soalan edu

2
KOGILA MARUTHAMUTHU P4C - BT 861013386278 Soalan : Pilih salah satu topik daripada subjek major anda. Terangkan bagaimana caranya diaplikasikan dalam salah satu aplikasi web 2.0. Jawapan : Dalam pengajaran dan pembelajaran, kita boleh menggunakan facebook sebagai agen yang dapat berkongsi maklumat berkaitan dengan pelajaran.Contoh matapelajaran yang kita boleh mengaplikasikan cara facebook adalah Pendidikan Jasmani. Selain itu dapat menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran. Penggunaan internet menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada interaksi biasa di dalam bilik darjah. Kita juga boleh meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web. Dengan adanya facebook pelajar dapat menyelesaikan masalah pembelajaran dengan mudah. Pelajar boleh menyelesaikan kesangsian yang timbul dalam pembelajaran selepas interaksi di dalam kelas. Ini memudahkan pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya, murid boleh menyelesaikan masalah berhubung dengan kerja rumah, tugasan dan lain-lain. Selain itu, Pelajar juga boleh menggunakan facebook untuk menghubungi rakan sekelas tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet.

Upload: amanda-hopkins

Post on 10-Apr-2016

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Edu

KOGILA MARUTHAMUTHU P4C - BT 861013386278

Soalan :

Pilih salah satu topik daripada subjek major anda. Terangkan bagaimana caranya diaplikasikan dalam salah satu aplikasi web 2.0.

Jawapan :

Dalam pengajaran dan pembelajaran, kita boleh menggunakan facebook

sebagai agen yang dapat berkongsi maklumat berkaitan dengan pelajaran.Contoh

matapelajaran yang kita boleh mengaplikasikan cara facebook adalah Pendidikan

Jasmani. Selain itu dapat menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak

langsung membina komuniti pembelajaran. Penggunaan internet menggalakkan

penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada interaksi biasa di

dalam bilik darjah. Kita juga boleh meningkatkan interaksi antara guru dengan

pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web. Dengan

adanya facebook pelajar dapat menyelesaikan masalah pembelajaran dengan

mudah. Pelajar boleh menyelesaikan kesangsian yang timbul dalam pembelajaran

selepas interaksi di dalam kelas. Ini memudahkan pelajar dan guru dalam

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya, murid boleh

menyelesaikan masalah berhubung dengan kerja rumah, tugasan dan lain-lain.

Selain itu, Pelajar juga boleh menggunakan facebook untuk menghubungi rakan

sekelas tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan

tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet.

Dengan membina peralatan dalam struktur sosial Facebook, kita akan

menggalakkan lebih banyak interaksi antara guru dengan murid dan juga murid

dengan murid. Misalnya melalui alat perpustakaan (library tool), pelajar yang

menghadapi kesukaran untuk mencari katalog perpustakaan elektronik atau

mempelajari cara penggunaan sistem perpustakaan universiti mungkin lebih selesa

bertanya kepada “rakan” di dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang

“Tanya Pustakawan”, bukannya terus kecewa dan berputus asa. Pustakawan boleh

menggunakan aplikasi perpustakaan melalui Facebook sebagai satu cara untuk

berhubung rapat dengan pelajar yang selalunya diajar sekali gus dalam sesi

perpustakaan. Aplikasi Facebook yang telah dibina oleh perpustakaan boleh

menyediakan satu ruang untuk pelajar bertanyakan soalan rujukan.

Page 2: Soalan Edu

KOGILA MARUTHAMUTHU P4C - BT 861013386278

Di Facebook, terdapat pelbagai aplikasi untuk melaksanakan sesuatu

perkara. Sebagai contoh, aplikasi instant message yang membolehkan pengguna

iaitu murid dan guru berbincang mengenai sesuatu perkara dengan cepat. Jika

terdapat tugasan yang melibatkan kumpulan, perjumpaan dengan ahli kumpulan

sangat digalakkan, tetapi tidak salah jika kita berbincang di dalam Facebook. Hal ini

kerana kita boleh mencatat maklumat terus ke dalam komputer kita dengan mudah.

Contoh aplikasi lain ialah Notes. Notes ini jarang digunakan oleh pengguna, tetapi

ianya sangat bagus sekiranya kita ingin memaparkan maklumat dengan jumlah yang

banyak.