tesis individu

Upload: ericoh-fx

Post on 18-Jul-2015

128 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

GURU KHB KERJA KAYU ELEKTRIK/ ELEKTRONIK GURU PENYELARAS BENGKEL KERJA PAIP/ ENJIN DAN VOKASIONAL PEMBANTUPENGETUA KANAN 3 BENGKEL KETUA PANITIA TEKNIK 3 PERTANIAN / PERKEBUNAN JAHITAN MASAKAN

PEMANTAUAN PENDEKATAN KOLABORATIF PENGURUSAN

BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALUMPANG, ULU BERNAM, SELANGOR

MUHAMAD SHAHADAN BIN SHARIPUDDIN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1

PEMANTAUAN PENDEKATAN KOLABORATIF PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALUMPANG, ULU BERNAM, SELANGOR

MUHAMAD SHAHADAN BIN SHARIPUDDIN 850812-05-5121

Laporan cadangan penyelidikan ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kemahiran Hidup/Teknikal

Fakulti Seni dan Muzik Jabatan Teknik dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris

MAC, 2010

2

PENGHARGAANSyukur ke Hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurniaNya , saya berjaya jua menyiapkan proposal kajian bagi Penyelidikan Ilmiah di bawah tajuk yang telah dipilih oleh saya sendiri dengan bantuan penyelia iaitu Pemantauan Pendekatan Kolaboratif Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang, Ulu Bernam, Selangor. Proposal kajian ini merupakan suatu dedikasi dan komitmen serta kefahaman saya bagi subjek Penyelidikan Ilmiah. Saya berharap segala apa yang terkandung di dalam isi proposal ini dapat dijadikan manfaat dan dijadikan rujukan pada masa hadapan. Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah saya iaitu Prof. Dr. Supli Effendi Rahim serta penyelia Prof. Madya Dr. Mohamad atas segala tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses menyiapkan proposal kajian ini. Manakala untuk teman-teman seperjuangan juga diucapkan terima kasih di atas komitmen yang padu yang telah diberikan sepanjang menyiapkan proposal ini pada masa dan waktu yang telah ditetapkan . Akhir sekali , terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Sekian ,Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.

DEDIKASI 3

Untuk keluarga tersayang dan sahabat handai yang disanjungi, Pengorbanan dan kesetiaan kalian menjadi sumber ilham ku Jasamu takkan ku lupa selamanya.

ISI KANDUNGAN

4

JUDUL PENGHARGAAN DEDIKASI

i, ii iii iv

BAB 1

PERKARA PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar belakang masalah 1.3 Penyataan masalah 1.4 Persoalan kajian 1.5 Objektif kajian 1.6 Kepentingan kajian 1.7 Batasan kajian 1.8 Definisi termenologi 1.8.1 Pengurusan 1.8.2 Bengkel Kemahiran Hidup 1.8.3 Pendekatan 1.8.4 Kolaboratif 1.8.5 Kemahiran Hidup

MUKA SURAT

1 2 4 5 5 6 77

7 7 8 8 8

2

SOROTAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan 2.2 Kepimpinan 2.3 Mata pelajaran Kemahiran Hidup 2.3.1 Bahagian teras 2.3.2 Bahagian Elektif 2.4 Peranan guru di bengkel Kemahiran Hidup 9 9 11 12 12 13

5

2.5 Penguruan dan organisasi 2.5.1 Senarai tugas panel KHB 2.6 Keselamatan 2.7 Penutup 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Rekabentuk kajian 3.3 Sampel kajian 3.4 Instrumen kajian 3.5 Kajian rintis 3.6 Prosedur kajian 3.7 Analisa data BIBLIOGRAFILAMPIRAN

13 16 19 20 21 21 22 22 24 24 24 2528

BAB 1

6

PENDAHULUAN

1. Pengenalan Pusat bagi amali pengajaran dan pembelajaran subjek kemahiran hidup adalah bengkel kemahiran hidup. Struktur dan bentuk organisasi yang berbeza-beza dari segi dalaman atau luaran, amali bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup tetap berjalan. Langkahlangkah mengelak kemalangan yang diaplikasikan dengan teratur melalui penyusunan, penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan, boleh melahirkan pelajar yang positif. Pendekatan Kolaboratif bermaksud pemaufakatan, kekitaan dan kerjasama yang ikhlas dan terbuka oleh setiap individu yang terlibat. Pengurusan makmal KHB secara kolaboratif ini bermakna semua guru-guru Kemahiran Hidup hendaklah bekerjasama dalam menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dan setiap guru sentiasa faham tentang konsep pengurusan dan pengendalian setiap makmal (KPM 1996). Sebagai contoh seorang guru mestilah faham bahawa pengendalian dan pengurusan bengkel kemahiran hidup yang betul dan teratur sebelum memulakan dan selepas menamatkan kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Setiap pelajar yang mempelajari subjek Kemahiran Hidup dikehendaki mempratikkan Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan serta Reka cipta yang menjadi komponen teras dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Dari segi praktikalnya, pelajar perlulah mempraktikkan segala kemahiran yang ada di dalam subjeksubjek berkenaan melalui ruang yang kondusif (bengkel kemahiran hidup) disamping memerlukan kelengkapan alat dan bahan-bahan yang bersesuaian. Secara fizikal bilik-bilik dan bengkel Kemahiran Manipulatif, Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian telah yang wujud di sekolah pada masa ini berjauhan dan berasingan antara satu sama lain. Keadaan

