ringkasan eksekutif -...

34
1

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

37 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

1

Page 2: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

2

RINGKASAN EKSEKUTIF

Projek I.D.E.A.L. ini adalah suatu kesinambungan daripada Projek Nforce Refuge yang

berteraskan kepada prinsip asas pembudayaan KIK dan inovasi ‘KAIZEN’ iaitu ‘continuous

improvement’ atau penambahbaikkan berterusan. Setelah berjaya mewujudkan dan membina

aplikasi mudah alih melalui telefon pintar ‘mobile application’ bagi proses semakan pendaftaran

majikan dan pekerja dan juga semakan kelayakkan tuntutan faedah pekerja yang mana

pemakaiannya telah memberikan outcome dan impak yang melampaui ekspektasi dan telah

berjaya merubah landskap horizon baru keselamatan sosial, kini Cawangan Penguatkuasaan Ibu

Pejabat telah tampil pula dengan suatu revolusi baharu bagi kaedah pengesanan majikan yang

tidak berdaftar melalui capaian di dalam applikasi induk pemusatan data di bawah ‘Nforce Data

Centre (NDC)’ dengan ciri-ciri terkini capaian ‘google map’ dan ‘pin location’ yang boleh mencari

lokasi majikan secara automatik melalui penggunaan ‘Global Positioning System (GPS)’ yang

disalurkan ke dalam telefon pintar setiap Pegawai Pemeriksa Kontrak.

Muatnaik data majikan yang tidak berdaftar ke dalam pengkalan data NDC telah

menggunakan beberapa kaedah inovatif dan kreatif bagi memastikan kelangsungan kemasukkan

data serta bertindak sebagai ‘feeder’ kepada aktiviti pengesanan majikan yang dilakukan oleh

Pegawai Pemeriksa Kontrak. Berteraskan kepada prinsip pengamal keselamatan sosial atau

‘Social Security Practitioner’ kesemua anggota PERKESO bertindak sebagai agen pengesanan

apabila aplikasi pengesanan majikan yang tidak berdaftar boleh dicapai oleh setiap anggota

melalui Nforce Refuge, 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa kekangan masa dan tempat. Butiran

majikan yang tidak berdaftar ini akan disalurkan terus ke dalam data NDC. Penandaan lokasi

majikan serta kemasukkan butiran lokasi dan alamat majikan telah dipermudahkan melalui bacaan

dan penandaan lokasi otomatik GPS.

Disamping itu, NDC telah dihubungkan secara terus kepada data MyCOID yang dikongsi

oleh beberapa agensi barisan hadapan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Suruhanjaya

Syarikat Malaysia dan Pengurusan Sumber Manusia Berhad. Kemasukkan data MyCOID ini akan

terlebih dahulu disaring menggunakan kaedah ‘data matching’ atau padanan data dengan

pengkalan data PERKESO. Ini bagi memastikan bahawa hanya majikan yang tidak berdaftar

sahaja yang akan dimuatnaik ke dalam simpanan data NDC. Selain daripada itu, admin NDC dan

pegawai Cawangan Penguatkuasaan, Ibu Pejabat juga berkeupayaan untuk memasukkan data

secara ‘bulk entry’ melalui aktiviti-aktiviti pengesanan Cawangan Penguatkuasaan terhadap

sasaran-sasaran tertentu terutamanya dapatan data melalui agensi-agensi atau persatuan-

persatuan yang mengawal selia sesuatu jenis perusahaan secara spesifik. Kemasukkan data

melalui agensi-agensi dan persatuan-persatuan ini juga akan ditapis menggunakan kaedah

padanan data sebelum dimuatnaik ke dalam data majikan NDC.

Pengumpulan data majikan yang tidak berdaftar ke dalam ‘pool’ NDC ini akan boleh

diakses oleh semua Pegawai Pemeriksa Kontrak dan akan dijadikan sebagai pusat data bagi

mendapatkan data majikan yang tidak berdaftar untuk melaksanakan aktiviti pengesanan yang

merupakan antara teras Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pegawai Pemeriksa Kontrak yang telah

ditetapkan oleh pengurusan tertinggi PERKESO. Pegawai Pemeriksa Kontrak akan berupaya

Page 3: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

3

untuk membuat ‘filtering’ ke atas data majikan samada daripada aspek lokasi atau poskod bagi

memudahkan aktiviti pengesanan setempat dijalankan. Data majikan yang telah dipilih oleh

seorang Pegawai Pemeriksa Kontrak akan dikunci bagi mengelakkan pertindihan pilihan dengan

Pegawai Pemeriksa Kontrak yang lain. Sistem yang dibangunkan juga akan berupaya untuk

mengesan dan memantul semula data ke dalam pool data NDC bagi mana-mana data majikan

yang tidak dikemaskini oleh Pegawai Pemeriksa Kontrak dalam tempoh sebulan daripada tarikh

data tersebut dimuat-turun.

Sistem yang dibangunkan ini juga akan berupaya untuk mencetuskan ‘initiate’ proses-

proses punitif seperti pengeluaran Saman Jabatan, kompaun dan seterusnya sehingga kepada

penyediaan dokumentasi bagi pembukaan Kertas Siasatan untuk tujuan pendakwaan. Pemakaian

keseluruhan proses ini yang digarap secara kreatif dan inovatif diharap akan berjaya meletuskan

suatu horizon baharu dalam perlaksanaan aktiviti penguatkuasaan dan merupakan suatu anjakan

paradigma daripada kaedah pengesanan konvensional yang telah diamalkan sejak dari mula

kewujudan PERKESO kepada trend terkini aplikasi mobile telefon pintar.

Page 4: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

1

1. PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN

A. LATAR BELAKANG KUMPULAN

Nama Kumpulan : METAMORPHOSIS

Nama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Alamat : Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

No. Telefon : 03-42645324 / 012-6044742 / 012-6127258

No. Fax : 03-42567440

E-mail : [email protected]/

[email protected]

Tarikh Penubuhan : 1 Disember 2016

Bilangan Ahli : 6 Orang

Fasilitator : Hairiri Bin Harun

Ketua Kumpulan : Yuzain Bin Mohd Yusof

Ahli Kumpulan : Nor Shuhadannisah Binti Abd Shukor

Mohd Amir Bin Abd Wahab

Mohd Azim Nawwar Bin Ismail

Adilah Binti Abdul Sukor

Fatin Nur Syafiqah Binti Md Akir

Nama Projek : I.D.E.A.L

Keterangan Projek

Kaedah pengumpulan data bagi majikan yang tidak didaftarkan melalui penggunaan

sepenuhnya konsep pengamal keselamatan sosial semakan dan pelaporan anggota ke

atas majikan yang tidak berdaftar di dalam Nforce Refuge, kemasukkan data secara

terus daripada MyCOID dan ‘bulk entry’ ke atas data yang dimuat naik yang terlebih

dahulu akan melalui saringan ‘data matching’ terhadap pengkalan data PERKESO

sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum di dalam

Nforce Data Centre. Capaian terhadap ‘pool’ data majikan yang tidak mencarum dan

pemilihan aktiviti pengesanan ke atas majikan boleh dibuat oleh Pegawai Pemeriksa

Kontrak melalui sistem NDC. Akses kepada butir-butir majikan yang telah dipilih akan

dimuat turun di dalam ‘work basket’ Pegawai Pemeriksa Kontrak dan boleh dicapai

melalui aplikasi mobile Nforce Refuge di telefon bimbit Pegawai Pemeriksa Kontrak.

