12. hbef2803 topik 8 -...

29
PENGENALAN Pembentukan semangat berpasukan penting kepada profesion keguruan. Ini kerana semangat berpasukan akan mendorong guru melaksanakan tugas secara berpasukan dan bekerjasama. Sebagai seorang yang berprofesion dalam bidang perguruan, anda tidak boleh melaksanakan tugasan secara bersendirian. Segala pelaksanaan tugas adalah berdasarkan arahan daripada pihak pengetua. Semangat berpasukan adalah asas kejayaan sesuatu program yang dijalankan di sekolah. Guru akan melalui proses kerjasama, bertanggungjawab kepada pasukan dan mempunyai keterbukaan fikiran dan kesepakatan yang kuat dan teguh untuk menjayakan program yang dirancang. Kesepakatan amat dituntut dalam aspek pembahagian tugas yang adil, bekerjasama dalam melaksanakan tugasan dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah. Ahli-ahli dalam pasukan mesti mempunyai semangat ingin berjaya. Anda harus mempunyai keterbukaan fikiran iaitu boleh memberi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan atau mentakrifkan konsep kesepakatan; 2. Menjelaskan maksud persetujuan bersama dalam kumpulan; 3. Mengenal pasti pembahagian tugas yang adil; 4. Menghuraikan konsep kerjasama; 5. Mengenal pasti tanggungjawab kepada pasukan; dan 6. Menghuraikan konsep keterbukaan fikiran. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 8 8 Pembentukan Semangat Berpasukan

Upload: truongnhu

Post on 30-Jan-2018

326 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� PENGENALAN

Pembentukan semangat berpasukan penting kepada profesion keguruan. Ini kerana semangat berpasukan akan mendorong guru melaksanakan tugas secara berpasukan dan bekerjasama. Sebagai seorang yang berprofesion dalam bidang perguruan, anda tidak boleh melaksanakan tugasan secara bersendirian. Segala pelaksanaan tugas adalah berdasarkan arahan daripada pihak pengetua. Semangat berpasukan adalah asas kejayaan sesuatu program yang dijalankan di sekolah. Guru akan melalui proses kerjasama, bertanggungjawab kepada pasukan dan mempunyai keterbukaan fikiran dan kesepakatan yang kuat dan teguh untuk menjayakan program yang dirancang. Kesepakatan amat dituntut dalam aspek pembahagian tugas yang adil, bekerjasama dalam melaksanakan tugasan dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah. Ahli-ahli dalam pasukan mesti mempunyai semangat ingin berjaya. Anda harus mempunyai keterbukaan fikiran iaitu boleh memberi

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan atau mentakrifkan konsep kesepakatan;

2. Menjelaskan maksud persetujuan bersama dalam kumpulan;

3. Mengenal pasti pembahagian tugas yang adil;

4. Menghuraikan konsep kerjasama;

5. Mengenal pasti tanggungjawab kepada pasukan; dan

6. Menghuraikan konsep keterbukaan fikiran.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

88 � Pembentukan

Semangat Berpasukan

Page 2: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

181

dan menerima pendapat, teguran dan pandangan rakan sepasukan. Anda juga diminta memberi idea melalui sumbangsaran dalam menyelesaikan masalah. Rajah 8.1 menunjukkan semangat kesepakatan dalam berpasukan apabila pelajar berkhemah di dalam hutan.

Rajah 8.1: Pelajar berkhemah di dalam hutan

KESEPAKATAN

Definisi kesepakatan merujuk kepada beberapa individu yang berusaha mencapai kata sepakat dalam menentukan matlamat yang hendak dicapai dan melaksanakannya hingga berjaya serta dapat mempamerkan hasil yang nyata. Contohnya, ahli-ahli kumpulan bersepakat merancang untuk mengadakan sukaneka. Mereka seterusnya membuat persiapan dengan segera. Semua ahli mengambil bahagian dalam sukaneka tersebut dan sukaneka berlangsung dengan jayanya.

8.1

Sepakat membawa berkat. Apakah maksud bidalan ini?

SEMAK KENDIRI 8.1

Page 3: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

182

MENYATAKAN PERSETUJUAN BERSAMA DALAM KUMPULAN

Jadual 8.1 berikut menerangkan langkah-langkah untuk menyatakan persetujuan dalam kumpulan.

Jadual 8.1: Langkah-langkah Menyatakan Persetujuan dalam Kumpulan

Tindakan Pelajar KKesan kepada Kumpulan

1. Duduk dalam kumpulan kecil

� Setiap ahli akan mengambil tempat di dalam dewan atau bilik atau di padang.

� Semua ahli akan duduk dalam keadaan selesa di atas kerusi atau bersila.

2. Memberi arahan

� Perlantikan ketua kumpulan berdasarkan demokrasi atau sebulat suara. Perlantikan ketua menggunakan undian atas pencalonan yang telah dilantik dan disokong oleh ahli kumpulan.

3. Penerangan

� Menerangkan tugas setiap ahli dalam kumpulan.

4. Isu yang dihadapi

� Perkhemahan Bina Insan Guru (BIG).

Perkara yang perlu diteliti adalah seperti berikut: � Membuat kertas kerja BIG.

� Perbelanjaan makanan.

� Buku Program.

� Aturcara majlis.

� Menu masakan.

� Acara mendaki.

� Aktiviti di air.

� Aktiviti di darat.

� LDK.

� Malam kebudayaan.

� Kenderaan.

� Berdasarkan semua perkara yang disebutkan di atas, anda akan bersepakat melantik ahli jawatankuasa kerja bagi setiap aktiviti dalam menjayakan BIG. Setiap ahli menyiapkan tugasan masing-masing sebelum tarikh BIG tiba.

8.2

Page 4: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

183

5. Unsur bergantungan

� Saling bergantungan yang positif antara ahli kumpulan.

� Tidak mencuri tulang.

� Membantu antara satu sama lain.

6. Akauntabiliti individu

� Semua ahli yang telah dilantik perlu melaksanakan kerja yang telah dipertanggungjawabkan supaya program dapat berjalan lancar.

7. Penyertaan

� Melibatkan diri secara aktif.

� Memberi idea untuk penambahbaikan program.

8. Interaksi

� Interaksi dua hala atau pelbagai hala antara ahli yang berbincang.

