1
TAJUK PROJEK:
LAPORAN BAGI TAHUN 2017
AGENSI PELAKSANA:
Laporan projek eRezeki MDEC
2
KANDUNGAN
1. RINGKASAN EKSEKUTIF ................................................................................................................... 3
2. PENGENALAN .................................................................................................................................. 4
3. OBJEKTIF PROJEK ............................................................................................................................. 4
4. PROSES PELAKSANAAN INOVASI ..................................................................................................... 4
4.1 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara in-house .................................................................. 4
4.2 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara out-source ............................................................... 5
4.2.1 Pusat dan Wakil eRezeki ........................................................................................................ 5
4.2.2 Program latihan...................................................................................................................... 6
4.2.3 Platform pekerjaan atas talian ............................................................................................... 8
5. PROSES SEBELUM DAN SELEPAS INISIATIF eUSAHAWAN ............................................................... 8
5.1 SEBELUM PROJEK .......................................................................................................................... 8
5.2 SELEPAS PROJEK ............................................................................................................................ 9
6. PENURUNAN KUASA ..................................................................................................................... 10
7. IMPAK INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASAR ........................................................................... 11
7.1 Elemen Inovatif/Kreatif ............................................................................................................... 11
7.2 Elemen Keberkesanan ................................................................................................................. 12
7.3 Elemen Signifikan ........................................................................................................................ 14
7.4 Elemen Relevan ........................................................................................................................... 14
7.4.1 Sumbangan kepada agenda nasional ................................................................................... 14
7.4.2 Sumbangan kepada agenda Kementerian Komunikasi dan Multimedia ............................. 16
7.4.3 Sumbangan kepada agenda organisasi ................................................................................ 16
8. PENGIKTIRAFAN ............................................................................................................................ 16
9. GAMBAR-GAMBAR........................................................................................................................ 18
Laporan projek eRezeki MDEC
3
1. RINGKASAN EKSEKUTIF Peranan utama MDEC adalah untuk memacu pembangunan MSC Malaysia yang
telah diwujudkan oleh Kerajaan pada tahun 1996. MDEC juga berperanan untuk
memacu pelaksanaan inisiatif Digital Malaysia yang merupakan salah satu agenda
transfomasi negara.
MDEC telah diberi mandat oleh YAB Perdana Menteri untuk melaksanakan agenda
Transformasi Digital atau Digital Malaysia. Di bawah mandat ini, 4 teras utama
menjadi fokus utama MDEC dalam melaksanakan agenda pembangunan ekonomi
digital negara iaitu memacu pelaburan, memperkasa pencapaian syarikat dan
teknologi tempatan, memangkin ekosistem digital inovatif dan merakyatkan
ekonomi digital.
Bagi teras merakyatkan ekonomi digital, MDEC menumpukan usaha mewujudkan
inisiatif yang memberi peluang kepada rakyat untuk meraih peluang dari digital
ekonomi serta meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan melalui penggunaan
teknologi digital. Salah satu inisiatif utama yang diperkenalkan MDEC dalam
agenda ini adalah eRezeki.
Laporan projek eRezeki MDEC
4
2. PENGENALAN Program eRezeki yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada Jun
2015 merupakan satu inisiatif Digital Ekonomi yang bertujuan untuk menghubungkan
golongan berpendapatan rendah kepada saluran pendapatan digital melalui
konsep “crowdsourcing”. Melalui inisiatif ini, individu yang dikenalpasti akan diberi
latihan yang mencukupi sebelum melaksanakan tugasan digital atau tugasan yang
diagihkan secara digital bersesuaian dengan kepakaran masing-masing. Program
ini juga adalah selaras dengan aspirasi negara menuju Negara Digital yang
berkemahiran tinggi dari aspek tenaga kerja digital dan berdaya saing.
