tugasan 1

12
NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMAN PGD 140024 PXGM 6101 PEMILIHAN TAJUK “Keberkesanan Pengurusan Disiplin terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah di daerah Petaling Jaya” Pengurusan disiplin yang berkesan memberi impak yang positif secara langsung terhadap terhadap tahap disiplin pelajar di sekolah.Namun masih sedikit kajian yang dijalankan untuk mengkaji hubungan terus diantara keberkesanan pengurusan disiplin terhadap pencapaian akademik berbanding hubungan diantara tahap disiplin pelajar dengan pencapaian akademik pelajar.Oleh itu wajar satu kajian dijalankan bagi mengkaji hubungan keberkesanan pengurusan disiplin terhadap pencapaian akademik di daerah Petaling jaya kerana kedudukan sekolah-sekolah di dalam daerah ini yang terletak berhampiran pusat bandar lebih terdedah dengan gejala-gejala negatif dari luar. PENGENALAN Disiplin dan pencapaian akademik pelajar adalah antara aspek yang begitu mendapat perhatian daripada pelbagai pihak seperti sekolah, guru, ibubapa, masyarakat setempat, media mahupun pihak kerajaan. Kedua-dua aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain dan mempunyai hubungan yang sangat akrab. Menurut Laporan Kabinet 1979, salah satu daripada matlamat pendidikan ialah membentuk masyarakat yang berdisiplin. (Abdullah Sani Yahaya ,2005) Hakikatnya, kualiti disiplin dan pencapaian akademik di kalangan pelajar adalah dua aspek yang begitu sinonim. Lazimnya pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang mempunyai 850312035757

Upload: nor-azrul-ikwan

Post on 02-Feb-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TUGASAN

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 1

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMANPGD 140024

PXGM 6101

PEMILIHAN TAJUK

“Keberkesanan Pengurusan Disiplin terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah di daerah

Petaling Jaya”

Pengurusan disiplin yang berkesan memberi impak yang positif secara langsung terhadap

terhadap tahap disiplin pelajar di sekolah.Namun masih sedikit kajian yang dijalankan untuk mengkaji

hubungan terus diantara keberkesanan pengurusan disiplin terhadap pencapaian akademik berbanding

hubungan diantara tahap disiplin pelajar dengan pencapaian akademik pelajar.Oleh itu wajar satu kajian

dijalankan bagi mengkaji hubungan keberkesanan pengurusan disiplin terhadap pencapaian akademik di

daerah Petaling jaya kerana kedudukan sekolah-sekolah di dalam daerah ini yang terletak berhampiran

pusat bandar lebih terdedah dengan gejala-gejala negatif dari luar.

PENGENALAN

Disiplin dan pencapaian akademik pelajar adalah antara aspek yang begitu mendapat perhatian

daripada pelbagai pihak seperti sekolah, guru, ibubapa, masyarakat setempat, media mahupun pihak

kerajaan. Kedua-dua aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain dan mempunyai hubungan

yang sangat akrab. Menurut Laporan Kabinet 1979, salah satu daripada matlamat pendidikan ialah

membentuk masyarakat yang berdisiplin. (Abdullah Sani Yahaya ,2005)

            Hakikatnya, kualiti disiplin dan pencapaian akademik di kalangan pelajar adalah dua aspek yang

begitu sinonim. Lazimnya pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang mempunyai

rekod disiplin yang baik. Dalam situasi yang lain, pelajar yang gagal mencapai pencapaian akademik

yang baik pula seringkali terlibat dalam kes dan masalah salah laku disiplin.

            Justeru pengurusan disiplin yang baik menyumbang ke arah meningkatkan kecemerlangan

pencapaian akademik pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut kajian,

pelajar yang berdisiplin tinggi lebih bermotivasi, proaktif, konsisten dan komited terhadap pembelajaran.