Senarai majikan yang telah dipilih juga akan berupaya untuk menunjukkan ‘point

location’ lokasi majikan tersebut dengan menggunakan GPS.

Bidang Inovasi : Pengurusan

Kategori Inovasi : Penambahbaikan

Tarikh Siap Projek : 12 Oktober 2017

SOKONGAN DAN KELULUSAN PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI

Penubuhan Kumpulan : 1 Disember 2016

Kelulusan Pengurusan tertinggi : 12 April 2017

Pencapaian Kumpulan :

Page 5: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

2

2. SIGNIFIKASI PROJEK DAN PEMBUKTIAN

A. KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA JABATAN / ORGANISASI

Projek I.D.E.A.L yang dihasilkan adalah amat bertepatan dengan VISI, MISI dan

OBJEKTIF Jabatan iaitu:

VISI : Peneraju Keselamatan Sosial yang unggul dan cemerlang menjelang tahun

2020

MISI : Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan

mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta meningatkan kesedaran

keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial

pekerja

OBJEKTIF : Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan

tanggungjawap mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial

berasaskan

konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan

Negara

dan Wawasan 2020

Hubungan Elemen dan rasional Projek

BIL ELEMEN

(VISI, MISI & OBJEKTIF)

RASIONAL

1 Peneraju Keselamatan Sosial

yang unggul

Pengesanan majikan dan pekerja

yang tidak berdaftar

2. Memberi perlindungan

keselamatan sosial kepada

pekerja

Pengesanan pekerja yang tidak

didaftarkan melalui kaedah

pencegahan yang berkesan dengan

memusatkan data majikan yang tidak

berdaftar.

3. Menyediakan perlindungan

keselamatan sosial berkonsepkan

masyarakat penyayang

Pengamal Keselamatan Sosial

Penglibatan semua anggota

B. MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN PEMEGANG TARUH (STAKEHOLDER)

i. Majikan;

ii. Pekerja.

Pengumpulan data berpusat di dalam NDC bagi majikan yang tidak didaftarkan.

Mewujudkan ‘pool’ data NDC majikan yang tidak berdaftar telah menjadikan aktiviti

pengesanan majikan tidak berdaftar lebih efisyen, tepat dan sistematik. Ini secara

langsung akan memberikan pekerja kelebihan untuk dicarumkan dan dilindungi di

bawah skim faedah PERKESO dengan lebih cepat berbanding dengan kaedah

pengesanan konvensional. Ini bermakna akan lebih ramai lagi golongan pekerja yang

layak akan dilindungi.

Page 6: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

3

Pengesanan majikan melalui kaedah ‘data matching’ diantara MyCOID dan pengkalan

data PERKESO dapat mengelakkan majikan daripada ‘terlepas pandang’ akibat

kecuaian atau tidak mengetahui peruntukkan undang-undang dan ini adalah suatu

langkah ‘preventive’ yang memberikan kelebihan kepada majikan bagi menghalang

majikan dikenakan tindakan punitif seperti dikompaun bahkan sehingga boleh didakwa

di Mahkamah atas kesalahan gagal mendaftarkan perusahaan.

Pemakaian aplikasi mobile Nforce Refuge yang memusatkan data majikan yang tidak

berdaftar di dalam simpanan data NDC bagi memastikan aktiviti pengesanan dapat

dijalankan dengan lebih efisyen, cepat, tepat dan sistematik. Pada masa yang sama

kemasukkan data melalui ‘bulk entry’ oleh pegawai Cawangan Penguatkuasaan juga

telah kedua-duanya memenuhi kehendak Pelan Tindakan Teras 3 – Memperkukuhkan

Pentadbiran Dana dan Tadbir Urus di bawah bilangan 3 iaitu Memperkasakan Aktiviti

Pemeriksaan Dan Penguatkuasaan di bawah Pelan Strategik PERKESO 2016 – 2020.

BIL STRATEGI PELAN

TINDAKAN

TEMPOH

MASA

INDIKATOR

SASARAN

OUTCOME

1

Memperkasa

aktiviti

pemeriksaan

dan

penguatkuasaan

Melaksanakan

aktiviti 100%

lindung dan

patuh

2016 –

2020

Pematuhan

100%

terhadap

Akta dan

Peraturan

Perlindungan

keselamatan sosial

pekerja terjamin.

Pengesanan

majikan oleh

anggota

PERKESO

2016 –

2017

Kesemua

majikan

daftar tanpa

keperluan

OPS

KESAN

• Kesedaran

keselamatan

sosial

‘stakeholders’

meningkat.

• Meningkatkan

kemampanan

dana.

Perlindungan keselamatan sosial ke atas pekerja

Pengesanan majikan yang tidak didaftarkan akan mengakibatkan ‘chain reaction’

terhadap peningkatan jumlah pekerja yang layak berdaftar untuk didaftarkan dan

dilindungi di bawah skim faedah perlindungan PERKESO.

Tindakan proaktif pengesanan melalui padanan data diantara MyCOID dan pengkalan

data PERKESO merupakan suatu pendekatan ‘preventive’ yang dapat mengelakkan

penganiayaan terhadap pekerja apakala majikan tidak berdaftar dan mencarum. Ianya

dapat mengurangkan risiko pembuangan kerja atau responsif aggresif majikan terhadap

pekerja berbanding dengan kes aduan pekerja terhadap kegagalan majikan berdaftar

atau mencarum. Ini adalah kerana pengesanan majikan yang tidak berdaftar tidak lagi

bergantung kepada aduan pekerja semata-mata.

