topic 10 mengurus pasukan

Download Topic 10 Mengurus Pasukan

Post on 14-Apr-2016

26 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Mengurus Pasukan

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN Sejak 20 tahun yang lalu, organisasi seperti Volvo dan Toyota telah memperkenalkan konsep pasukan dalam proses pengeluaran mereka. Pada ketika itu, keadaan ini dianggap sebagai suatu yang baharu memandangkan tiada syarikat lain yang sanggup melakukan sedemikian. Kini, organisasi yang tidak melaksanakan konsep pasukan boleh dianggap sebagai ketinggalan zaman. Pada masa kini, teknik pasukan dilaksanakan kerana telah terbukti bahawa pasukan lebih cekap dalam menjalankan tugas berbanding individu apabila melibatkan kerja yang memerlukan pelbagai kemahiran, pertimbangan dan pengalaman. Banyak organisasi telah mengubah struktur mereka untuk membentuk pasukan serta menggunakan bakat pekerja mereka secara optimum. Selain itu, beberapa pengurusan telah mendapati bahawa pasukan lebih fleksibel dan responsif kepada perubahan dalam persekitaran berbanding dengan struktur pentadbiran tradisional. Pasukan boleh dibentuk serta-merta, bergerak dan dibubarkan sekiranya perlu. Dalam perbincangan ini, kita akan cuba untuk

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Melihat perbezaan antara kumpulan dengan pasukan;

    2. Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pasukan;

    3. Menilai masa terbaik untuk membentuk pasukan;

    4. Membezakan antara jenis-jenis pasukan dalam persekitaran masa kini;

    5. Menilai ciri-ciri pasukan; dan

    6. Membincangkan faktor-faktor yang terlibat dalam membina pasukan berprestasi tinggi.

    HASIL PEMBELAJARAN

    TTooppiikk

    1100 Mengurus

    Pasukan

  • TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN

    186

    memberi kefahaman dan menjelaskan perkara-perkara berkaitan dengan pasukan.

    PERBEZAAN ANTARA PASUKAN DENGAN KUMPULAN

    Pasukan dan kumpulan adalah entiti yang berlainan. Bahagian ini akan menjelaskan perbezaan antara pasukan dengan kumpulan dan perbezaan antara kerja kumpulan dengan kerja berpasukan.

    Satu kumpulan ditakrifkan sebagai dua atau lebih individu yang berinteraksi dan tidak saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai objektif tertentu.

    Satu kumpulan kerja secara umumnya adalah satu kumpulan yang berkongsi maklumat dan membuat keputusan untuk membantu ahli-ahlinya menjalankan tugas mereka dengan baik dalam bidang yang berkaitan. Kumpulan kerja tidak perlu atau tidak mempunyai peluang untuk terlibat dalam koleksi tugas yang melibatkan penggabungan dan penyepaduan usaha. Prestasi akan dinilai berdasarkan sumbangan individu kepada kumpulan. Dalam erti kata lain, prestasi kumpulan adalah berdasarkan jumlah sumbangan yang dapat dikumpul daripada setiap ahli kumpulan.

    Satu pasukan adalah suatu entiti yang saling bergantung dan melengkapi dalam semua aspek di kalangan anggotanya, dengan komitmen bersama ke arah mencapai matlamat yang sama. Tambahan pula, kerja berpasukan menghasilkan sinergi positif melalui usaha penyelarasan. Oleh itu, pasukan adalah satu entiti yang lebih daripada sekadar satu kumpulan. Prestasi bukan berdasarkan sumbangan setiap individu tetapi sebaliknya ia bergantung kepada prestasi pasukan. Definisi di atas menjelaskan bahawa kejayaan pasukan bergantung kepada hubungan saling bergantung dan usaha sama di kalangan ahli pasukan. Oleh itu, anggota pasukan saling mempunyai pengaruh dan impak yang besar ke atas satu sama lain apabila mereka bekerja bersama.

    10.1

    Dalam sesebuah organisasi, tugas tertentu akan dilaksanakan oleh satu kumpulan atau pasukan. Pada pendapat anda, apakah perbezaan di antara kumpulan dengan pasukan?

    SEMAK KENDIRI 10.1

  • TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN

    187

    KELEBIHAN PASUKAN

    Organisasi hari ini lebih cenderung kepada konsep pasukan kerana pasukan mampu meningkatkan kepuasan pelanggan, kualiti produk dan perkhidmatan, kelajuan dan efisien dalam pembangunan produk, kepuasan kerja oleh para pekerja dan dalam membuat keputusan yang berkualiti. Salah satu cara mmeningkatkan kepuasan pelanggan terhadap organisasi ialah dengan membentuk satu pasukan yang dilatih khas untuk memenuhi keperluan tertentu pelanggan. Melalui kaedah ini, pelanggan secara langsung mempunyai kaitan dengan pasukan dalam memenuhi keperluan mereka. Selain itu organisasi juga membentuk pasukan untuk menyelesaikan masalah pelanggan dan juga pasukan yang terdiri daripada kalangan pekerja bagi menjalankan penyelidikan serta mencadangkan cara-cara untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. Pasukan ini biasanya mengadakan mesyuarat setiap minggu atau setiap bulan. Pasukan juga membantu organisasi dalam mmeningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan. Ia berbeza daripada organisasi dengan struktur tradisional, di mana pihak pengurusan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan dan prestasi kerja, manakala pasukan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai kualiti produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan.

