siap edu

21
Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093 1.0 PENGENALAN Guru merupakan golongan profesional yang diberi peranan penting sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Guru yang komited diperlukan untuk menyediakan program pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkualiti dan berpegang teguh dengan strategi-strategi akauntabiliti yang berkesan (Noriati et al. 2010). Selaku kakitangan sekolah, guru harus memberikan sepenuh komitmen kepada pihak pentadbiran bagi melicinkan urusan berkaitan pengurusan sekolah selain memberikan sokongan padu dalam merealisasikan visi dan misi sekolah sepertimana yang telah digariskan (Abdullah Sani et al. 2007). Komitmen guru menjadi salah satu faktor penting dalam menentukan kejayaan perubahan sesuatu dasar dan agenda pendidikan yang dirancang. Ia tidak sekadar ketika berada dalam waktu bertugas di sekolah, malah pada bila-bila masa pun. Selain menjalankan tugas PdP bidang tugas guru turut merangkumi pelbagai perkara berkaitan dengan bidang pengurusan akademik termasuk penglibatan dalam pengurusan kokurikulum, pengurusan kebajikan murid, terlibat dalam mesyuarat serta menghadiri kursus dan seumpamanya (Noor Akmar Haji Jais. (2006 ). Keadaan itu telah memperlihatkan kepelbagaian tugas seorang guru dalam dunia pendidikan yang sentiasa wujud perubahan seiring dengan keperluan semasa (Mohamad Najib, 2004). Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 1

Upload: michael-reed

Post on 09-Apr-2016

15 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

1.0 PENGENALAN

Guru merupakan golongan profesional yang diberi peranan penting sebagai

agen perubahan dalam masyarakat. Guru yang komited diperlukan untuk

menyediakan program pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkualiti dan

berpegang teguh dengan strategi-strategi akauntabiliti yang berkesan (Noriati et

al. 2010). Selaku kakitangan sekolah, guru harus memberikan sepenuh

komitmen kepada pihak pentadbiran bagi melicinkan urusan berkaitan

pengurusan sekolah selain memberikan sokongan padu dalam merealisasikan

visi dan misi sekolah sepertimana yang telah digariskan (Abdullah Sani et al.

2007). Komitmen guru menjadi salah satu faktor penting dalam menentukan

kejayaan perubahan sesuatu dasar dan agenda pendidikan yang dirancang. Ia

tidak sekadar ketika berada dalam waktu bertugas di sekolah, malah pada bila-

bila masa pun.

Selain menjalankan tugas PdP bidang tugas guru turut merangkumi

pelbagai perkara berkaitan dengan bidang pengurusan akademik termasuk

penglibatan dalam pengurusan kokurikulum, pengurusan kebajikan murid, terlibat

dalam mesyuarat serta menghadiri kursus dan seumpamanya (Noor Akmar Haji

Jais. (2006). Keadaan itu telah memperlihatkan kepelbagaian tugas seorang

guru dalam dunia pendidikan yang sentiasa wujud perubahan seiring dengan

keperluan semasa (Mohamad Najib, 2004). Matlamat utama pendidikan di

Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai

perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan

menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan

untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi

penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Profesion

perguruan merupakan salah satu perjawatan dalam perkhidmatan awam. Oleh

yang demikian, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki

tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang

diamanahkan.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 1

Page 2: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya

peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 

2002. Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan

Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu

diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana

peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan

dan pada masa yang sama dapatdijadikan panduan kepada orang lain.

Rajah 1 : Peraturan 4(2)

Rasional peraturan tatatertib ini dilaksanakan adalah untuk memastikan

pegawai awam ialah melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan

bertanggungjawab, meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada

kepentingan mereka sendiri, menjaga imej perkhidmatan awam dan yang

melakukan kesalahan atau melanggar peraturan dihukum.

