pastikan negeri kekal berdaya saing mb bentang pelan pulih ... · peneroka teruja dapat rumah...

23
PERCUMA EDISI 2 - 8 Julai 2020, 10 - 16 Zulkaedah 1441 Rakyat diseru peka, waspada ancaman denggi Sekolah bermula 15 dan 22 Julai Peneroka teruja dapat rumah selesa, harga rendah MUKA 2 MUKA 9 MUKA 17 MUKA 3 Pastikan negeri kekal berdaya saing MB bentang pelan pulih ekonomi SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sul- tan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan semua masjid dan surau di negeri ini dibu- ka semula mulai 3 Julai untuk solat Jumaat. Sultan Selangor bertitah rumah ibadat itu juga dibenarkan untuk mendirikan so- lat fardu lima waktu berjemaah dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP). Solat Jumaat dan fardu berjemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di Shah Alam serta Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya 2, Sepang di- hadkan 1,000 orang. Kehadiran jemaah semua masjid lain pula ditetapkan maksimum 500 orang ter- takluk kepada kapasiti premis berkenaan. Bagi surau yang ada kebenaran me- ngadakan solat Jumaat, bilangan maksi- mum adalah 40 orang. Syarat sama terpakai untuk solat fardu berjemaah bagi surau lain. Jumlah tersebut tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid atau surau. Sultan Sharafuddin juga mengingat- kan jemaah agar mematuhi SOP termasuk mengambil wuduk di rumah, memba- wa sejadah, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial. “Bagi mereka yang tidak sihat adalah dilarang sama sekali untuk melaksanakan solat di masjid dan surau,” titah baginda me- nerusi kenyataan Setiausaha Sulitnya Dato' Mohamad Munir Bani pada 1 Julai lalu. Untuk sambutan Aidiladha pada 31 Julai ini, baginda bertitah sembelihan korban hanya dilakukan di masjid. Kebun surau jana RM20,000 Sultan titah semua masjid, surau dibuka semula Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memberi penerangan mengenai pembinaan Pangsapuri Selangorku Seri Temenggung ketika majlis penyerahan surat tawaran pangsapuri itu di Batu Caves pada 27 Jun lalu. Penerima merupakan peneroka asal Kampung Seri Temenggong. Foto Radin Wazir OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN GOMBAK - Pelan pemulihan ekonomi jang- ka sederhana akan dibentang pada 13 Julai, hari pertama persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelan itu dirangka untuk tempoh enam bulan ter- akhir tahun ini bagi memastikan Selangor kekal berdaya saing dan mampan susulan kesan Covid-19. “Saya akan maklumkan kepada DNS (mengenai) perancangan Kerajaan Negeri sehingga akhir tahun supaya kita dapat pu- lihkan ekonomi. “Selain itu, kita juga akan membentang- kan pencapaian pentadbiran Kerajaan Se- langor,” katanya selepas menghadiri pro- gram Ziarah Kasih Dewan Undangan Ne- geri Sungai Tua pada 27 Jun lalu. Sidang itu dijadual diadakan sehingga 24 Julai dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat. Semua yang terlibat diwajib- kan menjalani saringan Covid-19. Pelan tersebut dijangka memberi tum- puan kepada isu perumahan, pendidikan dan pekerjaan. Siaran langsung DNS boleh diikuti melalui YouTube TVSelangor. Sebelum ini, Selangor menyediakan dua fasa pakej rangsangan ekonomi Se- langor Prihatin, masing-masing berjum- lah RM127.78 juta dan RM272.5 juta, bagi membela segenap lapisan rakyat. Melalui pakej itu, penjaja dan peniaga kecil berlesen antara penerima bantuan sekali bayar RM500, petugas barisan hada- pan (RM200), pesakit Covid-19 (RM1,000) dan mahasiswa (RM200). Ahli Dewan Negeri diberi kelongga- ran untuk menggunakan peruntukan RM30,000 bagi membantu orang ramai yang kesempitan sepanjang Perintah Ka- walan Pergerakan. Pakej itu juga memberi pengecualian dan penangguhan bayaran tertentu ter- masuk Projek Perumahan Rakyat, Skim Smart Sewa dan sewa premis pihak ber- kuasa tempatan. Selangor turut menganjurkan e-Bazar Raya dan Ramadan bagi membolehkan usahawan beroperasi. Pasar Agro Sela- ngor turut diadakan bagi membantu petani memasarkan produk mereka. MUKA 12 MUKA 12 & & 13 13

Upload: others

Post on 24-Oct-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PERCUMA EDISI 2 - 8 Julai 2020, 10 - 16 Zulkaedah 1441

    Rakyat diseru peka,waspada ancaman denggi

    Sekolah bermula 15 dan 22 Julai

    Peneroka teruja dapat rumah selesa, harga rendah

    MUKA 2 MUKA 9 MUKA 17MUKA 3

    Pastikan negeri kekal berdaya saing

    MB bentang pelan pulih ekonomi

    SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sul-tan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan semua masjid dan surau di negeri ini dibu-ka semula mulai 3 Julai untuk solat Jumaat.

    Sultan Selangor bertitah rumah ibadat itu juga dibenarkan untuk mendirikan so-lat fardu lima waktu berjemaah dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

    Solat Jumaat dan fardu berjemaah di

    Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di Shah Alam serta Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya 2, Sepang di-hadkan 1,000 orang.

    Kehadiran jemaah semua masjid lain pula ditetapkan maksimum 500 orang ter-takluk kepada kapasiti premis berkenaan.

    Bagi surau yang ada kebenaran me-

    ngadakan solat Jumaat, bilangan maksi-mum adalah 40 orang. Syarat sama terpakai untuk solat fardu berjemaah bagi surau lain. Jumlah tersebut tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid atau surau.

    Sultan Sharafuddin juga mengingat-kan jemaah agar mematuhi SOP termasuk mengambil wuduk di rumah, memba-wa sejadah, memakai pelitup muka dan

    mengamalkan penjarakan sosial.“Bagi mereka yang tidak sihat adalah

    dilarang sama sekali untuk melaksanakan solat di masjid dan surau,” titah baginda me-nerusi kenyataan Setiausaha Sulitnya Dato' Mohamad Munir Bani pada 1 Julai lalu.

    Untuk sambutan Aidiladha pada 31 Julai ini, baginda bertitah sembelihan korban hanya dilakukan di masjid.

    Kebun surau jana RM20,000

    Sultan titah semua masjid, surau dibuka semula

    Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memberi penerangan mengenai pembinaan Pangsapuri Selangorku Seri Temenggung ketika majlis penyerahan surat tawaran pangsapuri itu di Batu Caves pada 27 Jun lalu. Penerimamerupakan peneroka asal Kampung Seri Temenggong. Foto Radin Wazir

    OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

    GOMBAK - Pelan pemulihan ekonomi jang-ka sederhana akan dibentang pada 13 Julai, hari pertama persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), kata Dato’ Menteri Besar.

    Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelan itu dirangka untuk tempoh enam bulan ter-akhir tahun ini bagi memastikan Selangor kekal berdaya saing dan mampan susulan kesan Covid-19.

    “Saya akan maklumkan kepada DNS (mengenai) perancangan Kerajaan Negeri sehingga akhir tahun supaya kita dapat pu-lihkan ekonomi.

    “Selain itu, kita juga akan membentang- kan pencapaian pentadbiran Kerajaan Se-langor,” katanya selepas menghadiri pro-gram Ziarah Kasih Dewan Undangan Ne-geri Sungai Tua pada 27 Jun lalu.

    Sidang itu dijadual diadakan sehingga 24 Julai dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat. Semua yang terlibat diwajib-kan menjalani saringan Covid-19.

    Pelan tersebut dijangka memberi tum-puan kepada isu perumahan, pendidikan dan pekerjaan. Siaran langsung DNS boleh diikuti melalui YouTube TVSelangor.

    Sebelum ini, Selangor menyediakan dua fasa pakej rangsangan ekonomi Se-langor Prihatin, masing-masing berjum-lah RM127.78 juta dan RM272.5 juta, bagi

    membela segenap lapisan rakyat.Melalui pakej itu, penjaja dan peniaga

    kecil berlesen antara penerima bantuan sekali bayar RM500, petugas barisan hada-pan (RM200), pesakit Covid-19 (RM1,000) dan mahasiswa (RM200).

    Ahli Dewan Negeri diberi kelongga-

    ran untuk menggunakan peruntukan RM30,000 bagi membantu orang ramai yang kesempitan sepanjang Perintah Ka-walan Pergerakan.

    Pakej itu juga memberi pengecualian dan penangguhan bayaran tertentu ter-masuk Projek Perumahan Rakyat, Skim

    Smart Sewa dan sewa premis pihak ber- kuasa tempatan.

    Selangor turut menganjurkan e-Bazar Raya dan Ramadan bagi membolehkan usahawan beroperasi. Pasar Agro Sela- ngor turut diadakan bagi membantu petani memasarkan produk mereka.

    MUKA 12 MUKA 12 && 13 13

  • 2Utama

    SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    KEADILAN kukuh di AmpangSHAH ALAM – Dato’ Seri Amirudin Shari ya-kin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kekal kukuh di Ampang meskipun sebahagian pemimpin meninggalkan parti itu.

    Pengerusi KEADILAN Selangor berkata beliau yakin majoriti ahli parti setia dengan prinsip perjuangan dan terus memperta- hankan agenda reformasi sebagai matlamat asas.

    "Saya yakin pemimpin masyarakat di sini (Ampang) terus memainkan peranan pen-ting melaksanakan amanah dan mandat diberikan rakyat,” katanya pada 21 Jun.

    SHAH ALAM – Industri aeroangkasa di Selangor mampu mewujudkan 40,000 peluang kerja dalam tempoh 10 tahun, kata Dato’ Menteri Besar.

    Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sasaran tersebut bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, namun tidak mustahil dicapai.

    “Kalau daripada pengalaman lalu baik selepas perang dunia atau kemelese-tan ekonomi besar, aeroangkasa akan

    meningkat dua kali ganda berbanding sebelum krisis.

    “Jika sebelum ini kita anggarkan 20,000 ke 30,000 peluang kerja, kalau ber-jaya pulihkan sektor ini dengan betul si-lap-silap angka berganda kepada 40,000,” katanya pada 26 Jun.

    Sementara itu, Amirudin berkata program pendidikan teknikal dan vo-kasional (TVET) terus diperhebat bagi menarik minat belia sekali gus melahir-

    kan tenaga mahir.Di Selangor, katanya, pemerkasaan

    TVET melalui Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (Ikti-sass) membabitkan peruntukan RM25 juta.

    “Tahun lalu, seramai 46 pelatih Iktis-ass berjaya menamatkan pengajian da-lam aeroangkasa hasil perkongsian pin-tar dengan GE Engine Services Malaysia Sdn Bhd selain kerjasama Universiti Kuala Lumpur dan politeknik,” katanya.

    Boleh wujud 40,000 peluang kerja

    OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

    SHAH ALAM – Pelan pemulihan ekonomi akan dibentang dalam tempoh terdekat bagi merancakkan industri aeroangkasa, kata Dato’ Menteri Besar.

    Dato’ Seri Amirudin Shari berkata rang-sangan ekonomi dilakukan bagi menja-dikan Selangor sebagai pemain utama peringkat global dalam tempoh 10 tahun.

    “Penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beri kesan besar kepada industri aeroangka-sa sama ada bidang perkhidmatan atau pembuatan.

    “Walaupun kebanyakan sektor mula beroperasi, namun proses pemulihan industri aeroangkasa masih perlahan contohnya kapal terbang tidak dapat bergerak dan jumlah penumpang juga menurun,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Invest Se-langor Berhad dan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA) pada 26 Jun.

    Invest Selangor diwakili Ketua Pega-wai Eksekutif Dato’ Hasan Azhari Idris

    Pelan pemulihan ekonomi

    Rancakkan industri aeroangkasa

    manakala MAIA diwakili presidennya Na-guib Mohd Nor.

    Amirudin berkata Kerajaan Negeri se-dia mendapatkan pandangan pemain utama dari semasa ke semasa bagi me- rancakkan sektor berkenaan.

    Selangor mahu menjadi pemain uta-ma industri aeroangkasa global pada 2030 menerusi Pelan Tindakan Aeroang-kasa yang dikendali Pejabat Koordinasi Industri Angkasa Selangor Darul Ehsan (S-DAICO).

    SHAH ALAM – Permohonan Selangor Ad-vance mula dibuka pada 1 Julai bagi mem-bantu usahawan industri kecil dan sederha-na (IKS) yang terkesan akibat Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

    “Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100 juta bertujuan mempercepat aliran tunai untuk memulihkan ekonomi golongan berkaitan susulan Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP).

    “Permohonan boleh dibuat meneru-si www.selangoradvance.com.my dengan melengkapkan butiran seperti nama, e-mel, nama syarikat dan jawatan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di laman sesawang amiru-dinshari.com pada 30 Jun.

