teknik menjawab soalan perdagangan kertas 2

7
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN : KERTAS 2 (SOALAN ESEI) 3755/2 1) PERUNTUKKAN MASA Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei. * Ini bermakna anda hanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan. * Anda mesti memperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan. * Anda dinasihatkan bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang lebih susah kemudian. * Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatu soalan yang tertentu sehingga tidak sempat menjawab soalan-soalan yang lain. * Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan, anda mesti tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain. * Anda boleh kembali semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua soalan-soalan yang lain * Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda * Jangan menjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda akan kehilangan markah. * Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang dikehendaki, anda akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah esei dan 15% markah keseluruhan.Oleh itu, jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang perkara yang berkaitan.

Upload: mohd-kahirul

Post on 18-Jun-2015

4.292 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas 2

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN : KERTAS 2 (SOALAN ESEI)

3755/2

1) PERUNTUKKAN MASA

Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei. * Ini bermakna anda

hanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan. * Anda mesti

memperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan. * Anda dinasihatkan

bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang lebih

susah kemudian. * Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatu

soalan yang tertentu sehingga tidak sempat menjawab soalan-soalan yang lain. *

Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan,

anda mesti tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain. * Anda boleh kembali

semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua soalan-

soalan yang lain * Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda * Jangan

menjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda akan kehilangan

markah. * Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang

dikehendaki, anda akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah

esei dan 15% markah keseluruhan.Oleh itu, jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa

dijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang perkara yang berkaitan.

2. PEMILIHAN SOALAN

Dalam kertas ini, anda boleh memilih mana-mana tiga soalan daripada bahagian A dan

wajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).* Sebelum memilih soalan, anda mesti

membaca semua soalan dengan teliti dan menggariskan perkataan-perkataan yang

penting. * Semasa memilih soalan,pilih soalan yang anda boleh menjawab denga baik

dan dapat memberikan fakta yang banyak. * Anda mesti berhati-hati semasa memilih

soalan supaya tidak memilih soalan yang salah. * Pemilihan soalan yang salah akan

membuang masa anda untuk mencuba soalan yang lain. * Jika anda telah menjawab 4

soalan dan ada jawapan yang tidak memuaskan atau terlalu sedikit yang anda tahu, maka

jika ada masa lagi cubalah jawab soalan lain bermakna

Page 2: Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas 2

anda boleh menjawab lebih daripada 4 soalan. Ini sebagai alternatif bagi jawapan yang

anda rasa tak memuaskan tadi. Ingat! Semua jawapan akan diperiksa maka pemeriksa

akan memilih 4 jawapan anda yang terbaik.

3. PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1. Untuk menjawab soalan dalam kertas ini, anda dikehendaki memberikan jawapan

panjang berbentuk esei

2. Jumlah perkataan bagi setiap esei ialah kira-kira 300 -400 patah perkataan (secara

purata) atau 1 1/2 - 2 muka surat.(Ini hanya gambaran jawapan yang ideal, tak perlu kira

patah perkataan)

3. Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang

diperuntukkan.Anda harus ingat markah diberikan bagi fakta-fakta yang dikemukakan

dan bukan berdasarkan panjang sesuatu esei.

4. Anda mesti merancangkan jawapan anda dengan baik dan menjawab mengikut

kehendak soalan.

5. Bahasa yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami.

6. Anda dinasihatkan memperuntukan sebanyak 5 minit untuk merangka jawapan. Semua

fakta-fakta penting yang berkaitan dengan soalan mesti disenaraikan di dalam rangka

jawapan

7. Rangka jawapan membantu anda mempersembahkan jawapan dengan fakta-fakta yang

cukup dan mengikut susunan yang rapi.

8. Jangan menerangkan sesuatu fakta dengan panjang lebar sehingga mengabaikan fakta-

fakta yang lain.

Page 3: Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas 2

9. Semasa menulis jawapan, anda mesti menghuraikan setiap fakta tersebut dengan baik,

jelas dan tepat.

10.Setiap soalan esei mesti dibahagi kepada beberapa perenggan. Mulakan setiap fakta

dengan perenggan yang baru. Jika terdapat 8 fakta maka jelaskan dalam 8 perenggan.

Ringkasnya: SATU PERENGGAN => {SATU FAKTA,HURAIAN,CONTOH}

11.Sebaik-sebaik setiap fakta / perenggan diberikan nombor,manakala fakta utamanya

dijadikan sub-tajuk atau kepala sesuatu perenggan dan digariskan

12.Setiap fakta / perenggan seharusnya diselangi dengan satu baris kosong antara satu

perenggan dengan perenggan yang lain.

