complete edu3107

Click here to load reader

Post on 27-Apr-2017

245 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011

1.0 PENDAHULUANDalam konteks pendidikan di Malaysia, guru dan murid merupakan suatu elemen yang penting dalam mewujudkan persekitaran di sekolah. Perhubungan antara guru dan murid secara tidak langsungnya telah mewujudkan suatu persekitaran yang terdiri daripada pelbagai situasi. Contohnya, guru berhadapan dengan murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran, tingkah laku, disiplin dan sebagainya. Dewasa ini, kita sering membaca di dada akhbar mengenai pelbagai masalah dan krisis yang melanda murid mahupun guru di sekolah. Sebagaimana yang kita ketahui, pelbagai masalah yang melibatkan murid di sekolah begitu hangat diperkatakan ketika ini. Menurut Sapora Sipon (2000), di antara tahun 1990 hingga 1996 sejumlah 4045 remaja lelaki dan 166 remaja perempuan di antara umur 13 hingga 16 tahun didapati telah melakukan kesalahan juvenil. Manakala, akhbar Harian Ekspress (27 Mei 2000) melaporkan seramai 43 penuntut sekolah di sebuah daerah Sabah terlibat dalam pelbagai jenayah seperti mencuri dan mengakibatkan kecederaan sepanjang tempoh lima tahun persekolahan. Akhbar Utusan Malaysia (22 November 2003) pula menyiarkan berita pergaduhan antara dua kumpulan murid sekolah yang melibatkan pergaduhan dan peras ugut. Oleh itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah merupakan suatu pendekatan yang bijak sebagai usaha menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid serta untuk mencari jalan keluar agar individu yang menghadapi konflik menemui kesejahteraan (Utusan Malaysia, Mac 2000). Rentetan itu, saya berpendapat bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga merupakan saluran dan landasan yang betul bagi menangani sesuatu krisis mahupun masalah yang terdapat di sekolah. Secara umumnya, bimbingan atau dalam bahasa Inggerisnya, guidance bermaksud memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam konteks pendidikan pula, tokoh-tokoh memberikan pendapat masing-masing tentang konsep bimbingan ini. Menurut Crow dan Crow (1983), bimbingan dalam aspek pendidikan merujuk kepada pertolongan atau bantuan yang diberikan dengan kaedah yang betul kepada murid berkenaan. Manakala, Abdul Rahman Khalid (2005) menyatakan bahawa bimbingan merupakan satu konsep pendidikan yang melibatkan pengalaman yang dapat membantu setiap murid untuk memahami, menerima dirinya dan menyesuaikan dirinya secara efektif dan harmonis dalam sesuatu masyarakat. Oleh itu, saya merumuskan bahawa bimbingan bermaksud sesuatu bantuan sama ada berbentuk nasihat ataupun pertolongan yang diberikan kepada individu mahupun kelompok untuk menjadikan mereka lebih baik berbanding sebelumnya. Manakala, terma kaunseling yang berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu counseling membawa maksud memberi bantuan psikologi dan nasihat kepada seseorang. Setiap tokoh mempunyai pandangan masing-masing terhadap terma tersebut. Boy dan Pine (1986) pula mendefinisikan kaunseling sebagai satu perhubungan bersemuka yang mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Selain itu juga, terma kaunseling diterjemahkan sebagai satu proses interaksi yang terjadi di antara dua orang yang dipanggil sebagai kaunselor dan klien, dilaksanakan di satu seting yang professional dan melalui pula hubungan hubungan dimudahcara bagi mewujudkan perubahan-perubahan tingkah laku klien ( Pepsinky dan Pepsinky, 1954). Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa kaunseling merupakan sesi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu mahupun kelompok dalam satu suasana yang memberangsangkan serta melalui pendekatan dan kaedah kaunseling tertentu. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam agenda pendidikan di negara kita terutamanya bagi mencapat matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyambut cabaran Wawasan 2020. Pelaksanaannya juga adalah sejajar dengan objektif am perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu memberi perkhidmatan penyuburan dan penggayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid, memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku, memberi khidmat bersifat pemulihan untuk mengorientasikan semula murid yang bermasalah dan memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukannya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993). Sebagai persediaan kepada bakal guru menghadapi dunia sebenar profesion ini, suatu tugasan yang melibatkan kursus EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak telah diberikan kepada para guru pelatih Semester 7. Tugasan yang diberikan adalah melibatkan dua sub-tugasan iaitu program bimbingan dan laporan sesi kaunseling. Tugasan tersebut merupakan penilaian yang akan diberikan oleh pensyarah kepada guru pelatih terhadap kursus ini. Di akhir kerja kursus ini, guru pelatih diharapkan dapat memahami konsep, teori, pendekatan dan pengaplikasian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pada masa akan datang.