    Beliau berkata tempoh bayaran dibuat dua hari dengan syarat pemohon perlu mengemukakan dokumen lengkap.

    Katanya, pada peringkat awal Selangor Advance diperkenalkan bagi kerja perolehan, kontrak dan kerja ditender di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri khususnya Pemer-badanan Menteri Besar (MBI Selangor) sebe-lum dikembangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seluruh aktiviti ekonomi di Selangor.

    Selangor Advance dibuka 1 Julai

    SHAH ALAM – Dato’ Seri Amirudin Shari mengingatkan pemimpin di Selangor menge-lak sengketa dan amalan mengadu domba sebaliknya menjunjung mandat rakyat.

    Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor berkata pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) di ne-geri ini teguh kerana terus memegang prinsip perjuangan dan agenda reformasi.

    “Usah bazirkan masa kita dengan sengke-ta dan adu domba, perkara utama adalah menjunjung amanah dan mandat yang telah diberikan rakyat,” katanya.

    Melalui video di Facebook sempena Je-lajah Silaturahim Parlimen Ampang pada 21 Jun lalu, Dato’ Menteri Besar berharap penduduk di situ terus mengekalkan ke- sejahteraan.

    Junjung mandat, elak sengketa

    SHAH ALAM – Dato’ Menteri Besar menyeru rakyat lebih peka terhadap wabak denggi, di sebalik kebimbangan penularan pandemik Covid-19.

    Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia masih menjadi ancaman dengan purata peningkatan lapan peratus kes pada se-tiap minggu.

    “Habitat Aedes harus dihapuskan. Pas-tikan kebersihan dan tiada air terkumpul di kawasan cetek supaya kes denggi tidak berlaku di kawasan anda,” katanya pada 29 Jun.

    Amirudin berkata sejumlah RM5 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Se-langor 2020 bagi memerangi denggi

    merangkumi aktiviti pencegahan dan kawalan.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Ke- sihatan Negeri Selangor Dato’ Dr Sha’ari Ngadiman berkata sebanyak 30,130 kes direkodkan sehingga minggu epidemik 26 yang berakhir 27 Jun lalu.

    “Petaling muncul daerah tertinggi kes demam denggi dengan 10,655 kes diikuti Klang (5,722), Hulu Langat (5,369), Gom-bak (4,366) dan Sepang (1,674) manakala 29 kematian dilaporkan iaitu penurunan satu kes berbanding minggu sama tahun lalu,” katanya.

    Beliau berkata 337 lokasi dikenal pas-ti aktif wabak denggi membabitkan 55

    MB seru rakyat peka, waspada ancaman denggiHabitat Aedes harus dihapuskan. Pastikan kebersihan dan tiada air terkumpul di kawasan cetek supaya kes denggi tidak berlaku di kawasan andaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

    kawasan titik panas, tidak terkawal (29), terkawal (238) dan baharu (15).

    Amirudin bersama EXCO Pelaburan, Dato' Teng Chang Khim menyaksikan majlis menandatangani MoU di antara Invest Selangor dan MAIA pada 26 Jun

  • Utama3SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    InformasiTerkinidi jari anda

    BATU CAVES – Kerajaan Selangor memantau semua projek perumahan terbengkalai.

    Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebahagian projek tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    “Kita juga akan melihat sama ada terdapat kesan tambahan kepada jumlah projek peru-mahan terbengkalai selepas PKP.

    “Ini kerana selepas PKP mungkin ada be-berapa projek yang tidak boleh bertahan disebabkan pemaju berdepan tekanan kuat.

    “Namun, kita berharap Lembaga Peruma-han Hartanah Selangor dan EXCO berkaitan meneliti hal ini,” katanya pada 27 Jun.

    Projek terbengkalai dipantau

    SHAH ALAM – Kerajaan Selangor beker-jasama dengan Suruhanjaya Syarikat Ma-laysia (SSM) bagi mengemas kini senarai ahli lembaga pengarah pemaju peruma-han bermasalah.

    EXCO perumahan berkata ia bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab menubuhkan syarikat baharu serta men-jalankan projek pembangunan di Selan-gor.

    “Maklumat pemaju dan ahli lembaga pengarah projek terbengkalai akan dipa-parkan di laman web Lembaga Peruma-han dan Hartanah Selangor (LPHS) serta diedar kepada pihak berkuasa tempatan.

    “Kerajaan Negeri tidak berkompromi dengan sikap lepas tangan pihak pema-ju. Mereka disenarai hitam kerana memi-liki rekod buruk gagal menyiapkan projek perumahan,” kata Haniza Talha pada 27 Jun lalu.

    Beliau berkata pemaju perlu mendaftar Sistem Pendaftaran Pemaju (Spem) dalam tempoh 30 hari daripada tarikh kebenaran merancang bagi semakan status kelayakan.

    “Kebenaran merancang akan ditarik jika Spem mengesan ahli lembaga pengarah yang disenarai hitam. Cukup-cukuplah kita berkompromi dengan pihak tidak ber-tanggungjawab dan bagi pihak Kerajaan Selangor, kita lebih berhati-hati memberi kebenaran merancang," katanya.

    Pemaju rekod burukdisenarai hitam

    SHAH ALAM – Kes harian Covid-19 di negeri ini mencatat satu angka selama 10 hari ber-turut-turut sejak 21 Jun, kata Pasukan Petu-gas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

    STFC berkata amalan norma baharu ter-bukti berkesan melandaikan keluk dengan kes baharu berdigit tunggal dicatatkan lebih seminggu.

    “Dengan kadar yang begitu rendah, po-tensi sifar kes baharu adalah tinggi,” katanya pada 30 Jun.

    Lebih seminggu catat satu angka kes

    OLEH ZAREEF MUZAMMIL

    BATU CAVES – Seramai 29 peneroka asal Kampung Seri Temenggong di sini bakal memiliki pangsapuri melalui projek Ru-mah Selangorku selewat-lewatnya awal tahun hadapan, kata Dato’ Menteri Besar.

    Dato’ Seri Amirudin Shari berka-ta projek Perbadanan Kemajuan Ne-geri Selangor (PKNS) dan Melati Ehsan Holdings Berhad, selaku kontraktor, kini mencapai tahap kemajuan 90 peratus sejak dimulakan pada Mei 2018.

    “Cita-cita kita sejak 2008 untuk pas-

    tikan tanah kerajaan boleh dijelaskan, tetapi ada sedikit masalah sebab sudah jadi (tanah) hak milik maka kita ubah format dengan bina rumah.

    “Selepas ini, mereka boleh tinggal dalam suasana berbeza dengan pemi-likan tanah yang sah selain dilengkapi kemudahan dan paling penting tiada perseteruan dengan mana-mana pihak sebagaimana tahun-tahun sebelum- nya,” katanya pada 27 Jun lalu.

    Beliau berkata harga bagi unit pang-sapuri antara RM60,000 ke RM65,000, enam kali ganda lebih murah ber-

    banding nilai asal yang mencecah RM200,000.

    "Selain itu keluasan juga ditambah kepada 900 kaki per segi dengan kemu-dahan dua tempat letak kereta setiap rumah.

    “Ini antara ciri-ciri kita mahu bagi me-mastikan tiada sesiapa tertinggal sebalikn-ya mendapat hak milik seadilnya dan tidak menganiaya premium tanah yang sudah dibayar pembeli,” katanya sambil mengin-gatkan bakal pemilik tidak menjual rumah berkenaan kerana ia aset berharga pada masa depan.

    29 peneroka dapat unit Rumah Selangorku

    Kediaman selesa, harga lebih rendah

    Amirudin meninjau kerja pembinaan pangsapuri Selangorku Seri Temenggung, Batu Caves pada 27 Jun

    BATU CAVES – Peneroka asal Kampung Seri Temenggong teruja ditawarkan kediaman selesa dengan harga rendah menerusi projek Rumah Selangorku.

    Menyifatkan ia sangat berbaloi, mereka berterima kasih kepada Kerajaan Selangor pimpinan Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari atas inisiatif berkenaan sekali gus mengembalikan hak mereka.

    Penduduk hargai usaha Kerajaan Negeri

    “Jika diikutkan, tiga tahun lalu kami (peneroka) diberi tawaran buat rumah berharga antara RM160,000 hingga RM200,000 namun diarah bayar hanya RM65,000.

    “Saya berbesar hati terutama ke-pada Kerajaan Selangor dan pema-ju yang mengambil berat perkara ini. Anak-anak pasti gembira dapat

    khabar boleh pindah ke rumah baharu awal tahun hadapan."

    Abdul Ayup, 74

    “Saya terharu kerana harga ditawarkan sangat mampu milik. Ruang rumah yang luas memberi keselesaan kepada saya lima sekeluarga.

    “Saya gembira dan ber-terima kasih kepada Kera-jaan Negeri kerana mem-bantu kami (peneroka) mendapatkan hak yang sepatutnya."

    Nik Norizan Ibrahim, 58

  • 4Utama

    SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG

    GRAFIK & REKA LETAK Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila MustaphaAzwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha

    Aliff Fikri [email protected]

    SHAH ALAM – Bantuan RM400 kepada pe-niaga kecil melalui program Blueprint Pem-basmian Kemiskinan Selangor melegakan golongan itu yang terjejas pendapatan su-sulan Covid-19.

    Penolong Pegawai Daerah (Pembangu-nan) Hulu Selangor Azizan Mat Hashim ber-kata seramai 201 peniaga, kebanyakannya penjual makanan di kawasan berkenaan menerima manfaat.

    “Ramai yang terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), justeru bantuan ini menenangkan mereka. Sebenarnya ramai yang layak tetapi kita pilih yang terjejas te-ruk,” katanya pada 29 Jun.

    Sementara itu, Penghulu Mukim Sungai Buloh 1 Yusri Abdullah berkata seramai 45 peniaga kecil di kawasannya menerima man-faat itu selepas putus pendapatan ketika PKP dan kini berniaga di rumah.

    “Bagus apabila ada bantuan ini. Kita juga melawat rumah mereka untuk lihat perkem-bangan perniagaan,” katanya.

    Peniaga kecil lega dapat bantuan

    OLEH AFIX REDZUAN

    SHAH ALAM – Kerajaan Negeri mem-peruntukkan hampir RM430,000 kepada 1,072 penerima Bantuan Blueprint Pem-basmian Kemiskinan yang terjejas akibat Covid-19.

    EXCO pembangunan sosio ekonomi dan kerajaan prihatin berkata bantuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Se-langor Prihatin 2.0 membolehkan pene-rima mendapat RM400 seorang yang di-

    serahkan kepada wakil di setiap Pejabat Daerah dan Tanah.

    “Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, ban-tuan RM400 sedikit sebanyak dapat dija- dikan modal memulakan kembali perni-agaan.

    “Namun, Kerajaan Negeri sentiasa me-nekankan agar penerima mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kes-ihatan, Majlis Keselamatan Negara ma- hupun pihak berkuasa tempatan,” kata V

    Ganabatirau pada 29 Jun.Terdahulu, beliau menyempurnakan

    majlis penyerahan cek cura di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

    Ganabatirau berkata majoriti peneri-ma menjalankan perniagaan kecil-keci-lan berasaskan makanan dengan pecah-an kaum 954 Melayu, India (78) dan Cina (40).

    Beliau menjelaskan RM400.28 juta diperuntukkan dalam pakej Selangor Pri-hatin bagi membantu rakyat.

    Blueprint Pembasmian Kemiskinan

    RM430,000 bantu 1,072 penerima

    Daerah Peruntukan

    Hulu Selangor RM80,400

    Sabak Bernam RM68,000

    Sepang RM67,600

    Kuala Langat RM57,200

    Klang RM44,400

    Kuala Selangor RM41,200

    Hulu Langat RM30,400

    Gombak RM22,800

    Petaling RM18,000Ganabatirau bersama penerima pada majlis penyerahan program Bantuan Kewan-gan Khas kepada penerima Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan pada 29 Jun

    SHAH ALAM – Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah) me- nawarkan program latihan kepa-da usahawan baharu untuk me-mantapkan strategi perniagaan bagi menarik pelanggan.

    Pengurusnya Mohammad Syukri Ismail berkata ia dilak-sanakan menerusi Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) yang dibangunkan oleh Selangor Industrial Corporation (SIC).

    “Latihan kami berikan kepa-da peserta sebelum ini berjaya mengubah beberapa usahawan baharu menjadi usahawan ke-las menengah selepas produk mereka semakin dikenali apabila tampil dengan pembungkusan lebih menarik.

    “Kita jemput para usahawan meletakkan produk secara percu-ma di Kedai Serbaneka Kohijrah

    dan uruskan strategi pemasaran,” katanya pada 25 Jun.

    Menurut beliau, pemasaran produk di Kedai Serbaneka Kohij- rah tidak tertumpu kepada usa-hawan Selangor, malah terbuka kepada peniaga seluruh Malaysia.

