soalan ulangkaji edu3107 bab demi bab

Upload: nur-naiemah-mohd-ibrahim

Post on 03-Jun-2018

239 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Soalan Ulangkaji Edu3107 Bab Demi Bab

    1/9

    SOALAN ULANGKAJI EDU3107

    BAB 1

    latihan 1 :

    Buatlah satu simulasi tentang perkhidmatan B&K yang ditawarkan di sekolah

    berdasarkan salah satu topik di bawah.

    1.-kaunseling untuk peribadi (menguruskan tekanan hidup : pernafasan secara

    mendalam, imaginasi ; kemahiran membuat keputusan)

    2.- kaunseling keluarga (ibu bapa djemput untuk merunding jika prestasi pelajar

    merosot dan ia berkaitan dengan isu atau masalah yang berpunca daripada keluarga)

    3.- kaunseling bersosial (contoh individu yang digemari oleh orang lain): cara bermula &

    teruskan perbualan, ciri-ciri berhubungan baik dengan kawan, orang lain

    4.- kaunseling akademik/ berasaskan pendidikan (contohnya, meningkatkan motivasi

    murid untuk belajar)

    5.- kaunseling kerjaya (contoh : bagaimana merancang satu perancangan untuk

    kerjaya), atau mengendalikan inventori kerjaya untuk membantu pelajar/klien

    Latihan 2: refleksi diri

    a- Apakah kelebihan bimbingan kaunseling individu berbanding kelompok?Apakah

    pula kelebihan KK yg dpt dihasilkan melalui sesi bimbingannya berbanding KI? Fikir dan

    bincangkan.

    b.Apakah tujuan dan fungsi kaunseling keluarga?(konferensi keibubapaan)

    Soalan objektif:

    1) Manakah di antara berikut, merupakan takrifan kaunseling yang dikemukakan oleh

    Shertzer dan Stone (1968)?

    a. Kaunseling nerupakan sesi penasihatan antara seorang kaunselor terlatih denganklien

    b. Kaunseling merupakan proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri

    dan situasinya

    c. Kaunseling adalah proses perbincangan biasa yang boleh dijalankan oleh sesiapa

    sahaja, pada bila-bila masa dan tempat

  • 8/12/2019 Soalan Ulangkaji Edu3107 Bab Demi Bab

    2/9

    d. Kaunseling merupakan satu proses yang sistematik, melibatkan perbincangan rapi

    tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang

    2) Puan Fatimah adalah seorang guru B&K di sekolah Cemerlang telah menjalankanbeberapa siri ceramah motivasi dan kemahiran pengurusan masa untuk murid darjah

    enam sekolahnya.

    Tentukan jenis bidang perkhidmatan B&K yang sesuai dengan pernyataan ini.

    a. Kerjaya

    b. Motivasi

    c. Akademik

    d. Psikososial

    Soalan struktur:

    1) A) Nyatakan erti konsep kaunseling dan bimbingan.

    i. ..

    ii. ..

    B) senaraikan 3 bidang perkhidmatan B&K di sekolah.

    i

    ii..

    iii.

    Soalan esei:

    1) Perkhidmatan B&K dilaksanakan di semua sekolah.

    a. Nyatakan dan jelaskan 2 jenis perkhidmatan B&K tersebut dan disertai contoh-

    contoh yang releven.

    b. Huraikan 4 faktor yang mempengaruhi keberkesanan perkhidmatan B&K.

  • 8/12/2019 Soalan Ulangkaji Edu3107 Bab Demi Bab

    3/9

    BAB 2

    Latihan:

    1. - Senarai dan terangkan peranan dan tugas guru bimbingan di sekolah.

    2.- Mengapa ramai guru tidak memilih menjadi guru bimbingan/kaunselor di sekolah?

    Berikan sebab-sebab.

    3.- Apakah fungsi dan tujuan penubuhan PRS? Apakah peranan PRS terhadap

    pelajar lain yang menghadapi masalah sikap, perlakuan atau gangguan emosi?

