tesis-1

38
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bagi pelajar pemulihan matematik tingkatan 1. Keberkesanan merujuk kepada peningkatan pencapaian dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah Pembelajaran Masteri. Sampel kajian terdiri daripada pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran matematik yang rendah. Kajian ini akan dijalankan secara eksperimen di mana ia meliputi dua buah kelas yang sama tahap pencapaiannya. Satu kelas akan menggunakan kaedah Pembelajaran Masteri. Sementara satu kelas lagi akan dijadikan kelas kawalan yang hanya menggunakan kaedah tradisional. Instrumen-instrumen kajian terdiri daripada pemerhatian, borang soal selidik, dua set ujian iaitu ujian-pra dan ujian-pasca. Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah menengah di bandar.Bentuk soalan terdiri daripada 10 soalan subjektif. Data-data yang diperolehi akan dianalisa menggunakan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai.

Upload: muniswari-nyanassegren

Post on 16-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh tesis

TRANSCRIPT

Page 1: tesis-1

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah Pembelajaran Masteri dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik bagi pelajar pemulihan matematik tingkatan 1.

Keberkesanan merujuk kepada peningkatan pencapaian dan minat pelajar terhadap

pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah Pembelajaran Masteri. Sampel kajian terdiri

daripada pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran matematik yang rendah. Kajian ini

akan dijalankan secara eksperimen di mana ia meliputi dua buah kelas yang sama tahap

pencapaiannya. Satu kelas akan menggunakan kaedah Pembelajaran Masteri. Sementara

satu kelas lagi akan dijadikan kelas kawalan yang hanya menggunakan kaedah

tradisional. Instrumen-instrumen kajian terdiri daripada pemerhatian, borang soal selidik,

dua set ujian iaitu ujian-pra dan ujian-pasca. Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah

menengah di bandar.Bentuk soalan terdiri daripada 10 soalan subjektif. Data-data yang

diperolehi akan dianalisa menggunakan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai.

Page 2: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

BAB 1

PENGENALAN KEPADA MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan

Setiap murid mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai perkara yang

dipelajari. Tahap penguasaan bergantung kepada keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran yang dialaminya. Satu daripada pendekatan pengajaran dan pembelajaran

yang boleh digunakan oleh guru bagi menguasai hasil pembelajaran adalah melalui

pendekatan Pengajaran Masteri. Pembelajaran Masteri adalah suatu pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil

pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit

pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi

dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.Menurut Bloom (1968),

Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

berfokuskan kepada pengurusan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Menurutnya

lagi, Pembelajaran Masteri adalah dibina berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau

hampir semua boleh menguasai pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh

keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk

murid itu menguasai pembelajarannya.

1

Page 3: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

1.2 Latar Belakang

Sekolah-sekolah di Malaysia dipenuhi dengan murid-murid daripada pelbagai latar

belakang, budaya dan bahasa. Selain itu, mereka juga berbeza dari segi minat,kebolehan,

dan bakat ( Mok Soon Sang, 1996 ). Ada pelajar yang boleh belajar dengan cepat dan

terdapat juga segelintir yang memerlukan pendidikan pemulihan.

Pendidikan pemulihan ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk

menolong pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran seperti tidak

menguasai kemahiran matematik yang tertentu di dalam tempoh yang ditetapkan.

Pelajar-pelajar ini mempunyai pencapaian yang rendah di dalam setiap penilaian yang

diadakan.

Mereka menunjukkan perkembangan yang lambat dalam mendapat dan menggunakan

pelbagai kemahiran matematik. Mereka juga mempunyai keupayaan yang terhad dalam

pencapaian jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang sebaya mereka. Oleh itu, kita

perlu merancang kaedah yang sesuai dengan kehendak pelajar agar mereka dapat

menguasai kemahiran-kemahiran matematik yang telah ditetapkan oleh KBSR dan

KBSM. Kaedah Pembelajaran Masteri merupakan salah satu kaedah yang sesuai untuk

guru laksanakan di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bagi murid

pemulihan.