    Kerajaan Negeri memperke-nalkan Seldec untuk usahawan

    memasarkan produk ke seluruh Selangor menerusi pembelian da-lam talian yang disokong Seldec Rider.

    Seldec menyasarkan 7,800 pe-luang pekerjaan dalam tempoh lima tahun selain pembukaan lebih banyak hab pengumpulan produk untuk dipasarkan.

    Kohijrah tawar program latihan

    Agihan peruntukan mengikut daerah

  • Utama5SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    InformasiTerkinidi jari anda

    SEPANG – Operasi Pasar Agro Selangor pan-du lalu diteruskan kerana memberi manfaat kepada peniaga dan pembeli, kata EXCO in-dustri asas tani.

    Ir Izham Hashim berkata pasar itu juga ditambah baik selaras tatacara operasi pia-waian (SOP) bagi memudahkan semua pi-hak.

    “Kita akan teruskan. Sejak dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan, nilai jualan mencecah hampir RM15 juta.

    “Pembeli turut memuji kerana jualan lebih segar dan murah berbanding harga kawalan malah proses pembelian mudah tanpa me-merlukan mereka keluar kereta,” katanya pada 22 Jun.

    Izham berkata ia juga membantu petani mengatasi masalah lambakan hasil dan pi-haknya memperuntukkan RM250,000 bagi membeli produk pertanian berkenaan.

    Pasar Agro pandu lalu diteruskan

    SHAH ALAM – Kaedah akuaponik dan hidro-ponik diperluaskan kepada pekebun komu-niti di bandar bagi meningkatkan pengelu-aran hasil tani.

    EXCO pertanian berkata kaedah penana-man moden kawasan kecil di bandar perlu dimanfaatkan sepenuhnya supaya memberi pulangan tinggi kepada pekebun.

    “Tanaman akuaponik memerlukan ka-wasan kecil malah satu per empat ekar sudah mencukupi dengan binaan penghadang hu-jan selain menghasilkan sayur-sayuran dan ikan bernilai tinggi serta bermutu.

    “Begitu juga hidroponik yang boleh di-buat di luar atau dalam rumah penghadang hujan. Keadaan tanah dan cuaca tidak men-jadi masalah kerana menggunakan media cecair serta baja mesra alam,” kata Ir Izham Hashim pada 24 Jun.

    Akuaponik tingkat hasil pekebun bandar

    SHAH ALAM – Kerajaan Negeri menyasar- kan 35 peratus daripada keluasan tanah di Selangor sebagai hutan simpan kekal da-lam tempoh lima tahun.

    EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata ia sasaran jangka panjang manakala jang-ka pendek tidak kurang 30 peratus daripa-da keluasan tanah negeri.

    “Ia menyaksikan peningkatan men-jelang 2025 meliputi kawasan kira-kira 250,207 hektar termasuk hutan darat asli, hutan paya gambut dan hutan paya laut.

    “Manakala, bagi setiap pengambilan ka-wasan hutan simpanan kekal untuk pem-bangunan, pembinaan talian penghantar elektrik, lebuh raya dan saluran paip ia per-lu digantikan dengan sama saiz atau lebih kawasan hutan gantian,” katanya pada 24 Jun.

    Sasar 35 peratus hutan simpan kekal

    OLEH ZAREEF MUZAMMIL

    SHAH ALAM – Selangor berpoten-si memperluaskan tanaman durian kerana mempunyai akses logistik dan pelancongan tani, kata penolong pen-garah kanan Lembaga Pemasaran Per-tanian Persekutuan (Fama) Selangor.

    Mohd Firdaus Ab Aziz berkata du-rian boleh menjadi penyumbang pendapatan negara menggantikan ta-naman lain yang kurang menghasilkan pulangan.

    “Durian klon komersial seperti D197 atau Musang King dikategorikan se-bagai sumber kekayaan baharu nega-ra selain kelapa, nanas, jagung bijirin dan tenusu.

    “Ia boleh ditanam atau diusahakan di mana-mana sahaja selain pengusa-ha perlu memastikan bekalan air men-cukupi, pembajaan dan pengurusan ladang yang sesuai,” katanya pada 26 Jun.

    Beliau berkata Malaysia turut men-jadi pengeksport durian Musang King kepada hampir 20 negara termasuk Singapura, China, Korea dan Amerika Syarikat.

    Jadi sumber kekayaan baharu

    Selangor berpotensi perluas hasil durian

    Peniaga menunjukkan durian Musang King yang dijual di gerai berhadapan Giant Seksyen 7, Shah Alam pada 22 Jun

    SHAH ALAM – Selangor mengenal pasti lebih 12 jenis tanaman sokongan berpo-tensi dipasarkan secara meluas.

    EXCO pertanian Ir Izham Hashim berkata ia termasuk durian belan-da, nanas MD2, halia, cendawan,

    pisang Cavendish, roselle (asam paya) dan kelapa pandan.

    “Di Selangor Fruits Valley (SFV) kita usa-

    hakan hampir 400 ekar durian bermu-tu tinggi manakala

    durian Belanda di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan Selangor kelolaan Jabatan Pertanian Selangor,” katanya pada 24 Jun.

    SFV di Rawang adalah ladang buah-buahan tropika berkeluasan 646 hektar yang memiliki tanaman seperti belimbing, jambu batu, rambutan, pula-san dan betik.

    Ia diwujudkan bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri memodenkan sektor pertanian supaya lebih berdaya maju dan bersifat komersial.

    SHAH ALAM – Lima ketua kampung wanita di negeri ini mempamerkan prestasi cemerlang walaupun berdepan cabaran termasuk kawalan emosi.

    EXCO pembangunan luar bandar berkata kejayaan diukur melalui pe-nilaian bintang dan kerjasama de-ngan ahli jawatankuasa di kawasan ma- sing-masing.

    “Cabaran wanita sebagai pemimpin di kampung berbeza dengan bidang korporat, justeru elemen ini (kawalan emosi) perlu diberi perhatian kerana ia menentukan kelancaran urus tadbir.

    “Setakat ini, semua ketua kampung baik lelaki mahupun wanita menjalan- kan tugas dengan baik,” kata Rodziah Ismail pada 28 Jun.

    Seramai 371 ketua kampung didaf- tarkan di seluruh negeri bagi sesi 2018/2020 yang berkhidmat mulai 1 Oktober 2018 hingga 31 Disember 2020.

    Selangor muncul negeri pertama melantik ketua kampung wanita se-laras hasrat memberdaya golongan itu sebagai pembuat keputusan.

    Ketua kampung wanita tunjuk prestasi baik

    Lebih 12 tanaman sokongan miliki potensi pasaran

  • 6Utama

    SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    BATU CAVES – Kerajaan Negeri menum-pukan strategi memulihkan semula pe-lancongan domestik yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

    Dato’ Menteri Besar berkata jumlah pe-lancong masih rendah meskipun sektor tersebut dibuka berperingkat mulai 4 Mei lalu.

    “Pengunjung masih tidak selesa dan mungkin mengambil masa antara enam hingga setahun untuk pulih, justeru kita tumpu (pelancongan) domestik supaya pasaran ini betul-betul digerakkan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada 27 Jun.

    Beliau berkata usul mengenainya diben-tangkan Tourism Selangor dalam Mesyua-rat Tindakan Ekonomi Selangor baru-baru ini.

    Rangka strategi, tumpu domestik

    SHAH ALAM – Lokasi pelancongan Sky Mir-ror di Kuala Selangor beroperasi kembali selepas hampir tiga bulan ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

    Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Ju-wairiya Zulkifli berkata orang ramai digalak-kan berkunjung ke situ selari kempen Pusing Selangor Dulu! bagi merasai keindahan serta pengalaman unik ketika berada di negeri ini.

    “Ketika berada di Sky Mirror, pengunjung berpeluang melihat beting pasir di permu-kaan laut untuk selama beberapa jam akibat fenomena air surut.

    “Suasana berkenaan pasti membuat pe-ngunjung teruja tetapi jangan lupa untuk patuh tatacara operasi piawai (SOP) Kemen-terian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya pada 25 Jun.

    Sky Mirror Kuala Selangor dilawati ham-pir 200 pelancong setiap hari dari dalam dan luar negara termasuk Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong.

    Sky Mirror kini boleh dikunjungi

    SHAH ALAM – Keunikan produk pelancon-gan yang belum popular di negeri ini antara fokus Tourism Selangor bagi menarik sem-ula pengunjung selepas sektor itu kembali beroperasi bulan lalu.

    Pengurus Besarnya Azrul Shah Mohamad berkata ia termasuk Chong Kok Kopitiam di Klang, Wishing Tree di Sabak Bernam dan Kuil Wat Chetawan di Petaling Jaya.

    “Usaha promosi digerakkan secara ak-tif melalui laman sesawang Selangor.travel serta media sosial.

    "Selain itu, semua pusat pelancon-gan digalakkan membuat pembersihan menyeluruh supaya pelancong berasa se-lamat untuk mengunjungi premis mereka,” katanya pada 23 Jun.

    Tonjol lokasi unik belum popular

    OLEH NADIAH ZAMLUS

    SHAH ALAM – Tourism Selangor sedia meneliti program pelancongan baharu menggantikan aktiviti tahunan berska-la besar selari perkembangan semasa Covid-19.

    Pengurus besarnya mengakui acara ta-hunan berskala besar seperti Festival Bon Odori dan Selangor International Indige-nous Arts Festival (SIIAF) penting untuk menjana ekonomi negeri.

    Namun, Azrul Shah Mohamad berka-ta penganjurannya terpaksa dibatalkan bagi memenuhi garis panduan Kemen- terian Kesihatan Malaysia (KKM).

    “Bagaimanapun, Tourism Selangor se-dang menilai dan membuat perancangan rapi berkenaan beberapa acara pelan-congan baharu yang lebih relevan dilak-sanakan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

    “Sekiranya ada program pelancon-gan terbaharu, kita hebahkannya kepa-da masyarakat menerusi pelbagai me-dium yang mudah untuk mereka tahu,” katanya.

    Tahun lalu, Festival Bon Odori di Kom-pleks Sukan Negara (Panasonic) meneri-ma kehadiran lebih 40,000 pengunjung.

    Festival berskala besar yang diadakan sejak 2008 mendapat kerjasama penuh

    Ganti program skala besar

    Teroka tarikan baharu gamit pengunjung

    SHAH ALAM – Pembukaan semula pintu sempadan negara untuk perubatan mem-beri kelebihan buat Selangor kerana lebih 20 hospital ber-daftar dengan Majlis Pelan-congan Kesihatan Malaysia (MHTC) terletak di negeri ini.

    Pengurus Besar Tourism Se-langor Azrul Shah Mohamad berkata pengumuman itu membolehkan pihaknya fokus kepada sektor pelancongan perubatan bagi menjana ekonomi negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

    Pemulihan (PKPP).“Antara hospital berdaftar dengan

    MHTC ialah Hospital Pakar KPJ Damansara, Hospital Wanita Metro, Hospital Mata Tun Hussein Onn, Hospital Columbia Asia Puchong, Prof Muhaya Eye & Lasik Centre serta Avisena Specialist Hos-pital.

    “Justeru, sasaran baharu kedatangan pelancong se-

    ramai enam juta orang pada tahun ini boleh tercapai,” katanya.

    Pada Februari lalu, Azrul Shah berkata bagi tempoh Januari hingga September 2019, seramai 142,000 pelancong Indo-nesia direkodkan memasuki negeri ini untuk perubatan.

    Sementara jumlah pesakit mendapat-kan rawatan di Selangor meningkat dari-pada 135,000 pada 2015 kepada 240,000 orang pada 2018.

    Pada 16 Jun lalu, Menteri Kanan (Ke- selamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kemasukan warga asing ke nega-ra ini untuk perubatan dibenarkan tetapi perlu mendaftar dengan MHTC.

    Pelancongan perubatan 'lubuk' jana ekonomi

    SHAH ALAM – Orang ramai boleh mengikuti sidang mesyuarat kedua penggal ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-14 pada 13 hingga 24 Julai se-cara langsung menerusi YouTube TV Se-langor.

    Berita terkini berkaitan persidangan boleh diperolehi dengan melayari portal

    berita SelangorKini.Sidang yang berlangsung dua ming-

    gu dipantau ketat dengan mewajibkan semua individu terlibat menjalani sari- ngan Covid-19.

    Speaker DNS Ng Suee Lim berkata sa-ringan dengan kerjasama Jabatan Kesi-hatan Negeri Selangor (JKNS) dilakukan

    secara pandu lalu lima hari sebelum per-sidangan bagi keselamatan dan kesiha-tan setiap individu.

    DNS sempat bersidang selama dua hari mulai 16 Mac lalu sebelum ditang-guhkan susulan Perintah Kawalan Perge- rakan (PKP) yang diperkenalkan secara mengejut akibat penularan Covid-19.

    Saksikan sidang dewan secara langsung

    Kerajaan Negeri, Tourism Selangor, In-vest Selangor Sdn Bhd, Sekolah Jepun Kuala Lumpur dan Kedutaan Jepun.