9. Kemahiran sosial

� Kemahiran interpersonal, iaitu boleh berhubung dengan sopan santun dan hormat menghormati antara satu sama lain.

10. Pencapaian kata sepakat

� Kesepakatan telah terjalin, tiada lagi percanggahan pendapat dan semuanya menerima keputusan perbincangan dengan hati terbuka.

8.2.1 Merancang Bersama

Rajah 8.2: Berbincang dan merancang bersama

Merancang bersama adalah penting dalam mencapai objektif dan matlamat kumpulan. Rajah 8.2 menggambarkan suasana kesepakatan boleh dipertahankan dengan mendokumentasikan segala perbincangan. Perbincangan dicatat dan diedarkan semula kepada ahli supaya semuanya puas hati dan terus melaksanakan tugas dengan sempurna. Semasa merancang bersama, semua ahli perlu bertindak segera. Semua ahli atau peserta juga perlu menunjukkan minat untuk melaksanakan aktiviti yang akan dijalankan. Perkara yang perlu dirancang bersama dapat kita lihat dalam Jadual 8.2 berikut.

Page 5: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

184

Jadual 8.2: Contoh Perkara yang Perlu Dirancang Bersama

Aktiviti yang Dirancang Bersama TTindakan Ahli Jawatakuasa

Perlantikan Jawatankuasa

� Surat panggilan mesyuarat kali pertama oleh pihak pentadbiran.

Pengerusi, Naib Pengerusi

� Pengerusi mempengerusikan mesyuarat.

Setiausaha dan Penolong Setiausaha

� Setiausaha merekodkan minit mesyuarat.

Bendahari dan Penolong Bendahari

� Menyimpan dan mengurus hal kewangan.

AJK Jamuan dan Makanan

� Membeli bahan basah dan bahan kering untuk dimasak dan mengurus jamuan dan menu yang hendak dihidangkan.

AJK Peralatan

� Mengurus segala barang-barang daripada stor untuk perkhemahan.

AJK Kerohanian

� Menguruskan tempat solat, ceramah Subuh, ceramah Maghrib dan qiamulail.

AJK Kebajikan AJK Lawatan AJK Hadiah AJK Kebudayaan AJK Sukan

� Mengurus tempat peserta yang sakit dan menyediakan kenderaan untuk dibawa ke klinik.

� Menguruskan hadiah untuk pertandingan sukaneka dan lain-lain cenderamata.

� Menguruskan alat sukan, alat pertandingan dan pita perakam.

AJK Rekreasi

� Menguruskan aktiviti di air, pelampung, kayak dan keselamatan peserta.

AJK Majlis Penutupan

� Menguruskan juru acara majlis, alat pembesar suara, kerusi tetamu, kerusi peserta dan lain-lain.

Semua ahli perlu membentuk jawatan kuasa kecil pula dan memilih ahli yang berminat dalam AJK-AJK yang telah dibentuk. Semua AJK melaporkan jumlah ahli dalam kumpulan masing-masing dan diberikan kepada Setiausaha supaya semua ahli terlibat dalam AJK mereka terpilih. Semua AJK duduk bersama dan menggunakan masa untuk merancang dengan AJK yang mereka terlibat. Semua AJK mesti memberi fokus kepada tugas masing-masing dan mengelakkan diri

Page 6: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

185

daripada bercerita perkara yang tidak berkaitan. Berikut adalah implikasi merancang bersama dalam kumpulan: (a) Pelajar bersemangat dan bersedia memikul tanggungjawab yang diberikan.

(b) Kehadiran semua ahli semasa merancang sangat penting. Elakkan berdiam diri atau menarik diri.

(c) Mendokumentasikan semua perkara yang dibincangkan mengikut AJK masing-masing.

(d) Membuat apa yang telah dirancang dengan penuh dedikasi.

(e) Memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong.

(f) Memperoleh idea yang lebih bernas daripada ahli kumpulan.

(g) Penyelesaian masalah yang lebih berkesan dengan cara bermuafakat.

PEMBAHAGIAN TUGAS YANG ADIL

Konsep pembahagian tugas yang adil adalah melaksanakan sesuatu tugas mengikut giliran kumpulan. Kumpulan dibahagikan kepada enam kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 10 orang. Sebagai contoh, tempoh perkhemahan BIG yang telah ditetapkan ialah tiga malam empat hari. Satu hari, ahli memasak tiga kali, iaitu masak pagi, tengahari dan malam. Oleh itu, enam kumpulan ini akan mengagihkan ahli yang terlibat mengikut giliran untuk memasak. Sebagai contoh, lihat Jadual 8.3 berikut untuk melihat agihan tugas yang adil semasa memasak, bermula dari kumpulan satu hingga kumpulan enam, dan ada ketikanya semua kumpulan terlibat.

8.3

Page 7: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

186

Jadual 8.3: Contoh Agihan Tugas yang Adil

Hari MMakan Pagi MMakan Tengahari MMakan Malam

1

Persediaan makanan masing-masing Makan sendiri dalam perjalanan

Disediakan/bungkus Memasang khemah masing-masing mengikut kumpulan masing-masing.

Masak nasi Ayam gulai Sayur bayam Buah Kumpulan 1

2

Roti sardin dan milo Kumpulan 2

Masak nasi Ikan masak asam Sayur kangkung Buah Kumpulan 3

Masak nasi Gulai daging Sayur kobis Buah Kumpulan 4

3

Nasi goreng, teh Kumpulan 5

Masak nasi Ikan bakar Sayur kacang Buah Kumpulan 6

Masak bihun Ayam bakar Buah Semua kumpulan

4

Semua meruntuhkan khemah masing-masing dan membuat persiapan untuk pulang Semua kumpulan

Dalam perjalanan balik ke maktab

Sampai di maktab, semua kumpulan membasuh khemah masing-masing dan menjemurnya Selepas kering, khemah tersebut dilipat dan disimpan di dalam stor maktab Semua kumpulan

Pembahagian tugas yang adil adalah sangat subjektif. Dalam konteks ini, semua ahli harus mempunyai sikap tolong-menolong dalam menguruskan kelancaran tugas dalam kumpulan masing-masing. Ketua setiap kumpulan akan mengenal pasti ahlinya yang membuat kerja bersungguh-sungguh dan ahli yang mengelakkan diri dari melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Sekiranya terdapat ahli yang mengalami masalah kesihatan seperti demam dan kakinya bengkak, elakkan daripada memberinya tugas yang boleh membebankannya atau memberi pilihan untuknya berehat. Kita hendaklah bertimbang rasa kepadanya dan memberikan tugasnya kepada rakan lain. Bertimbang rasa itu dikatakan keadilan yang dituntut dalam aspek hubungan sesama manusia.

