tugasan 1 (kump) final - intervensi kognitif

Upload: nurul-idayu-sogi

Post on 20-Jul-2015

888 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN.

INTERVENSI DALAM KAUNSELING (KKT 3013) PENSYARAH: EN. ZULKIFLI B. MAMAT KUMPULAN: B WAKTU KULIAH : KHAMIS (11 PAGI - 2 PETANG) TEMPAT KULIAH : TAMAN BERNAM 3 TUGASAN KUMPULAN:

INTERVENSI KOGNITIFDISEDIAKAN OLEH: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. KHOR CHENG NYEE HAZIELA BT MOHAMAD NUR ILYANI BT IBRAHIM NUHAZURA BT ABDULLAH NURUL IDAYU BT SOGI NORASHIKIN BT SARAKAWI WAN MOHD AGIL BIN MAT YAMIN MOHD ZUBAR BIN SAMAH AZIEMA BT AHMAD D20061025379 D20061025380 D20061025382 D20061025383 D20061025384 D20061025381 D20061025377 D20061025376 D20061035362 D20061025315 D20061025353

10. FAM WHIEE THIEN 11. MOK TSUEY LEI

ISI KANDUNGAN

TAJUK 1.0 2.0 3.0 PENGENALAN MATLAMAT INTERVENSI TE0RI RASIONAL-EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT) SEBAGAI INTERVENSI KOGNITIF 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Pandangan Terhadap Manusia Bagaimana Manusia Bermasalah Terapi REBT Proses & Matlamat Kaunseling Intervensi & Teknik Terapi Rebt 3.5.1 Kaedah Kognitif 3.5.2 Kaedah Afektif 3.5.3 Kaedah Bahavior 4.0 TEORI KOGNITIF TINGKAH LAKU

MUKA SURAT 1 1

2 3 4 6 7 14 18

(AARON BECK) SEBAGAI INTERVENSI KOGNITIF21 4.1 4.2 5.0 Prinsip Asas Teori Kognitif Aplikasi Teknik Kognitif 22 25

TEORI ANALISIS TRANSAKSIONAL SEBAGAI INTERVENSI KOGNITIF 5.1 5.2 5.3 Pandangan Terhadap Manusia Terapi Analisis Transaksional Proses dan Teknik 29 30 43 49

BIBLIOGRAFI

1.0

PENGENALAN

Salah satu aspek penting dalam pertumbuhan manusia ialah aspek perkembangan kognitif. Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh otak dari aspek pemikiran manusia dan perubahannya dapat dilihat dari segi tingkah laku dan percakapan manusia. Intevensi kognitif adalah satu strategi yang berupaya menukar cara berfikir tentang diri, orang lain dan semua situasi keadaan. Dengan menggunakan kaedah penyelesaian pemikiran ini, kaunselor dapat membuat andaian tentang emosi dan tingkah laku manusia melalui kepercayaan, sikap dan persepsi manusia yang mana semuanya adalah bermula daripada pemikiran. Kesilapan berfikir selalunya akan memberi kesan negatif kepada emosi dan akan menghasilkan tingkah laku yang bermasalah. Contoh, seseorang yang selalu berfikir tentang kegagalan maka dia akan gagal dan menjadikan peristiwa kegagalan sebagai penghalang kejayaan. Mereka ini tiada keyakinan dan sentiasa rendah diri dan memikirkan kelemahan diri. Menurut (Beck, 1976; Kazarus, 1981). Individu seperti ini perlu diberi perhatian dan kaunselor harus membantu mereka menukar dari aspek kepercayaan, sikap dan persepsi mereka terhadap sesuatu agar mereka dapat menerima segala kenyataan dengan rasional dan positif. Intervensi bertujuan untuk membantu mengurangkan kemurungan emosi dan tingkah laku yang tidak baik. Salah satu teori yang amat berkesan yang banyak menyumbang ke arah pendekatan kaunseling kognitif ialah Teori Rasional Emotif yang dikembangkan oleh Albert Ellis. Teori ini lebih banyak persamaan dengan terapi-terapi yang berorientasikan kognitif, sikap dan tindakan. Dalam erti kata lain ia banyak menitikberatkan soal berfikir, menilai, memutuskan, menganalisis dan akhirnya bertindak. Teori ini juga saling berkaitan serta dapat membantu klien untuk membuat pertimbangan dari segi fikiran mahupun perasaan. Selain itu, teori-teori kaunseling dan psikoterapi utama yang terangkum di bawah intervensi kognitif termasuklah Teori Transaksional Analisis oleh Eric Berne dan Teori Kognitif - Tingkah laku oleh Aaron Beck. 2.0 MATLAMAT INTERVENSI KOGNITIF

Matlamat keseluruhan di dalam apa jua intervensi kognitif ialah untuk mengurangkan tekanan perasaan sejajar dengan tingkah laku yang tidak sesuai ataupun membetulkan kesilapan dari segi persepsi dan kepercayaan. Menurut Beck (1976), perubahan pada tingkahlaku dan pemikiran klien terjadi apabila klien mula memutarbelitkan pemikirannya tentang diri sendiri,

orang lain dan pengalaman hidup yang pernah dilalui. Oleh itu, dalam konteks ini, intervensi kognitif adalah bertujuan untuk mengubah sikap dan pemikiran seseorang terhadap sesuatu peristiwa, orang lain, diri sendiri dan kehidupan. Intervensi ini juga amat penting untuk mengawal ketegangan yang berlaku dalam diri. 3.0 TE0RI RASIONAL-EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT) SEBAGAI

INTERVENSI KOGNITIF 3.1 PANDANGAN TERHADAP SIFAT SEMULAJADI MANUSIA

Pandangan REBT tentang manusia didominasi oleh prinsip bahawa emosi, pemikiran dan perasaan terikat kemas antara satu sama lain di dalam psikik manusia. REBT menekankan bahawa semua manusia yang normal berfikir, berperasaan dan bertindak serta mereka melakukan proses ini secara bertukar ganti. Pemikiran manusia kerap membentuk perasaan dan tingkah laku. Perasaan pula memberi kesan kepada pemikiran dan tindakan. Tindakan pula memberi kesan kepada pemikiran dan perasaan. Selain itu, individu dilahirkan dengan potensi untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional. Oleh itu, mereka berupaya mencintai, bergembira, berkembang, berhubung dengan orang lain dan bergerak ke arah kesempurnaan kendiri. Manusia juga mempunyai kecenderungan untuk merosakkan kendiri, menyalahkan kendiri, mempunyai kepercayaan karut, tidak bertolak ansur, membuat kesilapan yang berterusan, suka menangguh kerja, di samping memiliki tingkah laku yang menghalang perkembangan dan pecapaian kesempurnaan kendiri. Seterusnya, falsafah dasar REBT melihat manusia sebagai unik kerana boleh mencipta kepercayaan yang menganggu diri serta mengulanginya terhadap diri sendiri. Hal ini akan meneruskan gangguan kepada diri. Individu manusia juga berkeupayaan untuk menukar proses kognitif, emotif dan tingkah laku dengan memilih untuk bertindak balas secara berbeza daripada corak sebelumnya. Justeru, hal ini memerlukan seseorang individu itu melatih diri untuk menolak daripada merasa terganggu dan menepis pemikiran tidak rasional dengan meneguhkan pemikiran rasional terhadap diri sendiri. 3.2 BAGAIMANA MANUSIA BERMASALAH

REBT melihat manusia bermasalah disebabkan memiliki idea yang salah, tidak logik atau tidak rasional terhadap sesuatu situasi atau perkara. REBT menekankan menyalahkan diri sendiri adalah pusat kepada gangguan emosi. Idea-idea tidak rasional akan menyebabkan individu tidak dapat menjalani kehidupannya dengan baik dan lebih sihat. Sejajar dengan itu, Ellis (1962) dalam Sabariah Siron (2005) telah menyenaraikan 11 pemikiran tidak rasional yang sering menganggu manusia. 1. Saya mesti disayangi oleh setiap orang. Pemikiran ini tidak rasional kerana matlamat ini tidak dapat dicapai. Jika individu berusaha mencapainya, ia akan menjadi kurang arah kendiri, merasa tidak selamat dan cenderung merosakkan diri. 2. Orang jahat, kejam dan keji mesti dihukum. Idea ini tidak rasional kerana tiada satu garis piawai yang mendifinisikan jahat, kejam atau keji secara mutlak. Manyalahkan dan menghukum tidak semestinya dapat memperbaiki tingkah laku seseorang, malahan berkemungkinan akan menyebabkan tingkah laku dan emosi menjadi lebih teruk. 3. Saya mesti dapat apa yang saya mahu. Idea bahawa adalah sesuatu yang teruk sekiranya sesuatu perkara tidak berlaku seperti diharapkan atau diimpikan adalah tidak rasional. Untuk merasa kecewa adalah normal, namun kekecewaan yang berpanjangan adalah tidak logik kerana tidak akan dapat mengubah situasi yang berlaku. 4. Lari daripada masalah lebih baik daripada menyelesaikan masalah. Hal ini adalah tidak rasional kerana lari dari tanggung jawab dan masalah tidak akan menyelesaikannya. 5. Ingat bahaya selalu. Idea ini juga tidak rasional kerana dengan memikirkan bahaya tidak dapat mengubah keadaan bahkan akan mengakibatkan sesuatu lebih buruk mungkin terjadi daripada sepatutnya. 6. Saya tidak boleh berubah.

Idea bahawa peristiwa silam menentukan tingkah laku manusia dan tidak dapat diubah adalah tidak logik. Walaupun masa lalu mempengaruhi masa kini, tetapi tidak sepatutnya menentukan masa kini. Ini akan menyebabkan seseorang menjadikannya alasan untuk tidak mengubah sikap dan diri. 7. Masalah orang lain adalah masalah saya. Idea ini tidak logik kerana masalah orang lain kadangkala tidak kena mengena dengan diri kita. 8. Setiap persoalan mesti ada jawapan yang tepat. Ini juga idea yang tidak rasional kerana tidak ada penyelesaian yang sempurna bagi semua perkara. 9. Kebahagiaan saya ditangan orang lain. Pergantungan kepada orang lain akan mengakibatkan seseorang itu hilang kebebasan diri, keindividuan dan ekspresi diri, serta gagal belajar. 10. Saya mesti cekap dan baik dalam semua perkara. Hal ini adalah mustahil dan akan menyebabkan seseorang berasa rendah diri, serta terlalu takut akan kegagalan. 11. Perasaan yang negatif disebabkan faktor di luar kawalan individu. Peristiwa yang dianggap sebagai merosakkan iri hanyalah tanggapan psikologi. Individu tidak akan disakiti melainkan diri sendiri membenarkan diri disakiti melalui sikap dan reaksi negatif. 3.3 TERAPI REBT

Komponen yang terdapat dalam intervensi terapi REBT menurut Froggat (2005) adalah: 1. Melibatkan Klien i. Langkah pertama adalah untuk membina hubungan/rappo yang baik bersama klien. Hal ini dapat dicapai melalui pemahaman empati yang tinggi, kemesraan dan hormat-menghormati.

ii. Seterusnya, kaunselor mengenal pasti secondary disturbances (gangguan sekunder) yang membawa kepada kedatangan klien, contohnya: kemurungan akibat permasalahan atau memerlukan teman; serta kegelisahan untuk hadir ke sesi terapi. iii. Akhir sekali, cara yang terbaik untuk melibatkan klien dalam terapi REBT adalah dengan menunjukkan kepada mereka perubahan boleh berlaku pada peringkat permulaan dan REBT mampu membantu mencapai matlamat ini. 2. Menilai Masalah, Klien dan Situasi i. Penilaian akan dibuat daripada individu kepada setiap individu lain dengan meliputi bahagian-bahagian dalam intervensi REBT. Hal ini dimulakan dengan pandangan klien berhubung apa yang salah pada penilaian mereka. ii. Memeriksa gangguan sekunder: bagaimanakah perasaan klien ketika berhadapan dengan masalah ini? iii. Melaksanakan penilaian secara umum: mengenal pasti kehadiran sebarang kecelaruan klinikal yang berkaitan, merangkumi sejarah peribadi dan sosial, menilai keseriusan masalah, mengenal pasti faktor personaliti yang relevan dan memeriksa sebarang faktor penyebab nonpsikologikal: fizikal; perubatan; penyalahgunaan dadah; dan faktor persekitaran. 3. Menyediakan Klien untuk Terapi i. Menjelaskan matlamat terapi dengan menumpukan perhatian, spesifik dan dipersetujui oleh klien dan juga terapis. Selain itu, menilai juga keinginan klien untuk melakukan perubahan. ii. Membincangkan asas dan dasar terapi REBT, termasuklah model penyebab. biopsikososial. iii. Membincangkan pendekatan yang akan digunakan dan implikasinya terhadap terapi, sejajar dengan itu reka sebuah kontrak. Seterusnya teknik-teknik intervensi yang ingin digunakan akan diimplimentasikan. Contohnya, kerja rumah kognitif, reframing, analisis rasional dan sebagainya. 4. Menilai Kemajuan/Perubahan i. Menuju ke penghujung intervensi, biasanya penilaian berhubung kemajuan atau perkembangan pemikiran klien dan lain-lain aspek akan dilakukan.

