research siap
TRANSCRIPT
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
1. PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya
dapat kami menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa
serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan
ketabahan dan kesabaran.
Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pengajar
subjek Nursing Research (NNRH 3122) kami iaitu Pn. Mageyispery a/p S.V Ponniah
di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk
ajar, bimbingan dan nasihat sehingga kami berjaya menyempurnakan tugasan ini.
Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik puan.
Terima kasih yang tak terhingga juga kami ucapkan kepada semua pengajar dan
rakan–rakan kumpulan Julai 2008, pelatih-pelatih Kolej Kejururawatan Taiping yang
banyak menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya kepada kami.
Penghargaan ini juga di ditujukan buat keluarga tercinta kerana memahami serta
membantu kami di dalam meneruskan cabaran untuk menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah
disebaliknya.
Terima Kasih.
1
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
2. PENGENALAN
Kemahiran klinikal yang diperkenalkan oleh Florence Nightingale sejak dahulu
telah mempengaruhi peranan individu dalam mempraktikkan ilmu kejururawatan yang di
pelajari. Kini, institusi-institusi pendidikan tinggi mengaplikasikan kemahiran asas
tersebut kerana menyokong pembelajaran secara praktikal lebih efektif berbanding teori
semata-mata di dalam ilmu kejururawatan. Hal ini memberikan lebih keyakinan kepada
pelatih dalam pendedahan kepada keadaan sebenar bidang kejururawatan apabila ia
dipraktikkan.
Kemahiran asas klinikal merujuk kepada kemahiran-kemahiran praktikal yang
perlu semasa berdepan dengan pesakit atau klien. Kemahiran-kemahiran ini bermula
dari dulu di mana ia meliputi sistem tubuh yang berbeza dan setiap doktor dan
jururawat perlu menguasai beberapa prosedur yang dipelajari di skill lab.
Latihan dalam kemahiran di skill lab tidak bererti latihan klinikal dengan pesakit
sebenarnya. Pelatih jururawat khususnya memerlukan persiapan yang lengkap dalam
kemahiran klinikal sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang melibatkan pesakit
sebenar.
Menurut sejarah, penubuhan skill lab bermula pada tahun 1981 iaitu skill lab di
Mesir merupakan yang pertama yang ditubuhkan pada era itu. Tujuannya
penubuhannya pada masa itu adalah untuk melaksanakan standard latihan dan
penilaian asas kemahiran klinikal dengan menggunakan alatan yang sama untuk
semua pelajar dan melahirkan sikap humanistik atau kemanusiaan dalam
2
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
pendekatan kepada pesakit. Mereka tidak dibenarkan untuk memberi rawatan kepada
pesakit melainkan telah berjaya dalam ujian-ujian praktikal ke atas rakan-rakan mereka
atau model. (Retrieved from http://csl.nelc.edu.eg/sitemap.asp)
Skill Lab adalah tempat perkenalan kepada kemahiran klinikal yang baru
khususnya kepada pelajar/pelatih Diploma Kejururawatan dan meraka akan
menghabiskan masa di skill lab untuk mempelajari klinikal skill pada setiap semester.
Simulasi akan menjadi komponen atau kunci utama dari semua elemen ini. Evaluasi
merupakan proses yang berterusan menggunakan penilaian ke rakan, kursus
kemahiran ujian dan pengalaman klinikal.
Skill lab juga merupakan sebahagian integral dari pendidikan kejururawatan di
mana ia memberi kelebihan untuk mengatasi ketakutan diri sendiri dan tidak dalam saat
bekerja dengan pelbagai tugas pelatih, simulator, dan peralatan di pusat kesihatan
samada hospital mahupun klinik. Dengan menggunakan peralatan telah tersedia, ia
mendorong mempelajari prosedur-prosedur klinikal di mana individu berkemampuan
untuk belajar dan berlatih dengan aman tanpa memberi kesan kepada pesakit yang
sebenar.
Tujuan utama penubuhan skill lab adalah untuk memberikan kesempatan bagi
pelatih jururawat khususnya untuk menjadi kompeten dengan kemahiran klinikal dan
dengan demikian ia dapat diamalkan semasa bekerja bagi mencapai mutu dan kualiti
kerja dalam memberi perawatan kepada pesakit. (O’Donnel, P. T., Borgelt, P. B., &
Johnston, P. K. (2008, September). Purpose and Philosophy of the Nursing Skills
Lab. Nursing Skills Lab Handbook , 4)
3
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
2.1 PROBLEM STATEMENT
Keberkesanan penggunaan Skill Lab di kalangan pelatih-pelatih Kolej Kejururawatan
Taiping.
2.2 PURPOSE OF STUDY
Tujuan kami menjalani kajian ini adalah untuk mengkaji semula keberkesanan
penggunaan Skill Lab berdasarkan maklumbalas dari pengajar dan jururawat klinikal
yang menyatakan bahawa kebanyakan pelatih gementar semasa peperiksaan OSCE.
Selain itu, mereka menyatakan pelatih tidak mahir dalam melakukan prosedur semasa
penempatan klinikal.
Berdasarkan keputusan kelulusan 100 peratus yang dicapai oleh pelatih KKT
pada semester lepas (Januari - Jun 2010), kami ingin mengkaji hubungkaitnya dengan
pengunaan Skill Lab. Kami juga mengambil keputusan melakukan penyelidikan ini di
mana banyak kemudahan disediakan di skill lab, tetapi tidak dimanfaatkan oleh pelatih.