Page 8: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

187

KERJASAMA

Konsep bekerjasama dalam melaksanakan tugasan adalah bertumpu kepada bagaimana sikap ahli terhadap tugasan yang diterimanya dan cara ahli dalam kumpulan menyempurnakan tugasannya. Ini sangat penting bagi menjamin kejayaan program yang mereka rancangkan. Bekerjasama dalam melaksanakan tugasan dapat dilaksanakan ketika mendirikan khemah atau semasa memasak. Ini dapat kita lihat dalam Jadual 8.4.

8.4

1. Huraikan maksud kesepakatan. 2. Senaraikan tugas yang anda rancang bersama rakan anda dalam

program BIG.

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Apakah maksud kerjasama?

2. Pernahkah anda memberi kerjasama?

3. Siapakah orang yang pernah bekerjasama dengan anda?

AKTIVITI 8.1

Page 9: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

188

Jadual 8.4: Contoh Bekerjasama dalam Melaksanakan Tugasan

Bekerjasama dalam Melaksanakan Tugasan Tugas yang Mesti Dilaksanakan

1. Memunggah barang dari stor masuk ke dalam bas

� AJK Peralatan yang menguruskan pengeluaran barang dengan bantuan ahli dalam kumpulan.

� Siapkan senarai barang dan jumlah barang yang dipinjam dari stor, contohnya khemah, tikar, periuk, kuali, pinggan mangkuk, gelas, pisau dan senduk.

2. Memunggah barang dari bas ke kawasan tapak perkhemahan

� AJK Peralatan yang menguruskan pemunggahan barang dibantu ahli kumpulan masing-masing.

� Mengagihkan barang mengikut senarai.

3. Mendirikan khemah

� Setiap kumpulan mendirikan khemah sendiri.

4. Memasak dan menghidangkan

� Giliran kumpulan yang telah ditetapkan memasak mengikut giliran.

5. Solat Maghrib dan ceramah

� Semua ahli terlibat tetapi penceramah daripada kumpulan yang telah ditetapkan.

6. LDK

� Setiap ahli terlibat dan berada dalam kumpulan masing-masing semasa menjalankan setiap aktiviti.

7. Makan lewat malam

� Makan lewat malam bersama-sama.

8. Aktiviti air

� Menjaga keselamatan semua ahli.

9. Aktiviti darat

� Berjalan mendaki gunung dalam kumpulan.

10. Malam kebudayaan

� Semua ahli terlibat mengikut giliran kumpulan.

11. Refleksi

� Semua ahli terlibat dalam melahirkan perasaan mereka.

Bekerjasama dalam kumpulan adalah dituntut dalam BIG. Sekiranya ahli bekerjasama, maka semua aturcara yang ditetapkan dapat dilaksanakan dengan mudah. Antara perkara yang perlu dipatuhi untuk bekerjasama adalah seperti yang dapat kita lihat dalam Jadual 8.5.

Page 10: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

189

Jadual 8.5: Perkara yang Perlu Dipatuhi dalam Melaksanakan Tugasan

Tingkah Laku Bekerjasama TTindakan Anda

1. Menghormati rakan � Mengangkat barang-barang berat bersama, bukan angkat seorang diri, nanti dapat sakit pinggang.

2. Makan bersama dan berdoa bersama

� Beratur mengambil makanan, menolong sendukkan makanan rakan, menolong tuangkan air, sama-sama berdoa serentak.

3. Menepati masa aktiviti/masa makan

� Meniup wisel supaya semua ahli datang serentak dan dapat menjalankan aktiviti tanpa membuang masa.

4. Berhenti daripada bercakap kasar

� Gunakan bahasa yang sopan.

� ‰Boleh tolong saya .. ‰

� ‰Saya nak minta tolong ..‰

� ‰Tolonglah saya ..‰ ‰Tolong temankan saya..‰

5. Semua inginkan kejayaan

� Apabila melakukan aktiviti berkawat mesti serentak daripada segi hentakan kaki, hayun tangan, gerakan kaki, berdiri tegak.

6. Prihatin terhadap kebajikan

� Menolong kawan yang sakit, menyapukan minyak, mencarikan ubat, menghidangkan makanan.

� Mendengar masalah rakan.

7. Pamerkan kerajinan � Mempamerkan ketertiban, basuh pinggan dan cawan hingga bersih, susun dengan teratur, kawasan memasak sentiasa bersih, membuang sampah dalam tong sampah yang disediakan dan pakaian sentiasa kemas.

8. Pamerkan sikap menolong

� Menolong membersihkan ayam, memotong sayur, memotong buah-buahan, menyediakan minuman.

9. Pamerkan budi bahasa dan sopan santun

� Sentiasa senyum ketika menjalankan aktiviti. Sekiranya anda kurang kemahiran dalam ilmu masakan atau tidak faham untuk membuatnya, anda perlulah mendapatkan tunjuk ajar terlebih dahulu. Contohnya cara membuat sambal udang campur petai, masak lemak cili padi. Pastikan anda masak nasi supaya tidak mentah.

Page 11: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

190

8.4.1 Bekerjasama dalam Menyelesaikan Masalah

Konsep bekerjasama dalam menyelesaikan masalah bermakna ahli kumpulan akan memilih daripada beberapa alternatif yang ada untuk mencapai kata sepakat dan membuat keputusan yang terbaik. Contohnya, bagaimana menyusun semua barang perkhemahan untuk dipunggah ke dalam sebuah feri (Jadual 8.6).

Jadual 8.6: Bekerjasama dalam Menyusun Semua Barang Perkhemahan untuk Dipunggah ke dalam Sebuah Feri

Tingkah Laku yang Menunjukkan Bekerjasama dalam Menyelesaikan

Masalah

Tindakan Anda Bersedia untuk Membantu Menyelesaikan Masalah Ahli dalam Kumpulan

1. Pastikan ahli kumpulan mendapat maklumat yang jelas dan sama

Caranya: Memanggil semua ahli berkumpul dan menerangkan masalah dengan jelas dan bersemuka iaitu bagaimana hendak menyelesaikan masalah memunggah barang-barang dari bas ke feri untuk berangkat dan berkhemah di Pulau Pangkor.