Justeru itu, kajian ini bertujuan membuktikan keberkesanan kaedah Pembelajaran Masteri

dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kelas pemulihan tingkatan 1 di bawah

tajuk “addition of fractions”.

2

Page 4: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

1.3 Pernyataan Masalah

Matematik adalah satu matapelajaran yang penting dalam kurikulum sekolah menengah.

Mulai tahun 2003, penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik telah dimulakan . Perkara ini menyebabkan kurangnya semangat dan usaha

pelajar untuk belajar terutamanya pelajar yang lemah Bahasa Inggeris. Ini menambahkan

masalah pelajar untuk memahamkan konsep matematik di samping menggunakan

Bahasa Inggeris.

Mengajar matematik adalah satu tugas yang mencabar dan kompleks. Menurut Nik Aziz

(1996), guru matematik yang berjaya harus mampu menyelesaikan masalah pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan bijaksana. Peranan guru adalah faktor

penting dalam kejayaan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran matematik.

Menurut artikel yang ditulis oleh David Tall dan Mohamad Rashidi Razali (1991),

kesukaran mempelajari matematik yang dihadapi oleh pelajar yang kurang berkebolehan

(koordinasi proses mental) adalah lebih tinggi daripada pelajar yang berkebolehan

(manipulasi konsep mental). Kebanyakkan pelajar ingin menghabiskan sesuatu tajuk

dengan segera dan melompat ke tajuk-tajuk yang seterusnya.Ini menyebabkan mereka

panik dan lantas lupa akan pembelajaran sebelumnya.Tanpa kefahaman yang jelas

terhadap konsep dan kemahiran asas yang telah dipelajari di peringkat awal, ini

menyebabkan pembelajaran seterusnya semakin sukar.

Justeru, kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar yang kurang menguasai sesuatu

tajuk dan mengulanginya sehingga pelajar menguasai tajuk tersebut untuk pembelajaran

tajuk seterusnya. Ia juga dapat membantu pelajar-pelajar yang lambat membina konsep

matematik dan seterusnya dapat menguasai kemahiran supaya mereka tidak ketinggalan

daripada pelajar-pelajar lain. .Tinjauan awal tujuan kajian ini adalah untuk menentukan

sejauh mana pelajar dapat menyelesaikan soalan penambahan pecahan yang tidak sama

penyebutnya. Ianya juga turut dapat mengenal pasti bentuk kesilapan yang dilakukan oleh

pelajar dalam menyelesaikan soalan penambahan pecahan.

3

Page 5: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

1.4 Rangka kerja Pembelajaran Masteri

Berdasarkan rangka kerja Pembelajaran Masteri menunjukkan bagaimana proses

pembelajaran dijalankan. Pembelajaran Masteri memberi peluang kepada pelajar

menguasai sesuatu unit pembelajaran yang dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit

mengikut pemeringkatan. Pelajar maju akan ke unit seterusnya manakala pelajar yang

tidak menguasai akan melakukan aktiviti pemulihan.

1.5 Tujuan Kajian

Unit Pembelajaran 1

Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian

Sudahkah murid

menguasai?

Unit Pembelajaran 2

Teruskan

Tindakan Susulan Aktiviti Pengayaan

Ya

TidakYa

Penentuan Hasil Pembelajaran

Tindakan Susulan Aktiviti Pemulihan

4

Page 6: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah kaedah Pembelajaran Masteri

dapat menangani masalah pelajar pemulihan dalam meningkatkan pemahaman dan minat

pelajar kepada matematik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap

penguasaan pelajar terhadap Pembelajaran Masteri.

1.6 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai hasil daripada kajian yang dijalankan:

i. Mengenal pasti tahap pencapaian pelajar sebelum menggunakan kaedah

Pengajaran Masteri.

ii. Mengetahui tahap pencapaian pelajar bagi kumpulan eksperimen selepas

menggunakan kaedah Pengajaran Masteri.

iii. Mengetahui tahap pencapaian pelajar bagi kumpulan kawalan tanpa

menggunakan kaeadah pengajaran Masteri.

iv. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan di antara markah ujian-pra dan

ujian-pasca bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

v. Mengetahui minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan menggunakan kaedah Pengajaran Masteri.

