analisis sajak(print)

Download ANALISIS SAJAK(PRINT)

Post on 29-Jun-2015

1.258 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRAKESUSASTERAAN MELAYU MODEN (KERTAS 2) 922/2

BAHAGIAN D:SAJAK 3.'MEMBUNUH MIMPI' OLEH USMAN AWANG

DISEDIAKAN OLEH:SULYANA BINTI SUBRI TINGKATAN:6 ATAS 1 TAHUN/BULAN:2011/2 NAMA GURU:PUAN MASSHIDA BT MANAP

1

ISI KANDUNGANBIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. PERKARA BIODATA PENYAJAK TEKS SAJAK MAKSUD SAJAK TEMA PERSOALAN BENTUK GAYA BAHASA NADA LATAR NILAI PENGAJARAN INTUISI PERANAN/FUNGSI MESEJ SOALAN BIBLIOGRAFI HALAMAN 3-5 6 7-9 9 9-11 11-12 12-13 13 14 14-15 15-16 16 16 16-17 18-22 23

2

BIODATA PENYAJAKUSMAN AWANGUsman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6. Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi budak pejabat di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan,pihak Jepun menyerah kalah.Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.3

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu.Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985. Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001. Memandangkan jasa serta peranan Usman Awang yang amat besar dalam kesusateraan Melayu moden tanah air,beliau telah mendapat perhatian dan pengiktirafan pihak berkuasa.Pada tahun 1976 beliau dianugerahi Pejuang Sastera,Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan daripada Universiti Malaya pada tahun 1983 serta Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan Malaysia

4

pada

tahun

yang

sama.Di

peringkat

antarabangsa,beliau

dianugerahi

Sastera

Asia

Tenggara(S.E.A. Write Award) di Bangkok pada tahun 1982.

5

SAJAK KAJIANMembunuh Mimpi (sebuah pesanan untuk Mayawati) Usman AwangUsiamu menghampiri sunti dara Mengibarkan rasa diselendang sutera Menyembunyikan malu di bilik terkunci Diselubungi rindu lagu dan tari Seribu bayang seribu mimpi Yang manis indah kerana itulah mimpi. Mimpi itu adalah keajaiban anugerah Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah Terasing dicermin kenyataan Kehidupan yang ganas dan kejam. Sunti daraku, Jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah Yang kini kubenci sebab begitu lemah Selamanya mimpiku hidup ini begitu indah. Bunuhlah mimpi itu, anakku Kau membunuh segala palsu Lagu dan rindu Yang selalu menipumu. Dapatkan keberanian hidup baru Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu. ( Membunuh Mimpi, Usman Awang, 1987, Mutiara Sastera Melayu Moden.)

6

ANALISIS SAJAK MEMBUNUH MIMPI KARYA USMAN AWANGMaksud sajakRangkap 1Usiamu menghampiri sunti dara mengibarkan rasa di selendang sutera menyembunyikan malu di bilik terkunci diselubungi rindu lagu dan tari seribu bayang seribu mimpi Dalam rangkap pertama ini,penyajak menyampaikan beberapa pesanan kepada anak gadisnya Mayawati yang meningkat remaja dan sudah memperlihatkan rasa malu.Penyajak menasihatkan anaknya supaya mengikis perasaan rindu dan impian yang mengasyikkan kerana semuanya bukan realiti dalam kehidupan yang sebenar.

Rangkap 2

Mimpi itu adalah keajaiban anugerah Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah Terasing dicermin kenyataan Kehidupan yang ganas dan kejam.

7

Dalam rangkap kedua ini,penyajak mengatakan bahawa sungguhpun impian-impian yang indah itu mengasyikkan,namun impian-impian itu kelak akan akan menyebabkan anaknya itu kecewa apabila segala yang diharapnya berlainan daripada kenyataan hidup yang sebenarnya.Ini kerana kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan yang penuh dengan keganasan dan kekejaman.

Rangkap 3Sunti daraku, Jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah Yang kini kubenci sebab begitu lemah

Dalam rangkap ini,penyajak mengharapkan anaknya itu supaya tidak mengikut jejak atau peribadinya sebagai seorang yang begitu lemah. Penyajak juga selalu mengimpikan bahawa hidup ini penuh dengan keindahan dan mengasyikkan dan kini dia sedar realiti kehidupan yang sebenarnya.