(Wan Rafaei,1999 dalam Abdullah Sani Yahaya, 2005) Keupayaan guru mengurus disiplin pelajar dalam

darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung akan menghindarkan gangguan yang

tidak perlu dan memberikan ruang waktu instruksional yang optimum. Sebaliknya kegagalan guru

mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah akan membenihkan

masalah disiplin (Mohd. Salleh Lebar, 2000)

850312035757

Page 2: TUGASAN 1

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMANPGD 140024

Keberkesanan Pengurusan Disiplin

            Keberkesanan pengurusan disiplin dalam penulisan ini merujuk kepada keupayaan pihak sekolah

termasuk guru untuk mengawalselia disiplin pelajar di sekolah secara efektif dan efisien. Kawalan

disiplin pelajar adalah bermula dalam bilik darjah. Dalam hal ini, bilik darjah dilihat sebagai suatu

organisasi yang penting untuk mewujudkan iklim sekolah yang berdisiplin sesuai dengan peranan bilik

darjah sebagai nuklues kepada institusi sekolah (Abdullah Sani Yahaya, 2005) Justeru guru memainkan

peranan penting dalam menjamin keberkesanan pengurusan disiplin pelajar dalam sesebuah sekolah.

            Menurut kajian yang dijalankan oleh Educational Research Information Centre (ERIC) di

Amerika Syarikat pada tahun 2005, kriteria sekolah yang gagal mewujudkan pengurusan disiplin pelajar

yang berkesan termasuklah tidak ada peraturan yang jelas, pelaksanaan hukuman yang tidak konsisten,

kelonggaran kerjasama antara pengurus sekolah dan para guru, saiz sekolah yang besar, kekurangan

sumber pengajaran dan pembelajaran. Kriteria ini memberikan gambaran bahawa pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan merupakan manifestasi kewujudan pengurusan disiplin yang berkesan di

sekolah. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah pula merupakan faktor penting yang

menyumbang ke arah kecemerlangan pencapaian akademik pelajar.

            Antara indikator yang dapat dijadikan kayu ukur keberkesanan pengurusan pengurusan disiplin

pelajar di sesebuah sekolah ialah kualiti pencapaian akademik pelajar penglibatan pelajar terhadap aktiviti

kokurikulum, kewujudan budaya ilmu, iklim sekolah yang kondusif dan sosio emosi pelajar yang tenang.

Kecemerlangan Pencapaian Akademik

            Secara umum kecemerlangan pencapaian akademik merujuk kepada suatu tahap pemerolehan

hasil yang amat membanggakan dalam bidang pembelajaran.Secara saintifik, kecemerlangan ditakrifkan

sebagai keupayaan seseorang untuk melonjakkan tahap kemampuannya untuk berjaya pada tahap yang

paling maksimum bagi dirinya berdasarkan kayu ukur yang telah ditentukan bagi kelompok atau

kumpulan.(Abdullah Sani Yahaya,2005) Usaha meningkatkan kualiti pencapaian akademik merupakan

suatu proses yang dijalankan atau dorongan persekitaran bagi meningkatkan tahap akademik kepada yang

lebih cemerlang.

850312035757

Page 3: TUGASAN 1

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMANPGD 140024

            Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pencapaian dalam peperiksaan, khususnya dalam

peperiksaan umum; UPSR, PMR, SPM atau STPM merupakan instrumen pengukuran terhadap

kecemerlangan akademik seseorang pelajar. Selain pencapaian peperiksaan, kecemerlangan pencapaian

akademik seseorang pelajar juga dicirikan oleh beberapa aspek lain seperti minat membaca yang tinggi,

keupayaan menulis, tahap pemikiran dan kematangan, proaktif dan mempunyai disiplin diri yang baik.

(Abdullah Sani Yahaya, 2003)

PENYATAAN MASALAH

Sonia Blanford(1998) meyatakan bahawa pengurusan disiplin sekolah yang

berkesan perlu dimulakan dengan menubuhkan satu organisasi khas yang menetapkan

polisi dan peraturan sekolah dan melaksanakan polisi dan perturan tersebut.Dalam

masa yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) juga menyuarakan

cadangan yang sama dalam Surat Pekeli l ing Ikhtisas Bil 7/1986 Langkah-langkah

Keberkesanan Disiplin Sekolah iai tu pihak sekolah perlu mewujudkan Hal Ehwal

Murid Peringkat Sekolah dan menentukan sendiri fungsi jawatankuasa ini

dijalankan.Melalui Surat Pekeli l ing Ikhtisas Bil 8.2001 Pemantapan Pengurusan

Disiplin di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan bahawa setiap

sekolah perlu mempunyai jawatankuasa disiplin berfungsi untuk merancang dan

menguruskan hal-hal berkaitan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah.