    10.2

    Berdasarkan apa yang telah diterangkan kepada anda sebelum ini, gunakan pemahaman anda dalam mengenal pasti perbezaan antara kumpulan dengan pasukan dalam bentuk jadual. Bincangkan jawapan anda dengan rakan anda.

    AKTIVITI 10.1

    Terangkan dengan ringkas perbezaan antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan.

    LATIHAN 10.1

  • TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN

    188

    Satu perkara yang membuat konsep pasukan popular pada masa kini adalah keperluan untuk kecepatan dan efisien dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk. Dalam persekitaran perniagaan yang ada sekarang, perubahan pesat dalam keutamaan pelanggan menuntut agar sesebuah organisasi bertindak cepat dan efisien. Dalam struktur organisasi tradisional, pembangunan produk dan pengeluaran mengambil masa yang lama. Oleh kerana pasukan terdiri daripada anggota dari pelbagai fungsi dan latar belakang, kecepatan dan efisien dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk dapat dicapai. Pelaksanaan pasukan juga dapat mmeningkatkan tahap kepuasan kerja. Ia memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka. Ini dilakukan menerusi latihan silang iaitu satu latihan di mana anggota pasukan dilatih untuk melaksanakan semua atau sebahagian besar daripada kerja yang dilakukan oleh pekerja lain. Latihan ini membolehkan pasukan berfungsi dengan lancar tanpa gangguan walaupun dengan ketidakhadiran anggota atau perletakan jawatan ahli pasukan. Pekerja akan mempunyai kelebihan kerana mereka mampu meluaskan kemahiran dan menjadi lebih cekap serta yakin dalam melaksanakan tugas mereka. Ahli pasukan sentiasa menikmati kepuasan kerja kerana tanggungjawab kepimpinan yang tidak boleh diperoleh daripada organisasi tradisional. Pasukan dibenarkan menentukan cara kerja mereka, penjadualan, penyelenggaraan, peralatan, jadual cuti, kawalan kualiti dan lain-lain. Kebebasan ini sangat bermakna kepada para pekerja. Selain itu, oleh kerana tanggungjawab kepimpinan bersilih ganti di kalangan anggota pasukan, setiap ahli mempunyai peluang membangunkan kemahiran kepimpinan mereka. Pelbagai kelebihan dikongsi oleh pasukan terutamanya dalam aspek membuat keputusan. Masalah dapat dilihat dari pelbagai perspektif kerana sebuah pasukan itu terdiri daripada beberapa individu yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan pengalaman yang berbeza. Kepelbagaian dari sudut ini dapat meningkatkan kebarangkalian masalah sebenar dapat diselesaikan. Pasukan lebih mudah menghasilkan pelbagai pilihan penyelesaian berkualiti kerana wujud peningkatan dalam pengetahuan dan maklumat. Oleh kerana setiap anggota terlibat dalam proses membuat keputusan, mereka dianggap lebih komited mencapai penyelesaian untuk masalah tertentu. Dalam kebanyakan kes, satu pasukan dapat mencapai prestasi yang lebih baik berbanding dengan pekerja individu.

  • TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN

    189

    KELEMAHAN PASUKAN

    Pelaksanaan pasukan sememangnya membawa banyak manfaat kepada sebuah organisasi, namun demikian pasukan mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahannya adalah kadar pusing ganti yang tinggi pada peringkat awal, gejala melepak dan tingkah laku sekatan diri. Jadual 10.1 mendedahkan beberapa kelemahan pasukan.

    Jadual 10.1: Kelemahan Pasukan

    Kelemahan Pasukan

    Kelemahan PPenerangan

    Kadar pusing ganti yang tinggi

    Kadar pusing ganti adalah tinggi terutamanya pada peringkat awal pembentukan pasukan. Sesuatu pasukan tidak semestinya diterima oleh semua orang. Ketidakupayaan untuk menyesuaikan diri dengan anggota lain dan persekitaran dalaman pasukan adalah faktor utama yang menyebabkan kadar pusing ganti yang tinggi di peringkat awal pembentukan pasukan. Selain itu, ketidakupayaan untuk memikul tanggungjawab, ketidakupayaan untuk menyumbang usaha dan kurang pengalaman merupakan beberapa faktor lain yang menyumbang kepada kelemahan ini.

    Lepak sosial Fenomena ini berlaku apabila pekerja gagal menyumbang ke arah perkongsian kerja. Melepak di sini bermaksud seseorang itu seolah-olah menjadi rakan kongsi tidur dalam pasukan. Gejala melepak biasanya berlaku dalam kumpulan yang besar di mana sukar mengenal pasti dan memantau usaha-usaha setiap anggota pasukan. Dalam erti kata lain, anggota pasukan yang melepak akan bersungguh-sungguh menyembunyikan aktiviti mereka dan ini menyebabkan fenomena melepak sukar dikesan.

    Tingkah laku sekatan diri

    Kelakuan sekatan diri berlaku apabila terdapat anggota pasukan yang tidak mempunyai pendapat sendiri atau tidak mengambil bahagian dalam perbincangan. Ini boleh mengurangkan tahap prestasi pasukan. Perkara ini dilihat sebagai menyerupai dengan keadaan pekerja yang melepak tetapi sebenarnya tidak. Pekerja yang melepak memastikan anggota lain tidak tahu aktiviti mereka tetapi pekerja yang melakukan sekatan diri tidak.

    10.3

  • TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN

    190

    BILA