3. OBJEKTIF PROJEK Objektif utama program eRezeki ialah untuk membantu meningkatkan kualiti hidup
dan menjana pendapatan tambahan kepada rakyat Malaysia terutamanya
golongan berpendapatan rendah (B40 dan M40) dengan mengupayakan dan
menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital. Peserta akan
diprofil, dilatih, dilayakkan dan dipadankan dengan tugasan atau kerja yang
bersesuaian menerusi kaedah digital.
4. PROSES PELAKSANAAN INOVASI Proses pelaksanaan projek ini dijalankan secara in-house dan out-source. Di bawah
program eRezeki, MDEC mempromosi penggunaan teknologi digital dengan
mengupayakan rakyat untuk meraih peluang-peluang ekonomi melalui platform-
platform Crowdsourcing tempatan dan global yang dihubungkan dengan platform
eRezeki. Peluang ekonomi digital ini termasuklah melakukan pekerjaan, tugasan
atau projek kecil yang disalurkan dari pasaran tempatan dan juga antarabangsa.
Melalui kaedah digital ini, rakyat boleh mengakses pelbagai bentuk pekerjaan dan
tugasan yang ditawarkan berdasarkan kemahiran, pengetahuan dan juga
kebolehan individu tersebut.
4.1 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara in-house Perancangan strategik dan pengurusan projek
Sesi libat urus dan mesyuarat dengan pihak-pihak yang berkepentingan
dalam memastikan inisiatif eRezeki berjalan dengan lancar.
Merekabentuk spesifikasi sistem eRezeki dan proses perolehan
Menganalisis data dan menghasilkan dashboard serta laporan pencapaian
untuk pihak-pihak yang berkepentingan
Kempen turun padang melalui #YOUCANDUIT, iaitu kempen digital untuk
meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia
melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.
Laporan projek eRezeki MDEC
5
4.2 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara out-source
4.2.1 Pusat dan Wakil eRezeki Pusat dan Wakil eRezeki telah ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara
bagi membolehkan rakyat yang mempunyai akses terhad kepada infrastruktur ICT
yang baik untuk mengambil bahagian di dalam program ini. Pusat dan Wakil
eRezeki akan menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan peserta
mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini. Individu akan diberi latihan
untuk melakukan tugasan yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja
digital yang berdaya saing. Sehingga kini, sebanyak 346 Pusat dan Wakil eRezeki
telah beroperasi di seluruh negara.
Laporan projek eRezeki MDEC
6
4.2.2 Program latihan Selain daripada pusat dan wakil yang menerima pendaftaran peserta eRezeki,
MDEC juga melantik 5 syarikat yang bertindak bagi pihak MDEC untuk projek seperti
di bawah:
Tugasan Syarikat Program
Kerja Digital Digital Content
Alliance Sdn Bhd
eRezeki Global High Income
Programme
Kerja Digital Dotme Group Sdn
Bhd
Focus Track IHLs
Penyedia Latihan kepada Pengajar &
Pelajar IHL yang mempunyai Skil
Komputer dan Kreatif
Kerja Bukan
Digital
Malaysian
Academy of
Creative
Technology Sdn
Bhd (MACiT)
Focus Track TVETs
Penyedia Latihan kepada Pensyarah &
Pelajar TVET yang mempunyai skil
kreatif
Innovasia Vista Sdn
Bhd
Focus Track TVETs
(Penyedia Latihan kepada Pensyarah
& Pelajar TVET)
Tugasan Digital
Mikro
Crowdsourcing
Asia Sdn Bhd
eRezeki Digital Micro Task
Jenis-jenis latihan eRezeki yang dijalankan adalah seperti berikut:
Program Tempoh Jenis Latihan
Latihan Permulaan
eRezeki untuk B40
1 Hari Latihan menggunakan Sistem
eRezeki dan mencari peluang
kerja melalui platform rakan
usahasama program eRezeki
Latihan Digital Micro-task,
berdasarkan Use Cases.
