tesis moji

68
Keberkesanan Kaedah pengajaran dan pembelajaran Sains secara amali dalam Makmal Sains Mojilin Bin Mohinsu Tesis ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA APRIL 2011 1

Upload: jamil-ang

Post on 13-Apr-2016

58 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tesis

TRANSCRIPT

Page 1: Tesis Moji

Keberkesanan Kaedah pengajaran dan pembelajaran Sains secara amali

dalam Makmal Sains

Mojilin Bin Mohinsu

Tesis ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAUNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

APRIL 2011

1

Page 2: Tesis Moji

PENGAKUAN PELAJAR

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali beberapa petikan yang telah dijelaskan sumbernya

Tanda tangan :

Nama Pelajar :Mojilin Bin Mohinsu

Tarikh :11 April 2011

2

Page 3: Tesis Moji

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan atas idea yang diberikan sehingga terhasilnya kajian ini.Terima

kasih yang tidak terhingga kepada kedua orang tua saya yang banyak member.

sokongan dan dorongan sehingga kajian ini dapat disiapkan.

Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada pensyarah penyelia En.Faizal yang

telah membimbing saya dan member tunjuk ajar yang sangat berguna kepada saya

sehinnga kajian ini dapat dihasilkan mengikut format yang betul.

Tidak lupa juga kepada semua kawan-kawan SMP pedalaman kohot 1 yang telah

banyak berkongsi idea dengan saya selama ini.Jasa baik anda saya tidak akan

lupakan.Semoga kawan-kawan selalu ceria dan berjaya dalam hidup.

3

Page 4: Tesis Moji

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains tahun

empat dengan menggunakan kaedah amali sains di kalangan pelajar tahun empat di Sekolah

Kebangsaan Kanibongan, Pitas Sabah.Sampel kajian adalah seramai 20 orang pelajar lelaki

dan perempuan dari sekolah ini akan terlibat dalam kajian ini. .Alat-alat kajian yang

digunakan untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains tahun empat

dengan menggunakan kaedah amali sains di dalam makmal sains ialah soal

selidik,pemerhatian , ujian pos dan ujian pra.Soal selidik akan dianalisis secara manual

kerana bilangan responden tidak terlalu ramai.Ujian ini mengandungi 10 soalan objektif yang

akan menguji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains tahun empat dengan

menggunakan kaedah amali sains .Kaedah analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk

menganalisis data.

4

Page 5: Tesis Moji

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL 1

PENGAKUAN PELAJAR 2

PENGHARGAAN 3

ABSTRAK 4

KANDUNGAN 5-6

BAB 1 MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan 71.2 Pernyataan masalah 71.3 Kerangka konsep 81.4 Matlamat Kajian 9-101.5 Kepentingan kajian 111.6 Batasan Kajian 121.7 Definisi Istilah 131.8 Ringkasan 13

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 142.2 Literatur Berkaitan 14-152.3 Kajian Berkaitan 15-172.4 Ringkasan 17

BAB 3 KAEDAH KAJIAN

3.1 Pengenalan 183.2 Reka bentuk kajian 183.3 Populasi dan Sampel 183.4 Alat-alat Kajian 193.5 Tatacara Pengutipan Data 213.6 Tatacara Penganalisisan Data 223.7 Ringkasan 22

5

Page 6: Tesis Moji

BAB 4 HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan4.2 Profil Responden4.3 Dapatan Kajian4.4 Rumusan

BAB 5 PENUTUP

5.1 Pengenalan5.2 Ringkasan Kajian5.3 Perbincangan Dapatan Kajian5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian5.5 Implikasi Dapatan Kajian5.6 Cadangan Kajian Lanjutan5.7 Rumusan

SENARAI LAMPIRAN

RUJUKAN

6

Page 7: Tesis Moji

BAB 1:

MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan

Ilmu Sains adalah pengetahuan terhadap fenomena alam semulajadi dan harus

dipelajari melalui interaksi secara langsung dengan alam semulajadi. Melalui kajian

ini, pengkaji cuba mengenengahkan semula definisi Sains itu dalam pembelajaran

Sains. Pengetahuan Sains bukan semata-mata dikuasai melalui menghafal fakta dan

maklumat tetapi perlu memberi penekanan kepada aktiviti ‘hands on’ atau ‘amali’

dalam konteks kajian ini. Dengan melakukan amali, pelbagai fenomena alam dapat

difahami dan diperjelaskan.

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini mendapati bahawa, kebanyakan konsep sains di kalangan pelajar yang

mempelajari Sains di sekolah pengkaji didapati kurang mantap. Hal ini menyebabkan

timbul kesulitan bagi mereka untuk mendalami Sains pada peringkat pengajian

seterusnya. Para pelajar juga didapati tidak cekap menggunakan atau kurang mahir

menggunakan alatan atau radas (kemahiran manipulatif) semasa melaksanakan

eksperimen Sains.

7

Page 8: Tesis Moji

Jika masalah di atas juga melibatkan sebilangan besar pelajar di negara kita, hasrat

untuk menghasilkan masyarakat penjana teknologi tidak akan kesampaian. Oleh itu

pengkaji mengambil satu langkah untuk menyiasat mengapa penguasaan konsep sains

di peringkat sekolah menengah tidak memuaskan. Dalam kajian ini, pengkaji

memfokuskan kajian ini kepada kadar penggunaan amali di makmal sains.

1.3 Kerangka Konseptual

Rajah 1:Kerangka konseptual

8

Guru

Kemudahan

Latihan

penilaian

AplikasiOptimumMakmal Sains

Bantuan daripada pentadbir

Penyelesaian masalah

Page 9: Tesis Moji

1.4 Matlamat Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini mempunyai beberapa matlamat tertentu.Antara

matlamat kajian adalah seperti berikut:-

i. Meningkatkan lagi kefahaman para pelajar dengan pengunaan makmal sains

dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan penguasaan dalam

mata pelajaran Sains.

ii. Menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran amali dalam makmal

sains dapat memberikan kesan yang baik kepada pelajar bagi menyelesaikan

tentang konsep sains .