2. Semua ahli berterus terang dan jujur semasa membawa barang, bukannya selamatkan barang sendiri sahaja

Mengenal pasti semua barang-barang yang berat dan ringan. Agihkan barang mengikut kekuatan fizikal ahli dalam kumpulan.

3. Informasi mesti dikongsi bersama

Mendengar dengan teliti semua arahan yang diberikan oleh ketua.

4. Keputusan di tangan ahli. Ahli memutuskan apakah barang yang hendak dibawa dan siapakah yang membawanya

Perlu bermesyuarat dan tidak menyembunyikan fakta dan peristiwa yang berlaku. Tugasan dibahagi secara adil.

5. Semua ahli memahami akibat membuat keputusan yang salah dan menyelesaikan masalah dengan telii

Risiko perlu ditanggung bersama. Jika berlaku sesuatu insiden, jangan mudah menyalahkan orang lain. Mungkin ada barang hilang dan tertinggal.

6. Semua orang layak bersuara Elakkan diri daripada menjadi orang ‰atas pagar‰.

7. Menghargai semua pendapat yang dikemukakan oleh ahli

Elakkan memperkecilkan pendapat ahli yang lain.

8. Kurangkan konflik semasa mengatasi masalah atau semasa memunggah barang

Semua ahli perlu bertenang dan bersabar. Setiap individu perlu menjalankan tugasan masing-masing dengan rela dan berkorban.

Page 12: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

191

Semasa anda bekerjasama dalam kumpulan, anda hendaklah mengelakkan diri daripada konflik, bertumbuk atau kata mengata dalam kumpulan. Anda perlu bersabar dan menasihatkan rakan kumpulan anda yang tidak patuh kepada amalan ketepatan masa, malas dan mudah merajuk.

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PASUKAN

Konsep bertanggungjawab kepada pasukan adalah harus memberi kerjasama kepada kumpulan, sedia menerima teguran dan sedia membantu menjaga keselamatan ahli kumpulan. Contoh bertanggungjawab ditunjukkan dalam Jadual 8.7.

8.5

1. Jelaskan langkah-langkah yang anda ambil dalam bekerjasama untuk mengatasi masalah.

2. Bagaimanakah anda bekerjasama dalam melaksanakan tugasan

dalam kumpulan?

AKTIVITI 8.2

1. Apakah maksud bertanggungjawab?

2. Bagaimanakah cara anda menjalankan tanggungjawab kepada kumpulan anda?

3. Apakah implikasi jika anda tidak menjalankan tanggungjawab anda?

SEMAK KENDIRI 8.3

Page 13: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

192

Jadual 8.7: Contoh Bertanggungjawab kepada Kumpulan

Tingkah Laku Bertanggungjawab kepada Kumpulan Tindakan Anda

1. Sedia menerima tugas yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan contohnya memasak, mendirikan khemah dan berjaga malam.

� Tidak curi tulang.

� Mesti rajin.

� Penuh minat.

� Wajah senyum sepanjang masa.

2. Menepati masa yang ditetapkan contohnya bangun awal waktu Subuh dan Maghrib untuk berjemaah.

� Tidak berlengah-lengah.

� Cepat dan tepat.

3. Mengambil bahagian dengan aktif contoh bersukan/sukaneka.

� Perlu asertif bukan submisif.

4. Menghormati ahli kumpulan. � Tidak menghina dan memperlekehkan orang lain.

5. Sedia menunjuk ajar ahli kumpulan contohnya cara mendirikan khemah, buat sambal, masak nasi tomato.

� Sedia berkongsi pengalaman dan kemahiran.

6. Memberi contoh tauladan yang baik dalam kumpulan iaitu menepati masa, masak dalam hujan dan panas.

� Sentiasa tenang dan senyum dalam kesusahan.

7. Membuat agihan tugasan yang sesuai dengan keupayaan fizikal setiap ahli.

� Adil dan empati.

8. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kumpulan contohnya menyiapkan makanan malam sebelum Maghrib.

� Taat setia dan akur setiap masa.

9. Sentiasa menjaga imej pasukan supaya sentiasa bersemangat sepanjang pertandingan.

� Berdisiplin sepanjang masa.

10. Menjaga kebersihan kawasan dan persekitaran contohnya menyusun barang-barang dan pakaian dalam khemah dengan kemas dan teratur.

� Mementingkan kekemasan.

Page 14: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

193

8.5.1 Bertanggungjawab kepada Kumpulan

Banyak faedah yang diperolehi sekiranya anda bertanggungjawab kepada kumpulan anda. Pertama, anda telah mendidik diri untuk melakukan yang terbaik demi keharmonian kumpulan anda. Sebagai contoh, sekiranya rakan dalam kumpulan anda sakit, anda akan melaporkan kepada komanden kem, anda akan menemaninya ke klinik dan menjaganya dengan baik. Sekiranya berlaku sesuatu pada rakan kumpulan anda, contohnya terjatuh atau tergelincir di kawasan yang licin, kakinya terseliuh, maka anda perlu memberi rawatan yang segera. Anda perlu memeriksa kakinya dan memberi pertolongan sama ada patah atau tidak dan memberi rawatan yang sepatutnya. Rajah 8.3 menyatakan peranan anda dalam kumpulan.

Rajah 8.3: Peranan anda dalam kumpulan

Page 15: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

194

Jadual 8.8 berikut adalah sumbangan anda dalam menjalankan tanggungjawab dalam kumpulan.

Jadual 8.8: Sumbangan dalam Menjalankan Tanggungjawab dalam Kumpulan

Sumbangan Anda Tindakan Anda

Kepimpinan Kepimpinan menjurus kepada demokratik bukan autokratik.

Komunikasi Komunikasi yang berkesan bukan berat sebelah atau mesej perlu jelas dan berkesan.

Penambahbaikan Membuat pembetulan sekiranya berlaku kesilapan. Contohnya, nasi mentah semasa memasak.

Dinamik Berdaya maju dan menampakkan kejayaan dalam pasukan, contohnya prestasi kemahiran.

Projek Contoh projek: Gotong-royong membersihkan kawasan.

Konflik Bersemuka dan menyelesaikan secara bermuafakat.