    Sementara SIIAF yang mempamer-kan khazanah warisan kaum Orang Asal

    menarik lebih 10,000 pengunjung.Tahun lalu, acara tahun itu turut di-

    sertai Orang Asal dari Comoros Island, Afrika, Papua New Guinea, Korea Sela-tan, Taiwan, Indonesia dan Sri Lanka.

    Festival Bon Odori di Kompleks Sukan Negara (Panasonic), Shah Alam pada 20 Julai tahun lalu menarik kehadiran lebih 40,000 dan menjana ekonomi negeri

  • Nasional7SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    InformasiTerkinidi jari anda

    KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia diun-jurkan menguncup sebanyak 3.1 peratus ta-hun ini akibat kelembapan aktiviti ekonomi susulan pandemik Covid-19 dan dijangka kembali mencatat pertumbuhan pada 2021 pada 6.9 peratus berikutan penularan wa-bak semakin berkurangan, menurut Bank Dunia.

    “Unjuran dalam jangka masa terdekat, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pada masa ni.

    “Pandemik ini, disertai dunia pekerjaan yang berubah turut meningkatkan keper-luan sistem perlindungan sosial yang le-bih baik di Malaysia,” kata Bank Dunia da-lam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia bertajuk ‘Surviving the Storm'.

    Laporan itu turut menyarankan usaha kerajaan dalam masa terdekat untuk mem-beri tumpuan kepada usaha membantu dan pemulihan dengan meningkatkan bantuan sosial kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, menambah baik penyampaian program perlindungan sosial serta mempromosi pemulihan pekerjaan. – BERNAMA

    Ekonomi negara kuncup 3.1 peratus

    KUALA LUMPUR – Pasaran bon mata wang tempatan Malaysia berkembang 2.9 peratus suku ke suku pada suku pertama 2020 ke-pada RM1.5 trilion apabila kedua-dua bon kerajaan dan korporat meningkat di ten-gah-tengah penularan pandemik Covid-19, kata Bank Pembangunan Asia (ADB).

    ADB dalam keluaran terbaharu laporan Asia Bond Monitor yang dikeluarkan pada 25 Jun berkata jumlah sukuk tertunggak, atau bon Islam meningkat 3.1 peratus suku ke suku kepada RM966.7 bilion pada akhir Mac.

    “Bon kerajaan membentuk 52.6 pera-tus daripada keseluruhan bon mata wang tempatan Malaysia dengan nilai mencecah AS$186 bilion (AS$1=RM4.27).

    “Ini merupakan peningkatan 3.9 peratus daripada suku sebelumnya dan 4.9 peratus lebih besar berbanding tempoh yang sama pada 2019,” kata bank itu.

    ADB berkata bon korporat menyumbang 47.4 peratus daripada jumlah bon, bernilai AS$167.6 bilion pada Suku Pertama 2020. – BERNAMA

    Bon mata wang tempatan naikSERDANG – Pelan Strategik Pembangu-

    nan Industri Tuna 2020-2030 sedang dise-diakan bagi mengembangkan industri perikanan tuna sebagai salah satu sum-ber kekayaan baharu negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Perikanan.

    Datuk Munir Mohd Nawi berkata pelan itu mengandungi 10 strategi dan inisiatif

    pembangunan dan pengurusan industri tuna negara.

    “Sehingga 2019, sebanyak 17 vesel (kapal) penangkapan tuna dan sebuah vesel carrier dilesenkan yang beroperasi di Lautan Hindi dengan hasil tangkapan sebanyak 2,760.60 tan metrik dengan nilai anggaran RM35 juta,” katanya pada 24 Jun.

    Menurut Munir, industri tuna terbaha-gi kepada dua iaitu tuna oseanik dan tuna neritik.

    Pelabuhan Pulau Pinang dan Langkawi disenaraikan Jabatan Perikanan sebagai pelabuhan pendaratan tuna oleh kapal beroperasi di Lautan Hindi, katanya. -BER-NAMA

    Kembang industri tuna, sumber kekayaan baharu

    SHAH ALAM – Hampir 70 juta buku terkumpul di gudang selepas Pes-ta Buku Kuala Lumpur 2020 (PBKL 2020) ditangguhkan susulan penu-laran Covid-19, kata pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

    Khair Ngadiron berkata kesan pan-demik masih dirasai walaupun jualan buku mula beralih dalam talian.

    “Kita sedang melihat sama ada jualan secara dalam talian ini mem-berikan kesan langsung atau tidak, tetapi jualan fizikal masih perlu.

    “Pembelian secara organisasi seperti sekolah biasanya menggu-

    nakan surat tawaran dan agak sukar dijalankan melalui dalam talian,” ka-tanya pada 26 Jun.

    Beliau berkata, MBKM mengambil pendekatan baharu menganjurkan jualan buku terbesar menerusi la-man e-dagang Shopee bermula 26 Jun hingga 8 Julai bagi mengurang-kan kesan penangguhan PBKL 2020.

    Menurutnya, sebanyak 140 pe-niaga menyertai jualan itu dengan pelbagai tawaran potongan har-ga menggantikan pesta buku yang sepatutnya berlangsung 27 Mac hingga 5 April lalu.

    70 juta buku tersadai kini di Shopee

    SHAH ALAM – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan akan berlaku adil ter- hadap semua negeri walaupun berada di bawah pimpinan pembangkang sebagai usaha menjana semula ekonomi nega-ra susulan impak penularan pandemik Covid-19.

    Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tidak timbul perbezaan ideologi politik dalam isu pembangunan ekonomi kera-na ia tanggungjawab bersama terutama ketika pasca Covid-19.

    “Kita ketepikan politik, ini adalah ma-sanya kerajaan Persekutuan dan kera-jaan negeri perlu berganding bahu un-tuk menangani cabaran yang dihadapi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19.

    “Sangat penting bagi kita, kerajaan Persekutuan dan negeri untuk saling bekerjasama,” katanya selepas mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Se-langor (MTPNg) yang turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amiru-din Shari 29 Jun lalu.

    Mengenai mesyuarat tersebut, Mo-

    Jana pembangunan selepas Covid-19

    Adil kepada semua, tolak ideologi politik

    hamed Azmin yang juga Pengerusi MT-PNg Selangor berkata ia bersetuju supaya beberapa projek infrastruktur diluluskan sebelum ini disegerakan pelaksanaannya.

    Beliau berkata langkah berkenaan dilihat perlu dilakukan kerana projek in-frastruktur tersebut mempunyai kesan gandaan terhadap penjanaan ekonomi negeri dan juga negara.

    Selain itu, katanya, mesyuarat tersebut

    juga menumpukan kepada keperluan in-frastruktur bagi menyokong pertumbu-han ekonomi digital di Selangor.

    “Hari ini (29 Jun), Telekom Malaysia Berhad membentangkan kertas kerja mengenai usaha Kerajaan Selangor untuk meningkatkan infrastruktur jalinan fiber optik di negeri ini dan kita akan member-ikan sokongan terhadap langkah terse-but,” katanya. – BERNAMA

    Mohamed Azmin mempengerusikan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor (MTPNg) yang turut dihadiri Amirudin di Shah Alam, pada 29 Jun lalu

  • 8Nasional

    SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    SHAH ALAM – Kadar sembuh kes Covid-19 di Malaysia mencatatkan 96.4 peratus, an-tara tertinggi di Asean, kata ketua pengarah kesihatan.

    Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ka-dar kematian juga antara terendah di seluruh dunia iaitu 1.41 peratus dan tiada kes dilapor-kan dalam tempoh 12 hari sejak 15 Jun lalu.

    “Genap 17 hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan dilaksanakan, kes harian mencapai satu angka selama empat hari berturut-turut mulai 23 Jun lalu, malah penularan dalam kalangan rakyat tem-patan menurun.

    “Jumlah kes aktif dengan kebolehjangki-tan Covid-19 juga menurun setiap hari. Un-tuk pertama kali sejak PKP dikuatkuasakan, kes aktif kurang 200 pada hari ini,” katanya pada 26 Jun.

    Kadar sembuh antara tertinggi

    PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Ma-laysia (KKM) mengesan satu lagi komplikasi terhadap bekas pesakit Covid-19 iaitu keta- hanan tubuh tidak kekal.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya mendapati antibodi IgM (immunoglobulin M) and IgG (immunoglobulin G) berkura- ngan selepas tiga bulan.

    “Jadi mungkin ada kesan kepada imuniti individu tersebut. Jadi kalau individu terse-but mempunyai imuniti yang rendah, maka mudah mendapat jangkitan kuman lain bu-kan hanya Covid-19,” katanya pada 24 Jun.

    Dr Noor Hisham berkata rawatan susulan perlu dilakukan bagi memantau kesihatan bekas pesakit terutama dalam kategori 4 dan 5.

    KKM kini melaksanakan pemantauan ter-hadap pesakit yang pulih, bagi melihat ke-san sampingan jangka panjang. – BERNAMA

    Antibodi bekas pesakit menurun

    SHAH ALAM – Pematuhan masyarakat ter-hadap tatacara operasi piawai (SOP) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semakin menurun, kata ketua pengarah kesihatan.

    Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia susulan beberapa premis perniagaan dan syarikat beroperasi tidak mengikut tatacara sepatutnya.

    “SOP dan norma baharu sering ditekan-kan kerajaan sememangnya bertindak se-bagai sistem pertahanan negara terhadap penularan Covid-19.

    “Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru orang ramai tidak alpa dan men-gambil mudah dengan pematuhan ini,” ka-tanya pada 25 Jun.

    PKPP: Premis niagamudah alpa SOP

    SHAH ALAM – Politik tidak wajar jadi medan sepak terajang merebut kuasa, sebalik- nya memainkan peranan merangka dasar terbaik mengurus tadbir rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata pel-bagai kenyataan bahkan tohmahan berkaitan isu peralihan kuasa disuara-kan kebelakangan ini hingga menga- baikan tanggungjawab sebenar se-orang pemimpin.

    “Kita perlu balik kepada landasan ba-hawa politik ini bukan sepak te- rajang politikus untuk sekadar mencari helah atau taktik mere-but kuasa. Politik terkait dengan urus tadbir dan soal rakyat.

    “Apakah politik ini bermak-na kita perlu memperkaya-kan sanak saudara dan puak kita. Apakah (politik) ini tan-pa dasar yang nak menjaga kepentingan rakyat jelata?”

    katanya pada 26 Jun.Sebaliknya, presiden Parti Keadilan

    Rakyat (KEADILAN) berkata keutamaan

    harus diberi bagi mencari titik perda-maian apabila wujud pertikaian sete- rusnya mengumpul kekuatan memba- ngunkan negara.

    Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan menjelaskan pemimpin tidak harus menyimpan dendam kesumat teta-pi mendepani masalah rakyat dengan mencari hala tuju baharu yang memba-wa perubahan lebih baik.

    “Tentunya (perlu) penghayatan Islam, soal kedudukan orang Melayu, Bumipu- tera dan rakyat di negara kita. Bagi saya ini harus menjadi tekad kita dan landasan kita,” kata Anwar.

    Politik bukan ‘sepak terajang’ rebut kuasa

    SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menggesa parti gabungan Pa-katan Harapan (PAKATAN) berusaha mem-perkukuh kerjasama berikutan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mungkin diawalkan.

    Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata PAKA-TAN perlu bersiap sedia kerana PRU15 di-

    jangka lebih awal daripada 2023, tempoh mandat sepatutnya berakhir.

    “Majlis Pimpinan Pusat (KEADILAN) berpendirian bahawa kerjasama an-tara parti-parti Pakatan Harapan mesti diperkukuh,” katanya pada 28 Jun.

    Beliau juga mengingatkan parti gabungan supaya tidak terperangkap

    dengan usaha pihak tertentu mela-ga-lagakan mereka sebagaimana pen-galaman KEADILAN.

    Dalam kenyataan sama, beliau ber-kata parti juga berpendirian cadangan berkaitan calon perdana menteri tidak harus dijadikan mainan politik peribadi mana-mana tokoh.

    PAKATAN diseru perkukuh kerjasama hadapi PRU15

    OLEH AFIX REDZUAN

    SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibra-him mengulangi gesaan supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin jika Kerajaan Persekutuan benar-benar menjunjung tinggi institusi itu sebagai tiang seri demokrasi.

    Menurut beliau, Parlimen bukan sekadar tempat mewujudkan un-dang-undang baharu tetapi sebagai badan pengimbang kepada cabang ek-sekutif seperti dinyatakan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

    “Namun, lain halnya di Malaysia di mana kerajaan yang ada pada hari ini, yang tidak hanya tidak ada keabsah-an tetapi terus-terusan menginjak se-tiap aspek demokrasi, termasuk terus mengelak untuk mengadakan sidang Parlimen atau Dewan Rakyat.