1.4.1 Objektif Kajian

i. Memperolehi satu gambaran tentang penglibatan pelajar dalam aktiviti makmal.

ii. Mengenalpasti kesan aktiviti makmal dalam pembelajaran Sains.

iii. Memperolehi persepsi guru Sains berkenaan aktiviti makmal.

iv. Memperolehi persepsi pelajar berkenaan aktiviti makmal.

9

Page 10: Tesis Moji

1.4.2 Persoalan Kajian

1. Adakah makmal Sains di sekolah digunakan oleh pelajar tahun empat dalam

pembelajaran Sains melalui kaedah amali ?

2. Adakah terdapat pencapaian pelajar selepas menggunakan kaedah amali?

1.4.3 Hipotesis Kajian

Beberapa hipotesis nul dalam kajian

Ha1 : Terdapat pembelajaran sains tahun empat melalui kaedah amali dijalankan

di makmal Sains .

Ha2 : Terdapat perbezaan pencapaian pelajar selepas menggunakan kaedah amali

di makmal.

1.5 Kepentingan Kajian

10

Page 11: Tesis Moji

Kajian ini memberikan penekanan kepada penerokaan aktiviti amali Sains, yang

sewajarnya dapat membantu pelajar memahami konsep-konsep dan fenomena-

fenomena Sains yang kompleks dengan lebih mudah. Disamping itu, ia juga

diharapkan mampu menarik minat dan rasa ingin tahu pelajar terhadap Mata

Pelajaran Sains. Selain itu, signifikan kajian ialah kemampuan untuk melihat

kesungguhan dan kemahuan kedua-dua belah pihak iaitu guru dan pelajar dalam

menanam intipati tentang kemahiran proses sains ini. Sering timbul masalah bagi

melaksanakan sesuatu program baru. Ini kerana terdapat tanggapan dalam kalangan

orang yang terlibat bahawa sesuatu perancangan tidak begitu professional di dalam

mewujudkan kesan yang jitu. Kebanyakannya ditafsirkan sebagai berbentuk arahan

semata-mata situasi ini sering menimbulkan perselisihan dan ketegangan yang hebat.

1.6 Batasan Kajian

11

Page 12: Tesis Moji

Kajian yang dijalankan ini akan mengalami beberapa batasan yang tidak dapat

dielakkan. Batasan kajian ini amat merumitkan pengkaji kerana dengan bahan-bahan

ini kelancaran perjalanan yang dirancang akan tergugat. Segala batasan yang dialami

akan disenaraikan dibawah ini.

1.6.1 Batasan Masa

Batasan masa akan berlaku di dalam kajian ini. Masa yang diperuntukkan tidak

mencukupi untuk melaksanakan kajian ini.Masa yang diberikan amat singkat. Ini

akan menyukarkan pengkaji untuk mendapatkan kajian yang baik dan kemungkinan

hanya kajian yang ringkas dan berbentuk luaran sahaja yang mungkin dapat

dijalankan.

1.6.2 Batasan Sampel Kajian

Batasan sampel kajian juga menyelubungi kajian ini.Ini kerana kajian ini hanya

memfokuskan kepada satu isu sahaja yang terdapat di dalam mata pelajaran sains

tahun 4 iaitu berkaitan dengan peranan makmal dalam pembelajaran sains.Pelajar

seramai 20 orang.

1.7 Definisi Istilah

12

Page 13: Tesis Moji

Makmal Sains – Satu bilik khas di sesebuah sekolah yang diwujudkan bagi menjalankan

amali sains. Bilik ini sewajarnya dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan sains.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran Sains secara amali meliputi eksperimen,

demonstrasi, inkuiri penemuan, kajian lapangan, perbincangan ,simulasi dan

percambahan fikiran. Pengajaran dan pembelajaran Sains dalam kajian ini melibatkan

pelbagai aktiviti amali yang dijalankan dalam makmal supaya pelajar-pelajar dapat

memahami prinsip dan konsep sains dengan lebih jelas dan mudah.

Sains – Mata pelajaran Sains yang dipelajari oleh semua pelajar sekolah rendah

1.8 Kesimpulan

Kemahiran manipulatif merupakan satu daripada komponen penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.Tanpa penguasaan yang baik pelajar

tidak dapat memahami mata pelajaran sains dengan berkesan serta menyerapkan nilai-

nilai murni ketika berada di makmal sains.Tambahan pula cara pengendalian alatan dan

bahan di dalam makmal sains sangat penting dalam menjamin keselamatan pelajar serta

pendidik itu sendiri.Oleh itu,Kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan

kaedah amali di kalangan pelajar tahun empat amat bergantung kepada ketelusan

pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh para pendidik.

BAB 2:

13

Page 14: Tesis Moji

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab kedua ini akan memperlihatkan tinjauan literatur yang berkaitan dengan

penyelidikan ini. Bab ini akan menghuraikan tentang tinjauan penulisan dan kajian

lepas yang berkaitan dengan objektif-objektif penilaian serta persoalan-persoalan

yang ditimbulkan sewaktu penyelidikan dijalankan. Selain itu, setiap bahagian akan

memperlihatkan perbincangan yang menyeluruh yang berkaitan dengan topik-topik

kajian. Kajian ini adalah untuk mengetahui keberkesanan kemahiran proses sains

dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains yang akan memfokuskan

tentang kelemahan berkaitan kemahiran proses sains di kalangan pelajar tahun 4.

2.2 Literatur Berkaitan

(Fan Siowck Lee, 1983) dimana beliau menyatakan bahawa aktiviti pelajaran di

makmal sains bertujuan untuk memberi pengalaman yang melebihi penghafalan

fakta-fakta dan prinsip-prinsip.