Membuat keputusan Perlu mengikut suara majoriti.

Coaching/bimbingan Mengajar kemahiran atau cara membuat kerja secara yang betul. Contohnya membuat gajet, ikatan dan pertolongan cemas.

Penyelesaian masalah Mencari punca masalah dan diselesaikan mengikut perundingan dengan ketua kumpulan dan kem komanden.

Interpersonal Kebolehan berhubung dengan semua orang mengikut protokol, beradab dan bersopan santun dalam kumpulan.

8.5.2 Peka terhadap Peranannya sebagai Ahli Kumpulan

Konsep peka terhadap peranan sebagai ahli kumpulan ialah sentiasa memberi sokongan yang padu terhadap aktiviti kumpulan. Anda perlu peka kepada situasi dan memudahkan kerja-kerja yang patut dilakukan dalam kumpulan bukannya anda membebankan rakan anda dalam kumpulan. Contohnya dalam aktiviti mendirikan khemah, anda hendaklah meningkatkan peluang untuk membina kemahiran yang baru dan memperolehi pengalaman yang baru dalam masa yang singkat. Komitmen yang tidak berbelah bagi akan menjamin anda mencapai kendiri secara kolektif.

Page 16: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

195

Anda perlu sentiasa berkongsi idea dan tidak bertindak secara sendirian dan bertanya apabila anda berada dalam kecelaruan pemikiran. Ini untuk mengelakkan diri anda daripada melakukan tindakan yang memberi risiko kepada anda dan orang lain. Contohnya pergi membeli-belah seorang diri sedangkan anda diminta menunggu rakan-rakan yang lain pada satu tempat yang ditetapkan. Contoh lain, sekiranya anda mendaki gunung, anda mesti berada dalam kumpulan. Anda tidak boleh berjalan jauh daripada kumpulan sama ada jauh ke hadapan atau tertinggal jauh di belakang. Keadaan ini sangat merbahaya kerana anda boleh sesat dalam pendakian anda. Semasa anda berada di hutan, anda dilarang mencantas pokok yang ada di sepanjang lorong hutan tersebut atau membunuh binatang yang dijumpai yang melata di bumi atau di dahan kayu. Anda perlu berada dalam keadaan senyap dan tidak ketawa berdekah-dekah. Dipercayai terdapat makhluk asing yang menghuni hutan seperti jin dan lain-lain haiwan yang bersembunyi di dalam hutan tersebut. Sila lihat Rajah 8.4.

Rajah 8.4: Mendaki gunung

Page 17: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

196

Jadual 8.9 berikut menerangkan tingkah laku yang mempamerkan anda peka kepada peranan anda sebagai ahli kumpulan:

Jadual 8.9: Tingkah Laku yang Mempamerkan Anda Peka kepada Kumpulan

Tingkah Laku yang Mempamerkan yang Anda

Peka terhadap Peranan Anda dalam Kumpulan

Tindakan Anda dalam Kumpulan: Contoh: Pendakian Gunung Bongsu di Pulau Pangkor,

Perak

1. Perancangan

� Mengenal pasti matlamat, siapa yang dipertanggungjawabkan, bagaimana hendak mencapai matlamat, contohnya aktiviti rekreasi masuk hutan mendaki gunung.

� Matlamat: Sampai di puncak gunung.

� Siapa: Semua ahli kumpulan.

� Apa yang perlu di bawa: Air minuman, tali, peti pertolongan cemas, kompas, baju hujan, lampu suluh.

2. Keyakinan diri

� Anda mampu mendaki gunung dan ingin sampai di puncak.

� Sentiasa memberi motivasi kepada ahli kumpulan yang sudah lemah semangat.

� Membina kekuatan diri.

3. Peraturan

� Perlu berjalan mengikut bilangan ahli dalam kumpulan.

� Jangan berpecah kumpulan.

� Mendengar arahan ketua kumpulan.

4. Pelaksanaan

� Tiada serangan peribadi; semua mesti bersabar.

� Mendengar arahan yang ditetapkan.

� Berpegang kepada peraturan.

� Semua mengambil bahagian secara aktif.

� Tiada penipuan.

5. Penilaian

� Berkumpul semula selepas menjalankan aktiviti dan membuat penilaian tentang berikut:

� Kelemahan;

� Kekuatan; dan

� Masalah yang dihadapi.

Page 18: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

197

6. Kejayaan atau kegagalan

� Maklum balas dari segi:

� Kehadiran cukup atau tidak;

� Adakah masa sesuai � masa mendaki;

� Pengalaman yang mencabar rasa marah;

� Kecewa atau sesat dalam hutan � konflik;

� Kejujuran � tidak berada dalam kumpulan � membuat sesuatu di luar perancangan; dan

� Jangkaan kumpulan meleset: Tidak boleh mendaki sampai puncak gunung/turun semula.

7. Tujuan

� Menguji ketahanan fizikal atau mental atau emosi;

� Adakah anda menangis semasa mendaki gunung; dan

� Adakah anda mendapat faedah daripada mendaki gunung atau menikmati flora dan fauna yang dijumpai semasa mendaki gunung.

8. Nilai

� Responsif � Memberi tindakbalas segera. Contohnya, tidak menangguhkan kerja yang penting.

9. Fleksibel

� Tidak terlalu rigit semasa pelaksanaan. Contohnya, kalau dalam pendakian ada peserta yang kakinya kejang, maka anda mesti berhenti sehingga kaki kejang sembuh.

10. Tanggungjawab

� Jadual kerja.

Contoh:

� Bila bermula pendakian ke gunung dan sepatutnya bila tamat pendakian iaitu bermula 8.00 pagi dan perlu tamat 12.00 tengahari; dan

� Seterusnya makan tengahari bersama-sama.

1. Huraikan tanggungjawab anda dalam pasukan. 2. Bagaimana anda peka kepada peranan anda dalam pasukan?

AKTIVITI 8.3

Page 19: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

198

KETERBUKAAN FIKIRAN

Konsep keterbukaan ialah mengalu-ngalukan komen, pandangan, idea mengenai apa jua tindakan yang boleh memperbaiki sikap dan cara kita mengendalikan diri kita dalam kumpulan rakan sejawat seperti yang dinyatakan dalam Jadual 8.10 berikut:

Jadual 8.10: Tindakan yang Menandakan Keterbukaan Fikiran

Tanda Keterbukaan Fikiran TTindakan

1. Tidak menyembunyikan fakta.

Contohnya, tidak menyembunyikan tingkah laku rakan yang datang lewat. Contohnya, bertanya kenapa lewat datang.