Page 7: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

4

B. KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL

Agenda Transformasi Nasional (GTP)

Projek I.D.E.A.L yang dibangunkan adalah dan amat berkait rapat dengan Agenda

Transformasi Nasional (GTP) di bawah Fasa 3 – Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat dan

Teras 2 – Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat di bawah Rancangan Malaysia

Kesebelas 2016 – 2020.

Dengan memastikan majikan dan pekerja didaftarkan daripada aktiviti pengesanan

maka lebih ramai rakyat akan mendapat perlindungan jaringan keselamatan sosial agar

kehidupan para pekerja dan keluarga mereka lebih terjamin dan sejahtera.

.

Rancangan Malaysia Kesebelas 2016 – 2020

Selain itu,pembangunan NDC juga mempunyai kaitan dengan agenda nasional di

bawah Teras 2 – Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, Rancangan Malaysia Kesebelas

2016 – 2020. Dengan memastikan majikan dan pekerja didaftarkan daripada aktiviti

pengesanan maka lebih ramai rakyat akan mendapat perlindungan jaringan

keselamatan sosial agar kehidupan para pekerja dan tanggungannya lebih terjamin.

Pelan Strategik Kementerian Sumber Manusia

Peningkatan pengesanan majikan dan pekerja yang tidak berdaftar melalui capaian

penggunaan aplikasi NDC secara ‘real time’ tanpa ada kekangan masa dan tempat

adalah bertepatan dengan Teras 6 – Menyediakan Jaringan Keselamatan Sosial, Pelan

Strategik Kementerian Sumber Manusia.

Transformasi Nasional 50 (TN 50)

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa

depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus

menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi,

kesejahteraan rakyat dan Inovasi.Pembangunan sistem ini adalah selaras dengan

transformasi tersebut.

C. KAITAN DENGAN KEADAAN & EKOSISTEM SEMASA

Isu Keselamatan Sosial Pekerja

Pemusatan data majikan yang tidak berdaftar adalah untuk memastikan bahawa aktiviti

pengesanan yang dilaksanakan oleh Pegawai Pemeriksa Kontrak menjadi lebih tepat

dan cepat. Pengesanan awal juga bertindak sebagai elemen pencegahan bagi

memastikan majikan dan pekerja didaftarkan dengan seberapa segera. Secara

langsung setiap pekerja yang layak didaftarkan dilindungi di bawah skim keselamatan

sosial agar pekerja dan keluarga mereka dilindungi sekiranya pekerja tersebut ditimpa

kemalangan atau ketidakupayaan untuk meneruskan pekerjaan. Pekerja yang tidak

didaftarkan tidak akan mendapat perlindungan keselamatan sosial melalui skim-skim

faedah yang ditawarkan dan ini memberikan kesan ke atas kehidupan pekerja dan

keluarga sekiranya pekerja tersebut sudah tidak mampu untuk menjalankan aktiviti

pekerjaan seperti biasa.

Page 8: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

5

Isu Perlindungan Terhadap Kehidupan Sosial Keluarga Pekerja

Penggunaan aplikasi NDC bagi aktiviti pengesanan dapat memastikan pendaftaran

majikan dan pekerja dan kelayakan tuntutan faedah dapat diberikan kepada keluarga

pekerja yang ditimpa kemalangan dengan lebih cepat .Sebanyak 29.8% iaitu 578

laporan aduan berkaitan majikan tidak melaporkan kemalangan,berdasarkan kepada

Laporan Aduan Bagi Tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Hal

Ehwal Korporat PERKESO.

Isu Kelewatan Dan Kegagalan

Penggunaan aplikasi NDC dengan pemusatan data majikan yang tidak berdaftar

membolehkan pengesanan majikan dan pekerja yang tidak didaftarkan dijalankan

dengan cepat dan tepat tanpa perlu menunggu untuk pekerja atau waris mereka hadir

ke pejabat PERKESO untuk membuat aduan atas kegagalan majikan untuk berdaftar

dan membayar caruman. Berdasarkan kepada Laporan Aduan Bagi Tahun 2016 yang

dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Hal Ehwal Korporat PERKESO, sebanyak

69.5% iaitu1,349 laporan aduan berkaitan majikan tidak mencarum dan tidak

mendaftarkan perusahaan.

D. PEMBUKTIAN MELALUI ANALISIS (BAGI TUJUAN PENYELESAIAN) & UJICUBA

Pembangunan aplikasi NDC adalah berdasarkan kepada analisa terhadap beberapa

masalah berbangkit iaitu Laporan Pencapaian MKSPP Suku Tahun Ketiga 2017

berkaitan aktiviti pengesanan oleh pegawai pemeriksa kontrak. Berdasarkan kepada

laporan di E-Capai, sehingga 20 Oktober 2017, sebanyak 7,633 iaitu 59% majikan

dikesan berbanding sasaran setahun berjumlah 12,960 premis majikan yang melibatkan

105 orang pegawai pemeriksa kontrak.

Berdasarkan kepada resolusi Forum Pemantapan Aktiviti Pemeriksaan Pegawai

Pemeriksa Penguatkuasaan 2016 Transformasi Kearah Kutipan Rm 3.3 Bilion,

sebanyak 25 daripada 73 resolusi yang dicadangkan oleh Ketua Unit Penguatkuasaan

dan Pegawai Pemeriksa berkaitan pembangunan sistem berkaitan aktiviti pengesanan

dan penguatkusaan.

Merujuk kepada Laporan Kajian Impak Program OPS KESAN PERKESO 2013-2014,

beberapa isu penemuan dan cadangan penambahbaikan antaranya bagi meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan program OPS KESAN, serta penjimatan dari aspek

tenaga, masa dan kos mewujudkan kolaborasi dengan pelbagai pihak berkaitan secara

lebih proaktif bagi mendapatkan data makluman majikan yang tidak berdaftar.

Berdasarkan kepada Laporan Aduan Bagi Tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Bahagian

Perancangan dan Hal Ehwal Korporat PERKESO, sebanyak 69.5% iaitu1,349 laporan

aduan berkaitan majikan tidak mencarum dan tidak mendaftarkan perusahaan.

Page 9: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

6

Bagi tujuan tersebut Cawangan Penguatkuasaan Ibu Pejabat PERKESO telah

mengambil inisiatif untuk membangunkan satu aplikasi yang dapat membantu Pegawai

Pemeriksa Kontrak dalam menjalankan aktiviti pengesanan dengan membina ‘pool’ data

bagi majikan yang tidak berdaftar di dalam aplikasi NDC. Aplikasi tersebut dibangunkan

berasaskan kepada Dasar Keselamatan ICT PERKESO.

Ujicuba berkaitan kelancaran penggunaan aplikasi NDC telah dilakukan pada 11

Oktober 2017 di Pejabat PERKESO Negeri Selangor dengan melibatkan seramai 23

orang Pegawai Pemeriksa Kontrak.