5. Penamatan i. Seterusnya, adalah perlu untuk menyediakan klien untuk bersedia mengatasi sebarang halangan atau cabaran. Ramai orang yang selepas malalui terapi akan merasakan diri mereka telah pulih dan semakin baik. Namun, mereka cenderung untuk berpatah semula kepada keadaan bermasalah dan tidak rasional. Maka, kaunselor perlu mempertikai idea tidak rasional dan menyakinkan klien bahawa adalah sesuatau yang normal sekiranya mereka mendapatkan semula bantuan. 3.4 PROSES DAN MATLAMAT KAUNSELING

Terapis REBT menolong klien mengakui perasaan dan tingkahlakunya yang tidak sesuai, menerima tanggungjawab di atas ketidaksesuaian ini dan menentukan punca falsafah simptom masalah ini. Langkah pertama ialah menunjukkan kepada klien bahawa ia tidak logik, menolongnya memahami bagaimana dan mengapa mereka menjadi begini. Kaunselor juga menunjukkan hubungan antara idea yang tidak rasional dengan gangguan emosi yang dialami hingga klien merasakan hidup tidak bahagia. Dengan berbuat demikian klien menjadi sedar keadaan yang dihadapi untuk memperbaiki fungsi gangguan emosi. Tambahan pula, celik akal yang diperolehi dapat menolong klien mengurangkan rasa tidak berdaya dan sedih dengan menunjukkan kepada mereka bahawa mereka bukan mangsa kepada kuasa luaran tetapi mereka boleh mengawalnya. Celik akal ini juga menghala klien untuk memahami hubungan antara nilai, sikap dan kata-kata sepatutnya, seharusnya, semestinya yang telah menjadi sebati dengan diri seseorang yang selalu disarankan kepada diri sendiri sehingga menjadi idea yang tidak rasional. Kaunselor perlu menerima maklum balas secara berteruasn untuk menyemak sama ada klien benar-benar faham apa yang diajar oleh kaunselor. Secara khususnya klien perlu menghayati tiga asas celik akal di dalam REBT iaitu: i. Individu secara asas menyusahkan fikiran dan perasaan melalui kepercayaannya. ii. Kesusahan pada masa kini tidak disebabkan oleh kesuasahan sebelum ini. iii. Individu akan berfikir secara rasional jika mereka menukar cara berfikir yang tidak rasional melalui cara bekerja dan cara memparaktikan tingkahlaku.

Langkah kedua ialah menolong klien mempercayai bahawa kepercayaan seseorang boleh diicabar dan diubah. Ini membenarkan klien meneroka pemikiranya secara logik dan menentukan jika pemikiran ini sesuai - iaitu yang menyeronokkan atau dapat menolongnya mengubah situasi yang boleh dipertikaikan atau tidak sesuai dan mendatangkan ketidakselesaan dalam hidup. Kaunselor akan mempertikaikan idea klien yang tidak rasioanl secara berterusan. Kaedah mempertikai ini adalah dengan menggunakan cara menyoal dan mencabar kesahan idea yang dipegang oleh klien tentang dirinya, orang lain dan dunia. Kaunselor akan terus mencabar dan mengulanginya. Melalui proses ini kaunselor cuba mengajar klien mempertikaikan sendiri cara ia berfikir agar ia dapat mencapai matlamat berfikir secara rasional dengan sendirinya. Langkah akhir melibatkan menolong klien pergi lebih dari mencabar idea yang tidak rasional iaitu mengindoktrinasi semula secara rasional. Ini termasuk menangani idea yang tidak rasional yang utama dan juga membina falsafah hidup yang lebih rasional untuk mengelak ia menjadi mangsa pemikiran yang tidak rasional. Falsafah hidup melibatkan menggantikan sikap yang tidak rasional kepada yang rasional yang menolong menghilangkan emosi negatif yang mengganggu dan tingkahlaku yang merosakkan diri. 3.5 INTERVENSI & TEKNIK TERAPI REBT

REBT membenarkan kaunselor menggunakan pelbagai teknik secara fleksibel. Manusia berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Kaitan yang begitu erat menyebabkan jika salah satu sahaja menerima gangguan maka yang lain akan terlibat sama. Jika salah satu diubati sehingga sembuh, maka dengan sendirinya yang dua lagi akan turut terubat. Atas pandangan itu, walaupun REBT lebih menitikberatkan aspek kognitif dalam perawatan, tetapi aspek tingkah laku dan emosi turut diberi perhatian. Oleh sebab itulah dalam REBT, terdapat tiga teknik yang besar: Teknik-teknik Kognitif; Teknik-teknik Emotif dan Teknik-teknik Behavioristik. Antara teknik yang boleh digunakan termasuklah: 3.5.1 KAEDAH KOGNITIF Teknik-teknik kognitif adalah teknik yang digunakan untuk mengubah cara berfikir klien. 1. Analisis A-B-C-D-E Teori Personaliti A-B-C merupakan asas teori dan amalan Teori Rasional Emotif Tingkah laku. A (activating events) merujuk peristiwa yang mencetus, B (belief system) ialah sistem kepercayaan yang wujud , C (consequences) ialah akibat atau reaksi seseorang individu sama

ada sihat atau sakit dan D (dispute) merupakan aplikasi kaedah saintifik bagi membantu klien mancabar kepercayaan tidak rasional mereka. Manakala E (normal emotion) merupakan emosi baru yang normal. A ( peristiwa yang mencetuskan ) tidak mengakibatkan C ( akibat emosi ) tetapi B kepercayaan individu tentang A yang memberi kesan pada C . Hubungan komponen dalam teori ini dapat dilihat daripada jadual berikut: A Peristiwa D Cabaran/Pertikai B Kepercayaan E Emosi Normal Baru C Akibat Emosi dan Tingkah laku Jika seseorang mengalami kemurungan selapas penceraian , penceraian bukan menjadi penyebab kepada kemurungan, tetapi kemurungan adalah disebabkan oleh kepercayaan individu untuk gagal, ditolak dan kehilangan teman. Ellis (1987), menegaskan bahawa kpercayaan yang ditolak atau gagal (B) merupakan punca kemurungan (C) bukan penceraian yang berlaku (A). Justeru itu, seseorang itu bertanggungjawab mencetuskan reaksi dan gangguan emosi mereka sendiri. Ini menunjukkan mereka boleh mengubahkan kepercayaan tidak rasional menjadi kecelaruan emosi. A, B, C dan D adalah bertentangan. D merupakan aplikasi kaedah saintifik bagi membantu klien mencabar kepercayaan tidak rasional mereka. Oleh kerana prinsip logik boleh berubah, prinsip tersebut boleh digunakan untuk menghilangkan sebarang hipotesis yang tidak realistik. Tiga komponen proses mencabar ialah mengenalpasti, berhujah dan membuat perbezaan. Pertama, klien belajar bagaimana mengenal pasti kepercayaan tidak rasional, khususnya perkataan seperti mesti dan patut, serta sikap memburukkan diri dan mengutuk diri. Kedua, klien berhujah tentang kepercayaan yang salah dengan belajar menggunakan soalan

logik dan empirikal. Ketiga, klien belajar membuat perbezaan tentang kepercayaan tidak rasional. REBT menekankan proses berhujah serentak semasa sesi terapi dan kehidupan seharian. Akhirnya, klien akan sampai ke proses E sebagai satu falsafah yang efektif dan bersifat praktikal. Falsafah yang baru dan efektif untuk mengubah fikiran tidak sihat kepda yang sihat. Daripada berasa takut dan murung yang serius, seseorang akan rasa sesuatu yang sesuai mengikut setiap situasi. Cara terbaik untuk berasa lebih tenang adalah dengan membina suatu falsafah yang efektif dan rasional. Oleh itu, daripada mengutuk diri, memarahi diri dan menghukum diri sendiri akibat penceraian itu, seseorang itu perlu sampai kepada rumusan yang rasional dan praktikal. Saya kesal perkahwinan ini tidak berjaya dan kami bercerai, tetapi ini bukan bermakna dunia ini berakhir. Perkahwinan kami gagal bukan bermakna saya seorang yang gagal dalam hidup, dan adalah bodoh bagi saya untuk terus menyalahkan diri sendiri dan membuat diri rasa bersalah daripada perpisahan ini. Sambungan utama teori REBT adalah terhadap pengurangan perasaan murung dan mengutuk diri sendiri. Berikut merupakan langkah-langkah membentuk personaliti yang rasional. i. Mengaku bahawa kita bertanggungjawab menwujudkan masalah emosi diri kita sendiri. ii. Menerima tanggapan bahawa kita mempunyai keupayaan untuk mengubah gangguan-gangguan ini secara signifikan. iii. Mengaku bahawa masalah emosi kita berpunca daripada kepercayaan yang tidak rasional. iv. Memiliki kesedaran dan menerima sesuatu kepercayaan . v. Melihat nilai daripada penentangan adalah daripada kepercayaan yang merosakkan diri. vi. Menerima kenyataan bahawa jika kita mahu berubah, kita harus berkerja keras melibatkan emosi dan tingkah laku untuk menghadapi kepercayaan dan perasaan yang bercelaru itu. vii. Mengemukakan kaedah TRET untuk mengubah akibat yang mengganggu emosi seumur hidup mereka. 2. Mempertikaikan Idea Tidak Rasional.

Kaedah kognitif ini paling kerap digunakan oleh terapis REBT. Klien disuruh berhujah mengenai kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional dan cuba membuktikannya. Terapis akan mencabar idea yang tidak rasional dengan bertanya soalan-soalan seperti Apa bukti kepada kepercayaan anda? Mengapa agaknya hidup ini menjadi dahsyat dan teruk jika ia tidak seperti apa yang ada harapkan? Mengapa anda berfikir bahawa anda adalah seorang yang teruk kerana bertingkah laku sedemikian? Perkataan seperti mesti, sepatutnya, seharusnya perlu dipersoalkan supaya klien akhirnya boleh bertanya pada dirinya sendiri. Mengapa mesti semua orang melayan saya dengan adil? Di mana saya belajar bahawa saya akan benar-benar gagal jika saya tidak berjaya dalam sesuatu yang saya cuba lakukan? Jika hidup tidak menjadi seperti apa yang saya harapkan, ia bukanlah sangat dahsyat cuma saya rasa kurang selesa. Kaunselor juga membantu klien dengan menunjukkan bagaimana untuk mengantikan pemikiran yang negatif dengan pemikiran yang positif (Sabariah Siron, 2001). Selain itu, sekiranya klien berpegang kepada sikap mesti terhadap tingkah laku mereka, kaunselor boleh menggunakan teknik double-standard dispute (mempertikaikan dua /nilaian). Teknik ini merujuk kepada kaunselor meminta klien menyenarai dan menilai orang lain yang dirasakan mempunyai sikap dan isu yang sama seperti dirinya (rakan baik, ibu bapa mahupun terapis) di samping klien perlu mempertikaikan pendirian individu tersebut (Froggat, 2005). Seterusnya, klien perlu dibimbing untuk melihat dan menilai sendiri situasi individu tersebut berpegang teguh atas pendirian dan tidak mahu berubah daripada perspektif yang rasional (Froggat, 2005). 3. Kerja Rumah Kognitif. Klien diharapkan dapat membuat senarai masalah yang dihadapi, lihat kepercayaannya dan pertikaikan kepercayaan tersebut Klien diletakkan di dalam situasi mengambil risiko yang boleh membenarkan mereka mencabar kepercayaan yang menghadkan kepercayaan diri sendiri. Klien disuruh menggantikan pernyataan kendiri yang negatif seperti Saya akan gagal, Saya akan kelihatan seperti orang bodoh, Tidak akan ada orang yang suka kepada saya kepada pernyataan yang lebih positif seperti Walaupun saya bertindak bodoh pada sesuatu ketika, ini tidak menjadikan saya seorang yang bodoh. Saya boleh berlakon, saya akan cuba melakukan yang terbaik. Seronok disukai orang, tetapi bukan semua orang akan menyukai saya dan ini bukan bererti dunia ini sudah berakhir buat saya. Klien digalakkan melaksanakan kerja kursus khusus semasa sesi terutamanya di dalam situasi harian di antara sesi kaunseling. Dengan cara