4
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
2.3 RESEARCH OBJECTIVE
2.3.1 GENERAL OBJECTIVE
Mengkaji keberkesanan penggunaan Skill Lab kepada pelatih jururawat Kolej
Kejururawatan Taiping (KKT).
2.3.2 SPECIFIC OBJECTIVE
1. Mengetahui jumlah pelatih Kolej Kejururawatan Taiping (KKT) yang
menggunakan Skill Lab.
2. Mengetahui kekerapan penggunaan Skill Lab oleh pelatih dalam seminggu.
3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelatih pergi ke Skill Lab.
4. Mengetahui pandangan pelatih Kolej Kejururawatan Taiping samada
kelengkapan alatan dan kemudahan di Skill Lab mencukupi untuk latih tubi.
5. Mengetahui persepsi pelatih Kolej Kejururawatan Taiping tentang keyakinan
dalam peperiksaan OSCE.
6. Mengetahui samada kemahiran amali boleh ataupun tidak boleh dipelajari
semasa pembelajaran di dalam kelas.
7. Mencadangkan langkah-langkah dalam meningkatkan minat pelatih untuk ke
skill lab.
5
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
2.4 TERMS AND DEFINATION
Skill Lab pada prinsipnya bukan sekadar learning resource, tetapi mempunyai
fungsi dan matlamat lebih jauh. Di skill lab pelatih dapat belajar pelbagai pengalaman
serta latihan untuk meningkatkan kemahiran dalam melakukan sesuatu prosedur.
Peralatan dan kemudahan yang tersedia di skill lab mempunyai banyak persamaan
dengan situasi sebenar yang bakal dihadapi oleh pelatih semasa penempatan klinikal.
Skill adalah kemahiran atau kepakaran dimana ia merujuk kepada kemampuan
melakukan sesuatu pekerjaan atau aktiviti dengan baik. New Oxford Dictionary
terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd. terbitan ketiga, Tahun 2005.
Pelatih Jururawat adalah seseorang yang mengikuti kursus dalam bidang
kejururawatan selama 3 tahun. http://www.merriam-webster.com/dictionary
Lab adalah tempat dimana dikhaskan sebagai tempat percubaan sesuatu ilmu
yang telah dipelajari di dalam sesuatu cabang ilmu.http://ardictionary.com
6
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
3. LITERATURE REVIEW
Hasil kajian daripada pelatih jururawat dari Sime Darby Nursing and Health
Science College pada 21 Julai 2009 hingga 7 Ogos 2009, menunjukkan 80% pelatih
jururawat bersetuju bahawa praktis di skill lab membantu meningkatkan prestasi dan
kemahiran dalam melakukan prosedur. Ia disokong oleh Schon 1983, yang menyatakan
kemahiran adalah asas kepada jururawat untuk merawat pesakit dan membina
keyakinan diri.
Schon 1983 juga menyatakan pelatih boleh melakukan kesilapan di mana ia
hasil tindakbalas daripada kelakuan dan kemahiran praktikal. Ini akan meningkatkan
kemahiran praktikal tanpa melibatkan keadaan pesakit. Ia juga akan meningkatkan
keyakinan pelatih berdasar kebolehan diri sendiri. Keyakinan ini akan digunakan dalam
perawatan keatas pesakit.
Selain itu, menurut Nicol and Freeth 1998 berkata, kemahiran teori boleh
dibelajar didalam kelas, tetapi kemahiran amali tidak boleh diperolehi semasa
pembelajaran didalam kelas. Ia harus dipraktikkan dalam suasana yang bersesuaian.
Contohnya, semasa di penempatan klinikal.
Dr Mora Claramita dari Universiti Gadjah Mada berpendapat bahawa skill labs
pada prinsipnya bukan sekadar learning resource, tetapi mempunyai fungsi dan
manfaat yang lebih jauh dari itu. Di skill lab, pelajar dapat memperolehi pengalaman
seperti belajar tutorial, kuliah dan pembelajaran kendiri dimana ia diimplementasi dan
diintregrasikan dalam pembelajaran kendiri. Melalui latihan di skill lab juga pelajar
melakukan level “show how” pada Miller Piramid dimana ia sesuai dengan prinsip
7
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
bidang perubatan “ When I see I forget, when I hear I remember and when I do I
understand.
Dalam Nursing and Midwifery Council 2007 menyatakan stimulasi di skill lab
akan meningkatkan jaminan keselamatan dan kemahiran praktikal dimana tempat ini
lebih fokuskan pelatih berbanding pesakit. Kebaikan stimulasi di skill lab adalah ia
dapat dnilai dimana ia dinilai berdasarkan presentasi setiap individu. Prosedur boleh
diulang-ulang sehingga pelatih yakin dan boleh melakukannya. Ini tidak akan memberi
risiko pada pelatih dan pesakit.
8
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
4. METHODOLOGI
4.1 STUDY DESIGN
Dalam kajian ini kami menggunakan jenis penyelidikan kuantitatif non-
experimental dengan close ended question untuk mendapatkan maklumat kajian.
4.2 POPULATION AND SAMPLING
Populasi yang kami gunakan dalam kajian ini adalah terdiri dari kalangan pelatih
jururawat di Kolej Kejururawatan Taiping. Sampel yang kami gunakan adalah
seramai 100 orang pelatih yang terdiri dari kumpulan 1/2008, 2/2008, 1/2009,
2/2009 dan 1/2010 yang akan dipilih secara rawak dalam menjayakan kajian kami
ini.
