siap moral

28
ISI KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN 1 PERKARA MUKA SURAT Halaman Pengakuan 2 Penghargaan. 3 Rancangan pengajaran harian Pendidikan Moral. 5 Penilaian pengajaran dan pengajaran 10 Refleksi 23 Lampiran 25

Upload: taufik-alang

Post on 09-Nov-2015

62 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

jahgrtj

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGANPERKARAMUKA SURAT

Halaman Pengakuan2

Penghargaan.3

Rancangan pengajaran harian Pendidikan Moral.5

Penilaian pengajaran dan pengajaran10

Refleksi23

Lampiran25

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

( )14 Ogos 2014

PENGHARGAAN

Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang diajar di sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Pendidikan Moral adalah satu subjek yang mengajar tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dalam konteks negara Malaysia, subjek ini diajar kepada pelajar-pelajar bukan muslim. Hal ini kerana, bagi pelajar muslim, mereka mempunyai subjek Pendidikan Islam yang mana di dalam subjek ini telah diajar tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupan berlandaskan agama Islam. Jadi bagi pelajar bukan muslim pula, mereka di ajar subjek Pendidikan Moral bagi memastikan proses penerapan nilai murni juga dapat disampaikan kepada mereka. Jadi bagi memastikan kehidupan mereka dipenuhi dengan nilai-nilai murni, subjek ini diperkenalkan di sekolah-sekolah. Dengan adanya subjek Pendidikan Moral, pelajar akan dapat mendalami maksud nilai yang sebenarnya. Hal ini kerana, sebelum mereka menerapkan nilai-nilai murni dalam diri, terlebih dahulu mereka harus tahu akan kepentingan nilai murni dalam kehidupan seharian. Apabila mereka sudah memahami erti nilai yang sebenar, maka proses penerapan nilai dalam diri dan kehidupan mereka akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya dapat membentuk insane yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelbagai kaedah boleh digunakan dalam proses pengajaran subjek Pendidikan Moral. Namun, kaedah yang terbaik ialah kaedah yang dapat menjadikan pelajar itu dapat menghayati dan menerapkan nilai itu dalam diri mereka. Apabila nilai dapat diterapkan dalam diri, maka proses untuk melaksanakan dalam kehidupanPendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran kemahiran ini juga akan menyedi akan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid.Para murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, CD-Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celek teknologi. Kepentingan Penggunaan Teknologi Maklumat ( TMK ) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Moral. Pendahuluan Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 2005) menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada TMK . Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan TMK dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan TMK dalam pendidikan amat dirasai kerana TMK telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era TMK mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran.Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet, dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan. Bangsa yang maju adalah bangsa yang mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumat berperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial. Penguasaan TMK dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa .Fungsi guru sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat setempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idola dalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang TMK dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Sukatan mata pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah merupakan pembelajaran yang memerlukan pelbagai kaedah dan Alat Bantu Mengajar (ABM) agar pembelajaran lebih berkesan serta menyeronokkan. Kita dapat bayangkan bagaimana mungkin seorang guru Pendidikan Moral menerangkan tajuk pelajaran hanya dengan chalk and talk. Untuk itu penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) khasnya penggunaan komputer dan laman Web dalam pengajaran dan pembelajaran sememangnya amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANRancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 4Mata Pelajaran: Pendidikan MoralTarikh: 11.8.2014Masa: 9.00-9.30 pagi (30 minit)Kelas: 4 HarmoniBilangan Pelajar: 8 orangTajuk: Persekitaran Berkualiti Hidup Sihat Bidang Pembelajaran: Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam SekitarNilai: 4.3 Nilai Peka Terhadap Isu Alam SekitarNilai Sampingan: Kebersihan dan Keindahan Persekitaran, Menyayangi Alam Sekitar, Kesederhanaan.Kandungan Akademik: Keceriaan persekitaran melalui pemuafakatan. Kebersihan dan keindahan persekitaran setempat tanggungjawab bersama, Penglibatan diri dalam aktiviti kebersihan dan keceriaan setempat.Pendekatan: Penjelasan nilai, pembelajaran kooperatif dan interpersonal.Teknik: Perbincangan, Soal jawab, peta i-thinkBahan Bantu Belajar: Video ( Animasi, Pencemaran),kertasmahjung.Hasil Pembelajaran Afektik Moral:Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:i. Bersikap prihatin terhadap masalah alam sekitar.ii. Mengamalkan cara hidup yang bersih dalam kehidupan seharian.Hasil Pembelajaran Kognitif Moral:Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:i. Menerangkan sebab alam sekitar tercemar.ii. Menyatakan pencemaran alam sekitar terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan.Hasil Pembelajaran Perlakuan Moral:Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:i. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh mencemar dan memusnahkan alam sekitar.Hasil Pembelajaran KBKK:i. Dapat melengkapkan oring grafik yang diberikan berdasarkan petikan tentang sebad dan kesan serta langkah-langkah mengelakkan pencemaran alam sekitar.

LangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranBBMCatatan

Set induksi(5 minit)1. Video pencemaran alam sekitar.a. Apakah yang anda dapat lihat dalam video tersebut? b. Adakah anda suka tinggal di tempat tersebut?c. Mengapakah sampah ini berselerak di merata-rata tempat?d. Apakah perasaan anda terhadap alam sekitar seperti gambar tersebut?

1. Guru menunjukkan video kawasan yang kotor dan bersampah.2. Guru bersoal jawab dengan murid perihal video tersebut.3. Guru mengaitkannya dengan isi kandungan pelajaran ini.video(Pencemaran)Hasil Pebelajaran:i. Bersikap prihatin terhadap masalah alam sekitar.

Langkah 1(10 minit)I-Think( Peta bulatan)

Punca pencemaran alam sekitar dan kesan pencemaran:a) sebab alam sekitar tercemar.b) kesan pencemaran terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan.

1. Murid dikehendaki membuat peta I-Think peta bulatan mengenai punca pencemaran alam sekitar.2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.3. Guru membimbing murid membuat peta bulatan.

Kertas mahjongHasil Pembelajaran:i. Menerangkan sebab alam sekitar tercemar.ii. Menyatakan pencemaran alam sekitar terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan.

Langkah 2(10 minit)I-Think ( Peta bulatan )Cara menjaga alam sekitar.

1. Guru tayangkan satu video yang berkaitan tentang pencemaran.2. Murid dikehendaki mengambil perhatian terhadap video tersebut.3. Guru bersoal jawab tentang kandungan video tersebut.

Peta buih1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan mendapat sehelai kertas mahjong.2. Murid dikehendaki membuat peta buih.3. Guru meminta murid berbincang cara menjaga alam sekitar.4. Guru meminta murid membuat pembentangan hasil perbincangan dihadapan kelas.Video (Pencemaran)

Kertas mahjongHasil Pembelajaran:i. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh mencemar dan memusnahkan alam sekitar.ii. Mengamalkan cara hidup yang bersih dalam kehidupan seharian.

Penutup (5 minit)a. Kenapa Ibu Alam bermuka sedih?

Contoh:Minta maaf Ibu Alam. Saya berjanji akan menjaga kebersihan alam sekitar.1. Guru mengagihkan gambar-gambar Ibu Alam yang bermuka sedih atau sakit kepada setiap murid.2. Guru meminta murid menuliskan perkataan yang ingin mengucap terhadap Ibu Alam tersebut.3. Hasil kerja tersebut akan dipaparkan di sudut Pendidikan Moral pada papan notis.

Gambar-gambar Ibu AlamHasil Pembelajaran:I. Bersikap prihatin terhadap masalah alam sekitar.

PENCERAPAN PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

4STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (DIISI DALAM INSTRUMEN LAMPIRAN 1)

NO.ASPEKASPEKKRITERIA KRITIKALSkor( 1- 6 )

4.1Penglibatan murid dalam pembelajaranPenglibatan murid dalam aktiviti P&P membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan

4.2Penguasaan pembelajaran muridPenguasaan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor meningkat.

4.3Hasil kerja muridHasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran

4.4Perancangan dan persediaan guruPerancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran

4.5Kaedah penyampaian Kaedah penyampaian yang bersesuaian meningkatkan pencapaian objektif pelajaran

4.6Kemahiran komunikasiKomunikasi yang berkesan memudah dan mempercepat pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.

4.7Penggunaan sumber pendidikanPenggunaan sumber pendidikan yang berkesan membantu pengajaran guru

4.8PenilaianPenilaian yang berterusan meningkatkan keberkesanan P&P

4.9Teknik penyoalanKepelbagaian teknik penyoalan meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran serta memperkembang pemikiran kreatif dan kritis murid.

