sajak mereka tidak lagi menangis

46
MEREKA TIDAK LAGI MENANGIS Allahyarham Usman Awang,1968

Upload: zarulnaem

Post on 13-Apr-2017

617 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak mereka tidak lagi menangis

MEREKA TIDAK LAGI MENANGISAllahyarham Usman Awang,1968

Page 2: Sajak mereka tidak lagi menangis

Mereka Tidak Lagi Menangis(Untuk wanita berani)

HARI ini sejarah telah bersuara Betapa mereka diperdagangkanKebangkitan mereka Dari sistem lelaki kapitalisme Yang dulu hanya berkata Betapa mereka diperhambaSedu dari bening air mata. Dari aturan lelaki feudalisme Betapa pula mereka sama dimuliakanDari bunga dan air mata Dalam persamaan hak sistem socilaisme! Tudung kepala dan menghias diri Atas ajaran kemahuan lelaki Wanita berani tidak lagi menangisMereka sederap mencabar Zaman kebangkitan setiakawan Hak yang tak pernah mereka miliki. Dengan sayap taufan!

Takdir tidak lagi diturunkan oleh lelakiYang berapa abad menguasai kehidupanSatu demi satu penindasanKini sedang mereka kebumikan.

- Allahyarham Usman Awang,1968

Page 3: Sajak mereka tidak lagi menangis

TEMA

• TEMA PERJUANGANSemangat perjuangan kaum wanita pada masa kini untuk menuntut hak-hak mereka.

Page 4: Sajak mereka tidak lagi menangis

PERSOALAN• Sifat-sifat wanita yang lemah lembut dan sensitif

• Keberanian wanita bersatu dalam memperjuangkan hak mereka

• Perbezaan sistem sosial dahulu (sebelum 1968) dan sekarang (1968)

• Menyindir golongan lelaki yang mengongkong dan menguasai kaum wanita

Page 5: Sajak mereka tidak lagi menangis

STANZA 1STANZA MAKSUD

Hari ini sejarah telah bersuara

Kebangkitan mereka

Yang dulu tersenyum dengan bunga

Yang dulu hanya berkata

Sedu dari bening air mata

Permulaan kebangkitan wanita yang sebelum ini hanya berdiam dan memendam

Wanita dulu hanya tersenyum apabila disakiti dan menangis apabila dalam kesusahan

Page 6: Sajak mereka tidak lagi menangis

STANZA 2STANZA MAKSUD

Dari bunga dan air mata

Tudung kepala dan menghias diri

Atas ajaran kemahuan lelaki

Mereka sederap mencabar

Hak yang tak pernah mereka miliki

Penyajak menyatakan ciri-ciri wanita yang sering dikaitkan dengan kecantikan dan bersikap lemah

Sebelum ini, lelaki mengongkong wanita namun kini berani mencabar lelaki untuk mendapatkan hak mereka

Page 7: Sajak mereka tidak lagi menangis

STANZA 3STANZA MAKSUD

Takdir tidak lagi diturunkan oleh lelaki

Yang berapa abad menguasai kehidupan

Satu demi satu penindasan

Kini sedang mereka kebumikan

Penyajak menunjukkan bahawa kini lelaki tidak lagi mengawal kehidupan wanita yang telah sekian lama berkuasa

Wanita kini semakin agresif dan secara perlahan-lahan berjaya melawan satu per satu penindasan terhadap mereka

Page 8: Sajak mereka tidak lagi menangis

STANZA 4STANZA MAKSUD

Betapa mereka diperdagangkan

Dari sistem lelaki kapitalisme;

Betapa mereka diperhamba

Dari aturan lelaki feudalisme;

Betapa pula mereka sama dimuliakan

Dalam persamaan hak sistem sosialisme!

Menujukkan penindasan lelaki terhadap wanita

Dalam sistem kapitalisme; wanita menjadi barang dagangan dan dieksploitasi lelaki untuk mendapat keuntungan

Dalam sistem feudalisme; lelaki berkuasa penuh dan wanita perlu menyerahkan segala-galanya

Dalam sistem sosialisme, peranan dan hak mereka dimuliakan dan diangkat.

Menggambarkan kejayaan wanita menaik taraf martabat dengan menyamakan hak

Page 9: Sajak mereka tidak lagi menangis

STANZA 5STANZA MAKSUD

Wanita berani tidak lagi menangis

Zaman kebangkitan setiakawan

Dengan sayap taufan!

