topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia
1

Definisi sosio-budaya
Amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam pelbagai bidang hidup untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu.

Definisi budaya
Tamadun, peradaban dan gaya hidup yang lahir dalam kehidupan manusia secara formal dan tidak formal
Contohnya budaya: Budaya Melayu Budaya Cina Budaya India

ASPEK-ASPEK SOSIO-BUDAYA

Ras dan etnik
Apa itu ras? Ciri-ciri fizikal berbagai-bagai kumpulan
manusia yang telah diturun-temurunkan dari segi baka.
Perbezaan ini berlaku kerana kumpulan-kumpulan manusia perlu mengubahsuai diri untuk hidup di dalam persekitaran mereka.

Contoh: Manusia di kawasan tropika dan sub tropika
biasanya berkulit hitam / hitam manis untuk melindungi diri daripada pancaran matahari yang berbahya.
Melalui konsep ras manusia dibahagi kepada 3 kategori besar: Caucasoid – berkulit putih dan berambut
kerinting lurus atau ikal mayang Mongoloid – berkulit kekuning-kuningan Negroid – berkulit hitam dan berambut kerinting
halus.

Apa itu etnik? Perbezaan-perbezaan kebudayaan yang
diperoleh.
Ciri-ciri kebudayaan: Bahasa Agama Negara asal Makanan Pegangan tentang asal usul sejarah yang sama

Contoh etnik: Orang Jawa di Johor dan orang Melayu di
Perlis tidak dapat dibezakan dari segi fizikal tetapi ahli-ahli daripada kedua-dua kumpulan telah membentuk kebudayaan kecil yang berlainan berdasarkan latar belakang etnik mereka.

Kebudayaan
Terdiri daripada semua hasilan yang dikongsi bersama oleh masyarakat manusia setempat.
Terbahagi kepada dua: Hasilan kebendaan – artifak, objek fizikal
yang dibuat oleh manusia (roda, pakaian dsb)
Hasilan bukan kebendaan – bahasa, idea, kepercayaan, peraturan, adat resam, dongeng dsb)

Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang,bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.
Ciri-ciri utama masyarakat:
a) berkelompok;
b) berbudaya;
c) mengalami perubahan;
d) berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar)

e) mempunyai kepimpinan; danf) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas,
status dan kasta)
Konsep Etnik / Kaum- Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan
persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.
- Konsep ‘kelompok etnik’ digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.

- Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.
Konsep Suku
- kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa (cth: dalam rumpun Kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll)

Konsep Masyarakat Majmuk.
- Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yg tersendiri. Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem politik yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras.

- Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah.
- Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan / kelemahan azam sosial bersama (common social will) yg merupakan satu set nilai yg dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial.

Demografi Kelompok
Ada tiga kelompok utama di Malaysia Kelompok ethnik Melayu (60% jumlah pendudu
k Malaysia) Kelompok ethnik Cina (28%) Kelompok ethnik India (9%)
Lain-lain kelompok (4%)