46391192 unit 7 konkrit siap tuang dan teknologi pasang siap

26
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 1 7.0 KONKRIT SIAP TUANG Unit 7-1 7 Uni t KONKRIT SIAP TUANG DAN TEKNOLOGI OBJEKTIF AM Memberikan pengetahuan asas tentang konkrit siap tuang dan teknologi pasang siap dari segi kaedah pembuatan, pengangkutan, pemasangan di tapak dan masalah-masalah yang timbul dalam pemasangan pasang siap. OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Mentakrifkan konkrit siap tuang. Menerangkan kaedah pembuatan, pengangkutan dan pemasangan konkrit siap tuang. Menerangkan dua unit siap tuang. Menerangkan masalah-masalah yang timbul dalam pemasangan pasang siap. UNIT 7 INPUT

Upload: wan-azimas

Post on 17-Sep-2015

125 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

konkrit pasang siap yang menggunakan system binaan berindustri yang semakin meningkat penggunaannya dalam teknologi pembinaan dinegara kita.

TRANSCRIPT

KONKRIT SIAP TUANG

C1004 / Unit 7halaman 4

7.0 KONKRIT SIAP TUANG

7.1Takrifan Konkrit Siap Tuang

Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau yang dibuat di kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa ke tapak bina untuk terus dipasang.

Biasanya bahagian konkrit siap tuang di bawa ke tapak bina pada peringkat-peringkat yang tertentu dan ia dibina dengan cepat tanpa pemasangan acuan, keluli tetulang, pembancuhan dan pengangkutan konkrit ke tapak bina. Kerja-kerja siap tuang dijalankan biasanya di tempat-tempat yang bekalan bahan dan tenaga mahir mudah didapati.

7.2Jenis-jenis Unit Siap Tuang

7.1.1Unit Kemudahan

Unit siap tuang biasanya digunakan untuk membuat dinding pembahagi dan pelapisan (cladding). Ianya digunakan kerana ia ringan dan mudah diangkat. Untuk pembinaan pelapisan, ketinggiannya adalah dari lantai ke lantai dan dipasang secara terperinci dan berulangan.

Pemasangan unit kemudahan ini disokong pada satu aras untuk memberikan satu gerakan terutamanya disebabkan oleh suhu dan pengecutan serta gerakan oleh struktur tersebut. Gerakan struktur dihasilkan oleh beban pada lantai dan pengenapan tapak asas.

7.1.2 Unit Struktur

Ianya terdiri daripada dinding alas beban, tiang rasuk, lantai dan tangga. Pada keseluruhannya unit-unit struktur dibina untuk memenuhi kehendak spesifikasi bangunan.

Struktur siap tuang direka dengan mengambilkira sambungan yang kurang tegar antara struktur yang dibina dengan konkrit tuang di situ. Setiap unit hendaklah direka sebagai tidak berterusan dan disambung pada hujungnya. Bagi bangunan yang tinggi, ketegaran dapat dicapai dengan ruang tengah yang mengandungi lift, tangga kecemasan, tandas dan perkhidmatan bangunan.

Rajah 7.1 : Penyambungan tiang dan lantai bagi unit struktur

konkrit siap tuang

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

7.3Kaedah Pembuatan

Kaedah papak angkat merupakan salah satu sistem pembinaan yang semakin popular. Kegunaannya merangkumi pembinaan bangunan-bangunan pejabat, hotel, tempat letak kenderaan dan struktur-struktur yang bentuk kerangkanya adalah serupa antara satu tingkat dengan tingkat-tingkat yang lain.

Melalui kaedah sistem papak angkat ini, keseluruhan papak lantai dan bumbung dibina dari aras tanah secara lapisan demi lapisan. Acuan hanya dipasang pada bahagian tepi papak dan pada pembukaan lantai yang akan memuatkan struktur tiang.

Sebelum kerja-kerja pengkonkritan dilakukan, tetulang-tetulang keluli direntangkan pada seluruh bahagian papak mengikut kekuatan reka bentuk yang diperlukan. Relang khas dipasangkan pada bahagian-bahagian papak yang menempatkan pembukaan dengan tujuan untuk menyediakan kemudahan kerja, semasa mengangkat papak-papak dari aras tanah ke aras yang diperlukan.

