tesis bab 1 hingga 5 dan rujukan

100
BAB 1 PENGENALAN KEPADA MASALAH KAJIAN 1.1 PENGENALAN Kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan peta minda sebagai kemahiran penulisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam Bahasa Malaysia. Kajian-kajian lepas menunjukkan pengetahuan asas dalam pembelajaran Bahasa Malaysia merupakan aspek penting bagi pelajar untuk menguasai Bahasa Malaysia.Pengetahuan asas yang tidak memuaskan akan menyukarkan pelajar untuk memahami pembelajaran Bahasa Malaysia yang lebih tinggi seperti ungkapan dan persamaan. Menurut pendapat Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1994),pengetahuan asas Bahasa Melayu yang kurang memuaskan pada peringkat sekolah rendah mengakibatkan pelajar lemah dalam menguasai Bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah. 1

Upload: wan-aznita-wan-salim

Post on 21-Oct-2015

174 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

BAB 1

PENGENALAN KEPADA MASALAH KAJIAN

1.1 PENGENALAN

Kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan peta minda sebagai kemahiran penulisan

dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk meningkatkan tahap

penguasaan pelajar dalam Bahasa Malaysia. Kajian-kajian lepas menunjukkan

pengetahuan asas dalam pembelajaran Bahasa Malaysia merupakan aspek penting bagi

pelajar untuk menguasai Bahasa Malaysia.Pengetahuan asas yang tidak memuaskan

akan menyukarkan pelajar untuk memahami pembelajaran Bahasa Malaysia yang lebih

tinggi seperti ungkapan dan persamaan. Menurut pendapat Wan Mohd Zahid Mohd

Nordin (1994),pengetahuan asas Bahasa Melayu yang kurang memuaskan pada

peringkat sekolah rendah mengakibatkan pelajar lemah dalam menguasai Bahasa

Melayu pada peringkat sekolah menengah.

Selain itu,kajian-kajian yang lepas juga mendapati bahawa pelajar kurang memahami

konsep Bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah chalk and talk atau penerangan

untuk mempelajari sesuatu topik .Pelajar ini hanya mendengar penerangan guru tetapi

kurang berupaya mencatat dan mengingati fakta-fakta, konsep serta kaedah

penyelesaian masalah untuk menyelesaikan masalah Bahasa Melayu.Oleh sebab

itu,mereka hanya mampu menyelesaikan soalan tertentu yang berkaitan sahaja tetapi

mereka tidak dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi untuk soalan-soalan lain

disamping kekurangan idea serta kosa kata.

1

Page 2: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Penulisan karangan adalah satu gerak kerja penting dalam aspek penulisan. Ia

dimasukkan ke dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia sama ada pada peringkat sekolah

rendah atau peringkat sekolah menengah. Pengajaran dan pembelajaran penulisan bagi

semua peringkat adalah mustahak kerana ia merupakan tingkat tertinggi kemahiran

bahasa iaitu kemahiran bahasa tulisan. Loban (1964) berpendapat, kemahiran bahasa

adalah terbahagi kepada empat iaitu

i. kemahiran mendengar

ii. kemahiran bertutur

iii. kemahiran membaca

iv. kemahiran menulis

Penulisan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun

kata-kata dan ayat sahaja, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan

sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia melalui alat komunikasi yang

dinamakan bahasa. Menurut Koh Boh Boon (1981) mengarang adalah satu proses

melahirkan satu idea atau satu rangkaian idea dalam bentuk tulisan secara tersusun dan

logik.

Berdasarkan kepada kepentingan itulah pengkaji ingin membuat kajian mengenai

kelemahan murid-murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Toh Puan Sharifah Hanifah,

Kuala Nerang yang kebanyakkan masih belum dapat melahirkan idea di dalam menulis

isi-isi utama di dalam penulisan. Dari pemerhatian pengkaji, murid-murid berkenaan di

dapati masih lemah di dalam mencari isi-isi utama dan mengembangkan isi karangan

mereka itu. Mereka didapati tidak dapat menyenaraikan isi-isi yang dikehendaki

2

Page 3: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

berpandukan soalan yang diberikan. Oleh sebab kekurangan isi. Murid-murid gagal

untuk membuat huraian yang tepat dan berkaitan. Ada di antara mereka mengemukakan

isi yang kabur dan kurang jelas. Ini menyebabkan isi karangan mereka terpesong dan

terkeluar daripada tajuk.Kebanyakkan murid didapati hanya dapat menyenaraikan dua

hingga tiga isi utama sahaja dan isi-isi didapati diulang-ulang pada setiap perenggan.

Kelemahan ini menyebabkan mereka tidak dapat menghasilkan karanan yang baik dan

seterusnya menjejaskan markah. Pengkaji ingin menggunakan satu alat kemahiran

berfikir secara kritif iaitu peta minda sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan

kemahiran mereka di dalam menyenaraikan isi dan mengembangkannya supaya menjadi

satu karangan yang sempurna.

Peta Minda merupakan teknik belajar yang telah diasaskan oleh pakar pelajaran sejak

tahun 1960 an lagi. Ianya telah dimajukan dan dipopularkan penggunaannya oleh Tony

Buzan seorang ahli fikir dan juga pakar motivasi sekitar tahun 80 an lagi.Kepentingan

Peta Minda tidak perlu dinafikan lagi. 15-20% tahap ingatan dapat ditingkatkan melalui

penggunaan Peta Minda. Peta Minda yang menarik menggabungkan warna-warna dan

juga cabang-cabang yang sesuai, hasil dari percambahan fikiran.

Peta Minda membantu anda menyalurkan idea secara lebih terancang dan tersusun.

Bermula dari idea utama, idea-idea sampingan dikembangkan melalui percambahan

cabang-cabang dan juga perwakilan melalui warna. Peta minda merupakan kaedah yang

berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan

menjadi bentuk yang boleh dilihat. Peta minda boleh membantu kita untuk

meningkatkan kecerdasan dan kemahiran untuk mengukuhkan daya ingatan dan

pemahaman. Peta minda merangsang pelbagai keupayaan yang ada dalam diri seseorang

itu.

3

Page 4: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Peta minda mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh menjadikan proses belajar dan

mengingat lebih berkesan. Setelah lama diperkenalkan pengkaji ingin meninjau adakah

penggunaan peta minda ini dapat membantu mengatasi masalah pemilihan isi-isi utama

dan kelemahan huraian isi utama dalam karangan.

1.2.1 Kerangka Konseptual

4

- Murid bermotivasi.-Minat bertambah.-Proses P&P menjadi lebih menyeronokkan.

PenggunaanPeta minda

keberkesanan

PROSEDUR KAJIAN

BORANG SOAL SELIDIKDAN PEMERHATIAN BUKU LATIHAN MURID

ANALISIS RUMUSAN

TINJAUAN

-PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENULISAN KARANGAN- BUKU LATIHAN MURID

Page 5: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

1.3 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini:

1.Untuk mengenal pasti bahawa penggunaan peta minda dapat meningkatkan tahap

kemahiran merangka dan mengembangkan isi-isi penting dalam penulisan

karangan bahasa Melayu.

2.Mengenal pasti kelebihan-kelebihan penggunaan peta minda kepada pelajar dalam

menggunakan dan mengembangkan isi-isi penulisan karangan.

3. Meningkatkan minat dan motivasi murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan

matapelajaran lain.

1.4 SOALAN KAJIAN

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian,pengkaji telah mendapatkan jawapan

kepada soalan-soalan kajian berikut:

(a) Adakah penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran dalam

melahirkan idea-idea dan mengembang isi penulisan dalam penulisan karangan?

(b) Adakah penggunaan peta minda dapat meningkatkan tahap kemahiran belajar

menggunakan dan mengembangkan isi penulisan karangan?

(c) Adakah meningkat motivasi dan minat murid apabila guru menggunakan peta

minda?

5

Page 6: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada guru tentang

kepentingan penggunaan pengajaran menggunakan peta minda dalam Bahasa Malaysia.

Kajian ini diharapkan menjadi perhatian kepada Kementerian Pendidikan serta sekolah

agar menyediakan perkhidmatan guru yang berkebolehan di dalam pelbagai kaedah

pengajaran untuk mengajar Bahasa Malaysia.Guru yang bukan berpengkhususan dalam

Bahasa Melayu pula diharap dapat meningkatkan pengetahuan dengan kepelbagaian

teknik dalam Bahasa Malaysia terutama sekiranya mereka diminta untuk mengajar

Bahasa Malaysia. Guru juga dapat memperbaiki teknik pengajaran dan penyoalan

mengikuti kesesuaian dan tahap pelajarnya.

Selain daripada itu, kajian ini juga dapat membantu murid untuk mengaplikasikan

kemahiran penggunaan peta minda di dalam mata pelajaran lain. Melalui penggunaan

peta minda diharapkan murid-murid dapat menggunakan kelebihannya sebagai salah

satu inisiatif di dalam meningkatkan kefahaman dan daya ingatan mereka di dalam

sesuatu topik yang diajar oleh guru.

1.6 BATASAN KAJIAN

Pelajar-pelajar yang di kaji terbatas pada pelajar-pelajar Melayu tahap dua, tahun lima

yang sedang mengikuti pendidikan formal pada tahun 2009, di Sekolah Kebangsaan .

6

Page 7: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Toh Puan Sharifah Hanifah. Kajian ini meliputi semua pelajar tahun lima seramai 40

orang tanpa membataskan pecahan jantina.

Jenis kemahiran Bahasa Malaysia yang diperhatikan bagi maksud kajian ini terbatas

pada kemahiran menyenaraikan isi-isi utama dan pengembangan isi di dalam penulisan

dengan menggunakan peta minda yang di tulis oleh pelajar-pelajar yang berkenaan di

dalam buku latihan.

1.7 DEFINISI OPERASIONAL

Berikut adalah merupakan definisi istilah – istilah yang digunakan dalam kajian ini.