ini klien belajar menangani kebimbangan dan dapat mencabar pemikiran tidak rasional (Sabariah Siron, 2005). Teknik yang dilaksanakan dalam bentuk tugas-tugas rumah adalah untuk melatih, membiasakan diri, dan menginternalisasikan sistem nilai tertentu yang menuntut pola tingkah laku yang diharapkan. Dengan tugas rumah yang diberikan, klien diharapkan dapat mengurangkan atau menghilangkan ide-ide dan perasaan-perasaan yang tidak rasional dan tidak logik, mempelajari bahan-bahan tertentu yang ditugaskan untuk mengubah aspek-aspek kognitifnya yang keliru, membuat latihan-latihan tertentu berdasarkan tugas yang diberikan. (Akhmad Sudrajat, 2008) Pelaksanaan homework assigment yang diberikan kaunselor dilaporkan oleh klien dalam pertemuan muka dengan kaunselor. Teknik ini dimaksudkan untuk membina dan mengembangkan sikap-sikap tanggungjawab, kepercayaan pada diri sendiri serta kemampuan untuk mengarah diri, pengelolaan diri klien dan mengurangi kebergantungan dengan kaunselor. Kaunselor memberi tugas kepada pelajar untuk mencuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata. Misalnya, menugaskan pelajar bergaul dengan anggota masyarakat kalau mereka merasa dipencilkan dari pergaulan atau membaca buku untuk memperbaiki kekeliruan caranya berfikir. (Abdul Samat Banin, 2005) 4. Menukar Penggunaan Bahasa. Faktor asas pemikiran klien adalah dari aspek biologi dan sosial. Dari aspek biologi, manusia ada kecenderungan untuk memenuhi keperluan biologi. Individu ada kuasa untuk mendatangkan kebaikan atau keburukan pada dirinya. Hal ini kerana sejak lahir lagi wujud kecenderungan untuk bertindak balas kepada peristiwa. Dari aspek sosial ialah melalui interaksi dengan orang lain akan menentukan bagaimana kita berfikir. Jika kita diterima kita akan rasa OK dan selesa. Biasanya interaksi individu adalah daripada ibu bapa, rakan sebaya, guru dan jiran. Individu yang rasa dirinya tidak baik akan membawa perasaan dan pemikiran yang akan membebankannya. Jadi, melalui ini timbul semestinya dan sepatutnya. Sebagai contoh, mereka rasa mesti iaitu Saya mesti disayangi oleh setiap orang Saya mesti bimbang berkenaan bahaya, Saya mesti dapat menyelesaikan masalah saya. Jelasnya, melalui ini individu mudah untuk terganggu melalui kepercayaan yang tidak berasas. Ellis mempercayai lebih kerap ianya berlaku lebih cepat atau keberangkalian akan kena gangguan psikologi. Selain itu, merupakan sumber gangguan sosial dan biologi. Aspek yang penting disini adalah Bagaimana individu berfikir sebenarnya.

REBT percaya penggunaan bahasa yang tidak sesuai adalah punca kepada proses pemikiran yang terpesong. Terapis memberi perhatian khusus kepada corak bahasa yang klien gunakan kerana bahasa membentuk pemikiran dan pemikiran membentuk bahasa. Klien belajar perkataan mesti, sepatutnya, dan seharusnya boleh diganti dengan perkataan lebih suka. Dengan mengatakan adalah lebih teruk jika Klien boleh belajar menyatakan adalah kurang selesa jika REBT mencadangkan bahawa pemikiran manusia ialah pembelokan disebabkan bahasa yang tidak tepat, dan sebaliknya, menggunakan arahan bahasa yang tidak tepat daripada pemikiran yang salah. Oleh itu, kaunselor mesti mengambil perhatian kepada setiap perkataan yang digunakan oleh klien. Hal ini kerana, mereka mempercayai pemikiran membentuk bahasa dan sebaliknya. Jadi, kaunselor REBT mengikut prinsip keseluruhan bahasa yang dijumpai oleh Alfred Korzybski, dimana mahu membantu klien dalam membuat perubahan dalam penggunaan bahasa mereka (Ellis & Abrahams, 1978): Menggantikan menggunakan mesti atau patut dengan mengajar klien menggunakan Ia akan jadi lebih baik atau sangat diinginkan. Menggantikan menggunakan saya tidak boleh atau Itu tidak mungkin dengan mengajar klien menggunakan saya boleh, tetapi saya menjumpai kesukaran untuk melakukannya atau saya tahu saya tidak boleh melakukannya, tetapi itu bukannya sebagai bukti mustahil untuk saya melakukannya. Menggantikan menggunakan saya selalu buat teruk dengan mengajar klien menggunakan saya biasanya buat teruk, tetapi ini tidak bermakna mustahil untuk saya melakukan dengan lebih baik. Menggantikan dengan berkata itu akan lebih dahsyat atau hebat jika mengajar klien menggunakan itu akan merugikan atau tidak menyenangkan jika Menggantikan penyataan saya adalah teruk disebabkan oleh tindakan saya. Sebagai keputusan untuk menukar bahasa dalam proses pemikiran mereka, klien berfikir dan berkelakuan secara berbeza. Akibatnya, mereka juga rasa berbeza. atau individu yang tidak berharga

sebab dengan mengajar klien menggunakan saya tidak berhak mengukur diri saya

5. Menggunakan Unsur Humor/Kecindan. Terapi REBT turut melibatkan gangguan emosi yang menunjukkan keputusan serius, dan hilang pertimbangan dan tiada unsur humor dalam hidup seseorang. Selain itu, REBT percaya bahawa gangguan emosi adalah kesan seseorang terlalu serius tentang sesuatu perkara hingga hilang unsur keceriaan dalam hidup (Sabariah Siron, 2005). Justeru, kaunselor menggunakan humor untuk menghadapi masalah serius yang dihadapi oleh klien dengan menyuruhnya mencabar falsafah dirinya. Ellis (1987) menggunakan humor ketika berdepan dengan klien yang bermasalah. Contohnya, ketika di bengkel dan sesi terapi sedang berlangsung, Ellis biasanya menggunakan humor berbentuk nyanyian, Beliau turut menggalakkan orang menyanyi secara solo atau berkumpulan ketika berasa sedih dan bimbang (Ellis, 1999). Teknik humor menunjukkan tidak mustahil untuk memastikan idea klien kekal dan yang lebih penting adalah menolong klien berperanan dengan lebih serius. 6. Reframing (Merangka Semula) Reframing adalah salah satu strategi untuk menjadikan peristiwa teruk yang berlaku dinilai daripada perspektif baru seperti menghampakan, membimbangkan atau tidak menyelesakan berbanding dilihat sebagai bencana, dasyat mahupun tidak tertahan. Kepelbagaian reframing dapat membantu klien melihat peristiwa-peristiwa negatif yang berlaku daripada sudut positif (Froggat, 2005). Justeru, klien yang berjaya menafsir semula masalah atau isu negatif yang dihadapinya sebagai isu yang sederhana, didapati akan menjadi lebih rasional, tenang dan dapat mengambil tindakan yang wajar. 7. Rational Analysis (Analisis Rasional) Kaunselor menganalisis beberapa episod saintifik yang berlaku dalam hidup klien dan seterusnya mengajar klien tentang cara-cara yang terbaik untuk mendedah dan mempertikaikan kepercayaan tidak rasional. Teknik ini kebiasaannya digunakan pada sesi terapi yang pertama. Seterusnya, sebaik sahaja klien dapat menguasai teknik ini, maka mereka boleh membawanya pulang ke rumah sebagai salah satu kerja rumah kognitif (Froggat, 2005). 8. Catastrophe Scale (Skala Bencana) Menurut Froggat (2005), teknik ini sangat berguna untuk merangkumkan isu-isu negatif yang berlaku dalam satu perspektif. Dengan menggunakan papan putih atau helaian kertas, lukiskan sebuah garisan menganjur ke bawah. Skor 100% dicatatkan di atas, 0% di bawah dan 10% di tengah-tengah garisan. Seterusnya klien diminta untuk menilai keadaan yang dirasakan

membawa bencana dan merunsingkan diri dan meletakkan skor situasi tersebut pada tahap yang dirasakan sesuai pada garisan. Klien diminta juga untuk memenuhkan tahap-tahap lain dengan item yang dirasakan sesuai dengan tahap tersebut. Sebagai contoh, boleh meletakkan tahap 0%: Menikmati secawan kopi di rumah, 20%: Mengemas halaman rumah dan menonton perlawan bola sepak, 70%: Berlakunya kecurian, 90%: Didiagnosis menghidap kanser, 100%: Terbakar hidup-hidup, dan seterusnya. Akhir sekali, klien diminta secara progresif mengubah posisi setiap item yang dirungsingkan di atas skala tersebut, sehingga terangkum dalam perspektif yang berkaitan antara satu sama lain (Froggat, 2005). 3.5.2. KAEDAH AFEKTIF (EMOSI) Teknik-teknik emotif adalah teknik yang digunakan untuk mengubah emosi. Antara teknik yang sering digunakan ialah: 1. Rasional Emotif Imageri Teknik ini adalah salah satu bentuk latihan mental yang direkabentuk untuk membina corak emosi baru. Klien membayangkan diri mereka sedang berfikir, merasakan dan bertingkah laku seperti apa yang difikirkan, ia rasakan dan ia lakukan. Kaunselor menggunakan rational emotif imageri dalam dua bentuk yang berbeza iaitu negatif dan positif. Klien diminta membayangkan dan memberi respon terhadap situasi yang diberikan (Ellis, 1986). Contoh klien akan membuat imiginasi kepada satu perkara yang sangat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, ngeri, ketakutan dan kemarahan. Selepas itu klien akan berusaha untuk merasai kekecewaan, kesedihan dan kehampaan secara tepat (Amir Awang, 1984). 2. Main Peranan (Role Play) Main peranan (Role play) adalah satu teknik mencuba tingkah laku baru, memberi peluang kepada klien mangalami cara baru untuk berfikir, merasai dan bertindak. Timbal balik peranan (role reversal) berlaku apabila dua atau lebih orang bertukar peranan dan setiap orang mencuba peranan masing-masing. Meraptai tingkah laku (behavior rehearsal) membenarkan klien melatih tingkah laku baru dengan keselamatan di dalam bilik kaunseling.

Klien akan menunjukkan semula tingkahlaku kebimbangan, kemarahan dan kemurungan. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudia peranan akan diambil alih oleh kaunselor pula (reverse role-play) sehingga klien boleh menerangkan semula bagaimana pemikiran yang tidak rasional itu berlaku (Sabariah Siron, 2001). Selain itu, teknik main peranan adalah untuk mengekspresikan berbagai jenis perasaan yang menekan (perasaan-perasaan negatif) melalui masa yang telah ditetapkan sehingga klien dapat mengungkapkan peranan dirinya secara bebas.(Baker, Thomas & Manson, 1983 dalam Amir Awang, 1984). Kaunselor arah klien melakonkan interaksinya dengan orang lain untuk membolehkan emosinya dikeluarkan supaya perasaan tersebut dapat membantu klien mengenal pasti kepercayaannya yang tidak rasional. (Akhmad Sudrajat, 2008). Selain itu, wujud teknik Main Peranan Secara Terbalik (Devilss Advocate). Teknik ini yang amat berguna dan efektif ini telah direka untuk membolehkan klien sendiri membidas kepercayaan-kepercayaan tidak rasional dan disfungsinya. Terapis memainkan peranan sebagai mempunyai kepercayaan tidak rasional seperti mana klien, manakala klien pula akan membidas setiap kepercayaan tidak rasional tersebut. Sementara, klien berusaha untuk meyakinkan kaunselor untuk meninggalkan kepercayaan tidak rasional itu, secara tidak langsung akan merasionalkan pemikiran mereka. Teknik ini berkesan kepada klien yang dapat melihat sendiri ketidakrasionalan pemikiran mereka, namun memerlukan bantuan untuk memahami setiap aspek tersebut. Kaunselor perlu berul-betul mahir dalam menggunakan teknik ini dan diminta menerangkan kien terlebih dahulu sebelum mempraktikkannya (Froggat, 2005). Main peranan kerap memberikan klien perspektif baru tentang tingkah lakunya serta membenarkan mereka melihat orang lain dengan cara berbeza. Dengan merakamkan sesi main peranan dapat menunjukkan klien pandangan baru tentang dirinya serta mendapat maklum balas daripada kaunselor dan lain-lain individu. Main peranan adalah kemahiran sepanjang hayat yang boleh dipraktikkan di dalam kehidupan seharian walaupun tanpa bimbingan kaunselor (Hutchins & Vaught, 1997 dalam Khadijah Rohani Mohd Yunus & Nazariah Ab. Samad, 2006).