Latihan menggunapakai Aplikasi
dan Platform kerja yang
Laporan projek eRezeki MDEC
7
dihubungkan melalui eRezeki
Latihan Tambahan
eRezeki untuk B40
Separuh hari Latihan tambahan Digital Micro-
task, berdasarkan Use Cases yang
baru
o Akan diperkembangkan
kepada 30 Latihan Use
Cases untuk pelbagai
tugasan Digital Micro Task
Latihan Intensif
Program eRezeki
Global High
Income
Sesi Latihan: 3
bulan + 6 Bulan
Pemantauan dan
Mentoring (Untuk
Pelajar Tahun Akhir
dan Graduan
Menganggur)
Sesi Latihan: 10 hari
+ 6 bulan
Pemantauan dan
Mentoring (Untuk
Pekerja Berskil
Yang Hilang
Pekerjaan –
Retrenched
Workers)
Latihan dalam membangunkan
profil online yang professional
untuk mendapatkan atau
memenangi projek di platform
antrabangsa
Latihan memasarkan khidmat
dan skil di peringkat antrabangsa
Latihan dalam menyediakan
cadangan projek (project
proposal) yang berdaya saing
global dan mampu memenangi
projek
Latihan dalam berinteraksi dan
menguruskan pelanggan-
pelanggan antarabangsa
Latihan pengurusan dan etika
kerja sebagai pekerja digital
antarabangsa
Latihan eRezeki
Untuk Pensyarah
dan Pelajar Pusat
Latihan Teknik &
Vokasional (TVET)
dan Institusi
Pengajian Tinggi
Awam & Swasta
(IPT) berfokuskan
Skil yang sedang
dipelajari
Sesi Latihan: 3 hari
‘Train of Trainer’
(TOT) kepada
Pensyarah TVET &
IPT yang terpilih + 3
bulan
Pengemaskini
Pendapatan
Pelajar
Sesi Latihan : 2 hari
+ 3 bulan
Pemantauan untuk
Pelajar-Pelajar TVET
& IPT bedasarkan
skil yang dipelajari
Latihan menggunakan Sistem
eRezeki dan mencari peluang
kerja melalui platform rakan
usahasama program eRezeki
Latihan menggunapakai Aplikasi
dan Platform kerja yang
dihubungkan melalui eRezeki
o Membangunkan profil
teknikal / vokasional
o Mengendalikan aplikasi /
platform yang
menawarkan tugasan
teknikal / vokasional
Latihan Asas kepada Platform
‘Freelancing’ Antarabangsa,
membangunkan profil
professional dan operasi platform
Laporan projek eRezeki MDEC
8
4.2.3 Platform pekerjaan atas talian Bagi melaksanakan program eRezeki ini juga, pihak MDEC mengadakan kerjasama
dengan syarikat-syarikat crowdsourcing tempatan dan antarabangsa. Syarikat–
syarikat ini menyediakan platform pekerjaan atas talian kepada peserta-peserta
eRezeki. Antara syarikat-syarikat yang terlibat adalah seperti di bawah:
5. PROSES SEBELUM DAN SELEPAS INISIATIF eUSAHAWAN
5.1 SEBELUM PROJEK Bukan semua rakyat Malaysia mendapat peluang atau mempunyai pengetahuan
untuk memanfaatkan teknologi digital, terutama golongan yang kurang
pendedahan terhadap IT. Golongan isi rumah yang tergolong di dalam
pendapatan 40% terbawah (B40) adalah antara golongan yang agak ketinggalan
dari sudut ekonomi. Selain itu, golongan B40 ini juga kurang memanfaatkan
penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan atau menjana pendapatan diri
sendiri.
Bagi yang mempunyai pengetahuan teknologi digital pula hanya
menggunakannya untuk tujuan sosial. Mereka juga tidak tahu mengenai adanya
peluang untuk menjana pendapatan tambahan.
Laporan projek eRezeki MDEC
9
5.2 SELEPAS PROJEK Sebagai usaha untuk penambahbaikan dan penciptaan peluang kepada rakyat
Malaysia, MDEC telah menjalankan inisiatif eRezeki dengan hasrat untuk membantu
meningkatkan pendapatan golongan B40 tersebut melalui penggunaan teknologi
digital dan internet. Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, memperolehi kelayakan
dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program
ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh
pendapatan tambahan.
Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat
tempatan. Kategori-kategori tugasan yang boleh didapati melalui program eRezeki
adalah seperti berikut:
KATEGORI TUGASAN CONTOH
Tugasan Digital Mikro
Tugasan yang mudah
melibatkan pemasukan data,
semakan dan pemprosesan imej
atau tugasan yang tidak
memerlukan kemahiran yang
khusus atau tahap kemahiran
yang tinggi. Walau
bagaimanapun, ada juga
beberapa tugasan yang
memerlukan perserta menjalani
latihan sebelum layak untuk
melaksanakan tugasan tersebut.
Mengisi data ke dalam borang atas-talian
Menyemak dan memadamkan data yang
berulang
Menyemak dan menentusahkan foto/imej
Memuat turun dan menguji aplikasi
Tugasan berkaitan Search Engine Optimization
seperti carian atas-talian
Tugasan yang berkaitan dengan Media Sosial,
seperti memasukkan komen dan mengambil
tangkapan skrin
Menjadi agen dropship
Membantu mempromosikan produk dan
perkhidmatan melalui kenalan dan juga rakan
perniagaan
Kerja Digital
Kerja atau tugasan melibatkan
domain kemahiran tertentu
pembangunan aplikasi dan
pembangunan perisian, tugasan
kreatif dan grafik, kerja atau
tugasan melibatkan kemahiran
bahasa dan banyak lagi.
Kategori ini memerlukan
kemahiran khusus untuk
menyiapkan tugasan.
Membangunkan laman web, membangunkan
aplikasi telefon pintar, mencipta logo atau mereka
bentuk grafik untuk produk atau syarikat tertentu,
pengujian perisian, transkripsi audio / video, dan
menukarkan format dokumen.
Kerja Bukan Digital
Tugasan atau kerja yang tidak
Melaksanakan bancian rumah ke rumah bagi
tujuan kaji selidik
Laporan projek eRezeki MDEC
10
memerlukan kemahiran teknikal
ICT seperti menjalankan kaji
selidik menggunakan borang
pertanyaan, menjalankan
tugasan dan perkhidmatan
domestik, di mana tugasan ini
diberikan secara atas talian,
tetapi tugasan itu perlu dilakukan
di luar rangkuman atas talian.
Melakukan semakan kepada harga barangan
dan perkhidmatan
Menjalankan kerja sambilan seperti menjadi
kru-kru acara dan program, perkhidmatan
domestik seperti pembaikian paip, juruelektrik
dan pembersih premis atau kawasan.
Tugasan seperti ini biasanya ditawarkan individu
atau syarikat-syarikat tempatan yang
berhampiran. Rakan strategik eRezeki ini biasanya
memerlukan maklumat tambahan bagi
mendaftarkan pekerja yang berminat, dan juga
ada menyediakan latihan tambahan jika perlu.
6. PENURUNAN KUASA
No Nama Mesyuarat / Jawatankuasa Perkara
1. Implementation Council Meeting
(ICM) 2015 yang diadakan pada 15
Oktober 2015.
Dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri.
Mandat diberikan kepada MDEC
untuk meneruskan program eRezeki
untuk tahun 2016.
2. Implementation Council Meeting
(ICM) 2016 yang diadakan pada 13
Oktober 2016.
Dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri.
Mandat diberikan kepada MDEC
untuk meneruskan program eRezeki
untuk tahun 2017.
3. Implementation Council Meeting
(ICM) 2017 yang diadakan pada 19
Oktober 2017.
Dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri.
Pelaporan pencapaian projek
termasuk impak kepada komuniti
telah dibentangkan oleh CEO MDEC.
Mesyuarat juga telah bersetuju untuk
memberikan mandat kepada MDEC
untuk meneruskan projek eRezeki
pada tahun 2018.
