teknik menjawab novel pmr.pdf

4
@CSL2011 Anak Din Biola 1 Panduan Menjawab Soalan Novel : * Ikut arahan soalan sama ada mana-mana novel yang anda kaji atau novel yang dinyatakan seperti novel tingkatan 1, 2 dan 3. * Jawapan mestilah dalam bentuk esei bukannya poin-poin isi. * Jawapan sebaik-baiknya dalam bentuk perenggan. Satu isi untuk satu perenggan. * Setiap isi mestilah ada ayat isi dan ayat huraian. (Seboleh-bolehnya dua ayat). * Ayat isi mestilah bersifat umum. Guna sebahagian soalan untuk memulakan isi. * Ayat huraian mestilah khusus iaitu mengandungi watak dan peristiwa. Nama watak salah tetapi contoh pristiwa betul. (0m) Contoh peristiwa salah tetapi nama watak betul.(0m) Wajaran markah : Isi : 6 markah : 3 isi x 2 (isi -1m dan huraian -1m) Bahasa : 4 markah ; biasanya markah ditolak jika terdapat kesalahan. Ingat markah hanyalah 10 markah : Peruntukan masa yang perlu diperuntukkan ialah 10 minit sahaja Huraikan tema novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Tema novel ini ialah kegigihan seorang anak yatim dalam mengejar cita-citanya. Hal ini dapat dibuktikan melalui iaitu seorang anak yatim yang bernama Budiman bin Budin berusaha bersungguh-sungguh belajar dan berlatih menggesek biola untuk menjadi juara Bintang Muzik Kota Raya. Huraikan persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Persoalan novel ini ialah penyelewengan pemegang amanah. Sebagai contoh, Pak Mat Tukang Masak menjual biola Bayu Senja yang diamanahkan kepadanya. Selain itu, persoalan novel ini ialah semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Buktinya, Budiman, Chong dan Chandra bersahabat baik di Rumah Bonda. Seterusnya, persoalan novel ini ialah kasih sayang kepada anak yatim. Misalnya, Pak Jais menyayangi anak-anak yatim di bawah jagaannya di Rumah Bonda.

Upload: seluang1

Post on 30-Sep-2015

274 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • @CSL2011 Anak Din Biola

    1

    Panduan Menjawab Soalan Novel :

    * Ikut arahan soalan sama ada mana-mana novel yang anda kaji atau novel yang dinyatakan seperti novel tingkatan 1, 2 dan 3.

    * Jawapan mestilah dalam bentuk esei bukannya poin-poin isi. * Jawapan sebaik-baiknya dalam bentuk perenggan. Satu isi untuk satu perenggan. * Setiap isi mestilah ada ayat isi dan ayat huraian. (Seboleh-bolehnya dua ayat). * Ayat isi mestilah bersifat umum. Guna sebahagian soalan untuk memulakan isi. * Ayat huraian mestilah khusus iaitu mengandungi watak dan peristiwa.

    Nama watak salah tetapi contoh pristiwa betul. (0m) Contoh peristiwa salah tetapi nama watak betul.(0m)

    Wajaran markah : Isi : 6 markah : 3 isi x 2 (isi -1m dan huraian -1m) Bahasa : 4 markah ; biasanya markah ditolak jika terdapat kesalahan. Ingat markah hanyalah 10 markah : Peruntukan masa yang perlu diperuntukkan ialah 10 minit sahaja Huraikan tema novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Tema novel ini ialah kegigihan seorang anak yatim dalam mengejar cita-citanya. Hal ini dapat dibuktikan melalui iaitu seorang anak yatim yang bernama Budiman bin Budin berusaha bersungguh-sungguh belajar dan berlatih menggesek biola untuk menjadi juara Bintang Muzik Kota Raya. Huraikan persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Persoalan novel ini ialah penyelewengan pemegang amanah. Sebagai contoh, Pak Mat Tukang Masak menjual biola Bayu Senja yang diamanahkan kepadanya. Selain itu, persoalan novel ini ialah semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Buktinya, Budiman, Chong dan Chandra bersahabat baik di Rumah Bonda. Seterusnya, persoalan novel ini ialah kasih sayang kepada anak yatim. Misalnya, Pak Jais menyayangi anak-anak yatim di bawah jagaannya di Rumah Bonda.

