paper projek siap

74
ABSTRAK Kesihatan oral merupakan salah satu aset yang penting dalam menentukan seseorang individu itu sihat atau tidak. Berdasarkan kepentingannya, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tentang tahap pengetahuan, amalan dan sikap murid-murid 16 tahun terhadap kesihatan oral. Kajian keratan rentas ini melibatkan 616 orang murid sekolah menengah dari lima buah sekolah di sekitar daerah Seremban. Kajian ini merangkumi pengedaran borang soalselidik di kalangan subjek. Borang tersebut mengandungi soalan yang berkaitan dengan sosio-demografik, tahap pengetahuan, amalan dan sikap kesihatan oral di kalangan subjek. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan subjek adalah baik iaitu seramai 286 (47.2%) murid mendapat 80 peratus markah dan lebih juga mempunyai amalan kesihatan oral yang baik. Amalan kesihatan pergigian merangkumi kekerapan memberus gigi dua kali sehari (72%), penggunaan ubat gigi berfluorida (82%), mula memberus gigi sebelum bersekolah 1

Upload: syuhada-cute

Post on 11-Jun-2015

7.525 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: PAPER PROJEK SIAP

ABSTRAK

Kesihatan oral merupakan salah satu aset yang penting dalam menentukan seseorang

individu itu sihat atau tidak. Berdasarkan kepentingannya, kajian ini dilaksanakan untuk

mengenalpasti tentang tahap pengetahuan, amalan dan sikap murid-murid 16 tahun

terhadap kesihatan oral. Kajian keratan rentas ini melibatkan 616 orang murid sekolah

menengah dari lima buah sekolah di sekitar daerah Seremban.

Kajian ini merangkumi pengedaran borang soalselidik di kalangan subjek. Borang

tersebut mengandungi soalan yang berkaitan dengan sosio-demografik, tahap

pengetahuan, amalan dan sikap kesihatan oral di kalangan subjek.

Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan subjek adalah baik iaitu seramai 286 (47.2%)

murid mendapat 80 peratus markah dan lebih juga mempunyai amalan kesihatan oral

yang baik. Amalan kesihatan pergigian merangkumi kekerapan memberus gigi dua kali

sehari (72%), penggunaan ubat gigi berfluorida (82%), mula memberus gigi sebelum

bersekolah (85%), menukar berus gigi satu ke tiga bulan (60%), kekerapan berjumpa

doktor gigi satu ke dua kali setahun. Kajian juga mendapati tahap sikap di kalangan

subjek berada pada tahap yang memuaskan iaitu 261 (43%) murid mendapat jumlah

markah 80% dan lebih. Tahap pengetahuan, amalan dan sikap mengikut jantina pula

tidak mencatatkan perbezaan yang ketara.

Kesimpulannya, status kesihatan oral di kalangan murid sekolah berumur 16 tahun ini

boleh dianggap pada tahap yang baik. Pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan

pergigian di kalangan murid ini mempengaruhi tahap kesihatan pergigian mereka.

1

Page 2: PAPER PROJEK SIAP

Justeru itu, langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan dengan teliti dan sempurna.

Pendedahan yang lebih luas mengenai penjagaan kesihatan pergigian haruslah

ditekankan kepada murid melalui aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian bagi

meningkatkan status kesihatan pergigian di kalangan murid di daerah ini.

2

Page 3: PAPER PROJEK SIAP

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

Abstrak 1-2

Senarai Jadual 4

Senarai Rajah 5

Senarai Lampiran 6

Penghargaan 7

1. Pengenalan 8-9

2. Literature Review 10-18

3. Objektif 19

4. Kaedah

4.1 Jenis Kajian 20

4.2 Saiz Sampel 20

4.3 Pemilihan Sampel 20

4.4 Kaedah Pengumpulan Data 20-21

4.5 Penganalisisan Data 21-22

4.6 Kajian Terperinci 23

5. Hasil Kajian 24-36

6. Perbincangan 37-41

7. Kesimpulan 42

8. Cadangan 43-45

9. Rujukan 46-51

10. Lampiran 52-60

3

Page 4: PAPER PROJEK SIAP

SENARAI JADUAL MUKA SURAT

Jadual 5.1 Status sosio-demografik di kalangan 24

murid-murid 16 tahun.

Jadual 5.2 Taburan markah tahap pengetahuan 26

murid-murid 16 tahun.

Jadual 5.3 Purata tahap pengetahuan murid-murid 27

16 tahun.

Jadual 5.4 Amalan kesihatan oral di kalangan 28

murid-murid 16 tahun.

Jadual 5.5 Taburan markah tahap sikap murid-murid 30

16 tahun.

Jadual 5.6 Purata markah tahap sikap murid-murid 31

16 tahun terhadap kesihatan oral.

Jadual 5.7 Tahap pengetahuan dan sikap di kalangan 32

murid lelaki dan perempuan.

4

Page 5: PAPER PROJEK SIAP

SENARAI RAJAH MUKA SURAT

Rajah 5.1 Peratus markah tahap pengetahuan 27

murid-murid 16 tahun

Rajah 5.2 Peratus markah sikap murid-murid 16 tahun 31

Rajah 5.3 Kekerapan memberus gigi mengikut jantina 33

Rajah 5.4 Penggunaan floss mengikut jantina 34

Rajah 5.5 Penggunaan ubat gigi mengikut jantina 35

Rajah 5.6 Kekerapan memberus gigi mengikut jantina 36

5

Page 6: PAPER PROJEK SIAP

SENARAI LAMPIRAN MUKASURAT

Lampiran 1 Senarai sekolah menengah di daerah Seremban, 52-53

Negeri Sembilan.

Lampiran 2 Surat kebenaran kajian dari Jabatan Pelajaran Negeri 54-56

Negeri Sembilan

Lampiran 3 Borang maklumat dan keizinan peserta kajian 57

Lampiran 4 Borang keizinan peserta kajian 58

Lampiran 5 Borang soal selidik 59-60

6

Page 7: PAPER PROJEK SIAP

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada:

Dr. Hasenah bt Mod Zaki

Pengarah PPKK & KLPM

Dr. Cham Mui Yee

Pegawai Pergigian selaku Pengurus Projek,

Kolej Latihan Pergigian Malaysia.

Dr. Kwan Geok Leng

Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Seremban selaku Local Preseptor,

Klinik Pergigian Seremban.

Dr. Zainab Shamdol

Pegawai Pergigian selaku Penasihat,

Klinik Pergigian Seremban.

Dr. Abdull Sitar b. Abadan

Pegawai Pergigian Y/M,

Klinik Pergigian Seremban.

Tidak lupa juga kepada semua tenaga pengajar di kolej Latihan Pergigian, semua

kakitangan Klinik Pergigian Seremban, ibu bapa serta rakan-rakan.

7

Page 8: PAPER PROJEK SIAP

1. PENGENALAN

Pengetahuan tentang kesihatan oral amat penting bagi membolehkan seseorang itu

mengubah sikap dan amalan dalam penjagaan kesihatan oral. Ini dapat mencegah

penyakit pergigian seperti karies dan penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan oral boleh ditakrifkan

sebagai keadaan kesihatan mulut yang menyeluruh dan tidak terhad hanya kepada

ketiadaan penyakit sahaja. Penjagaan kesihatan oral juga amat penting dalam menjamin

hidup yang berkualiti.

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka, pengetahuan boleh ditakrifkan sebagai segala yang

diketahui dan dipelajari. Pengetahuan penjagaan kesihatan oral dapat memperbaiki

kebersihan mulut seseorang dan sekaligus mencegah penyakit pergigian daripada

berlaku.