1.1 Lima Jenis Salah Laku Guru yang Melanggar Peraturan 4(2)

Seorang guru perlu mempunyai moral dan disiplin diri yang diterap dengan jelas

dan jitu dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang berakhlak mulia. Guru

menjunjung amanah sebagai pendidik yang perlu bersikap jujur dan ikhlas

terhadap pelajarnya, sekolah dan pentadbiran organisasi pendidikan secara

keseluruhannya. Guru perlu amanah dalam menjalankan tugasnya.Amanah dan

jujur dalam tugas sangat dipandang tinggi dalam kerjaya perguruan, seseorang

guru tidak boleh merungut, memberontak dalam diam dan secara terang dan

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 2

Peraturan 4(2); Seseorang pegawai

tidak boleh-

a)membelakangkan tugas demi

kepentingan peribadib)mementingkan

kepentingan persendiriannya

bercanggah dengan tugas awamnya

c)menggunakan kedudukan awamnya demi kepentingan diri

sendiri

d)memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan awam

e)kurang cekap atau kurang berusaha

f)tidak jujur dan tidak amanah

g)tidak bertanggungjawab

h)membawa pengaruh atau tekanan untuk

menyokong tuntutan berkaitan dengan

perkhidmatan awam

i)ingkar perintah

j)cuai dalam tugas

Page 3: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

mengutuk pihak berkaitan jika ditugaskan di sekolah di pedalaman atau negeri

dan kawasan yang tidak mereka sukai. Guru juga tidak boleh melakukan tugasan

dan aktiviti seperti berikut yang menjejaskan etika profesionalisme.

1.1.1 Menjalankan Kerjaya SambilanBerdasarkan peraturan 4(2)(a) dalam peraturan-peraturan Pegawai tidak boleh

membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya. Dalam konteks

seorang guru, guru mestilah mengutamakan tugas mengajar yang mana tugas

tersebut adalah tugas utama seorang guru. Jika guru terbabit mengutamakan

kepentingan peribadi dengan membelakangkan tugas utamanya, maka guru

tersebut telah melanggar peraturan ini.

Contohnya seorang guru berniaga di sekolah. Beliau menggunakan waktu

pengajaran untuk urusan jual beli dengan tidak masuk ke kelas dan membiarkan

murid tanpa pengawasan. Fenomena ini sering berlaku di mana-mana sekolah

dan menjadi rungutan masyarakat kerana guru tidak lagi menganggap perguruan

sebagai profesion utama malah menjadikan kerja sampingan sebagai kerja

utama. Laporan Berita Harian Malaysia (4 Januari 2010) juga mendedahkan,

guru yang terlibat dengan ‘kerja luar’ hingga mengabaikan tugas hakiki mereka di

sekolah semata-mata ingin mengejar pendapatan yang lumayan diakui wujud

sebagai kes terpencil oleh persatuan guru. (lampiran 1)

1.1.2 Menyalahgunakan harta benda sekolah untuk kepentingan diri.

Seorang guru yang menggunakan harta benda sekolah demi kepentingan

peribadi merupakan salah laku yang melanggar Peraturan 4(2)(c). Dalam

peraturan 4(2)(c), seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan dengan

apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa dia (i)

telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya

sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai awam atau dia (ii)

telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.

Berdasarkan pemerhatian saya, antara salah laku dalam peraturan 4(2)(c)

juga ialah guru menggunakan mesin fotostat untuk menyalin bahan kerja kursus

atau borang pinjaman peribadi. Situasi ini jelas kerana ada pegawai bank yang

datang ke sekolah mempromosikan pinjaman peribadi dan tanpa disedari

mereka menggunakan harta benda sekolah seperti mesin cetak, mesin fotostat

atau alat tulis untuk memenuhi keperluan pinjaman berkenaan. Harta benda

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 3

Page 4: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

sekolah tidak boleh sewenangnya digunakan kerana harta kerajaan adalah

amanah dan harus menjadi tanggungjawab pegawai awam menjaganya, bukan

menggunakannya demi kepentingan peribadi.

1.1.3 Terlibat dalam kesalahan jenayah

Merujuk peraturan 4(2)(d) seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan

nama baik perkhidmatan awam. Seseorang guru perlu berpegang pada etika

perguruan supaya profesion ini disanjung hingga akhir zaman.

Kesalahan jenayah seperti penagihan dadah, kes khalwat yang telah

disabitkan, rasuah, berjudi, merompak, gangguan seksual, berhutang dan

banyak lagi kes jenayah yang melibatkan guru saban hari dilaporkan. Guru yang

terlibat dalam kesalahan jenayah telah melanggar peraturan 4(2)(d) kerana telah

mencemar nama baik perkhidmatan awam. Amat memalukan kerana sebagai

seorang guru sepatutnya menjaga nama baik dan reputasi organinsasi kerajaan.