4.3 DATA COLLECTION
Dalam pemgumpulan data, kami menggunakan kaedah borang kaji selidik yang
diberikan pada respondent secara random. Respondent akan diberi penerangan
tentang cara menjawab soalan dengan betul.
9
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
4.4 PILOT STUDY
Model ini boleh di uji semasa kelas latihan kemahiran untuk mengetahui
apakah cara yang berkesan untuk pelatih memahirkan teknik prosedur yang di
pelajari bagi membantu mereka untuk meluaskan pengetahuan di samping untuk
mengasah kemahiran pelatih untuk menjalan kan prosedur.Kajian ini di
bangunkan bagi kenalpasti maklumbalas pelatih terhadap fungsi skill lab adalah
relevan dengan sukatan pembelajaran.Ia juga bertujuan untuk mewujudkan
pembelajran stress-free yang akan melahirkan satu unit pasukan Jururawat yang
berbudaya korporat serta boleh menyesuaikan diri dalam perawatan sebenar
ketika berada di wad dengan melakukan latihan kemahiran komposisi di skill lab
semasa tempoh latihan di kolej secara maksimum.
10
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
5. DATA ANALYSIS AND INTERPRETATION OF DATA
5.1 FINDING
SOALAN 1
Latihan di skill lab membantu saya meningkatkan prestasi di penempatan klinikal
SANGAT SETUJU66%
SETUJU34%
Sebanyak 66% sangat setuju latihan di skill lab membantu meningkatkan prestasi di
penempatan klinikal,manakala sebanyak 34% menyatakan setuju dengan kenyataan
tersebut dan tiada pelatih menyatakan tidak setuju dan memuaskan. Kesimpulannya,
pelatih sangat setuju dengan kenyataan ini.
11
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 2
Saya memerlukan pengawasan daripada pengajar semasa melakukan prosedur di skill
lab
SANGAT SETUJU37%
SETUJU56%
MEMUASKAN5%
TIDAK SETUJU2%
Sebanyak 56% pelatih menyatakan setuju dengan kenyataan bahawa mereka
memerlukan pengawasan daripada pengajar semasa melakukan prosedur di skill
lab,manakala 37% pelatih menyatakan sangat setuju dengan kenyataan tersebut dan
5% menyatakan memuaskan seterusnya 2% menyatakan tidak setuju dengan
kenyataan tersebut. Kesimpulannya,pelatih setuju dengan kenyataan ini.
12
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 3
Saya mampu untuk melakukan prosedur dengan cekap tanpa latihan di skill lab
SETUJU16%
MEMUASKAN26%
TIDAK SETUJU58%
Sebanyak 58% menyatakan tidak setuju dengan kenyataan bahawa mereka mampu
melakukan prosedur dengan cekap tanpa latihan di skill lab,manakala 26% menyatakan
memuaskan dengan kenyataan tersebut,dan 16% menyatakan setuju dengan
kenyataan tersebut dan tiada pelatih menyatakan sangat setuju.Kesimpulannya,majoritI
pelatih menyatakan tidak setuju dengan kenyataan ini.
13
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 4
Latihan di skill lab membenarkan saya untuk reflek tindakan saya dan meningkatkan
latihan kemahiran saya
SANGAT SETUJU1%
SETUJU96%
MEMUASKAN2%
TIDAK SETUJU2%
Sebanyak 61% pelatih menyatakan setuju dengan kenyataan bahawa latihan di skill lab
membenarkan mereka untuk reflek tindakan dan meningkatkan latihan kemahiran
mereka,manakala 37% menyatakan sangat setuju dengan kenyataan tersebut dan 1%
menyatakan memuaskan dengan kenyataantersebut dan 1% lagi menyatakan tidak
setuju dengan kenyataan tersebut.Kesimpulannya,majoriti pelatih menyatakan setuju
dengan kenyataan ini.
14
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 5
Saya sedar bahawa latihan di skill lab mampu meningkatkan kemahiran saya.
SANGAT SETUJU62%
SETUJU28%
MEMUASKAN10%
Seramai 62% pelatih sangat setuju bahawa latihan di skill lab mampu meningkatkan
kemahiran kerana latihan yang dilakukan berterusan dapat memperbaiki kesalahan dan
memberi keyakinan semasa melakukan prosedur. 28% pelatih menyatakan setuju
dengan penyataan ini manakala 10% lagi menyatakan hanya memuaskan dengan
penyataan ini.
15
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 6
Peralatan di skill lab adalah lengkap dan siap sedia digunakan.
SANGAT SETUJU
SETUJU
MEMUASKAN
TIDAK SETUJU
0 10 20 30 40 50 60
SANGAT SETUJU; 12
SETUJU; 32
MEMUASKAN; 52
TIDAK SETUJU; 4
PELATIH
Sebanyak 52% pelatih bersetuju bahawa peralatan di skill lab adalah memuaskan.Ini
mungkin kerana sesetengah peralatan tidak lengkap dan tidak tersedia di skill lab untuk
digunakan.Sebanyak 32% setuju,12% sangat setuju manakala selebihnya 4% tidak
setuju.
16
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 7
Saya hanya pergi ke skill lab sebelum peperiksaan OSCE.