Bersikap terbuka.

2. Tulus dan ikhlas dalam menjalankan tugas.

Bersikap positif.

3. Sentiasa mengambil iktibar daripada kesilapan dan mengaku salah.

Pemaaf.

4. Selalu mempertingkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan.

Banyak membaca.

5. Tidak membuat tuduhan melulu. Perlu membuat siasatan dan mencari bukti.

6. Bertikam lidah dengan rakan sejawat di hadapan pelajar.

Bertindak secara profesional dan beretika.

8.6

1. Apakah maksud keterbukaan fikiran?

2. Bagaimanakah anda memberi pendapat anda?

3. Apakah cara anda menegur rakan anda yang selalu datang lewat untuk aktiviti sebelah malam?

AKTIVITI 8.4

Page 20: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

199

8.6.1 Tingkah Laku Anda Mempunyai Keterbukaan Fikiran

Tingkah laku anda mempunyai keterbukaan fikiran adalah seperti berikut: (a) BBoleh Memberi dan Menerima Pendapat Rakan

Konsep menerima pendapat boleh dipamerkan dalam bentuk verbal, fizikal atau kombinasi kedua-dua elemen ini. Apabila anda boleh menerima pendapat rakan sebaya tidak mengira kaum, etnik, umur, agama, kebolehan, kepercayaan, jantina dan penampilan. Tujuan untuk kita memberi dan menerima pendapat rakan adalah seperti berikut:

(i) Boleh mengubah persekitaran yang harmoni;

(ii) Mengelakkan krisis kerana apabila anda boleh menerima pendapat, bermakna anda boleh toleransi; dan

(iii) Anda tidak mudah berkecil hati.

Jadual 8.11 berikut menyatakan pendapat yang anda perlu terima dari rakan anda.

Jadual 8.11: Pendapat Rakan Anda

Pendapat Rakan Anda TTindakan Anda

1. Pakaian anda yang tidak kemas.

Sentiasa bergaya.

2. Wajah anda yang masam. Senyum selalu.

3. Anda suka boros. Berjimat dan membeli barang yang perlu.

4. Anda tidak hormat ibu bapa pelajar.

Bersopan dan menyapa ibu bapa yang datang ke sekolah.

5. Anda sombong. Anda perlu berbaik dengan semua orang tidak mengira kaum atau darjat, status dan tidak buruk sangka terhadap orang lain.

6. Bercakap kuat. Suara anda perlu diperlahankan agar hanya boleh didengar di dalam bilik darjah anda sahaja.

7. Meja kerja anda tidak kemas.

Perlu ada kecerdasan naturalistik.

Tempat kerja kemas dan tersusun.

8. Anda selalu mengelak kerja.

Anda perlu menerima dan melaksanakan tanggungjawab anda sehabis baik dan melakukan yang terbaik.

9. Kerja rumah pelajar tidak diperiksa.

Anda perlu memeriksa kerja dan menanda tugasan pelajar dan akauntabiliti terhadap prestasi pelajar yang lemah perlu dibantu.

Page 21: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

200

Sikap boleh menerima pendapat orang lain adalah sikap yang sangat mulia. Bersikap terbuka dengan menerima pendapat rakan adalah kuasa moral yang tinggi kerana dalam masa kita menerima pendapat orang berkenaan tingkah laku kita yang negatif adalah suatu cabaran terhadap kendiri yang memerlukan perubahan positif bukan seperti mencurah air di daun keladi.

(b) BBoleh Menerima Teguran dan Pandangan Rakan

Konsep menerima teguran orang lain dan pandangan rakan adalah merupakan nilai-nilai moral amat dihormati. Jika anda dapat menerima teguran orang lain bermakna anda dapat mengubah tingkah laku anda ke arah yang positif. Implikasi anda boleh menerima teguran dan pandangan rakan adalah seperti berikut:

(i) Anda semakin dihormati dan disayangi oleh rakan sekeliling anda; (ii) Anda memperoleh pendedahan kendiri melalui pemerhatian tingkah

laku anda oleh orang lain dan mereka ikhlas terhadap anda. Situasi ini mewujudkan keselesaan mereka untuk menegur salah laku anda, dan anda mudah menerimanya. Ini adalah kualiti yang sangat unik untuk diri anda; dan

(iii) Anda memerlukan orang lain untuk memantau tingkah laku anda

kerana ada kalanya anda kurang sedar bahawa tindakan anda tidak menepati norma yang boleh diterima umum. Contohnya, anda berkata kepada kawan anda ‰Sekiranya kamu tidak suka buat kerja di maktab ini, anda boleh isi borang merah jambu dan balik kampung‰. Kata-kata anda boleh membuatkan orang lain merasa tersinggung. Siapa yang akan menegur anda berkenaan bahasa anda yang kasar terhadap rakan anda? Tentu ada rakan anda yang sudi menegur anda maka anda perlu menerima teguran itu dengan hati terbuka dan berhenti dari melukakan hati orang lain lagi.

Tingkah laku yang mempamerkan anda boleh menerima teguran orang lain adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.12 berikut.

Page 22: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

201

Jadual 8.12: Tingkah Laku yang Mempamerkan Anda Boleh Menerima Teguran Orang Lain

Tanda Anda Boleh Menerima Teguran TTindakan Anda

1. Menerima teguran dengan hati terbuka.

Berdiam diri.

2. Menjaga air muka. Tenang dan senyum.

3. Mendengar dengan teliti. Mengangguk kepala.

4. Tidak mudah marah. Mengucapkan terima kasih.

5. Menghargai teguran yang membina. Ada kotak cadangan pada pintu bilik anda atau borang penilaian kendiri.

6. Mengakui kesalahan. Elakkan mengeluarkan kata-kata kasar untuk membalas teguran.

7. Tidak mengamuk. Elakkan bertumbuk dan berkelahi.

8. Memujuk diri sendiri. Tidak mengulangi kasalahan yang ditegur oleh rakan sebaya.

Aspek teguran dan pandangan yang perlu anda terima daripada rakan anda adalah seperti Jadual 8.13.