7

ini menyebabkan pelajar-pelajar sentiasa bergerak mengikut kesesuaian, bahkan kerap berlaku peralatan dan juga bahan-bahan terpaksa beralih daripada satu makmal ke satu makmal yang lain (Laporan PPK 2005). Dengan ini pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknik dan Vokasional telah menyarankan agar guru-guru Kemahiran Hidup dapat mengamalkan pengurusan bengkel KHB ini melalui pendekatan kolaboratif. Ini bagi mempastikan agar pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dapat dilakukan dengan lebih sistematik agar pengajaran dan pembelajaran subjek ini menghasilkan impak yang optimum (PPK 2005). 1.2 Latar Belakang Masalah Bermula tahun 1991, pilihan mata pelajaran Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan telah diganti selaras dengan perubahan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) iaitu Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Mata pelajaran ini lebih menekankan aspek kemahiran dalam kehidupan seharian. Berbanding dengan mata pelajaran yang terdahulu Kemahiran Hidup Bersepadu berkonsepkan penyatuan dalam semua mata pelajaran teknikal gabungan keempat-empat pilihan, iaitu Kemahiran Teknologi, Perdagangan dan Keusahawan, Pertanian dan Ekonomi Rumah Tangga (KPM,1991) Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah menengah tingkatan 1-3 berhasrat memupuk celik teknologi, kesedaran ekonomi dan pengurusan diri (PPK 1992). Asas kemahiran yang diberikan kepada pelajar ini seperti membuka, memasang, menyelenggara, membaiki kerosakan kecil, mengurusniaga barang, menanam, menternak, memasak dan menjahit (kemahiran Teknikal) amatlah berguna bagi kegunaan kehidupan seharian mereka. Hasil kerja tangan yang di lakukan oleh tangan (hands on) dan kemahiran diri mampu mencipta hasil (produk) yang baru atau inovasi dari produk sedia ada yang boleh digunakan oleh orang ramai.

8

Oleh itu, guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup mempunyai peluang menggunakan bengkel-bengkel yang terdapat di sekolah seperti bengkel kerja kayu, elektrik dan elektronik, dan bilik lukisan teknik secara optimum. Untuk mengelakkan berlakunya masalah penyenggaraan ketika berada di bengkel, guru-guru perlulah mengetahui cara pengendalian bengkel dengan sempurna agar kerjasama di antara guruguru yang lain dapat berjalan dengan baik. Suasana pembelajaran untuk aktiviti ini haruslah sentiasa berkeadaan baik supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin, berkesan dan mencapai matlamat. Satu kajian Pusat Perkembangan Kurikulum (2005), 96.8% responden bersetuju bahawa bengkel harus diselenggara dengan kemas dan tersusun. Perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu memberi kesan kepada keadaan di bengkel dan tugas guru. Beban tugas guru bertambah dimana tahap pengurusan harus ditingkatkan dan tidak boleh ditahap lama. Menutut PPK lagi pelbagai masalah timbul apabila 66.7% alatan tidak mencukupi, 61.9% menyatakan alatan tak mencukupi menyebabkan kerja amali tidak dapat dijalankan mengikut jadual. 88.9% waktu mengajar terlalu banyak dan 93.6% menyatakan kemudahan dan penyesuaian makmal perlu dikemaskini. Perbezaan latar belakang guru yang mengajar kemahiran hidup juga mempengaruhi mutu pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Menurut Suhaimi (1995) Guru yang telah lama berkhidmat mempunyai kepakaran dalam pengurusan makmal Kemahiran Hidup berbanding guru yang baru berkhidmat. Masalah pengurusan bengkel merupakan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup. Setiap guru Kemahiran Hidup mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik. Ketua Panitia haruslah melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dengan penuh rasa tanggungjawab dengan sentiasa membantu guru-guru yang kurang berkemahiran ini dengan sentiasa peka dan mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah pengurusan bengkel Kemahiran Hidup.

9

Menurut Ramlah Hamzah (1993) dalam jurnal tulisannya, keadaan ini telah menimbulkan masalah terutama bagi guru-guru yang kurang arif terhadap makmal-makmal yang lain. Guru-guru saling bertelagah dan menuduh antara satu sama lain. Guru KH yang lain tidak menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dengan sempurna selepas mereka gunakan. Hal ini menyebabkan Jabatan Pendidikan Teknik perlu merancang satu program pengurusan bengkel Kemahiran Hidup supaya guru-guru tidak lagi bersengketa dan sering bermasam muka antara satu sama lain melalui Pengurusan Bengkel Kemahiran Bersepadu Pendekatan Kolaboratif . 1.3 Penyataan Masalah Pendekatan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang digunakan sebelum ini merupakan kaedah yang kurang praktik dan tidak sesuai kerana guru hanya melakukan pengurusan pada bengkel tertentu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pertembungan penggunaan bengkel Kemahiran Hidup dengan sistem pengurusan yang tidak teratur terutama jadual kelas harian. Maka satu sistem pengurusan makmal Kemahiran Hidup pendekatan kolaboratif telah diperkenalkan bagi mengatasi segala permasalahan yang berlaku dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Pendekatan kolaboratif ini mengutamakan ciri-ciri permuafakatan, kekitaan serta kerjasama yang ikhlas dan terbuka oleh setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak. Sistem ini mengutamakan pengurusan stok barang/bahan, serta prosedur menggunakan makmal Kemahiran Hidup dengan lebih teratur dan berkesan. Di sekolah, Pengurusan Bengkel Kemahiran Bersepadu Pendekatan Kolaboratif ini mula dilaksanakan pada tahun 1996, sebahagian besar guru telah diberi pendedahan melalui kursus dan seminar samada diperingkat negeri, daerah ataupun sekolah. Namun, pelaksanaannya masih menjadi persoalan kepada guru sama ada melaksanakannya dengan baik ataupun sebaliknya. Kebanyakan guru-guru masih kurang faham tentang bagaimana untuk melaksanakan dan mendapat kerjasama penuh dengan guru-guru yang lain. Oleh itu satu kajian berkaitan dengan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Melalui Pendekatan Kolaboratif Di Sekolah perlu dilaksanakan dengan kajian akan

10

menyentuh aspek-aspek kerjasama antara guru-guru KH, kekerapan mengadakan mesyuarat oleh Panatia KH, pemantauan oleh pihak-pihak terbabit dan penyediaan bukubuku rekod penyelenggaraan.