Antara pendedahan akhbar tempatan berkaitan kesalahan jenayah yang

melibatkan guru ialah satu kes yang telah dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian

pada 21 Oktober 2014 iaitu Seorang guru sekolah rendah ditahan kerana disyaki

terlibat penyalahgunaan dadah(lampiran 2). Kes khalwat yang telah disabit

kesalahan laporan akhbar Metro pada 17 Januari 2014 pula ialah Seorang guru

besar dan guru wanita dihadapkan tuduhan melakukan mukadimah

zina(lampiran 3). Isu gangguan seksual oleh guru disiplin yang disiarkan oleh

Malaysia Kini pada 4 Mac 2011 (lampiran 4). Isu ini amat mengejutkan

masyarakat kerana mangsa dalam kes ini melibatkan11 orang pelajar

perempuan yang berusia antara 15 dan 16 tahun.

1.1.4 Pecah Amanah

Salah laku guru yang keempat yang jelas melanggar peraturan pegawai awam

ialah pecah amanah merujuk kepada peraturan 4(2)(f) seorang pegawai kerajaan

tidak boleh tidak jujur dan tidak amanah. Contoh terkini dan hangat diperkatakan

ialah kes bocornya kertas peperiksaan UPSR pada bulan September 2014.

Tindakan yang dilakukan oleh guru berkenaan jelas menyalahi etika keguruan

dan tidak amanah dalam menjalankan tugas. Lembaga Peperiksaan dan

Kementerian Pendidikan menjadi mangsa cemuhan(lampiran 5).

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 4

Page 5: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

Rajah 2 : Salah satu kes pecah amanah

Satu lagi kes salah laku melibatkan pecah amanah oleh guru di sekolah

ialah seorang guru besar yang telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan

denda RM148,500 atas lima tuduhan salah guna kuasa membabitkan bekalan

pakaian seragam kokurikulum sekolah pada 2008 dan 2009 bernilai

RM32,400(lampiran 6).

Kes-kes tersenarai di atas merupakan pelanggaran peraturan-peraturan

Pegawai Awam oleh guru dalam perkhidmatannya. Guru telah tidak amanah dan

tidak jujur dalam menjalankan tugas serta menyalahgunakan kuasa yang

diberikan dengan dengan melakukan tindakan yang bertentangan dengan

peraturan 4(2)(f) seorang pegawai tidak boleh tidak jujur dan tidak amanah.

1.1.5 Salah laku tidak hadir bertugas tanpa sebab munasabahDalam 4(2)(g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab; Contoh

pelanggaran peraturan 4(2)(g) ialah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa

kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah. Berdasarkan pemerhatian

memalsukan sijil cuti sakit merupakan satu kesalahan yang serius kerana guru

telah melanggar peraturan-peraturan pegawai awam. Sijil cuti sakit tidak boleh

sewenangnya diberi oleh doktor kecuali disahkan betul tidak dapat menjalankan

tugas dan perlu diberi cuti rehat. Tindakan guru yang memalsukan sijil cuti sakit

dan tidak hadir bertugas tanpa kebenaran jelas menunjukkan guru tidak

bertanggungjawab dalam tugasnya. Kementerian Pelajaran menerusi Jabatan

Pelajaran memandang serius isu ketidakhadiran guru di sekolah.

Banyak kes yang dilaporkan seperti kes guru ponteng kerja dilaporkan di

akhbar-akhbar tempatan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh dua orang menteri

yang terdapat di dalam artikel dalam Utusan Borneo (lampiran 7) secara

langsungnya mempertengahkan mengenai isu ponteng yang dilihat semakin

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 5

Page 6: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

menular serta berleluasa di dalam kalangan guru – guru di negara ini.Semakin

hari semakin banyak faktor penyebab yang dilihat menjadi punca kepada gejala

ini.Gejala ponteng dikalangan guru ini juga dilihat secara tidak langsungnya telah

mencemarkan nama profesion guru itu sendiri di samping telah melanggar etika

kerja profesion perguruan yang telah digubal.Justeru itu,sebagai bakal

guru,wajarlah isu guru ponteng ini dipertimbangkan serta dibincangkan dengan

serius dan mendalam kerana ianya mencerminkan profesion perguruan yang

selama ini dipandang mulia oleh masyarakat.