1.7 Persoalan Kajian

Bagi mencapai tujuan dan objektif kajian ini, beberapa persoalan kajian difikirkan:

a) Apakah tahap pencapaian pelajar dalam ujian-pra bagi kemahiran operasi

penambahan pecahan yang berlainan sebutan?

b) Sejauh manakah tahap pencapaian pelajar bagi kumpulan eksperimen dalam

ujian-pasca selepas menggunakan kaedah Pembelajaran Masteri?

c) Sejauh manakah tahap pencapaian pelajar bagi kumpulan kawalan dalam

ujian-pasca selepas menggunakan kaedah tradisional?

5

Page 7: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

d) Apakah perbezaan yang signifikan di antara markah ujian-pra dan ujian-pasca

bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan?

e) Sejauh manakah minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan menggunakan kaedah Pengajaran Masteri?

1.8 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat kepada guru tentang kepentingan

penggunaan kaedah Pembelajaran Masteri untuk meningkatkan prestasi pelajar khasnya

pelajar yang pencapaiannya rendah. Kajian ini juga sebagai panduan alternatif kepada

guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekiranya

memperolehi pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran matematik yang lemah.

Dengan menggunakan kaeadah Pembelajaran Masteri, pelajar akan menguasai sesuatu

sesuatu kemahiran matematik dengan jelas dan ia akan meningkatkan pencapaian

pelajar.Ia juga dapat memberi panduan bagi membantu guru-guru lain untuk

mengaplikasikan kaeadah Pembelajaran Masteri di dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan ke atas 60 orang pelajar tingkatan 1 yang mempunyai

pencapaian matematik yang rendah. Ia meliputi 30 pelajar kumpulan kawalan dan 30

orang pelajar lagi kumpulan eksperimen bagi topik pecahan. Pengkaji akan hanya

menggunakan keputusan markah bagi melihat keberkesanannya. Faktor-faktor seperti

pencapaian dan minat pelajar diambil kira dalam kajian ini.

6

Page 8: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

1.10 Takrifan Istilah

1.10.1 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di

mana pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Pembelajaran ini diperkenalkan

oleh Bloom pada tahun 60 an dan berasaskan kepada suatu kepercayaan atau

falsafah bahawa semua pelajar boleh menguasai perkara itu dan disediakan

dengan pembelajaran berkualiti. Dalam proses Pembelajaran Masteri, guru harus

memastikan semua pelajar dapat menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan

dalam satu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran yang lain.

1.10.2 ”Addition of Fraction”

Salah satu tajuk pelajaran matematik tingkatan satu yang diperbincangkan dalam

kajian ini.

1.10.3 Ujian pos

Ujian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan Pembelajaran

Masteri dalam kelas dengan membandingkan antara kelas kawalan dan kelas

eksperimen.

1.10.4 Keberkesanan

Keberkesanan adalah sesuatu tindakan atau hasil tindakan yang menyebabkan

sesuatu perubahan berlaku. Ia menunjukkan keupayaan untuk mewujudkan

sesuatu hasil atau perubahan yang diingini.

1.10.5 Prestasi

Merupakan satu ukuran kebolehan pelajar yang dapat dilihat tentang kemajuan

sesuatu perkara yang telah dilakukan sama ada berubah kearah positif, negatif

ataupun tidak berubah. Prestasi yang diukur di sini adalah tentang peningkatannya

dalam dua ujian yang dilaksanakan.

7

Page 9: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

1.11 Ringkasan

Di dalam bab ini menghuraikan sejauh manakah kaedah pengajaran masteri dapat

membantu pelajar pemulihan untuk meneruskan pembelajaran mereka. Cabaran seorang

guru adalah untuk menyediakan satu cara pengajaran yang berkesan bagi membantu

murid-murid berpencapaian rendah. Amalan dan teori harus selari dan ini memerlukan

masa untuk memastikan yang ia sememangnya memenuhi kehendak murid

berpencapaian rendah ini. Justeru itu, Pengajaran Masteri amat bersesuaian dengan

pelajar yang berpencapaian rendah.