Amalan pula bermaksud sesuatu yang dilakukan dan menjadi satu kebiasaan (Kamus

Dewan dan Pustaka). Amalan adalah seperti memberus gigi dua kali sehari, penggunaan

ubat gigi berfluorida, penggunaan floss, penggunaan ubat kumuran dan mendapatkan

pemeriksaan kesihatan mulut dan gigi secara berkala.

Sikap pula boleh ditakrifkan sebagai pandangan dan perbuatan berdasarkan sesuatu

pendapat (Kamus Dewan dan Pustaka). Seseorang murid itu boleh mempunyai sikap

yang positif untuk mengekalkan tahap kesihatan oral yang sempurna. Ini boleh

dilakukan dengan menjalankan pemeriksaan pergigian secara berkala dan mencari

sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat tentang kesihatan oral. Dengan adanya

8

Page 9: PAPER PROJEK SIAP

pengetahuan tentang penjagaan kesihatan oral di kalangan murid-murid sekolah berumur

16 tahun, masalah kesihatan oral dapat dikurangkan.

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tentang tahap pengetahuan, amalan dan sikap

kesihatan oral di kalangan murid-murid sekolah berumur 16 tahun terhadap kesihatan

oral. Kajian ini penting untuk melihat sejauh mana penjagaan kesihatan oral di kalangan

murid-murid dan dengan itu diharap dapat membantu dalam membuat cadangan

program pergigian pada masa hadapan untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan oral

mereka.

Umumnya, kesihatan oral amatlah penting bagi seseorang individu. Seharusnya

kesedaran tentang penjagaan oral amatlah penting dan tidak seharusnya dipandang

remeh. Penyakit pergigian dapat dicegah sekiranya pengetahuan, amalan dan sikap yang

baik terhadap kesihatan oral ada dalam diri setiap individu.

9

Page 10: PAPER PROJEK SIAP

2. LITERATURE REVIEW

2.1 Tahap pengetahuan kesihatan oral

Pengetahuan tentang kesihatan oral dapat disebarkan dengan mudah dengan adanya

kemudahan komunikasi yang canggih dan maju. Oleh itu masyarakat akan dapat

meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang pentingnya kesihatan oral.

Freeman, Mazels dan Wyllie (1993) menyatakan bahawa tahap pengetahuan di kalangan

murid sekolah menengah didapati bertambah dan terdapat implikasi yang baik dalam

program pencegahan kesihatan oral. Seseorang yang mempunyai tahap pengetahuan

yang tinggi dan mempunyai kesedaran terhadap penjagaan kesihatan oral adalah lebih

mudah mempraktikkan amalan pembersihan yang sempurna.

Pengetahuan tentang kesihatan oral diajar oleh guru sewaktu kelas sains di sekolah

rendah dan menengah (Vignarajah,1997). Vigild, Peterson dan Hadi (1999) telah

menyatakan bahawa ramai pelajar mendapatkan sumber maklumat tentang kesihatan

oral daripada keluarga (74%), doktor gigi (45%) dan guru-guru (33%). Sebaliknya

maklumat daripada video, surat khabar dan majalah adalah kurang. Kajian Vignarajah

(1997) juga telah menyatakan bahawa para pelajar mengetahui tentang hubungan antara

plak dan penyakit periodontium.

Dalam usaha program mengawal karies gigi, fluorida telah mula diperkenalkan kepada

umum. Bahan ini boleh didapati dari ubat gigi, ubat kumur, gel dan varnish (Rugg-

Gunn, 2001). Kajian yang dilakukan oleh Vignarajah (1997) di Antigua telah

10

Page 11: PAPER PROJEK SIAP

menyatakan bahawa program mingguan berkaitan fluorida telah mendedahkan kanak-

kanak tentang penggunaan fluorida dan kebaikannya pada gigi.

Beiruti, Tayfour, Boles dan Poulsen (1995) pula mendapati murid-murid sekolah dalam

lingkungan umur 15 tahun sudah mempunyai pengetahuan tentang penyakit pergigian

dan mengetahui cara untuk mencegahnya daripada berlaku. Walaubagaimanapun

mengikut kajian Rajab, Petersen, Bakaen dan Hamdan (2002) hanya segelintir pelajar

mendapat faedah daripada penjagaan kesihatan oral di sekolah. Bagi kanak-kanak

sekolah rendah, keluarga memainkan peranan penting dalam mendapatkan maklumat

tentang kesihatan oral.

Peningkatan tahap karies di kalangan kanak-kanak dapat dikenalpasti di kebanyakan

bandar maju terutama bagi bandar yang tidak menitikberatkan program pencegahan dan

penjagaan kesihatan oral (WHO, 2000). Lebih daripada 80% murid-murid mengetahui

tujuan mereka memberus gigi adalah untuk membersihkan gigi. Sesetengah berpendapat

penggunaan berus gigi yang keras adalah alat yang sangat berkesan dan mereka pula

tidak tahu bahawa penggunaan floss boleh membersihkan celah gigi (Beiruti et al.,

1995).

Di Antigua 27.6% daripada kanak-kanak dan 28.6% daripada remaja menganggap

makanan manis yang boleh merosakkan gigi adalah terdiri daripada gula-gula dan coklat

sahaja. Manakala 28% daripada remaja ini tidak berjaga-jaga tentang makanan ringan

yang mempunyai tahap gula yang tinggi. Ini meningkatkan lagi kebimbangan tentang

keupayaan pelajar dalam mengenalpasti makanan yang mempunyai ‘gula tersorok’

(Vignarajah, 1997). Nutrisi dan diet adalah penyebab utama penyakit pergigian. Ini

11

Page 12: PAPER PROJEK SIAP

adalah disebabkan oleh pengaruh ekologi yang terdapat dalam mulut (Silva, Sounza dan

Chunha, 2002).

Vigild et al. (1999) menyatakan guru-guru sekolah penting sebagai kunci memberi

pengetahuan atau maklumat kepada murid-murid sekolah menengah. Menurut Barenic,

Leske dan Ripa (1996) dalam tinjauan rambang di China mendapati murid sekolah

menunjukkan pengetahuan yang tinggi tentang aspek pergigian dan mempunyai sikap

positif dalam pencegahan berbanding ibu bapa. Ini membolehkan murid-murid lebih

terdedah tentang pengetahuan terhadap kesihatan oral. Aktiviti tentang pengetahuan

kesihatan oral di sekolah rendah dan menengah haruslah disatukan dengan kokurikulum.

Program kesihatan oral akan hanya memberi kesan yang terhad sekiranya tiada

sokongan daripada keluarga dan guru-guru (Vigild et al., 1999). Kebanyakan daripada

subjek memberi jawapan yang positif kepada kenyataan kesan memberus gigi, manakala

satu per empat daripada subjek bersetuju dengan kenyataan berkenaan keberkesanan

fluorida dalam mencegah karies gigi (Varenne, Petersen dan Quattala, 2006).

Kajian Vigild et al. (1999) membuktikan bahawa tahap pengetahuan sesebuah keluarga

memainkan peranan penting dalam memberi maklumat primer tentang kesihatan oral,

tahap pengambilan minuman bergula dan tabiat memberus gigi.