1.7.1 Kemahiran Penulisan

Mengikut kamus Dewan (Edisi Ketiga, 1996) keberkesanan bermaksud menimbulkan

hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan membawa kepada sesuatu

perubahan. dipakai. Dalam kajian ini keberkesanan merujuk kepada hasil yang

diperolehi daripada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam penulisan

karangan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

1.7.2 Peta Minda

Pada amnya , peta minda merupakan penjelmaan idea, konsep, kemungkinan dan apa

sahaja yang dilukis pada kertas. Dalam kajian ini peta minda merupakan lakaran grafik

yang dilukis oleh murid seperti rajah pancaran grafik, rajah tulang ikan, rajah klasifikasi,

7

Page 8: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

rajah pohon, rajah rantaian atau pusingan, rajah perbandingan, rajah masa , rajah urutan

dan carta Venn.

1.7.3 Pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran bermaksud aktiviti guru mengajar dan murid belajar dan

dalam kajian ini aktiviti tersebut dijalankan di dalam bilik darjah.

1.7.4 Bahasa Malaysia

Bahasa Malaysia bermaksud matapelajaran wajib dan bahasa pengantar semua jenis

dan peringkat sekolah bantuan kerajaan sejak Malaysia mencapai kemerdekaannya.

1.7.5 Penulisan karangan

Penulisan karangan bermaksud ayat-ayat yang telah digubah atau disusun untuk

dijadikan cerita, laporan, penerangan dan sebagainya.

1.8 RUMUSAN

Bab ini menghuraikan tentang rasional,rangka konseptual, matlamat, objektif,

kepentingan kajian dan batasan kajian yang merupakan komponen penting dalam

setiap kajian.Walaupun masalah wujud akibat kekangan masa, pelajar dan lain-lain

namun kajian keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran Bahasa

Malaysia di dalam menulis dan mencari isi karangan dapat menghasilkan dapatan

samaada pelajar berminat atau tidak dengan pengajaran dan adakah ia dapat

membantu proses pembelajaran .

8

Page 9: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini menghuraikan tentang maksud peta minda.Terdapat beberapa kelebihan dalam

menjalankan proses pengajaran pembelajaran menggunakan peta minda.Terdapat

pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang selalu digunakan tetapi penggunaan peta

minda ini amat menarik dan suasana pengajaran dan pembelajaran telah menjadi lebih

aktif.Beberapa kajian tinjauan yang bersangkutan dengan penggunaan peta minda dalam

pembelajaran telah dihuraikan untuk menyokong kajian awal ini.Secara umumnya bab

ini telah menghuraikan beberapa tinjauan hasil kajian yang berkaitan.

2.2 PENGGUNAAN PETA MINDA

Peta Minda merupakan teknik belajar yang telah diasaskan oleh pakar pelajaran sejak

tahun 1960 an lagi. Ianya telah dimajukan dan dipopularkan penggunaannya oleh Tony

Buzan seorang ahli fikir dan juga pakar motivasi sekitar tahun 80 an lagi.Kepentingan

Peta Minda tidak perlu dinafikan lagi. 15-20% tahap ingatan dapat ditingkatkan melalui

penggunaan Peta Minda. Peta Minda yang menarik menggabungkan warna-warna dan

juga cabang-cabang yang sesuai, hasil dari percambahan fikiran.

9

Page 10: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

2.2.1 Apakah itu peta minda

”A mind map is a form of an outline with ideas and pictures radiating

out from a central concept”

Buzan and Buzan :1993

Pada amnya , peta minda merupakan penjelmaan idea, konsep, kemungkinan dan apa

sahaja yang dilukis pada kertas. Buzan dalam bukunya yang bertajuk Use Your Head

telah menjelaskan tujuh hukum untuk melatih minda bagi menjelaskan proses pemikiran

atau mengujudkan thingification idea dalam minda.

Menurut Abd Fatah Hasan (2002 : 44) peta minda merupakan suatu pembinaan yang

dibuat di atas sehelai kertas, di mana idea penting diletakkan di tengah sebagai pusat

utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama denggan

menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya dan

pengelolaan, perkataan kunci (key word), hubungan, himpunan pusat kecil, bayangan,

pandangan, unggulan dan penglibatan secara sedar adalah ciri penting dalam sesuatu

peta minda.

Di antara bentuk-bentuk peta minda yang boleh dihasilkan ialah seperti pengkelasan,

rantai urutan, kitaran, kitaran berpusat, tangga hiraki, pohon fikiran dan pengkelasan

berpusat

10

Page 11: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

2.2.2 Penggunaan peta minda di dalam bilik darjah

Mengikut Dr Ismail Zain : Utusan Malaysia Online 19 Jun 2007 menyatakan dalam

proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran

yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang

dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti

berikut:-

Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu

kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri

seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.

Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat

digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-

satu topik.

Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks

dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan

cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.

Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah

memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan

sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa

langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik.

11

Page 12: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

2.2.3 Kebaikan dalam pedagogi

Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain",

melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use

LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda

dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya

ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Kamaruddin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abd Aziz :1997 dalam buku mereka bertajuk

Penguasaan Kemahiran Menulis menyatakan kemahiran membina grafik contohnya

peta minda memerlukan kemahiran berfikir secara kreatif dan anlitikal. Pengkaji perlu

mengenal pasti perkaitan antara idea yang dipaparkan disusun dalam bentuk visual.

Pengkaji perlu mengaitkan grafik yang dilukis dengan idea utama yang diutarakan oleh

pengkaji. Kemahiran menghasilkan peta minda secara grafik berupaya memaparkan

maklumat yang ringkas tetapi isi dan ketepatan maklumat tersebut tidak akan hilang.

Pemilihan carta sebagai bahan grafik di dalam kelas menggunakan garisan anak panah,

petak-petak dan bulatan. Carta disebut sebagai peta iaitu peta simentik dan proses

membina carta disebut sebagai pemetaan dan rumusannya carta dan bahan grafik ini

disebut juga sebagai peta minda yang terdiri dari pelbagai jenis antaranya carta

klasifikasi, carta pohon, carta rantaian atau pusingan, carta perbandingan, carta masa,

carta rentetan idea, carta tulang ikan, carta urutan dan carta venn.

12

Page 13: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Secara kesimpulannya, bahan tersebut memperlihatkan penyampaian idea yang jelas,

tepat dan berkesan. Kemahiran grafik iaitu peta minda yang digabungjalinkan dengan

kemahiran kecil yang lain boleh membantu pelajar menyampaikan maksud yang

terkandung dalam fikiran mereka dan membantu meningkatkan keberkesanan penulisan,

pembacaan dan pemahaman para pelajar.

 2.2.4 Kelebihan peta minda

Buzan 1993 menyatakan apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia

merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan

sebagainya dalam usaha keseluruhannya.Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda

ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan.Peta minda amat sesuai untuk

tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku,

persediaan sebelum berbahas, memanggil atau mencerna maklumat semula,

mengembangkan isi, menyelesaikan masalah, simpanan nota ringkas, untuk

bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah..Peta minda boleh disediakan

dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi

perhatian anda. Topik tersebut, misalnya pembelajaran, eloklah dituliskan di bahagian

tengah.Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pembelajaran telah

dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pembelajaran tadi.Daripada

cabang-cabang tadi, anda boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain bentuk

ranting. Di samping itu, anda boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh

mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.

”Another signifant different is the use of graphics. The central point

in the mind map must always be an image because the brain is

drawn to an image more than a word”

Buzan and Buzan : 1993

13

Page 14: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Mind mapping is a powerful graphic organizing tool that can facilitate

"meaningful learning". Meaningful learning is based on cognitive

psychologist David Ausubel's Meaningful Learning Theory.

Ausubel: 1963

2.3 Beberapa kajian tentang keberkesanan penggunaan peta minda dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Selain dari bernafas, berfikir juga aktiviti yang paling biasa dilakukan oleh manusia.

Selagi kita berkeadaan sedar, kita tidak akan berhenti berfikir. Kebolehan berfikir secara

abstrak mempunyai dan menjana idea –idea membezakan manusia daripada makhluk

lain dan peta minda adalah salah satu dari alat berfikir yang baik dalam pengajaran. Poh

Swee Hiang :2004

Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minda,adalah lebih baik

daripada menggunakan kaedah traditional iaitu chalk and talk. Guru perlu memberi

bimbingan agar murid dapat menguasai konsep peta minda dan mengenterpretasikannya

dalam bentuk grafik di samping hubungan dua hala semasa proses pengajaran dan

pembelajaran bagi ,mengelakkan teacher centered dan keterlibatan murid yang aktif

dalam pembelajaran.

”This is an informal method to continuous feedback. Circulating

among the group also gives the instructor to interact with

the student in a more personal manner than a traditional

chalk – and – talk teaching afford.”

Huba and Freed: 2000

14

Page 15: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Teknik pengajaran menggunakan peta minda ini juga dapat dijalankan dalam

Kerja berkumpulan dan individu dimana murid dapat mengintepretasikan idea dan

menyokong idea mereka dengan bukti seperti yang dinyatakan oleh Meyer dan Jones.

“ The creation of mind map in small group instead of by individual students

facilitates a deeper analysis of the topic through brainstorming. Moreover,

small group activities allow student to voice their ideas, support their idea

with evidence, listen to other point of view, and gain confidence.

Meyers and Jones: 1993

Seorang sarjana Taiwan Wang Yu Chia dalam tesis PHDnya dari University Of

Lowa :2006 menjalankan kajian penggunaan peta minda dalam pengajaran Sains untuk

pelajar nya di Taiwan mendapati pelajar-pelajarnya yang menggunakan teknik peta

minda dapat menyatakan fakta-fakta sains dengan baik berbanding pelajar yang

menggunakan kaedah nota secara tradisi. Dia berpendapat cara terbaik menyampaikan

pengetahuan Sains secara lebih afektif ialah melalui peta minda . Ia dapat menjana idea

utama dan fakta dalam empat seisi kajiannya pada respondennya. Dalam persepsinya

semasa kajian dibuat beliau mendapati dengan penggunaan gambar-gambar

membuatkan isi kandungan sains lebih difahami dan diingati.Dalam soal selidiknya

mendapati secara umumnya semua responden menyatakan mereka meminati peta minda

kerana penggunaan gambar-gambar, warna dan fakta utama.