    Soalan objektif:

    1. Seorang guru akademik iuga mempunyai peranan-peranan tertentu dalam

    perkhidmatan B&K. Antaranya ialah

    a. Mengesan masalah pada peringkat yang awal

    b. Membincangkan masalah pelajar dengan rakan sekerja

    c. Merujuk pelajar yang bermasalah kepada pentadbir sekolah

    d. Menjalankan sesi kaunseling bersama pelajar yang bermasalah

    2. Pilih pasangan kenyataan dan bidang tanggungjawab yang sesuai di bawah.

    i. Menghormati hak individu dan merahsiakan maklumat klien-tanggungjawab

    terhadap klien

    ii. Selalu berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapan-tanggungjawab

    terhadap rakan dan profesion

    iii. Menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan professional-

    tanggungjawab terhadap organisasi dan majikan

    iv. Memahami dan menghormati unsure sosiobudaya masyarakat-tanggungjawab

    terhadap klien

    a. I dan ii sahaja

    b. Iii dan iv sahaja

    c. I, ii dan iv sahaja

    d. Iii, iv dan v sahaja

  • 8/12/2019 Soalan Ulangkaji Edu3107 Bab Demi Bab

    4/9

    3. Pelajar dalam kelas Mei Ling tidak dapat menyiapkan tugasan diberi dan tidak

    dapat tumpu perhatian dalam kelas. Sebagai guru biasa, apakah tindakan yang boleh

    dilakukan oleh Mei Ling?

    a. Menegur pelajar dan beri amaran keras

    b. Merujuk kepada guru kaunseling untuk tindakan lanjut

    c. Terus lapor kepada waris pelajar

    d. Mengatur pertemuan dengan pelajar untuk kumpul maklumat

    Soalan struktur:

    1. A) Namakan 4 cara untuk mengumpul maklumat murid dengan menggunakan

    Teknik Ujian

    i

    ii.

    iii

    iv

    B) Berikan 3 cara bagaimana guru dapat mengesan masalah pembelajaran murid.

    i..

    ii

    iii..

    Soalan esei:

    1. Di sekolah, guru-guru melaksanakan proses bimbingan terhadap murid-murid.

    Huraikan 5 jenis bimbingan tersebut.

  • 8/12/2019 Soalan Ulangkaji Edu3107 Bab Demi Bab

    5/9

    BAB 3

    Soalan objektif:

    1. Menurut Rogers, mana berikut yang bukan faktor mempengaruhi pembentukan

    konsep kendiri?

    a. Pengaruh baka

    b. Keadaan fizikal

    c. Pengaruh keluarga

    d. Pengaruh pasangan

    2. Kerjayaan kaunseling bergantung kepada kualiti dan sikap kaunselor yamg ikhlas,

    kongruen, terima tanpa syarat dan berempati.

    Kenyataan ini merujuk kepada

    a. PCC

    b. RET

    c. Behavioris

    d. Psikoanalisis

    Soalan esei:

    1. Menurut Rogers, pembentukan tingkah laku negatif adalah berkait rapat dengan

    tindihan konsep kendiri dengan pengalaman sebenar.

    a. Terangkan keadaan yang kongruen dan tidak kongruen dalam rajah

    b. Huraikan erti konsep kendiri dan bandingkan 4 ciri kendiri positif dan kendiri

    negatif

  • 8/12/2019 Soalan Ulangkaji Edu3107 Bab Demi Bab

    6/9

    BAB 4

    Soalan objektif:

    1. Murid Z: Ibu tak sayangkan saya.., saya pun tak kisah...

    Kaunselor yang membimbing klien menggunakan parafrasa adala seperti berikut:

    a. Nampaknya anda kecewa dengan ibu anda.

    b. Anda tidak kisah walaupun ibu tak sayang anda.

    c. Anda rasa marah kerana ibu tak sayang anda.

    d. Maka anda ambil keputusan tidak akan hiraukan ibu lagi.

    Soalan esei:

    1. Terangkan kemahiran parafrasa, refleksi perasaan/pengalaman, dorongan mimima,

    penstrukturan dan minta penjelasan dengan jelas dan disertai contoh-cohtoh yang

    releven.

    BAB 5

    Soalan objektif:

    1. -Kanak-kanak sukar meluahkan perasaan dan fikiran secara verbal,

    -proses terapi menggunakan objek membantu kanak-kanak selesaikan konflik

    dalaman.