(Siow heng Loke, 1985) menyarankan makmal Sains digunakan untuk

mengembangkan kemahiran manipulatif dan menyediakan pengalaman-pengalaman

dengan objek, konsep dan pengesahan perhubungan-perhubungn. Salah satu

14

Page 15: Tesis Moji

sumbangan yang dianggap konsisten dengan program-program Sains kini adalah

menyediakan kesempatan kepada murid-murid melibatkan diri dalam proses

penyiasatan.

2.3 Kajian Berkaitan

Pengajaran dan pembelajaran merupakan dua aktiviti yang telah menjadi asam garam

dunia pendidikan. Kedua-dua elemen ini sering saling bertautan antara satu sama lain

untuk mewujudkan kecemerlangan yang dikehendaki demi menongkah arus

pembaharuan dalam dunia sekarang. Namun begitu, domain pembelajaran boleh

dilihat sebagai pendominasi dalam menentukan kejayaan dan kejatuhan dunia

pendidikan. Ini kerana segala bentuk kekurangan yang dihadapi bagi pihak pelajar

akan membawa rombakan dalam kaedah pengajaran. Disamping itu, pencapaian

pelajar yang tinggi atau rendah akan dijadikan satu kayu pengukur bagi menilai

keberkesanan pengajaran. Situasi ini seterusnya mendorong kepada

pengimplementasikan inovasi baru kepada pembelajaran.

2.3.1 Kajian Dalam Negara

15

Page 16: Tesis Moji

Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Chan Fook Cheong pada tahun 1983

beliau menyatakan bahawa antara objekif-objektif perlaksanaan aktiviti ujikaji dalam

Sains ialah:-

i. mengajar kemahiran-kemahiran manipulatif

ii. menggalakkan pemerhatian

iii. menjelaskan teori

iv. menggalakkan kemahiran penyelesaian masalah

v. membezakan fakta-fakta sains yang diperolehi dari ujikaji dengan penerangan

fenomena secara teori

vi. membina kemahiran-kemahiran interaksi di antara sesama pelajar

vii. menyedari batasan-batasan terhadap keputusan ujikaji disebabkan wujudnya

kesilapan dan membuat kesimpulan daripada fakta-fakta yang diperhatikan lalu

menyedari menunjukkan bagaimana ahli-ahli Sains menyelesaikan masalah melalui

pendekatan secara saintifik.

Sementara itu Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 1992 telah menyatakan

bahawa sistem persekolahan di Malaysia telah sekian lama menerapkan penggunaan

makmal sains kerana menyedari kepentingannya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Sains. Walau bagaimanapun, penilaian ke atas keberkesanannya, ciri-

ciri pembaharuannya dan peranannya untuk masa depan belum ada dijalakan secara

komprehensif.

(EPRD, KPM, 1997) menyatakan bahawa keberkesanan penggunaan makmal sains

bukan hanya terletak kepada guru-guru sains semata-mata tetapi juga melibatkan

16

Page 17: Tesis Moji

Pengetua, Guru Kanan Sains, Ketua Bidang dan Pembantu Makmal, iaitu semua

pihak yang terlibat dengannya perlu memainkan peranan masing-masing.

(PK, KPM, 1992) menyatakan aktiviti pengajaran dan pembelelajaran Sains yang

boleh menimbulkan minat di kalangan pelajar tidak dapat dipisahkan daripada ujikaji-

ujikaji serta pemerhatian yang sistematik.

2.3.2 Kajian Luar Negara

Tokoh-tokoh seperti Aguirre, Haggerty & Linder, 1990; Wellington, 1989 telah

menyatakan, Sains adalah satu bidang ilmu yang memerlukan pemerhatian, penelitian

dan ujikaji yang sistematik.

2.4 Kesimpulan

Dalam bab ini penyelidik telah membincangkan serba sedikit tentang perkara pokok

yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah

amali di makmal sains dalam mata pelajaran sains. Aspek-aspek yang telah

dibincangkan termasuklah pendekatan pengajaran, realiti pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan kemahiran manipulatif dan komitmen guru.

Kajian ini seterusnya akan mengkaji sejauh mana keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dalam mata pelajaran Sains kepada pelajar

BAB 3:

KAEDAH KAJIAN

17

Page 18: Tesis Moji

3.1 Pengenalan

Bab tiga ini akan merangkumi pelbagai elemen yang berkaitan dengan kaedah

kajian. Kandungan ini bertujuan untuk menjelaskan cara pengumpulan data dan

penganalisaanya untuk membentuk maklumat yang bermakna. Elemen-elemen yang

berkaitan dengan aspek ini ialah populasi kajian, sampel kajian, tatacara kajian, alat-

alat kajian, cara penganalisaan data, prosedur kajian dan reka bentuk kajian.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu tinjauan awal tentang peranan amali Sains dalam

pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Pelajar tahun 4 dan guru—

guru sains mereka akan diminta memberi maklumbalas kepada instrument-instrumen

yang disediakan.

3.3 Populasi dan Sampel

Kajian ini akan dijalankan di SK.Kanibongan,Pitas, Sabah. Sekolah ini dipilih

kerana kerana latar belakangnya yang mempunyai kaitan dengan kajian yang akan

dilaksanakan. dalam mata pelajaran sains tahun 4. Populasi kajian terdiri daripada

pelajar-pelajar tahun empat di sekolah tersebut. Purata umur pelajar-pelajar yang

terlibat dalam kajian ini adalah 10 tahun.

3.4 Alat-alat Kajian

18

Page 19: Tesis Moji

Dua alat kajian digunakan dalam kajian ini:

a. Soal selidik yang ditadbir kepada semua sample pelajar. Soal selidik ini

mengandung 10 pernyataan dengan 5 skala respons (5 untuk sangat setuju, menurun

sehingga 1 untuk sangat tidak setuju)

b. Ujian pra dan ujian pos - mengukur dan menilai tahap kefahaman para

pelajar dalam tajuk haba sebelum dan selepas menggunakan kaedah amali di dalam

makmal sains.