    Landasan penting lulus peruntukan, elak kecurangan

    Anwar desak sidang Parlimen dipercepat

    “Gejala ini ternyata tidak berlaku di negara-negara maju yang lain, terma-suk jiran kita Singapura,” kata ketua pembangkang dalam kenyataan sem-pena Hari Parlimen Sedunia 2020 pada 30 Jun.

    Beliau berkata peranan Parlimen tatkala pandemik Covid-19 bagi melu-luskan peruntukan kecemasan me-mastikan kebertanggungjawaban dan meneliti setiap tindakan Kerajaan agar kebocoran atau kecurangan dielakkan.

    Namun, lain halnya di Malaysia di mana kerajaan yang ada pada hari ini, yang tidak hanya tidak ada keabsahan tetapi terus terusan menginjak setiap aspek demokrasi, termasuk terus mengelak untuk mengadakan sidang Parlimen atau Dewan RakyatANWAR IBRAHIMKetua Pembangkang

  • Nasional9SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    InformasiTerkinidi jari anda

    SHAH ALAM – Sebanyak 54 taman tema yang melibatkan lebih 10,000 tenaga ker-ja dibenarkan beroperasi mulai 1 Julai, kata menteri kanan (keselamatan).

    Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata had pengunjung berdasarkan kapasiti ru-ang serta saiz taman tema.

    “Pengusaha perlu patuh tatacara operasi piawai (SOP) termasuk penjarakan sosial se-tiap masa, memeriksa suhu badan pengun-jung serta menyediakan cecair pembasmi kuman.

    “Pengusaha juga perlu mengikut garis panduan pengurusan dan penyelengga-raan kolam renang awam pihak berkuasa tempatan serta garis panduan pemantau-an kualiti kolam air,” katanya pada 29 Julai.

    Ismail Sabri berkata pengunjung perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera. Garis panduan boleh dirujuk melalui la-man sesawang Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

    54 taman tema kembali dibuka

    KUALA LUMPUR – Lanjutan moratorium bersasar adalah terpulang kepada bank, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

    Bagaimanapun, beliau berpendapat ba-hawa bank perlu mengkaji bantuan disasar-kan tetapi menekankan ia tidak boleh dipak-sa berbuat demikian.

    “Terdapat banyak permintaan daripa-da mereka yang memerlukan lebih banyak masa untuk moratorium. Oleh itu, ini sebe-narnya terpulang kepada bank sama ada mereka boleh atau tidak tetapi pada pan-dangan peribadi saya, kita perlu menolong orang yang perlu ditolong,” katanya pada 28 Jun.

    Beliau berkata di bawah Pakej Rangsan-gan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), BNM mencadangkan moratorium automatik kepada semua pembayaran balik pinjaman oleh individu serta perusahaan kecil dan se-derhana selama enam bulan bermula 1 April hingga 30 September yang memberi man-faat kepada semua orang.

    “Pada masa akan datang, saya fikir yang terbaik ialah kita memberi tumpuan kepa-da kumpulan sasaran memerlukan,” katanya. – BERNAMA

    Lanjut moratorium terpulang bank

    KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,200 pemandu mabuk dan positif kandungan alkohol melebihi had ditahan meneru-si Op Mabuk sejak awal tahun hingga 15 Jun.

    Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azis-man Alias berkata jumlah itu direkodkan menerusi 507 operasi yang dijalankan di

    seluruh negara.“Daripada jum-

    lah itu, 14,949 in-dividu diperiksa berbanding tem-poh sama tahun lepas dengan ha-nya 6,426 peme- riksaan ke atas pe-

    mandu direkodkan.“Peningkatan jumlah pemeriksaan me-

    nerusi operasi ini jelas menunjukkan usa-ha polis membanteras gejala pemanduan di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan,” katanya pada 26 Jun.

    Azisman berkata, dalam masa sama, polis masih giat menjalankan Op Mabuk setiap hari dengan tumpuan diberi pada hujung minggu berikutan dalam tempoh berkenaan didapati lebih banyak kes pe-manduan bawah pengaruh alkohol di- laporkan. – BERNAMA

    1,200 pemandu mabuk ditahan sejak Januari

    SHAH ALAM – Prestasi cemerlang Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mentadbir Selangor dipuji.

    Menteri Perdagangan Antarabang-sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gembira negeri itu dipimpin pasukan yang kuat untuk meneruskan dasar peduli rakyat.

    “Selangor sangat penting bagi ke- rajaan Persekutuan dan menyumbang lebih 23 peratus kepada keluaran da-lam negara kasar nasional, justeru kita harus pastikan tiada gangguan.

    “Saya sekarang mewakili kerajaan (pusat) tetapi Selangor sangat dekat di hati saya dan saya gembira negeri

    ini mempunyai pasukan yang kuat di bawah (pimpinan) Amirudin,” katanya seperti dilaporkan The Star pada 29 Jun.

    Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sela- ngor yang turut disertai Amirudin.

    Amirudin tadbir Selangor dengan baik

    Kementerian sedia tiga model

    Sekolah bermula 15 dan 22 JulaiOLEH AMIN RIDZUAN ISHAK

    SHAH ALAM – Pelajar peringkat menengah yang tidak menduduki peperiksaan awam memulakan perse-kolahan mulai 15 Julai ini, kata menteri kanan (pendidikan).

    Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata mu-rid tahun lima dan enam turut memu-lakan pembelajaran pada tarikh sama manakala tahap lebih rendah mulai 22 Julai.

    “Berdasarkan situasi semasa penu-laran Covid-19, Kementerian Kesiha-tan serta Majlis Keselamatan Negara bersetuju pembukaan penuh sekolah dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya pada 1 Julai.

    Mohd Radzi berkata sesi perseko-lahan akan dibuat mengikut tiga mo- del yang ditetapkan Kementerian Pen-didikan iaitu satu sesi, dua sesi dan sistem penggiliran.

    Katanya, satu sesi dilakukan jika se-kolah ada ruang mencukupi termasuk kelas untuk mematuhi penjarakan so-sial manakala dua sesi diamal sekira- nya tidak berupaya berbuat demikian.

    Mengikut sistem penggiliran untuk sekolah menengah pula, beliau berka-ta pelajar tingkatan satu hingga empat hadir bergilir berdasarkan kelas atau aliran.

    "Jika sekolah mempunyai ruang mencukupi, murid tingkatan empat akan turut hadir setiap hari,” katanya.

    Bagi sekolah rendah pula, Mohd Radzi berkata murid tahun satu hingga enam hadir bergilir dan pembelajaran diteruskan di rumah ketika giliran tidak ke sekolah.

    Senarai sekolah mengikut model akan dimaklumkan Kementerian Pen-didikan selewat-lewatnya seminggu sebelum persekolahan dibuka semula.

    Berdasarkan situasi semasa penularan Covid-19, Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negara bersetuju pembukaan penuh sekolah dilaksanakan dalam tempoh terdekatDR MOHD RADZIMenteri Kanan (Pendidikan)

  • 10 SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    DIBUKA UNTUK JUALAN

  • DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    InformasiTerkinidi jari anda

    inggu lepas kita sudah menelusuri beberapa teknologi terbaharu serta trend digitalisasi terkini. Selain

    ciptaan inovatif seperti penggunaan dron dan juga meluasnya kecanduan kepada platform di ‘permukaan’ seperti WhatsApp, Telegram dan Instagram, banyak lagi yang tersembunyi dalam apa yang dipanggil Dark Web (Web Gelap).

    Dunia Web Gelap ini terselit di celah-celah transaksi ‘halal’ dan sah yang berlaku setiap saat dan menghubungkan pembunuh upahan, penjual senjata curi, tentera penggodam upahan, pereka dadah sintetik terbaharu serta apa-apa sahaja perkara yang mampu difikirkan tetapi tidak mungkin dijual secara terbuka di alam maya yang biasa kita layari.

    Dengan menggunakan mata wang tersendiri yang dipanggil mata wang kripto, banyak urusan jualan barangan berunsurkan jenayah terlepas daripada dikesan pihak bank dan pihak berkuasa negara-negara di dunia kerana ia memerlukan sejumlah kelengkapan digital yang berbeza dengan kemahiran pasukan bertindak siber yang berkeupayaan untuk melakukan penjejakan data serta mahir dalam kriptologi.

    Tidak dinafikan, bukan semua wang kripto bermasalah. Ada beberapa negara yang telah menyokong penggunaannya, dan menyebabkan penjualannya ‘meletup’ beberapa ketika serta melahirkan jutawan segera (seperti pembelian saham secara pukal baru-baru ini menyedari jatuhnya nilai beberapa kaunter saham yang biasanya sentiasa tinggi dan mahal).

    Menyedari tiadanya pengawalan yang meluas dan berkesan terhadap penggunaan mata wang sebegini, beberapa negara lain mula bertindak dan mengharamkan penggunaan malah pembelian wang digital seperti Bitcoin.

    Ternyata, teknologi bukanlah isu yang menjadi punca masalah yang berlaku. Seperti pisau, teknologi boleh menjadi rakan dan juga menjadi lawan bergantung kepada penggunaannya.

    Asas-muasal kepada mata wang kripto adalah sebuah kaedah pengekodan data yang disebut rantaian blok. Ia adalah pendekatan terbaharu yang mampu mencipta revolusi kepada penyimpanan rekod yang lebih terbuka dan lebih selamat di masa hadapan.

    Saat ini kerajaan mungkin tidak berminat dengan rantaian blok dan mata wang kripto. Tetapi seperti mana sebahagian negara-negara Eropah kini telah menghalalkan ganja (malah Amsterdam dan beberapa negeri di Amerika melihat kenaikan jualan ganja yang luar biasa sebelum perintah berkurung tempoh hari) atau seperti jiran kita sendiri Thailand yang sudah menghalalkan ketum dan kini menjadi pengeksport utama tanaman tersebut, tidak mustahil kalau suatu hari nanti pandangan kerajaan kepada perkara-perkara ini turut berubah setelah negara-negara di dunia berjaya merumuskan dasar bersama bagi

    memantau penyalahgunaannya.

    Didik masyarakat celik digital

    Badan-badan berasaskan teknologi seperti Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) telah pun menjadi pemangkin dalam meletakkan batu asas kepada penggunaan teknologi yang terkini, selain daripada aplikasi seperti Smart Parking, CEPAT dan lain-lain yang telah berjaya dilaksanakan. Barangkali banyak lagi penerokaan cabang seperti teknologi kripto dapat dimanfaatkan malah dikomersialkan, lebih-lebih lagi dalam dunia internet segalanya (IoT) sekarang ini.

    Mujur Selangor sentiasa selangkah ke

    hadapan dan bersiap siaga untuk membantu mengangkat perusahaan sosial (social enterprise) dan perusahaan tunas rintisan (startup) dengan pembentukan organisasi seliaan seperti Majlis Teknologi Maklumat dan E-dagang Selangor (SITEC).

    Dengan kerjasama badan berwajib dan pihak berkepentingan yang lain, sebetulnya banyak usaha jangkauan celik digital yang dapat digerakkan untuk menjelaskan peranan teknologi terbaharu malah mendidik orang ramai agak tidak tertipu dengannya. Jika dilengkapkan pula dengan kecelikan kewangan (financial literacy), sekurang-kurangnya rakyat tidak mudah menjadi mangsa skim pelaburan yang tidak kita tahu asal-usulnya, seperti menjana

    kripto, serta permainan tukaran mata wang yang tidak sah.

    Ia juga dapat mengelakkan mereka dari ditipu daripada sebarang cubaan scam, dan akan lebih cakna daripada terperangkap dengan dugaan judi siber yang sedang meningkat naik sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini (memandangkan pusat judi tidak dibenarkan beroperasi). Dan kepada yang lebih kreatif, ramai yang telah mengambil kesempatan teknologi sedia ada dengan menjadi pencipta kandungan (content creator) dan memanfaatkan wadah seperti YouTube, Bigo dan juga TikTok untuk menjana pendapatan.

    Ternyata masa depan berada dalam genggaman sesiapa yang menguasai teknologi. Sudah sampai masanya untuk kita juga tidak ketinggalan dalam persaingan ini. Dalam perang perdagangan Amerika-China, ada ruang dan peluang untuk Selangor rebut sebagai penjana satu perempat daripada kek ekonomi Malaysia. Ada ungkapan yang berguna untuk kita ingati: “if you can’t beat them, join them” (jika tidak boleh kalahkan, sertai mereka).

    BAHAGIAN AKHIR

    M

    Selangor sentiasa selangkah ke hadapan

    Manfaat teknologi, teroka cabang kriptologi

    Tidak dinafikan, bukan semua wang kripto bermasalah. Ada beberapa negara yang telah menyokong penggunaannya, dan menyebabkan penjualannya ‘meletup’ beberapa ketika serta

    melahirkan jutawan segera (seperti pembelian saham secara pukal baru-baru ini menyedari jatuhnya nilai beberapa kaunter saham

    yang biasanya sentiasa tinggi dan mahal)

  • Klik! Klik!13SelangorKini 2 - 8 Julai 202012 SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    Kempen Pusing Selangor Dulu! digerakkan Tourism Selangor dengan menyasarkan enam juta pelancong tempatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilaksanakan mulai Jun. Pelbagai destinasi menarik boleh dikunjungi seluruh ahli

    keluarga terbentang di pelosok negeri ini. Boleh dikatakan semuanya ada di Selangor.