1.4 Persoalan Kajian Berdasarkan masalah-masalah yang dikemukakan, beberapa persoalan boleh dikaji seperti:1. Apakah tahap kerjasama antara guru-guru Kemahiran Hidup, pihak pentadbiran, ketua panatia dan guru-guru lain dalam melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif? 2. 3. 4. Sejauh manakah kekerapan guru-guru, pentadbir PPD dan JPN membuat pemantauan terhadap bengkel Kemahiran Hidup dari masa ke semasa? Apakah kekerapan mesyuarat guru-guru diadakan bagi membincang dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru? Apakah persepsi pelajar terhadap pengurusan bengkel yang disediakan oleh guru mereka? 1.5 Objektif Kajian Berdasarkan penyataan yang telah ditimbulkan, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan meninjau aspek ciri-ciri berikut:1.5.1 Mengenalpasti samada guru-guru, Ketua Panitia dan Pihak pentadbir sekolah memberikan kerjasama semasa melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif. 1.5.2 Mengenalpasti sekerap mana guru-guru, ketua Panitia dan pihak pentadbir mengadakan pemantauan semasa melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif.. 1.5.3 Mengenalpasti samada guru mengadakan mesyuarat yang ditetapkan semasa melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif

11

1.5.4 Mengenalpasti

setakat

mana

guru

menyediakan

dan

mengemaskini

penyelenggaraan bengkel Kemahiran Hidup untuk kegunaan pelajar.

1.6 Kepentingan kajian Kajian adalah mengenai persoalan adakah guru-guru melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran hidup pendekatan kolaboratif di sekolah dirasakan penting kerana setelah hampir 10 tahun arahan perlaksanannya dijalankan, didapati guru semakin hari semakin kurang mengamalkannya. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya pengetahuan dan pengalaman guru dalam proses pelaksanaannya atau kurangnya kerjasama dari guru-guru Kemahiran Hidup yang lain, Ketua Panitia dan pihak pentadbir sekolah. Melalui kajian ini diharap dapat membantu guru-guru, pihak pentadbir sekolah dan Penyelaras Teknik dan Vokasional Daerah untuk merangka satu pendekatan yang lebih berkesan bagi membantu guru-guru yang kurang pengetahuan dan pengalaman atau guru yang kurang memberi kerjasama ini untuk melaksanakan pengurusan bengkel pendekatan kolaboratif secara lebih berkesan dan sistematik. Selain itu juga, adalah diharapkan laporan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada bahagian perancangan dan Penyelidikan KPM untuk merancang dasar dan program peningkatan profesionalisma terutama dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang berkesan dan kondusif.

1.7 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang di daerah Ulu Bernam, Selangor sebagai sampel. Responden adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajar-pelajar Kemahiran Hidup Tingkatan 3. Walaupun kajian ini melibatkan satu tempat kajian, namun kesimpulannya sedikit

12

sebanyak dapat menggambarkan keadaan di sekolah pada amnya. Pelbagai elektif instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah set soal selidik.

1.8 Definisi Termenologi Definasi istilah adalah berhubung dengan istilah yang digunakan dalam kajian yang hendak dijalankan. Ini bertujuan mengelakkan diri memahami kajian dan persepsi yang berbeza sepertimana yang dikehendaki dalam sesuatu kajian. 1.8.1 Pengurusan Menurut istilah kamus dewan (2001) adalah suatu perihal (kerja dan sebagainya) dalam menguruskan sesuatu perihal mengurus (syarikat, badan, perniagaan dan sebagainya). Ianya adalah berkaitan dengan perihal menguruskan makmal dan guru Kemahiran Hidup. Menurut Rashid (1995) mendefinisikan pengurusan sebagai mengurus manusia, asset, organisasi dan negara dimana ianya adalah kerja yang khusus yang hanya diketahui oleh manusia yang terlatih dalam sesuatu bidang berkaitan. 1.8.2 Bengkel Kemahiran Hidup Bengkel ialah sebuah tempat, ruang atau bilik yang digunakan untuk melakukan ujikaji atau aktiviti kerja amali. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan terdapat peralatan dan bahan-bahan di dalamnya. Terdapat ruang-ruang khas untuk pengajaran dan pembelajaran dan ruangruang ini hendaklah dilengkapi dengan keperluan minimum pengajaran dan pembelajaran. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992) 1.8.3 Pendekatan Pendekatan diistilahkan sebagai keadah atau cara yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas.

13

1.8.4 Kolaboratif Kolaboratif membawa maksud muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar, antara guru dengan pentadbir, antara pentadbir dengan institusi dan sebagainya. Kolaboratif bermaksud bekerja dalam pasukan, usaha sama, mempunyai hubungan dua hala, konsep perkongsian dan pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat yang membawa kebaikan bersama. Kolaboratif merupakan sistem pemuafakatan yang harus dibina sebelum membina tujuan kajian tindakan atau harus dibina dalam proses menjalankan kajian tindakan. 1.8.5 Kemahiran Hidup Mata pelajaran yang mengandungi beberapa komponen teras iaitu Kemahiran manipulatif, Perdagangan, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Kekeluargaan serta tiga komponen elektif iaitu Kemahiran Manipulatif Tambahan, Ekonomi Rumah Tangga dan sains Pertanian.

BAB 2

14

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan Dalam bab ini penyelidik akan membuat sorotan tentang pengurusan matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah. Penyelidik akan menjelaskan tentang kepimpinan, mata pelajaran Kemahiran Hidup dan diikuti dengan bengkel Kemahiran Hidup. Seterusnya penjelasan tentang tanggungjawab guru di bengkel Kemahiran Hidup, keselamatan, pengurusan organisasi dan organisasi bengkel Kemahiran Hidup. 2.2 Kepimpinan Kepimpinan merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Kepimpinan dapat mengenalpasti hal ehwal keluarga, organisasi, masyarakat, dan termasuklah di dunia. Kepimpinan merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia sama ada dalam soal-soal sosial, pendidikan, politik, ekonomi mahupun kerohanian. Pemimpin merupakan seorang yang memainkan peranan yang besar dalam sesebuah organisasi. Pemimpin yang sentiasa membawa perubahan yang baik kepada kehidupan manusia amat wajar diteladani . Menurut Wan Zahid Nordin (2003) Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan reasonable kepada yang lain, yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear, dan lateral yang menggunakan budaya reflective rationality dan yang unreasonable . Menurut Ab. Aziz (2000) pula pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang peka kepada tuntutan perubahan samada perubahan dalaman yang didalam kawalannya atau perubahan yang diluar kawalan mereka. Kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan yang diperlukan oleh setiap lapisan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah dan mengarah. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tertentu seperti tentera, pilitik, agama dan sosial. Perjuangan pemimpin yang berani bijaksana menjadi intipati lagenda dan mitos.