Menunjukkan semangat wanita yang utuh dan tidak lagi dianggap lemah

Setiakawan wanita bersatu padu

Sayap taufan semangat berkobar-kobar untuk membuat perubahan dalam hidup ke arah lebih terbelaWanita tidak lagi leamh dan bangkit bersama sama

Page 10: Sajak mereka tidak lagi menangis

AMANAT PENGARANG

• Wanita tidak seharusnya takut menegakkan keadilan dalam mendapatkan hak mereka.

• Wanita perlu menyedari kepentingan mereka untuk sama-sama bersatu –padu dalam sesuatu perkara.

Page 11: Sajak mereka tidak lagi menangis

SIKAP DAN PERASAAN PENGARANG

• Menyuntik semangat wanita untuk berani mendapatkan keadilan dan hak mereka yang sewajarnya.

• Bertimbang rasa terhadap golongan wanita

• Menyindir lelaki yang mendominasi golongan wanita

• Kagum terhadap golongan wanita yang berani mempejuangkan hak mereka.

Page 12: Sajak mereka tidak lagi menangis

UNSUR BUNYI

Rima akhirStanza 1 – rata (aaaa)

Stanza 2 – berpecah (abbcd)Stanza 3 – bebas (baaa)

Stanza 4 – bersilang (ababab)Stanza 5 – berpasang (abb)

AsonansiBetapa mereka diperhamba – vokal a

AliterasiHak yang tak pernah mereka milki – konsonan k

Page 13: Sajak mereka tidak lagi menangis

GAYA BAHASABAHASA PERBANDINGAN

1. Personifikasi • - Sejarah telah bersuara (stanza 1 baris 1)

2. Simbolik • Bunga = sifat wanita yang cantik tetapi lemah dan rapuh

• Air mata = kesedihan (stanza 2 baris 1)• Sayap taufan = kebangkitan (stanza 5 baris 3)

Sinkof• - Tak (stanza 2 baris 5)

Page 14: Sajak mereka tidak lagi menangis

BAHASA PENEGASAN1. Inversi

Kini sedang mereka kebumikan (stanza 3 baris 4)

2. Anafora Yang dulu tersenyum dengan bunga

Yang dulu hanya berkata (stanza 1 baris 3,4)

BAHASA SINDIRAN1. Sinisme

Takdir tidak lagi diturunkan oleh lelaki (stanza 3 baris 1)

RepitisiSatu demi satu penindasan (stanza 3 baris 3)

Parafrasa- Bening air mata = menangis (stanza 1 baris 5)

Page 15: Sajak mereka tidak lagi menangis

NADAProtes

-menggambarkan rasa tidak puas hati penyajak terhadap

penindasan yang dilakukan oleh kaum lelaki terhadap wanita

yang akhirnya membawa kepada kebangkitan kaum wanita

pada masa kini.

Page 16: Sajak mereka tidak lagi menangis

BENTUK

Bebas • Stanza 1 – 5 baris serangkap• Stanza 2 – 5 baris serangkap• Stanza 3 – 4 baris serangkap• Stanza 4 – 6 baris serangkap• Stanza 5 – 3 untai serangkap

Page 17: Sajak mereka tidak lagi menangis

HAK WANITA

• HAK MENGUNDI

Page 18: Sajak mereka tidak lagi menangis

PENGORBANAN WANITA UNTUK MENDAPAT HAK MENGUNDI

• Pada masa permulaan sejarah demokrasi dahulu, baik di Britain atau di Amerika Syarikat hak mengundi hanya khusus untuk kaum lelaki sahaja,

• sementara kaum wanitanya diketepikan daripada mengambil bahagian dalam pengundian untuk memilih pemerintah baru.

• Justeru kaum wanita pada masa itu terpaksa berjuang berhabis-habisan untuk mendapat hak mereka yang dinafikan itu.

• Mereka menubuhkan gerakan khusus untuk memperolehi kuasa mengundi yang hanya dimonopoli oleh kaum lelaki sahaja.

• Di England gerakan kaum wanita untuk mendapat hak mengundi ini dinamakan Suffragette yang bermaksud hak memilih.

Page 19: Sajak mereka tidak lagi menangis

Salah seorang daripada gerakan itu ialah Emily Wilding Davison.

berjuang dengan gigih untuk mendapat hak mengundi dan hak berpolitik kepada kaum wanita.

Dia merelakan dirinya terkorban dalam perjuangannya itu.

Dia telah membunuh dirinya dalam satu temasya perlumbaan kuda di Epsomm England.

