bm(sajak 4)

Download Bm(sajak 4)

If you can't read please download the document

Post on 28-Jul-2015

98 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1. Pasar Perasaan 2. Maksud sajak Rangkap 1: Pelbagai ragam masyarakat dapat dilihat di warung-warung. Misalnya, di warung terdapat penjual sentimental dan para pengunjung yang terlalu mengikut emosi. Rangkap 2: Golongan tersebut memperkatakan sesuatu menurut kata hati dan bukannya berfikir secara rasional dan menggunakan akal yang waras. Rangkap 3: Golongan ini berhujah tanpa asas yang kukuh dan hujah itu pula mudah disangkal. Rangkap 4: Di warung itu, masyarakat lebih banyak berbual-bual kosong. Rangkap 5: Golongan ini hanya berkata-kata dengan berbekalkan akal yang cetek dan pengetahuan yang dangkal semata-mata. Rangkap 6: Penyair mendapati mereka yang berada di warung itu kaya dengan perasaan tetapi kurang bijaksana dalam bercakap atau bertindak. Rangkap 7: penyair mendapati pasar itu dipenuhi pengunjung yang tidak menggunakan akal fikiran dalam berurusan, tetapi penuh dengan hiruk-pikuk yang tidak mempunyai apa-apa makna. 3. Tema Sajak Pasar Perasaan bertemakan kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang bersuara di warung-warung. Masyarakat ini menyuarakan pendapat mengikut perasaan tanpa menggunakan akal. Persoalan 1. Pengunjung warung yang penuh dengan pelbagai sifat manusia. 2. Sikap emosional ketika berkata-kata atau berhujah. 3. Kepelbagaian isu semasa diperkatakan oleh pengunjung warung. 4. Perbincangan golongan tertentu yang berasaskan fikiran dan pendapat yang dengkal. 4. Bentuk Sajak 1. Sajak Pasar Perasaan berbentuk bebas. Sajak ini tidak terikat dengan ciri-ciri khusus seperti pantun atau syair. 2. Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap. 3. Bilangan rangkap dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama mengandungi tiga baris, rangkap kedua mengandungi empat baris, rangkap ketiga mengandungi lima baris, rangkap keempat mengandungi tiga baris, rangkap kelima mengandungi tiga baris, rangkap keenam mengandungi lima baris, rangkap ketujuh mengandungi dua baris. 4. Bilangan kata dalam setiap baris pun tidak sama juga, iaitu antara tiga hingga lima patah kata dalam satu baris. 5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada enam hingga lima belas suku kata. 6. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: abb, rangkap kedua: abcd, rangkap ketiga : abbcd, rangkap keempat: abc, rangkap kelima: abc, rangkap keenam: aaabb, dan rangkap ketujuh: ab. 5. Unsur Keindahan 1. Pemilihan kata atau diksi yang indah dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan berkesan. Contohnya: i. Para gerainya duduk menjual sentimental rangkap 1, baris 2. ii. Tetapi miskin dengan kebijaksanaan rangkap 6, baris 5. 2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Pasar Perasaan termasuklah: (a) simile. Contohnya: i. Yang rapuh dan lapuk bagai kayu buruk- rangkap3, baris 3. ii. Yang mudah dipatahkan bagai ranting kering- rangkap 3, baris 5. (b) metafora. Contohny: pasar perasaan (c) penggunaan kata pinjaman. Contohnya: i. Sentimental-rangkap 1, baris 2. ii. Emosional-rangkap 1, baris 3. 6. (d) pengulangan atau kata repetisi. Contohnya: - ini pasar perasaan-rangkap 1, baris 1; rangkap 2, baris 1; rangkap 4, baris 1; rangkap 5, baris 1. (e) personifikasi. Contohnya: - ini pasar perasaan yang memperdagangkan akal cetek-rangkap 5, baris 1 dan 2. (f) perlambangan atau imejan. Contohnya: i. Kayu buruk-rangkap 3, baris 3. (bermaksud tidak berguna) ii. Ranting kering-rangkap 3, baris 5. (bermaksud tidak bernilai) iii. Sungai manusia-rangkap 4, baris 2. (bermaksud tempat ramai orang) (g) inversi. Contohnya: - di dalamnya mengalir sungai manusia-rangkap 4, baris2. (sepatutnya: sungai manusia mengalir di dalamnya) (h) responsi. Contohnya: - yang terbit daripada kalbu - bukan terbit daripada akal-rangkap 2, baris 3 dan 4. 7. 3. Antara unsur bunyi yang digunakan dalam Pasar Perasaan termasuklah: (a) asonansi Pengulangan bunyi huruf vokal atau pengulanganasonansi dalam sajak ini telah menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi semasa membaca sajak. Contohnya: i. Pengulangan bunyi vokal a - ini pasar perasaan rangkap 1, baris 1. - ini pasar tidak berakal rangkap7, baris 1. ii. Pengulangan bunyi vokal e - mereka memperdagangkan kata-kata rangkap 2, baris 2. - di tengah-tengah penjual dan pembeli rangkap 6, baris 3. iii. Pengulangan bunyi vokal i - bagai ranting kering rangkap 3, baris 5. - tetapi miskin dengan kebijaksanaan rangkap 6, baris 5. iv. Pengulangan bunyi vokal o - yang menghilirkan suara kosong rangkap 4, baris 3. - yang diriuhkan kekosongan rangkap 7, baris 2 8. (b) aliterasi Pengulangan bunyi huruf konsonan atau pengulangan aliterasi dalam sajak ini telah menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi semasa membaca sajak. Contohnya: i. Pengulangan bunyi konsonan k - bagai kayu buruk rangkap 3, baris 3. - tapi miskin dengan kebijaksanaan rangkap 6, baris 5. ii. Pengulangan bunyi konsonan m - mereka memperdagangkan hujah rangkap 3, baris 1. - di dalamnya mengalir sungai manusia rangkap 4, baris 2. iii. Pengulangan bunyi konsonan n - yang sering dikunjungi pembeli emosional rangkap 1, baris 3. - dan tawar-menawar yang dangkal rangkap 5, baris 3. iv. Pengulangan bunyi konsonan s - kumasuki pasar ini rangkap 6, baris 1. - kususuri sungai sibuk ini rangkap 6, baris2. 9. Nada Sajak Pasar Perasaan ini bernada sinis. Nada sajak ini sesuai kerana menyindir segelintir masyarakat yang bercakap mengikut perasaan tanpa menggunakan akal. Nilai 1. Nilai berhati-hati. Contohnya, berhati-hati ketika menyuarakan pendapat. 2. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, bijak berkata-kata dengan menggunakan akal, dan bukannya menurut hati dan perasaan. 3. Nilai rasional. Contohnya, bersikap rasional dalam setiap tutur kata atau tindakan supaya tiada masalah yang timbul. 10. Pengajaran 1. Kita perlu bijak dalam menyampaikan pandangan atau menyuarakan perasaan. 2. Kita hendaklah bersikap rasional dalam apa-apa jua perkara. 3. Kita sewajarnya menggunakan akal apabila berhujah dengan pihak lain.