15

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin. Pimpin bererti bimbing, pandu dan tunjuk. Memimpin memberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan-jalan menuju ke sesuatu tempat.. Pemimpin membawa erti keupayaan memimpin dankepimpinan pula ialah keupayaan sebagai pemimpin atau daya seorang pemimpin (Kamus Dewan 2001). Dalam sudut yang lain , kepimpinan boleh didefinasikan sebagai setiap tindakan yang merupakan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat. Pemimpin perlu bertindak apabila berhadapan dengan masalah, semasa melaksanakan pemulihan atau membuat keputusan. Pemimpin perlu bertindak secara proaktif bagi menggerak dan merangsang orang lain untuk bertindak. Seseorang pempimpin seharusnya memiliki segala idea yang kreatif atau wawasan agung bagi menjana organisasi.

Pemimpin merupakan individu yang menjadi ketua dan penggerak dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan ialah kebolehan, kecekapan, keberkesanan dan kewibawaan seseorang pemimpin menggerakkan organisasi. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkesan menurut Ahmad Athory Hussin (1991) ialah :2.2.1 Mempunyai wawasan organisasinya, berkebolehan menterjemah wawasan menjadi pelan tindakan yang praktikal dan fleksibel. 2.2.2 Memiliki ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini. 2.2.3 Mengamalkan budaya beretika (perpaduan, penyayang, kerja berpasukan, bersopan santun, berdisiplin, hidup sihat, jujur, ikhlas). 2.2.4 Mahir berkomunikasi dengan berkesan. 2.2.5 Memiliki budaya jati diri (daya saing, daya tahan, daya juang, daya saring, daya tekal). 2.2.6 Produktif - mementingkan peningkatan yang berterusan. 2.2.7 Cekap menggunakan segala sumber yang ada dengan optimum. 2.2.8 Sentiasa memantau dan menilai perkembangan setiap program dan organisasi.

16

2.2.9 Memiliki gaya kepimpinan.

Kepimpinan merupakan tingkah laku bertumpu bagi mancari jalan penyelesaian masalah dan bagi mencari jalan iaitu melaksanakan sesuatu program atau tugasan bertujuan untuk menangangi matlamat organisasi itu. Menurut Hussein, (1993) organisasi yang berkesan adalah bergantung pada gaya kepimpinan ketuanya. Seorang guru Kemahiran Hidup haruslah mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin untuk menguruskan bengkel yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang dipertanggungjawabkan hendaklah menggunakan segala pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan sesuatu organisasi itu dengan memberi manafaat kepada pelajar dan organisasi. Sebagai guru, seharusnya mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul untuk membimbing ahli-ahlinya ke arah kesempurnaan dan keunggulan diri. Pendidik dan pemimpin yang baik yakin akan kebolehan dalam melaksanakan tugas-tugas disamping memberi bimbingan serta penyediaan yang wajar kepada orang yang dipimpin. Mereka perlu bersifat fleksibel semasa berurusan dengan personaliti yang berbeza yang mana perkara ini selaras dengan konsep Parlov yang mengaitkan stimulus, tindakan dan ganjaran. Sehubungan dengan itu, pemimpin harus mempunyai karisma yang cukup kuat di kalangan pengikut dan kumpulannya.

2.3 Matapelajaran Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup ialah satu mata pelajaran baru dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah bagi menggantikan mata pelajaran Aneka Jurusan (Seni Perusahaan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Perdagangan dan Keusahawanan). Kemahiran hidup adalah kemahiran-kemahiran asas yang perlu dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan mereka bertindak mengendalikan hidup secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Mata pelajaran ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar seberapa banyak yang boleh bidang kemahiran agar kemahiran yang dipelajari itu dapat digunakan oleh pelajar untuk kehidupan seharian seperti membaik pulih perkara yang mudah di rumah mereka. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1992),

17

kemahiran hidup merupakan komponen asas kepada pendidikan vokasional dan teknologi. Satu kemahiran asas untuk menjalankan aktiviti urusan harian dan keusahawanan. Kemahiran asas yang dibekalkan untuk membolehkan seseorang bertindak mengendalikan hidup dengan cara produktif dalam dunia teknik dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Dalam Kemahiran Hidup, ia merujuk kepada kecekapan yang seharusnya diperolehi oleh pelajar tersebut.

2.3.1 Bahagian Teras Bahagian ini mengandungi 2 komponen iaitu Kemahiran Manipulatif dan Perdagangan. Bahagian teras wajib dipelajari oleh semua pelajar.

2.3.2 Bahagian Elektif Bahagian ini mengandungi 4 komponen iaiti Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Perdagangan dan Pertanian. Pelajar dikehendaki memilih salah satu daripada 4 komponen yang dipelajar ditingkatan 1 hingga 3.

Dalam melaksanakan semua mata pelajaran ini, semua pelajar akan menggunakan bengkel untuk menjalankan amali dan guru-guru dari elektif lain juga akan menggunakan bengkel yang sama bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Peranan Guru di Bengkel Kemahiran Hidup Guru atau pendidik sering dikaitkan pengajar kepada murid di sekolah. Pengajar adalah individu yang memberi panduan, bimbingan serta tunjuk ajar kepada seseorang atau sekumpulan manusia (Kamaruddin, 1994). Guru Kemahiran Hidup bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada pelajar tetapi bertanggungjawab mengelola kemudahan dan keadaan fizikal sekelilingnya.

18

Peranan guru Kemahiran Hidup adalah lebih berat jika dibandingkan dengan guruguru yang lain. Selain mengajar, guru Kemahiran Hidup dikehendaki menyelenggara segala pekakasan dan peralatan di dalam bengkel selepas dan sebelum menggunakannya. Pengurus-pengurus bengkel juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap bengkel yang akan digunakan sentiasa dilengkapi dengan bahan dan peralatan yang dijamin keselamatannya.

Seorang pendidik itu itu mesti mampu memenuhi beberapa ciri seperti amanah, adil, berdedikasi, bertanggungjawab, berdisplin, berdaya usaha dan berperibadi mulia. Oleh yang demikian guru perlu peka akan perubahan sekeliling dan sentiasa membimbing pelajar-pelajar untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran serta sentiasa mengamalkan peraturan dan keselamatan semasa bekerja menggunakan bengkel Kemahiran Hidup.