Kesimpulannya dia mendapati peta minda sangat sesuai digunakan pada murid yang

bermasalah dalam memberi tumpuan secara lama dimana arahan dapat difahami dengan

cepat berbanding nota biasa yang mengambil masa yang panjang untuk membacanya

15

Page 16: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

dan membosankan tanpa sebarang grafik .Ia juga membantu murid belajar Sains dengan

arahan yang terkawal untuk terus melakukan aktiviti dengan membantu mengelola

maklumat. Dia juga menekankan untuk mendapatkan hasilan yang baik dalam

penggunaan peta minda secara berkesan, guru perlu menjelaskan cara baca dan tulis peta

minda agar murid benar-benar menguasai dan menggunakannya secara afektif seperti

contoh penggunaannya ,

We are going to read a mind map about topic atmosphere today. I will introduce the basic rules

when reading a mind map and explain the information on the mind map to you. When reading a

mind map , we always start reading at the title in the centre. On this mind map, the title is

atmosphere. In the next step we check the main topics on the main branches radiating from the

central title in a clockwise direction starting at the one o’clock position……..

Wang Wu Chia: 2006:117

Kerana keberkesanannya peta minda ini seiring dengan dunia teknologi, sekarang

terdapat e map yang diintegrasikan dengan komputer iaitu

eMaps" are HTML generated mind maps that can

be used to organize and sequence online course

content on one web page which, using

Macromedia's Director MX 2004 .

Dr. Phillip J. Sleeman 2004

John W Budd.dalam jurnalnya Journal of Economic Education. Washington: Winter

2004 yang bertajuk Mind Map As Classroom exercises membuat kajian penggunaan

peta minda dalam mata pelajaran Ekonomi pada pelajar-pelajarnya di University Of

Minnesota.Beliau mendapati latihan pembelajaran menggunakan peta minda adalah satu

16

Page 17: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

cara pembelajaran koperatif yang aktif dan menambah satu lagi kemahiran cara menarik

mengajar ekonomi berbanding mengajar menggunakan kapur dan percakapan secara

tradisional.

“The exercise can also help incorporate activities for diverse learning styles

Into economics courses and can reenergize a course in mid semester”

Dalam aplikasinya mengajar dia menggunakan teknik sumbangsaran pada permulaan

untuk menjana dan mengutip idea. Kemudian pelajar dipecahkan kepada beberapa

kumpulan kecil dan mula menghasilkan peta minda berkaitan mata pelajaran ekonomi

yang berlainan tajuk dalam kumpulan. Hasilnya dilekat dipapan buletin dan semua

pelajar dapat membaca pelbagai tajuk dalam satu pengajaran secara cepat dan terancang.

Dia mendapati peta minda dapat menjana refleksi murid pada satu-satu pengajaran dan

memudahkan penerangan konsep yang payah dalam pelajaran ekonomi dengan

mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada murid.

”The mind map exercise is also extended to promote the reflection and

Application components of learning, not initial instruction. In the case of

Supply and demand, for example, a mind map exercise is a vehicle for

Student to reflect on the concepts of supply and demand by thinking of

Various influences.”

Secara kesimpulan hasil kajiannya, peta minda sebagai latihan di dalam kelas bukanlah

diukur bagaimana cantik dan menariknya peta minda yang dihasilkan tetapi diukur

sejauhmana aktifnya pelajar dalam pengambilbahagian dalam aktiviti kolaboratif,

kemudian mengubahsuai pengajaran pembelajaran kolaboratif kepada latihan yang aktif

”fikir bersama-sama” dan peta minda mengikutnya adalah ”think- rap- map”.

17

Page 18: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

”think –rap- map” the uniqueness of this activity relative to usual course

Activities can connect with diverse learning styles and re-energize a course”

Seorang lagi pengkaji iaitu Williams,Marion H dalam jurnalnya The effects Of A Brain

– Based learning Strategy, Mind Mapping On Achievement Of Adult In Trainning

environment With Consideration To Learning Syles And Brain Hemisphericity, May ,

1999 menyatakan dalam kajiannya tentang peningkatan proses berfikir bagi pekerja-

pekerja dipelbagai sektor menekankan seseorang itu mesti menukar cara berfikir seiring

dengan perkembangan zaman teknologi kerana kita boleh menukar seseorang pekerja

kepada pelajar yang mana kemudiannya menjurus kearah perkembangan organisasinya.

Salah satu proses penggunaan mindanya adalah melalui penggunaan peta minda sebagai

nota dalam persekitaran latihan korporat.

Ia dapat mengaktifkan dan menambah kefahaman dan menjadikan seseorang menjadi

lebih afektif. Katanya latihan tidak berakhir setakat sekolah tetapi ia berterusan selagi

kita hidup melainkan jika kita menghentikannya. Untuk menjadi pelajar yang berjaya

peta minda perlulah dioptimumkan penggunaannya .Manusia sekarang perlu bersedia

untuk pekerjaan dimasa depannya, kerja yang memerlukan proses berfikir, bukan

mengulangi hafalan atau pengulangan tetapi menggunakan pemikiran dalam setiap hal

kerjanya. Dia juga mengulagi pemikiran Buzan,1991 menyatakan jika sebuah organisasi

tidak menjadi sebuah organisasi pembelajaran , ia akan menjadi sebuah organisasi yang

mati.

Rusilah Jais , Yusminah, Nur Ashiqin, Isamudin dan Siti Arbaih juga telah menjalankan

kajian penggunaan peta minda kepada pelajar kolej Matrikulasi Melaka dalam jurusan

18

Page 19: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

perakaunan seisi 2004/2005 dalam matapelajaran Matematik dan mendapati kumpulan

sasaran telah menunjukkan peningkatan ketara semasa ujian kuiz kedua dari kumpulan

yang tidak diberi rawatan.

Mereka mendapati apabila perbincangan dibentuk ia sedikit sebanyak membantu pelajar

memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam dan responden juga menyatakan

sumbangan idea dari ramai kawan secara tidak langsung membolehkan mereka dapat

mengingat semula apa yang pensyarah ajar semasa kuliah.

Penggunaan peta minda dalam mata pelajaran Matematik menurut mereka digunakan

untuk mengorganisasi maklumat, membantu pengekalan ingatan, membuat perkaitan di

antara pengetahuan baru dan pengetahuan sedia ada, membantu pengekalan konsep

baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan

kreativiti seseorang pelajar disamping alat pedagogi bagi mempertingkatkan lagi

pencapaian Matematik dengan pelbagai kelebihan yang ada padanya.Mereka juga

menyarankan agar guru memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti peta

minda kepada para pelajar.

Abd Fatah Hassan: 2002 dalam bukunya Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam

Pembelajaran menyatakan peta minda yang lengkap boleh meningkatkan kefahaman dan

daya pemusatan seseorang. Ia mudah disediakan daripada cara nota linear biasa. Ia boleh

meningkatkan ingatan dan perasaan belajar yang menyeronokkan dan cara yang baik

untuk mengelola rumusan akhir pengajaran dan pembelajaran untuk kegunaan tinjauan

yang akan datang.

19

Page 20: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak merakam dan memproses maklumat.

Otak kita memproses maklumat secara linear dan membuat pengelolaan yang

menyeluruh, hubungkait, membanding, menganalisis dan lain-lain.Ia tidak dibentuk

secara bawah keatas secara linear seperti nota biasa yang mengambil masa yang panjang

untuk membacanya dan mengenalpasti idea utama. Ia bertentangan dengan cara otak

memproses maklumat.

2.4 RUMUSAN

Kesimpulannya, kajian mereka mendapati bahawa persembahan yang dibuat dalam

bentuk peta minda adalah selaras dengan keseluruhan fungsi otak kiri dan kanan yang

boleh meningkatkan daya ingatan. Pada keseluruhannya peta minda amat berguna

dalam sebarang perancangan samaada dalam pembelajaran, pengajaran, membaca buku,

kuliah, mesyuarat, seminar, aktiviti harian, kegiatan belajar dan sebagainya.

20

Page 21: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Dalam kajian tinjauan ini, penyelidik cuba mengkaji sejauh manakah penggunaan peta

minda dalam pengajaran Bahasa Malaysia dapat meningkatkan kemahiran murid mejana

isi karangan dan mengembangkannya di dalam penulisan karangan.

3.1.1 Metodologi Penyelidikan

Dalam menjalankan kajian ini pengkaji menggunakan kaedah deskriptif kualitatif yang

melibatkan soal selidik dan temubual serta pemerhatian responden seramai 20 orang

daripada 40 orang pelajar daripada sebuah sekolah. Ujian pos juga telah digunakan

kepada 20 orang murid dari kumpulan rawatan bagi mengetahui tahap penguasaan

pelajar dalam teknik ini.

3.2 REKA BENTUK PENYELIDIKAN

Dalam menjalankan kajian pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan rekabentuk

tinjauan kuasi eksperimen untuk mengumpulkan data maklumat daripada murid yang

menggambarkan sikap, pendapat atau kepercayaan semasa. Pengkaji memilih responden

seramai 20 orang murid dari sebuah kelas daripada 40 orang secara rawak dan

kemudian menjalankan soal selidik, menganalisis data yang diperolehi melalui borang

21

Page 22: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Pengkaji juga telah menyediakan peta minda bagi

murid mencatat isi karangan yang berkaitan.

Rajah 1 : Langkah Menjalankan kajian

22

TINJAUAN

BORANG SOAL SELIDIK

PEMERHATIAN

BORANG MAKLUMAT DAN SOAL SELIDIK

ANALISIS

RUMUSAN

Page 23: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

1.2.1 Kerangka Konseptual

REKA

23

KUMPULAN KAWALAN

REKA BENTUK KAJIIAN KUASI EKSPERIMEN

DAPATAN

KUMPULAN RAWATAN

~ ujian pra~ tiada rawatan~ ujian pos

~ujian pra~rawatan~ujian pos

Page 24: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

3.3 POPULASI DAN SAMPEL

Pengkaji menggunakan persampelan rawak mudah di mana 20 orang murid dari

berbagai jantina dipilih sebagai sampel kerana bilangan populasi yang terhad kepada 40

orang dari satu kelas sahaja. Pelajar tahun lima dipilih kerana mereka telahpun

didedahkan dengan beberapa format penulisan dan kebanyakkannya boleh menulis

dengan baik.