SANGAT SETUJU SETUJU MEMUASKAN TIDAK SETUJU0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
SANGAT SETUJU; 5
SETUJU; 17
MEMUASKAN; 38TIDAK SETUJU; 40
Carta pai di atas menunjukkan peratusan pelatih yang hanya pergi ke skill lab sebelum
peperiksaan OSCE.40% peratus pelatih tidak setuju dengan kenyataan ini,38% peratus
menunjukkan keputusan memuaskan,17% sangat setuju dengan kenyataan ini serta
5% peratus sangat setuju dengan penyataan ini.
17
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 8
Saya rasa teruja dan bermotivasi untuk melakukan prosedur di skill lab.
SANGAT SETUJU12%
SETUJU60%
MEMUASKAN25%
TIDAK SETUJU3%
Sebanyak 59% bersetuju dengan pernyataan ini, 25% menunjukkan peratusan
memuaskan, 12% sangat setuju dan 3% tidak setuju dengan pernyataan di atas.
18
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 9
Persekitaran dan kemudahan yang ada di skill lab menggalakkan saya untuk lebih
bersemangat dalam melakukan prosedur di skill lab dengan lebih kerap.
SANGAT SETUJU
SETUJU
MEMUASKAN
TIDAK SETUJU
0 10 20 30 40 50 60 70
8
58
27
7
PELATIH
Sebanyak 58% pelatih bersetuju bahawa persekitaran dan kemudahan yang ada di skill
lab menggalakkan pelatih untuk lebih bersemangat dalam melakukan prosedur dengan
lebih kerap kerana persekitaran yang selesa membolehkan pelatih member lebih
tumpuan terhadap prosedur yang dilakukan.Selebihnya 27% pelatih menyatakan
keputusan memuaskan,8% sangat setuju dan 7% lagi menyatakan tidak bersetuju.
19
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 10
Melakukan latihan di skill lab membantu saya menambah keyakinan dalam melakukan
prosedur .
SANGAT SETUJU SETUJU MEMUASKAN TIDAK SETUJU
55
40
5
0
PELATIH
Seramai 55% pelatih sangat bersetuju, 40% setuju dan 5% menyatakan memuaskan
manakala tiada pelatih menyatakn tidak setuju melakukan latihan di skill lab dapat
membantu menambah keyakinan dalam melakukan prosedur kerana latihan yang kerap
dapat memberi pelatih pengalaman dan memperbaiki kesalahan sekaligus dapat
melakukan prosedur dengan lebih yakin.
20
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 11
Saya rasa saya gementar semasa melakukan prosedur untuk pertama kali semasa
penempatan klinikal.
SANGAT SETUJU21%
SETUJU47%
MEMUASKAN21%
TIDAK SETUJU11%
Sebanyak 47% pelatih bersetuju menyatakan bahawa mereka gementar semasa
melakukan prosedur untuk kali pertama semasa penempatan klinikal. 21% pelatih
sangat bersetuju dengan kenyataan ini. 21% juga pelatih menyatakan kurang
memuaskan dengan penyataan ini. Manakala 11% pelatih tidak bersetuju dengan
penyataan ini. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, majoriti pelatih menyatakan
mereka gementar semasa melakukan prosedur untuk kali pertama semasa
penempatan klinikal.
21
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 12
Saya melakukan prosedur hanya semasa sesi pembelajaran.
SANGAT SETUJU
SETUJU
MEMUASKAN
TIDAK SETUJU
0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50
SANGAT SETUJU; 6
SETUJU; 6
MEMUASKAN; 42
TIDAK SETUJU; 46
Sebanyak 46 % pelatih tidak bersetuju dengan penyataan bahawa mereka hanya
melakukan prosedur semasa sesi pembelajaran. Manakala 42% pelatih menyatakan
memuaskan dengan penyataan tersebut. 6% pelatih menyatakan mereka sangat
bersetuju dengan penyataan tersebut. Manakala selebihnya 6% pelatih lagi
menyatakan mereka bersetuju dengan penyataan tersebut. Oleh itu, kesimpulan yang
dapat dilakukan adalah majoriti pelatih menyatakan mereka tidak bersetuju bahawa
mereka hanya melakukan prosedur semasa sesi pembelajaran sahaja.
22
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 13
Saya selalu melakukan latihan di skill lab sebelum di tempatkan di penempatan klinikal
SANGAT SETUJU SETUJU MEMUASKAN TIDAK BERSETUJU0
10
20
30
40
50
60
SANGAT SETUJU; 20
SETUJU; 57
MEMUASKAN ; 20
TIDAK BERSETUJU; 3
Seramai 57% bersetuju dan menyatakan mereka memilih untuk mempraktiskan skill di
skill lab sebelum di tempatkan di penempatan klinikal. Manakala masing-masing 20%
menyatakan memuaskan dan sangat bersetuju dengan pernyataan berikut. Seterusnya
3% lagi pelatih menyatakan mereka tidak bersetuju dengan penyataan ini. Kesimpulan
yang dapat di buat melalui penyataan ini adalah, majoriti pelatih memilih untuk
mempraktiskan skill di skill lab sebelum di tempatkan di penempatan klinikal sebagai
persediaan meningkatkan kemahiran komposisi sebelum di tempatkan di penempatan
klinikal.