7.4Kaedah Pengangkutan Unit Siap Tuang

8.3.1 Pengangkutan Jalan Raya

8.3.2 Pengangkutan Keretapi

8.3.3 Sistem Pengangkutan Air

7.3.1Pengangkutan Jalan RayaBiasanya unit siap tuang diangkut dengan kenderaan khas seperti low loader, treler, traktor dan lain-lain lagi. Anggota ini dikenakan penyokong khas dan rangka khas bentuk A untuk memastikan unit ini tidak mengalami tegangan. Perhatian perlu diambil sewaktu kerja-kerja pengangkutan balak dijalankan kerana kedudukan adalah sendeng.

Tarikan graviti oleh berat struktur akan menyebabkan tegasan tegangan berkembang dan balak akan mengalami kegagalan. Segala kelengkapan pengangkutan hendaklah diperiksa semasa dalam perjalanan.

7.3.2.Pengangkutan KeretapiPenggunaan keretapi akan menjadi lebih ekonomi terutama bagi jarak penghantaran yang jauh sekiranya kerja pengangkutan anggota siap tuang berhampiran dengan kemudahan keretapi. Ianya akan menjadi lebih ekonomi lagi jika pengelolaan dapat dijalankan dengan perancangan yang teliti.

Apabila jangka masa penghantaran unit struktur tersebut ditetapkan, maka jentera pengangkutan disediakan lengkap dengan tenaga pekerja yang mahir. Sistem pengangkutan ini sesuai apabila unit-unit kecil digunakan dan adalah lebih ekonomi lagi.

7.3.3Sistem Pengangkutan AirIa selalunya digunakan untuk struktur yang berhampiran terus dengan air. Contohnya pembinaan jeti, empangan dan lain-lain lagi. Untuk mengelakkan kecacatan, maka unit tersebut disusun dengan baik supaya tidak bergerak atau bergetar semasa proses pengangkutan dijalankan.

7.4Kaedah-kaedah Pemasangan di Tapak

Pemasangan struktur siap tuang memerlukan tenaga mahir yang mampu untuk memasang pada rekabentuk yang ada. Pemasangan yang terdapat pada struktur dikehendaki dalam masa yang singkat dan keadaan yang selamat.

Semasa pemasangan, semua ahli binaan perlu berada di tapak binaan sama ada pereka bentuk, pembuat dan pembina untuk menentukan kerja-kerja pemasangan dapat berjalan dengan lancar.

Lakaran tapak, lukisan awalan dan lukisan terperinci pada pemasangan perlu ada pada tapak. Pemilihan jentera dan peralatan diambilkira ketika pemasangan dilakukan.

Penggunaan jentera hidraulik dan pembinaan kren perlu dilakukan secara teliti supaya ia mesti mengikut rekabentuk yang ditetapkan. Cara pembinaan yang dilakukan ialah dengan menentukan segala ahli struktur dan unit kemudahan tidak terdedah kepada beban angin, beban tekanan dan juga beban gerak yang ada.

Sistem cegahan / tahan air hendaklah direka dan dipasang dengan trolak keselamatan. Gasket digunakan untuk mengadakan penahanan bahan terhadp sambungan tersebut.

Gambar 7.1 : Kerja-kerja Pembuatan Konkrit Siap Tuang dan Teknologi Pasang Siap

Sebelum Peletakan Konkrit

Selepas Peletakan Konkrit

Kaedah Penyimpanan Panel

1. Column Erection

2 . Grouting in sleeve joint3. Erection of beam

4. Setting Pca slab

5. Placing joint structure6. Completion of structure

7.5 Kaedah Teknologi Pasang Siap

Teknologi pasang siap ialah satu sistem pembinaan yang melibatkan pembentukan komponen-komponen struktur tertentu di kilang-kilang pembuat dan di bawa ke tapak untuk dipasangkan bagi membentuk sebuah struktur lengkap. Komponen-komponen struktur biasanya siap dibina di kilang-kilang kebiasaannya terdiri daripada dinding, lantai, pintu, tingkap, tangga, tiang, rasuk dan lain-lain lagi.