4. Ucapan Bajet 2016 oleh YAB
Perdana Menteri dan merangkap
143. Untuk golongan B40 lagi,
program eRezeki dan eUsahawan
Laporan projek eRezeki MDEC
11
Menteri Kewangan ketika
membentang rang undang-undang
perbekalan (2016) di Dewan Rakyat
pada Jumaat, 23 Oktober 2015.
akan diperluaskan ke seluruh negara,
untuk menambah peluang
pekerjaan dan meningkatkan
pendapatan mereka. Kerajaan
mensasarkan 100 ribu dari kalangan
B40 mendapat manfaat dengan
peruntukan sebanyak 100 juta ringgit,
yang disediakan oleh Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia
5. Ucapan Bajet 2017 oleh YAB
Perdana Menteri dan merangkap
Menteri Kewangan ketika
membentang rang undang-undang
perbekalan (2017) di Dewan Rakyat
pada Jumaat, 21 Oktober 2016.
114. Menggiatkan program
eUsahawan dan eRezeki di bawah
MDEC, merangkumi 300 ribu peserta
dengan peruntukan RM100 juta.
6. Kelulusan Unit Perancang Ekonomi
untuk MDEC menjalankan projek
eUsahawan dalam RMK11.
Taklimat Penyaluran Peruntukan Bagi
Projek/Program Yang Diluluskan di
bawah Dana Khas 2017 pada 22
Februari 2017.
Penyaluran Peruntukan Bagi
Projek/Program Yang Diluluskan di
bawah Dana Khas 2017 untuk
program eUsahawan dan eRezeki
7. Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan
Pembangunan Rolling Plan Ke-2
(RP2) 2017 Kementerian Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (KKMM)
pada 29 November 2016.
Program eUsahawan dan eRezeki
telah mendapat kelulusan untuk
peruntukan pembangunan RP2 2017
di bawah KKMM.
7. IMPAK INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASAR Program eRezeki telah menghasilkan impak yang positif dan merubah kehidupan
golongan B40 dengan membantu mereka memperoleh pendapatan tambahan
seterusnya meningkatkan kualiti hidup mereka.
7.1 Elemen Inovatif/Kreatif Pengenalan kaedah untuk menjana pendapatan tambahan melalui 3
kategori kerja digital iaitu Tugasan Digital Mikro, Kerja Digital dan Kerja Bukan
Digital
Laporan projek eRezeki MDEC
12
Program ini mempermudahkan orang ramai untuk mencari kerja tanpa perlu
keluar ke kedai atau syarikat penyedia pekerjaan.
Program ini mempermudahkan syarikat penyedia pekerjaan untuk mencari
pekerja
Pendaftaran dan pembayaran upah bagi setiap tugasan yang dilaksanakan
oleh pekerja dibuat secara online
Pemantauan untuk tujuan pelaporan pencapaian boleh dijalankan dengan
mudah kerana maklumat boleh diakses melalui system
Penyelesaian masalah untuk memperluaskan program ini ke seluruh negara
adalah melalui penambahan pusat dan wakil eRezeki
Bagi mereka yang mempunyai masalah tiada komputer dan capaian
Internet, masalah ini diatasi dengan penyediaan infrastruktur melalui
kolaborasi dengan pusat dan wakil eRezeki bagi digunakan oleh orang ramai
7.2 Elemen Keberkesanan
Sehingga kini, bilangan pekerja digital B40 yang mendapat pendapatan tambahan
semenjak tahun 2015 adalah seramai 98,979 orang dengan jumlah pendapatan
tambahan diperolehi (kumulatif) sebanyak RM 124.6 juta.
Tahun Bilangan Pekerja Digital
B40 yang Mendapat
Pendapatan Tambahan
Jumlah Pendapatan Tambahan
Diperolehi (RM juta)
2015 13,052 11.2
2016 23,137 17.8
2017 62,790 95.6
Jumlah 98,979 124.6
Pelaporan pencapaian eRezeki telah dikemukakan kepada ICM, EPU, KKMM di
bawah Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) dan Pelan
Transformasi, dan Civil Service Delivery Unit (CSDU).
