sajak merdeka

of 9/9
DI PENTAS KEBEBASAN Kamu membakar hutan bandar kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad dua puluh satu siapa yang ditentang juga jelas menegakkan keadilan dengan tangan kasar meja rundingan pun turut dibakar. Seorang tua termanggu melihat kejadian peristiwa yang tidak terlintas di fikiran apakah yang dicari wahai anak muda? Aku yang membina tiang kemerdekaan kau bersorak bangga mematahkan. Aku yang mengecat tugu sejarah putih bersih sedap mata memandang kau conteng dengan niat hitam. Jari terketar tak mampu menampar tangannya letih hendak menangani mereka yang bingung di pentas

Post on 12-Sep-2015

160 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sajak tentang kemerdekaan

TRANSCRIPT

DI PENTAS KEBEBASAN

Kamu membakar hutan bandarkedai dan kereta disambar api kemarahansemarak darah generasi abad duapuluh satusiapa yang ditentang juga jelasmenegakkan keadilan dengan tangan kasarmeja rundingan pun turut dibakar.Seorang tua termanggu melihat kejadianperistiwa yang tidak terlintas di fikiranapakah yang dicari wahai anak muda?Aku yang membina tiang kemerdekaankau bersorak bangga mematahkan.Aku yang mengecat tugu sejarahputih bersih sedap mata memandangkau conteng dengan niat hitam.Jari terketar tak mampu menampartangannya letih hendak menanganimereka yang bingung di pentas kebebasantercari-cari nama negeri bumi yang dipijaksedangkan ladang sudah dibajakbenih sudah dipilih untuk disemai.Orang tua itu berbisik sedihaku membina kamu meruntuhkan.

KHADIJAH HASHIM