2.5 Pengurusan dan Organisasi Sesebuah organisasi sama ada yang bercorak perniagaan atau perkhidmatan mestilah mempunyai matlamat yang tersendiri. Jesteru itu, organisasi tersebut berfungsi untuk mencapai matlamat ini. Pencapaian matlamat organisasi pula bergantung pada banyak faktor. Faktor ini boleh ditinjau dari segi input , output dan alam sekitar sesebuah organisasi. Bengkel Kemahiran Hidup misalnya adalah sebuah organisasi formal yang diwujudkan untuk pengurusan. Matlamat sesebuah organisasi bengkel Kemahiran Hidup adalah untuk kepentingan pelajar Dalam pengurusan sebuah bengkel Kemahiran Hidup, guru haruslah menyusun satu organisasi yang mampu mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamaruddin (1994), organisasi meliputi satu atau lebih pusat kuasa yang menepatkan matlamat memperuntukan sumber-sumber mengarah kepada kemajuan. Pembinaan organisasi yang mantap dan berkesan dapat menguruskan segala aktiviti dengan lancar dan menepati apa yang dikhendaki.

19

Dalam organisasi bengkel Kemahiran Hidup, Ketua Panatia adalah orang penting untuk mencapai matlamat pengurusan. Ketua Panatia adalah satu jawatan yang dipilih mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak sekolah. Sebagai Ketua Panatia, guru ini bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti mengurus, mentadbir dan mengendalikan mesyuarat. Menurut Ahmad Hussein (1993) mengurus sebagai teknik atau cara menjalankan pentadbiran bagi menjayakan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.

20

Jadual 2.1 : Carta Organisasi Panitia KHB

2.5.1 Senarai Tugas Panel KHB 2.5.1.1 TUGAS PENGETUA 2.5.1.1.1 Bertanggungjawab keselamatan bengkel 2.5.1.1.2 Bertanggngjawab menentukan peraturan dan keselamatan dan peraturan di kemaskini dan dipatuhi terhadap pembangunan fizikal dan

21

2.5.1.1.3

Bertanggungjawab mempastikan kemalangan yang berlaku diambil tindakan segera

2.5.1.1.4

Bertanggungjawab mengenalpasti tindakan yang perlu diambil sewaktu kecemasan

2.5.1.1.5

Mempastikan peruntukan KHB digunakan sewajarnya.

2.5.1.2 TUGAS GURU KANAN MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 2.5.1.2.1 Bertanggungjawab dan mempastikan pengurusan organisasi bengkel berjalan dengan sempurna. 2.5.1.2.2 2.5.1.2.3 Menyusun jadual penggunaan makmal Bertanggungjawab mesyuarat 2.5.1.2.4 Menentukan penggunaan ABM digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran 2.5.1.2.5 Merancang dan mempastikan guru di kursus dalaman mengadakan dan mempengerusikan

2.5.1.3 TUGAS KETUA PANITIA 2.5.1.3.1 Bertanggungjawab membantu guru Kanan Mata pelajaran mengenai aspek-aspek pengurusan dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup. 2.5.1.3.2 2.5.1.3.3 2.5.1.3.4 Merancang program belanjawan tahunan Menyelaras penggunaan bengkel setiap elektif berjalan lancar Bertanggungjawab menyelaras stok dan mempastikan sentiasa dikemaskini

2.5.1.4 TUGAS PENYELARAS BENGKEL 22

2.5.1.4.1

Bertanggungjawab membantu penyelaras dalam perlaksanaan pengajaran dan pengajaran

2.5.1.4.2

Bertanggungjawab mempastikan keselamatan alatan, bahan pelajar di dalam bengkel

2.5.1.4.3

Bertanggungjawab terhadap penyusunan dan penyelenggaraan alatan dan bahan dalam unit dilaksanakan

2.5.1.4.4

Mengemaskini stok

2.5.1.5 TUGAS GURU KHB 2.5.1.5.1 Membantu penyelaras KHB dan penyelaras bengkel secara langsung bagi mempastikan kelancaran organisasi pengurusan bengkel dan proses pengajaran dan pengajaran

2.5.1.6 TUGAS PEMBANTU BENGKEL 2.5.1.6.1 2.5.1.6.2 2.5.1.6.3 2.5.1.6.4 2.5.1.6.5 2.5.1.6.6 Menyemak stok dan iventori Menyediakan alatan dan bahan pembelajaran dan pengajaran Menyelenggara dan membaik pulih alatan Merekod keluar masuk alatan Mempastikan keselamatan dan kebersihan bengkel Mempastikan alatan mencukupi sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan carta organisasi dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan, ianya tidaklah bergantung kepada tugas-tugas yang diberikan. Menurut Wan Azmi Ramli (1990), struktur organisasi adalah tentang bagaimana segala tanggungjawab ditentukan dan dipelbagaikan. Walaupun ketua mempunyai kuasa membuat keputusan tetapi teori pengurusan moden lebih menekankan ikut keadaan dan kerja berpasukan dalam menyelesaikan masalah.

23

Menurut Rozita Ismail, (2002) sistem pengelolaan dan pengurusan alatan, bahan dan ruang pembelajaran yang lebih berkesan dan teratur perlulah diadakan bagi mempastikan pengajaran dan pembelajaranberada dalam optimum. Sehubungan itu kaedah seperti pengurusan kolaboratif, harta modal, inventori, bekalan pejabat harus dikemaskini mengikut saranan Perkeliling Perbendaharaan bil. 2/1991

Menurut JPNJ (1995) (Megat Hashim 1997) mengatakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup dan kelengkapannya yang licin dan berkesan akan melahirkan pelajar yang mencintai ilmu dan bertanggungjawab. Oleh itu keperluan mengadakan bengkel yang kondusif membolehkan pelajar mendapat asuhan yang sempurna disamping suasana pendidikan yang lengkap dan bermanafaat serta selamat. Ini menunjukkan suasana yang selamat, baik serta pengurusan yang baik akan memberikan hasil produk yang bertanggungjawab serta berdedikasi.