8

Page 10: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tinjauan kajian ini ingin melihat tentang satu kajian terhadap kaedah Pembelajaran

Masteri dapat membantu pelajar menguasai sesuatu topik sebelum mempelajari topik

seterusnya. Kaedah ini digunakan untuk mengajar topik pecahan kepada pelajar dalam

sebuah kelas kajian. Kaedah ini dapat membantu pelajar pemulihan dalam kelas tersebut

terus mempelajari topik pecahan sehinggalah pelajar dapat menguasai. Ini juga akan

memberi penjelasan tentang bagaimana kaedah Pembelajaran Masteri dapat membantu

pelajar menguasai kemahiran yang diajar dengan mudah dan seterusnya memberi

keyakinan kepada pelajar. Pengkaji akan mengupas mengenai pengajaran Pembelajaran

Masteri dalam matematik yang berkaitan dengan teori, kesalahan pelajar dalam

menyelesaian operasi pecahan, contoh dan kajian yang bersesuaian.

2.2 Literatur Berkaitan

Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

memastikan murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu

unit pembelajaran. Dengan kata lain, Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang memastikan pelajar menguasai sesuatu hasil

pembelajaran yang dihasratkan sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

Menurut Bloom (1968), Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan pengajaran

dan pembelajaran yang berfokuskan kepada penguasaan murid dalam sesuatu pekara

yang diajar. Ianya direka berdasarkan falsafah bahawa semua atau hampir semua murid

9

Page 11: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

boleh menguasai sesuatu pengetahuan dan kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan,

sekiranya keadaan sesuai dan masa yang mencukupi.

Anderson & Block, 1975 pula berpendapat Pembelajaran Masteri adalah satu set idea dan

amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk berlajar secara

konsisten. Idea pembelajaran secara masteri ini dapat menghasilkan pembelajaran yang

sistematik, membantu murid apabila mengahadapi masalah pembelajaran,

memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan

berpandukan kaedah masteri dengan jelas.

Justeru itu, jika guru ingin menggunakan strategi Pembelajaran Masteri guru hendaklah

mempelajari atau mempelbagaikan kaedah penyampaian supaya ia dapat menarik minat

pelajar untuk belajar dan seterusnya memudahkan guru untuk mencapai matlamat

Pembelajaran Masteri iaitu 80% pelajar menguasai topik kemudian barulah beralih

kepada topik yang lain. Guru boleh menilai pencapaian ini melalui ujian sumatif atau

formatif.

2.3 Kajian Berkaitan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan menerima dan mengakui

apa sahaja yang dicurahkan oleh guru.Walau bagaimanapun adakalanya kefahaman yang

diterima oleh murid tidak sama maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh guru.

Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan kesilapan konsep dalam minda pelajar

(Vinner, Hart&Wilson, 1994). Contoh yang jelas boleh dilihat dalam melakukan operasi

tambah pecahan yang tidak sama penyebut. Rees & Barr (1984) memberi contoh:

1 + 1 = 2

4 2 6

Pelajar tersebut telah menambah pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan

penyebut.Keadaan ini disebabkan oleh kebiasaan dan kefahaman yang telah diterima

semasa menambah nombor bulat. Dengan menggunakan Pembelajaran Masteri, guru

boleh membantu pelajar untuk membina kefahaman konsep yang sebenar melalui

10

Page 12: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

pelbagai strategi, pendekatan dan kaedah mengikut minat dan aras kebolehan murid.

Contohnya, Pembelajaran Konteksual, Konstruktivisme, Pembelajaran Koperatif,

Eksperimen, Simulasi dan lain-lain lagi.

Pembelajaran Masteri ini dilaksanakan dalam empat langkah iaitu:

i) Penentuan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar.

ii) Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan.

iii) Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan.

iv) Pelaksanaan tindakan susulan yang berupa aktiviti pemulihan bagi pelajar yang belum

menguasai hasil pembelajaran dan aktiviti pengukuhan serta pengayaan bagi pelajar.

yang sudah menguasai hasil pembelajaran yang tertentu.

Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa

Pembelajaran Koperatif adalah berkesan untuk Pembelajaran Masteri. Dalam

Pembelajaran Koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar di

antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.

Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif ialah (Spencer

Kagan, 1990):

a. Giliran Ahli Kumpulan

Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara

giliran.

b. Pameran Kumpulan:

i. Setiap kumpulan mempamerkan hasilnya .

ii. Setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan

ahli-ahli kumpulan itu.

11

Page 13: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

c. Memadan Benda

Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda.

d. Kuiz:

i. Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan .

ii. Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk

mendapatkan jawapan .

iii. Seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada

soalan guru .

e. Kad Hafalan

i. Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi

fakta atau maklumat penting untuk dihafal .

ii. Guru menyoal .

iii. Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu

menjawab dan markah akan diberi .

f. Semakan Pasangan:

i. Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan .

ii. Dalam satu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah

itu dengan bantuan pelajar yang lain.

g. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat

i. Pelajar dalam satu pasangan berfikir tentang sesuatu topik yang

diberi oleh guru

ii. Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas

h. Peta Konsep Berpasukan

Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas

yang besar.

i. Jawapan Giliran:

i. Satu kumpulan diberi sebilangan soalan

ii. Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan

12

Page 14: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

Kajian oleh Abdul Razak (1993) mendapati bahawa minat para pelajar terhadap

matematik bergantung kepada cara pengajaran yang dijalankan oleh guru. Oleh itu,

kejayaan pelaksanaan Pembelajaran Masteri di dalam kelas amat bergantung kepada

kecekapan dan ketrampilan guru dalam merancang dan menguruskan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Pembelajaran Masteri bukanlah sesuatu perkara yang baru kerana

langkah demi langkah yang terlibat dalam Pengajaran Masteri sudah pun disarankan oleh

KBSR dan KBSM. Adalah penting guru mempunyai kemahiran tertentu untuk

menangani pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dan aras pembelajaran.

2.4 Ringkasan

Setelah tinjauan dilakukan, didapati kaedah Pembelajaran Masteri yang akan dijalankan

akan memberi satu dapatan yang baik. Berdasarkan banyak kajian yang telah dijalankan

oleh pengkaji-pangkaji lepas, terbukti ianya banyak mendatangkan banyak kebaikan

kepada pelajar. Oleh itu pemilihan kaedah ini adalah sesuai dengan latarbelakang pelajar

yang tidak meminati matematik. Pembuktian ini menjadi lebih bermakna seandainya ia

dapat menghasilkan suatu dapatan yang berkesan apabila dibuat perbandingan dengan

suatu kumpulan responden yang lain, yang tidak menggunakan kaedah ini.

13

Page 15: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan

Sekolah dan sampel dipilih dengan persetujuan dan kebenaran Pengetua sekolah tersebut.

Sebelum kajian dilaksanakan, lawatan dibuat ke sekolah untuk memilih kumpulan

kawalan dan eksperimen. Kajian ini merupakan kajian mengenai keberkesanan kaedah

Pengajaran Masteri bagi pelajar tingkatan 1 berkaitan topik pecahan di salah sebuah

sekolah di negeri Selangor. Merujuk kepada objektif yang hendak dicapai menerusi

kajian ini, bab 3 akan menerangkan tentang lebih terperinci lagi mengenai rekabentuk

kajian, responden kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisaan data.

3.2 Rekabentuk Penyelidikan

Kaedah kajian digunakan untuk kajian ini ialah Pembelajaran Masteri. Pembelajaran

Masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar dapat

menguasai apa yang diajar. Pembelajaran ini diperkenalkan oleh Bloom pada tahun 60-

an dan berasaskan kepada suatu kepercayaan atau falsafah bahawa semua pelajar boleh

menguasai perkara itu dan disediakan dengan pembelajaran berkualiti. Dalam proses

pembelajaran Masteri, guru harus memastikan semua pelajar dapat menguasai hasil

pembelajaran yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran sebelum ke unit

pembelajaran yang lain. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi

dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Kajian ini bercorak eksperimental. Ia melibatkan dua kelas Tingkatan 1 yang lebih

kurang sama pencapaian dalam matematik. Salah satu daripada kelas ini diberi rawatan

dan sebuah kelas lagi digunakan sebagai kawalan. Ujian-ujian pra dan pasca

dilaksanakan untuk menentukan perbezaan dan keberkesanan penggunaan pengajaran

masteri dalam pembelajaran bagi pelajar pemulihan.