3. TINDAKAN PEMBUKTIAN DAN PENYELESAIAN

A. CADANGAN PENYELESAIAN DAN STRATEGI PERLAKSANAAN

Bagi tujuan pembangunan projek I.D.E.A.L dengan penggunaan aplikasi yang lebih

komprehensif, carta perbatuan telah dijadikan sebagai panduan perancangan dan

pelaksanaan setiap aktiviti yang dijadualkan seperti di dalam Jadual 1. Pada masa yang

sama kumpulan juga mengawal pembangunan sistem melalui carta perbatuan

pembangunan sistem seperti di Jadual 2.

Carta Perbatuan Pembangunan Projek I.D.E.A.L

PETUNJUK:

Perancangan

Pelaksanaan

OCT

Penambahbaikan

NOV DIS

CARTA PERBATUAN PEMBANGUNAN PROJEK

APR MAY JUN JUL AUG SEP

Ujicuba

Peyeragaman

DIS JAN FEB

Pengumpulan data kaji selidik

Cadangan penyelesaian

MARPERKARA / BULAN PELAKSANAAN

Kenalpasti masalah

Verifikasi dan validasi punca masalah

Analisa masalah

Page 10: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

7

Carta Perbatuan Pembangunan Sistem I.D.E.A.L

Bagi tujuan penghasilan projek, kaedah ‘fusion’ antara Design Thinking dan Blue Ocean

Strategy telahpun digunakan dengan keadaan yang bersesuaian untuk pembangunan

aplikasi NDC. Terdapat lima proses dalam kaedah Design Thinking iaitu Emphatise

(Empati), Define (Takrifan), Ideate (Penjanaan idea), Prototype (Prototaip) dan Test

(Ujian).

Emphatise (Design Thinking)

Melalui laporan pencapaian SKT Pegawai Pemeriksa dan berdasarkan kepada dapatan

dan konklusi daripada mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan seperti MKSPP, Bengkel

Penetapan SKT, Laporan Aduan dan Kajian Impak Ops Kesan yang menyentuh isu-isu

dan masalah berkaitan aktiviti penguatkuasaan seperti Jadual di bawah :

AKTIVITI

PENGUATKUASAAN

BIL PUNCA MASALAH

Kutipan tunggakan /

kekurangan caruman

(TC/KC) dan Faedah

Caruman Lewat Bayar

(FCLB)

1 Penyediaan Penyata Tunggakan Caruman [PKS(F)47]

yang remeh dan memakan masa.

2 Pengesanan majikan yang tidak mencarum.

3 Ketepatan dan akauntibiliti data yang dijana dalam

Penyata FCLB.

Pemeriksaan

4 Penyediaan Jadual Pemeriksaan secara manual

5 Carian fail untuk aktiviti pemeriksaan dilakukan secara

manual di dalam bilik fail dengan menggunakan pelbagai

kaedah pembahagian fail.

6 Penyediaan Laporan Pemeriksaan secara manual.

7 Pemantauan menyeluruh fail pemeriksaan.

Pengesanan majikan

baru tidak berdaftar

8 Kaedah pengesanan konvensional pintu ke pintu yang

memakan masa

PETUNJUK:

Perancangan

Pelaksanaan

Kajian

Membangunkan sistem

Penyelenggaraan

Penambahbaikan

Perancangan

Merekabentuk dan Mengenalpasti

Keperluan

Ujicuba

CARTA PERBATUAN PEMBANGUNAN SISTEM

PERKARA / BULAN PELAKSANAAN JUL AUG SEP OCT NOV DEC JANJUN

Page 11: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

8

9 Tiada data/maklumat tepat berkaitan majikan yang tidak

berdaftar.

Kompaun 10 Kuasa pengeluaran notis kompaun.

Pendakwaan

11 Siasatan kertas pendakwaan yang tidak lengkap.

12 Penyediaan kertas siasatan secara manual.

13 Kurang pengalaman mengendalikan kes pendakwaan

Bagi mendapatkan satu punca masalah utama untuk dijadikan asas projek, kumpulan

telah mengenalpasti kaedah yang telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi

menyelesaikan punca-punca masalah yang wujud daripada aktiviti-aktiviti

penguatkuasaan. Kaedah-kaedah penyelesaian bagi punca-punca masalah yang telah

dikenalpasti adalah seperti berikut:

BIL PUNCA MASALAH KAEDAH PENYELESAIAN

1 Penyediaan Penyata Tunggakan

Caruman [PKS(F)47] yang remeh

dan memakan masa.

Telah diambil kira dan dibangunkan di

dalam sistem ASSIST.

2 Pengesanan majikan yang tidak

mencarum.

E-Efisyen, E-Efisyen 2.

3 Ketepatan dan akauntibiliti data yang

dijana dalam Penyata FCLB.

Telah diambil kira dan dibangunkan di

dalam sistem ASSIST.

4 Penyediaan Jadual Pemeriksaan

secara manual

Telah diambil kira dan dibangunkan di

dalam sistem ASSIST.

5 Carian fail untuk aktiviti pemeriksaan

dilakukan secara manual di dalam

bilik fail dengan menggunakan

pelbagai kaedah pembahagian fail.

Telah diambil kira dan dibangunkan di

dalam sistem ASSIST.

6 Penyediaan Laporan Pemeriksaan

secara manual.

Telah diambil kira dan dibangunkan di

dalam sistem ASSIST.

7 Pemantauan menyeluruh fail

pemeriksaan.

Telah diambil kira dan dibangunkan di

dalam sistem ASSIST.

8 Kaedah pengesanan konvensional

majikan yang tidak berdaftar pintu ke

pintu yang memakan masa.

TIADA KAEDAH PENYELESAIAN

9 Tiada data dan maklumat tepat

berkaitan majikan yang tidak

berdaftar.

Nforce Refuge.

10 Kuasa pengeluaran notis kompaun. Kuasa di bawah seksyen 95 AKSP 1969.

11 Penyediaan kertas siasatan secara

manual.

Telah diambil kira dan dibangunkan di

dalam sistem ASSIST.

12 Siasatan kertas pendakwaan yang

tidak lengkap.

Mengendalikan taklimat dan kursus

pendakwaan ke atas pegawai

pemeriksan.

Page 12: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

9

13 Kurang pengalaman mengendalikan

kes pendakwaan.

Mengendalikan taklimat dan kursus

pendakwaan ke atas pegawai

pemeriksan.