Menurut Fredeck W. Taylor (1991) keberkesanan pengurusan terhasil apabila manusia mengikut kehendak seseorang melalui cara terbaik dan termurah. Beliau percaya bahawa sesuatu idea berlandaskan kepada faktor yang kukuh, hasil daripada percubaan yang cermat oleh pengurusan bengkel yang cekap dan kolaboratif dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru khasnya guru Kemahiran Hidup.

2.6 Keselamatan Aspek keselamatan adalah penting apabila berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Guru dan pelajar yang menjadi pengguna mesti sentiasa peka kepada aspek ini. Kesedaran tentang betapa pentingnya keselamatan dalam makmal patut ada dan ditanam didalam jiwa pengguna (Azhari, 1992).

24

Kemungkinan kemalangan wujud dalam melaksanakan kerja-kerja amali. Oleh itu langkah-langkah mencegah kemalangan haruslah difahami dan diterapkan setiap kali menjalankan kerja-kerja amali dan penggunaan bengkel Kemahiran Hidup. Salah satu daripada tujuan utama bagi sebarang rancangan amali ialah untuk membina sikap yang diingini termasuk kesedaran terhadap keselamatan diri. Untuk menimbulkan sikap ini, pengelolaan dan penyelenggaraan bengkel sekolah dan kelengkapan perlulah mencerminkan satu tahap keselamatan yang tinggi sepanjang waktu. Selain daripada itu keselamatan mestilah disatu padukan dalam setiap kali pengajaran teori dan amali dijalankan.

Menurut Hassan (1997), sebahagian besar daripada kepatuhan langkah-langkah keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua, penerimaan terhadap tugas dan kesedaran terhadap peraturan akan dapat menentukan selamat atau tidaknya sesuatu aktiviti itu. Guru perlu menyediakan langkah-langkah keselamatan seperti Utamakan Keselamatan atau Berhati-hati Semasa Berkerja pada dinding bengkel atau menggunakan carta keselamatan yang sesuai.

Crow and Crow (1980) mengatakan bahwa guru sepatutnya boleh mengerah, membimbing dan menyuruh pelajarnya membina sikap yang diingini. Pelajar yang sentiasa didedah dan ditekankan dengan peraturan mudah mengikut peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup. Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohaidin Othman (1995) mendapati susun atur makmal yang tidak baik mengganggu tumpuan semasa menjalankan kerja-kerja amali. 2.7 Penutup Makmal yang cemerlang haruslah mempunyai pengurusan dan organisasi yang baik dan sistematik untuk mencapai matlamat tertentu. Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah adalah satu institusi kecil dalam kawasan sekolah yang memerlukan pengurusan yang berkesan. Sebagai guru yang menjalankan kerja-kerja amali dalam

25

proses pengajaran dan pembelajaran haruslah mempunyai pengetahuan tentang pengurusan dan penyelenggaraan di bengkel Kemahiran Hidup. Aspek kerjasama atau kolaboratif amatlah penting dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup bagi mempastikan pengurusan dapat dilaksanakan bagi mewujudkan bengkel Kemahiran Hidup yang kondusif dan dan selesa. Sikap tolong menolong antara guru Kemahiran Hidup semasa mengendalikan pengurusan bengkel secara kolaboratif mampu merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan daya intelek.

BAB 3

26

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengumpul maklumat yang terperinci mengenai pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif. Di dalam bab ini beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan iaitu rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis dan analisis data.

3.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini dijalankan dalam bentuk soal selidik yang akan diedarkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sebuah sekolah menengah kebangsaan Kalumpang di daerah Ulu Bernam, Selangor.

Kaedah soal selidik akan dijalankan untuk mendapatkan maklum balas mengenai sejauh mana perlaksanaan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif di sekolah telah dipilih, dari segi pengurusan, pengajaran dan pembelajaran. Selain itu kajian ini juga akan membincangkan pendapat pelajar dan amalan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup.

3.3 Sampel kajian Sampel kajian adalah mengikut kaedah seluruh populasi. Jumlah populasi dalam kajian ini ialah 50 orang. Jadi sampel yang diperlukan ialah 30 orang. Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran Kemahiran

27

Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang bantuan penuh kerajaan di daerah Ulu Bernam, Selangor.

3.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian untuk kajian ini adalah dalam bentuk soal selidik. Pemilihan soal selidik sebagai instrumen kajian adalah kerana soal selidik dapat memberikan respon yang lebih tepat kerana responden tidak berhadapan dengan pengkaji semasa menjawab soalan soal selidik tersebut. Selain dari itu, cara ini berupaya mendapatkan data-data dengan lebih mudah dan banyak, sesuai dengan bilangan sekolah yang dipilih. Ia juga dapat menjimatkan kos dalam mengumpulkan maklumat yang diperlukan.

Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang digunakan untuk mengisi maklumat peribadi responden. Bahagian B pula terdiri dari 30 soalan yang berbentuk skala likert 5 mata yang digunakan untuk mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan kajian. Aspek-aspeknya ialah untuk meninjau pendapat pelajar Kemahiran Hidup tentang sejauh mana perlaksanaan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif yang disediakan oleh sekolah menengah itu.

Soalan soal selidik ini menggunakan skala likert 5 mata untuk memperolehi respon dalam bahagian B. Skala ini adalah seperti:

Skor 5 Skor 4 Skor 3 Skor 2

Amat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju

(AS) (S) (TP) (TS)

-

PositifPositif Berkecuali Negatif

28

Skor 1

Amat Tidak Setuju

(ATS)

-

Negatif

Jadual 3.1: Skala Likert 5 Mata

Sebanyak 30 salinan soal selidik disediakan untuk diedarkan kepada guru-guru termasuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah yang dipilih melalui Ketua Panitia sekolah tersebut. Setiap item tidak disatukan dalam satu kumpulan. Ini bertujuan untuk mengelakkan responden daripada terpengaruh dengan objektif kajian. Hasil dapatan nanti dikira dalam peratusan bagi setiap jawapan skala 1, 2, 3, 4 dan 5.