3. Menggunakan Tenaga

Ellis dalam Amir Awang (1984), mencadangkan menggunakan kuasa dan tenaga sebagai satu cara untuk menolong klien bergerak daripada celik akal intelektual kepada celik akal emosi. Klien juga ditunjukkan bagaimana mengendalikan dialog sesama mereka dimana mereka menyatakan kepercayaan tidak rasional dan dengan kuasa mempertikainya. Teknik ini digunakan untuk melatih, mendorong dan membiasakan pelajar dengan pola perilaku tertentu yang diinginkannya. Melalui ini klien akan merakamkan irrational-beliefs ke dalam pita rakaman dan berhujah mengenainya dengan kuat dalam pita tersebut. Kemudian klien akan mendengar semula pita tersebut dan menyuruh orang lain mendengarnya. Seterusnya klien akan mendengar sama ada ianya memadai kuat dan bertenaga. Beberapa kemungkinan yang boleh kaunselor lakukan untuk meminta reaksi daripada klien iaitu mengelakkan dari menggunakan perkataan yang menggambarkan emosi seperti bodoh, tidak logik dan menggantikan dengan perkataan seperti betul dan salah atau menyalahkan diri atau meningkatkan diri. Satu kajian ( Baker, Thomas & Manson, 1983 dalam Amir Awang, 1984).) mendapati bahawa remaja, contohnya banyak yang mahu menggunakan pendekatan kognitif apabila istilah membersihkan pemikiran anda telah digunaan di dalam tempat pemikiran tidak rasional. Cara lain untuk menjauhkan potensi kesulitan yang tidak diduga ialah mengubah diri sendiri daripada kedudukan yang menentukan kepercayaan klien betul atau salah. Tambahan lagi, prosedur ini dipersembahkan oleh klien, dengan demikian menyingkirkan kemungkinan kuasa atau pertelingkahan diantara kaunselor dengan klien. Menurut Amir Awang (1984), kaunselor hendaklah berusaha mengganti fikiran pelajar tersebut dengan cara berfikir yang baru yang lebih rasional dan logik yang boleh diterima pelajar tersebut. Kaunselor boleh mengemukakan bukti bagi menguatkan hujah kaunselor tersebut bagi membina satu pemikiran baru dalam dirinya. (Contoh: Saya tidaklah teruk sangat kerana dalam kehidupan saya tidak seorang, sebenarnya masih ada orang yang suka dan menghargai diri saya). Perubahan diri pelajar tersebut akan nampak dilihat pada tindak-tanduk, air muka dan cara dia membalas perbualan tersebut. Jika positif maka kaunselor terus memimpin pelajar itu supaya pelajar tersebut dapat bertindak dan mengamalkan perlakuan mengikut fikiran barunya tersebut. (Contoh: Saya tidak akan bersembunyi lagi. Saya akan mencari seseorang untuk bercakap-cakap, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk diri saya. Saya percaya manusia itu berbeza-beza, pasti ada yang boleh menerima diri saya seadanya). Kemudian, kaunselor secara yakin mesti menekankan bahawa pelajar tersebut akan melalui satu

kehidupan yang lebih baik jika dia terus mengamal dan mempraktikkan cara berfikirnya yang baru tersebut. Kaunselor hendaklah menyuruh pelajar tersebut berhenti berfikir sedemikian kerana ia tidak menguntungkan. Kaunselor perlu menekankan masalah yang dihadapi pelajar itu adalah disebabkan caranya berfikir yang salah kerana dia menilai keseluruhan dirinya dari perspektif orang atau kawannya. Dengan penekanan itu diharap akan menimbulkan fikiran baru dalam dirinya. (Contoh: Yalah, kenapakah saya menilai diri saya dari perspektif mereka dan saya mesti berfikiran yang baik tentang diri saya sebab saya tidak gembira dengan cara berfikiran saya sebelumnya). Seandainya nampak perubahan pada diri pelajar tersebut, maka kaunselor bergerak pada langkah seterusnya. Kebaikan Rasional Emotif Tingkahlaku i. Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan itu perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat. ii. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada pelajar dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain. iii. Pelajar merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir. Kelemahan i. Ada pelajar yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula yang tidak begitu geliga otaknya untuk dibantu dengan cara yang sedemikian yang berasaskan kepada logik. ii. Ada sesetengah pelajar yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai. iii. Ada juga pelajar yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik. iv. Ada juga sesetengah pelajar yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka. Pendekatan ini jika diamalkan pada praktik yang betul akan dapat banyak membantu dalam menangani masalah pelajar yang bertitik tolak dari cara mereka berfikir. Banyak masalah

yang dihadapi oleh pelajar sebenarnya timbul hanya kerana cara mereka berfikir yang tidak logik. Akibatnya emosi dan tindak-tanduk mereka juga terpengaruh dengan cara berfikir tersebut. Dalam arus kehidupan mereka yang cuba mengenal pasti dan mencari indentiti diri, pelajar berhadapan dengan pelbagai senario yang mengundang dan mengajak mereka berfikir sendiri. Dalam proses penyelesaian masalah inilah mereka akan sampai kepada satu kesimpulan sama ada ia bersifat logik atau tidak. Apabila mereka tersalah membuat tanggapan dan andaian, maka ia akan menjadi satu tekanan dan menghantui perjalanan hidup mereka seharian. Dengan itu, pendekatan ini berusaha membetulkan dan mengubah cara berfikir tidak rasional yang menyebabkan gangguan pada diri pelajar tersebut dengan memimpin dan memandu cara berfikir pelajar tersebut kepada cara berfikir yang lebih rasional yang dapat menggembirakan hidup mereka. Dengan itu mereka akan dapat berkonsentrasi dengan pelajaran dan tugas mereka sebagai pelajar (Amir Awang, 1984). 3.5.3. KAEDAH BEHAVIOR (TINGKAH LAKU) 1. Teknik Bertenang Latihan bertenang adalah satu kaedah mengajar seseorang untuk menangani tekanan dalam kehidupan seharian. Kaedah ini bertujuan mencapai ketenangan pada otot dan minda. Selepas klien belajar prosedur bertenang yang asas, latihan ini perlu dipraktikkan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Kaedah ini selalu digunakan dengan beberapa teknik tingkah laku yang lain seperti prosedur imaginasi-desensitisasi, desensitisasi bersistem, latihan asertif, program pengurusan kendiri, arahan melalui pita rakaman, bertenang melalui maklum balas biologi, hipnosis, meditasi, dan latihan autogenik (Khadijah Rohani Mohd Yunus & Nazariah Ab. Samad, 2006). 2. Desensitisasi Bersistem Desensitisasi yang berasaskan kepada prinsip pelaziman klasik, adalah salah satu prosedur yang paling luas digunakan dan telah diuji secara empirikel. Andaian asas yang mendasari teknik ini ialah, kebimbangan/ketidakrasionalan adalah tindak balas yang dipelajari, atau terlazim dan boleh dihalang dengan menggantikannya dengan aktiviti yang mencabar. Teknik ini digunakan secara asasnya untuk reaksi kebimbangan dan pengelakan. Untuk melaksanakan teknik ini, perlu dimulakan dengan menganalisis tingkah laku rangsangan yang menyebabkan kebimbangan/ketidakrasionalan dan membina membina satu hirarki tentang situasi yang menyebabkan kebimbangan. Seterusnya, prosedur bertenang diajar dengan dipasangkan dengan

situasi yang diimaginasikan. Situasi ini dikemukan kepada klien dalam satu siri iaitu dari yang paling kurang menakutkan kepada yang sangat menakutkan. Rangsangan yang menimbulkan kebimbangan digandingkan dengan latihan bertenag sehingga perkaitan antara rangsanganrangsangan tersebut dan tindak balas tidak rasional terhapus (Wolpe, 1988, 1990 dalam Khadijah Rohani Mohd Yunus & Nazariah Ab. Samad, 2006). 3. Modeling Istilah modeling adalah merujuk kepada proses dimana tingkah laku individu atau kumpulan yang menjadi model bertindak sebagai rangsangan dari segi pemikiran, sikap dan tingkah laku untuk diikuti oleh pemerhati (Corey, 1966 : 293, dalam Khadijah Rohani Mohd Yunus & Nazariah Ab. Samad, 2006). Melalui proses pembelajaran secara pemerhatian, klien boleh belajar melakukan tingkah laku yang diingini. Bandura (1969, 1971, 1977, 1986) dalam dalam Khadijah Rohani Mohd Yunus & Nazariah Ab. Samad (2006) telah menekankan peranan modeling di dalam perkembangan dan modifikasi tingkah laku manusia. Beliau mencadangkan bahawa kebanyakan rasa tidak rasional terbina melalui transmisi sosial bukan dari pengalaman terus dengan rangsangan aversif. Digunakan membentuk perilaku baru pada pelajar melalui peniruan, pemerhatian terhadap Model Hidup atau Model Simbolik dari segi percakapan dan interaksi serta pemecahan masalah.( Abdul Samat Banin, 2005). Terdapat tiga kesan utama modeling, yang mana setiap satunya mempunyai implikasi signifikan kepada praktik klinikal. Pertama, memperoleh tindak balas atau kemahiran baru serta prestasi yang ditunjukkan. Kesan pembelajaran melalui pemerhatian ini mengintegrasikan corak tingkah laku baru berasaskan kepada memerhati model (Khadijah Rohani Mohd Yunus & Nazariah Ab. Samad, 2006). 4. Latihan Asertif Menurut Khadijah Rohani Mohd Yunus & Nazariah Ab. Samad (2006), latihan asertif adalah satu bentuk latihan kemahiran sosial. Ia adalah satu teknik untuk mengajar klien menambahkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman kepada dirinya. Pada setiap perkembangan hidup, adalah amat penting kemahiran sosial dikuasai. Seseorang yang kekurangan kemahiran sosial kerap mengalami kesukaran dalam membina hubungan interpersonal di rumah, tempat kerja, sekolah dan sebagainya. Kaedah tingkah laku telah direka bentuk untuk mengajar individu tertentu cara untuk berinteraksi dengan berjaya, memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki lantas tidak

memberi kecederaan fizikal dan emosi orang serta tidak menjejaskan hak orang lain. Latihan asertif juga mengajar klien yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan tidak bermotivasi supaya mencari alternatif iaitu bertindak dengan mengambil jalan yang lebih produktif. Latihan asertif biasanya dilaksanakan dengan cara berikut: i. Main peranan dan melakonkan situasi pasif, agresif dan asertif yang dihadapi oleh klien. ii. Melalui penerokaan masalah dan mentakrif masalah. iii. Mengulangi latihan role play yang telah ditetapkan beberapa kali. iv. Melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh melakukan tingkah laku asertif. v. Melaksanakan tingkah laku asertif yang dikehendaki sedikit demi sedikit. 5. Reinforcement (Penguatkuasaan) Kaunselor mengajar klien cara untuk menggantikan kepercayaan baru terhadap kepercayaan asal. Contohnya, mendorong individu untuk melakukan perilaku yang diingini dengan jalan memberi pujian dan hukuman. Pujian pada perilaku yang betul dan hukuman pada perilaku negatif yang dikekalkan. 6. Exposure (Pendedahan) Strategi tingkah laku yang kerap digunakan dalam REBT termasuklah mendedahkan klien dengan situasi yang selalu dikhuatiri dan dihindari. Pendedahan ini dibuat secara disengajakan, terancang dan turut menggunakan peranan kognitif dan kemahiran menangani masalah. Tujuannya adalah untuk mengukur tahap kewujudan pemikiran tidak rasional seseorang; menghapuskan pemikiran tidak rasional; membina keyakinan yang boleh dicapai; dan meningkatkan toleransi untuk sebarang rasa ketidakselesaan (Froggat, 2005). 7. Shame Attacking (Mencabar Perasaan Malu) Klien diarahkan melakukan perkara yang dianggap memalukan dan mengaibkan dirinya untuk mengatasi gangguan emosi yang berpunca daripada perasaan malu atau self-blaming. Contohnya, kaunselor mencadangkan kepada klien untuk memakai kasutnya pada kaki yang salah dan seterusnya ditemani berjalan-jalan di sekitar bangunan pejabat sekurang-kurangnya sepuluh minit. Pada masa yang sama, kaunselor mempertikaikan, dan mencabar pemikiran mereka yang sering malu terhadap diri sendiri (Froggat, 2005).