23
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 14
Saya tiada masa untuk melakukan latihan di skill lab
SETUJU9%
MEMUASKAN14%
TIDAK BERSETUJU77%
Seramai 77% pelatih menyatakan mereka tidak bersetuju dengan kenyataan berikut
berkait dengan tiada masa untuk melakukan latihan di skill lab. Manakala 14%
menyatakan kenyataan berikut mamuaskan dan lagi 9% memilih pernyataan setuju.Ini
dapat disimpulkan bahawa majoriti pelatih yang terlibat dalam research ini mengatakan
mereka tidak bersetuju jika tiada masa untuk melakukan latihan di skill lab kerana padat
dengan jadual rutin.
24
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
SOALAN 15
Saya boleh melakukan prosedur semasa OSCE dengan yakin.
SANGAT SETUJU
SETUJU
MEMUASKAN
TIDAK BERSETUJU
0 10 20 30 40 50 60
SANGAT SETUJU; 16
SETUJU; 52
MEMUASKAN; 27
TIDAK BERSETUJU; 5
PELATIH
Seramai 52% pelatih bersetuju mengatakan mereka berasa yakin semasa melakukan
prosedur OSCE.Manakala 27% mengatakan mereka sekadar berasa di tahap
memuaskan melakukan prosedur semasa OSCE. Lagi 16% memilih sangat setuju
dengan pernyataan berikut dan 5% mengatakan tidak bersetuju. Kesimpulan yang
dapat di gubal adalah majoriti pelatih bersetuju dengan melakukan latihan di skill lab
boleh meningkatkan keyakinan mereka semasa OSCE.
25
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
5.2 DISCUSSIONS
Pada era globalisasi sekarang, kebanyakan generasi muda lebih memilih kerjaya
berdasarkan pekerjaan yang tetap dan pendapatan yang lumayan. Bidang
kejururawatan juga merupakan salah satu kerjaya yang menjamin masa depan
seseorang. Disamping itu, kerjaya jururawat ini adalah satu kerjaya yang boleh
dibanggakan dan merupakan pekerjaan yang mulia.
Sebelum menjadi seorang jururawat, seseorang haruslah mengikuti kursus
kejururawatan mengikut standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Contohnya Jururawat Terlatih harus mengikuti pengajian Diploma
Kejururawatan selama 3 tahun di mana-mana institusi pengajian. Sepanjang tempoh
menjalani kursus ini, jururawat pelatih akan didedahkan dengan situasi sebenar
pekerjaan melalui penempatan klinikal. Sebelum ditempatkan di penempatan klinikal
pelatih akan menjalani sesi pembelajaran di kelas dan sesi praktikal di skill lab. Oleh
itu, haruslah mengunakan kemudahan di skill lab dengan sebaik-baiknya sebelum
mereka ditempatkan di penempatan klinikal seterusnya ke alam pekerjaan.
Oleh yang demikian, kami melakukan kajian ini untuk mengetahui samaada
pelatih jururawat Kolej Kejururawatan Taiping menggunakan skill lab secara berkesan
atau tidak. Dalam pada hasil kajian ini kami mendapati 100 % pelatih bersetuju bahawa
latihan di skill lab membantu meningkatkan prestasi pelatih di penempatan klinikal. Ini
disokong oleh Schon 1983, yang menyatakan bahawa kemahiran adalah asas kepada
jururawat untuk merawat pesakit dan membina keyakinan diri.
26
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
Pelatih juga bersetuju bahawa mereka memerlukan pengawasan daripada
pengajar atau staf klinikal semasa melakukan prosedur di skill lab. Dan mereka
menyatakan bahawa mereka tidak mampu melakukan prosedur dengan cekap tanpa
latihan di skill lab. Kenyataan ini dikukuhkan oleh Nicol anf Freeth 1998, dimana mereka
menyatakan pembelajaran teori boleh dipelajari didalam kelas, tetapi kemahiran amali
tidak boleh diperolehi semasa pembelajaran didalam kelas. Ia harus dipraktikkan dalam
suasana yang bersesuaian contohnya di skill lab atau penempatan klinikal.
Walaubagaimana pun, sebanyak 52% daripada 100 orang pelatih yang diambil
sebagai sample menyatakan bahawa peralatan yang disediakan di skill lab tidak
lengkap atau tidak mencukupi untuk melakukan latihan praktikal. Peralatan yang
digunakan mungkin sudah tidak diguna pakai didalam wad kerana bidang
kejururawatan sentiasa berubah, peralatan yang diguna pakai juga sering berubah
mengikut arus teknologi dalam bidang perawatan ini.
Latihan di skill lab haruslah dipraktikkan sepanjang masa untuk meningkatkan
kemahiran serta mengelakkan pelatih tidak lupa mengenai prosedur- prosedur yang
telah dipelajari.Kenyataan ini disokong dimana 88% pelatih daripada 100 orang pelatih
yang diambil sebagai sampel menyatakan tidak berpuas hati dan tidak setuju dengan
penyataan bahawa mereka hanya melakukan prosedur hanya semasa sesi
pembelajaran.Ini menunjukkan bahawa latihan di skill lab adalah sesi yang
berpanjangan di mana tidak dilakukan semasa sesi pembelajaran sahaja.Dan 77%
pelatih menyatakan mereka selalu melakukan latihan di skill lab sebelum ditempatkan di
penempatan klinikal.