    Selain lokasinya serba lengkap dengan pelbagai kemudahan, akses ke sana juga senang dengan jaringan jalan yang lengkap.

    Jurufoto SelangorKini Asri Sapfie, Fikri Yusof, Hafiz Othman dan Remy Arifin merakam pelbagai destinasi percutian. Tourism Selangor turut menyediakan gambar lokasi menarik.

    1. Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa Selangor di Shah Alam mempamerkan produk termasuk khat dan mashaf al-Quran. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hanya terletak bersebelahan muzium itu, yang berdiri megah di tepi Taman Tasik Shah Alam.

    2. Penggemar sukan air beriadah di Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Mereka juga boleh mencuba tali hayun (rope swing) pada paras ketinggian 60 meter di jambatan jalan utama dari bandar itu ke Bukit Fraser.

    3. Sebanyak 25 halangan laluan tergantung di antara pokok boleh dirasai di Skytrex Sungai Congkak, Hulu Langat. Peminat haiwan pula boleh ke Ostrich Wonderland di Semenyih, sekitar 45 minit perjalanan dari situ.

    4. Pintu gerbang yang dibina 35 tahun lalu sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tersergam di laluan masuk ke Pulau Ketam, Klang. Di situ, pengunjung dapat menikmati makanan laut segar selain menaiki basikal berenjin.

    5. Kehijauan Bukit Jugra, Kuala Langat dapat disaksikan ketika bermain luncur layar. Di daerah ini, pengunjung boleh melawat Istana Bandar dan Masjid Sultan Alaeddin, selain Pantai Kelanang dan Pantai Morib. Panoramanya sesuai untuk peminat fotografi.

    6. Ragam pengunjung ketika bergambar di beting pasir Sky Mirror di Kuala Selangor yang mendapat jolokan Salar De Uyuni Malaysia. Daya tarikan lain termasuklah tapak istana lama Bukit Melawati dan Taman Alam Kuala Selangor.

    7. Aksi pengunjung ketika mencuba sukan ekstrem Air Rider di One Utama, Petaling Jaya. Di Kota Damansara pula ada Muzium Coklat yang dibuka sejak 2012. Pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi membuat makanan ringan itu.

    8. Keunikan tempat penginapan Padi Box di Sekinchan, Sabak Bernam yang dikelilingi sawah. Jika berkesempatan, pelawat boleh mengetahui cara menanam padi dengan mengunjungi kilang memproses padi tidak jauh dari situ.

    9. Pengunjung berpeluang menikmati minuman buah naga ketika berada di ladang HL Farm, Sepang. Di daerah sama, mereka juga boleh melawat Muzium Automobil Nasional yang mempamerkan kereta dan motosikal pelbagai model.

    10. Kanak-kanak bermain layang-layang di Pantai Bagan Lalang, Sepang. Mereka juga boleh bermandi-manda bersama ahli keluarga. Bagi kaki pancing, Rumah Rakit Memancing Jeti Wak Sempuh terletak di muara sungai Sepang.

    11. Peminat sukan ekstrem memanjat tebing di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves. Selain itu, Kolam Air Panas Selayang terletak tidak jauh dari situ, sesuai bagi seisi keluarga beriadah.

    12. Kanak-kanak teruja bermain air di Bangi Wonderland, Hulu Langat. Penggemar papan selaju pula boleh bermain di Taman Tasik Cempaka Skatepark, 21 minit dari situ.

    13. Pengunjung merakam kumpulan ribuan kelip-kelip di atas sampan di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Peminat mural pula boleh ke Sasaran Art Park di Sungai Buloh.

    10

    11

    12

    13

    1 2

    4 6

    5

    7 8 9

    3

    Jom ronda Jom ronda Selangor!Selangor!

  • 14ADN

    SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    OLEH ZAREEF MUZAMMIL

    HULU LANGAT - Premis Bank Makanan (Food Bank N23) di Medan Selera Taman Pinggiran Delima di sini mula beroperasi se-jak 22 Jun.

    Ahli Dewan Negeri Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berkata ia diwujudkan untuk berkongsi rezeki dengan penduduk memer-lukan.

    Katanya, pusat penyediaan barangan keperluan secara percuma itu beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.

    “Setakat ini tidak ramai lagi yang meneri-ma manfaat dan kita akan menguar-uarkan kepada penduduk berkaitan operasinya.

    “Kita berharap mereka yang betul-betul terdesak dan memerlukan hadir ke Food Bank N23,” katanya pada 24 Jun.

    Bank makanan Dusun Tua mula operasi

    Kenderaan berat punca jalan rosakSHAH ALAM - Ratu-san kenderaan be-rat berulang alik ke Pelabuhan Klang se-tiap hari menyebab-kan jalan di kawasan berkenaan rosak te-ruk.

    Ahli Dewan Ne-gerinya Azmizam Zaman Huri berkata meskipun RM50 juta diperuntukkan bagi membaiki jalan namun tidak mencukupi untuk menampung kero-sakan.

    “Terdapat 363 syarikat kontena beropera-si di kawasan industri dan membabitkan pe- ngangkutan berat melalui jalan utama me- nyebabkan lubang, tidak rata dan beralun.

    “Setiap jalan diuruskan pihak berbeza, jadi peruntukan dikeluarkan juga berbeza. Kera-jaan perlu fikir langkah jangka panjang an-taranya buat jalan simen seperti di Lebuhra-ya Utara Selatan untuk pastikan jalan tidak rosak,” katanya pada 24 Jun.

    YB KitaYB KitaAhli Dewan Negeri N53N53 MORIBMORIB

    nNama: Hasnul Baharuddin

    nUmur: 53 tahun nNegeri kelahiran Selangor

    n Aktiviti masa lapang: Riadah, membaca

    nFalsafah hidup: Setiap keikhlasan akan datang kebaikan

    nPekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Ahli farmasi

    n Alamat pejabat ADN: No.78A, Jalan Bunga Pekan, 42700 Banting nNombor telefon ADN: 03-3181 4263

    nE-mel: [email protected]

    nFacebook: Pusat Khidmat Masyarakat Dun Morib - YB Hasnul

    N53 MORIB

    Gerai terbakar, ADN bantu permudah urusanSHAH ALAM - Kejadian gerai terbakar di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi mendapat perhatian Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal.

    Mazwan Johar berkata pihak-nya akan bertemu Majlis Per-bandaran Kajang (MPKj) bagi membantu peniaga terlibat-memperoleh tapak gerai baharu sekali gus mengelakkan sumber pencarian mereka terjejas.

    “Saya berjanji membantu mereka beruru-san dengan MPKj untuk mendapatkan gerai

    gantian sementara supaya boleh memulakan semula perniagaan sebelum menanti gerai terbakar didirikan semula,” katanya pada 29 Jun.

    “Semoga mereka tabah menghadapi ujian yang me- nimpa dan berjaya membina perniagaan masing-masing dengan lebih baik daripada da-hulu.”

    Pada 21 Jun lalu, tiga gerai berdekatan se-buah stesen minyak di sana musnah. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    Bantu penduduk memerlukan

    SHAH ALAM - Bagi membantu melicinkan urusan perniagaan peniaga Kompleks PKNS, satu perbincangan diadakan Pejabat Dato’ Menteri Besar pada 30 Jun.

    Isu peniaga Kompleks PKNS dipeduliAhli Dewan Negeri Kota Anggerik berka-

    ta pertemuan diadakan bagi menyelesaikan perkara berbangkit mengenai premis perni-agaan di pusat bandar itu.

    “Pelbagai isu penting telah dibawa dan dibincangkan antaranya berkaitan kadar sewa premis, masalah pengurusan, keba-jikan peniaga serta strategi jangka panjang demi mengekalkan kelangsungan operasi Kompleks PKNS,” kata Najwan Halimi.

    “Pihak Pejabat Dato’ Menteri Besar menza-hirkan komitmen untuk membantu membe-la kebajikan peniaga yang terjejas.”

    Perjumpaan tersebut dihadiri wakil jawa- tankuasa Persatuan Peniaga-Peniaga Kom-pleks PKNS dan Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, Borhan Aman Shah.

    Perniagaan peniaga Kompleks PKNS terje-jas susulan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac akibat penularan pandemik Covid-19.

  • 15SelangorKini 2 - 8 Julai 2020Album

    InformasiTerkinidi jari anda

    Merasmikan Pusat Jualan Produk IKS, GPC Food Station di Kampung Meru, Klang

    ADN MERUMohd Fakhrulrazi Mokhtar

    ADN DUSUN TUAEdry Faizal Eddy Yusof

    Meninjau hasil tanaman cili dan tembikai ketika melawat kebun komuniti di Kampung Melaka, Hulu Langat

    Mengedar pelitup muka dan cecair nyahkuman di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam

    ADN BATU TIGARodziah Ismail

    Memantau kerja penyusunan semula petak penjaja di Pasar Pagi Kampung Baru, Seri Kembangan

    ADN SERI KEMBANGANEan Yong Hian Wah

    Mengedarkan barangan keperluan asas kepada penduduk di sekitar pekan Rawang, Gombak

    Chua Wei KiatADN RAWANG

    Melihat pemasangan katil pesakit untuk diserahkan kepada warga emas di Parit 9, Sabak Bernam

    Ahmad Mustain OthmanADN SABAK

  • 16Hadiah Sastera Selangor

    SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    Oleh Azrin Fauzi

    [ 14 ] LANTAS pintu depan yang tidak pernah kubuka, kukatup kembali. (“Engkaukah yang sedang masuk ke sini?”) Untuk entah kali keberapa, kukuncinya semula. Kerana hari telah pun digu-lung gelita, daun pintu sepatutnya terus diam di situ; yang di luar tidak akan lagi masuk ke dalam dan yang di dalam, ingin keluar ke mana? Dan kerana apa? Ceritanya di dalam rumah ini. Kumatikan tivi yang tidak henti-henti menghe-bahkan berita tentang kematian. Di mana yang ditonton tidak lagi berasa apa-apa dan yang menonton kehabisan hiba. Pada waktu nyawa sudah menjadi angka-angka yang tidak kuke-nal lagi siapa. Seperti menatap wajah dalam fo-to-foto yang tergantung kekejangan di dinding: telah kuceroboh rumah yang salah?

    Ada gesekan yang mendayu-dayu – “Devil’s Trill Sonata”? – yang sudah lama kuingat-ingat datang dari sini.

    Mana mungkin tersilap. Banglo yang berdiri di lereng bukit inilah yang telah lama kuperhati dari bawah sana, sepanjang bergelandangan. Sememangnya kuimpikan untuk tenggelam da-lam dakapan sebuah kediaman, walau hanya untuk sementara. Kerana khabarnya, dia akan pulang selepas dua minggu nanti. Ada pesawat dari Itali yang tidak terkecuali. Dan pada malam ini, sesudah menggeledah almari demi almari, aku menjadi tuan kepada rumah ini, walaupun tidak jumpa pakaian oleh tangan-tangan per-eka ternama, cuba juga menyarung jubah dan serbannya, kalaupun sudah tentu tidak kena denganku – cuba-cuba menjadi dia. Dia yang tidak kukenal siapa. Mataku tertancap semula kepada wajah dalam foto. Adakah dia akan men-genaliku? Mata-mata kamera tivi litar tertutup

    (CCTV) mengerling kepadaku. Seolah-olah ingin memberitahu: engkau tunggu!

    Kerusi malas berhayun. Ada angin merempuh jendela, jatuh terduduk di atasnya. Haruskah aku menyapa?

    [ 7 ]Nyaring siren menyiat lenaku. Ada tanda

    tanya yang tergantung di cuping telinga: Ama-ran yang tidak perlu kupedulikan? Tetapi untuk menyambut kantuk kembali di dalam tab man-di, menenggelamkan ingatanku kepada teman-teman di luar sana; jikalau mereka sudah ke-temu dengan rumah-rumah tidak berpenghuni untuk dicerobohi. Kerana di kala semua diarah untuk duduk di rumah, untuk berkongsi hanya akan menetakkan satu kata sahaja di kepa-la: nahas. Ini ialah kecelakaan lain yang tiada sesiapa inginkan. Yang akan membangkitkan kematian demi kematian. Dan lebih celaka, kematian kami di luar data! Benarlah, kami ini hanyalah ketiadaan yang mengosong juga yang memenuhkan.

    Busa sabun dari dalam tab mandi melimpah ke lantai, membasahkan naskhah-naskhah den-gan nama yang sama pada tulangnya. Barang-kali dia gemar menikmati apa-apa yang ditulis oleh pengarang ini. Atau dialah pengarangnya. Entahlah, aku tidak tahu. Kerana aku tidak ke-nal dia siapa. Kubelek-belek pula naskhah oleh Dante Alighieri; Inferno menggigil kekuyupan di dalam tab mandi; mencari-cari dosaku sendiri?

