi masih dipertanggungjawabkan atas segala beban

hutang semasa beliau masih menjadi pekongsi. Pekongsi mempunyai kuasa untuk membuat

pinjaman yang jumlahnya tidak terhad dan dengan tujuan yang tertentu. Perkongsian boleh

dibentuk secara tidak formal dan tataurusan serta perjalanan perkongsian tidak perlu dijelaskan

kepada awam kecuali kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk tujuan cukai. Perkongsian

boleh dibubarkan dengan persetujuan biasa ahli pekongsi tetapi para pemiutang mempunyai hak

tuntutan terdahulu terhadap segala harta perkongsian menurut peruntukan undang-undang. Idea

dan kemahiran yang berbeza-beza dapat dikumpulkan untuk kepentingan pemiagaan. Walau

7

Page 8: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

bagaimanapun, perlu juga diingatkan bahawa kejayaan perkongsian bergantung pada

kesefahaman pekongsi- pekongsi dalam menjalankan urusan perniagaan, urusan pengurusan

yang cekap serta dedikasi bersama agar sama-sama dapat menyumbang ke arah menghasilkan

keuntungan dan menanggung risiko kerugian.

8

Page 9: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

5.0 Pendaftaran Perkongsian

Tatacara pendaftaran untuk perkongsian adalah seperti berikut, anda dan rakan kongsi anda

dikehendaki melengkapkan Borang A secara berasingan. Borang ini boleh didapati daripada

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Borang-borang tersebut perlu disahkan sama ada oleh

Ahli Parlimen, peguam atau Pesuruhjaya Sumpah atau ahli profesional lain. Kemudian serahkan

borang-borang tersebut bersama-sama dengan salinan kad pengenalan dan perlu membayar yuran

pendaftaran sebanyak RM60 jika menggunakan nama dagang, sebagai nama perniagaan atau

RM30 jika menggunakan nama peribadi sebagai nama perniagaan.

5.1 Pembaharuan Sijil Pendaftaran Untuk Perkongsian

Tempoh sah sijil adalah selama 1 tahun dari tarikh pengeluaran. Apa yang perlu dilakukan ialah

melengkapkan Borang A1 untuk memperbaharui sijil pendaftaran dan akan dikenakan bayaran

sebanyak RM60 jika menggunakan nama dagang sebagai nama perniagaan atau RM30 jika

menggunakan nama peribadi sebagai nama perniagaan. Anda diberi tempoh tangguh selama 30

hari dari tarikh sijil tamat untuk memperbaharui sijil pendaftaran perniagaan. Kompaun boleh

dikenakan jika lewat berbuat demikian. Sekiranya pembaharuan sijil dibuat di pejabat pos,

langkah-langkah yang perlu diambil ialah permohonan mesti dihantar dalam tempoh 30 hari

sebelum tarikh tamat, mempunyai tidak lebih daripada 5 cawangan, tiada kompaun telah

dikenakan terhadap perniagaan dan perniagaan tidak disenaraihitamkan serta perlu membawa

bersama sijil pendaftaran yang lama.

9

Page 10: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

5.2 Perubahan Atau Tambahan Maklumat Perniagaan Perkongsian

Jika hendak menukar atau menambah segala butiran perniagaan, apa yang perlu dilakukan ialah

menghantar permohonan kepada SSM dengan segera. Selain itu, perlu juga mendapatkan Borang

B untuk Perubahan Maklumat Perniagaan. Borang B terbahagi kepada 4 jenis, iaitu B1 untuk

perubahan alamat utama perniagaan, B2 untuk Perubahan jenis perniagaan, B3 untuk perubahan

maklumat cawangan dan B4 untuk perubahan maklumat pemilik. Bayaran yang akan dikenakan

adalah sebanyak RM20 untuk setiap perndaftaran Borang B. Bayaran tambahan sebanyak RM5

akan dikenakan untuk setiap cawangan.

10

Page 11: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

6.0 Kuasa Pekongsi

Semua ahli pekongsi akan dianggap sebagai ejen bagi sesebuah syarikat yang dianggotai

mereka. Sebagai seorang ejen, mereka boleh membuat sebarang tindakan atau keputusan bagi

mewakili syarikat atau ahli pekongsi yang lain sekiranya ejen tersebut mempunyai kuasa untuk

bertindak sedemikian. Ahli pekongsi yang lain pula akan turut bertanggungjawab di atas

tindakan yang diambil oleh rakan kongsi mereka itu sekiranya tindakan yang telah diambil itu

adalah mengikut kuasa yang telah diberikan seperti mana dalam kes Ngee Ann Polytechnic lwn.