3.4 ALAT-ALAT KAJIAN

Dalam menjalankan penyelidikan pengkaji menggunakan kaedah soal selidik serta

pemerhatian. Semua pelajar tahun lima termasuk populasi kajian ini di sekolah yang

terlibat, telah diberikan senaskah kertas soal selidik (Borang A) soalan demografi yang

mengkaji tentang profil murid. Soal selidik bahagian A terbahagi kepada soalan

demografi, skala sikap,temubual dan senarai semak. Selepas empat minggu pengajaran

dengan menggunakan peta minda, sampel telah diberikan borang soal selidik (Borang B)

bagi mendapatkan maklum balas dari sampel berkaitan pengajaran dengan

menggunakan peta minda. Ujian pos telah dilaksanakan bagi melihat dan menguji

keberkesanan penggunaan peta minda di dalam penulisan karangan. Keputusannya sama

ada kandungan soal selidik ini mudah difahami dengan tepat oleh semua pelajar yang

berkenaan atau tidak belum dapat dipastikan.Mereka telah diberikan masa antara 30

minit untuk memenuhkan kertas soal selidik ini.

24

Page 25: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Peta Minda dengan pengurusan grafik

3.5 TATACARA PENGUTIPAN DATA

Sampel telah diberikan ujian pra setelah pengkaji menjalankan pengajaran secara

tradisional selama dua minggu. Setelah itu kumpulan kajian telah didedahkan dengan

teknik peta minda kepada murid-murid. Selepas empat minggu pengajaran dengan

menggunakan peta minda, sampel telah diberikan borang soal selidik (Borang B) bagi

mendapatkan maklum balas dari sampel berkaitan pengajaran dengan menggunakan peta

minda. Pada minggu terakhir ujian pos telah dijalankan dengan murid-murid

dikehendaki menyenaraikan isi-isi karangan dengan menggunakan peta minda. Mereka

25

TAJUK

ISI 1ISI 2

ISI 5ISI 3

ISI 4

CONTOHCONTOH

CONTOH

CONTOHCONTOH

Page 26: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

juga dikehendaki menulis karangan berpandukan peta minda yang telah dihasilkan itu.

Penilaian telah diberikan berdasarkan jumlah isi utama dan sampingan yang dapat

dihasilkan oleh murid dan juga penggunaan isi-isi itu di dalam penulisan.

3.6 ANALISIS DATA

Data yang dikumpul dari instrumen kajian telah dianalisa dengan mencari markah min

dan peratus. Maklumat mengenai pelajar telah memberikan peratus bilangan pelajar

berdasarkan soal selidik. Manakala maklumat kekerapan kerja bertulis di dalam buku

latihan setiap pelajar adalah untuk melihat peratus keupayaan penggunaan pelajar. Data

yang dikumpul dari tinjauan penggunaan peta minda dalam kerja bertulis telah di analisa

berdasarkan peratusan kekerapan penggunaan. Pengkaji perlu menghimpun dan

mengubah data daripada bentuk kualitatif kepada bentuk kuantitatif. Ini dibuat dengan

memberi skor peratusan numerik kepada setiap respon untuk semua item.Kemudian data

telah dimasukkan ke dalam program pengkalan data komputer untuk difrekuansikan.

Analisa telah diadakan berdasarkan borang soal selidik dan borang pemerhatian seperti

yang dilampirkan.

3.7 RINGKASAN

Melalui cadangan tindakan ini, pengkaji berharap permasalahan yang terdapat di sekolah

ini berkaitan dengan kelemahan mencari isi dan menggembangkan isi di dalam

penulisan telah telerai. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati peta

minda adalah salah satu inisiatif yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah rendah

bagi mencungkil pemikiran yang kreatif dan kritis. Melalui metodologi kajian yang telah

26

Page 27: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

dilaksanakan nanti, pengkaji berharap telah dapat menggunakan data yang diperolehi

melalui soal selidik, pemerhatian dan ujian pos untuk menentukan samada peta minda

sesuai digunakan untuk menggatasi permasalahan yang dinyatakan itu.

BAB 4

27

Page 28: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

HASIL KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Bab ini melaporkan analisis data dan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang

melibatkan 20 orang murid untuk kelas rawatan dan 20 orang murid untuk kelas

kawalan untuk melihat sejauh mana penggunaan peta minda sebagai satu alat di dalam

membantu murid di dalam mengembangkan isi-isi di dalam penulisan Bahasa Malaysia

Tahun 5. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk perbandingan iaitu seramai 20

orang telah menggunakan kaedah mendapatkan isi penulisan dengan menggunakan

kaedah peta minda dan 20 orang lagi dengan menggunakan kaedah tradisional. Murid

dalam kedua-dua kelas telah menjalani ujian pra dan soal selidik sebelum pembelajaran

menggunakan peta minda dilaksanakan dan ujian pos selepas pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.

4.1 PROFIL RESPONDEN

Kajian ini melibatkan 40 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Toh Puan Sharifah

Hanifah, Kuala Nerang iaitu mewakili 18 pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan.

Pelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 9 lelaki dan 11 perempuan bagi

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

4.1.1 Taburan responden mengikut jantina

28

Page 29: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Jadual 1: Taburan responden mengikut jantina

Kumpulan Lelaki Perempuan Jumlah

Rawatan

(Peratus)

9

(45 %)

11

(55 %)

20

(100 %)

Kawalan

(Peratus)

9

(45 %)

11

(55 %)

20

(100 %)

Jadual 1 di atas menunjukkan taburan demografi responden mengikut jantina. Jumlah

bilangan responden lelaki dan perempuan bagi kumpulan rawatan dan kawalan adalah

seramai 20 orang iaitu 9 orang responden lelaki (45 %) dan 11 orang responden

perempuan (55 %). Agihan mengikut jantina bagi kedua-dua kumpulan adalah sama.

Kesemua responden di dalam kajian ini adalah berbangsa melayu.

4.1.2 Jadual matapelajaran yang diminati responden

Matapelajaran

Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan

Bil % Bil %

Bahasa Malaysia 7 35 8 40

Matematik 5 25 7 35

Sains 6 30 4 20

Bahasa Inggeris 1 5 0 0

Lain-lain 1 5 1 5

JUMLAH 20 100 20 100

Carta 1:Peratus matapelajaran yang diminati oleh kumpulan rawatan

29

Page 30: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Carta 1 menunjukkan peratus matapelajaran yang diminati oleh responden kumpulan

rawatan. Seramai 7 rsponden (35%) adalah meminati matapelajaran Bahasa Malaysia, 6

responden (30%) meminati matapelajaran Sains. 5 responden (25%) meminati

matapelajaran Matematik , 1 responden (5%) meminati Bahasa Inggeris dan 1 responden

(5%) meminati matapelajaran lain.

Carta 2: Peratus matapelajaran yang diminati kumpulan kawalan

30

Page 31: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Carta 2 menunjukkan peratus matapelajaran yang diminati oleh responden kumpulan

kawalan. Seramai 8 responden (40%) adalah meminati matapelajaran Bahasa Malaysia,

7 responden (35%) meminati matapelajaran Matematik. 4 responden (20%) meminati

matapelajaran Sains dan 1 responden (5%) meminati matapelajaran lain.

4.1.3 Jadual pencapaian ujian penulisan dalam ujian yang lepas(Ujian Bulan April)

Gred Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan

A 2 (10 %) 3 (15 %)

B 6 (30%) 3 (15 %)

C 4 (20%) 7 (35 %)

D 8 (40%) 7 (35 %)

E - -

Jumlah Responden 20 (100 %) 20 (100 %)

31

Page 32: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Carta 3: Keputusan Ujian Penulisan Bulan April bagi kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan

Carta 3 di atas menunjukkan keputusan dari ujian penulisan bagi murid-murid dari

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan bagi bulan April yang lalu. Bagi kumpulan

rawatan seramai 2 orang responden (10%) telah mendapat gred A, 6 orang responden

(30%) mendapat gred B, 4 orang responden(20%) mendapat gred C, 6 orang responden

(30%) mendapat gred D dan 2 orang responden mendapat gred E.

Manakala bagi kumpulan kawalan yang menerima pembelajaran secara kaedah

tradisional yang mendapat gred A ialah seramai 3 orang (15%), gred B seramai 3 orang

(15%), gred C seramai 7 orang (35%), gred D seramai 4 orang (20%) dan gred E

seramai 3 orang (15%).

32

Page 33: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

4.1.4 Keputusan soalselidik

No Perkara / Item Rawatan KawalanYa Tidak Ya Tidak

1 Saya suka belajar Bahasa Malaysia

20(100%

)

0 20(100%)

0

2 Bahasa Malaysia adalah subjek yang paling membosankan.

0 20(100%)

0 20(100%

)3 Semasa guru mengajar Bahasa

Malaysia,saya susah hendak faham.