2.2 Amalan penjagaan kesihatan oral

Amalan higin mulut yang baik memainkan peranan penting bagi memastikan keadaan

mulut seseorang itu sihat. Amalan pergigian yang boleh dilakukan adalah penjagaan

higin mulut, penggunaan fluorida, diet dan kehadiran ke klinik. Amalan pergigian yang

baik di kalangan remaja juga amat berkait rapat dengan latarbelakang keluarganya. Ibu

12

Page 13: PAPER PROJEK SIAP

bapa di galakkan membawa anak-anak mereka hadir untuk pemeriksaan pergigian sama

ada di klinik swasta atau pusat penjagaan kesihatan awam ( Rajab et al., 2002)

Menurut kajian Ciancio (2003) untuk mengelakkan dari penyakit oral seseorang individu

perlulah dinasihatkan supaya memberus gigi, menggunakan floss pergigian dan

membuat pemeriksaan pergigian secara berkala. Penjagaan higin mulut melalui

pemberusan gigi adalah amalan yang kerap dipraktikkan. Cara yang paling mudah untuk

menghapuskan plak gigi ialah dengan memberus gigi setiap hari ( Rahimah, 1987).

Walaubagaimanapun, kekerapan memberus gigi bukan merupakan suatu faktor yang

penting malah teknik pemberusan efektif mesti dititikberatkan. Menurut kajian Beiruty

dan Helderman (2004) didapati 81% murid-murid sekolah berumur 16 ke 20 tahun di

Syria memberus gigi mereka sekurang-kurangnya sekali sehari. Lebih ramai remaja di

kawasan bandar menggunakan ubat gigi berfluorida berbanding kawasan luar bandar.

Secara umumnya penggunaan ubat gigi berfluorida di kalangan subjek adalah sangat

sedikit (Zhu, 2003). Lebih daripada tiga per empat remaja menyatakan mereka

mengambil masa selama dua minit atau lebih untuk memberus gigi (Beiruti et al.,1995).

Menurut kajian Almas et al. (2003) didapati pelajar berusia 10 hingga 20 tahun di dua

pusat pergigian yang berlainan di Arab Saudi memberus gigi sekali sehari menggunakan

berus gigi dan 65% masih menggunakan miswak (iaitu kayu yang dikunyah untuk

membentuk berkas fiber dan boleh digunakan untuk memberus gigi). Muhlemann

(1965), di dalam kajiannya menunjukkan karies di kalangan kanak-kanak didapati

menurun sebanyak 50% melalui pengambilan air berfluorida secara berterusan. Amalan

penggunaan fluorida secara kerap boleh mengawal dari kejadian karies gigi.

13

Page 14: PAPER PROJEK SIAP

Penggunaan floss juga merupakan salah satu daripada langkah penjagaan kesihatan oral

selain dari memberus gigi. Ia merupakan satu teknik membersih pada celah-celah gigi di

mana terdapat pengumpulan plak selalu terbentuk. Malah ia juga membantu

mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang tidak dapat dibersihkan ketika

memberus gigi (Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006).

Kehadiran ke klinik untuk pemeriksaan secara berkala sekurang-kurangnya enam bulan

sekali dalam setahun merupakan amalan yang digalakkan (Bahagian Kesihatan

Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Seramai 54% remaja akan

memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan sebanyak 42% remaja pula

membuat pemeriksaan pergigian dalam lingkungan 12 bulan (Vigild et al., 1999).

Menurut kajian Silva et al. (2002) sebanyak 46.1% memberus gigi sebanyak tiga kali

atau lebih dalam sehari, 28.8% tidak pernah membuat pemeriksaan pergigian, manakala

hanya 24.3% membuat pemeriksaan di klinik pergigian untuk membuat rawatan.

Menurut kajian Vignarajah (1997) amalan dalam penjagaan kesihatan pergigian dan

kehadiran ke klinik pergigian mencatatkan keputusan yang mengecewakan. Dalam

tempoh kajian tersebut, golongan remaja yang hadir ke klinik gigi mencatatkan

keputusan yang kecil iaitu sebanyak 58% berbanding dengan kanak-kanak yang

mencatatkan 68%.

Di kawasan luar bandar, 57% murid tidak perihatin tentang pengambilan makanan manis

boleh menyebabkan karies gigi manakala satu pertiga lagi mengetahui bahawa makanan

manis boleh merosakkan gigi (Konig, 2000). Kajian yang telah dilakukan oleh Navia

(1996) menunjukkan pengambilan diet yang tidak sesuai memainkan peranan penting di

14

Page 15: PAPER PROJEK SIAP

dalam mulut seperti karies gigi, penyakit periodontium dan gingivitis. Ini menunjukkan

amalan seseorang amat berkait rapat dengan status kesihatan oralnya. Ini juga disokong

melalui kajian Jamal, Sheiham dan Cowell (1997) menyatakan kekerapan pengambilan

dan jumlah makanan kariogenik menimgkatkan kejadian karies gigi. Beberapa kajian

menunjukkan taraf kesihatan oral sangat berkait rapat dengan tabiat seseorang (Taani,

2002). Menurut Al-Da Laigan, Shown dan Smith (2001) melalui sampel seramai 418

remaja British menjumpai pentingnya hubungkait antara kelaziman hakisan dan

penggunaan minuman ringan dan minuman berkarbonat. Jarvien, Rytome dan Einonen

(1991) juga melaporkan bahawa meminum minuman ringan setiap hari atau minuman

berkarbonat secara mingguan boleh menyebabkan hakisan yang teruk.

Amalan penggunaan fluorida seperti menggunakan ubat kumuran dan ubat gigi

berfluorida boleh mengurangkan daripada terjadinya kejadian kejadian karies ( Bahagian

Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, 1998). Marinho, Higgins,

Sheiham dan Logan (2003) pula membuat kesimpulan penggunaan ubat gigi berfluorida

mengurangkan sebanyak 24% karies pada kegigian kekal bagi kanak-kanak dan remaja

jika dibandingkan dengan ubat gigi yang tidak mempunyai fluorida. Selain daripada

memberus gigi amalan yang biasa dilakukan selepas makan adalah seperti berkumur

dengan air (73.3%), berkumur dengan air garam suam (15.4%) atau berkumur dengan

air teh (22.6%) (Zhu, Petersen, Yip, Bian dan Zhong, 2003). Mengikut kajian Loe

(2005) cara yang paling baik dalam pengawalan plak adalah menggunakan pembersihan

secara mekanikal, cukup untuk membersihkan gigi untuk satu tempoh tertentu.

15

Page 16: PAPER PROJEK SIAP

2.3 Sikap terhadap pentingnya penjagaan kesihatan oral

Sikap seseorang penting untuk menunjukkan kesedaran seseorang terhadap penjagaan

kesihatan oral. Murid-murid sekolah yang berumur 16 tahun mempunyai sikap yang

sukar untuk menghadirkan diri ke klinik pergigian. Hal ini disokong oleh Qutersh Taani

(2002) yang menyatakan bahawa golongan remaja hanya akan menghadirkan diri ke

klinik pergigian apabila menghadapi masalah atau sakit gigi sahaja. Umumnya, kanak-

kanak akan hadir ke klinik apabila mengalami masalah pergigian. Kajian Vignarajah

(1997), melaporkan hanya sebilangan kecil di kalangan remaja menunjukkan kehadiran

ke klinik pergigian adalah diperlukan. Namun, mereka hadir ke klinik jika mempunyai

masalah pergigian atau tidak pernah berjumpa doktor gigi. Manakala kajian Vigild et al.

(2003) menunjukkan alas an kanak-kanak ke klinik pergigian disebabkan oleh masalah

keradangan pada gusi dan gigi iaitu sebanyak 53%. Sebanyak 54% dari kehadiran ini

adalah daripada ibu bapa yang membuat temujanji untuk pemeriksaan manakala 10

peratus adalah temujanji yang diatur di kalangan kanak-kanak itu sendiri dan sebanyak 5

peratus memenuhi aturan rawatan yang dibuat.