1.2 Implikasi terhadap perkhidmatan mereka di sekolah

Kes-kes salah laku guru yang melanggar peraturan pegawai awam (Kelakuak

dan Tatatertib)1993 (Pindaan 2002) telah menimbulkan beberapa implikasi

terhadap perkhidmatan mereka di sekolah.

Rajah 3 : Implikasi terhadap perkhidmatan

Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran seperti berkaitan

tempoh masa pengajaran, kualiti pengajaran guru terjejas, kesan terhadap

organisasi seperti kakitangan lebih mengutamakan kerja sampingan daripada

tugas utamanya di tempat kerja (Mohd Aliff Mohd Nor. (2011), hubungan

kerjasama antara guru terjejas (Parham & Gordon, 2011), memberi kesan negatif

terhadap profesyen keguruan (Nor Azmawati Abdul Rahman(2009) seperti

produktiviti guru berkurangan (Hyder & Ahmed, 2009) dan kekurangan tenaga

(guru penat semasa mengajar) (Mohd Aliff Mohd Nor. (2011).

Kesemua kesan ini secara langsung boleh dilihat sebagai satu

tanggungan kepada organisasi sekolah. Oleh kerana kejayaan organisasi

banyak bergantung kepada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 6

Implikasi terhadap perkhidmatan

Implikasi terhadap PdP

Implikasi terhadap organisasi

Implikasi terhadap profesion keguruan

implikasi terhadap pandangan masyarakat

Page 7: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

kakitangan (Mohd Aliff Mohd Nor. (2011) maka, seharusnya tidak ada sebarang

halangan yang dapat menyumbang kepada kegagalan guru dalam memberikan

komitmen kepada organisasinya. Ini disebabkan komitmen semua guru

diperlukan bagi memastikan pengurusan sekolah dapat dijalankan dengan

jayanya. Menurut Abdullah Sani (2005) guru merupakan penyumbang utama

dalam mengerakkan organisasi sekolah bagi mencapai misi dan visi agar selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Begitu jugalah dalam isu kebocoran kertas peperiksaan UPSR. Kerana

seorang dua yang tidak jujur dan pecah amanah, ramai guru yang komited dan

penuh ikhlas dalam perjuangan mendidik anak bangsa terpalit sama, turut

tercemar integriti mereka. Lebih malang apabila perbuatan tidak jujur dan tidak

amanah kita itu turut 'menghukum' sama anak-anak yang masih putih suci minda

mereka dan tidak tahu apa-apa. Tidak pasal-pasal mereka yang bertungkus-

lumus belajar, membuat persediaan menghadapi peperiksaan itu, yang tidak

melihat pun 'soalan yang dibocorkan' itu, terpaksa mendudukinya semula.

Justeru, pelanggaran guru dalam Peraturan-peraturan Pegawai

Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil tindakan Tatatertib oleh

Lembaga Tatatertib. Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan mana-mana

satu atau apa-apa kombinasi dua atau lebih daripada hukuman-hukuman di

bawah peraturan 38, P.U.(A)395/1993. Pegawai yang terlibat dalam kesalahan

melanggar peraturan akan diberikan amaran, dikenakan denda, dilucutkan hak

emolument seterusnya ditangguhkan pergerakan gaji, diturunkan pangkat dan

pembuangan kerja.

Sebagai guru, harus menjaga harus menjaga etika perguruan dan

sentiasa dalam peraturan-peraturan yang telah digariskan. Kawalan tatatertib

merupakan salah satu daripada elemen dalam pengurusan sumber manusia

yang penting. Matlamat kawalan tatatertib adalah bagi membentuk sikap yang

positif dan mencegah diri daripada berlakunya penyelewengan kerana matlamat

akhir adalah untuk membangunkan pegawai awam yang berkualiti, berintegriti

dan bermotivasi.