8(40%)

12(60%)

6(30%)

14(70%)

4 Saya sukar mencari isi karangan 12(60%)

8(40%)

14(70%)

6(30%)

5 Guru saya selalu mengajar menggunakan Peta minda.

0 20(100%)

0 20(100%

)6 Saya tahu apa itu peta minda. 4

(20%)16

(80%)2

(10%)18

(90%)7 Saya tahu menggunakan peta

minda2

(10%)18

(90%)1

(5%)19

(95%)8 Saya menulis karangan tanpa

menyenaraikan isi karangan dahulu

12(60%)

8(40%)

15(75%)

5(25%)

9 Saya tahu menghuraikan isi karangan

4(20%)

16(80%)

4(20%)

16(80%)

Berdasarkan data dari jadual 4.1.4, kesemua responden dari kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan meminati matapelajaran Bahasa Malaysia dan matapelajaran ini

tidak membosankan untuk dipelajari. Hanya 40 % responden daripada kumpulan

rawatan mengatakan bahawa sukar memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru

berbanding 60% mengatakan tidak sukar untuk memahami pengajaran guru. Manakala

30 % responden kumpulan kawalan mengatakan pengajaran guru sukar difahami

33

Page 34: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

berbanding 70 % mengatakan sebaliknya. Ini menunjukkan sebanyak 14 responden

(35%) daripada jumlah keseluruhan bersetuju bahawa teknik pengajaran guru memberi

kesan kepada kefahaman mereka. Oleh yang demikian faktor teknik pengajaran guru

telah memberi kesan kepada pemahaman dan pencapaian murid dalam matapelajaran

ini.

60 % responden daripada kumpulan rawatan mengatakan bahawa sukar di dalam

mencari isi-isi utama bagi tujuan penulisan karangan dan 40 % berpendapat tidak sukar

untuk mencari isi bagi tujuan penulisan karangan. Manakala 70 % responden daripada

kumpulan kawalan berpendapat sukar untuk mencari isi berbanding hanya 30 % sahaja

mengatakan sebaliknya. Merujuk kepada penggunaan peta minda di kalangan guru,100

% responden bersetuju bahawa guru-guru tidak pernah menggunakan peta minda semasa

pengajaran di dalam kelas. Hanya 20 % responden dari kumpulan rawatan dan 10%

daripada kumpulan kawalan tahu mengenai peta minda. Dari segi pengetahuan

penggunaan peta minda hanya 10 % dari kumpulan rawatan dan 5 % dari kumpulan

kawalan.

60 % responden kumpulan rawatan mengatakan bahawa mereka menulis karangan tanpa

menyenaraikan isi terlebih dahulu. Manakala 40% mengatakan mereka akan menulis isi-

isi sebelum menulis karangan. Bagi kumpulan kawalan sebanyak 75% akan menulis

karangan tanpa perlu menyenaraikan isi-isi terlebih dahulu. Sebanyak 20 % responden

mengatakan mereka tahu menghuraikan isi-isi karangan dan 80% mengatakan tidak tahu

menghuraikan isi karangan.

34

Page 35: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

4.3 DAPATAN KAJIAN

4.3.1 Analisis Ujian Pra

Pengkaji telah menjalankan Ujian Pra kepada semua pelajar sebelum pelajar kumpulan

rawatan didedahkan dengan teknik peta minda bagi melihat pencapaian manakala

kumpulan kawalan akan menerima pengajaran secara tradisional. Soalan yang diberikan

kepada semua pelajar ialah seperti berikut:

Tuliskan sebuah karangan mengenai nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh

seorang pelajar.

Anda perlu menyenaraikan isi dan contoh-contoh bagi setiap isi yangdiberikan.

Penilaian yang dilakukan oleh pengkaji adalah berdasarkan kepada jumlah isi utama dan

huraian atau contoh yang diberikan. Aspek-aspek lain pengkaji tidak berikan perhatian.

35

Page 36: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

4.3.2 Keputusan ujian pra dan pos bagi kumpulan rawatan

KUMPULAN RAWATAN

NAMA JANTINAUJIAN PRA UJIAN POS

Jumlah isi

Huraian isi

%Jumlah

isiHuraian

isi%

Responden 1 L 2 2 40 4 4 80

Responden 2 L 2 1 36 3 3 60

Responden 3 L 2 2 40 3 3 60

Responden 4 L 2 1 36 4 4 80

Responden 5 L 3 2 56 5 4 96

Responden 6 L 2 2 40 3 3 60

Responden 7 L 3 3 60 5 5 100

Responden 8 L 1 1 20 3 3 60

Responden 9 L 1 1 20 4 4 80

Responden 10 P 2 2 40 4 4 80

Responden 11 P 2 2 40 4 4 80

Responden 12 P 3 2 56 4 4 80

Responden 13 P 2 2 40 4 4 80

Responden 14 P 3 2 56 3 3 60

Responden 15 P 2 2 40 3 3 60

Responden 16 P 2 2 40 4 4 80

Responden 17 P 3 2 56 5 5 100

Responden 18 P 2 2 40 3 3 60

Responden 19 P 2 2 40 4 4 80

Responden 20 P 2 2 40 4 4 80

Min ujian pra = 41.8 min ujian pos = 75.8

Petunjuk:

Isi = 1 isi ( 4 markah ) Contoh : 1 huraian ( 1 markah )

Berdasarkan Ujian pra ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada isi utama berserta

dengan huraian atau contoh yang diberikan oleh setiap responden. Hasil dapatan data

36

Page 37: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

tersebut, pengkaji telah menukarkan kepada bentuk peratus bagi memudahkan data ini

dianalisis.

Setiap satu isi utama yang diberikan telah diberikan 4 markah dan huraian atau contoh

telah mendapat satu markah bagi setiap satu.

4.3.3 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan rawatan

GRED

UJIAN PRA UJIAN POS

FREKUANSI PERATUS FREKUANSI PERATUS

A - - 13 65

B 1 5 7 35

C 1 5 - -

D 18 90 - -

E - - - -

JUMLAH 20 100 20 100

Carta 4 : Graf Pencapaian Ujian Pra dan Pos Kumpulan Rawatan

37

Page 38: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Berdasarkan ujian pra markah tertinggi yang diperolehi ialah 60% dan skor terendah

ialah 20 %. Berdasarkan keputusan ujian pra tiada seorang responden mendapat gred A.

Seorang responden (5%) mendapat gred B, seorang (5%) gred C , 18 responden (90%)

mendapat gred D. Min bagi ujian pra ialah 41.8.

Carta 5 : Graf Menunjukkan Pencapaian Ujian Pra dan Pos Kumpulan Rawatan

Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan rawatan, didapati terdapat

peningkatan dari keputusan responden yang mendapat gred A iaitu 35 % berbanding

semasa ujian pra tiada responden yang mendapat gred A. Bilangan responden mendapat

gred B meningkat dari 5% kepada 65% iaitu peningkatan sebanyak 60%. Bagi gred C

dan D tiada seorang responden pun mendapat gred tersebut berbanding 5% mendapat

gred C dan 90% mendapat gred D semasa ujian pra. Min bagi ujian pos ialah 75.8.

Secara kesimpulannya berlaku peningkatan pencapaian bagi kumpulan rawatan dan

ianya ada kaitan dengan teknik penggunaan peta minda dalam meningkatkan

penghasilan isi karangan.

38

Page 39: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

4.3.4 : Keputusan ujian pra dan pos bagi kumpulan kawalan

KUMPULAN KAWALAN

NAMA JANTINAUJIAN PRA UJIAN POS

Jumlah isi

contoh %Jumlah

isicontoh %

Responden 1 L 1 1 20 2 1 36

Responden 2 L 1 1 20 2 2 40

Responden 3 L 2 2 40 2 2 40

Responden 4 L 2 1 36 2 2 40

Responden 5 L 2 2 40 3 3 60

Responden 6 L 1 1 20 2 1 36

Responden 7 L 1 1 20 2 2 40

Responden 8 L 2 2 40 2 2 40

Responden 9 L 1 1 20 2 2 40

Responden 10 P 3 2 56 3 3 60

Responden 11 P 1 1 20 2 2 40

Responden 12 P 2 1 36 2 2 40

Responden 13 P 2 2 40 2 2 40

Responden 14 P 2 2 40 3 2 56

Responden 15 P 2 2 40 2 2 40

Responden 16 P 2 2 40 3 2 56

Responden 17 P 3 3 60 3 3 60

Responden 18 P 2 2 40 2 2 40

Responden 19 P 3 3 60 4 3 76

Responden 20 P 2 2 40 3 3 60

Min ujian pra = 36.4 min ujian pos = 47.0

39

Page 40: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

GRED

UJIAN PRA UJIAN POS

FREKUANSI PERATUS FREKUANSI PERATUS

A - - - -

B 2 10 5 25

C 10 50 13 65

D 8 40 2 10

E - - - -

JUMLAH 20 100 20 100

4.3.5 : Peratus pencapaian kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pos

Carta 6 : Keputusan Ujian Pra kumpulan kawalan

Berdasarkan ujian pra markah tertinggi yang diperolehi ialah 60% dan skor terendah

ialah 20 %. Berdasarkan keputusan ujian pra tiada seorang responden mendapat gred A.

2 responden (10%) mendapat gred B, 10 responden (50%) telah mendapat gred C dan 8

responden (40%) mendapat gred D . Min bagi ujian pra ialah 36.4.

40

Page 41: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Carta 7: Keputusan Ujian Pos kumpulan kawalan

Berdasarkan ujian pos markah tertinggi yang diperolehi ialah 76 % dan markah terendah

ialah 36 %. Analisis ujian pos pula menunjukkan seramai 5 orang responden (25%)

mendapat gred B, 13 orang responden (65%) mendapat gred C dan 2 responden (10%)

mendapat gred D. Min bagi ujian pos ialah 47.0.

Carta 8 : Graf Menunjukkan Pencapaian Ujian Pra dan Pos Kumpulan Rawatan

41

Page 42: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan di dapati tiada

responden yang mendapat gred A bagi kedua-dua siri ujian tersebut. Bilangan calon

mendapat gred B meningkat kepada 65% berbanding 50% semasa ujian pra. Bagi gred

D masih terdapat 2 responden iaitu 10% yang memperolehinya. Secara keseluruhannya

walaupun berlaku peningkatan bagi kumpulan rawatan tetapi masih berada di tahap

sederhana.

4.4 ANALISIS SOAL SELIDIK SELEPAS PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN

PETA MINDA

Selepas berakhirnya sesi pengajaaran dan pembelajaran dengan menggunakan peta

minda selama empat minggu oleh kumpulan kawalan, pengkaji telah mengedarkan

borang B iaitu soal selidik bagi mendapatkan maklumat berkaitan kesan menggunakan

peta minda di dalam mendapatkan isi dan mengembangkannya serta kegunaan peta

minda bagi matapelajaran lain. Dapatan dari soal selidik itu dapat membantu pengkaji

membuat hipotesis berkaitan kelebihan menggunakan peta minda di dalam penulisan

karangan.