14

Page 16: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk

Pembelajaran Masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga

mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.

Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk Pembelajaran

Masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan

menyeronokkan.

Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya

pembelajaran pelajar anda. Berikut ialah beberapa kaedah atau aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melakukannya seperti

syarahan, penerangan, penjelasan, huraian, demostrasi, bercerita, pembacaan, memberi

nota

Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar di

mana pelajar yang melakukannya ialah antara seperti soal jawab, latih tubi, bercerita,

membuat latihan, perbincangan, demostrasi pelajar, kerja amali, projek, kuiz,

pembelajaran koperatif, lakonan dan sebagainya.

3.3 Populasi dan Pensampelan

Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar – pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah

menengah di Selangor. Semua pelajar yang dipilih adalah pelajar yang sedang diajar oleh

guru pembimbing dan guru memilih mereka sebagai sampel. Pelajar terdiri daripada

pelajar perempuan dan pelajar lelaki.

Pelajar tingkatan 1 dipilih kerana mereka tidak terlibat dengan peperiksaan umum.

Sampel terdiri daripada pelajar lemah yang telah dikenalpasti dari keputusan peperiksaan

UPSR. Tajuk dan kandungan matematik tingkatan 1 adalah menguji kepada pengetahuan

15

Page 17: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

matematik asas sahaja. Semasa kajian, guru akan meneruskan tajuk pecahan yang perlu

diajar mengikut silibus matematik tingkatan 1.

3.4 Instrumen Penyelidikan

Di dalam menjayakan kajian ini, penggunaan instrumen yang bersesuaian akan

membantu keberkesanan dan dapatan yang lebih berguna kepada pengkaji. Terdapat

beberapa instrumen yang dipilih oleh guru bagi melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan kaedah Pengajaran Masteri. Instrumen yang digunakan

dalam menjalankan kajian ini ialah:

a) Di awal kajian, pengkaji akan membuat pemerhatian ke atas pelajar

yang terlibat di dalam kajiannya. Ia bertujuan mendapat maklumat

tentang tahap pencapaian pelajar. Pengkaji juga boleh mendapatkan

maklumat daripada guru menerusi keputusan ujian sebelumnya.

b) Instrumen ke 2 yang digunakan ialah Soal Selidik 1. Soal selidik 1

adalah berkaitan latar belakang dan maklumat pelajar. Soal selidik ini

akan diisi oleh setiap pelajar yang terlibat. Pengkaji juga akan dapat

mengenalpasti masalah melalui latar belakang mereka.(Sila lihat

lampiran 1 )

c) Instrumen yang seterusnya ialah pra-ujian, di mana ia akan diberikan

kepada dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan

keksperimen.Sebanyak 10 soalan berkaitan pecahan yang akan

diberikan dan pelajar diminta menjawab dalam masa yang diberikan

(Sila lihat lampiran 2 )

d) Soal Selidik 3 pula akan diberikan selepas Pembelajaran Masteri

dijalankan ke atas pelajar. Ia bertujuan mendapat maklum balas

daripada pelajar supaya pengkaji dapat membuat perbandingan tentang

keadaan sebelum dan selepas kajian dijalankan.(Sila lihat lampiran 1 )

e) Instrumen yang terakhir ialah pasca-ujian. Soalan yang sama diberikan

di dalam pra-ujian tetapi pasca-ujian hanya diberikan kepada kumpulan

16

Page 18: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

eksperimen sahaja bagi menguji keberkesanan kaedah pengajaran

masteri yang digunakan oleh pengkaji bagi topik pecahan.(Sila lihat

lampiran 3)

3.5 Prosedur Pengutipan Data

Pada awal sesi pertama, inventori ”Sikap Terhadap Matematik” diedarkan kepada

kumpulan eksperimen untuk memperolehi maklumat tentang sikap murid terhadap

matematik. Untuk memastikan mereka memahami semua pernyataan dalam inventari,

setiap satunya dibaca dan diterangkan sebelum mereka membulatkan respons masing-

masing.