Namun begitu terdapat sebilangan sekolah yang masih dapat menubuhakn

jawatankuasa ini dan jawatankuasa ini t idak berfungsi seperti yang dikehendaki untuk

meningkatkan keberkesanan pengurusan disiplin ( Abdullah Sani, 2005).Keberkesanan

pengurusan disiplin memberi kesan langsung kepada tahap disiplin pelajar,Namun

sejauh manakah keberkesanan pengurusan disiplin member kesan terhadap pencapaian

akademik pelajar? Oleh yang demikian wajar kajian ini dijalankan untuk mengkaji

keberkesanan pegurusan disiplin terhadap pencapaian akademik pelajar.

850312035757

Page 4: TUGASAN 1

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMANPGD 140024

OBJEKTIF KERANGKA

Objektif kajian ini adalah :

(a) Mengenalpasti keberkesanan pegurusan disiplin sekolah menengah di Petaling Jaya

(b) Mengenalpasti kecemerlangan akademik sekolah menengah di daerah Petaling Jaya

(c) Melihat hubungan di antara keberkesanan pengurusan disiplin dengan pencapaian akademik

sekolah di daerah Petaling Jaya.

PENENTUAN KOMPONEN KERANGKA KAJIAN

Dalam organisasi sekolah Guru Besar atau pengetua merupakan pihak yang paling

bertanggungjawab dalam hal-hal disiplin pelajar. Satu daripada t indakan yang diambil oleh

guru besar atau pengetua untuk melancarkan pengurusan disiplin sekolah adalah

dengan penubuhan Jawatankuasa Hal Ehwal-Murid Peringkat Sekolah ( KPM,

1988).Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk meningkatkan penglibatan guru dalam

perbincangan penggubalan peraturan-peraturan sekolah dan penetapan keputusan

muktamad terhadap pelajar yang melakukan kesalahan.

Kenyataan ini turut disokong oleh (Sonia Blanford ,1998) yang menyatakan

bahawa penurunan kuasa melalui pentadbir sekolah meningkatkan penglibatan guru

yang t inggi dalam proses membuat keputusan. Beliau turut menyatakan perlunya ada

satu bentuk struktur pengurusan disiplin yang dianggotai oleh sebahagian pentadbir

sekolah dan guru sekolah.

Dalam pada i tu,dengan nada yang sama di atas,melalui Surat Pekeli l ing Ikhtisas

Bil . 8/2001 , Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) telah menetapkan bahawa

setiap sekolah perlu mempunyai jawatankuasa disiplin yang berfungsi merancang dan

mengurushal-hal berkaitan masalah disiplin dikalangan murid.Dapat disimpulkan

melalui pandangan l i teratur diatas bahawa penubuhan satu jawatankuasa disiplin

peringkat sekolah adalah perlu bagi menguruskan disiplin secara berkesan.

Setelah satu jawatan kuasa disiplin dibentuk,adalah penting untuk jawatankuasa ini membuat

penetapan polisi dan peraturan-peraturan disiplin sekolah melalui perbincangan. Polisi disiplin yang

ditetapkan perlulah menyeluruh ( Lowe and Stance 1989 ).Meyeluruh disini merujuk kepada ketetapan

850312035757

Page 5: TUGASAN 1

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMANPGD 140024

polisi yang sejajar dengan garis panduan pihak berkuasa,dibincangkan bersama melalui

mesyuarat,melibatkan kerjasama ibu bapa,dan memenuhi keperluan pelajar. Senada dengan itu juga