Skor setuju dan amat setuju digabungkan menjadi setuju sahaja. Begitu juga dengan tidak setuju dan amat tidak setuju menjadi tidak setuju. Sementara skala tidak pasti di kategorikan sebagai berkecuali. Ini dapat ditunjukkan seperti jadual di bawah:Skor Pernyataan Amat Setuju (AS) Setuju (S) Tidak Pasti (TP) Tidak Setuju (TS) Amat Tidak Setuju (ATS) Pernyataan Keseluruhan Setuju (S) Setuju (S) Berkecuali (B) Tidak Setuju (TS) Tidak Setuju (TS)

5 4 3 2 1

Jadual 3.2: Skor dan Penyataan yang diberi.

3.5 Kajian Rintis Kajian rintis telah dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan soalan. Kajian ini dijalankan ke atas 4 orang guru dan 26 pelajar Tingkatan 3 dari sekolah menengah kebangsaan yang terlibat. Kajian ini dijalankan dengan mengedar set soal selidik kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup serta pelajar-pelajar di sekolah berkenaan melalui Ketua Panitia Kemahiran Hidup. Masa untuk menjawab soalan ini 29

adalah tidak ditetapkan. Pengkaji akan mengutip semula set soal selidik daripada Ketua Panitia.

3.6 Prosedur Kajian Untuk menjalankan kajian ini beberapa prosedur-prosedur telah digunakan, di antaranya ialah meminta kebenaran daripada Jabatan Teknik dan Vokasional (UPSI), Fakulti Seni dan Muzik (UPSI) serta Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang untuk menjalankan kajian ini. Kertas cadangan projek telah dilampirkan bersama permohonan untuk mendapatkan kebenaran. 3.6.1 Mendapatkan kelulusan dari penyelia projek. 3.6.2 Mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Teknik dan Vokasional (UPSI) 3.6.3 Mendapatkan kelulusan daripada Fakulti Seni dan Muzik (UPSI) 3.6.4 Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua sekolah berkenaan. 3.7 Analisis Data Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis untuk menentukan hasil kajian. Data akan dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel. Nilai peratusan, min dan mod akan dihuraikan dalam bentuk jadual. Untuk mendapatkan min setiap soalan jumlah skor soalan dicampur dan kemudiannya dibahagi dengan keseluruhan jumlah soalan di dalam setiap item untuk mendapatkan min rendah, sederhana dan tinggi.

BIBLIOGRAFI Ahmad Athory Hussin (1991), Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

30

Ahmad Sabu, (1998). Jurnal Pengurusan Dan Kepemimpinan Pendidikan, Institut Aminudin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid 08, Bil. 01 Abd. Hamid Abu Bakar (2004), Amalan Pengurusan Mesyuarat Berkesan: Satu Kajian Di Daerah Hilir Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis Sarjana. Amran Zakaria (1997) Keupayaan Guru Kemahiran Hidup Dalam Pengurusan Bengkel dan Penyelenggaraan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kawasan Teluk Intan. UTM. Tesis Sarjana Muda. Azhari Md Salleh (1992), Pengurusan Industri. Johor Bahru: JJ Computer Publication Crow and Crow (1980), Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Hussein Mahmood (1993), Kepimpinan dan Keselesaan Sekolah. Cetakan Pertama: Kuala Lumpur. Hassan Salim (1997), Panduan Keselamatan Bengkel Di Sekolah. Edisi Pertama: Kuala Lumpur. Jaafar Abdullah (2001). Kolaboratif Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. JPNJ (1996). Pengurusan Makmal Pendekatan Kolaboratif. Bahagian Teknik dan Vokasional. Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Kamarudin Basir(1996) Cara Membina Pendidikan Vokasional Berasaskan Kecekapan. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (Terjemahan) Kamus Dewan, Edisi Baru (2001), Dewan Bahasa dan Pustaka.

31

Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). Laporan Pemantauan Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tahun 2005. Kementerian Pelajaran Malaysia, Putra Jaya. Megat Hashim Megat Yaakob (1997), Kesan Perubahan Mata Pelajaran Elektif Seni Perusahaan kepada Mata pelajaran Kemahiran Hidup Terhadap Pengurusan Alatan dan Kelengkapan. UTM. Tesis Sarjana Muda Mohaidin Othman (1995), Tinjauan Amalan Keselamatan Mesin dan Alat-alat Tangan di Bengkel Kemahiran Manipulatif dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Kangar. UTM. Tesis Sarjana Muda Mohd Najib Konting (1990 ). Keadah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramlah Hamzah (1993). Persepsi Dan Masalah Guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Jurnal Pendidikan Guru Mencetus Pembangunan Minda. Bil 9. m/s 51-69. Rozita Ismail (2002), Kemampuan Guru Dalam Melaksanakan Bengkel KH: Satu tinjauan Dikalangan Guru-guru Program Khas Pengsiswazahan Guru. UTM. Tesis Sarjana Muda Sanusi Mohd. Sidin dan Rohana Hamzah(2001). Organisasi Dan Pengurusan Bengkel Monograf. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Sharifah Alwiah Al Sagoff (1984). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Art Printing Work Sdn. Bhd: Wan Zahid (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

32

LAMPIRAN SOALAN SOAL SELIDIK.BAHAGIAN A : MAKLUMAT GURU Arahan : Sila tandakan ( ) untuk jawapan yang berkenaan pada ruang yang disediakan

33

1. Jantina 1. Lelaki 2. Perempuan

2. Kelulusan Iktisas 1. Ijazah 2.. Guru Ganti/Sandaran 3. Umur

1. 20 hingga 30 tahun 2. 30 hingga 40 tahun 3. 40 hingga 50 tahun 4. Melebihi 51 tahun

4. Lama Mengajar 1. 1 hingga 5 tahun 2. 6 hingga 10 tahun 3. 11 hingga 15 tahun 4. Melebihi 15 tahun 5. Jawatan Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

1. Guru Biasa 2. Ketua Panatia 6. Pernah menghadiri kursus pengurusan bengkel Kemahiran Hidup

34

1. Pernah 2. Tidak Pernah

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR Arahan : Sila tandakan ( ) untuk jawapan yang berkenaan pada ruang yang disediakan

1. Jantina 1. Lelaki 2. Perempuan 2. Bangsa

1. Melayu 2. Cina 3. India 4. Lain-lain 3. Agama

1. Islam 2. Hindu 3. Kristian 4. Lain-lain

35

4. Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 1. Gred A 2. Gred B 3. Gred C 4. Lain-lain

5. Jawatan Yang Disandang Di Dalam Sekolah 1. Pengawas Sekolah 2. Pengawas Perpustakaan 3. Ketua Kelas 4. Bendahari atau Setiausaha Kelas/Persatuan/Kelab

BAHAGIAN B : MAKLUMAT GURU Sila baca penyataan berikut dengan teliti dan bulatkan pada petak yang disediakan mengikut tahap persetujuan yang sesuai dengan diri anda sepertimana berikut :1. Sangat Setuju (SS) 2. Setuju (S) 3. Tidak pasti (TP) 4. Tidak Setuju (TS) 5. Sangat Tidak Setuju (STS) Item 4 3 2 1 S TP TS 5

1.