Ciri-ciri Utama Teknologi Pasang Siapa) Sistem ini dapat menjimatkan masa pembinaan di tapak kerana sebahagian besar komponen-komponen tersebut telah siap dibina di kilang-kilang pembuat. Oleh itu kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.

b) Sistem pasang siap dapat memberikan berbagai-bagai pilihan terhadap kaedah pembinaan. Tujuan rekabentuk ialah untuk mengurangkan penggunaan acuan dan peranca dalam pembinaan rasuk jambatan di mana rasuk tersebut diapungkan untuk merentangi sungai sebelum dipasangkan ke tambatan.

c) Untuk pembinaan dinding sel, sistem ini dapat memberikan berbagai-bagai jenis papak / lantai yang mempunyai kualiti yang tinggi lagi homogen. Dua sistem dinding panel yang lazim digunakan ialah sistem panel satu arah yang mempunyai rentang yang panjang dan sistem panel dua arah yang berbentuk segi empat sama dan ini dapat mewujudkan kestabilan ortogon.

d) Bagi sistem kerangka mudah, tiang dan rasuk pratuang digunakan bersama-sama dengan komponen-komponen konkrit pratuang yang lain seperti papak lantai, tangga dan panel pelapisan.

e) Bahagian-bahagian sambungan yang telah dipasang akan diturap dengan menggunakan campuran konkrit yang diperbuat daripada agregat halus.

Rajah 7.2 : Pemasangan dinding panel di bangunan bertingkat

Rajah 7.3 : Dinding panel dua arah yang sedang disangga.

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

f) Bahagian-bahagian sambungan yang telah dipasang akan diturap dengan menggunakan campuran konkrit yang diperbuat daripada agregat halus. Rajah di bawah menunjukkan contoh sistem pasang siap yang menggunakan tiang dan rasuk pratuang manakala di bahagian lantainya pula dipasang dengan lantai konkrit pratuang.

Rajah 7.4 : Sistem kerangka menggunakan tiang, rasuk dan lantai pratuang dan sambungan antara tiang dan rasuk bumi

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

g)Sistem kekotak lebih berbentuk sebuah unit yang lengkap. Ia dibentuk daripada panel rasuk yang dibuat di kilang ataupun daripada unit-unit kompleks yang sudah dilengkapi dengan berbabgai-bagai pemasangan seperti saluran paip, pendawaian elektrik dan sebagainya.

Rajah 7.5 : Sistem kekotak yang lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

h)Di dalam sistem pasang siap ini, masalah penyambungan merupakan kelemahan utama.

Di antaranya ialah:

i) Sebarang jenis sambungan mestilah mengambilkira keperluan rekabentuk seperti daya ricih, momen lentur, pengembangan dan kekecutan bahan, daya angkat naik dan kestabilan sisi struktur binaan.

ii) Sistem ini memerlukan berbagai-bagai kemudahan jentera pengangkut seperti kren bergerak, kren gantri atau kren menara dan sistem perancangan serta pengawalan kerja yang baik untuk memastikan kerja -kerja berjalan dengan lancar.

iii) Untuk memudahkan pembinaan setiap komponen dalam satu unit, disertakan nombor-nombor supaya pemasangan komponen-komponen ini dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

Rajah 7.6: Contoh susunan kekotak dalam pembinaan

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

7.6Kebaikan Teknologi Pasang Siap

a) Segala kerja bancuhan, penempatan dan pengawetan konkrit dapat dijalankan di bawah darjah kawalan kilang yang terdapat di kilang-kilang. Ini dapat menghasilkan unit-unit yang tepat dan seragam.

b) Segala rekabentuk yang diulangi akan mengurangkan kos perbelanjaan. Oleh itu acuan yang digunakan hendaklah dibuat dengan teliti dan memenuhi kualiti yang diperlukan.

c) Rangka yang dipasang di tapak adalah sesuai untuk semua keadaan iklim iaitu sama musim sejuk, hujan dan panas.

d) Rangka yang dipasang menggunakan tenaga pekerja yang mahir atau separuh mahir. Oleh itu kadar modal pusingan tenaga buruh mudah didapati dengan memberikan latihan dalam masa yang singkat.