Johnson et al. (1994) menyatakan bahawa polisi disiplin yang dibentuk seharusnya bersifat

komprehensif dan asertif dan keputusan tersebut terhasil dari satu mesyuarat yang melibatkan ahli

daripada komuniti sekolah. Dalam masa yang sama, polisi yang efektif memerlukan perancangan yang

rapi, boleh guna pakai dan boleh dinilai ( Sonia Blanford 1998).Polisi disiplin yang dibentuk seharusnya

tidak bersifat ‘zero tolerance’ di mana ia terbukti tidak efektif dalam pengurusan disiplin pelajar.Polisi

bersifat ‘zero toleranace’ lebih bergantung kepada penggantungan dan pembuangan pelajar dan tidak

menumpu kepada keberkesanan sekolah amnya dan keberkesanan disiplin khasnya ( National

Assiociation of School Psychologist , 2002).

Setelah penetapan polisi disiplin dilakukan yakni peraturan sekolah,Jawatankuasa Disiplin

Sekolah perlu menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.Dalam konteks sekolah semua guru

merupakan guru disiplin yang perlu membantu pihak pentadbir dalam membendung masalah

disiplin pelajar, Oleh yang demikian ahli jawatankuasa disiplin sekolah, guru-guru yang dilantik

sebagai guru disiplin dan para pentadbir yang diberi tugas khas untuk menangani masalah disiplin

pelajar seharusnya perlu memiliki pengetahuan yang sempurna tentang masalah- masalah disiplin

pelajar, jenis-jenis tindakan serta prosedur-prosedur pelaksanaannya sepertimana termaktub dalam

Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959,

panduan tatacara

disiplin sekolah serta pekeliling-pekeliling yang diedar dari semasa ke semasa dan seterusnya

melaksanakan tugasnya dengan cekap dan sistematik ( Ang Jit Eng 2007). Bagi meningkatkan

keberkesanan pegurusan disiplin secara optimum pendekatan Strategi Postif perlu diamalkan dalam

melaksanakan tindakan disiplin ( National Assiociation of School Psychologist , 2002).Pendekatan ini

lebih bersifat kepada pemulihan (corrective).Melalui pendekatan ini tindakan pemulihan dapat

dilaksanakan dan konsep pengasingan dapat dikurangkan.Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan

keberkesanan dan pencapaian sekolah ( National Assiociation of School Psychologist , 2002).Dapat

disimpulkan disini bahawa Jawatan kuasa Disiplin sekolah berfungsi untuk menetapkan polisi dan

peraturan sekolah serta menjalankan penguatkuasaan peraturan sekolah berdasarkan pekeliling dan

panduan semasa yang diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selepas penguatkuasaan dilakukan,berlakunya penurunan dari segi masalah disiplin pelajar

impaknya dapat dilihat dari segi pencapaian akademik pelajar.Kecemerlangan pencapaian akademik

pelajar banyak dipengaruhi oleh kewujudan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang

berkesan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pula berkait rapat dengan kecekapan

850312035757

Page 6: TUGASAN 1

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMANPGD 140024

pengurusan  bilik darjah.(Abdullah Sani Yahaya, 2005; Abdul Rahim Abdul Rashid,  2002). Pengurusan

bilik darjah merangkumi pembentukan disiplin pelajar melalui penggunaan rutin, penyediaan dan

penguatkuasaan undang-undang.Dapat disimpulkan disini bahawa pengurusan disiplin yang berkesan

member impak yang besar terhadap disiplin pelajar dan seterusnya secara tidak langsung mempengaruhi

pencapaian pelajar di sekolah.

PENENTUAN MODEL KERANGKA KAJIAN

(a) Model Sumber Input ( Resourse-Input Model)

Model ini memberi penekanan terhadap kecukupan sumber sebagai penentuan keberkesanan

sesebuah sekolah.Sekolah tersebut dikatakan berkesan sekiranya berjaya memperoleh sumber yang

diperlukan secukupnya.Sebagai contoh, kualiti pengambilan pelajar,fasiliti dan sokongan kewangan boleh

dijadikan indikator penentuan keberkesanan sekolah melalui model ini.Namun kelemahan model ini dapat

dilihat dari segi berlebihan tumpuan diberikan kepada input sehingga sekolah mengabaikan usaha yakni

proses pendidikan dan output sekolah.Dalam penulisan ini terdapat dua komponen utama bagi model ini

iaitu Jawatan Kuasa Disiplin Sekolah yang akan melaksanakan tindakan dan prosedur disiplin yang

berkesan di sekolah.