Guru yang mengabaikan tanggungjawab sebagai guru dan

membelakangkan tugas awamnya jelas tidak beretika dan melanggar peraturan

pegawai awam. Profesion keguruan memainkan peranan penting dalam

menjulang martabat pendidikan di negara kita.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 7

Page 8: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

2.0 ARTIKEL ISU PENDIDIKAN – KES GURU BELASAH PELAJAR

Kes guru bertindak keterlaluan di sekolah semakin menjadi-jadi. Isu-isu

tersebut telah menjadi topik media dan bualan hangat di kalangan masyarakat.

Adakah kes yang pernah berlaku sebelum ini tidak memberi pengajaran kepada

warga pendidik agar lebih berhati-hati atas tindakan mereka semasa

menghukum dan mengambil tindakan terhadap pelajar. Saya telah memilih

artikel isu keganasan guru yang bertajuk “4 pelajar dakwa dibelasah guru” yang

bertarikh 14 Februari 2014 sebagai artikel pilihan yang menjurus kepada tekanan

emosi guru.

Rajah 4 : Artikel siaran Utusan Online 14.2.2014

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 8

Page 9: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

Empat pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini melalui

detik menakutkan apabila seorang guru lelaki mengamuk dan bertindak

membelasah mereka sehingga mengalami kecederaan. Dalam kejadian pukul 5

petang di makmal komputer sekolah itu, guru berkenaan didakwa menendang

sebelum menumbuk dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan. Seorang

pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa, dia ditendang di muka oleh guru

tersebut hanya kerana tidak membawa buku latihan. Seorang lagi mangsa yang

merupakan pelajar perempuan mendakwa, dia menerima nasib sama apabila

guru yang bagaikan dirasuk bertindak keluar dari makmal komputer dan

menumbuk lima kali di bahagian mukanya.

Susulan kejadian tersebut, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Perak mengarahkan guru berkenaan direhatkan selama seminggu sehingga 19

Februari 2014. Pihaknya juga mendedahkan hasil siasatan awal mereka

berkaitan guru tersebut. Berdasarkan laporan pihak sekolah guru itu dipercayai

mengalami tekanan di samping masalah mental dan mereka telah mengarahkan

guru lelaki itu menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Manjung. Ini

kerana tindakannya mencederakan empat pelajar itu dilihat tidak normal

berbanding hukuman rotan yang dianggap biasa(lampiran 8).

Rajah 5 : keratan akhbar Berita Harian 14.2.2014

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 9

Page 10: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

2.1 Faktor-faktor yang menyumbang tekanan emosi di kalangan guru.

Berdasarkan artikel yang saya pilih itu, ternyata antara penyebab salah

laku guru terjadi akibat tekanan emosi guru. Terdapat beberapa faktor yang

menyumbang kepada tekanan emosi dalam kalangan guru di sekolah.

Rajah 6 : Faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi

           Faktor pertama yang menyumbang kepada tekanan emosi dalam

isu keganasan tersebut ialah masalah disiplin pelajar. Terdapat segelintir guru

yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah pencapaian

akademik murid yang lemah, membuat penilaian bahawa murid perlu dihukum

sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran kepada mereka. Antara contoh

perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah datang

lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dan bersikap

biadap dengan guru.

Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik

dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan

disiplin pelajar. Walaupun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang

pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan

akal fikiran yang waras. Selain artikel tadi, terdapat banyak contoh sebenarnya

yang berkaitan dengan tindakan disiplin berdasarkan emosi yang dilakukan oleh

guru yang berkait dengan masalah disiplin pelajar(lampiran 9)

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 10

Faktor tekanan emosi guru

Masalah Disiplin

Bebanan Tugas

Persekitaran KerjaMasalah Peribadi

Tekanan daripada pihak pengurusan

Sekolah

Page 11: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

Faktor kedua yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru

pula ialah persekitaran kerja dan kerenah pelajar. Persekitaran kerja yang

kurang kondusif dan ditambah lagi dengan kerenah pelajar yang bermacam

ragam, guru terdedah dengan tekanan akibat tugas yang perlu dilaksanakan.

Kekurangan kemudahan di sekolah juga memberi tekanan kepada guru apabila

keperluan untuk mengajar tidak mencukupi dan guru merasakan sesuatu yang

tidak lengkap untuk memberikan pengajaran kepada para murid.