27
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
Ini membuktikan bahawa pelatih-pelatih haruslah diberi pendedahan awal sebelum
penempatan kilnikal. Mereka harus didedahkan dengan suasana sebenar di wad
sebelum penempatan klinikal yang mana persekitaran serta peralatan yang disediakan
di skill lab adalah menyerupai suasana sebenar di penempatan klinikal.Ini dikukuhkan
oleh Dr. Mora Claramita dari Universiti Gajah Mada yang berpendapat bahawa skill lab
pada prinsipnya bukan sekadar learning resource tetapi,mempunyai fungsi dan manfaat
yang lebih jauh dari itu.Ini juga dapat mengukuhkan penyataan di dalam Nursing and
Midwifery Council 2007 yang menyatakan stimulasi di skill lab akan meningkatkan
jaminan keselamatan dan kemahiran praktikal di mana tempat ini lebih memfokuskan
pelatih berbanding pesakit.
Kemahiran pelatih dinilai melalui peperiksaan OSCE yang dijalankan pada setiap
semester.Pelatih dinilai melalui kemahiran melakukan sesuatu prosedur tanpa diberi
tunjuk ajar oleh pengajar atau staff klinikal dan mengikut masa yang
ditetapkan.Sebanyak 72% sangat setuju dan setuju bahawa mereka berasa yakin
sewaktu melakukan prosedur semasa peperiksaan OSCE.Ini menunjukkan bahawa
latihan di skill lab amatlah penting dan banyak membantu pelatih dalam prestasi
meraka sewaktu peperiksaan.Ini disokong oleh Schon 1983 yang menyatakan pelatih
boleh melakukan kesilapan di mana ia merupakan hasil tindak balas daripada kelakuan
dan kemahiran praktikal.Ini akan meningkatkan kemahiran praktikal tanpa melibatkan
keadaan pesakit.Ia juga akan meningkatkan keyakinan pelatih berdasarkan kebolehan
diri sendiri.Keyakinan ini akan digunakan dalam perawatan ke atas pesakit.
Secara keseluruhannya,kajian yang kami jalankan ini membuktikan pelatih Kolej
Kejururawatan Taiping menggunakan skill lab dengan berkesan dan berterusan.Mereka
28
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
juga berpendapat bahawa skill lab banyak membantu prestasi mereka semasa
penempatan klinikal dan juga semasa peperiksaan OSCE.Ini dibuktikan dengan peratus
kelulusan peperiksaan OSCE Kolej Kejururawatan Taiping adalah tinggi berbanding
kolej-kolej kejururawatan lain dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
29
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
5.3 LIMITATION OF STUDY
Semasa proses kaji selidik dijalankan, pelbagai halangan telah kami hadapi dalam
menyiapkan kajian ini. Antara halangan yang dikenalpasti adalah:
1. Pelbagai protokol
Kami perlu mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada pihak atasan untuk
menjalankan kajian ini di Kolej Kejururawatan Taiping serta banyak peraturan
yang harus kami patuhi dalam menjalankan kajian ini.
2. Kajian pertama kali
Kajian ini merupakan kajian yang pertama yang dilakukan oleh kami. Oleh itu,
kami mempunyai kurang pengetahuan dan kuang pengalaman dlam melakukan
kajian ini. Kami mengambil masa yang agak lama untuk memahami perjalanan
dan cara melakukan kajian ini.
3. Masa yang terhad
Kebanyakkan penyelidik dan responden telah menjalani praktikal di wad dalam
shif yang berbeza dan menyebabkan kesukaran menjalankan perbincangan
dalam menyiapkan tugasan dan mengumpul bahan yang diperlukan.
30
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
4. Kemudahan yang terhad
Penyelidik terpaksa berkongsi komputer dan perlu bersaing untuk
menggunakannya. Sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan juga tidak
banyak membantu menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan maklumat bagi
menyiapkan kajian. Oleh itu, kami terpaksa mencari lebih banyak maklumat
melalui internet.
31
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
5.4 IMPLICATION
Melalui analisis yang telah kami jalankan untuk penyelidikan ini, kami dapat
menemui beberapa implikasi yang telah kami perolehi melalui kajian tersebut.
Antaranya ialah kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi responden.
Melalui kajian ini kami telah mengkaji kebaikan penggunaan skill lab dalam
meningkatkan kemahiran dalam melakukan praktikal sepanjang penempatan
klinikal .Antara kebaikan yang boleh dicapai melalui penggunaan skill lab yang
berkesan ialah pelatih dapat melakukan prosedur dengan cekap dan berkemahiran
serta dapat melakukan prosedur dengan baik semasa peperiksaan OSCE.
Seterusnya kami juga mengkaji faktor yang mendorong pelatih ke skill lab.
Antaranya ialah untuk menghadapi peperiksaan OSCE. Majoriti responden hadir ke skill
lab bagi menjalankan latihan praktikal bagi memahirkan lagi mereka dalam sesuatu
prosedur dan dapat melakukan dengan baik semasa OSCE.
Di samping itu, kami juga melakukan kajian mengenai sebab-sebab responden
tidak dapat ke skill lab. Antaranya ialah disebabkan oleh jadual harian yang terlalu
padat dengan aktiviti lain dan tiada masa untuk ke skill lab bagi melakukan latihan
praktikal.
Selain itu, kemudahan dan peralatan juga mempengaruhi responden ke skill lab.
Sekiranya peralatan di skill lab mencukupi, responden akan lebih bersemangat untuk
ke skill lab serta dapat melakukan latihan praktikal dengan baik dan lancar.