(b) Model Proces ( Process Model )

Secara umumnya ‘input’ di sekolah akan ditukar kepada ‘output’ atau prestasi sekolah melalui

proses transformasi.Lazimnya kualiti sesuatu output itu bergantung kepda kualiti proses pada peringkat

sebelumnya.Sehubungan dengan itu model ini menyatakan bahawa sesebuah sekolah atau intitusi

pendidikan dikatakan berkesan apabila fungsi dalaman berjalan dengan baik dan lancar.Oleh itu segala

bentuk tindakan dan amalan dalaman pihak sekolah akan dijadikan kriteria untuk menentukan

keberkesanan sekolah tersebut ( Cheng, 1996) .Indikator umum dalam menentukan keberkesanan sekolah

bagi model proces ini adalah proses pengurusan,proses pengajaran dan proses pembelajaran.Dalam kajian

ini, berdasarkan kajian terdahulu, proses pengurusan disiplin yang yang berkesan melibatkan dua

domainiaitu perancangan pelan disiplin sekolah dan juga penguatkasaan peraturan sekolah.

850312035757

Page 7: TUGASAN 1

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMANPGD 140024

(c) Model Bermatlamat ( Goal Model)

Model ini sering digunakan dalam menilai dan mengkaji keberkesanan sekolah.Melalui model

ini,sasaran dan matlamat yang ditetapkan secara rasmi menjadi keutamaan untuk dicapai dan dijadikan

kayu pengukur dalam menentukan keberkesanan sekolah tersebut.Walaupun terdapat pelbagai bentuk

matlamat yang hendak dicapai namun (Cheng ,1996) menyatakan pencapaian dalam peperiksaan awam

sering menjadi kayu pengukur dalam kajian keberkesanan sekolah.Dalam penulisan ini,pencapaian

akademik pelajar yang baik menjadi matlamat utama pihak sekolah hasil daripada pengurusan disiplin

yang berkesan.Model ini terhad untuk melihat kejayaan secara kualitatif kerana ia bergantung kepada

matlamat yang boleh dikira dan diukur seperti gred dan peratusan peperiksaan (Cheng ,1996).

PEMBENTUKAN KERANGKA KAJIAN

850312035757

Input

1. Penubuhan Jawatan Kuasa Disiplin Sekolah

Proses

BERFUNGSI UNTUK:

1. Merancang polisi disiplin sekolah

2. Menguatkuasa peraturan sekolah

Output

1. Kecemerlangan Pencapaian Akademik pelajar

Page 8: TUGASAN 1

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMANPGD 140024

PENERANGAN KERANGKA KAJIAN

INPUT PROSES OUTPUT

.

1. Jawatankuasa Disiplin sekolah

yang dibentuk dianggotai oleh

pentadbir sekolah iaitu Pengetua atau

Guru Besar, Penolong Kanan

1,Penolong Kanan HEM, Penolong

Kanan Kokurikulum,Ketua Guru

Disiplin,dan Guru Disiplin Biasa.

1. Jawatankuasa Disiplin Sekolah

bermesyuarat secara kolabratif dan

membentuk polisi disiplin dan peraturan

sekolah.

1. Polisi disiplin dan peraturan

sekolah yang dibentuk

dikuatkuasakan oleh Jawatankuasa

Disiplin Sekolah member kesan

langsung terhadap penurunan kadar

salahlaku disiplin dan secara tidak

langsung memberi kesan terhadap

kecemerlangan pencapaian

akademik pelajar sekolah.

2. Jawatankuasa Disiplin Sekolah

menguatkuasakan peraturan sekolah dan

polisi disiplin dari segi tatacara

mengendalikan kes pelajar dan penetapan

hukumkan terdahap pelajar.

850312035757