3.5 Tatacara Pengutipan Data

Pengumpulan data akan dijalankan oleh penyelidik secara berperingkat terhadap

pelajar seramai 20 orang yang dipilih sebagai sampel. Kajian dijalankan dengan

membuat perbandingan keputusan pelajar sebelum dan selepas menggunakan kaedah

pengajaran dan pembelajaran amali dalam makmal bagi topik haba. Data diperolehi

dengan membuat perbandingan di antara pra ujian dan pos ujian. Pra ujian dijalankan

sebelum pengajaran dan pembelajaran dan pos ujian adalah selepas pengajaran dan

pembelajaran dengan kaedah amali.

3.5.1 Ujian pra dan ujian pos

19

Page 20: Tesis Moji

Pra ujian dan Pos ujian adalah bertujuan untuk mengukur dan menilai tahap

kefahaman para pelajar dalam tajuk haba sebelum dan selepas dalam pengajaran dan

pembelajaran dengan kaedah amali. Kedua-dua ujian ini dilakukan dengan memberi

para pelajar soalan ujian dalam tajuk haba. Skor markah yang akan dikutip dari ujian

ini akan dapat memberikan gambaran kebaikan makmal. Soalan-soalan Pra ujian dan

Pos ujian adalah setara dan dirangka sendiri oleh penyelidik.

3.5.2 Soal Selidik

Manakala untuk soal selidik, para pelajar akan diberikan borang soal selidik bagi

mendapat maklumat mengenai keberkesanan kaedah amali di makmal sains dalam

pengajaran dan pembelajaran visual terhadap mata pelajaran sains. Menurut Mohd

Majid Konting (1990), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan didalam

penyelidikan, soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan kajian

yang dijalankan. Instrumen soal-selidik dan penilaian ini merupakan satu cara bagi

penyelidik untuk mengumpul data kuantitatif tentang keberkesanan dan kefahaman

para pelajar terhadap pengajaran berbantukan komputer (PBK). Arahan dan soalan

yang diberikan kepada subjek adalah untuk menilai kepiawaiannya. Subjek-subjek

dapat bertindak balas terhadap ransangan soalan yang piawai dengan lebih berkesan.

20

Page 21: Tesis Moji

3.5.3 Tatacara Kajian

Penyelidik akan mengemukakan satu cadangan kajian kepada pihak Universiti

Terbuka Malaysia untuk mendapatkan kelulusan daripada aspek kesesuaian tajuk

kajian. Selepas itu, penyelidik akan berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengemukakan cadangan yang sama.

Seterusnya kebenaran akan dipohon kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah untuk

membuat kajian di sekolah yang akan dipilih. Selaras dengan ini penyelidik

seterusnya mendapat keizinan daripada pengetua sekolah yang terlibat.

Rajah 2: Tatacara Kajian

21

Universiti Terbuka Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Guru Besar Sekolah

Page 22: Tesis Moji

3.6 Tatacara Analisis Data

Data akan dianalisis secara manual. Data yang diperolehi daripada responden akan

dikumpul dan dianalisis ini seterusnya dapat memberikan satu gambaran yang jelas

tentang keberkesan pengajaran dan pembelajaran amali dalam makmal sains.

Antara data yang dikumpulkan untuk dianalisis ialah:-

1. Pencapaian pelajar

2. Persepsi Pelajar Tentang Kepentingan Amali Sains

3.7 Ringkasan

Kaedah kajian yang dibincangkan dalam bab ini merangkumi segala bentuk

pengkaedahan kajian yang digunakan. Ini termasuk reka bentuk kajian, populasi

kajian, sampel kajian, tatacara kajian, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian

dan seterusnya penganalisaan data. Kesemua elemen ini diharapkan dapat

memberikan satu gambaran yang menyeluruh terhadap kajian ini. Kajian ini akan

menggunakan kajian kes kerana ia akan mengkaji sejauh mana para pelajar dapat

meningkatkan keberkesanan kefahaman dalam pengajaran dan pembelajaran dalam

amali sains di makmal sains.

BAB 4 :

22

Page 23: Tesis Moji

Hasil Kajian

4.1 Pengenalan

Bab ini menjelaskan profil responden kajian ini yang terdiri daripada 20 orang pelajar

dari sebuah sekolah rendah SK Kanibongan ,Pitas yang terletak di kawasan luar

bandar.Seterusnya bab ini turut membentangkan hasil analisis data dan dapatan kajian

yang diperolehi daripada responden.

4.2 Profil Responden

Kajian ini melibatkan seramai 20 orang pelajar tahun empat di sebuah sekolah

rendah luar Bandar.Taburan keseluruhan responden mengikut etnik ialah 8 (40%)

orang pelajar Rungus,6(30%) orang pelajar Bajau dan 6(30%) orang pelajar

dusun.Mereka terdiri daripada 9 orang(45%) pelajar lelaki dan 11 orang (55%) pelajar

perempuan.Taburan responden ini menunjukkan pelajar berbangsa Rungus adalah

lebih ramai daripada pelajar Bajau dan pelajar Dusun.Sementara itu pelajar

perempuan adalah lebih ramai daripada pelajar lelaki.Taburan responden seperti

yang ditunjukkan dalam jadual 4.1, juga mempunyai taburan yang sama mengikut

etnik dan jantina.