Menurut kajian Konig (2000) sembilan peratus daripada kanak-kanak mempunyai

pengalaman gigi bermasalah untuk tempoh masa satu tahun, 93% menyatakan mereka

tidak pernah pergi ke klinik pergigian seumur hidup. Tujuh peratus pernah pergi ke

klinik pergigian untuk sekali sahaja dan empat peratus pergi ke klinik pergigian untuk

tempoh tidak sampai setahuan kerana kesakitan dan ketidakselesaan. Mereka yang

tinggal di kawasan bandar selalunya pergi berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan gigi.

16

Page 17: PAPER PROJEK SIAP

Masalah kesihatan oral bukan hanya bergantung kepada perangai atau kelakuan

seseorang tetapi bergantung kepada rasa bertanggungjawab seseorang itu (Aubrey dan

Richard, 2002). Beiruti et al. (1995) menyatakan kebanyakan kanak-kanak memberi

alasan untuk tidak pergi membuat pemeriksaan pergigian kerana mereka mengganggap

membuat rawatan pergigian adalah menyakitkan. Zhu et al. (2003) menyatakan remaja

di China mempunyai sikap mencegah karies gigi dan penyakit periodontium walaupun

informasi tentang pengetahuan kesihatan mulut mereka kurang dan tidak berapa faham

tentang penyebab utama karies gigi dan penyakit periodontium. Lebih 30 peratus remaja

yang tinggal di bandar mengatakan mereka akan pergi berjumpa doktor gigi apabila

mempunyai simptom karies. Kebanyakan mereka yang tinggal di luar bandar pula

menyatakan akan cuba menyelesaikan masalah gigi itu sendiri atau menahan sakit (Zhu

et al., 2003).

2.4 Pengetahuan, amalan dan sikap terhadap kesihatan oral mengikut jantina.

Penyakit pergigian boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira jantina atau umur.

Pengetahuan yang tinggi serta amalan dan sikap yang positif dapat membolehkan murid

sekolah berumur 16 tahun untuk meningkatkan kesihatan oral.

Kajian Almas, Al Shwami dan Al Shamrani (2003) di Arab Saudi menunjukkan

perempuan dan lelaki yang berumur 16 ke 20 tahun memberus gigi mereka sekali sehari

(61.4% perempuan dan 26.8% lelaki), dua kali sehari (perempuan 25.6%, lelaki 41.8%)

atau tiga kali sehari (perempuan 13.1%, lelaki 31.4%).

17

Page 18: PAPER PROJEK SIAP

Kajian di Sudan pula menunjukkan murid lelaki memberus gigi lebih dari tiga minit

berbanding murid perempuan (Ismail, Darout dan Nils, 2005). Menurut kajian Vigild et

al. (1999) pula kanak-kanak perempuan lebih kerap menggosok gigi berbanding kanak-

kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan lebih kerap menggosok gigi menggunakan

ubat gigi berfluorida jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Lebih daripada 50%

kanak-kanak lelaki menyatakan mereka memberus gigi selepas makan berbanding

kanak-kanak perempuan (Beiruti et al., 1995).

Menurut kajian Zhu et al. (2003) kanak-kanak perempuan lebih kerap menghadirkan diri

ke klinik pergigian iaitu 25.9% berbanding kanak-kanak lelaki 19.1%. Pada masa kini,

pelajar tidak mengira jantina telah mempunyai tahap pengetahuan yang sama. Darout,

Astrom dan Skaug (2005) di Jordan mendapati tiada perbezaan yang ketara di antara

lelaki dan perempuan dalam tahap pengetahuan kesihatan oral. Ini dapat dilihat apabila

mereka akan lebih mengambil berat tentang penjagaan kesihatan oral tanpa mengira

jantina.

18

Page 19: PAPER PROJEK SIAP

3. OBJEKTIF

Objektif Umum

Mengenalpasti pengetahuan, amalan dan sikap terhadap kesihatan oral di kalangan

murid-murid sekolah berumur 16 tahun di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Objektif Spesifik

1. Mengenalpasti tahap pengetahuan murid-murid sekolah berumur 16 tahun terhadap

kesihatan oral di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

2. Mengenalpasti amalan kesihatan oral di kalangan murid-murid sekolah yang

berumur 16 tahun di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

3. Mengenalpasti sikap terhadap kesihatan oral di kalangan murid-murid sekolah

berumur 16 tahun di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

4. Membandingkan tahap pengetahuan, amalan dan sikap di kalangan murid-murid

sekolah berumur 16 tahun terhadap kesihatan oral mengikut jantina di daerah

Seremban, Negeri Sembilan.

19

Page 20: PAPER PROJEK SIAP

4. KAEDAH

4.1 Jenis kajian

Kajian yang dilaksanakan merupakan kajian ‘keratan lintang’. Kajian ini melibatkan

murid-murid sekolah menengah berumur 16 tahun di daerah Seremban, Negeri

Sembilan. Kajian bermula dari bulan Ogos 2008 sehingga Januari 2009.

4.2 Saiz sampel

Saiz sampel bagi kajian ini ialah 616 orang murid sekolah berumur 16 tahun.

4.3 Pemilihan sampel

Pemilihan sampel telah dilakukan pada dua peringkat. Pada peringkat pertama, lima

buah sekolah menengah dipilih secara rawak daripada senarai 41 buah sekolah

menengah di daerah Seremban (lampiran 1). Peringkat kedua ialah pemilihan sampel

kajian secara kelompok. Semua murid berumur 16 tahun di lima buah sekolah

menengah yang di pilih menyertai kajian ini.

4.4 Kaedah pengumpulan data

Kebenaran untuk menjalankan kajian di daerah Seremban (lampiran 2) diperoleh

dari Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan. Penerangan berkaitan maklumat

kajian telah diberi kepada semua murid-murid yang terlibat. Borang maklumat

20

Page 21: PAPER PROJEK SIAP

kajian (lampiran 3) dan keizinan menyertai kajian (lampiran 4) diedarkan kepada

murid-murid. Ibu bapa mereka yang bersetuju anak mereka menyertai kajian perlu

menandatangani borang tersebut. Borang soal selidik diedarkan kepada subjek yang

menyertai kajian (lampiran 5). Borang soal selidik terdiri daripada empat bahagian

iaitu status sosiodemografik, lima soalan berkaitan pengetahuan kesihatan oral, lapan

soalan berkaitan amalan kesihatan oral dan enam soalan berkaitan sikap pelajar

terhadap kesihatan oral. Borang-borang yang lengkap diisi dikumpulkan untuk

proses analisa data.

4.5 Penganalisisan data

Analisa data dibuat dengan menggunakan program Statistical Package for Social

Sciences (SPSS) Version 15.0. Data yang telah dikumpul diisikan ke dalam program

ini. Objektif kajian pertama ialah mengenalpasti tahap pengetahuan murid-murid

sekolah 16 tahun terhadap kesihatan oral. Terdapat lima soalan iaitu berkaitan karies

gigi, plak gigi, penyakit gusi, ubat gigi berfluorida dan penyakit pergigian. Soalan ini

dinilai dengan markah terkumpul daripada lima soalan. Jawapan yang betul diberi

dua markah, tidak pasti diberi satu markah dan salah diberi kosong markah. Julat

keseluruhan markah bagi tahap pengetahuan murid-murid berkaitan kesihatan oral

adalah dari kosong hingga 10 markah. Purata markah, sisihan piawai dan peratus

memperolehi markah penuh akan dipaparkan dalam bentuk graf dan jadual. Mereka

yang mendapat jumlah markah 80 peratus dan ke atas adalah di anggap pada tahap

yang baik.