4.10Penguasaan isi kandunganPenguasaan fakta dan konsep membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat

4.11Pengurusan kelas (bilik darjah/ makmal/ bengkel / padang)Pengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan P&P

4.12Amalan profesionalisme keguruanPematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru

Jumlah Skor Diperoleh

Jumlah Skor Penuh 72

Peratus Pencapaian

Taraf

NAMA SEKOLAHSK CHENDERIANG

NAMA GURUMOHD TAUFIK A/L ALANG

OPSYEN / GREDSAINS

SUBJEK / MASAPENDIDIKAN MORAL 9.00 9.30 PAGI ( 30 MINIT )

KELASTAHUN 4

TARIKH11 OGOS 2014

BILANGAN MURID8 ORANG MURID

KEHADIRAN MURID8/8

TANDATANGAN PENCERAP:

_____________________________ TARIKH : _______________( )PANDUAN PENSKORAN STANDARD 4 :PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN GURU

STANDARD 4PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Aspek 4.1Penglibatan Murid Dalam Pembelajaran

Kriteria KritikalPenglibatan murid dalam aktiviti P&P membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah

SKOR 5 Hampir keseluruhan murid terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan, memberi respons terhadap soalan guru, mengemukakan soalan atau membuat catatan.

Hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan.

Hampir keseluruhan murid sentiasa memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Kebanyakan murid terlibat secara aktif seperti terlibat dalam perbincangan, memberi respons terhadap soalan guru, mengemukakan soalan atau membuat catatan.

Kebanyakan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan.

Kebanyakan murid sentiasa memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.

SKOR 2Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3

SKOR 1 Sangat sedikit murid terlibat secara aktif seperti terlibat dalam perbincangan, memberi respons terhadap soalan guru, mengemukakan soalan atau membuat catatan.

Sangat sedikit murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan.

Sangat sedikit murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.

Aspek 4.2Penguasaan Pembelajaran Murid

Kriteria KritikalPenguasaan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor meningkat.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah

SKOR 5 Hampir keseluruhan murid mampu menjawab soalan guru dengan betul.

Hampir keseluruhan murid memberi pandangan atau idea berkaitan tajuk pelajaran.

Hampir keseluruhan murid mampu melaksanakan latihan dan tugasan yang diberikan.

Hampir keseluruhan murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Kebanyakan murid mampu menjawab soalan guru dengan betul.

Kebanyakan murid mampu melaksanakan latihan dan tugasan yang diberikan.

Kebanyakan murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

SKOR 2Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3

SKOR 1 Sangat sedikit murid tidak mampu menjawab soalan guru dengan betul.

Sangat sedikit murid mampu melaksanakan latihan dan tugasan yang diberikan.

Sangat sedikit murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Aspek 4.3Hasil Kerja Murid

Kriteria KritikalHasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah.

SKOR 5 Hampir keseluruhan latihan dan tugasan yang dihasilkan oleh murid adalah betul, tepat, kemas, bersih, serta mematuhi format dan prosedur.

Hampir keseluruhan murid menyiapkan semua latihan dan tugasan yang diberikan.

Pembetulan kesilapan latihan dan tugasan dibuat secara konsisten.

Latihan dan tugasan yang dibuat meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan pembelajaran murid.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Kebanyakan latihan dan tugasan yang dihasilkan oleh murid adalah betul, mematuhi format dan prosedur.

Kebanyakan murid dapat menyiapkan kebanyakan latihan dan tugasan yang diberikan.

Murid membuat pembetulan kesilapan latihan dan tugasan.

Latihan dan tugasan yang dibuat membolehkan murid memahami tajuk yang dipelajari.

SKOR 2Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3

SKOR 1 Latihan dan tugasan yang dihasilkan mengandungi banyak kesilapan dan tidak mematuhi format serta prosedur.

Latihan dan tugasan murid tidak disiapkan.

Pembetulan kesilapan dibuat secara tidak konsisten.

Aspek 4.4Perancangan Dan Persediaan Guru Kriteria Kritikal

Kriteria KritikalPerancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah

SKOR 5 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) disediakan meliputi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (standard kurikulum) terkini, sesuai dengan takwim persekolahan, potensi murid dan kemudahan sumber.

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) disediakan berdasarkan RPT. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.

Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran. Refleksi P&P digunakan sebagai panduan untuk merancang RPH yang seterusnya.