Selain itu, guru juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan

perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan

hati. Masalah-masalah seperti ini menyebabkan guru mengambil tindakan

berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin

pelajar walaupun tindakan ini bertentangan dengan etika dan tatatertib seorang

pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai pemikiran

yang waras.

Faktor ketiga yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan

guru ialah bebanan tugas di sekolah. Faktor bebanan tugas yang terlampau

banyak juga menyebabkan guru-guru mengalami masalah stress. Menurut Esah

Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang

bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru

untuk menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang

disangkakan.

Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran

sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi

penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh

pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya. Perkara ini

mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan

yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai

jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran

sekaligus setiap hari. Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu

diselesaikan pada hari minggu sehingga menyebabkan guru tidak mendapat

ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 11

Page 12: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

Faktor keempat pula adalah tekanan emosi kemungkinan berpunca

daripada masalah peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah,

perhubungan dan taraf hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama

yang sering menghantui golongan guru. Antara penyakit yang popular ialah

darah tinggi, sakit jantung, gout dan banyak lagi penyakit-penyakit lain. Guru

yang mengalami masalah kewangan dan dibebani hutang juga akan mengalami

tekanan emosi yang boleh menganggu prestasi kerja guru terbabit di sekolah.

Masalah-masalah yang berpunca daripada peribadi guru ini akan menganggu

prestasi kerja guru di sekolah apabila mereka terlalu memikirkan tentang

masalah peribadi dan tidak fokus kepada tugasan hakiki di sekolah.

Faktor kelima yang menyumbang kepada tekanan emosi dalam kalangan

guru ialah tekanan daripada pihak pengurusan sekolah. Menurut Ramaiah

(1999), kepimpinan adalah satu fenomena yang melibatkan suatu proses bagi

manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan  potensinya yang melibatkan

keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan bagi seseorang untuk memerintah,

mengarah, mendorong ataupun untuk mempengaruhi. Ini bermakna, seseorang

pemimpin hendaklah menggunakan segala kebolehan yang ada padanya untuk

memimpin dengan cekap dan baik. Pemimpin di sekolah adalah guru besar

ataupun pengetua. Sebagai pemimpin di sekolah, etika kepimpinan yang betul

adalah penting bagi mewujudkan kepimpinan melalui teladan.

Guru besar atau pengetua hendaklah memiliki daya kepimpinan yang

tinggi untuk mencorak suasana sekolah yang kondusif dan hubungan antara

guru juga dalam keadaan yang baik serta mempunyai rasa kepunyaan yang

tinggi terhadap sekolah. Apabila pemimpin di sekolah tidak memimpin dengan

baik dan tidak mentadbirurus dengan sistematik, guru-guru adalah orang yang

akan menjadi mangsa. Guru akan merasa lebih tertekan sekiranya terpaksa

berhadapan dengan pemimpin yang sombong dan mengamalkan birokrasi yang

berlebihan di sekolah.

2.2 Tindakan yang perlu diambil untuk mengelak tekanan emosi

            Pengurusan tekanan emosi di kalangan bakal guru adalah amat penting

untuk menyiapkan diri untuk berdepan cabaran sebenar alam pekerjaan sebagai

seorang guru. Langkah-langkah yang betul perlu diambil semua guru, khususnya

bakal guru untuk mengelakkan tekanan emosi di sekolah nanti.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 12

Page 13: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

Rajah 7: Tindakan guru begi mengelak tekanan emosi

            Pertama, setiap bakal guru haruslah mempersiapkan diri dengan

pengetahuan berkaitan stres dan cara menanganinya. Antara perkara yang perlu

diketahui ialah berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh Shahril @ Charil

Marzuki Yahya Bin Don (2007). Dengan mengetahui tanda-tanda awal, bakal

guru akan mampu untuk bertindak dan mencegah tekanan emosi dengan

menggunakan teknik relaksasi progresif. Teknik ini adalah berasaskan

pernafasan dan mampu membantu untuk merehatkan badan dengan efektif.

Dengan menguasai teknik ini, bakal guru akan mampu untuk melakukannya di

mana-mana sahaja apabila perlu bagi mengingatkan diri bahawa akan sentiasa

ada jalan untuk menyelesaikan sesuatu.