21

Page 22: PAPER PROJEK SIAP

Objektif kedua berkaitan amalan terhadap kesihatan oral. Terdapat lapan soalan iaitu

kekerapan memberus gigi, waktu memberus gigi, penggunaan floss dalam sehari,

penggunaan ubat gigi, umur sewaktu mula memberus gigi, kekerapan menukar berus

gigi, kekerapan berjumpa doktor gigi dan kali terakhir berjumpa doktor gigi. Respon

akan dipaparkan dalam bentuk jadual. Hasil kajian dipaparkan dalam bilangan dan

peratus.

Objektif ketiga ialah berkaitan sikap terhadap kesihatan oral. Terdapat enam soalan

iaitu berkaitan memberus gigi dengan efektif, penggunaan floss gigi, pemeriksaan

gigi, perasaan sewaktu berjumpa doktor gigi, pendapat tentang rawatan gigi dan

perasaan sewaktu menerima rawatan gigi. Bagi soalan satu hingga tiga, subjek yang

bersetuju dengan jawapan diberi dua markah, tidak pasti satu markah dan tidak

setuju kosong markah. Bagi soalan empat hingga enam, subjek yang tidak bersetuju

dengan jawapan diberi dua markah, tidak pasti satu markah dan setuju kosong

markah. Julat nilai terkumpul diberi dari kosong hingga 12. Purata markah, sisihan

piawai dan peratus memperolehi markah penuh akan dipaparkan dalam bentuk graf.

Mereka yang mendapat jumlah markah melebihi 80 peratus adalah di anggap pada

tahap yang baik.

22

Page 23: PAPER PROJEK SIAP

4.6 Kajian terperinci

Populasi kajianMurid sekolah 16 tahun di daerah Seremban,

Negeri Sembilan

Saiz sampeln= 616

Pemilihan sampel

Sampel rawak5 buah sekolah dari 41 buah sekolah menengah di daerah Seremban

Sampel berkelompokSemua murid 16 tahun di 5 buah sekolah menegah di daerah Seremban

Persetujuan menyertai kajian Subjek kajian n=606

Pengumpulan dataBorang soal selidik

- sosiodemografik - pengetahuan - amalan - sikap

Analisa dataSPSS 15.0

Penulisan Kajian

23

Page 24: PAPER PROJEK SIAP

5. HASIL KAJIAN

5.1 Faktor Sosio-demografik (n=606)

Seramai 606 orang murid sekolah berumur 16 tahun telah menjawab soalan dari borang

soal selidik. 10 orang tidak menjawab borang tersebut kerana tidak hadir ke sekolah

pada hari tersebut kerana cuti sakit.

Jadual 5.1 Faktor Sosio-demografik di kalangan murid-murid 16 tahun

Faktor n Peratus

Jantina:

Lelaki

Perempuan

305

301

50.3%

49.7%

Pendapatan keluarga:

RM 1000 ke bawah

RM 1001-RM 2500

RM 2500 ke atas

68

271

267

11.2%

44.7%

44.1%

Tahap pelajaran ibu

PMR

SPM

Diploma

Ijazah

Post Ijazah

94

275

85

103

49

15.5%

45.4%

14%

17%

8.1%

Tahap pelajaran bapa

PMR

SPM

Diploma

Ijazah

Post Ijazah

71

244

119

103

69

11.7%

40.3%

19.6%

17%

11.4%

24

Page 25: PAPER PROJEK SIAP

Sampel kajian terdiri dari 50.3% murid lelaki dan selebihnya murid perempuan. Ramai

di kalangan sampel berada dalam pendapatan keluarga RM 1001 ke atas. Tahap

pelajaran ibu bapa mereka kebanyakannya adalah Sijil Pelajaran Malaysia.

25

Page 26: PAPER PROJEK SIAP

5.2 Tahap Pengetahuan

Jadual 5.2 Taburan markah tahap pengetahuan murid-murid 16 tahun (n=606)

Markah Bilangan (n) Peratus(%)

4 24 4%

5 78 12.9%

6 67 11.1%

7 151 24.9%

8 123 20.3%

9 77 12.7%

10 86 14.2%

Jadual 5.2 menunjukkan taburan markah yang diperolehi berkaitan tahap pengetahuan

kesihatan oral di kalangan murid-murid 16 tahun. Julat markah yang diperolehi adalah

dari empat hingga 10.

26

Page 27: PAPER PROJEK SIAP

Rajah 5.1 Jumlah markah tahap pengetahuan kesihatan oral murid-murid 16 tahun

Daripada rajah 5.1 mendapati seramai 47.2 peratus telah mendapat jumlah markah 80

peratus ke atas.

Jadual 5.3 Purata markah pengetahuan kesihatan oral murid 16 tahun

n Purata markah Sisihan piawai

Tahap pengetahuan 606 7.4 1.679

Jadual 5.3 menunjukkan purata markah pengetahuan kesihatan oral di kalangan murid

16 tahun ialah 7.40 (1.679).

27

Page 28: PAPER PROJEK SIAP

5.3 Tahap Amalan

Jadual 5.4 Amalan kesihatan oral di kalangan murid 16 tahun (n=606).

Amalan Bilangan(n)

Peratus(%)

Kekerapan memberus gigi-kadang-kadang/tidak memberus gigi-sekali sehari-sekurang-kurangnya dua kali sehari

53117436

9%19%72%

Waktu memberus gigi- pagi-malam-pagi dan malam-selepas waktu makan tetap-selepas makan pencuci mulut/manisan

26930250525

44%5%41%9%1%

Menggunakan floss gigi dalam sehari-tidak pernah-sekali sehari-lebih dari sekali sehari

37415874

62%26%12%

Menggunakan ubat gigi-berfluorida-tidak berfluorida-tidak menggunakan ubat gigi

4958031

82%13%5%

Mula memberus gigi pada umur-sebelum bersekolah-apabila memasuki sekolah rendah-selepas tamat sekolah rendah

5156724

85%11%4%

Menukar berus gigi setiap-1 hingga 3 bulan-4-6 bulan-7-12 bulan-Lebih dari setahun-Tidak tahu

36412637376

60%21%6%1%12%

Kekerapan berjumpa doktor gigi-3 kali atau lebih setahun-1 ke 2 kali setahun-Tidak pernah

156333117

26%55%19%

Kali terakhir berjumpa doktor gigi-kurang dari setahun-1-2 tahun lepas3 tahun lepas

23721294

39%35%16%

28

Page 29: PAPER PROJEK SIAP

Tidak pernah 63 10%

Jadual 5.4 menunjukkan tahap amalan murid-murid 16 tahun terhadap kesihatan oral.

Seramai 436 (72%) orang murid memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Memberus gigi pada waktu pagi dan malam mencatatkan 250 (41%) orang murid.

Seramai 374 (62%) orang murid menyatakan tidak pernah menggunakan floss gigi

sebagai amalan harian. Seramai 495 (82%) orang murid menggunakan ubat gigi

berfluorida. Selain dari itu, 515 (85%) orang murid mula memberus gigi sebelum

bersekolah lagi dan kekerapan menukar berus gigi setiap satu ke tiga bulan mencatatkan

bilangan tertinggi iaitu 364 (60%) orang murid. Seramai 333 (55%) orang murid

berjumpa doktor gigi satu ke dua kali setahun dan 237 (39%) kurang dari setahun kali

terakhir berjumpa doktor gigi.

29

Page 30: PAPER PROJEK SIAP

5.4 Tahap Sikap

Jadual 5.5 Taburan markah tahap sikap murid-murid 16 tahun (n=606).