2.0 SUB-TUGASAN 1 : PROGRAM BIMBINGANTugasan 1 ialah tugasan yang melibatkan penganjuran program bimbingan di sekolah. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat bahawa sub-tugasan 1 yang diberikan adalah bertepatan dengan konsep bimbingan yang diutarakan oleh beberapa orang tokoh iaitu untuk membantu individu mahupun kelompok mencapai kehidupan yang lebih baik. Dalam sub-tugasan 1, guru pelatih perlu menyediakan kertas kerja bagi melaksanakan program bimbingan yang dipilih. Seterusnya, saya juga perlu melaksanakan program yang telah dirancang itu. Melalui pelaksanaan tersebut, saya perlu menganalisa dapatan penilaian yang diberikan oleh murid terhadap penganjuran program tersebut sama ada berkesan ataupun sebaliknya. Selepas melaksanakan program tersebut, saya perlu membuat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan program bimbingan yang dianjurkan dan seterusnya membuat penambah baikan untuk penganjuran program bimbingan pada masa akan datang. Program yang dianjurkan ini adalah melibatkan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Sasaran murid adalah seramai 30 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi yang terdiri daripada murid berkefungsian tinggi dan berkefungsian rendah. Program bimbingan ini dilaksanakan di sekolah tersebut adalah kerana saya telah menjalani latihan praktikum di sekolah terbabit. Menurut Amla Salleh at. al (Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, 2006) perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah-sekolah Malaysia perlu berlandaskan kepada empat pendekatan iaitu perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis. Saya telah memilih pendekatan perkembangan iaitu membantu murid ke arah amalan yang lebih baik. Hal ini adalah kerana saya mendapati bahawa murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah tersebut kurang prihatin terhadap amalan menabung. Buktinya, semasa menjalankan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya telah bertanyakan soalan yang berkaitan dengan amalan menabung dan meminta murid memberi respon. Walaubagaimanapun, saya mendapati bahawa rata-rata murid tidak dapat memberi respon yang positif semasa aktiviti tersebut dilaksanakan. Sebagai seorang guru, saya telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Bimbingan Amalan Menabung bertujuan untuk memupuk nilai murni iaitu menabung dan berjimat-cermat dalam kalangan murid Pendidikan Khas.

4.1 Instrumen Pengumpulan DataSetelah program dilaksanakan, murid perlu membuat penilaian terhadap program tersebut. Justeru itu, saya telah menyediakan dua instrumen pengumpulan data iaitu borang maklum balas dan juga borang bancian. Hal ini adalah kerana murid Pendidikan Khas yang terlibat terdiri daripada murid yang berbeza tahap iaitu murid berkefungsian tinggi dan murid berkefungsian rendah. Oleh itu, penilaian murid juga berbeza memandangkan mereka mempunyai masalah dalam pelbagai aspek seperti kognitif, fizikal dan sosial. Di samping itu juga, instrumen pengumpulan data adalah berbeza mengikut tahap kerana terdapat beberapa aktiviti yang berlainan telah dijalankan untuk dua tahap murid tersebut.Borang maklum balas diberikan kepada murid berkefungsian tinggi memandangkan mereka boleh menulis, membaca item soalan dan menilai dengan lebih rasional berbanding murid berkefungsian tinggi. Guru memberi bimbingan untuk membaca item-item soalan pada borang tersebut dan memberi arahan secara lisan kepada murid untuk menilai program tersebut. Murid akan membulatkan ataupun menandakan tanda (/) pada ruangan yang disediakan. Terdapat lima bahagian item soalan telah dibahagikan untuk setiap aspek. Bahagian A adalah berkaitan dengan maklumat peribadi. Bahagian B pula adalah penilaian program. Manakala, Bahagian C adalah penilaian terhadap aktiviti oleh murid kefungsian tinggi dan Bahagian D pula adalah penilaian terhadap aktiviti oleh murid kefungsian rendah. Sebanyak 21 item telah dibina untuk menilai program yang telah saya jalankan.Manakala, penilaian secara lisan pula digunakan untuk murid berkefungsian rendah memandangkan ada di antara mereka tidak dapat menulis dan membaca serta masih belum dapat membuat penilaian secara rasional. Item soalan adalah sama kecuali bagi bagi Bahagian A, C dan Bahagian D. Murid berkefungsian rendah perlu mengangkat tangan bagi setiap soalan berstruktur yang saya ajukan kepada mereka secara lisan. Seterusnya, rakan saya mengira jumlah murid yang mengangkat tangan bagi setiap item soalan yang diajukan bagi mewakili penilaian program tersebut. Hasil penilaian yang diberikan oleh murid akan dianalisis secara kuantitatif iaitu dengan pengiraan kekerapan bagi setiap item dan juga nilai peratusan mengikut formula dalam Rajah 1 di bawah. Kekerapan yang dicatat daripada maklum balas tersebut akan ditukarkan kepada peratusan bagi merumus, membanding beza dan menilai data yang diperoleh. Data keputusan penilaian dipersembahkan dalam jadual dan graf.

x X 100 = Z%