    Dan “Devil’s Trill Sonata” kedengaran lagi. Sonata daripada gesekan biola oleh syaitan yang diingat-ingat Giuseppe Tartini dalam mimpinya. Adakah aku berada dalam mimpi pemuzik yang telah mati? Mustahil, kerana aku di dalam banglo yang terletak di pinggir Kuala Lumpur, jauh dari kesakitan dunia yang kronik di luar sana. Seperti apa yang dikatakan nama

    yang sama pada tulang-tulang buku itu: “Dunia di mana penyiasat dan penjenayah ialah orang yang sama, justeru siapa yang terlebih dahulu membongkar siapa? Apabila pemburu juga men-jadi mangsa, sudahnya memakan diri? Apabila yang celik dan yang buta juga orang yang sama, siapa yang memperbodoh siapa dengan cahaya? Ketika moralis juga menjadi pendosa, akhirnya menghukum diri sendiri?”

    [ 4 ]Malam tidak pernah selamat tanpa ucapan

    “Selamat malam.” Ada kegelisahan yang meng-gelora, sering membuatku terbayangkan ada mata yang sedang memerhatiku dari luar jen-dela. Serba-serbi tidak kena.

    Roti berkulat. Susu membasi. Jendela tern-ganga dan sebiji gelas kosong bergolek ke pinggir meja. Dan yang lain-lain pun turut sama bergerak ke pinggir tarikh luputnya. Ada hapak dan hamis maut yang terhembus masuk me-nembus langsir. Sehingga ikan-ikan emas ter-apung di dalam hijau akuarium, mengembung dengan buih-buih yang menghanyir. Jam tidak lagi berdetak kerana waktu sedang senyap-sen-yap bergerak – membunuh dalam diam. Ada lagi dosa yang belum dilangsai? Ada bongkaran rah-sia yang terbengkalai? Dan sebiji butang yang tertanggal, terlepas ke atas lantai. Kenapa yang kusentuh tidak sempat selesai? Hanya ma-ta-mata kamera CCTV yang masih memandang. Hanya sonata itu yang kekal berkumandang.

    Jika “Devil’s Trill Sonata” hampir buat Tar-tini hancurkan biola dan ucap selamat tinggal kepada dunia muzik yang dinafasinya kerana merasakan gubahan sonatanya ini tidak setara dengan apa yang dimainkan oleh syaitan dalam mimpinya itu, sonata yang bersipongang di da-lam rumah ini pula hampir memaksaku untuk menghancurkan “Devil’s Trill Sonata” itu sendiri.

    Sehinggalah pemburuan bunyi ini membawaku ke besmen yang menyimpan sebuah kotak ber-isi kamkorder dan sebilangan pita sistem video rumah (VHS) berserta pemainnya. Pada empat belas pita VHS itu telah dilabel dengan na-ma-nama. Mungkin esok sahaja kerana malam telah lewat untuk kubersihkan debu-debu, me-nontonnya.

    [ . ]Apa yang kutonton semalam: episod gelap

    yang menyesakseksakan. Seksaan demi sek-saan dengan sonata Tartini sebagai runut bunyi, diulang-ulang demi memuaskan mimpi; sesia-pa pun akan takut tatkala menatap wajahku sewaktu pita VHS itu dimainkan. Langsung ku-matikan video berlabel nama yang serupa den-gan namaku sendiri. Tidak sanggup kuteruskan; sekiranya benar-benar berlaku mahupun helah visual oleh kesan praktikal persis filem-filem giallo Itali. Kerana antara nikmat dengan ke-sakitan, bukanlah pilihan yang perlu kulihat kini. Kurenung lensa kamera CCTV yang tergantung menunduk seakan-akan menjelaskan: aku dan tuan rumah tidak akan bertemu dan kami tidak akan saling mengenali. Kerana dia tidak akan dapat melihatku dan aku juga begitu. Sama ada penghuninya penumpang pesawat dari Itali atau rumah ini yang salah dicerobohi, ada nafas yang mengerikan. Angka-angka kematian meninggi di kaca tivi. Ingin kutinggalkan rumah ini meski-pun dia tidak akan pulang lagi. (“Engkau boleh mengikutku kalau kaumahu. Tapi jangan deka-tiku.”) Sekalipun aku tidak akan ditangkap kamera CCTV, aku tetap ingin keluar melalui pintu belakang, melalui lubang kunci – hilang ke dalam titik.

    Ingatan Meletus di Kening

    Berapakah jarak usia dengan kenangan?

    Ingatan berputar, buih-buihmeletus di kening; palitan ungumenyerak di dahi

    Dalam pandangan jernihkau mengisar tempat duduksedang ruh telah kembalipada sela masa lalu

    Dinginkah, atau hangatkahmemori yang cuba tersenyum— anehkau selalu sajatidak dapat merasaudaranya yang benar

    Pasirkah yang membutirsebegini kesatatau sebenarnya kerikilmelukai kenang

    Tubuhmu kaku—dindingdan lantai kamarbasah dilimpahair mengombakdari hujung matamubiru.

    Wardah Puteh

    Episod gelap seorang pendosa di pinggir

    pandemik

  • 17SelangorKini 2 - 8 Julai 2020Rencana

    InformasiTerkinidi jari anda

    OLEH NAZLI IBRAHIMFOTO OLEH HAFIZ OTHMAN

    Penduduk Seksyen 20, Shah Alam tidak perlu lagi bersusah payah ke kedai untuk men-cari bahan perisa makanan mentah. Hanya petik sendiri. Percuma.Semua tanaman herba – daun kesum, daun

    salam, daun kari, daun bidara, daun sup, pudina, bunga kantan mahupun limau purut – boleh di- ambil bila-bila masa pun.

    Bahan itu penting bagi membangkitkan aroma masakan antaranya asam pedas, asam rebus, ma-sakan kari, sup, tomyam mahupun sekadar hiasan lauk pauk.

    Di Kebun Komuniti Surau al-Husna di seksyen itu, sayur-sayuran seperti sawi, kangkung, cili me-rah dan jagung juga ditanam dan boleh dibeli pada kadar bawah harga pasaran.

    Sawi, misalnya boleh dibeli pada harga RM10 sekalipun harga pasaran mencecah RM15 sekilo. Begitu juga ikan ternakan seperti keli dan talapia yang turut diusahakan di kebun tersebut. Hanya berharga RM5 sekilo berbanding harga pasaran sekitar RM8 manakala talapia merah cuma RM12

    sekilo (harga pasaran RM15). Berkat usaha gotong-royong sejak tiga tahun

    lalu juga membolehkan pengurusan surau men-jana pendapatan sehingga RM20,000 sepanjang tempoh itu.

    Gotong-royongSemuanya bermula apabila seorang jemaah, Su-

    kati Saleh, 61, giat menjalankan penanaman kecil- kecilan sejak 2017. Bermula menanam serai tepi parit, beliau kemudian diamanahkan untuk meluaskan ke-bun melalui modal RM700.

    Mulanya tidak ramai yang berminat menyertai usaha tersebut tetapi semakin lama bilangannya kian bertambah.

    “Pada Ahad minggu pertama setiap bulan kami adakan gotong royong dan ada juga datang pada hu-jung minggu, cuti umum atau sebelah petang selepas waktu kerja,” katanya.

    Namun, setiap usaha pasti ada rintangannya. Mereka pernah berdepan masalah serangga perosak tetapi isu itu diatasi melalui bimbingan Jabatan Perta-nian Selangor. Jabatan itu juga membantu memberi benih dan baja. Majlis Bandaraya Shah Alam dan Uni-versiti UCSI turut menghulurkan bantuan.

    Hasil tuaian kemudian dihebah di surau dan apli- kasi kumpulan WhatsApp penduduk setempat. Jualan kangkung dan sawi mampu mencecah RM500 sekali tuai setiap sebulan. Jagung pula dituai dua bulan seka-li, turut menghasilkan jualan RM600 sekali tuai.

    Ternakan keli dan talapia merah pula terjamin dari aspek kebersihan dan kesucian khasnya dalam aspek pemakanan ikan. Mereka menjadikan kangkung se-bagai makanan ikan.

    “Ada segelintir penternak komersial mementing- kan keuntungan semata-mata dengan memberi pel-bagai jenis makanan termasuk sumber tidak halal seperti lemak atau perut khinzir.

    “Tiada kos pekerja, jadi kami dapat pasarkan pada harga lebih murah dan yang penting dijamin tidak dicemari makanan bukan-bukan,” kata Sukati lagi.

    Laman dapurKebun Komuniti Surau al-Husna kemudian diper-

    luas ke rumah sekitar melalui program laman dapur, sebuah projek membangunkan kebun di rumah pe-serta.

    Lebih sepuluh peserta diberi tunjuk ajar, bekalan tanah, baja dan benih.

    Antara mereka ialah pasangan suami isteri, Nor Azwa Ab Mutalip, 42, dan suami, Hezry Rokman, 42. Mereka menamakan kebun mereka ‘Edible Eco Back-yard Garden’.

    Laman itu turut terpilih menyertai Anugerah Lanskap Shah Alam 2019 tetapi proses penjurian ter-tangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

    Pasangan itu memilih tema ‘eat your garden’ un-tuk laman yang dipenuhi lebih 60 jenis tanaman. Dari buah-buahan, herba hingga lebih 40 pokok hiasan.

    Herba yang ditanam pasangan guru dan penyun-ting foto sejak 2018 kebanyakannya sesuai untuk ma-sakan manakala buah-buahan pula antaranya marki-sa, tembikai dan delima.

    “Pada awalnya hanya untuk mengisi masa lapang. Kebetulan Surau al-Husna ada usahakan kebun komu-niti dan mereka juga buat bengkel untuk penduduk.

    “Bermula di situ, peserta sama-sama buat, ziarah menziarahi laman dapur rumah lain, bertukar penge- tahuan, berkongsi hasil tanaman dan benih. Hubu- ngan jadi lebih erat dan menyeronokkan,” katanya.

    Lebih 90 peratus perkakasan dan hiasan di ‘Edi-ble Eco Backyard Garden’ menggunakan bahan kitar semula termasuk bekas minuman, tayar dan kayu terbuang.

    Nor Azwa dan suami juga dapat mengurangkan sampah rumah dengan memproses sisa dapur dan daun kering untuk dijadikan baja kompos tana- mannya.

    Hasil tanaman ‘Edible Eco Backyard Garden’ ti-dak dipasarkan tetapi diagih percuma kepada jiran tetangga dan jemaah surau tersebut.

    Kebun surau jana RM20,000

    1Sukati memeriksa tanaman kangkung  sementara menunggu masa dituai2Selain sayur-sayuran, Kebun Komuniti Surau al-Husna juga menternak keli dan talapia3Nor Azwa menyiram tanaman sayurnya supaya kekal subur4Ruang santai di Edible Eco Backyard Garden

    Berkat gotong-royong masyarakat setempat

    1

    2

    3

    4

    Kebun surau jana RM20,000

  • 18PBT

    SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    OLEH NADIAH ZAMLUS

    SHAH ALAM - Selangor menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bagi me-mantau pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) premis sepanjang Perin-tah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan.

    EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han

    berkata ia memudahkan pihak berkuasa tempatan menjaga keselamatan orang awam tanpa kerap turun padang.

    “Pemasangan CCTV sudah lama dilak-sanakan di Selangor bagi pelbagai tu-juan dan dimanfaatkan ketika PKP mulai 18 Mac lalu.

    “Walaupun tiada penguat kuasa turun padang tetapi CCTV ada untuk

    pantau, justeru pastikan anda sentiasa patuhi SOP bagi mencegah jangkitan wabak,” katanya pada 27 Jun.

    Pada 1 November tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan tambahan 5,000 unit CCTV di seluruh negeri yang dilengkapi teknologi pengimbas wajah dan diselia dari pusat arahan.

    Mudahkan PBT jaga keselamatan awam

    Guna CCTV pantau pematuhan SOP

    KAJANG - Pemilik tanah persendirian berdepan risiko kehilangan hak milik jika berkomplot dengan sindiket pelupusan sampah haram, tegas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

    Yang Dipertuanya Dato’ Zulkefli Khalid berkata notis pemulihan mengikut Kanun Tanah Negara akan dikenakan untuk ke- salahan pertama, disusuli notis tunjuk se-bab dan rampasan jika berulang.

    “MPKj tidak bertolak ansur memandang-kan bilangan tapak sampah haram bertam-bah, justeru pemilik yang berbuat demikian berdepan tindakan undang-undang serta tanah dirampas,” katanya pada 26 Jun.

    Zulkefli berkata pihaknya berazam membanteras kegiatan tidak bermoral bagi memastikan kualiti hidup masyarakat lebih baik.