Markah Bilangan (n) Peratus (%)

2 4 1%

3 11 2%

4 9 1%

5 21 3%

6 71 12%

7 118 20%

8 111 18%

9 93 15%

10 82 14%

11 42 7%

12 44 7%

Jadual 5.5 menunjukkan taburan markah yang diperolehi dari tahap sikap dari murid-

murid 16 tahun. Seramai 44 (7 %) murid 16 tahun memperolehi markah penuh.

30

Page 31: PAPER PROJEK SIAP

Rajah 5.2 Peratus markah sikap murid-murid 16 tahun

Daripada rajah 5.2 didapati seramai 261 (43%) telah mendapat jumlah markah lebih dari

80 peratus.

Jadual 5.6 Purata markah tahap sikap murid-murid 16 tahun berkaitan kesihatan oral.

n Purata markah Sisihan pawai

Tahap sikap 606 8.2 2.086

Jadual 5.6 menunjukkan purata markah berkaitan sikap terhadap kesihatan oral di

kalangan murid 16 tahun ialah 8.20 (2.086)

31

Page 32: PAPER PROJEK SIAP

5.5 Perbandingan tahap pengetahuan dan sikap mengikut jantina (n=606).

Jadual 5.7 Tahap pengetahuan dan sikap di kalangan murid lelaki dan perempuan

Lelaki Perempuan

n Purata markah

Sisihan piawai

n Purata markah

Sisihan piawai

Tahap pengetahuan 305 7.39 1.740 301 7.41 1.617

Sikap 305 8.28 2.113 301 8.12 2.059

Jadual 5.7 menunjukkan tentang tahap pengetahuan dan sikap di antara lelaki dan

perempuan. Pelajar perempuan dan pelajar lelaki mempunyai purata markah yang

hampir sama.

32

Page 33: PAPER PROJEK SIAP

5.6 Perbandingan amalan mengikut jantina (n=606)

5.6.1 Kekerapan memberus gigi

Rajah 5.3 Kekerapan memberus gigi

mengikut jantina

Rajah 5.3 menunjukkan kekerapan memberus gigi mengikut jantina. Murid lelaki (71%)

dan perempuan (73%) memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

33

Page 34: PAPER PROJEK SIAP

5.6.2 Penggunaan floss dalam sehari

Rajah 5.4 Penggunaan floss mengikut jantina

Rajah 5.4 menunjukkan penggunaan floss mengikut jantina. Ramai di antara murid

lelaki (62%) dan perempuan (61%) tidak pernah menggunakan floss.

5.6.3 Penggunaan ubat gigi

34

Page 35: PAPER PROJEK SIAP

Rajah 5.5 Penggunaan ubat gigi mengikut jantina

Graf 5.5 menunjukkan penggunaan ubat gigi mengikut jantina. Didapati ramai murid

lelaki (81%) dan perempuan (82%) menggunakan ubat gigi berfluorida.

5.6.4 Kekerapan berjumpa doktor gigi

35

Page 36: PAPER PROJEK SIAP

Rajah

5.6 Kekerapan berjumpa doktor gigi mengikut jantina

Graf 5.6 menunjukkan kekerapan berjumpa doktor gigi mengikut jantina. Didapati ramai

pelajar lelaki (57%) dan perempuan (53%) berjumpa doktor gigi satu ke dua kali

setahun.

6. PERBINCANGAN

36

Page 37: PAPER PROJEK SIAP

6.1 Tahap pengetahuan terhadap kesihatan oral

Hasil daripada kajian ini, seramai 286 (47.2%) orang murid 16 tahun di daerah

Seremban mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kesihatan oral. Ini

mungkin disebabkan tahap pengetahuan yang tinggi oleh subjek kajian dari kawasan

bandar iaitu di sekitar bandar Seremban. Murid-murid di kawasan bandar adalah lebih

terdedah kepada informasi mengenai penjagaan kesihatan pergigian melalui media

massa berbanding di kawasan luar bandar (Nadanovsky & Sheiham, 1995). Ini

menunjukkan bahawa sejumlah besar murid-murid berumur 16 tahun memahami faktor

penyebab penyakit pergigian seperti karies gigi dan penyakit gusi, kebaikan fluorida

kepada gigi dan apa itu plak. Kenyataan ini disokong oleh Freeman et al. (1993) yang

menyatakan tahap pengetahuan di kalangan murid sekolah menengah didapati

bertambah dan terdapat implikasi yang baik dalam program pencegahan kesihatan oral.

Beiruti et al. (1995) pula menyatakan murid-murid sekolah menengah sudah mempunyai

pengetahuan tentang penyakit pergigian mengetahui cara untuk mencegahnya daripada

berlaku.

Seramai 410 (67.7%) pelajar mengetahui tentang kebaikan ubat gigi berfluorida dalam

mencegah kerosakan gigi. Hasil kajian ini disokong oleh Vignarajah (1997) yang

menyatakan bahawa program mingguan yang berkaitan fluorida telah mendedahkan

kanak-kanak tentang penggunaan fluorida dan kebaikannya kepada gigi.

Pengetahuan tentang kesihatan oral juga mungkin didapati daripada guru-guru di

sekolah. Guru merupakan sumber utama dalam menyebarkan maklumat di sekolah.

37

Page 38: PAPER PROJEK SIAP

Vigild et al. (1999) menyatakan guru sekolah penting sebagai kunci memberi

pengetahuan atau maklumat kepada murid-murid sekolah menegah. Aktiviti tentang

pengetahuan kesihatan oral di sekolah rendah dan menegah haruslah disatukan dalam

kokurikulum sekolah. Program kesihatan oral akan hanya memberi kesan yang terhad

sekiranya tiada sokongan daripada guru-guru.

6.2 Tahap amalan terhadap kesihatan oral

Kajian menunjukkan tahap amalan terhadap kesihatan oral bagi murid-murid 16 tahun

berada pada tahap yang baik. Hasil ini juga didapati oleh Ciancio (2003) yang

menyatakan bahawa penyakit oral dapat dielakkan sekiranya individu tersebut

memberus gigi, menggunakan floss pergigian dan membuat pemeriksaan secara berkala.

Hasil kajian ini menunjukkan ramai murid memberus gigi sekurang- kurangnya dua kali

sehari iaitu 72%. Vigild et al. (1999) menyatakan 54% kanak-kanak memberus gigi

sekurang-kurangnya dua kali sehari. Memberus gigi dua kali sehari merupakan salah

satu amalan yang digalakkan semasa aktiviti latihan memberus gigi di sekolah. Selain

aktiviti latihan memberus gigi di sekolah, pendidikan mengenai penjagaan gigi di rumah

oleh ibu bapa juga mempengaruhi kebersihan mulut murid. Hasil penyelidikan Zhu et al.

(2003) yang dijalankan di China menunjukkan kekerapan memberus gigi dua kali sehari

adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 45%, berbanding dengan kekerapan memberus

gigi sekali sehari sebanyak 38%. Ini menunjukkan bahawa memberus gigi dua kali

sehari merupakan amalan yang sering dipraktikkan di kalangan murid.

Amalan pergigian yang baik juga berkait rapat dengan latar belakang keluarganya. Ibu

bapa digalakkan membawa anak-anak mereka hadir untuk pemeriksaan sama ada di

38

Page 39: PAPER PROJEK SIAP

klinik swasta atau pusat penjagaan kesihatan awam (Rajab et al., 2002). Kajian ini

disokong oleh Mahmoud, Board dan Khaled (2005) yang menyatakan kebanyakan ibu

bapa tidak memberi galakan dan nasihat kepada anak mereka untuk pergi ke klinik gigi.

Amalan pergigian yang ditunjukkan oleh ibu bapa juga mempengaruhi sikap anak untuk

pergi ke klinik gigi.

Kebanyakan murid menggunakan ubat gigi berfluorida dalam amalan harian.