Jadual 8.13: Aspek Teguran dan Pandangan yang Perlu Anda Terima dari Rakan Anda

Menerima Teguran/Padangan TTindakan Anda

1. Suka berleter semasa berkhemah. Bercakap apa yang baik dan menyeru rakan kepada kebaikan atau memberi kata semangat.

2. Mendirikan khemah tidak bersungguh-sungguh.

Perlu mendirikan khemah mengikut peraturan yang ditetapkan.

3. Tingkah laku yang menjerit-jerit semasa berkhemah.

Bercakap menggunakan kesantunan bahasa yang boleh difahami oleh pelajar.

4. Suka mengadu domba di kalangan rakan.

Berhentikan perangai yang suka membawa mulut dan bercakap apabila perlu sahaja.

5. Suka tidur. Bersedia untuk berkhemah.

6. Suka memukul rakan. Anda tidak layak berbuat demikian.

7. Suka membuli rakan. Anda diharamkan membuli pelajar.

8. Membuang masa. Anda perlu menepati masa.

Page 23: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

202

Selepas anda ditegur, anda tidak akan mengulangi lagi tingkah laku yang buruk itu dan anda terus berubah menjadi orang yang lebih baik dari sehari ke sehari demi menjaga imej dan profesion keguruan.

8.6.2 Memberi Idea Melalui Sumbangsaran Bersama

Definisi sumbangsaran adalah teknik kreativiti yang mencakupi pemikiran yang menyeluruh tanpa sempadan. Sumbangan tidak mengira apa bentuk idea walau pun idea yang sukar diterima akal dan tidak perlu kawalan di mana pada akhirnya banyak idea yang dilontarkan, walaupun tidak masuk akal tapi boleh dilakukan. „A means of getting a large number of ideas from a group of people in a short time ‰

(Rawlinson, 1981) Aspek yang perlu diberi perhatian dalam sumbangsaran adalah seperti berikut: (a) Idea yang disumbangkan oleh peserta banyak, tidak terhad;

(b) Tidak ada ahli yang diam;

(c) Bilangan ahli yang menyumbang idea -12 orang, minimum 5 orang;

(d) Tidak semestinya idea yang baik sahaja;

(e) Idea yang tidak masuk akal;

(f) Semua idea diterima, tidak boleh ditolak;

(g) Semua peserta bercakap;

(h) Pernah tercatat 1,200 idea dalam satu sesi sumbangsaran selama 3 jam;

(i) Duduk dalam Bentuk ‰U‰ dan peserta bercakap dan catatkan apa yang dicakapkan berkenaan isu yang dipilih; dan

(j) Masa yang singkat iaitu 100 idea dalam masa 20 minit.

Page 24: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

203

Panduan, peringkat, sesi „warm-up‰, perspektif, sumbangsaran yang berjaya dan penilaian selepas sumbangsaran adalah seperti berikut: (a) Panduan Sumbangsaran

(i) Setiap idea tidak oleh dinilai, sesiapa yang menilai akan digantung.

(ii) Suspend judgement.

(iii) Semua idea baik atau buruk semua dibenarkan dan dicatatkan.

(iv) Semua idea diterima.

(v) Penuh keyakinan mengeluarkan idea. (b) PPeringkat Sumbangsaran

(i) Sebutkan masalah dan bincangkan. Contohnya: Ketua kumpulan menulis tajuk: Bagaimana sekolah menjadi tempat yang menarik dan seronok kepada pelajar?.

(ii) Seorang wakil akan mengendalikan perbincangaan.

(iii) Menguruskan kemahiran berfikir di kalangan ahli.

(iv) Semua idea ditulis dengan jelas.

(v) Elakkan perdebatan berkenaan isu yang digabungkan.

(vi) Sebutkan idea tanpa had.

(vii) Suasana akan menjadi bising.

(viii) Catatkan idea pada kertas dan tampal pada dinding bilik.

(ix) Semua idea mesti dipamerkan (laughter and noise).

(x) Ketua akan berkata .....Apa lagi.. apa lagi

(xi) Apa yang anda perkatakan .......

(xii) Tidak boleh memanggil nama peserta dan meminta idea. Ketua atau ahli lain tidak boleh berkata kepada peserta lain ‰awak belum beri idea lagi.... tolong beri satu idea‰. (It is not good practice to embarrass participants).

Page 25: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

204

(xiii) Semua idea mesti dicatat; sekiranya tidak jelas, minta semula peserta tersebut menjelaskannya.

(xiv) Ketua mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama mereka.

(c) SSesi ‰Warm-up‰

Pada peringkat ini, peserta duduk dalam keadaan selesa dan berkenalan dengan ahli dalam kumpulan. Begitu juga ketua kumpulan akan dilantik di kalangan peserta dengan cara demokrasi. Ketua akan menerangkan apa yang akan dilaksanakan dalam sesi sumbangsaran di mana semua ahli akan mengambil bahagian secara aktif dengan selesa. Semua peserta perlu mengenal pasti tajuk yang dibincangkan. Tajuk dituliskan di atas kertas yang disediakan.

(d) Sumbangsaran yang berjaya adalah seperti berikut:

(i) Peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan kerana pandangan masing-masing adalah berlainan. Elakkan jantina yang sama.

(ii) Tidak ada peserta yang jadi pemerhati, semuanya menjadi peserta.

(iii) Tidak ada ahli yang emosional atau mengganggu idea orang lain.

(iv) Elakkan menyebut masa tamat. Ini untuk mengelakkan idea datang mencurah pada peringkat awal dan berhenti pada masa hampir tamat. Sekiranya masa tamat tidak diberitahu, maka masa yang digunakan itu bermakna pada peserta sehingga semua idea disampaikan dengan sempurna dan teratur.

(e) PPerspektif Sumbangsaran

(i) Sumbangsaran bukanlah yang berakhirnya satu proses, idea masih terus bercambah dan penilaian terus berlaku.

(ii) Sumbangsaran adalah satu teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini adalah teknik analitikal dan kreatif. Kebanyakan sumbangsaran dijadikan intipati untuk penyelesaian masalah.

(iii) Sumbangsaran adalah lontaran idea. Namun idea tersebut tidak menjaminkan kejayaan kepada penyelesaian masalah sepenuhnya.

(iv) Sumbangsaran adalah divergent (bercapah) dan penilaian sumbangsaran adalah convergent (rumusan).