7.7Keburukan Teknologi Pasang Siap

a) Sistem bangunan tidak mudah diubah dari segi konsep rekabentuk di mana terlalu luas pemilihan sistem yang ada dan rekabentuk dibuat tanpa banyak perubahan dari segi konsep utama.

b) Segala perancangan hendaklah dilakukan di bawah kawalan yang rapi dan kerja memunggah dapat dijalankan dengan mudah.

c) Jentera pengangkat perlu didirikan di tapak bina untuk menentukan kedudukan struktur binaan dapat dielakkan pada tempat yang sebenarnya.

d) Dalam proses penyambungan struktur akan terdapat masalah yang mengambilkira aspek-aspek dari segi tidak telus air, cuaca, pengaratan dan cara pembinaannya.

AKTIVITI 7A

7.1Nyatakan takrifan konkrit siap tuang.7.2Terdapat tiga kaedah pengangkutan di dalam unit siap tuang. Terangkan TIGA kaedah tersebut.7.3Berikan LIMA ciri-ciri utama pasang siap.7.4Senaraikan kebaikan dan keburukan teknologi pasang siap.

MAKLUMBALAS 7A

7.1Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau yang dibuat di kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa ke tapak bina untuk terus dipasang.

7.2TIGA kaedah pengangkutan tersebut ialah:

a)Pengangkutan Jalan Raya

b)Pengangkutan Keretapi

c)Sistem Pengangkutan Air

a)Pengangkutan Jalan RayaBiasanya unit siap tuang diangkut dengan kenderaan khas seperti low loader, treler, traktor dan lain-lain lagi. Anggota ini dikenakan penyokong khas dan rangka khas bentuk A untuk memastikan unit ini tidak mengalami tegangan. Perhatian perlu diambil sewaktu kerja-kerja pengangkutan balak dijalankan kerana kedudukan adalah sendeng. Tarikan graviti oleh berat struktur akan menyebabkan tegasan tegangan berkembang dan balak akan mengalami kegagalan. Segala kelengkapan pengangkutan hendaklah diperiksa semasa dalam perjalanan.

b.Pengangkutan KeretapiPenggunaan keretapi akan menjadi lebih ekonomi terutama bagi jarak penghantaran yang jauh sekiranya kerja pengangkutan anggota siap tuang berhampiran dengan kemudahan keretapi. Ianya akan menjadi lebih ekonomi lagi jika pengelolaan dapat dijalankan dengan perancangan yang teliti. Apabila jangka masa penghantaran unit struktur tersebut ditetapkan, maka jentera pengangkutan disediakan lengkap dengan tenaga pekerja yang mahir. Sistem pengangkutan ini sesuai apabila unit-unit kecil digunakan dan adalah lebih ekonomi lagi.

c.Sistem Pengangkutan AirIa selalunya digunakan untuk struktur yang berhampiran terus dengan air. Contohnya pembinaan jeti, empangan dan lain-lain lagi. Untuk mengelakkan kecacatan, maka unit tersebut disusun dengan baik supaya tidak bergerak atau bergetar semasa proses pengangkutan dijalankan.

7.3Ciri-ciri utama pasang siap ialah:

a)Sistem ini dapat menjimatkan masa pembinaan di tapak kerana sebahagian besar komponen-komponen tersebut telah siap dibina di kilang-kilang pembuat.

b)Tujuan rekabentuk sistem ini ialah untuk mengurangkan penggunaan acuan dan peranca dalam pembinaan rasuk jambatan di mana rasuk tersebut diapungkan untuk merentangi sungai sebelum dipasangkan ke tambatan.

c)Dua sistem dinding panel yang lazim digunakan ialah sistem panel satu arah yang mempunyai rentang yang panjang dan sistem panel dua arah yang berbentuk segi empat sama dan ini dapat mewujudkan kestabilan ortogon.

d)Bagi sistem kerangka mudah, tiang dan rasuk pratuang digunakan bersama-sama dengan komponen-komponen konkrit pratuang yang lain seperti papak lantai, tangga dan panel pelapisan.

e)Bahagian-bahagian sambungan yang telah dipasang akan diturap dengan menggunakan campuran konkrit yang diperbuat daripada agregat halus.