Pada Hari Perlumbaan Derby pada tahun 1913, beliau telah berlari keluar dari kawasan penonton dan masuk ke laluan perlumbaan dan mencampakkan dirinya di hadapan kuda kepunyaan King Geoge V yang sedang berlari di garis hadapan dalam perlumbaan itu.

Akibatnya dia telah tercedera parah.

Tindakan Wilding yang nekad itu menarik perhatian seluruh rakyat Britain untuk menyedari perjuangan Surregatte untuk mendapat hak mengundi dan berpolitik kepada kaum wanita.

Peristiwa itu memberi erti kaum wanita sanggup mati dalam memperjuangkan hak-hak mereka untuk berpolitik dan hak mengundi.

Page 20: Sajak mereka tidak lagi menangis

Emily Wilding Davison

Page 21: Sajak mereka tidak lagi menangis

TOKOH WANITA

Page 22: Sajak mereka tidak lagi menangis

1) ZAINON MUNSHI SULAIMAN

Page 23: Sajak mereka tidak lagi menangis
Page 24: Sajak mereka tidak lagi menangis

LATAR BELAKANGNamanya ialah Tan Sri Hajjah Zainon bte Munshi Sulaiman

lebih dikenali sebagai Ibu ZainLahir pada 22 Januari 1903 dan meninggal dunia pada 2 April 1989

merupakan tokoh pendidik dan politik wanita terkenal.

Ibu Zain dilahirkan di Nyalas, Melaka.

Page 25: Sajak mereka tidak lagi menangis

Ibu Zain bertuah kerana bapanya, Munshi Sulaiman mempunyai kesedaran yang tinggi peri pentingnya pendidikan di kalangan anak-anaknya, tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Malah, ayahnya melanggar tradisi masyarakat Melayu ketika itu yang melarang anak perempuan dari belajar, selain daripada belajar mengaji Al-Quran.

Munshi Sulaiman merupakan seorang guru agama Islam dan Bahasa Melayu. Guru bahasa pada masa itu digelar 'munshi'. Daripada beliaulah, Ibu Zain mendapat pendidikan tidak formal.

Page 26: Sajak mereka tidak lagi menangis

PENDIDIKANZainun gigih menimba ilmu.

Ketika mengikut ayahnya menetap di Melaka, beliau belajar di Methodist Girls School, Tengkera (1909 - 1912) diikuti Tengkera School (1913 - 1915) sehingga lulus Junior Cambridge.

Suatu pencapaian yang tidak ramai mampu gapai, khususnya di kalangan anak gadis.

Lebih membanggakan Ibu Zain mampu mempertahankan akidahnya yang terdidik dari kecil ketika ditawarkan menjadi mubaligh Kristian.

.

Page 27: Sajak mereka tidak lagi menangis

Kejayaan yang dicapainya dikongsi pula dengan masyarakat.

Beliau mempunyai kesedaran yang sangat tinggi untuk melihat lebih ramai kaum wanita pandai membaca dan menulis kerana ilmu merupakan kunci yang membentuk jati diri beliau sendiri.

Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan

Page 28: Sajak mereka tidak lagi menangis

1921- berhijrah ke Muar untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar Maharani.

1924 - dilantik menjadi Guru Besar sekolah yang sama.

dilantik menjadi Guru Pelawat/Penyelia bagi sekolah perempuan daerah Muar dan Batu Pahat, seterusnya bagi seluruh negeri Johor.

Di sana, beliau mengasaskan sekolah agama petang dan menjadi penyelia kegiatan tersebut. Selain itu, sekolah tersebut juga menjadi sekolah agama perempuan yang pertama di Johor.

Page 29: Sajak mereka tidak lagi menangis

Ibu Zain juga aktif dalam persatuan.

Beliau adalah antara mereka yang bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor.

Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli, untuk melantiknya sebagai Presiden pertama persatuan itu.

menubuh dan menyandang jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu selama 19 tahun sejak tahun 1930.

1929-1941-Ibu Zain menghasilkan majalah untuk wanita, bergelar "Bulan Melayu".

salah seorang perintis UMNO dan Ketua Kaum Ibu, UMNO (sekarang Ketua Wanita UMNO).

Page 30: Sajak mereka tidak lagi menangis

PILIHAN RAYA 1959

Beliau merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia.

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Pontian Selatan, negeri Johor(1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein.

Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957.

Page 31: Sajak mereka tidak lagi menangis

ANUGERAHPingat Sultan Ibrahim (1947),

anugerah Johan Mangku Negara (1958),

pingat Lady of Myanmar dari Kerajaan Myanmar

pingat Tun Fatimah (1974),

Tokoh Guru Kebangsaan Pertama dan Ijazah Kehormat Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya (1975),

anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri (1979) dan

MPSI memberi anugerah Suluh Budiman (1980).