8. Risk Taking (Mengambil Risiko) Tujuannya adalah untuk mencabar kepercayaan beberapa tingkah laku yang kononnya terlalu bahaya dan berisiko untuk dihadapi walaupun hasilnya tidak diketahui sama ada berbaloi atau tidak. Contohnya, seorang klien yang menghadapi masalah terlalu mementingkan kesempurnaan dan takutkan kegagalan, mereka mungkin boleh memulakan sesuatu perkara yang berisiko dan luar daripada kebiasaan. Seterusnya, individu yang sering merasa takut untuk ditolak atau disisihkan perlu mencuba berbual dengan orang lain dan mengajak seseorang keluar untuk berjanji temu (Froggat, 2005). 9. Stepping Out of Character (Keluar daripada Karektor) Contohnya klien yang terlalu mementingkan kesempurnaan boleh disuruh untuk melakukan sesuatu perkara yang luar daripada norma atau zon keselesaannya. Selain itu, seseorang yang mempunyai kepercayaan bahawa mengambil berat pada diri sendiri adalah perbuatan negatif yang mementingkan diri sendiri boleh dilibatkan dengan layanan peribadi seminggu sekali (Froggat, 2005). 10. Postponing Gratification (Menagguhkan Keseronokan) Sering digunakan untuk mengurangkan rasa kekecewaan atau penyesalan, iaitu dengan cara menangguhkan waktu untuk keseronokan seperti menghisap rokok, makan gula-gula, minum alkohol, aktiviti seksual dan sebagainya (Froggat, 2005).

4.0

TEORI

KOGNITIF

TINGKAH

LAKU

(AARON

BECK)

SEBAGAI

INTERVENSI KOGNITIF Beck (1987) telah mengemukakan fahaman Teori Kognitif (TK). Teori ini mempunyai persamaan dengan REBT. Kedua-dua terapi ini bersifat aktif, mengarah, mempunyai batasan masa, pemusatan masa sekarang dan berstruktur (Beck, Rusk, Shaw & Emery, 1979 dalam Mohammed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad dan Jamaludin Ramli, 2007). Teori Kognitif ini menekankan kepada mengenal pasti perubahan pemikiran negatif dan kepercayaan yang tidak rasional. Pendekatan Beck (1987) adalah berdasarkan teori rasional, iaitu seseorang akan berasa dan bertingkah laku tertentu melalui pengalaman yang dilalui dan diterima. Teori Kognitif mempunyai andaian berikut :

(i) (ii) (iii)

Manusia berkomunikasi melalui perasaan sendiri. Kepercayaan klien mempunyai maksud personal tinggi. Menemui klien yang suka memikirkan dan menginterperstasikan sesuatu melalui ahli terapi.

Aspek Teori Kognitif adalah berpegang kepada jenis emosi atau gangguan yang berlaku dalam pemikiran individu. Tujuannya adalah unutk mengubah pemikiran klien yang sudah berakar umbi dan menggantikannya dengan idea yang baru. Ini dilakukan dengan mengalakkan klien mengumpul dan menimbangkan bukti-bukti pemikiran mereka. Secara klinikal, Teori Kognitif amat penting untuk menangani masalah tekanan dan kebimbingan. Ia terbukti berkesan untuk merawat fobia, kecelaruan psikomatik, masalah pemakanan, marah, panic penyalahgunaan bahan, sakit kronik dan menangani krisis (Mohammed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad dan Jamaludin Ramli, 2007). 4.1 PRINSIP ASAS TEORI KOGNITIF

Beck (1987) sebagai pengamal psikoanalisis terlatih berminat dengan klien yang mempunyai pemikiran automatik (peribadi yang dicetuskan oleh rangsangan tertentu disebabkan maklum balas perasaan). Sebagai sebagaian daripada kajian psikoanalisis, beliau melihat kandungan impian klien kena marah. Beliau sedar bahawa kemarahan yang melampau dalam teori Freud dengan kemurungan itu merupakan satu bias pada intervensi atau pemikiran. Beck (1987) menyuruh klien membuat pemerhatian pemikiran yang negatif secara automatik walaupun bertentangan dengan tujuan. Dengan itu, beliau mengemukakan satu teori yang komprehensif tentang kemurungan. Beck (1987) juga menegaskan bahawa individu yang mempunyai masalah emosi mempunyai perwatakan mencari kesalahan. Ahli terapi kognitif melihat masalah psikologi berpunca oleh pemikiran yang salah, silap mengurus disebabkan tiada ilmu, dan tidak dapat membuat perbezaan antara realiti dengan fantasi.Contoh kesalahan membuat tanggapan ialah merumuskan secara rambang sesuatu kesimpulan tanpa keterangan yang relevan. Ini termasuk berfikir yang paling buruk dan berkesudahan dengan seseuatu yang negatif. Pemilihan secara abstrak terdiri daripada kesimpulan ke atas pemisahan yang terperinci terhadap sesuatu peristiwa. Dalam proses ini, maklumat lain tidak diberi perhatian, maksud konteks yang menyeluruh diabaikan. Anggapan ke atas satu peristiwa merupakan hal yang menyebabkan

kegagalan dan rampasan. Sebagai seorang kaunselor, seseorang perlu mengukur nilai kesalahan atau kelemahan dirinya, bukannya berdasarkan kejayaan diri sendiri. Kesimpulan yang terlampau merupakan proses pemikiran yang keterlaluan dalam peristiwa asas, mengaitkannya atau menghubungkannya dengan sesuatu yang tidak bersesuaian dengan peristiwa atau persekitaran. Contohnya seorang kaunselor berasa sukar untuk berurusan dengan seoarang remaja, beliau boleh membuat kesimpulan bahawa dirinya tidak akan dapat menjalankan kaunseling yang efektif dengan golongan remaja. Maka kaunselor tersebut akan membuat kesimpulan bahawa dirinya tidak dapat berkerja dengan baik dengan golongan remaja. Kaunselor perlu memaksimumkan atau meminimumkan hasil kerja dengan berasaskan setiap kes atau peristiwa lebih daripada yang sepatutnya. Kaunselor mungkin membuat kesilapan kognitif dengan andaian bahawa setiap kesalahan yang kecil dalam memberi kaunseling kepada seseorang boleh mencipta krisis untuk individu dan boleh menyebabkan kerosakan psikologi. Personaliti merupakan kecederungan seseorang untuk mengaitkan peristiwa luaran terhadap diri mereka, sama seperti apabila mereka tiada asas untuk membuat sebarang hubungan. Jika seseorang klien tidak kembali untuk terlibat dalam sesi kaunseling, kaunselor mungkin berkeyakinan bahawa ketidakhadiran tersebut adalah semasa sesi kaunseling berlangsung. Kaunsleor mungkin memberitahu dirinya bahawa keadaan ini membuktikan bahawa kaunsleor membiarkan klien itu dan sebarang klien tidak boleh mendapatkan pertolongan lagi. Melabel dan kesalahan melabel melibatkan gambaran identiti atas dasar ketidaksopanan dan kesalahan yang membenarkan mereka mentakrifkan suatu kebenaran indentiti. Jika kaunselor mempunyai harga diri untuk hidup, maka terpulanglah kepada jangkaan klien. Oleh yang demikian , kaunselor mungkin berkata kepada dirinya Saya betul-betul tidak bernilai dan harus menyerahkan lesen profesional saya sekarang juga. Fikiran yang bertentangan dengan tingkah laku melibatkan menginterpreatasikan atau tidak mempengaruhi satu pengalaman yang ekstrim. Dengan pemikiran tersebut, peristiwa melabel sama ada baik atau buruk, kaunselor mungkin memberi sempadan kepada dirinya

sendiri untuk menunjukkan sama ada kaunselor sempurna atau tidak sempurna. Kaunselor mungkin melihat dirinya sama ada sebagai kaunselor yang sempurna, iaitu cekap dan berjaya membuat sesi terapi dengan semua klien. Beck (1976) menulis terapi kognitif terdiri daripada semua kemunculan yang mengurangkan penderitaan psikologi melalui teknik membetulkan tanggapan yang salah dan isyarat kendiri. Untuk tujuan tersebut, cara yang paling baik untuk terus mengubah perasaan dan tingkah laku yang tidak berfungsi adalah dengan mengubahsuaikan pemikiran yang tidak tepat dan tidak berfungsi. Ahli terapi akan mengajar klien mengenai cara untuk mengenal pasti identiti yang terganggu dan kognitif yang tidak berfungsi melalui proses penilaian. Melalui kerjasama, klien bukan sahaja dapat membezakan antara pemikiran dengan peristiwa yang berlaku, malah belajar tentang pengaruh kignitif daripada perasaan, tingkah laku dan persekitarannya. Klien diajar cara membuat pengiktirafan, memerhatikan, mengawasi pemikiran sendiri dan membuat andaian secara automatik terhadap perkar-perkara tersebut. Selepas itu, mereka mendapat celik akal yang mendalam tentang begaimana untuk mewujudkan pemikiran yang negatif sehingga menjejaskan diri mereka. Di samping itu, klien turut dilatih menguji pemikiran automatik bertentangan dengan penyataan dan pemeriksaan, serta mempertimbangkan bukti yang bertentangan dengan diri mereka. Proses ini melibatkan pengujian kepercayaan antara ahli Socratic dengan ahli terapi secara empirik, melaksanakan tugas kerja rumah, mengumpulkan data atas andaian yang mereka buat, mengumpulkan rekod aktiviti dan membentuk tafsiran lain. Klien membentuk hipotesis tentang tingkah laku dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk mengatasi masalah. Melalui proses yang menemukan bimbingan, klien memperoleh celik akal tentang hubungan antara pemikiran, perasaan dengan tindakan. Terapi Kognitif menekankan masalah pada masa sekarang dan batasan masa. Tetapi ini memberi fokus kepada masalah semasa, tidak menghiraukan diagnosis walaupun terapi ini membawa kepastian, iaitu klien menyatakan keinginan tentang situasi yang lalu. Tujuan terapi ialah mengambil kira penyediaan yang rapi untuk membantu klien menyelesaikan masalahmasalah yang mendesak dan mengajar klien strategi pencegahan apabila menghadapi sesuatu masalah. 4.2 APLIKASI TEKNIK KOGNITIF

Tanpa menghiraukan jenis masalah secara khusus, terapi kognitif yang diaplikasikan akan membantu individu membuat pilihan untuk menginterpretasikan peristiwa dalam kehidupan seharian. Seseorang perlu memikirkan bagaimana dia dapat menerapkan prinsip Teori Kognitif kepada situasi yang sebenar. Oleh itu, Teori Kognitif menekankan perasaan seseorang terhadap persekitaran. Sebagai klien Terapi Kognitif, klien perlu belajar tentang proses memaksimumkan atau meminimumkan pemikiran di mana ia menokok tambah sesuatu peristiwa. Ahli terapi akan menolong klien mempelajari bagaimana klien tidak mempedulikan aspek yang penting dalam sesuatu situasi, sama ada terlalu mengambil mudah atau gagal dalam sesuatu peristiwa. Terapis akan merawat kesedihan dengan anggapan bahawa kesedihan adalah berasaskan kemarahan yang mendalam. Tumpuan lebih diberikan kepada fikiran sedih yang negatif dan menginterprestasikan sesuatu peristiwa (Derubies & Beck, 1988). Pada kajian awal terlalu banyak syarat yang menjadi tulang belakang teori ini. Beck (1987) menemui kesahihan kognitif dalam kandungan mimpi klien yang terlalu sedih. Beck ( 1987 ) menyatakan tiga komponen yang menjadi punca kesedihan. Komponen pertama, klien berpegang kepada pandangan negatif dalam diri. Mereka menyalahkan latar belakang personal yang tidak mencukupi tanpa menimbangkan huraian dengan terperinci. Mereka yakin bahawa keperluan kualiti tiada kaitan dengan kebahagiaan mereka. Komponen kedua mengandungi kecederungan untuk menginterpretasikan pengalaman ke dalam sikap yang negatif. Jika sesorang sedih, dia akan mengumpulkan hakikat tertentu ke dalam kesimpulan negatif. Proses Beck akan dipindahkan ke dalam pengumpulan yang abstrak. Komponen ketiga berhubung visi kesedihan klien yang suram dan perancangan tentang masa depan. Mereka beharap bahawa kesusahan yang ada akan berlanjut dan mengharapkan hanya kegagalan yang akan dihadapi pada masa depan. Orang yang menderita kesedihan seringkali bersikap tegas. Hajat seseorang untuk mencari kesempurnaan adalah mustahil untuk dicapai. Harapan negatif mereka terlalu kuat pada sesuatu peristiwa. Jika pengalaman mereka berjaya dalam tugas yang khusus, mereka akan menganggap kegagalan pada masa yang lain pula. Mereka menyembunyikan pengalaman yang berjaya dan tidak konsisten dengan konsep yang negatif. Mereka berfikir bahawa kandungan

dalam pusat kesedihan individu tidak boleh berubah kerana keputusan dalam pusat emosi sedih dan kecewa tidak dipedulikan. Beck Depression Inventory (BDI) atau Inventori Kemurungan Beck merupakan alat yang standard untuk mentafsir tahap kesedihan/kemurungan. Item-item ini adalah berdasarkan pemerhatian terhadap tanda-tanda dan dasar-dasar kepercayaaan seseorang. Inventori ini mengandungi 21 tanda dan dasar kepercayaan, iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii) (xiii) (xiv) (xv) (xvi) Kesedihan Pesimis Berasa gagal Perasaan tidak puas hati Berasa berdosa Berasa dihukum Tidak suka pada diri sendiri Menuduh diri sendiri Keinginan untuk membunuh diri Menangis keterlaluan Mudah marah Menjauhkan diri daripada bersosial Teragak-agak ketika membuat keputusan Imej yang negatif Menghalang dari berkerja Gangguan tidur