7.4Kebaikan teknologi pasang siap ialah:

a)Segala kerja bancuhan, penempatan dan pengawetan konkrit dapat dijalankan di bawah darjah kawalan kilang yang terdapat di kilang-kilang. Ini dapat menghasilkan unit-unit yang tepat dan seragam.

b)Segala rekabentuk yang diulangi akan mengurangkan kos perbelanjaan. Oleh itu acuan yang digunakan hendaklah dibuat dengan teliti dan memenuhi kualiti yang diperlukan.

c)Rangka yang dipasang di tapak adalah sesuai untuk semua keadaan iklim iaitu sama musim sejuk, hujan dan panas.

d)Rangka yang dipasang menggunakan tenaga pekerja yang mahir atau separuh mahir. Oleh itu kadar modal pusingan tenaga buruh mudah didapati dengan memberikan latihan dalam masa yang singkat.

7.5Keburukan Teknologi Pasang Siap.

a)Sistem bangunan tidak mudah diubah dari segi konsep rekabentuk di mana terlalu luas pemilihan sistem yang ada dan rekabentuk dibuat tanpa banyak perubahan dari segi konsep utama.

b)Segala perancangan hendaklah dilakukan di bawah kawalan yang rapi dan kerja memunggah dapat dijalankan dengan mudah.

c)Jentera pengangkat perlu didirikan di tapak bina untuk menentukan kedudukan struktur binaan dapat dielakkan pada tempat yang sebenarnya.

d)Dalam proses penyambungan struktur akan terdapat masalah yang mengambilkira aspek-aspek dari segi tidak telus air, cuaca, pengaratan dan cara pembinaannya.

PENILAIAN KENDIRI

1)Takrifan konkrit siap tuang.

2)Nyatakan DUA jenis unit siap tuang.3)Terangkan dengan jelas kaedah pengangkutan jalan raya yang digunakan di dalam unit siap tuang.

4)Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pasang siap.

MAKLUMBALAS KEPADA

PENILAIAN KENDIRI

1)Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau yang dibuat di kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa ke tapak bina untuk terus dipasang.

2)DUA jenis unit siap tuang iaitu:

i)Unit kemudahan

ii)Unit struktur

3)Biasanya unit siap tuang di dalam kaedah pengangkutan jalan raya diangkut dengan menggunakan kenderaan khas kenderaan khas seperti low loader, treler, traktor dan lain-lain lagi. Anggota ini dikenakan penyokong khas dan rangka khas bentuk A untuk memastikan unit ini tidak mengalami tegangan. Perhatian perlu diambil sewaktu kerja-kerja pengangkutan balak dijalankan kerana kedudukan adalah sendeng. Tarikan graviti oleh berat struktur akan menyebabkan tegasan tegangan berkembang dan balak akan mengalami kegagalan. Segala kelengkapan pengangkutan hendaklah diperiksa semasa dalam perjalanan.

4) Yang dimaksudkan dengan sistem pasang siap ialah merupakan satu sistem pembinaan yang melibatkan pembentukan komponen-komponen struktur tertentu di kilang-kilang pembuat dan di bawa ke tapak untuk dipasangkan bagi membentuk sebuah struktur lengkap. Komponen-komponen struktur biasanya siap dibina di kilang-kilang yang terdiri daripada dinding, lantai, pintu, tingkap, tangga, tiang, rasuk dan lain-lain lagi.

UNIT 7

KONKRIT SIAP TUANG DAN TEKNOLOGI PASANG SIAP

7

Unit

OBJEKTIF AM

Memberikan pengetahuan asas tentang konkrit siap tuang dan teknologi pasang siap dari segi kaedah pembuatan, pengangkutan, pemasangan di tapak dan masalah-masalah yang timbul dalam pemasangan pasang siap.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Mentakrifkan konkrit siap tuang.

Menerangkan kaedah pembuatan, pengangkutan dan pemasangan konkrit siap tuang.

Menerangkan dua unit siap tuang.

Menerangkan masalah-masalah yang timbul dalam pemasangan pasang siap.

Menyatakan kebaikan dan keburukan teknologi pasang siap.

INPUT

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut....

Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur......

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

TAHNIAH!

Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.

Anda sudah berpuashati dengan unit ini!!!!!!!

Kalau sudah mari kita ke Unit 8.

Unit 7-4