Page 32: Sajak mereka tidak lagi menangis

2) ZETI AKHTAR AZIZ

Page 33: Sajak mereka tidak lagi menangis
Page 34: Sajak mereka tidak lagi menangis

ZETI AKHTAR AZIZY.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz,

adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.

Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Page 35: Sajak mereka tidak lagi menangis

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.

Turut menerima anugerah ialah Ketua Bank Pusat Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah).

Page 36: Sajak mereka tidak lagi menangis

3) FATIMAH HASHIM

Page 37: Sajak mereka tidak lagi menangis
Page 38: Sajak mereka tidak lagi menangis

LATAR BELAKANG

Tun Tan Sri Dr. Fatimah Hashim (lahir 25 Disember 1924- 9 Januari 2010)

Menteri Kebajikan Am Malaysia antara 20 Mei 1969 hingga 28 Februari 1973

wanita pertama Malaysia dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia.

Beliau dilahirkan di Parit Kurma, Muar, Johor

Page 39: Sajak mereka tidak lagi menangis

PENDIDIKAN

Fatimah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, Muar, kerana ketika itu belum ada sekolah untuk murid perempuan di kampung tersebut.

menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Perempuan Mersing dan belajar bahasa Inggeris di sekolah malam dengan seorang guru Sekolah Convent Johor Bahru.

Tun Fatimah mula menunjukkan minat terhadap kerja-kerja kebajikan sejak di bangku sekolah lagi. Semasa bersekolah, beliau seorang murid yang aktif dan pernah menjadi Ketua Darjah dan Ketua Kumpulan Sekolah Melayu Perempuan Mersing , Ketua Kumpulan (murid perempuan) kegiatan berkebun sayur, dan ketua rombongan pasukan senaman ke pertandingan senaman sekolah-sekolah negeri Johor di Sekolah Air Molek.

Page 40: Sajak mereka tidak lagi menangis

POLITIK

memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947, ketika berusia 21 tahun.

Beliau menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru, dan memegang jawatan Bendahari

kemudian, menjadi Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru.

Pergerakan Kaum Ibu UMNO kini dikenali dengan nama Wanita UMNO

Page 41: Sajak mereka tidak lagi menangis

dipilih menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan memegang jawatan Ketua Bahagian Ipoh.

11 September 1956 - 1972, dilantik Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya

menjadi Naib Yang Dipertua UMNO Malaysia

Semasa memimpin Pergerakan Kaum Ibu UMNO, beliau berjaya membawa wanita-wanita muda melibatkan diri dalam bidang politik dan sekaligus menyertai UMNO.

Page 42: Sajak mereka tidak lagi menangis

JAWATAN LAINAhli Majlis Universiti Malaya

Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta

Ahli Jawatakuasa Sekolah Latihan Wanita Ipoh

Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya

Ahli Jawatankuasa Majlis Pepaduan Kebangsaan Malaysia

Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah.

1995, Universiti Teknologi Malaysia melantik Fatimah sebagai Pro-canselor.

Page 43: Sajak mereka tidak lagi menangis

ANUGERAH1975: Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya

2000: Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan oleh Universiti Teknologi Malaysia

2003: mendapat gelaran 'Tun'.19 Ogos 2009: Anugerah Merdeka - beliau seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.Buku biografi beliau telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003. Mahathir menyifatkan buku itu tentang perjuangan menuntut kemerdekaan dan berguna kepada generasi muda .

Page 44: Sajak mereka tidak lagi menangis

wanita pertama yang dikebumikan di Makam Pahlawan

Page 45: Sajak mereka tidak lagi menangis

SENARAI NGO WANITA

LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM

BAKAT

PUSPANITA

PERISMA

PUTERI ISLAM

PANDU PUTERI

Page 46: Sajak mereka tidak lagi menangis

EMANSIPASI WANITA

• Emansipasi ialah istilah yang digunakan untuk menjelaskan sejumlah usaha untuk mendapatkan hak politik maupun persamaan derajat, sering bagi kelompok yang tak diberi hak secara spesifik, atau secara lebih umum dalam pembahasan masalah seperti itu.• Emansipasi wanita ialah proses pembebasan diri para wanita

dari kedudukan sosial ekonomi yang rendah atau dari pengekangan hukum yang membatasi kemungkinan untuk berkembang dan untuk maju.