Jadual 4.1 menunjukkan profil responden mengikut etnik dan jantina

23

Page 24: Tesis Moji

Responden Latar Belakang Frekuensi Peratus

SK

Kanibongan

Etnik

1.Rungus

2.Bajau

3.Dusun

Jantina

1.Lelaki

2.Perempuan

8

6

6

9

11

40%

30%

30%

45%

55%

4.3 Dapatan Kajian

Dapatan kajian telah dianalisis berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang ditulis

berdasarkan soalan kajian

Soalan kajian 1:

Adakah makmal Sains di sekolah digunakan oleh pelajar tahun empat dalam

pembelajaran Sains melalui kaedah amali ?

Hipotesis Nol 1:

Ho1 Terdapat pembelajaran sains tahun empat melalui kaedah amali dijalankan di

makmal Sains.

24

Page 25: Tesis Moji

Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang responden berhubung

dengan amali yang dijalankan di makmal.Pengkaji telah menganalisis item borang soal

selidik satu per satu untuk menjawab persoalan kajian.

4.3.1 Analisis item soal selidik

Item 1: Amali sains sering dijalankan di makmal

Jadual 4.6: Kekerapan dan peratusan responden berpendapat Amali sains sering

dijalankan di makmal.

Frequency Percent Valid PercentCumulative

Percent

Valid sangat tidak setuju 1 5 5 5

tidak setuju 3 15 15 20

Setuju 12 60 60 80

sangat setuju 4 11.4 11.4 100.0

Total 20 100.0 100.0

25

Page 26: Tesis Moji

Bagi item yang pertama, dapatan kajian menunjukkan respon positif daripada

responden.Dimana seramai 4 responden (20%) sangat setuju dan 12 responden (60%) setuju

bahawa responden berpendapat Amali sains sering dijalankan di makmal .Namun demikian,

terdapat 3 responden (15%) tidak setuju dan 1 responden (5%) sangat tidak setuju dengan

pernyataan yang dikemukakan ini.Ini kerana responden yang tidak menyokong adalah

disebabkan mereka seringkali tidak hadir ke sekolah atas alas an hujan dan kedudukan rumah

yang jauh dari sekolah.

26

sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Saya dapat memberi pendapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

0

5

10

15

20

25

Frequency

Rajah 4.1: Kekerapan Responden Sains adalah subjek yang saya

sangat suka

Page 27: Tesis Moji

Item 2: Amali dibimbing oleh guru

Jadual 4.7: Kekerapan dan Peratusan Responden Menyatakan Amali dibimbing

oleh guru

Frequency Percent Valid PercentCumulative

Percent

Valid tidak setuju 4 20 20 20

Setuju 12 60 60 80

sangat setuju 4 20 20 100.0

Total 20 100.0 100.0

27

Page 28: Tesis Moji

Rajah 4.2: Kekerapan Responden Menyatakan Amali dibimbing oleh guru

Daripada data yang diperolehi , seramai 4 responden (20%) telah menyatakan bahawa

Kaedah yang digunakan oleh guru amat baik. Manakala 12 responden (60%) pula setuju

dengan pernyataan ini.Dan terdapat 4 responden (20%) tidak setuju dengan pernyataan ini.

Kemungkinan ini terjadi adalah kerana responden ini bersifat introvert dan pasif dalam sesi

pengajaran pembelajaran ini.Oleh yang demikian hasil dapatan ini dapatlah dirumuskan

bahawa peranan guru di dalam membimbing amali di dalam makmal sains adalah sangat

penting untuk keselamatan dan pembelajaran yang responden.

28

tidak setuju setuju sangat setuju0

5

10

15

20

25

Frequency

Saya melibatkan diri dengan lebih aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Page 29: Tesis Moji

Item 3: Peralatan amali yang lengkap

Jadual 4.8: Kekerapan dan Peratusan Responden menyatakan Peralatan amali yang

lengkap .

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative Percent

Valid sangat tidak setuju 1 5 5 5

tidak setuju 3 15 15 20

Setuju 13 65 65 85

sangat setuju 3 15 15 100.0

Total 20 100.0 100.0

29

Page 30: Tesis Moji

Rajah 4.3: Kekerapan Responden Menyatakan Peralatan amali yang lengkap

Bagi item yang ketiga pula, kemampuan responden mengendalikan amali adalah bergantung

kepada peralatan di dalam makmal yang lengkap .Rajah 4.3 menunjukkan respon yang positif

iaitu, sebanyak 3 responden (15%) sangat setuju bahawa peralatan amali di makmal sains

lengkap untuk sesi pembelajaran .Ditambah pula lagi seramai 13 responden (65%) setuju

dengan pernyataan yang dikemukakan.Tetapi masih terdapat 3 responden (15%) yang tidak

setuju dan 1 responden (5%) sangat tidak setuju dengan pernyataan ini.

30

sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Koperatif.

0

5

10

15

20

25

Frequency

Saya dapat membina keyakinan diri dalam sesi Pembelajaran Koperatif.

Peralatan amali yang lengkap

Page 31: Tesis Moji

Item 4: Makmal yang selesa

Jadual 4.9: Kekerapan dan Peratusan Responden menyatakan Makmal yang selesa

Frequency PercentValid

PercentCumulative

Percent

Valid tidak setuju 2 10 10 10

setuju 8 40 40 50

sangat setuju 10 50 50 100.0

Total 20 100.0 100.0

31

Page 32: Tesis Moji

Rajah 4.4: Kekerapan Responden menyatakan makmal yang selesa

Item yang ke empat mengkaji tentang keadaan Makmal yang selesa untuk sesi

pembelajaran amali sains .Kajian menunjukkan 10 responden (50%) sangat setuju bahawa

mereka dapat belajar dengan baik kerana makmal yang selesa untuk menjalankan amali sains

dan 8 responden (40%) pula setuju dengan pernyataan ini. Namun demikian, seramai 2

responden (10%) tidak setuju dengan pernyataan ini.

32

tidak setuju setuju sangat setuju

Pembelajaran Koperatif.

0

5

10

15

20

Frequency

Saya dapat berinteraksi dengan rakan lain semasa Pembelajaran Koperatif.