(xvii) Kecederungan berasa kepenatan

(xviii) Kurang selera makan (xix) (xx) (xxi) Penurunan berat badan Gangguan pemikiran Penurunan nafsu

Pendekatan teraputik Beck merawat klien yang dalam kesedihan dengan memberi tumpuan kepada masalah khusus dan alasan-alasan yang diberikan klien terhadap tanda-tanda yang ditunjukkan. Beberapa tanda berada pada tahap kesedihan, dan menghidarkan diri. Klien melaporkan bahawa mereka terlalu banyak melakukan sesuatu akan berasa gagal apabila mereka aktif dan mencuba sesuatu. Ahli terapi suka mereka soalan-soalan sokratik seperti Apa yang bakal hilang melalui percubaan-percubaan ?, Anda berasa bertambah teruk jika anda pasif ? Prosedur terapi mengambil kira jadual aktiviti yang bertanggungjawab ke arah kesempurnaan. Klien akan menyatakan kesempurnaan bertanggungjawab yang mudah terlebih dahulu, kemudian mereka akan menemui beberapan kejayaan, mendatangkan sedikit optimis atas dasar untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama klien dengan ahli terapis atas dasar perasaan. Beberapa kesedihan klien mungkin menyebabkan mereka mempunyai keinginan untuk mrmbunuh diri. Strategi Teori Kognitif mungkin mengambil kira pendedahan klien yang berebelah bagi, beberapa penghasilan dan mengurangkan masalah kepada pengendalian perkongsian. Contohnya, ahli terapi akan bertanya kepada klien supaya menyenaraikan alasan sama ada untuk hidup atau mati. Oleh itu, jika klien boleh mengembangkan beberapa pandangan tentang sesuatu masalah, maka pilihan aksi boleh dikembangkan. Ini akan memberi keputusan bahawa bukan hanya perasaan klien menjadi lebih baik bahkan lebih daripada itu mereka mempunyai tujuan yang lebih efektif. Pusat perwatakan lebih menekankan aspek kritikan diri oleh seseorang. Di bawahnya, seseorang yang ada rasa benci diri sendiri memiliki sikap yang lemah, berasa diri serba kekurangan dan tidak bertanggungjawab. Strategi teraputik nombor boleh digunakan. Klien boleh memberitahu pengalaman dan melengkapkan alasan untuk tingkah laku kritikan diri yang keterlaluan. Ahli terapi akan bertanya kepada klien Jika saya melakukan kesilapan sebagimana yang watak anda buat, adakah anda akan memandang rendah kepada saya sebagimana yang anda lakukan pada diri anda ? . Kemahiran ahli terapi mungkin memainkan peranan terhadap

kesedihan klien, menggambarkan klien sebagai individu yang memiliki kekurangan, tidak sesuai dan lemah. Teknik ini menjadi efektif semasa demonstrasi kepada klien yang mempunyai kognitif bermasalah dengan membuat kesimpulan secara rambang. Kesedihan klien biasanya berkait dengan pengalaman emosi yang menyakitkan. Mereka mungkin mengarakan bahawa mereka tidak boleh membaut mereka berasa lebih baik. Satu prosedur untuk meredakan kesakitan secara efektif adalah melalui humor. Ahli terapi boleh mendemonstrasikan aspek ejekan dalam situasi klien yang sebenar. Jika klien boleh menggambarkan pengalamannya dengan gembira, maka ini boleh menjadi penawar kepada kesisihan mereka. 5.0 TEORI TRANSAKSIONAL ANALISIS SEBAGAI INTERVENSI KOGNITIF

Teori Analisis Transaksional telah diperkenalkan oleh Eric Berne pada awal tahun 1950-an. Analisis Transaksional merupakan satu teori personaliti yang praktikal. Di dalam teori ini, Berne (1961) telah merumuskan bahawa dalam diri individu itu, terdapat tiga personaliti / individu kecil dan setiap personaliti kecil ini mempunyai pola-pola perlakuan yang unik. Personaliti kecil ini mengawal keseluruhan personaliti individu dan ia dikenali sebagai ego stat. (Ego State) serta menjadi asas utama dalam teori ini. Tiga ego stat yang ada di dalam diri individu ialah ego stat Ibu Bapa (Parent), Dewasa (Adult) dan Kanak-kanak (Child). Penemuan Berne dan nama kedudukan ego seperti Parent (ibu bapa), Adult (Dewasa), Child (Kanak-kanak) dianggap sebagai fasa pertama perkembangan TA. Sebagai satu teori, TA mendapat perhatian umum pada tahun-tahun 1960-an dengan terbitnya dua buah buku yang dibaca dengan meluas iaitu Games People Play (Berne, 1964) dan Im OK Youre OK (Harris, 1969). Buku OK ini telah pun terjual sebanyak 15 juta dan di dalam lapan belas bahasa, TA menjadi satu pendekatan pertolongan kendiri pada tahum 1970-an. Pada fasa kedua perkembangan TA (1962-1966) TA memfokus terutamanya kepada games (permainan). Minat Berne di dalam teori komunikasi menolong beliau memahami bahawa dalam banyak komunikasi, terdapat dua mesej (sosial dan psikologi) yang didapati daripada punca satu komunikasi. Berne memerhati bahawa makna mesej psiklogi berbentuk covert berbeza daripada makna sosial overt.

Fasa ketiga perkembangan TA (1966-1970) ialah analisis skrip. Konsep skrip ini timbul sebagai tindak balas kepada persoalan Mengapa manusia yang berbeza bermain permainan yang sama berulang-ulang? Teknik untuk menganalisis dan memahami skrip telah dibina dan digunakan semasa rawatan psikologi. TA mula berganjak daripada pendekatan celik akal intelektual yang pasif kepada lebih proaktif di mana terapis cuba mengambil bahagian dan mengubah skrip klien semasa sesi teraputik. Selepas kematian Berne pada tahun1970, TA terus mengambil teknik-teknik baru seperti energy distribution and action oleh Dusay (1972,1977,1989) dan egogram serta pendekatan reparenting oleh Schiff (1970). Teori personaliti TA dan prinsip-prinsip teraputiknya dapat dianalisis melalui empat jenis maklumat iaitu penstrukturan (structural analysis), analisis transaksi (transactional analysis), analisis permainan (game analyis) dan analisis skrip (script analysis). 5.1 PANDANGAN TERHADAP SIFAT SEMULA JADI MANUSIA

i. Manusia itu mempunyai keupayaan-keupayaan untuk tidak dikawal oleh pelaziman atau pun penentuan-penentuan awal. Ia berpegang kepada falsafah antideterministic, iaitu individu itu tidak ditentukan hidupnya oleh faktor-faktor yang diluar kuasanya; ii. Manusia mempunyai keupayaan untuk memahami keputusan-keputusan yang mereka buat pada masa lampau; iii. Manusia mempunyai keupayaan-keupayaan untuk membuat keputusan-keputusan baru; iv. Tingkah laku, pemikiran, dan perasaan manusia tidak terlepas pengaruh-pengaruh persekitaran, terutama sekali oleh harapan dan desakan-desakan yang dibuat oleh orang-orang yang penting bagi diri mereka. Lebih-lebih lagi keputusan-keputusan yang dibuat semasa mereka kecil, semasa mereka amat bergantung kepada orang lain. Namun begitu, mereka tidak semestinya terikat dan terkongkong dengan keputusan-keputusan itu. Mereka boleh merombak semua keputusan ini, dan membuat keputusan-keputusan baru yang lebih sesuai dengan diri mereka dan persekitaran mereka pada masa kini;

v. Sungguhpun manusia mempunyai keupayaan untuk memilih, namun, kata Eric Berne yang mempelopori terapi ini, sedikit sekali daripada individu yang mempunyai kesedaran yang diperlukan bagi mencapai autonomi. vi. Manusia mempunyai suatu keperluan untuk berinteraksi dengan orang lain bagi menghindari kelaparan fizikal, kelaparan kenakalan dan kelaparan struktur. Tanpa interaksi dan sentuhan fizikal, individu boleh mengalami kelaparan fizikal yang boleh menyebabkan berbagai-bagai penyakit dan kadang-kadang membawa maut, sepertimana yang dilaporkan oleh Rene Spitz. Tanpa belaian sosial melalui bahasa, individu boleh mengalami kelaparan kenakalan; manakala tanpa bekerja atau membuat sesuatu pula, individu boleh mengalami kelaparan struktur yang berbentuk rasa bosan. Hasil daripada interaksi dengan orang lain, individu akan mengenali empat kedudukan yang dirumuskan oleh Harris sebagai: a. I m OK; You re OK ( Saya sejahtera; Awak juga sejahtera) b. Im OK; You re not OK ( Saya sejahtera; Awak tidak sejahtera) c. Im not OK; Youre OK ( Saya tidak sejahtera; Awak sejahtera) d. Im not OK; You re not OK ( Saya tidak sejahtera; Awak juga tidak sejahtera) Menyedari akan sifat-sifat tabii seperti ini, maka di dalam terapi analisa perlakuan, individu tidak akan diberi peluang untuk memberi alasan atau berselindung di sebalik sesuatu alasan. Ia digesa dan didorong untuk menyedari akan ketiadaan autonominya. Ia juga akan digesa dan didorong untuk menyedari yang ia mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk memilih dan menentukan matlamat hidupnya. 5.2 TERAPI ANALISIS TRANSAKSIONAL 5.2.1 PENGENALAN Terapi ini adalah satu bentuk terapi yang mementingkan interaksi. Ia merangkumi aspek tingkah laku, kognitif dan afektif. Walaupun ia boleh digunakan di dalam kaunseling individu, tetapi ianya lebih sesuai dan lebih berkesan apabila digunakan di dalam kaunseling kelompok. Menurut Harris (1967) di dalam kelompok, kita akan memperoleh beberapa kelebihan seperti berikut:

i. Cara ciri atau ego ibu bapa menjelma di dalam interaksi boleh diperhatikan; ii. Ciri atau ego kanak-kanak di dalam diri individu boleh dialami; iii. Peserta dapat benar-benar mengalami situasi yang semula jadi yang terdapat di dalam kelompok; iv. Konfrontasi tentang permainan boleh dilakukan dengan persetujuan bersama; v. Kaunseli lebih cepat mengatasi masalah-masalahnya dan mencapai matlamat masing-masing. Terapi ini menggunakan konsep-konsep yang mudah dan biasa seperti: ibu bapa, dewasa, kanak-kanak, keputusan, membuat keputusan semula, permainan, skrip, raket, belaian, dan lain-lain. Klien dan kaunselor mempunyai kedudukan yang sama taraf, tetapi klienlah yang menentukan matlamat yang ingin dicapainya. Di dalam terapi ini, individu tidak akan diberi peluang untuk memberi alasan atau berselindung di sebalik sesuatu alasan. Ia digesa dan didorong untuk menyedari akan ketiadaan autonominya. Ia juga akan digesa dan didorong untuk menyedari yang ia mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk memilih dan menentukan matlamat hidupnya. 5.2.2 MATLAMAT TERAPI ANALISIS TRANSAKSIONAL

Matlamat sesi adalah untuk memberi keselesaaan kepada klien ataupun individu yang menghadapi tekanan dan masalah dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai manusia yang sempurna. Matlamat dalam Terapi Analisis Transaksional lebih menekankan kepada usaha untuk membantu klien membebaskan diri daripada kongkongan skrip hidupnya yang lampau. Dalam menjalani kehidupan seharian, manusia akan melalui pelbagai pengalaman dan pengajaran. Pengalaman dan pengajaran inilah yang disebut sebagai Skrip Hidup. Dalam skrip Hidup ini tentunya akan mengandungi pengalaman yang pahit dan juga yang manis. Permasalahan yang dihadapi oleh klien di dalam situasi ini ialah hasil daripada pengalaman atau Skrip Hidup yang tidak betul ataupun pahit. Kesulitan yang pernah dihadapinya sewaktu kecil ataupun kanak-kanak, berserta kesulitan kemudiannya akan menghalang diri individu untuk berkembang dengan sepenuhnya. Matlamat utama terapi ini ialah untuk membebaskan klien daripada permasalahan atau kesulitan tersebut yang disebut sebagai Skrip Hidup yang terus mengongkong terutamanya dalam cara-cara mereka bertindak, berfikir dan menaakul satu perkara dan seterusnya kepada perjalanan hidup mereka sendiri. Di sini, klien akan dijelaskan bahawa kebebasan mereka

adalah terhad, terkongkong dan tersekat dengan cara hidup mereka yang lampau. Apabila individu mengetahui tentang terkongkongnya kehidupan mereka yang lalu, sudah tentu mereka akan berusaha untuk mengubahnya. Proses di sini adalah lebih untuk menyedarkan klien tentang kesilapan yang telah mereka lalui hasil daripada pengalaman yang lepas. Setiap individu perlu dibebaskan daripada dibelenggu oleh ego ibu bapa dan juga ego kanak-kanak. Matlamat terapi ini adalah untuk membebaskannya daripada belenggu ego dewasa agar ia dapat berfungsi dengan baik dan ia tidak akan lagi mengalami tekanan atau permasalahan di dalam kehidupan. 5.2.3 KONSEP-KONSEP DALAM ANALISIS TRANSAKSIONAL