Antara kisah kejayaan dari program eRezeki:
Saudara Khairul Asyraf merupakan pekerja digital mikro yang menjana
melalui platform eRezeki untuk menambah pendapatan sampingan. Beliau
kini bekerja sebagai pekerja sokongan teknikal di salah satu syarikat IT.
Menyedari gaji bulanan beliau tidak mampu menampung perbelanjaan
keluarganya, Saudara Khairul mengambil inisiatif untuk membuat tugasan
Laporan projek eRezeki MDEC
13
mikro di platform yang terdapat dalam system eRezeki. Antara tugasan yang
dibuat adalah pengasingan gambar, mengekstrak data dari Facebook dan
Twitter dan menyemak serta menentusahkan foto/imej. Sehingga kini,
Saudara Khairul telah berjaya menjana sehingga RM4,000 setelah 6 bulan
aktif dalam melakukan tugasan-tugasan eRezeki.
Cik Ashikin Khalil merupakan seorang graduan daripada bidang
pengkhususan teknologi pengurusan pejabat dari Universiti tempatan.
Setelah lebih 8 tahun bekerja sebagai penolong eksekutif di sebuah syarikat
swasta, Asyikin dan adiknya mengambil langkah bijak menyertai eRezeki
Global High Income (eGHI) di UTM Skudai. Ini merupakan satu titik perubahan
besar dalam transformasi kerjaya dan pendapatan Asyikin. Setelah mengikuti
program ini selama tiga bulan dan mempelajari tips-tips dari tenaga
pengajar yang berpengalaman, kini beliau telah berjaya menjana
pendapatan sebanyak RM 108,000.00. Melalui pelbagai platform tempatan
dan antarabangsa seperti Freelancer.com dan Upwork.com. Beliau telah
memenangi pelbagai bidaan tugasan seperti penterjemahan, penulisan
artikel dan pembantu alam maya.
Encik Squall Hooi adalah graduan Bidang Kejuruteraan daripada Universiti of
Notthingham. Setelah berkhidmat selama 5 tahun di syarikat pengeluaran
dan syarikat pengurusan acara, beliau ingin menceburi bidang perniagaan.
Semasa menjalani proses pembelajaran untuk mewujudkan perniagaan,
beliau memilih untuk bekerja secara separuh masa bersama platform
GoGet.my. Sejak 7 bulan yang lalu, beliau menawarkan Perkhidmatan
Penghantaran dan Urusan Am di sekitar Kuala Lumpur melalui platform
GoGet.my dan telah memperoleh pendapatan sampingan sehingga
RM2,200 sebulan.
Berikut disertakan beberapa video kisah kejayaan peserta eRezeki. Testimoni-
testimoni lain (bukan video) juga terdapat di Facebook dan Instagram
eRezeki:
1. Tomas
(https://www.facebook.com/myerezeki/videos/1690769304288048/)
2. Noresah
(https://www.facebook.com/myerezeki/videos/1757777577587220/)
3. Amirul Adi
(https://www.facebook.com/myerezeki/videos/1125179150847069/)
4. Kama Rizal (https://www.instagram.com/p/BeVh-A2HNAw/?taken-
by=erezekimy)
Laporan projek eRezeki MDEC
14
7.3 Elemen Signifikan Dengan penyertaan dalam program eRezeki, orang ramai dapat memanfaatkan
latihan yang diberikan untuk mengupayakan diri bagi menjana pendapatan
tambahan. Selain itu juga, orang ramai dapat memperoleh manfaat daripada
penggunaan ICT yang produktif serta peluang kerja yang fleksibel (lokasi dan masa)
untuk meningkatkan hasil ekonomi.