Makmal yang selesa

Page 33: Tesis Moji

Item 5: Bahan amali yang cukup

Jadual 4.10 : Kekerapan dan Peratusan Responden Menyatakan Bahan amali yang cukup

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative Percent

Validtidak setuju 4 20 20 20

Setuju 10 50 50 70

sangat setuju 6 30 30 100.0

Total 20 100.0 100.0

33

Page 34: Tesis Moji

Rajah 4.5: Kekerapan Responden menyatakan bahan amali yang cukup

Dapatan kajian bagi item ke lima menunjukkan bahawa seramai 6 responden (30%) sangat

setuju bahawa bahan amali yang ada di makmal sains adalah mencukupi untuk menjalankan

sesi pembelajaran amali sains.Manakala 10 responden (50%) setuju dengan pernyataan ini.

Namun demikian, terdapat 4 responden (20%) tidak setuju dengan pernyataan ini.Ini kerana 4

responden ini didapati sering ponteng sekolah semasa sesi amali sains di makmal dijalankan.

34

tidak setuju setuju sangat setujuSaya mendapat nasihat dan dorongan dari rakan lain semasa

sesi Pembelajaran Koperatif.

0

5

10

15

20

25

Frequency

Saya mendapat nasihat dan dorongan dari rakan lain semasa

Bahan amali yang cukup

Page 35: Tesis Moji

Item 6: Tidak sempat menyiapkan kerja amali

Jadual 4.11: Kekerapan dan Peratusan Responden menyatakan tidak sempat

menyiapkan kerja amali

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid Sangat

tidak setuju 5 25 25 25

Tidak setuju

11 55 55 80

setuju 4 20 20 100.0

Total 20 100.0 100.0

35

Page 36: Tesis Moji

Rajah 4.6: Kekerapan Responden menyatakan tidak sempat menyiapkan kerja amali

Bagi item ke enam pula, terdapat 4 responden (20%) sangat tidak setuju dan 11 responden

(55%) tidak setuju bahawa mereka tidak sempat menyiapkan kerja amali semasa

sesi amali di makmal.Namun demikian, terdapat 5 responden (25 %) bersetuju dengan

pernyataan ini.Pengkaji mendapati responden yang tidak bersetuju adalah disebabkan mereka

tiada interaksi yang positif antara satu dengan yang lain dan suka melengahkan masa dan

tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.

36

Sangat tidak setuju Tidak setuju setuju

Saya memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada rakan lain semasa sesi Pembelajaran Koperatif.

0

5

10

15

20

25

30

Frequency

Saya memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada rakan lain semasa sesi Pembelajaran Koperatif.

Tidak sempat menyiapkan kerja amali

Tidak sempat menyiapkan kerja amali

Page 37: Tesis Moji

Item 7: Radas dibiarkan tidak dibersihkan

Jadual 4.12: Kekerapan dan Peratusan Responden menyatakan Radas dibiarkan tidak

dibersihkan

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid

sangat tidak setuju

10 50 50 50

tidak setuju 5 25 25 75

Kurang pasti 3 15 15 90

Setuju 2 10 10 100.0

Total 20 100.0 100.0

37

Page 38: Tesis Moji

Rajah 4.7: Kekerapan Responden radas dibiarkan tidak dibersihkan

Item tujuh berkaitan dengan mengkaji kemahiran manipulative pelajar.Namun pernyataan

ini dinegatifkan iaitu radas dibiarkan tidak dibersihkan selepas amali sains dijalankan. Data

yang diperolehi menunjukkan majoriti responden mempunyai sikap yang positif terhadap

penggunaan radas selepas amali dijalankan.Seramai 10 responden (50%) memilih sangat

tidak setuju dan 5 responden (25%) tidak setuju dengan pernyataan ini.Namun demikian

masih terdapat 3 responden (15%) kurang pasti dan 2 responden (10%) setuju dengan

pernyataan ini.Pengkaji mendapati responden tidak memahami soalan soal selidik.

Item 8: Rakan-rakan tiada kerjasama mengendalikan amali

38

sangat tidak setuju tidak setuju Kurang pasti setuju0

5

10

15

20

Frequency

r

Page 39: Tesis Moji

Jadual 4.13: Kekerapan dan Peratusan Responden menyatakan tiada kerjasama

mengendalikan amali.

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative Percent

Valid Sangattidak setuju 10 5 5 5

Tidak Setuju 9 45 45 50

sangat setuju

1 50 50 100.0

Total 20 100.0 100.0

39

Page 40: Tesis Moji

Rajah 4.8: Kekerapan responden mennyatakan tiada kerjasama mengendalikan amali

Dapatan kajian bagi item lapan, seramai 10 responden (50%) sangat tidak setuju bahawa

tiada kerjasama mengendalikan amali semasa amali sains.Ini kerana amali sains dijalankan

dengan bimbingan guru sains. Ini disokong oleh 9 responden (45%) yang tidak setuju

dengan pernyataan ini. Namun demikian, terdapat 1 responden (5%) sangat setuju dengan

pernyataan yang dikemukan.Ini adalah kerana responden ini mempunyai sikap mahu

mengendalikan peralatan dan bahan amali secara sendiri.

40

Sangat tidak setuju Tidak setuju sangat setujuSaya berasa Pembelajaran Koperatif adalah satu aktiviti yang

menyeronokkan dan bermakna.