42

Page 43: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

4.4.1 : Keputusan soal selidik kumpulan rawatan

Item Sangat setuju

setuju tidak setuju

Tidak pasti

1 Saya masih sukar mencari isi karangan 17 3

2 Saya mudah menyenaraikan isi karangan 9 11

3 Saya mudah menyusun isi karangan mengikut urutan 6 14

4 Isi karangan dapat dikembangkan dengan mudah 6 14

5 Semua isi karangan dapat ditulis dan dipilih mengikut kesesuaian 7 13

6 Penulisan karangan saya menjadi mudah 5 15

7 Setiap kali menulis karangan saya akan menggunakan peta minda untuk menyenaraikan isi 6 14

8 Saya lebih yakin menggunakan peta minda berbanding cara lama 11 9

9 Peta minda boleh digunakan dalam matapelajaran lain 8 12

10 Saya akan mengunakan peta minda untuk matapelajaran lain 5 15

Carta 9: Peratus kesukaran mencari isi

43

Page 44: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Berdasarkan soal selidik mengenai kesukaran mencari isi penting, seramai 17 responden

(85%) telah bersetuju bahawa mereka tidak lagi sukar untuk mencari isi penting setelah

mempelajari teknik menggunakan peta minda. Seramai 3 responden (15%) menyatakan

ketidak pastian mereka sama ada mereka dapat mencari isi dengan menggunakan teknik

ini atau pun tidak.

Carta 10: Peratus mudah mencari isi

Berdasarkan soalan 2 seramai 11 responden (55%) sangat bersetuju mereka mudah

menyenaraikan isi dengan menggunakan teknik peta minda. Manakala 9 responden

(45%) mengatakan setuju mengenainya. Secara keseluruhan semua responden (100%)

bersetuju penggunaan peta minda dapat membantu dalam menyenaraikan isi karangan.

Carta 11 : Peratus mengatakan isi karangan mudah disusun mengikut urutan

44

Page 45: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Seramai 6 responden (30%) sangat setuju bahawa penggunaan peta minda dapat

membantu dalam menyusun isi karangan mengikut urutan. Manakala 14 responden

(70%) memilih setuju. Secara keseluruhan semua responden bersetuju dengan

penggunaan peta minda membantu dalam menyusun urutan isi karangan.

Carta 12: Peratus bersetuju peta minda membantu mengembangkan isi

6 responden (30%) sangat bersetuju manakala 14 responden (70%) pula bersetuju

bahawa penggunaan peta minda membantu mereka dalam mengembangkan isi

karangan. Kesimpulannya 100% responden bersetuju bahawa penggunaan peta minda

adalah salah satu cara yang dapat membantu di dalam mengembangkan isi dalam

penulisan karangan.

45

Page 46: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Carta 13: Peratus mengatakan isi karangan mudah dipilih dan disusun

Seramai 7 responden (35%)sangat setuju bahawa semua isi karangan dapat ditulis dan

dipilih mengikut kesesuaian apabila menggunakan peta minda. Manakala 13 responden

(65%) memilih setuju. Secara keseluruhan semua responden bersetuju isi karangan dapat

ditulis dan dipilih mengikut kesesuaian dengan penggunaan peta minda.

Carta 13: Peratus mengatakan peta minda memudahkan penulisan karangan

Seramai 5 responden (25%) sangat bersetuju bahawa penggunaan peta minda

memudahkan mereka menulis karangan. 15 responden (75%) juga bersetuju penggunaan

peta minda banyak membantu mereka menulis karangan, Secara keseluruhan kesemua

responden bersetuju peta minda dapat membantu mereka di dalam menulis karangan.

46

Page 47: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Carta 14: Peratus bersetuju bersetuju menggunakan peta minda dalam penulisan

Seramai 6 responden (30%) sangat bersetuju bahawa mereka telah menggunakan teknik

peta minda di dalam menghasilkan isi karangan sebelum menulis karangan. Begitu juga

dengan 14 responden (70%) yang turut bersetuju penggunaan peta minda. Secara

keseluruhan 100% responden memilih untuk menggunakan peta minda di dalam

penulisan karangan.

Carta 15: Peratus mengatakan yakin menggunakan peta minda

Seramai 11 responden (55%) sangat bersetuju bahawa mereka semakin yakin apabila

menggunakan teknik peta minda dalam penulisan. 9 responden (45%) memilih bersetuju

dengan kenyataan di atas. Secara keseluruhan semua responden amat yakin

mneggunakan teknik peta minda berbanding kaedah lama pengajaran guru sebelum ini.

47

Page 48: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Carta 16 : Peratus bersetuju peta minda boleh digunakan dalam matapelajaran lain

Seramai 8 responden (40%) sangat bersetuju dan 12 responden (60%) bersetuju bahawa

penggunaan peta minda boleh digunakan dalam matapelajaran lain. Oleh yang demikian

peta minda tidak terbatas kepaada sesuatu matapelajaran sahaja.

Carta 17 : Peratus yang telah menggunakan peta minda dalam matapelajaran lain

Seramai 5 responden (25%) sangat bersetuju bahawa mereka telah menggunakan teknik

peta minda dalam matapelajaran lain. Manakala 15 responden (75%) memilih bersetuju

untuk menggunakan teknik peta minda ini dalam matapelajaran lain. Secara keseluruhan

semua responden bersependapat bahawa kelebihan menggunakan teknik peta minda

boleh diaplikasikan dalam matapelajaran lain selian Bahasa Malaysia.

48

Page 49: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Carta 18 : Pendapat mengenai peta minda

Berdasarkan soalan 11 berkaitan pandangan responden terhadap penggunaan peta

minda, 20 orang (100%) bersetuju bahawa mereka berasa amat seronok apabila

menggunakannya. Begitu juga dengan kesemua responden bersetuju bahawa peta minda

dapat membantu kefahaman mereka dalam pembelajaran. Namun begitu terdapat 3

responden (15%) yang memilih mengatakan peta minda agak susah untuk difahami.

Perkara ini berlaku mungkin tempoh masa selama 4 minggu proses pengajaran dan

pembelajaran mungkin tidak begitu mencukupi bagi pengkaji untuk menerapkannya di

dalam pengajaran.

4.5 RINGKASAN

Bab ini telah membincangkan tentang profil responden secara ringkas sebagai

gambaran peserta kajian ini. Dapatan kajian ini diperolehi hasil daripada beberapa

instrumen seperti soal selidek, ujian pra dan ujian pos. Data-data yang diperolehi telah

dibuat ananalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Akhir sekali

dapatan soal selidik responden kumpulan rawatan di analisis bagi mendapatkan

maklum balas berkaitan keberkesanan penggunaan peta minda dalam pembelajaran.

49

Page 50: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN

Bab ini menjelaskan secara terperinci mengenai keputusan-keputusan kajian yang

diperolehi dalam bab 4. Pengkaji telah memberikan tumpuan kepada ringkasan kajian,

perbincangan-perbincangan mengenai hasil dapatan kajian dan kesimpulan dari

perbincangan tersebut. Di dalam bab ini juga menghuraikan kesimpulan yang diperolehi

daripada penemuan-penemuan serta cadangan-cadangan bagi kajian pada masa akan

datang.

5.2 RUMUSAN HASIL KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah penggunaan peta minda

dalam pengajaran Bahasa Malaysia dapat meningkatkan kemahiran murid menjana isi

karangan dan mengembangkannya di dalam penulisan karangan. Kajian yang dijalankan

adalah berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan seramai 20 orang murid sebagai

kumpulan rawatan dan 20 orang murid lagi sebagai kumpulan kawalan. Murid

kumpulan rawatan telah menerima pengajaran dengan mengunakan teknik peta minda,

manakala 20 orang lagi telah menerima pengajaran secara tradisional.

50

Page 51: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Toh Puan Sharifah Hanifah, Kuala Nerang.

Kesemua murid tersebut adalah merupakan murid bagi Tahun 5 yang terdiri 9 orang

lelaki dan 11 orang perempuan bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Pembahagian kumpulan ini dilakukan secara rawak yang melibatkan responden dari

berbagai aras kebolehan.

Instrumen kajian ini adalah terdiri dari dua set borang iaitu borang soal selidik, set

soalan ujian pra dan ujian pos serta melalui temubual dan pemerhatian. Borang soal

selidik diberi kepada semua responden di awal kajian dan diikuti dengan ujian pra.

Borang soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal tentang diri

responden dan juga persepsi mereka terhadap mata pelajaran bahasa Melayu serta

pencapaian mereka di dalam penulisan. Maklumat yang diperolehi digunakan pengkaji

bagi mendapatkan gambaran awal tentang diri responden sebelum menjalankan

pengajaran dengan menggunakan teknik peta minda di dalam penulisan karangan.

Soalan ujian pra telah diberikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dan

disemak dan dianalisis untuk mendapatkan markah dan gred. Pemeriksaan dilakukan

berdasarkan jumlah isi utama karangan dan juga huraian dan penerangan yang

diberikan. Aspek lain di dalam penulisan tidak diberi pertimbangan oleh pengkaji.

51

Page 52: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan jadual 4.3.3 di dapati terdapat perbezaan yang signifikan diantara ujian pra

dan ujian pos. Bilangan responden yang mendapat gred A telah meningkat dari 0%

kepada 65 % iaitu seramai 13 orang. Pertambahan responden mendapat gred B juga

berlaku dari 1 responden (5 % ) kepada 7 orang responden (35 %) iaitu pertambahan

sebanyak 30 %. Keputusan ujian pos juga menunjukkan peningkatan yang

memberangsangkan apabila bilangan responden yang mendapat gred C dan D semasa

ujian pra telah berjaya meningkat ke gred A dan juga gred B. Jumlah responden yang

mendapat gred C iatu 15 orang (75%) dan 4 orang (20 %) pada ujian pra telah dapat

ditingkatkan prestasi mereka apabila keputusan selepas ujian pos di dapati tiada murid

yang mendapat gred C dan D.