  • @CSL2011 Anak Din Biola

    2

    Nyatakan watak utama dan huraikan tiga perwatakannya. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Watak utama novel ini ialah Budiman bin Budin. Perwatakan Budiman ialah seorang yang berdikari. Contohnya, Budiman bekerja sebagai jurupam di stesen minyak. Selain itu, Budiman juga seorang yang berani. Buktinya, Budiman menyiasat penyelewengan Pak Mat di Rumah Bonda dan tidak takut dengan ugutannya. Seterusnya, perwatakan Budiman ialah gigih. Misalnya Budiman berusaha bersungguh-sungguh berlatih menggesek biola dengan Pak Wan Busu. Huraikan binaan plot novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Binaan plot disusun mengikut urutan kronologi iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian. Permulaan novel ini ialah Budiman tinggal di Rumah Bonda selepas kematian ibu bapanya. Di sini, dia berkawan dengan Chong dan Chanda. Perkembangan novel ini ialah Budiman mencurigai kegiatan Pak Mat apabila pada suatu malam dia terserempak dengan Pak Mat membawa biola. Pada masa lain mereka juga terserempak dengan Pak Mat sedang memunggah barang dari stor Rumah Bonda ke dalam van. Perumitan cerita bermula dengan Pak Mat bimbang rahsia beliau terbongkar sering mengugut dan mengasari Budiman dan rakan-rakannya. Budiman berazam untuk belajar menggesek biola. Puncak kepada novel ini ialah Budiman memasuki pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Dia belajar dengan Pak Wan Busu dan Datin Siti Norbayu. Dia juga berusaha membongkar kegiatan Pak Mat yang memakan harta anak yatim. Peleraan novel ini ialah Budiman berjaya dalam pertandingan itu dengan muncul sebagai juara seperti yang diingini oleh ayahnya. Pak Mat akhirnya ditangkap dan dipenjara kerana mengedar dadah.

  • @CSL2011 Anak Din Biola

    3

    Huraikan tiga teknik plot novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Teknik plot yang digunakan ialah dialog. Contohnya, percakapan Pak Jais dengan Budiman tentang anugerah yang akan diberikan kepada ayahnya oleh Sultan. Seterusnya, teknik kedua yang digunakan ialah pemerian. Misalnya, pemerihalan watak Budiman yang berdada bidang, tinggi sederhana dan sebagainya. Selain itu, teknik imbas kembali. Buktinya, Budiman mengingatkan semula kisah silam tentang kampung halaman rumahnya. Teknik lain ialah teknik suspen. Sebagai contoh, peristiwa yang akan terjadi kepada Pak Mat dan berjaya atau tidak Budiman menyertai pertandingan Bintang Biola selepas diugut oleh Pak Mat. Huraikan gaya bahasa novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Gaya bahasa yang gunakan dalam novel ini ialah penggunaan bahasa asing. Contohnya, bahasa Inggers iaitu homework dan complain, serta bahasa Jepun iaitu sakura no hana. Penggunaan bahasa istana juga terdapat dalam novel ini. Misalnya, patik, pacal, tuanku, anugerah, dan bintang kebesaran. Peribahasa juga digunakan dalam novel ini. Contohnya, tempat jatuh lagi dikenang, hangat-hangat tahi ayam, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga dan pasang telinga. Senaraikan latar tempat novel yang anda kaji dan peristiwa yang berlaku. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Latar tempat dalam novel ini ialah Rumah Bonda. Peristiwa yang berlaku ialah Budiman,Chong dan Chandra dibesarkan di sini. Di sini juga Pak Mat memunggah barangan untuk dimuatkan ke dalam van. Latar tempat kedua ialah stesen minyak. Di sini, Budiman bekerja sambilan sebagai jurupam manakala Chong dan Chandra membantunya. Dewan Srikota juga latar tempat dalam novel ini. Di dewan inilah berlangsungnya Pertandingan Bintang Biola Kota Raya yang disertai oleh Budiman. Latar tempat yang lain ialah rumah Pak Wan Busu. Di rumah inilah Budiman belajar menggesek biola.

  • @CSL2011 Anak Din Biola

    4

    Huraikan nilai-nilai yang anda peroleh setelah membaca novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Nilai yang saya peroleh setelah membaca novel ini ialah kegigihan. Contohnya, kegigihan Budiman dalam belajar menggesek biola sehingga berjaya menjadi juara Bintang Biola Kota Raya. Saya juga memperoleh nilai berdikari. Misalnya, nilai berdikari ditonjolkan melalui watak Budiman yang bekerja sebagai jurupam di stesen minyak. Nilai keberanian juga saya peroleh setelah membaca novel ini. Buktinya keberanian Budiman menyiasat kegiatan Pak Mat dan menghadapi ugutannya terdapat dalam novel ini. Seterusnya nilai bertanggungjawab/kasih sayang juga saya peroleh. Melalui watak Pak Jais dipaparkan beliau seorang yang bertanggungjawab/menyanyangi anak-anak yatim di Rumah Bonda. Huraikan pengajaran-pengajaran yang anda peroleh setelah membaca novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Pengajaran yang saya peroleh ialah kita mestilah bersikap berdikari. Contohnya, watak Budiman yang bekerja sebagai jurupam di stesen minyak. Pengajaran kedua ialah kita mestilah mengamalkan nilai keberanian. Misalnya, keberanian Budiman menyiasat kegiatan Pak Mat dan menghadapi ugutannya terdapat dalam novel ini. Kita sewajarnya mengamalkan nilai kasih sayang. Buktinya,melalui watak Pak Jais dipaparkan beliau seorang yang menyayangi anak-anak yatim di Rumah Bonda.