0

5

10

15

20

Frequency

Saya berasa Pembelajaran Koperatif adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna.

tiada kerjasama mengendalikan amali

Page 41: Tesis Moji

Item 9: Tidak minat dengan amali

Jadual 4.14: Kekerapan dan peratusan responden tidak minat dengan amali

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative Percent

Valid tidak setuju 18 90 90 90

setuju 1 5 5 95

sangat setuju 1 5 5 100.0

Total 20 100.0 100.0

Rajah 4.9: Kekerapan responden Tidak minat dengan amali

41

tidak setuju setuju sangat setuju0

5

10

15

20

25

30

Frequency

Cuai terhadap tandaan dan pengiraan

Page 42: Tesis Moji

Dari item ini, data yang diperolehi, menunjukkan bahawa sebanyak 1 responden (5%)

mengatakan bahawa responden sangat setuju bahawa responden tidak minat dengan amali.Ini

kerana responden ini sering dipinggirkan oleh rakan mereka dan jarang sekali diberi peluang

untuk mengendalikan amali di makmal.Manakala 1 responden (5%) lain turut setuju dengan

kenyataan di atas.Walau bagaimanapun terdapat 18 responden (90%) tidak setuju dengan

pernyataan bahawa mereka tidak minat dengan amali yang dijalankan.

Item 10: Amali membosankan

Jadual 4.15: Kekerapan dan peratusan responden merasakan amali membosankan

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid

sangat tidak setuju

12 60 60 60

tidak setuju 6 30 30 90

setuju 1 5 5 95

sangat setuju 1 5 5 100.0

Total 20 100.0 100.0

42

Page 43: Tesis Moji

Rajah 4.10: Kekerapan responden menyatakan amali membosankan

43

sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju0

5

10

15

20

Frequency

Soalan yang diberikan panjang dan berbelit-belit

Page 44: Tesis Moji

Item ini berkaitan dengan amali yang dijalankan .Item 10 ingin mengetahui sejauhmanakah

amali sains dapat diterima.Didapati sebanyak 12 responden (60%) memberi respon sangat

tidak setuju bahawa amali membosankan di dalam pembelajaran mereka. Ini disokong pula

oleh 6 responden (30%) yang tidak setuju dengan pernyataan ini.Hanya terdapat sedikit

perbezaan pendapat dengan pernyataan ini di mana 1 responden (5%) setuju dan 1 lagi

responden yang lain (5%) sangat setuju dengan pernyataan ini.Ini kerana responden ini

merupakan pelajar yang lemah di dalam kelas ini.

Hasil daripada dapatan ini.Pengkaji mendapati hipotesis alternatif adalah diterima dan ini

bermakna terdapat pembelajaran sains tahun empat melalui kaedah amali dijalankan di

makmal Sains .

Analisis data yang diperolehi menunjukkan bahawa hipotesis alternatif diterima.Dengan itu

pengkaji membuat kesimpulan bahawa pembelajaran sains tahun empat telah dilaksanakan

melalui kaedah amali di makmal Sains .

Persoalan kajian 2:

Adakah terdapat pencapaian pelajar selepas menggunakan kaedah amali di makmal sains?

Hipotesis kajian:

Ha2 : Terdapat perbezaan pencapaian pelajar selepas menggunakan kaedah amali

di makmal.

Jadual 4.16: Keputusan Pra ujian dan Pos ujian

44

Page 45: Tesis Moji

Bil Nama Pelajar Pra ujian(%)18/02/2011

Pos ujian(%)08/04/2011

01 C001 60 6902 C002 50 5903 C003 34 7204 C004 64 6005 C005 51 5206 C006 64 6207 C007 62 6808 C008 60 7009 C009 76 8010 C010 48 5611 C011 66 7012 C012 54 6013 C013 72 8214 C014 60 6415 C015 62 5516 C016 64 6017 C017 70 7418 C018 48 7619 C019 55 6020 C020 36 48

Min bagi pra-ujian sebelum kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan amali sains

ialah 43.32 . Selepas pembelajaran melalui penggunaan pengajaran dan pembelajaran

menggunakan kaedah amali, min bagi pos-ujian ialah 75.92 . Ini menunjukkan kenaikan min

sebanyak 32.60 di dalam keputusan pos-ujian selepas penggunaan kaedah amali di dalam

pengajaran dan pembelajaran sains .

Hasil daripada dapatan ini.Pengkaji mendapati hipotesis alternatif adalah diterima dan ini

bermakna terdapat perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas penggunaan kaedah

amali sains di makmal Sains .Analisis data yang diperolehi menunjukkan bahawa hipotesis

alternatif diterima.Dengan itu pengkaji membuat kesimpulan bahawa pembelajaran amali

sains perlu diteruskan.

45

Page 46: Tesis Moji

4.3 Rumusan

Bab ini telah menjelaskan profil 20 orang responden mengikut etnik dan jantina dan

membentangkan dapatan kajian penggunaan kaedah amali sains di dalam makmal

sains terhadap pelajar tahun 4 dan juga persepsi guru sains tentang peranan makmal

sains di dalam pembelajaran sains tahun empat.Selepas analisis data

dilakukan,hipotesis kajian adalah diterima berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan

BAB 5:

PENUTUP

5.1 Pengenalan

Hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian yang telah dibentangkan dalam bab

keempat.Bab ini akan memberikan ringkasan kajian,membincangkan dapatan-

dapatan kajian,memberi kesimpulan dapatan kajian,membincangkan implikasi

dapatan-dapatan kajian dan mencadangkan kajian lanjutan pada masa hadapan.

5.2 Ringkasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk:

1.Memperolehi satu gambaran tentang penglibatan pelajar dalam aktiviti makmal.

2.Mengenalpasti kesan aktiviti makmal dalam pembelajaran Sains.

3.Memperolehi persepsi guru Sains berkenaan aktiviti makmal.

46

Page 47: Tesis Moji

4.Memperolehi persepsi pelajar berkenaan aktiviti makmal.

Kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains

tahun empat dengan menggunakan kaedah amali sains di kalangan pelajar tahun

empat di Sekolah Kebangsaan Kanibongan, Pitas Sabah.Sampel kajian adalah

seramai 20 orang pelajar lelaki dan perempuan yang berbeza etnik dan jantina dari

sekolah kebangsaan Kanibongan.Alat-alat kajian yang digunakan oleh pengkaji

adalah ujian pra,ujian pos dan soal selidik.Data dikutip daripada pelajar sebanyak satu

kali sahaja dan data dianalisis secara manual sahaja berdasarkan soal selidik.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Hubungan antara sikap dan motivasi pelajar dengan kaedah amali yang dilaksanakan

di dalam makmal sains.

Kajian ini mendapati wujud hubungan positif antara sikap dan motivasi pelajar

dengan kaedah amali yang dilaksanakan di dalam makmal sains.

Ini bermakna seseorang pelajar yang mempunyai sikap dan motivasi yang tinggi

semasa pengajaran menggunakan kaedah amali akaan mendapat pencapaian

tinggi,sebaliknya jika pelajar mempunyai sikap dan motivasi rendah,pencapaiannya

juga rendah.Ini berlaku disebabkan pelajar yang mempunyai sikap dan bermotivasi

tinggi akan berusaha lebih gigih untuk berjaya dalam mendapat markah yang baik di

dalam mata pelajaran sains.

5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian

Bahagian ini menyenaraikan semua dapatan kajian sebagai kesimpulan kepada hasil

kajian ini.Pengkaji mendapati:

47

Page 48: Tesis Moji

a) Kaedah amali sains yang dilaksanakan di makmal sains memberi kesan yang baik

dalam prestasi pelajar.

b) Minat terhadap subjek sains didorong oleh kaedah amali yang mana pelajar akan

melakukan amali sendiri dengan bimbingan guru.

c) Guru berpendapat makmal sains memainkan peranan yang penting untuk

membina kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif pelajar.

5.5 Implikasi Dapatan Kajian

Kajian ini mendapati pengetahuan dan kemahiran asas amali sains bagi sebahagian

besar pelajar adalah sekadar memuaskan.Implikasi dapatan ini ialah para guru perlu

menguji pengetahuan dan kemahiran asas amali sains yang diperlukan pelajar

sebelum guru mula mengajar topik sains yang baru dalam amali sains.Selepas

itu,guru perlu membuat ulangkaji pengetahuan dan kemahiran asas amali sains yang

diperlukan sehingga pelajar menguasai sepenuhnya topik yang diajar.Kemudian para

pelajar perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran asas amali sains ini untuk

memahami topik yang baru.

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian.Berasaskan kepada

batasan-batasan ini,berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan:

48

Page 49: Tesis Moji

a) Kajian ini hanya melibatkan pelajar tahun empat sahaja.Untuk kajian lanjutan

pengkaji bercadang untuk melaksanakan kaedah ini kepada pelajar tahun lima dan

enam untuk mendapat pendedahan yang lebih dalam tentang kemahiran

manipulatif.

b) Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah yang berada di

kawasan luar bandar.Kajian lanjutan dicadangkan supaya melibatkan pelajar

sekolah rendah yang berada di kawasan bandar dan pinggir bandar supaya semua

pelajar dapat menikmati pengetahuan dan maklumat yang berguna untuk masa

depan mereka.

5.7 Rumusan

Bab ini telah memberikan ringkasan kajian,membincangkan dapatan-dapatan

kajian,memberi kesimpulan dapatan kajian,membincangkan implikasi dapatan-

dapatan kajian dan mencadangkan beberapa kajian lanjutan.Sebagai penutup,kajian

ini hanya merupakan kajian awal tentang kesan kaedah pengajaran yang

menggunakan kaedah amali sains di dalam makmal sains dalam subjek sains tahun

empat .Kajian yang lebih terperinci dan tepat perlu dilakukan untuk memantapkan

lagi dapatan kajian tentang kaedah pengajaran ini.

49

Page 50: Tesis Moji

Lampiran 1

Borang soal Selidik terhadap Penggunaan kaedah amali sains dalam sains tahun

empat di makmal sains.

Nama Sekolah :_________________

Tahun :_________________

Sila baca dan tanda(/) pada ruang yang diberikan untuk item terbaik.

Penerangan:

Lajur 1 Sangat Tidak Setuju

Lajur 2 Tidak Setuju

Lajur 3 Kurang Setuju

Lajur 4 Setuju

Lajur 5 Sangat Setuju

Pernyataan 1 2 3 4 5

Amali sains sering dijalankan di makmal oleh guru

Amali sains dibimbing oleh guru

Peralatan amali sains adalah lengkap di makmal

sekolah

50

Page 51: Tesis Moji

Makmal sains sekolah saya sangat selesa

Bahan amali sains di sekolah cukup untuk amali

Saya tidak sempat menyiapkan kerja amali

Murid selalu membiarkan radas tanpa dibersihkan.

Rakan-rakan tiada kerjasama semasa mengendalikan

amali

Saya tidak minat dengan amali

Saya bosan dengan amali

Rujukan

1.Abu Hassan Bin Kassim.(2004).Perspektif Amali Sains:”Kemahiran

Saintifik”.Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia:Tidak diterbitkan.

2. Zol Azlan Bin Hamidin.(2000).”Strategi Pengajaran”.Petaling Jaya:Pearson

Education Malaysia Sdn.Bhd.

3.Mohd Najib & Mohd Yusof(1995).”Peningkatan Kemahiran Saintifik Melalui

Interaksi Di Bilik Darjah”,Skudai.Universiti Teknologi Malaysia.

4. Pof Madya Dr Saat Md Yasin,Prof Madya Dr Mohd Kidin Shahran,Prof Madya Dr

Alias Mohd Yatim,Prof Dr Abdul Razak Habib,Dr David Lim Chong Lim,Dr Nor

51

Page 52: Tesis Moji

Azizah Salleh,(2009),Kaedah Kajian Dalam Pendidikan,Seri Kembangan,Meteor

Doc.Sdn .Bhd.

52