13.Bagi memulakan jawapan baru bagi soalan berikutnya, gunakan kertas jawapan baru.

Elakkan menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.

14.Jawapan yang baik adalah jawapan yang mempunyai banyak fakta,penerangan yang

jelas, contoh yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.

15.Untuk soalan perbezaan ,tunjukkan dengan jelas dengan bentuk jadual 'T'. Bezakan

berdasarkan perkara yang sama.Untuk persamaan, tidak perlu jadual 'T'.

16. Jawapan tidak perlu pendahuluan atau penutup. Terus kepada menjawab mengikut

kehendak soalan.

17. Bagi soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian kes

tersebut.

Page 4: Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas 2

4. BENTUK-BENTUK SOALAN ESEI

1. Pengetahuan / fakta / terangkan 2. Buat nota ringkas 3. Perbezaan / Persamaan 5.

Kajian kes 6. Kebaikan dan Keburukan 7. Fungsi / Peranaan /Perkhidmatan

4. KEHENDAK SOALAN

Kehendak soalan merupakan idea utama dalam bentuk perkataan dan rangkai kata dan

mesti diberikan perhatian.Perkataan dan rangkai kata penting dalam sesuatu soalan.

Beberapa perkataan dan maknanya telah diberikan dalam jadual di bawah.

a.Terangkan / Jelaskan Memerlukan anda menerangkan sesuatu. Tujuannya ialah supaya

pembaca mengerti atau faham tentang perkara yang diterangkan atau dijelaskan

Contohnya: “Insurans memerlukan kepentingan yang boleh diinsuranskan”. Terangkan

pernyataan ini dari segi insurans kebakaran

b. Huraikan Bererti memberitahu segala yang anda tahu supaya pembaca boleh

menggambarkan dengan jelas perkara yang dihuraikan . Contohnya: Huraikan prosedur

menubuhkan sebuah syarikat umum berhad

c. Bincangkan / Beri ulasan Mengkehendaki anda mempertmbangkan tajuk yang hendak

dibincangkan dengan teliti dan melihat dari pelbagai sudut. Memerlukan pemikiran yang

lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan. Contohnya: Usahawan adalah

seorang peniaga tetapi peniaga tidak semestinya usahawan. Bincangkan.

d. Berikan / Namakan Senaraikan Memerlukan anda memberikan fakta. Tidak

memerlukan penjelasan yang lebih lanjut Contohnya: Berikan sebab-sebab cek tak layan

e.Takrifkan Menerangkan makna sesuatu konsep dengan tepat dan teliti. Contohnya:

Takrifkan pengkhususan

f. Nyatakan Mengkehendaki anda menyatakan sesuatu perkara atau menjelaskan dengan

teliti Contohnya: Nyatakan peranan yang dimainkan oleh bank pusat

g.Bezakan Memberikan perbezaan di antara dua perkara Contohnya: Bezakan di antara

perniagaan luar negeri dengan perniagaan dalam negeri

h. Buat Perbandingan Mengkehendaki anda membandingkan dua atau lebih perkara

untuk mencari perbezaannya Contohnya: Buat Perbandingan di antara pengangkutan

jalan raya dan pengangkutan kereta api

i.Tuliskan nota-nota ringkas Memerlukan anda menulis fakta-fakta yang paling penting

Page 5: Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas 2

tentang sesuatu perkara dengan ringkas dan jelas Contohnya: Tuliskan nota-nota ringkas

bagi empat perkara dibawah: a. Cek Kembara b. Invios Pro-forma c. Poslaju d.

Kontenarisasi

j. Bagaimana / Dengan cara apakah Memerlukan anda membentangkan cara-cara

melakukan sesuatu Contohnya: Bagaimanakah perniagaan pesanan mel dijalankan

k. Mengapakah / Apakah sebab-sebab Memerlukan anda memberikan alasan satu demi

satu untuk menerangkan sesuatu Contohnya: Mengapakah pengguna memerlukan

perlindungan?

l.Apakah / Apakah yang dimaksudkan Menjelaskan sesuatu perkara dengan tepat dan

ringkas dalam satu atau dua perenggan sahaja Contohnya: Apakah cek kosong?

JANGAN SIA-SIA MASA YANG TERLUANG DENGAN TIDUR.MANFAAT MASA

2 JAM TERSEBUT SEBAIK MUNGKIN.