32
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
Kesimpulannya, beberapa langkah turut dicadangkan bagi meningkatkan jumlah
pelatih ke skill lab. Antaranya ialah pihak kolej perlu menyediakan peralatan yang
mencukupi bagi menjalankan prosedur dengan baik. Selain itu, coordinator diperlukan
bagi memantau para pelatih dalam melakukan latihan praktikal dengan penuh mahir.
Seterusnya, pihak kolej perlu mewujudkan satu organisasi skill lab bagi memantau
keadaan skill lab dan dalam masa yang sama dapat menilai pencapaian para pelatih
dalam melakukan latihan praktikal. Antara cadangan lain yang boleh dilaksanakan bagi
meningkatkan jumlah para pelatih ke skill lab ialah dengan mewujudkan jadual setiap
kumpulan pelatih secara bergilir-gilir supaya semua pelatih berpeluang melakukan
latihan praktikal.
33
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
5.5 RECOMMENDATION
Kemahiran merupakan asas utama dalam kerjaya kejururawatan. Oleh itu, untuk
menjadi jururawat yang berkualiti mereka harus dibekalkan dengan ilmu yang
mencukupi sebelum menempuh alam perkerjaan yang sebenar. Skill lab merupakan
salah satu cara untuk mengukuhkan dan meningkat kemahiran kejururawatan. Jadi
setiap pelatih haruslah manfaatkan penyediaan skill lab dengan sepenuhnya. Justeru
itu, kami mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan minat pelatih pergi ke skill
lab dan seterusnya menerapkan kepentingan skill lab kepada pelatih.
Pertama, galakkan setiap pelatih menggunakan skill lab untuk mempraktikkan
prosedur yang diajar di skill lab setiap minggu bagi meningkatkan kemahiran semasa
penempatan klinikal.pelatih digalakkan melakukan latihan di skill lab secara konsisten
dapat memastikan pelatih melakukan praktikal dengan baik.
Selain itu, koordinator skill lab diwujudkan bagi memantau pelatih melakukan
prosedur dengan betul dan cekap. Koordinator perlu sentiasa ada supaya dapat
memberikan tunjuk ajar kepada para pelatih.
Seterusnya, menyediakan jadual untuk semua kumpulan pelatih bagi
memastikan pelatih dapat melakukan latihan praktikal di skill lab dan berpeluang
mempraktikkannya. Pelatih akan rasa lebih berkeyakinan semasa melakukan praktikal
di penempatan klinikal.
Di samping itu, wujudkan satu organisasi bagi skill lab untuk memantau keadaan
skill lab dan menilai tahap pencapaian para pelatih dalam melakukan praktikal.
34
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
Organisasi tersebut boleh dikelolakan oleh para pelatih dan diketuai oleh seorang
pengajar dan jururawat klinikal.
Antara langkah lain yang boleh diambil adalah dengan menyediakan peralatan
yang mencukupi dan berfungsi dengan baik serta mengikut teknologi semasa supaya
prosedur dapat dilakukan dengan lancar dan baik. Pelatih akan dapat mempelajari
kemahiran dan pengetahuan sejajar dengan teknologi yang digunakan di wad pada
masa sekarang.
Akhir sekali, ujian praktikal dilakukan bagi memantau kemampuan para pelatih
dalam melakukan latihan praktikal bagi memastikan pelatih dapat menjalani
penempatan klinikal dengan baik dan berkemahiran.
35
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
5.6 CONCLUSION
Kami telah menjalankan kajian mengenai pemilihan penyataan iaitu
“Keberkesanan Penggunaan Skill Lab di Kalangan Pelatih-Pelatih Kolej Kejururawatan
Taiping” terhadap 100 orang pelatih jururawat Kolej Kejururawatan Taiping yang terdiri
daripada pelatih kumpulan 1/2008, 2/2008, 1/2009, 2/2009 dan 1/2010 yang dipilih
secara melalui kaedah simple random sampling. Pengumpulan data kami
menggunakan kaedah boring kaji selidik (questionnaire) berbentuk closed ended
question kepada responden.
Setelah menganalisa data yang diperolehi, kami mendapati 100 % pelatih
bersetuju bahawa latihan di skill lab membantu meningkatkan prestasi pelatih di
penempatan klinikal dan mereka memerlukan pengawasan daripada pengajar atau staf
klinikal semasa melakukan prosedur di skill lab. Mereka juga menyatakan bahawa
mereka tidak mampu melakukan prosedur dengan cekap tanpa latihan di skill lab. 77%
pelatih menyatakan mereka selalu melakukan latihan di skill lab sebelum ditempatkan di
penempatan klinikal. Ini membuktikan bahawa pelatih-pelatih haruslah diberi
pendedahan awal sebelum penempatan kilnikal.
Oleh itu, kami telah mengusulkan beberapa pendapat dan cadangan bagi
meningkatkan minat, kemahiran klinikal dan mutu kerja di wad. Antaranya ialah
galakkan setiap pelatih menggunakan skill lab untuk mempraktikkan prosedur yang
diajar di skill lab setiap minggu serta menyediakan jadual untuk semua kumpulan
pelatih bagi memastikan pelatih dapat melakukan latihan praktikal di skill lab dan
berpeluang mempraktikkannya. Selain itu, koordinator skill lab dan satu organisasi perlu
36
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
diwujudkan bagi memantau pelatih melakukan prosedur dengan baik dan cekap serta
dapat memberi tunjuk ajar yang betul.