Kumpulan telah mendapati hanya punca masalah nombor 8 iaitu kaedah pengesanan

konvensional majikan yang tidak berdaftar pintu ke pintu yang memakan masa masih

tidak mempunyai apa-apa kaedah penyelesaian yang spesifik dan masih dibelenggu

dengan cara kerja konvensional.

Seterusnya bagi mendapatkan punca masalah utama, kumpulan telah menggunakan

kaedah As Is Strategy Canvas (Blue Ocean Strategy) – Strategi pelaksanaan

menggunakan kaedah peratusan maklumbalas responden berdasarkan soal selidik

terhadap punca-punca masalah utama.

BIL PUNCA MASALAH UTAMA FAKTOR PUNCA MASALAH

UTAMA

(%)

1 Tiada punca data / source Pengkalan daftar PERKESO

hanya merekodkan majikan

berdaftar sahaja

52%

2 Ketepatan data awal bagi majikan

yang masih belum berdaftar

Butiran majikan yang tidak tepat

(perbezaan) 62%

3 Tiada kaedah untuk kenalpasti

majikan tidak berdaftar

Promosi majikan untuk berdaftar

hanya dilakukan secara

bermusim

55%

4 Tiada kaedah pengesanan yang

sistematik

Pencapaian aktiviti pengesanan

Pegawai Pemeriksa Kontrak

tidak konsisten

90%

5 Tiada penentu / penunjuk lokasi

majikan tidak berdaftar

Pengesanan majikan dilakukan

pintu ke pintu 56%

6 Proses lawatan bagi aktiviti

pengesanan di sesuatu premis

mengambil masa yang lama

Tiada pemfokusan maklumat

majikan tidak berdaftar 70%

7 Pematuhan dan pemahaman

majikan Imej 60%

8 Kaedah preventif tindakan awal

bagi pendaftaran majikan Pengeluaran kompaun 55%

Page 13: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

10

Rajah As IS Bagi Keadah Pengesanan Majikan Belum Berdaftar

B. PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN

Hasil daripada soal selidik ke atas responden yang dilaksanakan secara berasingan

terhadap pegawai pemeriksa yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan 5 punca

masalah utama telah disenaraikan pendek berasaskan peratusan maklumbalas tertinggi

dan akan memberi impak sekiranya sesuatu sistem tidak dibangunkan.

BIL PUNCA MASALAH UTAMA FAKTOR PUNCA MASALAH

UTAMA

PERATUSAN

HASIL KAJI

SELIDIK

1 Tiada punca data / source Pengkalan daftar PERKESO

hanya merekodkan majikan

berdaftar sahaja

52%

2 Ketepatan data awal bagi

majikan yang masih belum

berdaftar

Butiran majikan yang tidak tepat

(perbezaan) 52%

3 Tiada kaedah pengesanan

yang sistematik Proses kerja 90%

4 Tiada penentu / penunjuk

lokasi majikan tidak berdaftar

Pengesanan majikan dilakukan

pintu ke pintu 14%

5 Pematuhan dan pemahaman

majikan

Imej 60%

Page 14: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

11

Kumpulan telah menggunakan kaedah ERRC(Blue Ocean Strategy) – Eliminate –

Reduce – Raise – Create telah diambil kira dan digunapakai sebagai alat untuk

mendapatkan cadangan penyelesaian. Hasil daripada kaedah ERRC elemen Create

menjurus kepada pembangunan sistem aplikasi bagi mengatasi masalah tiada kaedah

pengesanan yang sistematik disamping berupaya untuk menyelesaikan punca-punca

masalah utama yang lain sekaligus.

Eliminate – Reduce -Raise – Create (ERRC) Grid

ELIMINATES

• Proses pengesanan majikan

tidak berdaftar secara pintu ke

pintu.

• Lawatan ke premis majikan

yang telah berdaftar.

RAISE

• Kesedaran stakeholder.

• Pemahaman majikan.

• ‘Preventive measures’.

• Penyampaian perkhidmatan.

• Imej jabatan.

• Kerjasama dengan agensi

penguatkuasaan yang lain.

• Peningkatan pekerja yang dilindungi.

REDUCE

• Kes melibatkan aduan

pekerja/majikan tidak berdaftar.

• Proses kerja menjalankan

aktiviti pengesanan.

• Majikan tidak berdaftar.

• Pekerja tidak berdaftar.

CREATE

• Data berpusat bagi majikan yang belum

berdaftar.

• Agihan data majikan tidak berdaftar

kepada Pegawai Pemeriksa – interaktif.

• Capaian data menerusi aplikasi mobile.

• Pembangunan Nforce Data Centre.

Page 15: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

12

C. PELAKSANAAN TINDAKAN PENYELESAIAN

Percambahan dalam menjana idea kreatif adalah berdasarkan kepada proses ‘IDEATE’

dengan mengaplikasikan 3 langkah utama iaitu Percambahan Fikiran, Penandaarasan

dan Pemilihan idea kreatif. Justifikasi 3 langkah itu adalah seperti Jadual di bawah:

IDEATE (Design Thinking)

5 cadangan utama yang dikemukakan berdasarkan kepada punca masalah utama bagi

menghasilkan aplikasi NDC ini iaitu:

BIL PUNCA MASALAH UTAMA CADANGAN PENYELESAIAN

1 Tiada punca data / source Meluaskan dan memaksimumkan

penggunaan Nforce Refuge ke atas

semua anggota berkonsepkan ‘Social

Security Practitioner’ termasuk

berkerjasama dengan agensi-agensi

berkaitan.

2 Ketepatan data awal bagi majikan

yang masih belum berdaftar

Membangunkan satu ‘pool’ data bagi

mengumpulkan majikan yang tidak

berdaftar dengan keupayaan untuk

membuat tapisan dengan pengkalan

daftar PERKESO.

Page 16: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

13

3 Tiada kaedah pengesanan yang

sistematik

Membangunkan satu aplikasi mobile bagi

data senarai majikan yang tidak berdaftar

di dalam ‘workbasket’ pegawai

pemeriksa kontrak.

4 Tiada penentu / penunjuk lokasi

majikan tidak berdaftar

Menngunakan kaedah pengesanan

lokasi GPS dengan ‘point location’ di

dalam senarai ‘workbasket’ majikan yang

tidak berdaftar pegawai pemeriksa.

5 Pematuhan dan pemahaman majikan Langkah pencegahan awal

mengenalpasti majikan yang tidak

berdaftar melalui MyCOID dengan

kerjasama agensi-agensi lain yang

berkaitan seperti Suruhanjaya Syarikat

Malaysia (SSM).