            Kedua, dalam menjalankan tugas, bakal guru perlu bijak mengurus masa. Seseorang guru harus berkebolehan menguruskan masa

dengan sistematik supaya tidak terlalu beban dengan apa sahaja tugas yang

dipertanggungjawabkan. Jangan sekali cuba mencapai terlalu banyak tugas

dalam masa yang singkat. Keinginan untuk mencapai terlalu banyak tugas dalam

sehari, akan menyebabkan mutu kerja mereka merosot. Akhirnya tugas-tugas

tersebut memberi tekanan kepada guru. Oleh itu, guru perlu mengurus tugas-

tugas mengikut keutamaan. Selain itu, setiap guru tidak harus mengamalkan

sikap suka menangguhkan kerja kerana amalan ini akan mengundang tekanan

emosi.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 13

Tindakan guru bagi mengelak tekanan emosi

lengkapkan diri dengan ilmu

berkaitan tekanan emosi

bijak mengusrus

masa

berfikiran positif

menerima tugas

libatkan diri dalam aktiviti

sosial

mengamalkan gaya hidup

sihat

Page 14: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

            Tindakan yang ketiga pula ialah seorang guru harus sentiasa

berfikiran positif ketika menerima tugasan yang diberikan. Walaupun bukan

semua stres boleh dielakkan dan kadang kala adalah tidak sesuai untuk

mengelakkan situasi yang perlu ditangani, terdapat juga stres yang boleh

disingkirkan oleh guru dalam tanggungjawabnya. Seseorang guru perlu berfikiran

positif apabila menerima sesuatu tugas meskipun kurang berkemahiran dalam

bidang tersebut. Berani menerima cabaran sememangnya perlu ada dalam diri

seorang bakal guru. Contohnya, seorang guru Sains boleh menolak tugas

sebagai guru pembimbing pasukan koir di mana beliau memang langsung tidak

mempunyai sebarang pengetahuan dalam bidang muzik. Guru harus berfikiran

positif bagi mengelakkan tekanan emosi dengan berusaha untuk belajar sesuatu

yang baru.

Keempat, bakal guru seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan keagamaan. Kajian Abu Omar bin Mos (1996) menunjukkan kepentingan

sokongan sosial dalam menangani tekanan di kalangan guru-guru. Guru juga

boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk

bertukar-tukar pandangan dan pendapat  tentang sesuatu isu. Dengan

melibatkan diri dengan aktiviti sosial dalam masyarakat akan membuatkan bakal

guru melupakan seketika masalah dan bebanan tugas di sekolah. Secara tidak

langsung akan membantu bakal guru mengawal tekanan emosi apabila

berhadapan dengan tugas.

Tindakan yang kelima ialah mengamalkan gaya hidup sihat. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh

membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian

kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan

menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti

aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi

menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa. Ini termasuklah

menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta

banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup

yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering

tidur lewat.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 14

Page 15: Siap Edu

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8) KKP EDU3093

2.3 Kesimpulan

Tekanan emosi sememangnya berlaku dalam profesion perguruan kerana

profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang sering berhadapan

dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan

selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik

darjah.  Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru pasti akan

menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. 

Jadi sebagai seorang pendidik, kita bukan sahaja perlu bersiap sedia dari segi

fizikal tetapi juga dari segi mental.  Hal ini adalah kerana dalam abad kini yang

ditempuhi pelbagai cabaran dan perubahan, jika seseorang guru tidak dapat

mengadaptasi perubahan, menyelesaikan masalah atau menangani cabaran

yang dihadapi, mereka pasti akan mengalami tekanan emosi.  

Jadi, guru perlu kenal pasti diri sendiri dan bijak untuk memilih langkah

terbaik agar dapat menangani tekanan emosi dengan berkesan. Tekanan emosi

tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana  implikasinya terlalu besar.  Orang

yang sedang dalam tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal

diri sendiri. Justeru, jika kita sedang mengalami tekanan emosi, berusahalah

untuk mengatasinya secepat mungkin.  Begitu juga jika kita melihat rakan guru

yang sedang dalam tekanan, carilah jalan untuk membantunya mengatasi

masalah tersebut.  Cegah sebelum parah adalah jalan yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315 15