37
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
6. BIBLOGRAFI/REFERENCE
• Drews M, Wallis M (1999). Mentorship in Nursing: Journal of Advanced Nursing.
201-207.
• Bransford JD, Brown AL, (2000). Perception of The Philosophy and Practice of
Nursing. 4th edition. Nurse Education Today. Chiltern Press, London.
• Quinn MF, (2000). Principles and Practice of Nurse Education. 5th edition. Stanley
Thornes, Cheltenham.
• Turner P, (1996). A Qualitative Analysis of Student Nurses Experiences.
• O’Donnel, P. T., Borgelt, P. B., & Johnston, P. K. (2008, September). Purpose and
Philosophy of the Nursing Skills Lab. Nursing Skills Lab Handbook , 4
• New Oxford Dictionary terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.
• http://www. yourdictionary.com/usage
• http://mw1.meriam-webster.com/dictionary/usage
• http://www.answers.com/topic/skill
• http://csl.nelc.edu.eg/sitemap.asp
38
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
7. APPENDIX
7.1 Questionnaire
KOLEJ KEJURURAWATAN TAIPING
SOAL KAJI SELIDIK
TAJUK : MENGETAHUI SAMAADA PELATIH JURURAWAT KOLEJ
KEJURURAWATAN TAIPING MENGGUNAKAN SKILL LAB SECARA
BERKESAN.
39
Arahan kepada responden:
1. Anda tidak perlu menyatakan nama di atas boring kajian ini dan identiti serta segala maklumat yang diberikan dalam soal selidik ini adalah sulit dan dirahsiakan.
2. Sila tandakan ( / ) dalam kotak jawapan yang anda pilih.
3. Setiap soalan terdiri daripada 1 jawapan respon tunggal sahaja.
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
1.Latihan di skill lab membantu saya meningkatkan prestasi di penempatan klinikal
Sangat setujuSetujuMemuaskanTidak Setuju
2.Saya memerlukan pengawasan daripada pengajar semasa melakukan prosedur di skill lab
Sangat setujuSetujuMemuaskan Tidak Setuju
3.Saya mampu untuk melakukan prosedur dengan cekap tanpa latihan di skill lab
Sangat setujuSetujuMemuaskan Tidak Setuju
4.Latihan di skill lab membenarkan saya untuk reflek tindakan saya dan meningkatkan latihan kemahiran saya
Sangat setujuSetujuMemuaskan
40
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
Tidak Setuju
5.Saya sedar bahawa latihan di skill lab mampu meningkatkan kemahiran saya
Sangat setujuSetujuMemuaskan Tidak Setuju
6.Peralatan di skill lab adalah lengkap dan siap sedia digunakan
Sangat setujuSetujuMemuaskan Tidak Setuju
7.Saya hanya pergi ke skill lab sebelum peperiksaan osce
Sangat setujuSetujuMemuaskan Tidak Setuju
8.Saya rasa teruja dan bermotivasi untuk melakukan prosedur di skill lab
Sangat setujuSetujuMemuaskan Tidak Setuju
9.Persekitaran dan kemudahan yang ada di skill lab menggalakkan saya untuk lebih bersemangat dalam melakukan prosedur di skill lab dengan lebih kerap
41
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
Sangat setujuSetujuMemuaskan Tidak Setuju
10.Melakukan latihan di skill lab membantu saya menambah keyakinan dalam melakukan prosedur
Sangat setujuSetujuMemuaskan Tidak Setuju
11.Saya rasa gementar semasa melakukan prosedur untuk pertama kali semasa di penempatan klinikal
Sangat setujuSetujuMemuaskan Tidak Setuju
12.Saya melakukan prosedur hanya semasa sesi pembelajaran
Sangat setujuSetujuMemuaskan Tidak Setuju
13.Saya selalu melakukan latihan di skill lab sebelim ditempatkan di penempatan klinikal
Sangat setujuSetujuMemuaskan
42
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
Tidak Setuju
14.Saya tiada masa untuk melakukan latihan di skill lab
Sangat setujuSetujuMemuaskan Tidak Setuju
15.Saya boleh melakukan prosedur semasa osce dengan yakin
Sangat setujuSetujuMemuaskan Tidak Setuju
43
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
The Nursing Skills Lab
The Nursing Skills Lab at Cuesta College provides an opportunity for students to
practice nursing skills in a supportive and caring environment. The skills progress from
simple to complex as students progress in the nursing program.
The lab allows for demonstration and practice of nursing skills learned in theory and
clinical courses. Practice opportunities vary from highly structured to less structured
simulations of clinical scenarios. Regular skill practice is required of all students in the
first, second, and third semesters of the nursing program.
Students are able to see and manipulate manikins for skills such as dressing changes,
ostomy care, intravenous fluid and medication practice, intramuscular medication
practice, as well as more complex skills such as tracheal suction and tracheostomy
care. VCRs on rolling carts allow students to bring skills videos to the bedside to view a
procedure while practicing a selected skill. Students who practice skills often are the
most successful in the nursing program.
44
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
The Nursing Computer Lab
The nursing computer lab allows students to view computer assisted instruction
programs and videos as well as previous Power Point lectures. Students often use this
time to reinforce information at their own pace. They can view the programs individually
or in groups, which enhances learning through discussion. Basic keyboarding and
Windows95 skills are necessary to utilize the computer lab.
45
NURSING RESEARCH (NNHR 3122)
46