Penggunaan ubat gigi berfluorida penting bagi mencegah kejadian karies. Hal ini

dibuktikan dari kajian yang dilakukan oleh Marinho et al. (2003) yang membuat

kesimpulan penggunaan ubat gigi berfluorida mengurangkan sebanyak 24% karies pada

kegigian kekal bagi kanak-kanak dan remaja jika dibandingkan dengan ubat gigi yang

tidak mempunyai fluorida. Amalan penggunaan fluorida seperti ubat kumuran dan ubat

gigi berfluorida ini boleh mengurangkan kejadian karies (Kementerian Kesihatan

Malaysia, Bahagian Kesihatan Pergigian, 1998). Murray & Naylon (1989), telah

membuktikan penggunaan ubat gigi berfluorida dapat megurangkan karies gigi sebanyak

20 hingga 30%. Fluorida di dalam ubat gigi mencegah daripada terjadinya

pendemineralan, menggalakkan pemineralan semula dan menghalang pembentukan

plak.

Seramai 39% murid mengambil masa kurang dari setahun untuk berjumpa doktor gigi.

Ini mungkin disebabkan murid tersebut mengalami masalah pergigian dan perlukan

rawatan selanjutnya. Hasil kajian ini dibuktikan oleh Taani (2002), menyatakan seramai

60.7% di kalangan pesakit hanya hadir ke klinik pergigian sekiranya perlu untuk

mendapatkan rawatan pergigian. Di Malaysia, rawatan pergigian telah diberikan kepada

murid-murid sekolah setiap tahun melalui program rawatan “Incrementel Care”. Hanya

39

Page 40: PAPER PROJEK SIAP

murid yang memerlukan cabutan gigi kekal atau rawatan kompleks digalakkan hadir ke

klinik pergigian. Mereka telah menerima rawatan pergigian di sekolah.

6.3 Sikap terhadap kesihatan oral

Hasil kajian mendapati sebanyak 43% murid mempunyai sikap yang positif dalam

penjagaan kesihatan oral. Menurut Aubrey dan Richard (2002) masalah kesihatan oral

bukan hanya bergantung kepada perangai atau kelakuan seseorang tetapi bergantung

kepada rasa tanggungjawab seseorang itu. Namun, masih ramai pelajar yang

beranggapan bahawa rawatan pergigian adalah menyakitkan. Hasil kajian ini disokong

oleh Beiruti et al. (1995) yang menyatakan ramai pelajar memberi alas an untuk tidak

pergi membuat pemeriksaan pergigian kerana mereka mengganggap membuat rawatan

pergigian adalah menyakitkan. Pelbagai program berkaitan kesihatan oral diadakan di

sekolah dalam usaha mengubah persepsi murid terhadap rawatan pergigian.

Walaubagaimanapun, galakan untuk hadir ke klinik pergigian seharusnya dipupuk sejak

kecil lagi bagi memberi tanggapan positif tentang rawatan pergigian.

Ramai murid bersetuju bahawa tidak perlu berjumpa doktor gigi sekiranya tiada masalah

pergigian. Hal ini dinyatakan oleh Benoit et al. (2006) dalam kajiannya iaitu 93%

daripada kanak-kanak tidak pernah pergi ke klinik seumur hidup, tujuh peratus pergi ke

klinik pergigian untuk sekali sahaja dan empat peratus pergi ke klinik pergigian untuk

tempoh tidak sampai setahun kerana kesakitan dan ketidakselesaan. Faktor lain mungkin

disebabkan layanan yang kurang mesra dari personel pergigian dan kualiti rawatan yang

diberikan kurang memuaskan menyebabkan murid tidak tertarik untuk pergi ke klinik

pergigian dan hanya akan pergi sekiranya terdapat masalah pergigian.

40

Page 41: PAPER PROJEK SIAP

6.4 Pengetahuan, amalan dan sikap kesihatan oral mengikut jantina

Hasil kajian menunjukkan tiada terdapat perbezaan ketara di antara pelajar lelaki dan

perempuan mengenai kesihatan oral. Pada masa kini, pelajar tidak mengira jantina telah

mempunyai tahap pengetahuan kesihatan oral. Hal ini dibuktikan dari kajian yang

dilakukan oleh Darout, Astrom dan Skaug (2005) di Jordan yang mendapati tiada

perbezaan yang ketara di antara lelaki dan perempuan dalam tahap pengetahuan

kesihatan oral. Ini dapat dilihat apabila mereka akan lebih mengambil berat tentang

penjagaan kesihatan oral tanpa mengira jantina.

Hasil kajian juga menunjukkan masih terdapat segelintir murid lelaki dan perempuan

yang tidak menggunakan ubat gigi berflorida. Hasil kajian ini sama dengan kajian yang

dilakukan oleh Zhu et al. (2003) yang di jalankan di China yang mendapati sebanyak

82.2% remaja tidak menggunakan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi

disebabkan kebanyakan daripada subjek kurang pengetahuan mengenai kelebihan

fluorida di dalam kesihatan pergigian.

7. KESIMPULAN

41

Page 42: PAPER PROJEK SIAP

Penjagaan kesihatan oral memerlukan pengetahuan, penjagaan yang berkesan dan

haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab untuk melaksanakannya. Dari segi

pengetahuan, ramai di kalangan murid-murid 16 tahun mempunyai tahap pengetahuan

yang tinggi terhadap kesihatan oral. Mereka mengetahui tentang faktor berkaitan

kerosakan gigi, plak gigi, penyakit gusi, penggunaan ubat gigi berfluorida dan penyakit

pergigian.

Dari segi amalan pula ramai murid menyatakan mereka menggosok gigi dengan

kekerapan dua kali sehari. Tetapi hanya segelintir murid yang mengamalkan

penggunaan floss dalam amalan harian. Terdapat juga murid yang masih lagi tidak

menggunakan ubat gigi sewaktu memberus gigi. Kebanyakan dari mereka berjumpa

doktor gigi satu ke dua kali setahun dan kekerapan berjumpa doktor gigi adalah kurang

dari setahun untuk setiap lawatan. Dari segi sikap, ramai di kalangan murid mempunyai

sikap yang positif terhadap penjagaan kesihatan oral. Manakala dari aspek jantina, tahap

pengetahuan, amalan dan sikap mereka terhadap kesihatan oral didapati sama.

Kesimpulannya, pada masa kini tahap pengetahuan, amalan dan sikap murid 16 tahun di

daerah Seremban, Negeri Sembilan terhadap kesihatan oral adalah baik. Walaupun

terdapat segelintir murid yang tidak mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan oral

namun hal ini pasti dapat di atasi dengan kerjasama semua pihak.

8. CADANGAN

42

Page 43: PAPER PROJEK SIAP

Pelbagai usaha dan langkah yang bijak perlu diambil bagi meningkatkan tahap

kesedaran masyarakat tentang pentingnya pengetahuan mengenai kesihatan oral.