Rangkap 4

Bunuhlah mimpi itu, anakku Kau membunuh segala palsu Lagu dan rindu Yang selalu menipumu.8

Dalam rangkap keempat ini,penyajak berkata bahawa zaman remaja akan menipu anaknya.Penyajak berharap anaknya boleh menghindarkan mimpi-mimpi zaman remaja yang boleh menjerat diri.

Rangkap 5Dapatkan keberanian hidup baru Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

Dalam rangkap terakhir ini,penyajak berharap anaknya menanamkan keberanian hidup baru yang akan diperolehinya daripada kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

Tema SajakTema sajak ini ialah tema diri,iaitu berhubung dengan sikap yang perlu ada dalam diri untuk menghadapi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.

Persoalan SajakPersoalan pertama ialah kasih sayang.Sajak ini merupakan luahan kasih sayang seorang kepada anaknya kerana memberi nasihat demi masa depan anaknya.Sebagai contoh,

9

Bunuhlah mimpi itu, anakku Kau membunuh segala palsu Lagu dan rindu Yang selalu menipumu. Persoalan kedua ialah cabaran hidup zaman remaja.Hidup pada zaman remaja penuh dengan cabaran dan anak penyajak akan dapat melihat pelbagai keganasan dan

kekejaman.Sebagai contoh, Mimpi itu adalah keajaiban anugerah Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah Terasing dicermin kenyataan Kehidupan yang ganas dan kejam. Persoalan ketiga ialah kepentingan ilmu dan semangat.Penyajak menasihati anaknya supaya tabah dan mementingkan ilmu demi masa depan.Hal ini dapat dilihat dalam rangkap, Dapatkan keberanian hidup baru Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu. Persoalan keempat ialah penyesalan seorang ayah.Penyajak menyesali masa lalunya di mana dia seorang yang lemah dan menyangka bahawa hidup ini begitu indah.Walaupun pada hakikatnya hidup ini tidak begitu indah.Hal ini dapat dilihat dalam rangkap, Sunti daraku, Jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah

10

Yang kini kubenci sebab begitu lemah Selamanya mimpiku hidup ini begitu indah.

Bentuky Bentuk sajak ini adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana puisi tradisional seperti pantun dan syair. y Sajak ini terbina daripada daripada lima rangkap. Rangkap 1-6 baris Rangkap 2,3,4-4 baris Rangkap 5-2 baris

y

Dari segi penggunaan rima atau bunyi di hujung baris,terdapat rangkap yang mengekalkan persamaan bunyi.Rimanya berbentuk bebas dan tidak terikat dengan puisi tradisional. Rangkap 1-a-a-b-b-b-b Rangkap 2-a-a-b-c Rangkap 3-a-b-b-b Rangkap 4-a-a-a-a(sama seperti syair) Rangkap 5-a-a11

y

Jumlah perkataan dalam setiap baris juga tidak sama.Jumlahnya antara 2-7 perkataan sebaris.

y

Jumlah suku kata dalam setiap rangkap antara 5-17 perkataan sebaris.

Gaya BahasaGaya bahasa pertama dalam sajak ini ialah aliterasi.Aliterasi adalah pengulangan hurufhuruf konsonan dalam baris-baris puisi.Tujuannya adalah untuk menimbulkan kemerduan dan keindahan dalam bunyi penyebutan kata.Gaya bahasa ini dapat dilihat pada baris, seribu bayang seribu mimpi Gaya bahasa kedua ialah asonansi.Asonansi ialah pengulangan bunyi-bunyi

vokal.Tujuannya adalah untuk menimbulkan kemerduan dan keindahan dalam bunyi penyebutan kata.Gaya bahasa ini dapat dilihat pada baris, diselubungi rindu lagu dan tari Gaya bahasa ketiga ialah pengulangan.Gaya bahasa ini dapat dilihat pada baris, seribu bayang seribu mimpi Gaya bahasa keempat ialah metafora.Metafora ialah gaya bahasa kiasan yang