Wee Kee Hai & Anor [1987]. Manakala bagi ahli pekongsi yang bertindak tanpa kuasa

mengikut undang-undang, sebarang kesan daripada tindakannya itu tidak akan melibatkan

syarikat dan rakan kongsi mereka.

Bagi pihak yang berurusan dengan salah seorang pekongsi itu akan mengandaikan

bahawa, mereka mempunyai kuasa seperti ahli pekongsi mereka yang lain. Kuasa yang dimiliki

akan mengikat syarikat dan semua ahli pekongsi ini dipanggil kuasa tersirat. Setiap ahli pekongsi

mempunyai kuasa tersirat untuk:

Menjual barang-barang dan harta benda syarikat (Dore lwn. Wilkinson, 1817)

Membeli barangan keperluan am syarikat. (Bold lwn Gibson, 1800)

Menerima bayaran hutang bagi pihak syarikat dan memberikan resit.(Porter lwn Taylor,

1817)

Mengambil dan memberhentikan kakitangan syarikat. (Beckham lwn Drake, 1841)

Manakala setiap rakan kongsi tidak mempunyai kuasa tersirat untuk:

Menjalankan suatu surat ikatan

Merujuk suatu pertikaian kepada timbangtara.

11

Page 12: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

7.0 Liabiliti Pekongsi

Liabiliti (atau boleh juga disebut sebagai ‘tanggungan’) seseorang tuan punya tunggal terhadap

hutang yang ditanggung oleh firmanya adalah sama saja seperti hutang yang ditanggungnya

sendiri. Liabiliti terhadap hutang firma perkongsian pula ditanggung oleh pekongsi-pekongsi

secara bersesama. Ahli-ahli kedua-dua bentuk firma tersebut menanggung segala liabiliti firma

mereka tanpa had. Kedudukan liabiliti anggota-anggota syarikat pula adalah berbeza. Liabiliti

terhadap hutang syarikat ditanggung sepenuhnya oleh syarikat. Liabiliti anggota-anggota ke atas

hutang syarikat adalah pada amnya terhad (melainkan bagi syarikat tidak berhad). Bagi syarikat

sendirian berhad, tanggungan seseorang anggota syarikat adalah hanya terhad setakat amaun

yang tak berbayar bagi syer yang dipegangnya. Ini bermakna, jika semua syer yang dipegang

telah dibayar sepenuhnya atau dalam erti kata lain dia memperolehnya secara tunai berbayar

penuh, bermakna bahawa dia tidak mempunyai apa-apa tanggungan lagi terhadap apa-apa hutang

syarikat. Jika syarikat tersebut terhutang kepada pemiutang, semasa penggulungan nanti, dia

tidak perlu menyumbangkan kepada aset syarikatnya walau sesenpun. Sebaliknya jika syer yang

perolehinya dalam syarikat masih terdapat baki yang masih belum berbayar, maka jika syarikat

digulung, pemiutang boleh menuntut sejumlah amaun syernya yang tak berbayar itu untuk

disumbangkan kepada aset syarikat.

12

Page 13: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

8.0 Pembubaran Perkongsian

Pembubaran perkongsian dan akibatnya ada di nyatakan dalam Bahagian V Akta Perkongsian.

Mengikut Akta Perkongsian,perkongsian boleh ditamatkan atau dibubarkan dalam beberapa cara.

Rakan kongsi adalah berhak, melainkan dipersetujui sebaliknya,untuk berkongsi aset

perkongsian selepas bayaran hutang firma. Pembubaran akan berlaku dalam beberapa keadaan:

8.1 Dengan perjanjian

(a) Artikel perkongsian boleh menetapkan jangka masa perkongsian, dan perkongsian

ditamatkan pada tamatnya tempoh tamat itu.

(b) Rkan kongsi boleh bersetuju secara bersama untuk bersetuju membubarkan perkongsian

itu pada bila-bila masa.

8.2 Dengan penguatkuasaan undang-undang

(a) Penamatan tempoh. Sekiranya perkongsian dibuat bagi suatu tempoh yang telah

ditetapkan mengikut seksyen (s. 34 (1)(a)) atau atau bagi sesuatu kegiatan atau akuan

janji (s. 34 (1)(b)), maka perkongsian itu dibubarkan atas penamatan tempoh yang

ditetapkan atau penamatan kegiatan atau penamatan akuan janji.