Peningkatan yang berlaku selepas ujian pra menunjukkan bahawa penggunaan peta

minda di dalam penulisan banyak membantu responden di dalam melahirkan idea bagi

mencari isi-isi karangan serta memperkembangkannya menjadi sebuah karangan yang

mantap. Jumlah isi dan huraian bagi setiap responden didapati meningkat dengan begitu

ketara jika dibandingkan dengan ujian pra sebelum ini. Hasil ujian pos telah

membuktikan bahawa tiada responden yang mendapat markah kurang dari 60%.

Tempoh pengajaran dengan menggunakan teknik peta minda selama empat minggu

telah membawa perubahan kepada prestasi murid-murid kumpulan kawalan. Dapatan

52

Page 53: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

kajian ini juga adalah sejajar dengan teori Piaget, iaitu pencapaian pelajar meningkat

apabila suasana dan elemen-elemen pembelajaran yang lengkap mencetuskan peluang

kepada pelajar untuk menimba pengetahuan (Inhelder & Piaget, 1958)

Untuk kelas kawalan, didapati peratus kelulusan hanya 90 % berbanding kumpulan

rawatan meningkat kepada 100% murid lulus. Tiada responden yang mendapat gred A

dalam ujian pos. Bilangan responden mendapat gred B dan gred C hanya meningkat

15% dan terdapat 2 (10%) responden yang mendapat gred D.

Min markah yang diperolehi oleh kumpulan rawatan semasa ujian pra iaitu 41.8 telah

meningkat kepada 75.8 iaitu peningkatan sebanyak 34.0. Manakala kumpulan kawalan

telah mendapat Min markah ujian pra sebanyak 36.4 dan ujian pos sebanyak 47.0 iaitu

peningkatan sebanyak 10.6. Perbezaan Min markah bagi kumpulan rawatan berbanding

kumpulan kawalan sebanyak 23.4 jelas membuktikan bahawa perbezaan kaedah

pengajaran yang disampaikan kepada kedua-dua kumpulan telah mempengaruhi prestasi

murid-murid.

Berpandukan analisis soal selidik daripada semua responden, teknik pengajaran guru

yang mengajar menggunakan teknik peta minda ini adalah amat kurang. Guru-guru

mungkin hanya menggunakan kaedah tradisional di dalam pengajaran mereka dan tidak

mencuba sesuatu teknik yang baru bagi melihat perubahan peningkatan murid-murid.

Hasil kajian selepas ujian pra didapati keseluruhan responden bersetuju bahawa teknik

peta minda ini adalah amat sesuai digunakan di dalam Bahasa Malaysia dan juga

53

Page 54: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

matapelajaran lain Kesemua responden bersetuju bahawa penggunaan peta minda ini

adalah amat menarik dan menyeronokkan serta memudahkan mereka memahami sesuatu

yang dipelajari.

5.4 PENEMUAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan analisis data yang diperolehi dalam kajian yang dijalankan di dapati

terdapat peningkatan prestasi pelajar mempunyai kaitan dengan teknik-teknik yang

dijalankan oleh pengkaji.

Penggunaan peta minda sebagai wadah pembelajaran yang menggunakan elemen

pancaindera serta pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan

serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Dengan menggunakan teknik peta minda yang melibatkan pengurusan grafik, melakar

simbol penghasilan isi mudah dijana. Idea yang utama akan bermula pada satu titik

permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea itu telah

berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini.

Penggunaan teknik peta minda dalam menyenarai dan mengembangkan isi dalam

penulisan memberi kesan positif dalam peningkatan pencapaian pelajar. Melalui analisa

secara deskritif bagi ujian pra dan ujian pos menunjukkan wujudnya peningkatan yang

ketara dalam pos berbanding ujian pra. Dari segi kualiti kualiti pencapaian pelajar pula

terdapat peningkatan dalam jumlah pelajar yang mendapat gred A dan B. Hal ini

54

Page 55: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

menunjukkan pengajaran menggunakan peta minda mempunyai kesan kepada prestasi

murid berbanding kaedah pengajaran secara tradisional.

Melalui penggunaan peta minda juga di dapati minat dan penglibatan murid di dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran semakin meningkat berbanding kaedah tradisional.

Ini membuktikan bahawa pendapat Gadner (1991) menyatakan ketidakserasian antara

kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar

itu hilang minat terhadap sesuatu matapelajaran. Penggunaan unsur teks, grafik, warna,

gambar, penglibatan secara berpasukan merupakan sesuatu yang boleh menarik minat

minat untuk melahirkan pembelajaran secara kolaberatif.

Dari data kajian menunjukkan bahawa peta minda dapat membimbing nurid dengan

jelas tentang penyambungan idea untuk menghasilkan karangan yang padat dan

tersusun. Hasil kajian yang didapati adalah selari sengan kajian-kajian lepas yang telah

dilakukan. Contohnya dalam kajian Chia Ying et al.(2003), konsep peta minda

memaparkan ciri-ciri yang mendorong penghasilan penulisan yang padat isi serta

struktur teratur.

Keberkesanan peta minda ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Zalekha Binti

Haji Elie (2005) yang melakukan kajian bertajuk Meningkatkan Prestasi murid Tahun

5 Dalam Penulisan Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Peta Minda dan Kata Soal

kepada pelajar-pelajar di SK Sri Aman. Hasil kajian yang dilakukan oleh beliau

55

Page 56: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

mendapati berlaku peningkatan prestasi di kalangan pelajar yang menggunakan peta

minda.

Pendapat tersebut juga diakui oleh Dr. Adenan Ayob (Universiti Malaysia Sabah,2008)

yang melakukan kajian tentang kesan penggunaan peta minda dalam penulisan cerita

yang dijalankan ke atas pelajar antarabangsa China yang membuktikan bahawa

peningkatan dan kefahaman responden tersebut semakin terserlah.

5.4 CADANGAN KAJIAN

Penggunaan peta minda dalam meningkatkan dan mengembangkan isi-isi penulisan

karangan untuk murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Toh Puan Sharifah

Hanifah, Kuala Nerang di dapati amat berkesan. Ini jelas terbukti menerusi peningkatan

pencapaian prestasi murid dalam ujian pos bagi kumpulan rawatan yang telah diadakan.

Peningkatan dari ujian pra iaitu min pencapaian telah meningkat dari 41.8% ke 75.8%

Jumlah peningkatan sebanyak 34.0% adalah satu peningkatan yang besar apabila

perubahan teknik pengajaran dari cara tradisional ditukar kepada teknik peta minda.

5.4.1 Cadangan Kepada Guru

Pihak guru merupakan pihak yang penting sebagai agen perubahan kepada murid-murid.

Kesediaan guru dalam memperbagaikan kaedah dan teknik mengajar adalah amat

diperlukan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masa kini. Sebagai guru keperluan

56

Page 57: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

dan perbezaan taraf pengetahuan murid yang pelbagai aras sudah semestinya di beri

perhatian dan pertimbangan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka

tidak terus tercicir di dalam pelajaran.Penggunaan peta minda adalah merupakan salah

satu teknik yang membantu murid-murid mengeluarkan idea di dalam penulisan

karangan. Oleh yang demikian kepelbagaian teknik pengajaran secara tidak langsung

akan menjadikan aktiviti pengajaran lebih menarik dan bermakna.

5.4.2 Cadangan Kepada Murid

Murid sudah seharusnya bersedia untuk menerima sebarang teknik pembelajaran yang

ingin disampaikan oleh guru dengan berbagai cara. Penglibatan di dalam setiap aktiviti

mestilah semaksima yang mungkin agar apa yang ingin disampaikan oleh guru akan

terlaksana. Oleh yang demikian penggunaan teknik peta minda memerlukan latihan

berterusan yang melibatkan kerjasama setiap murid dalam menterjemahkan

keberkesanan perlaksanaannya. Melalui pengetahuan sedia ada dan pembacaan yang

luas akan lebih memudahkan murid-murid untuk menghasilkan sebuah karangan yang

bermutu dengan menggunakan teknik ini.

5.4.3 Cadangan Kepada Pihak Sekolah

Pihak sekolah sudah semestinya sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada guru-

guru yang sentiasa ingin melakukan sebarang pembaharuan di dalam pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebarang kursus atau seminar yang berkaitan

dengan teknik dan kaedah pengajaran hendaklah didedahkan kepada semua guru agar

mereka sentiasa seiring dengan perubahan teknik pengajaran terkini. Melalui kursus dan

57

Page 58: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

bengkel yang dianjurkan oleh pihak berkenaan, guru-guru dapat berkongsi pengetahuan

dan dapat mencari jalan untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka paada maasa

akan datang.

5.4.4 Cadangan Kepada Pengkaji Seterusnya

Kajian yang dijalankan ini merupakan salah satu cara untuk mengenalpasti masalah dan

cuba mengatasinya. Adalah diharapkan pada masa akan datang kajian yang lebih

terperinci mengenai kelebihan peta minda akan dapat diteruskan dengan melibatkan

jumlah sampel yang lebih besar. Melalui kajian yang dilakukan itu nanti adalah

diharapkan ianya tidak tertumpu kepada matapelajaran tertentu sahaja.

5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini merupakan suatu kajian kuasi ekperimen yang melibatkan populasi yang

terhad iaitu sebuah sekolah rendah harian biasa. Dapatan data yang dianalisis hanya

terhad kepada sebuah kelas. Berikut dikemukakan beberapa cadangan berasaskan

kepada kajian yang telah dijalankan. Diharapkan agar cadangan yang dikemukakan ini

berguna kepada pihak sekolah atau pihak yang berkenaan.