IDEATE (PERCAMBAHAN IDEA UTAMA MELALUI PENANDAARASAN)

BIL CADANGAN PENYELESAIAN PENANDAARASAN

SAMPEL

HURAIAN

CADANGAN PENYELESAIAN 3 - Membangunkan satu aplikasi mobile bagi data

senarai majikan yang tidak berdaftar di dalam ‘workbasket’ pegawai pemeriksa kontrak.

1 Menaik taraf sistem e-semak

Memerlukan

penglibatan

vendor luaran

dengan kos yang

tinggi

2 Menaik taraf Q-term

Tempoh lesen

penggunaan

tamat pada tahun

2019

3 Mewujudkan semakan

kelayakan di dalam sistem

PINTAR

Memerlukan

penglibatan

vendor luaran

dengan kos yang

tinggi

4 Membangunkan satu aplikasi

mobile bagi data senarai

majikan yang tidak berdaftar di

dalam ‘workbasket’ pegawai

pemeriksa kontrak.

Idea baru dengan

membangunkan

sistem secara in

house.

Page 17: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

14

IDEATE (PEMILIHAN IDEA KREATIF):

Cadangan membangunkan aplikasi semakan pendaftaran majikan dan pekerja serta

pengiraan kelayakan secara atas talian telah dipilih dimana ciri-ciri praktikal sistem yang

hendak dibangunkan ini adalah seperti berikut:

CADANGAN

PENYELESAIAN

BIL CIRI-CIRI PRAKTIKAL

Membangunkan

satu aplikasi mobile

bagi data senarai

majikan yang tidak

berdaftar di dalam

‘workbasket’

pegawai pemeriksa

kontrak.

1. Langsung tidak melibatkan kos memandangkan sistem

dibangunkan oleh anggota Cawangan Penguatkuasaan.

2. Kemasukkan data berkeupayaan untuk membuat tapisan

atau ‘filter’ secara automatik dengan pengkalan data

PERKESO.

2. ‘Workbasket’ pegawai pemeriksa versi ‘Mobile Compatible’.

3. Bantuan pengesanan lokasi berasaskan koordinat (GPS)

dan ‘point location’ di google map

4. Pemilihan majikan yang tidak berdaftar secara terus

daripada NDC tanpa kekangan masa dan lokasi.

5. Pantulan semula data majikan yang tidak berdaftar ke

dalam ‘pool’ dalam tempoh 30 hari sekiranya tiada tindakan

oleh pegawai pemeriksa.

E. PERAKUAN DARIPADA PIHAK BERTAULIAH

Hasil daripada sesi libat urus bersama Cawangan Teknologi Maklumat (CTM)

PERKESO berkaitan isu pembangunan aplikasi Nforce Data Centre pada 29 September

2017, pihak CTM telah memberi maklumbalas berkaitan laporan pengimbasan aplikasi

sistem I.D.E.A.L.

4. KEBERHASILAN PROJEK

4.1. OUTCOME PROJEK (DIJANGKA) & PEMBUKTIAN ANALISA BERASASKAN:

A. KESAN JANGKA PENDEK

Aplikasi NDC merupakan satu inovatif dibawah Teras 5 Pelan Strategik PERKESO

2016-2020 iaitu Melestarikan Budaya Kreativiti, Inovasi dan Kualiti yang

merangkumi idea baru dan pemudah cara kepada anggota PERKESO dalam

menyampaikan perkhidmatan.

i. Peningkatan Pendaftaran Majikan

Dibawah Teras 3 Pelan Strategik PERKESO 2016-2020 iaitu

Memperkukuh Kemampanan Dana dan Tadbir Urus, kaedah pengesanan

majikan yang tidak berdaftar melalui aplikasi NDC telah merevolusikan

kaedah pengesanan terkini apabila kaedah pengesanan secara

konvensional / pintu ke pintu kurang praktikal dan hasil yang minima.

Berdasarkan kepada data lawatan ke premis majikan yang dilawati semasa

OPS KESAN 2017 jumlah keseluruhan lawatan ke premis adalah sebanyak

Page 18: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

15

11,154 namun lawatan tersebut adalah termasuk lawatan ke premis

majikan yang telah berdaftar dan layak iaitu sebanyak 14.2%. Pemakaian

sistem berpusat NDC akan terus menjurus kepada majikan yang tidak

berdaftar dan ini akan menjimatkan masa lawatan. Sehingga 19.10.2017

sebanyak 56,000 data majikan yang tidak berdaftar telah dimuatnaik ke

dalam ‘pool’ NDC dan jumlah ini akan meningkat dari masa ke semasa

apabila ketiga-tiga punca kemasukkan data beroperasi sepenuhnya.

Sejumlah 3,463 iaitu 6.2 % majikan telah memberi maklumbalas manakala

1,853 telah berdaftar dengan PERKESO.

Selaras dengan Teras 4 Pelan Strategik PERKESO 2016-2020,

Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Pelanggan, aplikasi ini secara

langsung juga membantu mengesan pekerja yang layak tetapi tidak

berdaftar dengan PERKESO.

ii. Penjimatan masa

Dibawah Teras 2 Pelan Strategik PERKESO 2016-2020, Mentransformasi

Perkhidmatan Menerusi Penjenamaan, aktiviti pengesanan hanya

tertumpu kepada majikan yang tidak berdaftar semata-mata dan lawatan

ke premis majikan yang telahpun berdaftar dapat dikurangkan. Bagi tujuan

semakan pendaftaran majikan hasil daripada kaji selidik yang dijalankan

pada 2016 mendapati masa 2 minit diambil bagi satu majikan, namun

setelah Sistem I.D.E.A.L dibangunkan, penjimatan masa semakan

sebanyak 100% kerana proses penyaringan majikan yang telah berdaftar

dengan PERKESO dilakukan secara automatik oleh sistem.

iii. Penjimatan Kos

a) Kos lawatan ke premis majikan juga dapat dikurangkan apabila

pegawai pemeriksa hanya membuat lawatan ke premis majikan yang

tidak berdaftar dan bukan lagi menggunakan kaedah pengesanan

konvensional dengan membuat lawatan pintu ke pintu ke atas semua

majikan samada yang telah berdaftar atau tidak. Kos panggilan telefon

dapat dijimatkan sebanyak 100%, berdasarkan kepada maklumbalas

pengguna semasa program OPS KESAN BERSEPADU PERKESO

Negeri Selangor pada 1 Ogos 2017 apabila anggota menggunakan

sistem ini tanpa perlu lagi membuat panggilan telefon kepada operator

PERKESO bagi tujuan membuat semakan pendaftaran majikan dan

pekerja. dan semua pegawai boleh mengakses aplikasi I.D.E.A.L tanpa

gangguan capaian internet.

b) Pembangunan aplikasi ini juga tidak melibatkan kos tambahan apabila

aplikasi ini sendiri telah dibangunkan oleh anggota

PERKESO.Pembangunan aplikasi ini juga tidak melibatkan kos

tambahan apabila aplikasi ini sendiri telah dibangunkan oleh anggota

PERKESO.