Rawatan diberi pada waktu-waktu yang ditentukan kepada kumpulan eksperimen

mengikut jadual diberikan oleh guru pembimbing. Setiap pelajar melibatkan diri secara

aktif dalam menyelesaikan masalah secara kumpulan kecil atau perseorangan.

Pada akhir tempoh kajian, inventori ”Sikap Terhadap Matematik” diedarkan semula

kepada kumpulan eksperimen untuk respons mereka. Analisis dibuat dengan

membandingkan markah ujian pra dan pasca bagi kedua-dua kumpulan. Selain itu

respons kumpulan eksperimen terhadap inventori ”Sikap Terhadap Matematik” sebelum

rawatan dan selepas rawatan dibandingkan. Pengkaji juga akan memberi sedikit

penerangan ringkas tentang tujuan dan bagaimana kajian dijalankan agar pelajar dapat

memberi komitmen yang diharapkan oleh pengkaji. Bagi kesahan kajian, pelajar

diingatkan agar tidak meniru rakan.

17

Page 19: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

3.6 Prosedur Penganalisaan Data

Data yang dikumpul dari instrumen kajian akan dianalisa dengan mencari frekuensi dan

peratus. Maklumat mengenai jantina pelajar akan memberikan peratus bilangan pelajar

lelaki dan perempuan. Manakala maklumat mengenai markah dan gred matematik setiap

pelajar adalah untuk melihat peratus keupayaan awal pelajar. Maklumat ini juga akan

digunakan untuk mencari hubungan antara keberkesanan Pembelajaran Masteri dengan

prestasi pelajar.

Data yang dikumpul dari soalan ujian pra dan ujian pasca akan dianalisis berdasarkan

ujian t. Ujian t digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang

signifikan bagi pencapaian pelajar penambahan pecahan yang tidak sama penyebutnya di

antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kebolehan pelajar pada peringkat awal

dan akhir kajian selama 7 minggu akan dilihat berdasarkan skor markah yang diperolehi

pelajar untuk setiap item soalan dan markah keseluruhan .

18

Page 20: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

3.7 Ringkasan

Kajian ini menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran Masteri bagi

menunjukkan keberkesanan dalam membantu pelajar pemulihan tidak ketinggalan dalam

topik pembelajaran. Dalam kajian ini, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kedua-duanya menduduki uijian pra dan

pasca dalam tempoh masa yang ditetapkan. Analisis data dibuat selepas kedua-dua ujian

selesai dijalankan. Pelajar yang masih belum menguasai tahap masteri 80% diberikan

pemulihan. Sementara murid yang telah mencapai tahap yang diinginkan diberi

pengayaan.

Untuk menjayakan Pembelajaran Masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai

mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu

merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah.

Sekiranya pengajaran dan pembelajaran masteri ini dirancang rapi dan dilaksanakan

sepenuhnya oleh guru dan pelajar, ianya dapat membantu pelajar pemulihan meneruskan

pembelajaran mereka.

19

Page 21: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

Bibliografi

Assoc. Prof. Dr. Rohani Ahmad Tarmizi. (2008). SBEM3203 Remedial in Teaching

and Learning Mathematics. Selangor : UNITEM. Sdn. Bhd.

Prof.Dr.Ansary Ahmed,Prof.Dr.T.K.Mukherjee.(2004).SBEM3303 Methodology in

Teaching Mathematics: UNITEM Sdn Bhd.

Prof Madya Dr. Mansor Fadzil, Prof.Madya Dr.Abd Razak Habib, Open University

Malaysia 2003, EDUH2025 Psikologi Pendidikan dan Kaunseling: UNITEM Sdn

Bhd.

Assoc. Prof. Dr. Saat Md Yasin,Assoc.Prof.Dr. Bakhtiar Mansor, Assoc. Prof. Dr. Abdul

Rashid Johar, Assoc. Prof. Dr. Mohd Kidin Shahran, Prof Dr. Abdul Razak

Habib, Assoc. Prof. Dr. Alias Mohd Yatim, Dr. David Lim Chong Lim & Dr. Nor

Azizah Salleh.(2008).HBEF4106 School – based Research.:UNITEM Sdn. Bhd.