Sumber pendidikan yang disediakan sesuai dengan aktiviti dan objektif pelajaran.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 RPT disediakan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (standard kurikulum) terkini.

RPH disediakan berdasarkan RPT. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan. Aktiviti dirancang untuk mencapai objektif pelajaran.

Refleksi dicatatkan secara konsisten.

Sumber pendidikan yang disediakan sesuai dengan aktiviti.

SKOR 2Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3

SKOR 1 RPT tidak disediakan atau tidak lengkap. RPH tidak disediakan atau tidak lengkap.

Aspek 4.5Kaedah Penyampaian

Kriteria KritikalKaedah penyampaian yang bersesuaian meningkatkan pencapaian objektif pelajaran

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah.

SKOR 5 Guru mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid . Kaedah pengajaran sesuai dengan keperluan, keupayaan dan gaya pembelajaran murid.

Aktiviti yang dilaksanakan berkait rapat dengan pengalaman dan pengetahuan murid serta memberi makna kepada mereka. Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak).

Tumpuan murid dikekalkan melalui aktiviti yang menarik dan menjurus kepada pencapaian objektif. Aktiviti pembelajaran merangsang pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk nilai dalam kalangan murid.

Aktiviti pemulihan dan pengayaan dilaksanakan secara terancang mengikut keperluan murid. Masa pengajaran digunakan secara optimum dan guru bersikap luwes.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid . Kaedah pengajaran sesuai dengan keperluan dan tahap pembelajaran murid.

Aktiviti yang dilaksanakan berkait dengan pengalaman dan pengetahuan murid. Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak).

Masa pengajaran digunakan secara optimum.

SKOR 2Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3

SKOR 1 Guru kurang berjaya mewujudkan kesediaan murid belajar. Kaedah pengajaran kurang sesuai dengan keperluan dan tahap pembelajaran murid.

Aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan tidak dapat menarik perhatian murid. Masa pengajaran tidak digunakan secara optimum.

Aspek 4.6Kemahiran Komunikasi Kriteria Kritikal

Kriteria KritikalKomunikasi berkesan memudahkan pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah.

SKOR 5 Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat serta nada suara yang sesuai.

Guru berkemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan.

Guru berjaya memotivasikan murid dengan memberi pujian, galakan dan dorongan.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan sebutan yang jelas.

Guru berkemahiran mendengar dan memberi maklum balas secara lisan.

Guru memotivasikan murid dengan memberi pujian dan galakan.

SKOR 2Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3

SKOR 1 Guru kurang kemahiran mendengar dan tidak serius memberikan maklum balas.

Guru tidak memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti P&P.

Aspek 4.7Penggunaan Sumber Pendidikan

Kriteria KritikalPenggunaan sumber pendidikan yang berkesan membantu mengukuhkan pembelajaran murid

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah

SKOR 5 Guru memilih/menyediakan sumber pendidikan yang sesuai, menarik dan merangsang pemikiran murid.

Penggunaan sumber pendidikan menjadi suasana pembelajaran lebih menarik dan meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran.

Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul, aspek keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan yang berkaitan.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru menyediakan sumber pendidikan yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan menggunakannya dalam aktiviti P&P.

Penggunaan sumber pendidikan meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran.

SKOR 2Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3

SKOR 1 Aktiviti P&P yang dilaksanakan tidak disokong dengan penggunaan sumber yang sesuai.

Aspek 4.8Penilaian

Kriteria KritikalPenilaian yang berterusan meningkatkan keberkesanan P&P

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah

SKOR 5 Guru berupaya menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat penilaian sepanjang masa P&P untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid serta memastikan objektif/hasil pembelajaran tercapai.

Guru sentiasa menggunakan maklum balas penilaian untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan segera dalam P&P.

Hasil kerja murid disemak secara konstruktif. Hasil penilaian dimanfaatkan untuk merancang pembelajaran murid yang seterusnya.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru membuat penilaian untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid. Hasil kerja murid disemak.

Guru menggunakan maklum balas penilaian untuk tindakan penambahbaikan dalam P&P.

Hasil penilaian digunakan untuk merancang pembelajaran murid yang seterusnya.

SKOR 2Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3

SKOR 1 Guru kurang membuat penilaian untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid.

Hasil kerja murid kurang disemak.

Maklum balas penilaian tidak digunakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan dalam P&P.