Page 19: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

16

iv. Proses Kerja

Merujuk kepada SOP Mengurus Pengesanan Majikan Belum Berdaftar

dengen PERKESO, terdapat 17 langkah bagi tujuan untuk melengkapkan

satu aktiviti pengesanan. Dengan penggunaan Sistem I.D.E.A.L terdapat

enam langkah yang melibatkan kaedah automasi oleh sistem dimana

penjimatan proses kerja sebanyak 35%.

v). Kestabilan Sistem

Sistem I.D.E.A.L telah diujicuba pada 11 Oktober 2017, dan pegawai

pemeriksa telah memberi maklumbalas berkaitan kestabilan sistem, di

mana aplikasi I.D.E.A.L boleh diakses 100% tanpa gangguan capaian

internet. Berbanding pada tahun 2015, masa semakan status pendaftaran

majikan dan pekerja adalah selama 20 minit kerana terdapat isu

performance sytem.

B. NILAI TAMBAH

Aplikasi NDC ini telah dirancang, dianalisis, dirangka seterusnya dibangunkan

mengikut kaedah System Development Life Cycle (SDLC). Ianya dibangunkan

oleh Pegawai Eksekutif di Cawangan Penguatkuasaan Ibu Pejabat PERKESO

tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan seperti pembangunan aplikasi oleh

syarikat luar. Pemantauan dan penyelenggaraan aplikasi dilakukan secara

berkala dan proses menaik taraf dilakukan sekiranya terdapat sebarang keperluan.

Aplikasi ini telah beberapa kali dinaik taraf berdasarkan hasil maklumbalas kajian

kepuasan pelanggan. Sebanyak 68% memaklumkan bahawa aplikasi ini sangat

Page 20: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

17

membantu dalam tugasan harian mereka. Penambahbaikan yang diambil kesan

daripada maklumbalas ini ialah mewujudkan ikon elemen kesan, caruman, prihatin

dan kalkulator dimana elemen-elemen ini membolehkan data di akses dengan

lebih mudah. Dengan mengambilkira elemen inovatif projek dibawah ikon kesan,

kesemua senarai majikan yang tidak berdaftar yang telah dipilih oleh Pegawai

Pemeriksa akan dimuat naik ke dalam ikon kesan yang bertindak sebagai

workbasket. Capaian data boleh dibuat dimana sahaja tanpa mengira waktu setiap

hari dengan bercirikan mobile friendly selaras dengan Teras 2 Pelan Strategik

PERKESO 2016-2020, Mentransformasi Perkhidmatan Menerusi Penjenamaan.

Seramai 23 orang Pegawai Pemeriksa Kontrak PERKESO Negeri Selangor telah

terlibat dalam proses ujicuba yang dijalankan dalam bulan Oktober 2017, dengan

menggunakan Sistem I.D.E.A.L bagi menjalankan aktiviti pengesanan majikan

yang tidak berdaftar dengen PERKESO. Berikut maklumat yang diperolehi hasil

dari ujicuba;

Bil Hasil Ujicuba Jumlah

1. Layak 85 majikan

2. Pindah 19 majikan

3. Tidak Dapat Dikesan 131 majikan

Jumlah 235 majikan

4.2 IMPAK PROJEK (LUAR JANGKA) DAN PEMBUKTIAN

A. KESAN JANGKA PANJANG – KESAN KEPADA PEMBANGUNAN SERTA

KEMAJUAN NEGARA

IMEJ JABATAN

Merujuk kepada kajiselidik yang telah dijalankan kepada orang awam sekitar

Bandar Klang pada 1 Ogos 2017, menunjukkan 56% pekerja mengetahui berkaitan

keperluan untuk mendaftar dengan PERKESO. Dengan adanya Sistem I.D.E.A.L,

PERKESO dapat meningkatkan imej jabatan dengan mengambil tindakan proaktif

untuk mendaftarkan majikan dan pekerja yang layak untuk berdaftar dengan

PERKESO tanpa mengambil tindakan punitif ke atas majikan.

TAHAP KEPUASAN PELANGGAN

Selaras dengan Visi dan Misi PERKESO selaku peneraju keselamatan sosial yang

unggul dan cemerlang , Sistem I.D.E.A.L dapat membantu meningkatkan tahap

kepuasan pelanggan di mana di bawah Strategi Memperkasa Aktiviti Pemeriksaan

dan Penguatkuasaan ,Pelan Tindakan Teras 3, Pelan Strategik PERKESO 2016-

2020,Indikator Sasaran adalah untuk memastikan kesemua majikan berdaftar

tanpa keperluan Ops Kesan. Merujuk kepada kajiselidik yang telah dijalankan

kepada orang awam sekitar Bandar Klang pada 1 Ogos 2017, menunjukkan 85%

pekerja bersetuju sekiranya pihak PERKESO mengambil tindakan proaktif

bertanyakan status pendaftaran majikan dan pekerja.

Page 21: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

18

B. IMPAK PROJEK (HASIL LUAR JANGKA)

PENINGKATAN DANA

Sebanyak 1,853 telah berdaftar dengan PERKESO melalui notifikasi kepada

majikan melalui surat hasil daripada data SSM dengan caruman berjumlah RM

918,540.70 sehingga September 2017 yang secara langsung memberikan impak

positif terhadap perkembangan dana PERKESO selama mana tempoh pekerja

tersebut masih bekerja dan berkhidmat. Dengan terlaksananya Sistem I.D.E.A.L,

dijangka peningkatan terhadap peningkatan dana caruman di masa akan dating

kerana fokus terhadap aktiviti pengesanan lebih sistematik dan ideal.

MOBILE FRIENDLY, 24 JAM SEHARI

Selari dengan Teras 2 Pelan Strategik PERKESO 2016-2020 iaitu

Mentransformasi Perkhidmatan Menerusi Penjenamaan, aplikasi ini mlmlerupakan

satu inisiatif yang boleh diakses 24 jam sehari dimana jua anggota berada serta

Mobile Friendly kepada pengguna. Berdasarkan maklumbalas daripada Bengkel

Penetapan Sasaran Kerja Tahunan 2018 Pegawai Pemeriksa, sasaran aktiviti

pengesanan bagi pegawai pemeriksa kontrak adalah sebanyak 12,960. Melalui

Sistem I.D.E.A.L, pegawai boleh mengakses sistem 24jam sehari,7hari seminggu,

365 setahun ini secara tidak langsung boleh membantu pegawai tersebut dalam

pencapaian aktiviti pengesanan 2018.