Cadangan adalah seperti di bawah :

i) Ceramah kesihatan pergigian di sekolah

Ceramah- ceramah kesihatan pergigian harus diberikan di setiap sekolah- sekolah serta

perlu dipertingkatkan lagi, sama ada jururawat mahupun pegawai pergigian yang akan

memberikan ceramah tersebut perlu tahu tajuk yang sesuai agar ceramah yang diberikan

tidak membosankan murid-murid sebaliknya akan menarik minat murid-murid. Selain

itu, isi kandungan dan kajian penemuan baru boleh dimasukkan ke dalam ceramah

supaya isi kandungan yang diberi terkini dan mengikuti perkembangan semasa. Ini

bertujuan agar ceramah tersebut dapat memberi kesan dengan mempertingkatkan lagi

pengetahuan dan memberi kesedaran kepada murid-murid. Dengan adanya peralatan

yang canggih, serta gambar-gambar yang menarik boleh diselitkan dalam setiap ceramah

yang diberikan dapat memastikan ceramah diberikan difahami oleh murid-murid.

ii) Kehadiran ke klinik pergigian

Murid-murid berperanan dalam penjagaan kesihatan oral dengan mempertingkatkan lagi

kehadiran mereka ke klinik pergigian dan bukan hanya bergantung kepada pasukan

bergerak yang membuat lawatan ke sekolah-sekolah. Pemeriksaan pergigian secara

berkala haruslah di amalkan oleh setiap murid agar kesihatan oral mereka dapat

dipelihara.

43

Page 44: PAPER PROJEK SIAP

iii) Pengiklanan kempen kesihatan pergigian

Media massa seperti televisyen, majalah, surat khabar dan internet merupakan agen yang

amat penting dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai. Pengiklanan kempen

kesihatan pergigian dapat disebarkan kepada orang ramai. Maklumat yang disiarkan

tersebut hendaklah ringkas, padat dan mudah difahami setiap masyarakat yang

menonton dengan memberikan gambaran-gambaran yang jelas terhadap pentingnya

penjagaan kesihatan mulut dalam setiap individu agar tidak diabaikan.

iv) Peranan ibu bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam penjagaan kesihatan oral anak-anak

mereka. Ibu bapa haruslah memberikan teladan yang baik dengan memberi tunjuk ajar

kepada anak-anak mereka cara penjagaan kesihatan oral yang betul dan berkesan di

rumah. Di samping itu juga ibu bapa haruslah memberi dorongan kepada anak-anak

mereka untuk membuat pemeriksaan pergigian dan tidak hanya bergantung kepada

personel pergigian.

v) Peranan sekolah

Kerjasama daripada pihak sekolah amatlah diperlukan dalam menjayakan aktiviti yang

dirancang untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan murid-murid terhadap kesihatan

oral. Contohnya, pelajar diberi masa selama 10 minit selepas rehat bagi membolehkan

murid-murid memberus gigi. Melalui aktiviti ini, penjagaan kesihatan oral dapat

diamalkan oleh mereka dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kejadian karies gigi.

44

Page 45: PAPER PROJEK SIAP

9. RUJUKAN

1. Abid A.;

45

Page 46: PAPER PROJEK SIAP

Oral health in Tunisia.

International Dental Journal. 2004: 54 : 389-394

2. Barenie JT, Leske GS, Ripa LW.;

The effect of toothbrushing frequency on oral hygiene and gingival health in

school children : reassessment after two and one half years.

Journal Public Health Dent. 1996 : 36 : 9-16

3. Beiruty N, Helderman WH.;

Oral health in Syria.

International Dental Journal. 2004: 54: 383-388

4. Beiruti N, Tayfour D, Boles W, Poulsen S.;

Oral health related knowledge and behaviour of a group of 15 year old school

children from Damascus, Syria.

International Journal Dental Paediatric. 1995: 180-18

5 . Chestnut IG, Schafer F, Jacobson AP, Stephen KW.;

The influence of toothbrushing frequency and post-brushing rinsing or caries

in a caries clinical trial.

Community Dent. Oral Epidermiol. 1998: 26: 406-411

6. Ciancios.;

Improving oral health: Current considerations.

Journal Clinical Periodontology. 2003 : 25: 4-6

46

Page 47: PAPER PROJEK SIAP

7. Cowell CR.;

Sweet preferens, consumption of sweet tea and dental caries studies in urban and

rural Iraqi populations.

International Pent. Journal. 1997: 47: 200-213

8. Darout IA, Astram AN, Skaug N.;

Knowledge and behaviours related to oral health among secondary school students

in Khartoum Province, Sudan.

International Dental Journal. 2005: 54: 224-230.

9. D. B. DA Silva, I. P. R. Souza, M.C.S.A. Cunha.;

Knowledge, attitudes and status of oral health in children at risk for infective

endocarditis.

International Journal of Peadiatric Dentistry. 2002: 51: 124-131

10. Downer MC.;

The 1993 national survey of children’s dental health.

British Dental Journal. 1995: 178: 407-412

11. Freeman R, Maizels J, Wyllie M, Sheiham A.;

The relationship between health related knowledge, attitudes and dental health

behaviours in 14 – 16 year old adolescents.

47

Page 48: PAPER PROJEK SIAP

Community Dental Health. 1993: 10: 397-404

12. Jarvien VK, Rytomaa II, Heinonen OP.;

Risk factors in dental evosion.

International Dental Journal. 2001:25: 942-947

13. Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Kesihatan Pergigian.;

Laporan program pemfluoridaan 1997.

14. Konig KG.;

Diet and oral health.

International Dental Journal. 2000 : 50: 162-174

15. Ling Zhu, Poul Erik Petersen, Hong-Ying Wang, Jin-You Bian, Bo-Xue Zhang.;

Oral health knowledge, attitudes and behaviour of children and adolescents in

China.

International Dental Journal. 2003 : 53: 289-298

16. Loe H.;

The natural history of periodontal disease in humans : risk factors for tooths loss

in caries-free subjects receiving on oral health care.

Periodontal Clinical Journal .2005: 32: 484-493

17. Mahmoud K. Al-Omiri, Jor Board, Ahed M. Al-Wahadni, Khaled N. Saeed.;

Oral Health attitudes, knowledge and behaviour among school children in

North Jordan.

48

Page 49: PAPER PROJEK SIAP

International Dental Education. 2005: 25 : 165-176

18. Marinho VC, Higgins JP, Sheiham A, Logan S.;

Fluoride toothpastes for preventing dental caries in children and adolescents.

Cochrane Database System Preview : 2003

19. Milsom KM, Rijal K, Lennon MA.;

Oral health status of 12 year old children in Nepal in 1994.

International Dental Journal. 1997: 47: 88-93

20. Muhlemann H.R.;

Nutrition, tooth formation and caries susceptibility.

Symp. Swed Nutri. Found. 1965 : 9-20

21. Navia JM.;

Prevalence of developmental enamel defects and dental caries in rural pre-school

Thai Children.

Communiti Dent Health. 1996: 13: 191-204

22. Rahimah AK.;

Pendidikan kesihatan, teori dan amalan.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1995: 11-22

23. Rugg-Gunn A.;

Founders and Benefactors leture 2001. Preventing the preventable-the enigma of

Dental Caries.

49

Page 50: PAPER PROJEK SIAP

British Dental Journal. 2001: 478-485

24. Suliman Al-Tamimi, Poul Erik Petersen.;

Oral health situation of school children, mothers and schoolteacher in Saudi

Arabia.

International Dental Journal. 1993: 48: 180-186

25. S. Vignarajah.;

Oral health knowledge and behaviours and barriers to dental attendance of

school children and adolescents in the Caribbean Island of Antigua.

International Dental Journal. 1997 : 159-167

26. Taani DQ.;

Periodontal awareness and knowledge and pattern of dental attendance among

adult in Jordan.

International Pent. Journal. 2002: 52: 94-98

27. Taani DQ, El-Qadari SS, Abu Alhaija ES.;

Dental anxiety in children and its relationship to dental caries and gingival

condition.

International Journal Dental Hygine. 2005: 32: 83-87

28. Varenne B, Petersen PE, Quattara S.;

Oral health status of children and adults in urban and rural aries of Burkina Faso,

Afrika.

50

Page 51: PAPER PROJEK SIAP

International Dental Journal. 2004: 54: 83-89

51