Aspek 4.9Teknik Penyoalan

Kriteria KritikalKepelbagaian teknik penyoalan meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran serta memperkembang pemikiran kreatif dan kritis murid.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah

SKOR 5 Guru mengemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu dan bercapah serta meliputi pelbagai aras kognitif.

Soalan disusun dari aras mudah kepada sukar dan disebarkan ke seluruh kelas.

Guru memberi respons yang sesuai terhadap jawapan murid.

Soalan yang dikemukakan berjaya meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam P&P.

Penyoalan guru dapat memperkembang pemikiran kreatif dan kritis murid.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru mengemukakan soalan yang bertumpu dan bercapah dan disebarkan ke seluruh kelas.

Guru memberi masa yang secukupnya untuk murid berfikir bagi menjawab soalan

Guru memberi respons yang sesuai terhadap jawapan murid.

SKOR 2Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3

SKOR 1 Aras soalan guru tidak mengikut kesesuaian murid dan sebaran soalan tidak menyeluruh.

Guru tidak berusaha untuk mencungkil jawapan daripada murid.

Guru kurang memberi respons yang bersesuaian terhadap jawapan yang diberikan oleh murid.

Aspek 4.10Penguasaan Isi Kandungan

Kriteria KritikalPenguasaan fakta dan konsep membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah

SKOR 5 Guru berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran.

Konsep dan fakta dihuraikan dengan baik, tepat dan yakin. Huraian isi pelajaran dibuat dengan menghubungkaitkan situasi semasa dan pengalaman murid.

Guru dapat memberi jawapan dan penjelasan terhadap soalan dan pertanyaan murid dengan tepat, jelas dan yakin.

Guru berkemahiran memeringkatkan isi pelajaran mengikut potensi murid.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran.

Konsep dan fakta dihuraikan dengan baik.

Huraian isi pelajaran dibuat dengan menghubungkaitkan situasi semasa.

Guru dapat memberi jawapan terhadap soalan murid dengan betul.

SKOR 2Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3

SKOR 1 Isi pelajaran yang disampaikan guru kurang menepati objektif pelajaran.

Konsep dan fakta yang dihuraikan terhad dan kurang jelas.

Huraian isi pelajaran dibuat tidak dihubungkaitkan dengan situasi semasa dan pengalaman murid.

Guru tidak dapat memberi jawapan dan penjelasan terhadap soalan murid.

Aspek 4.11Pengurusan Kelas (Bilik Darjah/ Makmal/ Bengkel/Padang)

Kriteria KritikalPengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan P&P

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah

SKOR 5 Guru dapat memastikan kelas dalam keadaan kondusif untuk proses P&P.

Guru berjaya mengawal tingkah laku murid dengan menegaskan pematuhan pada peraturan.

Guru memberi teguran (jika berlaku) salah laku murid dengan serta merta tanpa menjejaskan maruah mereka.

Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan ruang kelas digunakan secara optimum untuk tujuan pembelajaran.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru memastikan kelas dalam keadaan kondusif untuk proses P&P.

Guru mengawal tingkah laku murid.

Guru memberi teguran (jika berlaku) terhadap salah laku murid.

SKOR 2Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3

SKOR 1 Guru kurang memberi perhatian terhadap kelas yang kondusif untuk P&P.

Guru kurang berjaya mengawal tingkah laku murid dan teguran guru terhadap salah laku murid tidak berkesan.

Susun atur kedudukan murid kurang sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan.

Aspek 4.12 Amalan Profesionalisme Keguruan

Kriteria KritikalPematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah

SKOR 5 Guru mempunyai semangat dan kesungguhan dalam menyampaikan pelajaran.

Guru prihatin, menepati masa dan bertanggungjawab terhadap pendidikan murid.

Guru bersikap adil terhadap setiap murid dalam kelasnya.

Guru memperlihatkan perwatakan dan amalan nilai murni yang boleh dicontohi murid.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru mempunyai kesungguhan dalam menyampaikan pelajaran.

Guru menepati/menghargai masa dan bertanggungjawab terhadap pendidikan murid.

Guru bersikap adil terhadap setiap murid dalam kelasnya.

Guru mengamalkan nilai murni yang boleh dicontohi murid.

SKOR 2Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3

SKOR 1 Guru tidak bersemangat dan tidak bersunguh-sunguh dalam menyampaikan pelajaran.