Dalam Analisa Transaksional, terdapat beberapa konsep khas dalam menganalisa personaliti dan cara seseorang itu berkomunikasi iaitu: 1. Analisis Berstruktur Teknik ini melibatkan struktur personaliti individu berkenaan iaitu ego stat (personaliti kecil) Ibu Bapa, Dewasa dan Kanak-kanak. Ia berfungsi untuk mengetahui lebih mendalam dan terperinci mengenai perasaan, sikap dan tingkah laku individu. Melalui pemahaman struktur ini seseorang individu akan mengetahui dan memahami dirinya serta mengubah tingkah lakunya. Ego stat ialah gabungan fikiran dan perasaan yang selaras dengan tingkah laku yang ditunjukkan. Tingkah laku seseorang ditunjukkan melalui tiga ego stat iaitu Ibu Bapa, Dewasa dan Kanak-kanak. Ia hadir dalam diri setiap individu tanpa mengira umur. Teori Analisis Transaksional menganalisa perubahan kelakuan, gerak-geri, air muka dan lain-lain perlakuan yang dapat dikenal pasti dan dilihat dengan jelas. Dr. Berne memberi takrif ego stat sebagai satu corak perasaan dan pengalaman yang teta, yang ada hubungan secara terus dengan perlakuan yang bersesuain. Dalam terapinya, beliau mendapati kliennya berubahubah ketika menceritakan satu-satu peristiwa atau perasaan. Ada masanya mereka bercakap seolah-olah sebagai bapa yang marah atau kasih kepada anaknya atau kadang-kadang dalam cerita yang sama mereka bercakap seperti kanak-kanak yang tersinggung atau marah serta memberi alasan yang rasional. Berdasarkan kepada kenyataan ini, Dr. Berne menyimpulkan bahawa dalam individu, wujud tiga personality kecil iaitu Ibu Bapa, Dewasa dan Kanak-kanak yang mempengaruhi interaksinya.

Secara keseluruhannya, beliau memperincikan lagi ego stat Ibu Bapa kepada dua jenis iaitu Ibu Bapa Kritikal (Critical Parent) dan Ibu Bapa Pengasih (Nurturing Parent). Ego stat Kanak-kanak pula mempunyai tiga jenis iaitu Kanak-kanak Patuh dan Kanak-kanak Menentang, ( Adapted Child and Rebellious Child), Profesor Kecil (The Little Professor) dan Kanak-kanak Bebas( Free Child ). i. Ego Stat Ibu Bapa Ego stat Ibu Bapa terjalin daripada pengumpulan sikap dan perlakuan yang diterima daripada ibu bapa sejak kecil lagi. Ia menyimpan segala pengalaman yang dialami sejak kecil yang diperolehi daripada ibu bapa dan dijadikan teladan sehingga dewasa seperti tingkah laku, sikap terhadap diri dan orang lain dan tabiat serta cara berkomunikasi sehari-hari. Sebagai contoh, jika seorang ibu bapa mengasuh anaknya dengan kekerasan, dia akan menjadi ibu bapa yang kasar kerana dia meniru perlakuan ibu atau bapanya itu. Pada bahagian ini, terkumpul satu mesej yang sangat penting yang berbentuk peraturan, undang-undang, pantang larang, kebiasaan dan perutusan lain yang bertujuan memberi panduan. Ia juga mempunyai perbendaharaan kata sendiri yang banyak seperti jangan , salah, harus, patuh, nilai hidup, kepercayaan dan lain-lain. Satu daripada sifat ibu bapa ialah menganggap pengalaman dan pengajaran yang diterima sejak kecil sebagai yang sebenar, lalu direkod dan disimpan. Pengalaman ini boleh timbul bila-bila masa dan mempengaruhi sikap dan pandangan hidup individu. Sebagai contoh, individu yang menerima asuhan atau mendapat sekatan-sekatan seperti Jangan buat pandai-pandai, Jangan melawan, Ikut saya dan lain-lain, ianya akan boleh menyekat keyakinan diri dan mengakibatkan wujudnya perasaan takut. Ketidakseimbangan di antara apa yang dikatakan dengan apa yang dibuat adalah satu sifat Ibu Bapa yang boleh menimbulkan kekeliruan. Contohnya, seorang bapa melarang anaknya bercakap bodoh tetapi dalam percakapan hariannya, dia sering menggunakan perkataan tersebut. Ini menunjukkan bahawa ego stat Ibu Bapa mempunyai perbendaharaan kata yang melarang, menilai, menghukum, membuat keputusan, membuat kesimpulan dan lain-lain yang dikeluarkan selaras dengn air muka, gerak geri, nada suara, pandangan mata, kedudukan badan dan sebagainya. a. Ibu Bapa Kritikal Ibu Bapa kritikal ialah bahagian yang selalu menegur, memberi nasihat, menuduh, membetulkan, membuat penilaian, menggunakan kuasa, mengawal dan memikul tanggungjawab. Sifat-sifat ini berbentuk positif kerana ia boleh menolong atau mengarah

seseorang dalam menegakkan nilai-nilai hidup yang boleh dijadikan pegangan. Penggunaan ego stat Ibu Bapa yang banyak boleh mewujudkan masalah ketika berkomunikasi dengan orang lain. Sebagai contoh, seorang pengurus yang kritikal suka mencari kesalahan pekerjanya., bertindak tanpa usul periksa dan mengkritik. Pengurusannya juga berunsur mengongkong, kuat bekerja, menggunakan kuasa dan mementingkan moral serta melayan orang bawahannya sebagai kanak-kanak. Ego stat Ibu Bapa yang sangat tinggi boleh menjadikan seorang pengurus itu tidak menerima idea baru daripada orang lain dengan alasan dia lebih mahir dan mengetahui tanggungjawabnya. Ciri-ciri Ibu Bapa Kritikal Fikiran: (selalu menggunakan kata-kata) jangan, baik, atau buruk, selalu, tidak pernah, mesti, saya lagi tahu, salah atau betul, harus dan lain-lain. Perasaan:(selalu memikirkan) dirinya sahaja yang betul, tidak bertolak ansur dan menuntut. Perlakuan: (selalu melakukan) meghentak-hentak kaki, mengerutkan dahi, menggeleng-geleng kepala, memandang dengan garang, menggoncang jari, bercekak pinggang, memeluk tubuh dengan ketat dan memasamkan muka dan lain-lain. b. Ibu Bapa Pengasih Ibu Bapa pengasih pula ialah bahagian yang menunjukkan kasih sayang, memberi bimbingan dengan lemah lembut, menolong, mengambil berat dan berhubungan dengan orang lain dengan perasaan faham. Ia juga berfungsi membantu dalam membina perhubungan yang sihat dan bermakna. Seorang pengurus yang memiliki ego stat Ibu Bapa Pengasih boleh dilihat apabila seorang pengurus itu mengambil berat terhadap kebajikan pekerjanya dan sentiasa bertimbang rasa dalam sebarang tindakannya. Walaubagaimanapun, jika ego stat Ibu Bapa Pengasih ini digunakan secara berlebihan, ia boleh melemaskan para pekerja, menghalang perkembangan diri dan menggalakkan tabiat suka bergantung. Ciri-ciri Ibu Bapa Pengasih

Fikiran: (selalu memberikan galakan dengan kata-kata) kerja kuat-kuat, cuba seberapa upaya, semuanya beres, jangan risau, jangan sekali putus asa, cuba diamkan diri, buat tak tahu dan lainlain. Perasaan: (selalu menunjukkan rasa) melindungi, kasih sayang, menggalakkan, menyokong dan faham. Perlakaun: (selalu menunjukkan rupa atau gaya) senyum, membuka tangan, memeluk, mengusap, menunjukkan rupa, mengambil berat dan membelai. ii. Ego Stat Dewasa

Ego stat Dewasa adalah merupakan bahagian yang berfikir, menyelesaikan masalah-masalah, mencari sebab-musabab satu-satu perkara itu dan membuat keputusan yang objektif dan rasional. Ia juga tidak mudah diperngaruhi oleh emosi. Ia bertindak atas dasar kenyataan yang sebenar, mengumpul maklumat, berupaya berfikir secara rasional, waras, menimbang buruk baik dan menilai tindakan yang wajar. Ego stat Dewasa boleh membantu diri individu untuk mencipta kejayaan dalam hidupnya. Di samping itu, ego stat Dewasa juga menimbangkan reksi Ibu Bapa dan Kanakkanak yang negatif dan belajar menggunakan tingkah laku Dewasa yang lebih berfaedah dan bermakna. Ego stat Dewasa adalah yang paling terakhir menjadi matang dan ia akan meninggi apabila ego stat Ibu Bapa dan Kanak-kanak berkurangan. Jika seseorang itu mempunyai ego stat Dewasa yang terlalu tinggi, ia akan mengetepikan ego stat Ibu Bapa dan Kanak-kanak dan ini boleh menjadikan seseorang yang membosankan dan tidak tahu berehat untuk bersuka ria dan sebagainya. Ego stat Dewasa juga berfungsi untuk memeriksa dan menilai data yang datangnya daripada ego stat ibu bapa bagi menentukan sama ada data itu betul atau tidak atau masih lagi boleh dipercayai dan boleh digunakan pada masa kini. Di samping itu, ego stat Dewasa juga berfungsi untuk membuat anggaran kemungkinan yang akan berlaku. Ciri-ciri ego stat Dewasa

Perkataan: (selalu menggunakan) apa, mana, bagaimana, bila, sebab, hasilnya, alternatif, cadangan, faktor, data, praktikal, kualiti, membuat keputusan dan lainlain. Perasaan: Berasaskan kebenaran, tidak dipengaruhi oleh emosi, terus, mendapat maklumat semasa, berfikir dan menimbang. Perlakuan: Mendengar dengan aktif, sabar dan tidak mendesak, gerak geri menunjukkan bersedia, yakin dan tidak defensif. iii. Ego Stat Kanak-kanak

Ego stat ini mengandungi emosi, penafsiran, pengalaman, perasaan, dan perlakuannya seperti yang dialami, dilihat, didengar dan difahami sejak kecil lagi. Ia menyimpan perasaan hati yang dikaitkan dengan pengalaman lalu dan terdapat rakaman yang besar tentang data-data yang positif aau negaitf, naluri ingin tahu, keinginan untuk menjelajah dan mengetahui, keinginan untuk merasa, mengalami dan mencuba. a. Kanak-Kanak Bebas Kanak-kanak Bebas (Natural atau Free Child ) melakukan sesuatu dengan spontan, mengikut perasaan dan kehendak hati, tanpa berfikir telebih dahulu. Pada bahagian ini juga, berlakunya puncan sifat ingin tahu, kreatif, dan menjadi keuntungan kepada satu organisasi kerana kejujuran interaksinya. Di samping itu, ia juga menggalakkan pernyataan perasaan ikhlas dan tidak memendam rasa. Ia juga berupaya menggunakan kemahiran berseronok untuk meletakkan dirinya dalam keadaan tenang dan relaks. Jika ego stat Kanak-kanak Bebas terlalu tinggi di dalam diri individu, ia boleh menyebabkan seseorang itu lari daripada tanggungjawab dan tidak matang. b. Kanak-kanak Patuh dan Kanak-kanak Menentang Kanak-kanak Patuh dan Kanak-kanak Menentang (Adapted and Rebellious Child) adalah bahagian yang mengikut kata dan arahan serta takut membuat tindakan sendiri. Ia bersifat bertanggungjawab, kerap meminta maaf dan selalu berasa bersalah. Kanak-kanak Menentang ialah kanak-kanak yang suka melawan kehendak orang lain kerana mahu mempertahankan diri atau kepercayaannya.