Page 26: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

205

(f) PPenilaian Selepas Sumbangsaran

(a) Selepas aktiviti sumbangsaran, biasanya semua peserta akan mengalami kepenatan. Lantaran, aktiviti penilaian tidaklah sesuai dilakukan serta merta selepas sesi sumbangsaran.

(b) Semua idea yang dicatat pada kertas hendaklah ditaip dan disunting. Semua idea tersebut tidak boleh dibuang. Selepas itu hendaklah dibuat salinan dan diedarkan kepada semua peserta. Peserta akan memeriksa setiap idea tanpa perbincangan.

(c) Peserta diminta memilih 10% daripada idea yang tercatat dan dinomborkan semula semua idea tersebut.

Contoh tajuk sumbangsaran: Apakah cara-cara pengguna dapat membeli lebih banyak barang. Setelah disunting, idea yang diperolehi ialah 15 idea sahaja seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.14 berikut:

Jadual 8.14: Lima Belas Idea Cara-cara Pengguna Dapat Membeli Lebih Banyak Barang

Idea

1. Iklan di merata tempat

2. Menurunkan harga

3. Kepakaran memberi nasihat tentang barangan

4. Motivasi staf yang menjual

5. Latihan kepada staf

6. Pamerkan barangan di merata tempat

7. Beroperasi pada hari Ahad � pagi hingga petang

8. Beroperasi pada hari malam hingga pukul 12.00 malam

9. Jangan tutup kedai � buka 24 jam

10. Mewujudkan kafe dan rekreasi untuk kanak-kanak

11. Mewujudkan tempat letak kereta yang luas

12. Tempat letak kereta pram park

13. Drive-in shop

14. Tunai

15. Kredit

Page 27: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

206

Jadual 8.15 berikut adalah ringkasan apa yang boleh dibuat (do) dan apa yang tidak boleh dibuat (donÊt) semasa sesi sumbangsaran.

Jadual 8.15: Ringkasan Apa yang Boleh Dibuat (Do) dan Apa yang Tidak Boleh Dibuat (DonÊt) Semasa Sesi Sumbangsaran

Buat TTidak Buat

1. Boleh buat bising semasa melahirkan idea.

1. Jangan guna rakaman untuk rekod.

2. Boleh ketawa. 2. Jangan menggunakan papan hijau atau transparensi. Sumbangsaran perlu menggunakan helaian kertas putih.

3. Dibenarkan idea tidak masuk akal. 3. Elakkan memanggil nama peserta.

4. Tuliskan idea di kertas putih. 4. Tidak dibenarkan menjadi pemerhati.

5. Galakkan idea yang variasi. 5. Tidak dibenarkan peserta lain menggangggu semasa seorang peserta memberi idea.

6. Idea boleh diulang kerana versi mungkin berlainan.

6. Elakkan membincangkan sesuatu idea dengan mendalam.

7. Meletakkan siri nombor pada idea. 7. Elakkan suasana yang terlalu serius.

8. Buat sampai idea yang terakhir. 8. Elakkan menghina idea orang lain.

8.6.3 Karakteristik Ketua dalam Sesi Sumbangsaran

Ketua perlu mengurus sesi sumbangsaran dengan penuh minat dan semangat dan bersedia untuk berkongsi idea dengan semua peserta. Ketua juga seorang yang kecindan. Keua boleh menulis cepat semasa mencatat idea para peserta. Tindakan ketua yang melaksanakan sesi sumbangsaran adalah seperti berikut: (a) Berdiri di hadapan rakan sebaya;

(b) Ketua menulis tajuk atau masalah yang hendak disumbangsaran;

(c) Mendengar dengan aktif dan berkesan;

(d) Menyumbang idea sendiri tetapi elakkan diri terlibat secara aktif;

(e) Ketua perlu melaksanakan sumbangsaran dengan sopan santun;

(f) Ketua berdiri di hadapan, di hujung bentuk U yang terbuka; dan

Page 28: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN �

207

(g) Berikan nombor pada idea yang diberikan supaya mudah digunakan sebagai ‰spur‰ untuk memberi semangat kepada idea yang akan diberikan oleh peserta. Contohnya pada masa idea itu, terdapat 290 idea, jadi ketua akan berkata ‰Ada 11 idea lagi untuk ke 300 idea‰. Selain itu sekiranya idea tidak diberi nombor maka, sukar peserta untuk mengesan isi yang telah disebutkan.

� Pembentukan semangat berpasukan penting kepada profesion keguruan. Ini kerana semangat berpasukan akan mendorong guru melaksanakan tugas secara berpasukan dan bekerjasama.

� Sebagai seorang guru, anda tidak boleh membuat kerja secara bersendirian.

� Segala pelaksanaan tugas adalah berdasarkan arahan daripada pihak pengetua.

� Semangat berpasukan adalah asas kejayaan sesuatu program yang dijalankan di sekolah.

� Guru akan melalui proses kerjasama, bertanggungjawab kepada pasukan dan mempunyai keterbukaan fikiran dan kesepakatan yang kuat dan teguh untuk menjayakan program yang dirancangkan.

� Kesepakatan amat dituntut dalam aspek pembahagian tugas yang adil, bekerjsama dalam melaksanakan tugasan dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah.

� Ahli-ahli dalam pasukan mempunyai semangat berpasukan untuk berjaya.

1. Bagaimana reaksi anda menerima teguran ahli dalam kumpulan? 2. Apakah idea anda dalam sumbangsaran yang bertajuk sekolah

tempat yang seronok untuk pelajar?

AKTIVITI 8.5

Page 29: 12. HBEF2803 Topik 8 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150729... · 4. erkhemahan Bina Insan Guru (BIG). Isu yang ... AJK Lawatan AJK Hadiah

� TOPIK 8 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN

208

� Anda harus mempunyai keterbukaan fikiran. Anda perlu bersedia memberi dan menerima pendapat rakan, sedia menerima teguran dan pandangan rakan sepasukan. Anda juga diminta memberi idea melalui sumbangsaran dalam menyelesaikan masalah.

Kesepakatan

Kerjasama

Keterbukaan fikiran

Sumbangsaran

Nyatakan tiga tanggungjawab anda kepada pasukan.

Huraikan tindakan yang anda ambil semasa bekerjasama dalam menyelesaikan masalah.