PENYATAAN SS Saya mengemas dan membersihkan bengkel setelah 5 selesai menggunakan bengkel Kemahiran Hidup

4

3

2

STS 1

2.

Kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan bengkel KH 5 secara kolarboratif ini adalah tanggungjawab semua guru KH.

4

3

2

1

36

3.

Saya berpuas hati setelah melaksanakan tugas yang 5 diarahkan semasa berada di bengkel KH.

4

3

2

1

4.

Semua

guru

KH

memberikan

kerjasama

semasa 5

4

3

2

1

menguruskan bengkel KH

5.

Pihak pentadbir sekolah saya sentiasa memberi kerjasama 5 dengan pihak pengurusan dalam menguruskan bengkel KH. Guru-guru

4

3

2

1

6.

Kemahiran

Hidup

yang

lain

memberi

5

4

3

2

1

kerjasama semasa menguruskan bengkel KH secara

7.

kolaboratif Saya berupaya menyediakan segala keperluan di dalam 5 bengkel yang ditugaskan seperti alatan, bahan, ABM dan carta keselamatan.

4

3

2

1

Item PERNYATAAN Ketua Panatia mengadakan 8.

SS mesyuarat berkenaan 5

S

TP

TS

4

3

2

STS 1

pengurusan bengkel KH pendekatan kolaboratif ini

9. 10

sebulan sekali. Semasa mesyuarat Panatia, saya diberikan penerangan 5 yang jelas mengenai tatacara pengurusan bengkel Semasa mesyuarat Panatia, saya diberikan tugas untuk 5 menguruskan bengkel tertentu dan saya melaksanakannya dengan jujur Sekolah saya ada mengadakan mesyuarat yang kerap 5

4 4

3 3

2 2

1 1

11

4

3

2

1

bagi membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan

12

bengkel KH Mengadakan mesyuarat yang kerap memberikan kesan 5 yang baik terhadap perlaksanaan pengurusan bengkel KHB. Peruntukan perkapita pelajar yang berlebihan digunakan 5 untuk menguruskan keperluan bengkel KHB dan dibincangkan dalam mesyuarat. Pihak pentadbir kerapkali memantau perkembangan 5 pengurusan bengkel KH pendekatan kolarboratif. Pihak JPN ada menghantar wakilnya ke sekolah saya bagi 5 memantau perkembangan pengurusan bengkel KHB

4

3

2

1

13

4

3

2

1

14 15

4 4

3 3

2 2

1 1

37

pendekatan

kolaboratif

sekurang-kurangnya

setahun

16

sekali. Hasil daripada pemantauan pihak PPD dan JPN mereka 5 berpuashati dengan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup di sekolah saya

4

3

2

1

17 18 19 Item 20 21 22 23 24

Jadual penggunaan bengkel selalu dipantau oleh guru- 5 guru yang ingin menggunakan bengkel KH Panatia Kemahiran Hidup sekolah anda menyediakan 5 jadual pemantauan bengkel KH Saya yakin melalui pemantauan pihak tertentu 5

4 4 4S

3 3 3TP

2 2 2TS

1 1 1 STS 1 1 1 1 1

memudahkan saya melakukan kerja-kerja amali PERNYATAAN SS Saya mengisi borang permohonan penyediaan alatan dan 5 bahan 5 hari sebelum tarikh digunakan Rekod penggunaan bengkel KH dipatuhi oleh guru-guru 5 KHB yang lain. Saya selalu menyemak rekod stok bekalan dan alatan pada setiap hujung tahun. Rekod penyelenggaraan bengkel KH di sekolah saya

4 4 4 4 4

3 3 3 3 3

2 2 2 2 2

5 5

lengkap dan sentiasa dikemaskini. Di bengkel KH sekolah saya mempunyai 5 jenis buku 5 rekod penyelenggaraan

38

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PELAJAR Sila baca penyataan berikut dengan teliti dan bulatkan pada petak yang disediakan mengikut tahap persetujuan yang sesuai dengan diri anda sepertimana berikut :1. Sangat Setuju (SS) 2. Setuju (S) 3. Tidak pasti (TP) 4. Tidak Setuju (TS) 5. Sangat Tidak Setuju (STS) 4 3 2 1 5

Item PENYATAAN 1. Guru mengemas dan membersihkan bengkel setelah anda selesai menggunakan bengkel Kemahiran Hidup 2. 3. 4. 5.Guru melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan bengkel KH Saya berpuas hati melihat guru melaksanakan tugas mereka semasa berada di bengkel KH. Semua guru KH yang lain memberikan kerjasama semasa menguruskan bengkel KH Pihak pentadbir sekolah saya sentiasa memberi kerjasama dengan pihak pengurusan dalam menguruskan bengkel KH. Guru berupaya menyediakan segala keperluan di dalam bengkel yang ditugaskan seperti alatan, nota subjek, dan carta keselamatan. Sekolah saya ada mengadakan menyuarat dengan pelajar

SS 5 5 5 5 5

S 4 4 4 4 4

TP 3 3 3 3 3

TS STS 2 1 2 2 2 2 1 1 1 1

6.

5

4

3

2

1

7.

5

4

3

2

1

bagi membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan

8.

bengkel KH Saya yakin melalui bengkel yang bersih dan teratur serta

5

4

3

2

1

39

peralatan yang lengkap memudahkan saya melakukan kerja-kerja amali

40