(b) Notis. Sekiranya perkongsian dibuat bagi suatu waktu yang tidak ditetapkan, maka mana-

mana rakan kongsi boleh menetapkan perkongsian pada bila-bila masa dengan notis

kepada rakan kongsi yang lain (s. 34(1)(c)). Perkongsian itu adalah perkongsian pada

wasiat dan boleh ditetapkan pada bila-bila masa melalui notis. Perkongsian adalah

terbubar bermula dari tarikh yang dinyatakan di dalam notis sebagai tarikh pembubaran.

13

Page 14: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

Sekiranya tiada tarikh dinyatakan, perkongsian terbubar dari tarikh komunikasi itu

(s.34(2). Dlam kes Arif lwn. Yeo & Anor [1990] 1 MLJ 218, diputuskan bahawa tarikh

pembubaran perkongsian yang efektif adlah tarikh penyampaian writ kepada rakan

kongsi. Sekiranya perkongsian pada asalnya terbentuk daripada dokumen bertulis, maka

suatu daripada notis secara bertulis adalah dikendaki, tetapi dalam kes-kes yang lain

notis secara lisan adalah mencukupi.

8.3 Dengan kematian atau kebankrapan.

Setiap perkongsian adalah terbubar bagi semua rakan kongsi dengan kematian atau kebankrapan

mana-mana rakan kongsi (s.35(1)). Ini adalah tertakluk kepada mana-mana perjanjian yang boleh

diperuntukkan sebaliknya. Tetapi, sekiranya seorang rakan kongsi menghantar notis pembubaran

kepada rakan kongsi yang lain, dan meninggal dunia sebelum rakan kongsi yang lain menerima

notis itu, maka pembubaran berlaku oleh kematian dan bukan oleh notis itu.

8.4 Dengan mengamanatkan syer

 Sekiranya salah seorang daripada rakan kongi ingin menggunakan syernya di dalam firma bagi

menjelaskan hutang peribadinya, maka ahli kongsi yang lain mempunai pilihan untuk

membubarkan perkongsian itu.

8.5 Dengan kesalahan undang-undang

Sekiranya salah seorang atau kesemua atau perniagaan yang di usahakan menyalahi undang-

undang, maka perkongsian tersebut adalah di bubarkan.

14

Page 15: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

8.6 Dengan perintah mahkamah

Perkongsian boleh di bubarkan dengan perintah mahkamah atas permohonan oleh rakan kongsi.

Kuasa mahkamah untuk memerintahkan pembubaran perkongsian adalah budi bicara

sepenuhnya. Atas permohonan oleh rakan kongsi, mahkamah boleh memerintahkan pembubaran

dalam mana-mana keadaan-keadaan tertentu antaranya kehilangan akal rakan kongsi,

ketidakupayaan kekal selain cara yang di nyatakan di dalam konsep perkongsian, kelakuan yang

boleh di katakana memudaratkan terhadap perlaksanaan mana-mana rakan kongsi yang lain,

kemungkiran perjanjian secara sengaja atau berterusan oleh manamana rakan kongsi yang lain

selain dari pemohon dan perniagaan yang di usahakan mengalami kerugian serta kes-kes yang

berkaitan dengan mahkamah.

15

Page 16: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

9.0 Rujukan

http://www.karyanet.com.my/knetbeta/ebook/preview/

p_Asas_Undang_undang_Perniagaan_Di_Malaysia.pdf

http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang

http://74.125.153.132/search?q=cache:kAig3hmAj6YJ:www.smksp.com/

MATA_PELAJARAN/PENGAJIAN%2520PERNIAGAAN/nota/

PPT6NOT_PENGENALAN_KEPADA_JENIS_UNDANG.ZAITON1.doc+definisi+undang-

undang&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=my

http://cikgusila.blogspot.com/2008/01/pembubaran-perkongsian.html

http://74.125.153.132/search?q=cache:fjmubIiCyeQJ:www.econ.upm.edu.my/~pjj/PJJNotes/

act3121/m_ali3121_5.ppt+pembubaran+perkongsian&cd=4&hl=en&ct=clnk&gl=my

http://www.mylawyer.com.my/law/AktaPerkongsian.php

http://staging.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/MakeaBusiness/Business/

StartingBusiness/RegisteringYourBusiness/Partnership/PeninsularMalaysia/Pages/

PeninsularMalaysia.aspx

http://www.ssm.com.my/perkhidmatan_borang.php

http://www.econ.upm.edu.my/~pjj/PJJNotes/act3121/m_ali3121_5.ppt

16

Page 17: Final Tugasan 1-Undang2 Perkongsian

17