    Rasional di atas merujuk kepada jenis intervensi kaunseling

    a. terapi seni

    b. terapi muzik

    c. terapi main

    d. terapi bercerita

    Soalan struktur:

    1. a) kanak-kanak yang mengalami pengalaman traumatik boleh memproses

    pengalaman tersebut secara verbal melalui terapi bercerita.

  • 8/12/2019 Soalan Ulangkaji Edu3107 Bab Demi Bab

    7/9

    Berikan 3 peringkat dalam proses perancangan dan pengurusan terapi bercerita

    mengikut urutan yang betul

    i.......................................................................................................................

    ii......................................................................................................................

    iii.....................................................................................................................

    b) Tujuan utama bermain ialah membantu mengembangkan potensi kanak-kanak dari

    aspek fizikal, intelek dan sosialekonomi secara seimbang.

    Rumuskan 7 manfaat bermain yang lain

    i.....................................................................................................................

    ii....................................................................................................................

    iii...................................................................................................................

    iv...................................................................................................................

    v....................................................................................................................

    vi...................................................................................................................

    vii..................................................................................................................

    BAB 6

    Soalan objektif:

    1. Yang manakah berikut adalah ciri kaunseling kelompok?

    a. Proses perkongsian masalah dalam kalangan sekumpulan individu atas isu tertentu

    b. Proses memfokus aspek perubahan seorang ahli dalam kelompok

    c. Proses pemulihan dirancang khas untuk sekumpulan individu yang lemah dalam

    penguasaan kemahiran asas pembelajaran

    d. Proses dinamik secara kumpulan untuk perubahan tingkah laku dan anjakan

    paradigma dalam pemikiran seseorang ahli dalam kumpulan itu

    Soalan struktur:

  • 8/12/2019 Soalan Ulangkaji Edu3107 Bab Demi Bab

    8/9

    1. Nyatakan 3 kelebihan kaunseling kelompok.

    i........................................................................

    ii.......................................................................

    iii......................................................................

    Soalan esei:

    1. Kaunseling kelompok adalah satu proses penyesuaian diri dengan menggunakan

    pengalaman kelompok sebagai penggerak ke arah perkembangan diri dalam kalangan

    ahli.

    a. Huraikan 5 jenis perlakuan yang menghalang proses kaunseling kelompok.

    b. Jelaskan kesan-kesanm yang berlaku pada ahli mengikut fasa-fasa dalam proses

    kaunseling kelompok.

    BAB 7

    Soalan objektif:

    1. Proses pemilihan kerjaya seseorang merangkumi 3 peringkat iaitu fantasi,

    percubaan dan realistik. Penyataan tersebut merujuk kepada

    a. Teori Kendiri Super

    b. Teori Struktur John L. Holland

    c. Teori Tingkah Laku John Krumboltz

    d. Teori Perkembangan Pemilihan Kerjaya Ginzberg

    2. Pernyataan-pernyataan di bawah adalah menerangkan kegunaan Senarai Semak

    Masalah Mooney (Mooney Problem Check List) kecuali

    a. Membantu pentadbir sekolah mengatasi masalah-masalah disiplin yang berlaku

    dalam sekolah

    b. Memberi satu gambaran yang menyeluruh kepada kaunselor tentang gangguan

    yang dihadapi oleh kliennya

  • 8/12/2019 Soalan Ulangkaji Edu3107 Bab Demi Bab

    9/9

    c. Membantu guru kelas mengenalpastikan murid-murid yang memerlukan program

    pemulihan khas dalam akademik

    d. Membantu guru bimbingan dan kaunseling mendapat persepsi yang tepat terhadap

    punca-punca pembentukan personaliti kliennya

    Soalan Struktur:

    1. Kerjaya merupakan bidang yang penting dalam kehidupan seseorang individu.

    Justeru itu perancangankerjaya yang teliti dan teratur perlu bagi menjamin

    keberkesanan perkembangan kerjaya seseorang.

    a) Senarai 4 andaian dalam teori Struktur John Holland

    i......................................................................................

    ii.....................................................................................

    iii....................................................................................

    iv....................................................................................

    b) Senaraikan 6 jenis ciri-ciri personaliti individu dalam bidang investigatif.

    i.....................................................................................

    ii....................................................................................

    iii...................................................................................

    iv...................................................................................

    v....................................................................................

    vi...................................................................................