Kajian yang telah dijalankan ini hanyalah menumpukan kepada kaedah dan teknik untuk

mendapatkan isi dan menghuraikannya supaya idea yang diperolehi dapat disusun

58

Page 59: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

menjadai sebuah karangan yang baik. Bagi peta minda, sebenarnya para pelajar masih

kurang memahami cara membuat peta minda yang lengkap. Masih ada lagi aspek-aspek

penting yang tidak dinyatakan dalam peta minda tersebut. Oleh yang demikian cadangan

kajian yang seterusnya memerlukan pendedahan para pelajar kepada cara membuat peta

minda dengan lebih berkesan supaya mereka dapat menggunakan sepenuhnya apabila

menulis karangan yang lengkap. Guru juga memerlukan masa yang lebih untuk menilai

setiap peta minda yang dihasilkan dan memberi tunjuk ajar bagaimana peta minda boleh

membangtu para pelajar semasa menulis karangan yang lengkap.

Guru-guru juga disarankan melengkapkan diri mereka dengan perbagai teknik

pengajaran agar objektif pengajaran tercapai. Penggunaan teknik peta minda adalah

merupakan salah satu teknik yang mempunyai pelbagai keistimewaan yang merangkumi

unsur pengurusan grafik. Murid-murid akan merasa lebih seronok dan pembelajaran

menjadi lebih bermakna apabila teknik peta minda digunakan di dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Penggunaan teknik peta minda ini juga perlu diperluaskan penggunaannya dan tidak

terbatas kepada matapelajaran Bahasa Malaysia sahaja. Adalah disarankan agar guru-

guru lain dapat menggunakan peta minda bagi matapelajaran lain yang diajar mereka.

Hal ini disebabkan pengurusan dan penggunaan peta minda adalah tidak begitu sukar

untuk dijalankan. Penggunaan teks, grafik,warna adalah merupakan elemen-elemen

yang boleh merangsangkan penggunaan otak kiri seseorang itu dan ianya terdapat dalam

59

Page 60: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

teknik peta minda ini. Melalui teknik ini diharapkan pencapaian pelajar juga akan

meningkat prestasi mereka.

Pihak-pihak yang berkaitan seperti JPN, PPD dan pengurusan panitia di sekolah-sekolah

adalah dicadangkan agar dapat mengadakan kursus terutamanya kepada guru-guru baru

dan juga lama mengenai konsep peta minda di dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.5 RUMUSAN

Daripada hasil dapatan kajian yang telah dijalankan dapatlah dibuat rumusan bahawa

prestasi murid di dalam penulisan karangan dapat ditingkatkan. Jika selama ini murid-

murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Toh Puan Sharifah Hanifah hanya mampu

menyenaraikan satu atau dua isi utama sahaja, maka dengan penggunaan teknik peta

minda masalah tersebut tersebut dapat diselesaikan. Melalui teknik peta minda juga

murid-murid dapat mengembangkan isi karangan dengan huraian yang kebih bermakna.

Penggunaan peta minda dapat membantu murid menjana idea dan menghubungkan idea-

idea supaya menjadi satu karangan yang baik. Peta minda mendorong murid nampak

dengan jelas hubungan antara idea-idea dan tidak tertinggal mana-mana idea yang ingin

disampaikan. Hal ini dapat dilihat melalui min markah kumpulan rawatan meningkat

dengan ketara berbanding kumpulan kawalan.

Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa sebagai

seorang guru perlulah memperbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Setiap

kaedah yang kita gunakan ada kelebihan dan kelemahannya untuk digunakan kerana

60

Page 61: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

setiap orang murid adalah berbeza dari berbagai segi. Walau bagaimana pun pengkaji

merasa satu kepuasan kerana dapat melaksanakan kajian ini. Adalah diharapkan pada

masa akan datang akan ada pengkaji-pengkaji yang akan terus mengkaji keberkesan peta

minda ini di dalam pengajaran dan pembelajaran.

61

Page 62: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

RUJUKAN

Abd Fatah Hassan (2002). Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam

Pembelajaran.Pahang: PTS Publication& Distribution Sdn Bhd.

Ainon Mohd (1996). Berfikir Dalam darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Ainon & Abdullah(1996). Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Ausubel,D.P (1960). The use of advance organizers in the learning and retentation of

meaningful verbal learning.Journal of education psychology,51pgs. (OUM

Digital Collection).

Buzan,T.(2003). Mind maps for kids:The shortcut to success at school.

Hemmersmith,London:Thornson.

Brennan, Michael Keith, M.A.Mind mapping, graphic organizers and student (2006) 64

pages; AAT MR17867 .In Pro Quest(OUM Digital Collection).

Buzan, T,&Buzan ,B.(2003). The Mind map book. London: BBC Worlwide Limited.

Buzan,T,(1997) Use both side of your brain.New York.E.P Dutton& Co.

Cristine Goldberg. (2004)Brain Friendly Techniques: Mind Mapping®

. Journal of School Library Media Activities Monthly.. Vol. 21, Iss. 3; pg. 22, 3

pgs. In Pro Quest(OUM Digital Collection).

62

Page 63: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Dilip Mukerjea (1996). Superbrain-train your brain and unleash the genius within.

Oxford University Press, Singapore.

Dato`Dr.Wan Mohd Zahid Wan Nordin.( 2002). Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan

Pendidikan:Institut Aminuddin Baki.

Huba, M.E,and J.E.Freed.(2000).Learner-centered assessment on college

campuses:Shifting the focus from teaching to learning. Boston:Allyn and Bacon.

John .W. Budd. (2004).Mind maps as classroom exercises. Journal Of Economic. . Vol. 35, Iss. 1; pg. 35, 12 pgs. In Pro Quest(OUM Digital Collection).

Kamaruddin Hj Husin,Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1997). Penguasaan Kemahiran

Menulis.Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mohd Azhar Abd Hamid, (2003), Meningkatkan Daya Fikir, Kuala Lumpur: PTS

Publicators Distributors Sdn Bhd.

Michael F Ruffini. (2004).Designing An E map To Teach Multimedia Applications Online.International Journal of Instructional Media.. Vol. 31, Iss. 4; pg. 383, 9 pgs.(OUM Digital Collection).

Mustaffa Dakian (2007). Modal Insan Pelaburan Penting Dalam pembangunan

Negara.Putrajaya: Jakim.

Poh Swee Hiang (2004).Kemahiran berfikir. Kuala Lumpur:Bahagian Pendidikan Guru.

Tafsir Al Quran

Trevor L Young (1997). Planning Projects 20 steps to effective project planning. Selangor: Pelanduk Publicatins.

63

Page 64: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Wang, Yu-Chia.(2006)A comparison of graphic organizers on the comprehension and retention of science knowledge among Taiwanese adolescents with learning disabilities.Journal of education. 125 pages; AAT 3225685. In Pro Quest(OUM Digital Collection).

Y.T.Chen& Mustaman Abd karim (1997). Kerelatifan dan Einstein. Utusan Publication: Kuala Lumpur.

64

Page 65: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

LAMPIRAN

65

Page 66: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

LAMPIRAN 1

Soal selidik ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai masalah pencapaian pelajar di dalam

penulisan Bahasa Malaysia. Sila lengkapkan butiran soal selidik di bawah dan berikan maklumat yang

benar. Segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan.

borang A

BORANG MAKLUMAT PELAJAR

LATAR BELAKANG MURID.

NAMA : …………………………………. TAHUN : …………………….

BANGSA : ……………………………… JANTINA : ………………….

MATA PELAJARAN YANG DISUKAI :…………………………………

PENCAPAIAN BAHASA MALAYSIA DALAM UJIAN YANG LALU

(Tandakan / pada ruangan yang berkenaan)

80%

hingga

100%

(A)

60% - 79%

(B)

40% - 59%

(C)

20% - 39%

(D)

Kurang dari

19%

(E)

66

Page 67: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

BERIKUT ADALAH SOALAN-SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN ANDA

SENDIRI DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA .SILA JAWAB

BERDASARKAN SKALA YANG DISEDIAKAN:

BERIKUT ADALAH SOALAN-SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN ANDA

SENDIRI DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA .SILA TANDAKAN /

PADA RUANGAN YANG BERKENAAN.

No Perkara / Item Rawatan KawalanYa Tidak Ya Tidak

1 Saya suka belajar Bahasa Malaysia

2 Bahasa Malaysia adalah subjek yang paling membosankan.

3 Semasa guru mengajar Bahasa Malaysia,saya susah hendak faham.

4 Saya sukar mencari isi karangan5 Guru saya selalu mengajar

menggunakan Peta minda.6 Saya tahu apa itu peta minda.7 Saya tahu menggunakan peta

minda8 Saya menulis karangan tanpa

menyenaraikan isi karangan dahulu

9 Saya tahu menghuraikan isi karangan

67

Page 68: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

LAMPIRAN 2

Borang BNAMA: .......................................................................

Pandangan anda tentang Peta Minda

Item Sangat setuju

Setuju tidak setuju

Tidak pasti

1 Saya masih sukar mencari isi karangan

2 Saya mudah menyenaraikan isi karangan

3 Saya mudah menyusun isi karangan mengikut urutan

4 Isi karangan dapat dikembangkan dengan mudah

5 Semua isi karangan dapat ditulis dan dipilih mengikut kesesuaian

6 Penulisan karangan saya menjadi mudah

7 Setiap kali menulis karangan saya akan menggunakan peta minda untuk menyenaraikan isi

8 Saya lebih yakin menggunakan peta minda berbanding cara lama

9 Peta minda boleh digunakan dalam matapelajaran lain

10 Saya akan mengunakan peta minda untuk matapelajaran lain

11. Apakah pendapat anda mengenai peta minda (anda boleh isi lebih dari satu pilihan)

Menyeronokkan anda Susah hendak difahami

68

Page 69: Tesis Bab 1 Hingga 5 Dan Rujukan

Membosankan anda Membantu kefahaman saya

LAMPIRAN 3

UJIAN PRA / UJIAN POS

MASA : 30 MINIT

Tuliskan sebuah karangan berdasarkan soalan di bawah. Anda perlu menyenaraikan isi

dan memberikan contoh-contoh bagi setiap isi yangdinyatakan.

Tuliskan sebuah karangan mengenai nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh

seorang pelajar.

69