c. Profesor Kecil Profesor Kecil (Little Professor) ialah bahagian ego stat kanak-kanak yang pintar dan berfikir kerana satu keinginan. Ia mempunyai gerak hati yang tinggi, kreatif dan juga bijak dalam memutar belit untuk kepentingan diri sendiri. Individu yang mempunyai ego stat Profesor Kecil yang tinggi, bijak menipu orang dan melakukannya dengan begitu mahir dan halus sekali. Dia juga pandai memikat dan orang akan tertarik hati kepadanya kerana budi bahasa dan gaya perwatakannya yang diminati dan digemari. Di samping itu, dia juga pandai memujuk dan mengambil hati dengan tujuan kepentingan dirinya sendiri. Jika ego stat Profesor Kecil tinggi dalam diri individu, ia menjadi seorang pembelit yang bijak, tidak bertanggungjawab dan sentiasa ingin bebas daripada sebarang ikatan. Ciri-ciri Ego Stat Kanak-kanak Fikiran: (selalu menggunakan) sayang saya, tolong saya, tunjukkan saya, lindungi saya, jangan tinggalkan saya, (patuh), jangan saya tak mahu, tidak pernah (menentang), saya hendak. saya harap, saya boleh, saya suka(bebas). Perasaan: Tidak selamat, bergantung, penakut, pengsaih, berhati-hati (patuh), kecewa, marah, melawan, membentak (menentang) ; rasa tidak selamat, suka berseronok, penyayang, spontan, ingin tahu (bebas). Perlakuan: (selalu melakukan) mengikut, memicit-micit tangan, menunduk kepala, menunduk mata, menggigit bibir, menggigit kuku (patuh); marah, menyerang, merajuk, mencebik bibir, mengasing diri (menentang); ketawa, meminta bermain, bergurau, menangis, membelai, mengusik (bebas). 2. Transaksi Transaksi adalah unit asas dalam komunikasi yang melibatkan sekurang-kurangnya dua orang. Apabila seseorang individu itu berhubungan dengan orang lain, dia telah memberikan rangsangan dan mengharapkan respons daripada individu tersebut. Menurut Zuraidah(1989) dalam Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin (2008), transaksi adalah unit asas komunikasi yang mengandungi rangsangan dan respons untuk mewakili setiap individu. Semasa interaksi terjalin, terdapat enam ego stat yang berfungsi silih berganti. Penggunaan salah satu daripada ego stat

ego itu diperlihatkan melalui perkataan yang digunakan, air muka, gerak badan, kedudukan badan dan nada atau intonasi suara. Transaksi ini melibatkan paras sosial (apa yang diujarkan) dan paras psikologikal (melibatkan maksud yang tersirat disebalik kata-kata). a. Transaksi Sejajar Dalam transaksi ini, seseorang individu itu akan menerima respons daripada ego stst yang sama seperti mana yang mereka kehendaki. Transaksi jenis ini membolehkan komunikasi dibuat secara terbuka dan berterusan. Oleh itu, tidak timbul konflik hasil interaksi tersebut. Ini kerana mesej yang disampaikan mendapat tindakbalas dengan mesej yang jelas melalui respons yang diberikan. b. Transaksi Bersilang Transaksi ini menyebabkan komunikasi antara individu bermasalah dan akhirnya terhenti kerana respons yang diterima adalah tidak sama seperti yang diharapkan. Kebiasaannya, jika komunikasi seperti ini terjadi, kemungkinan individu tersebut akan menukar tajuk perbualan, rasa tersinggung dan berkecil hati. Antara tingkahlaku yang ditunjukkan ialah beredar dan meninggalkan orang yang bercakap, berubah air muka kerana marah atau malu, termanggumanggu, air mukanya berubah kerana berasa kecil atau melemparkan jawapan yang keras. c. Transaksi Berlapis Transaksi jenis ini agak rumit kerana individu melibatkan lebih daripada dua ego stat. Secara luarannya, mereka berkomunikasi dengan baik tetapi dari segi psikologikalnya apa yang diperkatakan adalah tidak sama dengan apa yang sebenarnya ingin dimaksudkan. Kadangkala perkataan yang diungkapkan bercanggah dengan gerak geri, air muka atau nada penyampai atau penerima. d. Transaksi Angular Transaksi jenis ini melibatkan maksud sebenar yang tidak disampaikan secara langsung dan berteus-terang. Tujuannya ialah untuk menyangkuk ego stat tertentu dengan membuat sindiran yang halus. Jika maksud itu diketahui oleh individu yang memberi respons, akan timbul masalah di dalam interaksi. Dalam transaksi ini, terdapat tiga ego stat yang terlibat. e. Transaksi Duplex

Transaksi jenis ini adalah transaksi

yang tidak jujur. Individu menggunakannya untuk

mencemuh, mengusik atau menyindir individu lain. Pada asasnya, transaksi ini berbentuk sejajar tetapi jika diteliti ia mengandungi mesej yang sebaliknya dan boleh melukakan hati orang yang mendengarnya. Ia melibatkan empat ego stat iaitu dua di paras lisan dan dua di paras psikologikal.

3. Egogram Egogram adalah sejenis graf analisa transaksional yang mewakili kadar penggunaan ketiga-tiga ego stat dalam pembentukan personaliti individu. Menurut Berne dalam dalam Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin (2008), ego stat boleh diukur secara sistematik. Kaedah pengukuran ini dinamakan egogram. Setiap individu memiliki egogram yang berbeza-beza. Model ini lebih bersifat psikologikal dan digunakan untuk mengenal pasti ego stat mana yang kerap dan kurang digunakan. Dari sini seseorang itu boleh membuat keputusan untuk mengubah egogramnya bersesuaian dengan matlamat dan arah tuju hidupnya. Di bawah ialah jenis egogram yang selfdestructive dan egogram individu yang kesunyian. 4. Posisi Hidup Posisi hidup seseorang itu terbentuk sejak dari kecil lagi. Pengalaman semasa kecil akan membentuk posisi hidup seseorang individu itu. Jika seseorang kanak-kanak itu mengalami zaman kanak-kanak yang bahagia dan selalu menerima strok yang positif, maka posisi hidupnya adalah positif dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, ia akan membina posisi hidup bahawa Saya Tidak OK, tetapi apabila kanak-kanak diberi belaian dan sentuhan yang mencukupi, ia akan mengubah posisi hidupnya kepada Saya OK. Sebaliknya jika kanak-kanak dibiarkan (kurang mendapat kasih sayang) mereka akan membentuk posisi hidup Saya Tidak OK. Pembentukan posisi hidup diperingkat awal zaman kanak-kanak amat penting kerana konsep ini akan menentukan skrip hidup seseorang itu. Terdapat Empat Jenis Posisi Hidup : Saya OK, Anda OK. Saya Tidak OK, Anda OK. Saya OK, Anda Tidak OK. Saya Tidak OK, Anda Tidak OK.

5. Permainan Hidup Dalam interaksi, kita menggunakan permainan hidup untuk melindungi diri dari rasa takut atau risau. Permainan hidup ini wujud berdasarkan tafsiran-tafsiran yang dibuat mengenai mesejmesej yang diterima sejak kecil serta keputusan-keputusan yang diambil berdasarkan tafsiran tersebut (Berne, 1964 dalam Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin (2008)) Tafsiran yang dibuat itu kemudiannya dimasukkan ke dalam skrip hidup seseorang dan digunakan berulangkali dalam hubungan interaksi. Ini kerana mereka yang memainkan permainan hidup merasa dirinya terselamat. Kebanyakan permainan hidup ini dimainkan dari ego stat Ibu Bapa Kritikal dan ego stat Profesor Kecil. Tujuannya ialah untuk mendapatkan perhatian dan meneguhkan lagi posisi hidupnya sama ada Saya OK atau Saya Tidak Okidup . Mereka yang sering memainkan permainan hidup ini memiliki ego stat Dewasa yang rendah. Tanda-tanda seseorang itu mempraktikkan permainan hidup ialah sesorang itu tidak jujur ketika berhubungan (transaksi berlapis) dan seseorang diperkecil-kecilkan. Antara sebab seseorang itu suka menggunakan permainan hidup ketika berinteraksi ialah mendapatkan strok, menguatkan posisi hidup psikologikalnya dan mengelakkan kemesraaan atau kerapatan dengan orang lain. Anatra jenis permaian hidup yang sering digunakan ialah Kalau tidak kerana dia..., tengok apa awak suruh saya buat..., saya Cuma ingin menolong..., cari salah..., asak, rapport, tendang saya, bodoh, kasihan saya, kaki palsu, sibuk. Untuk mengenal pasti permaian hidup, rajah Tiga Segi Karpman boleh digunakan. Model ini menggunakan konsep Mangsa, Penyelamat dan Penghukum. Mangsa ialah individu yang sengaja membangkitkan kemarahan orang lain dengan memperkecil-kecilkannya atau individu yang suka memberi mesej bahawa dia seorang invidu yang tidak berkeupayaan atau individu yang mengambil kesempatan iaitu sengaja lupa atau sering keliru. Manakala penghukum pula adalah individu yang suka membuat peraturan yang tidak munasabah atau individu yang sengaja mencari kesalahan orang yang lebih lemah atau yang tidak setaraf dengannya.

Penyelamat pula invidu yang memberi pertolongan tetapi tidak bersikap jujur. Ketika memainkan peranan hidup ini, individu berkenaan akan bertukar-tukar peranan ketika beriteraksi dengan orang lain. Contohnya dalam permainan hidup mengapa awak tidak... ya..tapi.. individu yang menggunakan permaian ini tidak bersikap jujur. Dia berpura-pura menerima nasihat atau cadangan orang lain (mangsa). Akan tetapi apabila nasihat diberi, individu berkenaan enggan menerimanya dan cepat memberi dalih(penyelamat) menyebabkan orang yang menolongnya berasa ditolak kerana semua nasihatnya tidak diterima (Mangsa). Oleh itu, individu tersebut memainkan satu lagi permainan hidup Sekarang saya kenakan anda, bodoh! (Penghukum). 6. Raket Raket ialah perasaan yang tidak selesa yang dirasai selepas sesebuah permaian hidup tamat. Konsep ini merupakan sebahagian asas daripada skrin hidup seseorang. Perasaan ini telah wujud sejak kecil di zaman kanak-kanak lagi dan disimpan dan ditambah hinggalah dewasa. Seseorang itu mempunyai raket marah, rasa bersalah, depresi dan lain-lain lagi. Contohnya raket rasa bersalah, perasaan ini diperolehi sejak kecil lagi apabila seseorang itu tidak memperolhi apa yang dikehendakinya. Apabila individu itu meningkat dewasa, peristiwaperistiwa lain yang membawa kemarahan yang sama kepadanya telah menguatkan lagi kedudukan raket individu tersebut. 7. Mengumpul Setem Konsep ini membawa maksud bahawa seseorang individu itu ada menyimpan perasaan positif dan perasaan negatif. Mengumpul dan menyimpan setem positif boleh membawa kebaikan kepada kehidupan seseorang kerana dengan adanya perasaan positif ini boleh menjadikan seseorang itu memiliki kesihatan fizikal dan mental yang baik. Sebaliknya jika individu itu terus mengumpul bayak perasan negatif, menyeabkan ia tidak boleh mengawal dirinya dan pada satu ketika perasan itu akan meledak dalam bentuk kemarahan yang dibuat secara spontan. 8. Skrip Hidup Menurut Berne (1964), setiap manusia dilahirkan dengan posisi hidup Saya OK. Apabila kanak-kanak membesar, ia akan menimba banyak pengalaman bukan sahaja melalui ibu bapa dan adik beradiknya, malahan melalui rakan sebaya dan anggota masyarakat. Dari sinilah individu itu akan membina skrip hidupnya sendiri.

Pada peringkat awal, nlai-nilai hidup yang paling banyak didedahkan kepadanya ialah melalui ibu bapa dan anggota keluarganya. Apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapanya akan menjadi ikutannya. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak itu melihat bapanya bercakap menulis skrip hidupnya, iaitu menjadi seorang bapa, seseorang itu mestilah bersikap kasar (menengking dan menganiaya) isterinya. Walau bagaimanapun, skrip hidup seseorang itu akan mengalami perkembangan dan perubahan apabila ia memasuki alam kehidupan bermasyarakat. Sama ada skrip hidupnya berbentuk positif atau negatif bergantung kepada faktor-faktor luaran yang mempengaruhinya dan kesedaran pada dirinya untuk memperbaiki skrip hidup sekiranya skrip itu bersifat negatif. Individu tersebut boleh membentuk skrip hidup sekiranya skrip itu bersifat negatif. Individu tersebut boleh membentuk skrip hidup yang baru dengan syarat dia sedar akan kesilapannya dan mempunyai keinginan untuk mengubahnya. Pembentukan skrip hidup dipengaruhi oleh posisi hidup, jenis strok yang diterima, permainan hidup yangsering digunakan, larangan dan jangkaan yang pernah diperolehin