Atan Long.(1991).Pelbagai Kaedah Mengajar: Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur .

Ee Ah Meng . (1998). Pedagogi 11 Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad.(2007). Trend Pengajaran

Dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Sdn Bhd.

Lee Chin Choy.(2002). Yeo Mui Kiow, Intregated Curriculum For secondary Schools

Mathematics Form 1 : Pustaka Cipta Sdn Bhd.

20

Page 22: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

Microsoft PowerPoint - Pembelajaran Masteri.ppt [Read-Only]

[Online]http://219.94.96.174/sainsmath2002/pedagogi%20ubahsuai/PembelajaranMasteri.pdf [2008,September 11].

Rencana-rencana [Online]http://www.teachersrock.net/masteri1.htm#Konsep%20

Pembelajaran%20 Masteri [2008,September 11]

Tengku Zawawi Tengku Zainal. ( 1998). Matematik KBSM: Harapan Dan Realiti.

Jurnal Akademik Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit, 40-41.

Tengku Zawawi Tengku Zainal. ( 1999). Kefahaman Konsep Dalam Matematik.

Jurnal Akademik Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit, 25-26

Yong Ping Kiang, Wong Kam Cheu, Chew Lee Kian.(2005). Drive a @ PMR

Mathematics Form 1: Sasbadi Sdn Bhd .

21

Page 23: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

LAMPIRAN 1 : SOAL SELIDIK

Tingkatan : ……………………………....

Jantina : ………………………………

Kaum : ………………………………

Bilangan adik-beradik: ………………………………

Pekerjaan Bapa : …………… …………………

Pekerjaan Ibu : ………………………………

Pencapaian UPSR bagi matapelajaran Matematik: ……

Pencapaian Matematik bagi Ujian yang lalu : ...........

Bulatkan pilihan anda mengikut skala yang diberikan bagi soalan-soalan berikut.

1 - sangat tidak setuju

2 - tidak setuju

3 - kurang setuju

4 - setuju

5 - sangat setuju

BIL SOALAN PILIHAN

1 Saya dapat menguasai topik pecahan bila guru sentiasa

mengulangi topik tersebut

1 2 3 4 5

2 Saya dapat belajar bila guru mengajar langkah demi

langkah.

1 2 3 4 5

3 Guru memperuntukkan masa yang mencukupi untuk saya

kuasai kemahiran di dalam topik pecahan.

1 2 3 4 5

4 Guru menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran

yang pelbagai.

1 2 3 4 5

5 Guru membimbing saya dengan mesra ketika mengajar. 1 2 3 4 5

22

Page 24: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

LAMPIRAN 2 : PRA-UJIAN

Instruction: Answer all the questions. Write your answer in the space provided.

1. Calculate

3 + 2 =

5 7

2. 4 + 1 =

5 4

3. 7 + 6 =

11

4. Evaluate

1 + 1 + 1 =

3 6 12

5. 1 + 1 =

4 6

6. Calculate the value of

1 + 3 =

3 4

7. Calculate

2 + 3 + 1 =

5 10

8. 19 + 6 =

10

9. 5 + 1 =

6 5

10. Evaluate

1 + 1 + 1 =

3 4 6

23

Page 25: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

LAMPIRAN 3 : PASCA UJIAN

Instruction: Answer all the questions. Write your answer in the space provided.

1. Calculate

3 + 4 =

6 8

2. 8 + 5 =

10 5

3. 7 + 6 =

15

4. Evaluate

1 + 1 + 1 =

4 2 8

5. Calculate

2 + 3 + 1 =

6 12

6. Calculate the value of

1 + 3 =

3 4

7. 1 + 1 =

3 8

8. 19 + 6 =

10

9. 5 + 1 =

12 4

10. Evaluate

1 + 1 + 1 =

2 4 8

24

Page 26: tesis-1

OUM S SYAHRULKHARIYANA BT MOHD BUKHARI B.ED. (MATHEMATICS) (HONS) 2008

25