Melalui program eRezeki Global High Income (eGHI), peratus kepuasan peserta
eGHI adalah:
78% memahami freelancing sebagai karier alternatif dan boleh menjana
pendapatan
86.5% bersedia untuk menjadikan freelancing sebagai karier
Penjimatan masa dan kos secara umumnya dapat dilihat melalui pekerja digital
yang boleh mencari dan melakukan kerja di pusat-pusat eRezeki. Bagi yang
menjalankan kerja bukan digital, mereka dapat menjimatkan kos pemasaran
kerana pelanggan akan mencari perkhidmatan mereka melalui platform yang
tersedia.
7.4 Elemen Relevan
7.4.1 Sumbangan kepada agenda nasional
Laporan projek eRezeki MDEC
15
Strategi peringkat nasional Pernyataan dalam kertas strategi
Rancangan Malaysia Kesebelas –
Bab 3: Memperkukuhkan inklusiviti ke
arah masyarakat yang saksama
Bidang fokus A – Meningkatkan taraf isi
rumah B40 ke arah masyarakat kelas
menengah
Strategi A1: Meningkatkan pendapatan
dan kekayaan isi rumah B40 dengan
meningkatkan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi
Rancangan Malaysia Kesebelas -
Kertas Strategi 15: Memacu Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam
Ekonomi Berasaskan Pengetahuan,
Memperluas Program Micro-sourcing untuk
Isirumah B40
15.98 Contoh bagi program micro-sourcing
ialah eRezeki yang dilaksanakan oleh
MDEC yang dijangka dapat melatih dan
memadankan 400,000 isi rumah B40 yang
berpotensi dengan tugasan yang dipecah
kecil daripada sumber domestik dan luar
menjelang tahun 2020.
Ucapan Bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri
Laporan projek eRezeki MDEC
16
7.4.2 Sumbangan kepada agenda Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Program eRezeki merupakan salah satu inisiatif Digital Ekonomi yang
dilaksanakan di bawah Pelan Transformasi KKMM bermula pada tahun 2015
KPI eRezeki diletakkan di bawah KPI YB Menteri KKMM sebagaimana yang
dikoordinasikan oleh CSDU. KPI tersebut diletakkan di dalam kumpulan
Ministry Key Result Areas (MKRAs)
KPI eRezeki juga dilaporkan kepada JTPK yang turut dihadiri oleh pegawai
MOF dan EPU
7.4.3 Sumbangan kepada agenda organisasi
KPI eRezeki juga menjadi MDEC yang dibentangkan dan diluluskan oleh Lembaga
Pengarah MDEC.
8. PENGIKTIRAFAN eRezeki menerima Anugerah Merit World Information Technology and Services
Alliance (WITSA) untuk Kategori Peluang Digital. Pengumuman dibuat semasa Majlis
Makan Malam Gala World Congress on Information Technology (WCIT) pada 4
Oktober 2016.
Laporan projek eRezeki MDEC
17
Diasaskan pada tahun 1978, WITSA merupakan konsortium utama anggota
persatuan industri ICT dari lebih 80 negara / ekonomi di seluruh dunia. Ahli WITSA
mewakili lebih dari 90 peratus pasaran ICT dunia.
WCIT pula adalah acara antarabangsa terbesar dan paling terkenal di kalangan
pemimpin IT di seluruh dunia. Ia menyatukan pegawai peringkat tinggi dari
pelbagai negara, ketua organisasi multinasional, universiti dan pusat penyelidikan
saintifik, wakil pertubuhan bukan kerajaan dan banyak lagi.
eRezeki juga menerima Anugerah Kerajaan Digital ASOCIO, yang dianugerahkan
semasa Majlis Makan Malam Gala sempena ASOCIO ICT Summit 2016 pada 15
November 2016.
Laporan projek eRezeki MDEC
18
9. GAMBAR-GAMBAR
Laporan projek eRezeki MDEC
19
PENUTUP
Projek telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif tahun 2017. Projek
diteruskan ke tahun 2018.
Disediakan oleh:
Nama Pegawai/Unit Terlibat: Mohd Fairuz Mohd Yusof
Tel: 03-83153000
Emel: [email protected]