PENGEMASKINIAN DATA MAJIKAN PERKESO

Melalui Mesyuarat Sasaran Kerja Tahunan Bagi Tahun 2018, aktiviti

pengemaskinian rekod majikan telah dimasukkan sebagai salah satu aktiviti utama

pegawai Pemeriksa. Dengan bantuan Sistem I.D.E.A.L, fungsi pengemaskinian

data dapat dilakukan kerana elemen status dan kelayakan majikan terdapat di

dalam aplikasi tersebut.

5. POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI

A. TAHAP KETERSEDIAAN TEKNOLOGI / SISTEM / PROSES

PERKESO selaku peneraju keselamatan sosial di Malaysia, berhasrat untuk menjadikan

setiap anggota PERKESO sebagai Pengamal Keselamatan Sosial (Social Security

Practitioner) yang bertanggungjawap dalam memastikan kesemua majikan dan pekerja

yang layak berdaftar, didaftarkan dengan PERKESO tanpa mengira fungsi tugas.

Hasil kunjungan Lawatan Wakil International Labour Organization (ILO) dalam bidang

Labour Inspection/Administration ke PERKESO pada 31 Mac 2017 dalam usaha untuk

menambah baik dan mengkaji kaedah pemeriksaan di agensi berkaitan. Pihak ILO

sedang dalam rangka untuk memperkenalkan desk inspection yang tidak memerlukan

Page 22: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

19

kepada aktiviti pemeriksaan dan pengesanan secara pintu ke pintu. Lantaran itu, aplikasi

NDC yang dibangunkan menepati ciri-ciri kehendak desk inspection.

Hasil daripada sesi libat urus bersama Cawangan Teknologi Maklumat (CTM)

PERKESO berkaitan isu pembangunan aplikasi Nforce Data Centre pada 29 September

2017, pihak CTM telah memberi maklumbalas berkaitan laporan pengimbasan aplikasi

sistem I.D.E.A.L. dan aplikasi ini selari dengan Dasar Keselamatan ICT PERKESO. Bagi

tujuan kawalan keselamatan data, aplikasi ini telah dilengkapi dengan kawalan akses

pengguna melalui pemakaian ID dan kata laluan.

B. TAHAP REPLIKASI / PENGKOMERSIALAN (ROI)

Bagi tujuan penyeragaman aplikasi NDC satu kertas kerja cadangan pelaksanaan

menyeluruh berkaitan penggunaan aplikasi NDC berteraskan konsep Social Security

Practitioner yang akan dilancarkan bersama-sama dengan pelancaran bulan pemutihan

OPS KESAN 2018 yang dijadualkan pada bulan Februari 2018.

Local Engagement

Satu sesi Lawatan Penandaaras oleh Centre of Instructor and Advance Skill Training

(CIAST) ke PERKESO pada 9 Mei 2017 berkaitan Aplikasi NDC telah diadakan sebagai

rujukan kepada agensi tersebut.

Pihak Kementerian Sumber Manusia dan agensi dibawahnya telah membuat satu sesi

lawatan tanda aras Inovasi dan inovatif pada Ogos 2017.

Aplikasi NDC mempunyai tahap replikasi yang tinggi terutamanya bagi Jabatan -Jabatan

yang mempunyai fungsi penguatkuasaan yang melibatkan pendaftaran majikan dan

pekerja seperti Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Buruh.

Pada 11 Ogos 2017, anggota kumpulan telah mengadakan satu sesi Perkongsian

Maklumat Berkaitan Aktiviti Penguatkuasaan di antara PERKESO:

i. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)

ii. Cawangan Kawal Selia Penguatkuasaan

International Engagement

i. Cawangan Penguatkuasaan telah menerima kunjungan daripada Wakil

International Labour Organization (ILO) dalam bidang Labour

Inspection/Administration ke PERKESO pada 31 Mac 2017, satu sesi

perkongsian maklumat berkaitan cadangan sistem NDC yang akan digunakan

untuk membantu aktiviti Penguatkuasaan.

Page 23: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

20

ii. Cawangan Penguatkuasaan PERKESO telah menerima kunjungan daripada

Inspectorate Division Social Security of Vietnam (VSS) selama 2 hari pada

15 – 16 Ogos 2017 untuk mendapatkan penerangan berkaitan dengan aktiviti-

aktiviti penguatkuasaan serta pemakaian sistem-sistem ICT dalam aktiviti

penguatkuasaan. Delegasi VSS tersebut telah diberikan taklimat berkenaan

dengan penggunaan cadangan aplikasi NDC dalam menyemak pendaftaran

majikan dan pekerja, dan kaedah yang digunakan dalam mengesan majikan

yang tidak berdaftar.

Page 24: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

21

LAMPIRAN 1 -

Maklumbalas Kajiselidik dan semakan pendaftaran pekerja di Bandar Klang pada

1 Ogos 2017

Page 25: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

22

LAMPIRAN 2 –

Penggunaan aplikasi I.D..E.A.L melalui Global Positioning System (GPS)

Page 26: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

23

LAMPIRAN 3 –

Sesi Perkongsian Maklumat Berkaitan Aktiviti Penguatkuasaan di antara

PERKESO Bersama Cawangan Kawal Selia Penguatkuasaan, Kementerian

Sumber Manusia

Page 27: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

24

LAMPIRAN 4 –

Sesi Perkongsian Maklumat Berkaitan Aktiviti Penguatkuasaan di antara

PERKESO Bersama JTK, Kementerian Sumber Manusia

Page 28: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

25

LAMPIRAN 5 –

Elemen yang digunapakai dalam Sistem I.D.E.A.L

Page 29: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

26

LAMPIRAN 6 –

Isu dan Penemuan dari Kaji Impak Ops Kesan 2013-2014

Page 30: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

27

Isu dan Penemuan dari Kaji Impak Ops Kesan 2013-2014

Page 31: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

28

LAMPIRAN 7 –

Page 32: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

29

Page 33: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

30

LAMPIRAN 8 –

Statistik Ops Kesan Tahun 2017

Page 34: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2529-ideal.pdf · sebelum ianya dipusatkan di dalam ‘pool’ data majikan yang gagal mencarum

31

LAMPIRAN 9 –

Emel dari Pegawai Perkeso Klang berkaitan hasil penggunaan sistem