Guru kurang prihatin, tidak menepati/menghargai masa dan kurang bertanggungjawab terhadap pendidikan murid. Perwatakan dan amalan guru tidak sesuai dijadikan teladan kepada murid.

R

efleksi Pengajaran dan Pembelajaran

MOHD TAUFIK A/L ALANG820222085729ELM3023

Set induksi merupakan bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid (Mook Soon Sang:1992), Manakala menurut Sharifah Alwiah(1983): Set induksi merupakan satu kumpulan tindakan atau aktiviti untuk memperkenalkan sesuatu.Set induksi merangkumi apa jua idea atau proses yang mendorong pelajar untuk memberi perhatian dan belajar (Rahil, Habibah dan Mahyuddin:1997).Terdapat empat komponen utama yang seharusnya perlu wujud dalam sesebuah set induksi iaitu seperti menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan serta menstruktur. Untuk membolehkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dengan lancar serta berkesan, guru perlu menarik perhatian murid untuk bersedia menerima aktiviti pengajaran yang akan di laksanakan pada waktu tersebut. Dalam set induksi sesi pengajaran ini saya telah menggunakan video animasi kerana murid lebih minat dan memberi perhatian. Oleh itu dalam perancangan set induksi dalam rancangan pengajaran harian saya merancang menggunakan video animasi yang berkaitan dengan tajuk pengajaran iaitu berkaitan alam sekitar. Objektif set induksi saya tercapai murid memberi perhatian dan bersedia dalam pengajaran dan pembelajaran.Selain itu saya menggunakan video pencemaran alam sekitar supaya murid sedar bahawa alam sekitar telah dicemari dengan pelbagai pencemaran. Murid sekolah saya terdiri daripada murid luar bandar dan juga mejoritinya adalah murid orang asli yang kurang pendedahan dengan maklumat pencemaran alam sekitar. Disebabkan itu saya menggunakan video pencemaran alam sekitar sebagai membuka minda dan pemikiran apa yang telah berlaku pencemaran pada masakini.Bagi meningkatkan motivasi murid agar mereka menunjukkan tanda bersedia terhadap pelajaran yang akan saya sampaikan serta memberikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Soalan yang saya berikan kepada murid adalah agak mencabar dan setiap pelajar yang berjaya memberi jawapan yang betul bagi soalan yang telah diajukan akan diberikan sedikit ganjaran. Bagi mencapai objektif pengajaran serta membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna. Soalan soalan yang diberikan kepada murid adalah berkait dengan tajuk yang akan dipelajari oleh murid pada sesi pelajaran pada hari tersebut serta membolehkan murid menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep baru.Set induksi yang dapat disampaikan dalam masa yang singkat serta dapat mencapai tujuannya membolehkan guru menjalankan pengajaran dengan lancar serta dapat membantu mengurangkan masalah disiplin murid kerana murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran.Seterusnya dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut saya terapkan penggunaan I-Think dalam aktiviti murid supaya murid dapat melakukan aktiviti secara kolaborasi membuat perbincangan. I-Think yang saya gunakan dalam aktiviti murid adalah peta bulatan dan peta buih. Dapat dilihat murid berkerjasama dan berkongsi maklumat dalam mencari maklumat membuat peta bulatan dan peta buih. Selepas setiap kumpulan telah menyiapkan hasil kumpulan saya meminta setiap kumpulan membentangkan hasil kumpulan dan murid seronok serta merasa bangga kerana dapat membentangkan hasil kumpulan dengan baik.Kelemahan yang saya kenal pasti dalam pengajaran dan pembelajaran saya adalah saya tidak memilih murid yang pendiam dan pemalu untuk memberi peluang menjawap soalan yang saya berikan. Selain itu saya perlu memberi peluang kepada semua murid untuk tampil kehadapan untuk memberanikan diri serta memberi keyakinan.Pada masa akan datang saya akan memperbaiki kelemahan dan sentiasa meminta pendapat dan pandangan dari guru-guru lain untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran saya. Saya harapkan rakaman pengajaran dan pembelajaran saya ini sebagai satu refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran dan mengetahui kekuatan dan kelemahan saya. Selain itu juga saya meminta guru panitia pendidikan moral melihat rakaman pengajaran dan pembelajaran saya dan meminta guru panitia memberi ulasan kelemahan dan apa yang perlu saya perbaiki dlam pengajaran dan pembelajaran tersebut.

LAMPIRAN

PETA I-THINK

3