    Pada 4 Jun lalu, MPKj mengeluarkan kompaun RM25,000 terhadap pemilik tanah persendirian di Kampung Sungai Serai dan Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat kerana menjadikan tanah mereka sebagai tapak pelupusan sampah haram.

    Rampas tanah jika lupus sampah haram

    Tapak pelupusan sampah haram bersebelahan Plaza Tol Sungai Long, Kajang

    SHAH ALAM - Sebanyak 56 garaj di- bina tanpa kebenaran di Jalan Meranti, Batang Kali diroboh pada 22 hingga 24 Jun lalu, kata Majlis Daerah Hulu Sela- ngor (MDHS).

    MDHS dalam kenyataan memaklum tindakan mengikut Seksyen 46(1) (a) ia-itu halangan di tempat awam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) su-sulan operasi khas cegah denggi dan ga-raj haram.

    Katanya, empat traktor dan lori digu-nakan meroboh serta mengangkut sisa ke tapak pelupusan Sungai Sabai.

    “Orang ramai dinasihat mematuhi peraturan dan jangan membina struktur di rizab kerajaan. MDHS tidak akan ber-kompromi dan tindakan tegas akan diam-bil kepada pihak yang berdegil,” katanya.

    MDHS roboh 56 garaj tanpa kebenaran

    SHAH ALAM - Status Subang Jaya daripada perbandaran kepada bandar raya berkuat-kuasa mulai 20 Oktober depan selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

    Yang Dipertua Majlis Perbandaran Su-bang Jaya (MPSJ) Noraini Roslan berkata pi-hak berkuasa tempatan itu menduduki taraf perbandaran selama 22 tahun sejak 1997.

    “Syukur MPSJ mendapat perkenan Sul-tan Selangor dan tarikh pengisytiharan ser-ta penguatkuasaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) adalah pada 20 Oktober 2020,” katanya pada 24 Jun.

    Pada November tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumum-kan MPSJ berjaya menukar status kepada MBSJ melalui surat Kementerian Peruma- han dan Kerajaan Tempatan pada 31 Okto-ber 2019.

    Subang Jaya tukar status 20 Oktober

    SHAH ALAM - Seorang pemilik rumah di Jenjarom yang menjalankan aktiviti pernia- gaan barangan lusuh di kediamannya diberi amaran oleh Majlis Perbandaran Kuala La-ngat (MPKL).

    Yang dipertuanya berkata ia melanggar peraturan dan pihaknya tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas jika pemilik te-rus berdegil.

    "MPKL ke lokasi dan mendapati antara ba-rangan adalah tayar, tong, peti ais dan besi buruk,” kata Mohamad Zain A Hamid pada 28 Jun.

    MPKL mengeluarkan notis kesalahan bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Un-dang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustri-an MDKL 2007.

    Salah niaga barang lusuh di rumah

    KAJANG - Bukit Broga, Semenyih ditutup dua minggu berkuat kuasa 27 Jun lalu su-sulan pelanggaran tatacara operasi piawai (SOP), kata yang dipertua Majlis Perbanda-ran Kajang (MPKj).

    Dato’ Zulkefli Khalid berkata penutupan sementara lokasi pendakian terkenal dipu-tuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor pada 24 Jun.

    “... maka tindakan (penutupan) sewa-jarnya dibuat kerana mereka (pendaki) tidak prihatin keadaan semasa Covid-19 terutama ketika kerajaan sedang berusaha mengekangnya,” katanya.

    Pada 22 Jun lalu, Bukit Broga sesak dikun-jungi orang ramai selepas kerajaan membe-narkan semula aktiviti sukan dan rekreasi termasuk mendaki bermula 15 Jun lalu.

    Bukit Broga ditutup 14 hari

    MDHS menjalankan operasi meroboh struktur tanpa kebenaran di atas rizab kerajaan di kawasan Batang Kali

  • 19SelangorKini 2 - 8 Julai 2020PBT

    InformasiTerkinidi jari anda

    OLEH ZAREEF MUZAMMIL

    PUCHONG - Pihak berkuasa tempatan (PBT) berhak menghentikan operasi pa-sar pagi dan pasar malam jika peniaga gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) termasuk tidak memakai pelitup muka ketika berniaga.

    EXCO kerajaan tempatan berkata ia sebahagian syarat undang-undang kecil PBT bagi mengelak jangkitan Covid-19.

    “Tatacara operasi piawai (SOP) pasar pagi dan pasar malam sentiasa ditambah

    Henti operasi jika gagal patuh SOP

    Masyarakat disaran amal konsep BELI

    baik di setiap PBT, jika tidak dipatuhi atau keadaan sukar dikawal maka PBT akan mengenakan tindakan.

    “Mereka (PBT) perlu siasat, kalau langsung tidak dapat kawal, peniaga ge-rai terbabit kena tutup. Walaupun ia (tu-tup) bukan satu cara yang orang mahu tengok tetapi kita mengharapkan semua patuh SOP,” kata Ng Sze Han pada 28 Jun.

    Beliau berkata tindakan juga boleh diambil terhadap peniaga yang tidak memakai pelitup muka ketika menjual makanan sedangkan pelanggan me-makainya.

    Pada masa sama, Sze Han menyaran- kan masyarakat mengamalkan konsep BELI semasa membuat pembelian.

    Suasana di Pasar Pagi MPSJ Bandar Puchong Jaya yang kembali dibuka pada 16 Jun dengan tatacara operasi piawai ketat

    KAJANG - Taman Rekreasi Sungai Chua dibuka sepenuhnya pada 1 Julai selepas penaiktarafan, kata yang dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

    Dato’ Zulkefli Khalid berkata pembukaan taman awam itu mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat sepanjang Pe- rintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

    “Bagi mengelak timbul masalah, kita minta kerjasama masyarakat mematuhi SOP seperti mengawal penjarakan sosial dan tidak berkumpul.

    “Sekiranya dikesan melanggar arahan, kita akan terus menutup dan tidak membenarkan sesiapa memasuki taman rekreasi ini,” katanya pada 25 Jun.

    Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai me-melihara kemudahan asas disediakan selain menjaga ke-bersihan.

    Taman Rekreasi Sungai Chua dibangunkan sejak Disem-ber tahun lalu dengan kos RM1.3 juta membabitkan dua fasa pembangunan.

    Taman Rekreasi Sungai Chua mula dibuka

    Zulkefli membuat lawatan tapak sambil menunggang basikal di Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang pada 25 Jun

    SHAH ALAM - Majlis Daerah Hulu Sela- ngor (MDHS) tidak teragak-agak menu-tup operasi atau mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga yang gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) pasar pagi dan malam.

    MDHS dalam kenyataan pada 23

    Jun turut mengingatkan peniaga tidak menggunakan khidmat warga asing dan pekerja dihadkan kepada tiga orang sa-haja.

    Pengunjung pula, katanya perlu sen-tiasa mengamalkan penjarakan sosial dan mengikut laluan keluar masuk yang

    betul.Bermula 15 Jun lalu, sebanyak lapan

    pasar di kawasan itu dibenarkan ber- operasi iaitu di Serendah, Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu, Rasa, Kalumpang dan Antara Gapi.

    Tutup operasi jika penjaja pasar ingkar

    KAJANG - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melancarkan aplikasi e-Lesen bagi memo-hon dan memperbaharui lesen dalam tem-poh singkat.

    Yang Dipertuanya Dato’ Zulkefli Khalid ber-kata ia membabitkan lesen pemilikan anjing dan 52 lesen tidak berisiko seperti premis menjual kasut, permainan dan roti.

    “Bersesuaian norma baharu, orang ra-mai hanya berurusan menggunakan telefon bimbit dengan permohonan (lesen) kurang 10 minit dan e-Lesen MPKj boleh didapati di App Store dan Google Play Store,” katanya pada 26 Jun.

    Mohon lesen jual roti, kasut 10 minit

    KAJANG - Lebih 70 peniaga warga asing dikenakan tindakan termasuk barang niaga disita Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sejak 18 Mac lalu.

    Yang Dipertuanya Dato’ Zulkefli Khalid ber-kata tindakan selaras arahan Kerajaan Neg-eri awal Jun lalu yang melarang mereka ber- niaga.

    “MPKj tidak sesekali berkompromi kera-na kebenaran niaga hanya diberikan kepada rakyat tempatan,” katanya yang menegaskan operasi terus dipergiatkan jika ada berdegil.

    Zulkefli berkata peniaga tempatan pula boleh dilucutkan hak milik premis dan lesen jika mengupah pekerja warga asing atau memberi kebenaran sewa.

    Warga asing dilarang memiliki lesen per-niagaan, menjadi peniaga sementara atau diambil bekerja selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan Undang-undang Kecil Penjaja pada 3 Jun lalu.

    Lebih 70 peniaga asing digempur

    SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersiap siaga menjalankan kerja pem-bersihan beberapa lokasi berisiko bencana terutama banjir.

    Yang Dipertuanya Dr Ahmad Fadzli Ah-mad Tajuddin berkata kerja mengorek dan mengeluarkan sampah dalam parit segera dilakukan.

    “Kita juga menubuhkan pasukan tindakan segera (Pantas) untuk menyalurkan laporan awal situasi bencana atau bantuan kecema-san dan logistik kepada pasukan keselamatan yang sentiasa bersiap-sedia 24 jam,” katanya pada 25 Jun.

    Beliau berkata MPK sentiasa memantau kawasan bencana menerusi 76 lokasi kamera litar tertutup disusuli saluran maklumat di WhatsApp.

    “Pos gerakan turut dibuka bagi membantu mangsa banjir dan mereka boleh membuat aduan kerosakan kediaman, peralatan pe-rabot dan perkara berkaitan,” katanya.

    MPK bersih kawasan risiko banjir

    B – Beratur dan mengamalkan penjarakan sosial setiap masa

    E – E-dompet sebagai pembayaran alternatif

    L – Lajukan proses pembelian dan sediakan senarai beli belah

    I – Imbas kod QR SELangkah (Langkah Masuk Dengan Se-lamat) bagi memudahkan pro-ses menjejak kontak rapat

    Konsep BELI merujuk kepada :

  • 20Pendidikan

    SelangorKini 2 - 8 Julai 2020

    KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) membuat penjadualan semula buat kali kedua takwim peperiksaan di bawah kementerian itu dengan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini dipinda ke 6 Januari hingga 9 Februari tahun depan.

    Peperiksaan itu sebelum ini dijadual ber-

    mula 16 November hingga 7 Disember ini, menurut kementerian itu dalam satu ke- nyataan 28 Jun lalu.

    Menurut KPM, penjadualan semula itu dibuat bagi membolehkan pelajar mem-punyai tempoh pembelajaran yang cukup dan dapat membuat persediaan rapi untuk

    menduduki peperiksaan.“KPM mengambil kira keperluan untuk

    mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut terma-suk memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi 2021 yang akan dimak-lumkan kelak," katanya. – BERNAMA

    Beri peluang pelajar buat persediaan

    SPM bermula 6 Januari tahun depan

    SHAH ALAM - Universiti Selangor (Uni-sel) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Selgate Healthcare Sdn Bhd (Selgate) bagi ker-jasama khidmat kesihatan.

    Pengarah Komunikasi Korporat Uni-sel Hasril Abu Hassan berkata perjanji-an meliputi pembukaan klinik Selcare

    di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya.“Jalinan ini termasuk membina pro-

    jek Makmal Klinikal Diagnostik dan Pu-sat Fisioterapi Unisel-Selgate Shah Alam yang akan memfokuskan khidmat ke-pada kakitangan, pelajar serta orang awam.

    “Selain itu, ia bagi menerokai pro-

    gram akademik dalam bidang sains ke- sihatan antara kedua-dua pihak,” kata- nya pada 24 Jun.

    Pemeteraian MoU oleh Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mo-hammad Redzuan Othman manakala Selgate diwakili pengarah eksekutifnya Noor Hisham Mohd Ghouth.

    Unisel-Selgate jalin kerjasama kesihatan

    Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) (17 Ogos - 30 September 2020)Sesi pertama peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (3 - 14 Ogos dan 28 - 9 Oktober 2020) bagi semester tiga dan satu Sesi kedua SVM bagi semester keempat dan kedua (18 - 29 Januari 2021 dan 17 - 28 Mei 2021)Mata pelajaran Bahasa Melayu SVM - ujian lisan (16 November 2020 - 6 Januari 2021)Mata pelajaran Sejarah SVM (7 Januari 2021) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (17 - 25 Februari 2021)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kohort 2020 (12 - 18 Ogos 2020) peperiksaan semester dua STPM kohort 2020 semester tiga (1 - 9 Mac 2021)STPM kohort 2021 semester satu (22 - 25 Februari 2021)Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (4 Februari 2021)Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) (18 November 2020)

    Peperiksaan Tarikh baharu

    SHAH ALAM - Kerjasama pengurusan sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) me- lancarkan pembukaan semula sesi persekolahan pada 24 Jun lalu, kata Penggerak Ibu Bapa Komu-niti (PI