rancangan pengajaran sajak "padian"

23
PERSEDIAAN MENGAJAR SASTERA Hari : Rabu Tarikh : 3 Mac 2010. Masa : 7.30pagi – 8.30pagi (60 minit) Tingkatan : Menengah 4D. Bilangan Pelajar : 23 orang. Mata Pelajaran : Sastera. Tajuk : Kajian maksud sajak “Padian”. Objektif : Am: - Pelajar dapat mengetahui cara mencari maksud dalam sebuah sajak. Khusus: - Pelajar dapat menyatakan secara lisan dan tulisan mengenai maksud bagi setiap rangkap dalam sajak “Padian”. Alat Bantu Mengajar : - LCD projektor. - Komputer riba/laptop ( Slaid power point). - Nota latihan (lampiran 8) - Kertas lutsinar (untuk aktiviti pelajar). - Overhead projektor. - Tayangan slaid tentang padian. - Pembesar suara.(Speaker). - Whiteboard (Papan putih). - Pen penanda (Marker pen). Pendekatan: Elektik, komunikatif dan struktural. Kaedah Mengajar : Berfokus.

Upload: dinashahrina

Post on 06-Jul-2015

5.236 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

PERSEDIAAN MENGAJAR SASTERA

Hari : Rabu

Tarikh : 3 Mac 2010.

Masa : 7.30pagi – 8.30pagi (60 minit)

Tingkatan : Menengah 4D.

Bilangan Pelajar : 23 orang.

Mata Pelajaran : Sastera.

Tajuk : Kajian maksud sajak “Padian”.

Objektif :

Am:- Pelajar dapat mengetahui cara mencari maksud dalam sebuah sajak.

Khusus:- Pelajar dapat menyatakan secara lisan dan tulisan mengenai maksud bagi setiap rangkap dalam sajak “Padian”.

Alat Bantu Mengajar :

- LCD projektor.- Komputer riba/laptop ( Slaid power point).- Nota latihan (lampiran 8)- Kertas lutsinar (untuk aktiviti pelajar).- Overhead projektor.- Tayangan slaid tentang padian.- Pembesar suara.(Speaker).- Whiteboard (Papan putih).

- Pen penanda (Marker pen).

Pendekatan: Elektik, komunikatif dan struktural.

Kaedah Mengajar : Berfokus.

Page 2: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

Teknik Mengajar :

- Penerangan- Perbincangan- Soal jawab (Sokratik)- Berkumpulan (Koperatif)

Pengetahuan Sedia Ada :

- Pelajar sudah mengetahui bahawa pelajaran tentang sajak tergolong dalam mata pelajaran sastera.

- Pelajar sudah mengetahui bahawa aspek maksud merupakan salah satu aspek yang perlu dikaji dalam sesebuah karya sastera seperti sajak.

Buku Rujukan :

- Hj. Mariat Hj. Abdullah, 1997, Sekitar Puisi dengan Contoh Khusus Antologi Lagu Hari Depan, Brunei: terbitan persendirian Hj. Mariat bin Hj. Abdullah.- Haji Nurazmi Kuntum, 2001, Ulasan Antologi Sajak Cermin Diri, Brunei: Universiti Brunei Darussalam.- Nurazmi Kuntum, 1997. Kaedah Mengajar Sastera. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka.- ___________, 2001, Antologi Sajak Cermin Diri (Teks Pelajar Kesusasteraan Melayu), Brunei: Kementerian Pendidikan.

Page 3: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti

Guru Pelajar

Catatan ABM

2 Minit Salam dan membaca surah Al-Fatihah.

Menjawab salam dan mengarahkan pelajar untuk membaca surah Al-Fatihah beramai-ramai.

Memberi salam dan membaca surah Al-Fatihah beramai-ramai.

Set induksi5 Minit

Mendeklamsi-kan sajak “Padian” dan tayangan slaid mengenai padian untuk mengaitkan dengan tajuk pada hari ini. (lampiran 1)

Guru menyuruh beberapa pelajar untuk mendeklamasi-kan sajak “Padian” terlebih dahulu kemudian memainkan tayangan slaid untuk mengaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

Selepas memainkan tayangan tersebut, guru akan bertanya kepada pelajar mengenai tayangan slaid tersebut yang boleh dikaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu mencari

Beberapa pelajar akan mendeklamasikan sajak “Padian”, dan seterusnya semua pelajar akan menumpukan perhatian terhadap tayangan slaid mengenai padian yang telah dimainkan oleh guru.

Pelajar-pelajar akan menjawab pertanyaan guru mengenai tayangan slaid tersebut berdasarkan pengetahuan masing-masing.

Teknik digunakan:- Perbincangan.- Soal jawab.- Penerangan

Komputer riba (Slide power point).

LCD Projektor.

Tayangan slaid.

White board (Papan putih).

Pen penanda.

Pembesar suara. (Speaker).

Page 4: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

maksud sajak “Padian”.

Kemudian guru pula memberikan rumusan mengenai tayangan video tersebut.

Pelajar memberikan perhatian terhadap penerangan guru.

Langkah 16 minit

Penerangan ringkas

mengenai maksud.

(lampiran 2)

Guru mengimbas kembali dengan menerangkan secara ringkas mengenai definisi maksud dalam sesebuah karya sajak.

Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru.

Teknik digunakan: - Penerangan.- Soal jawab.

Komputer riba / laptop (power point)..

LCD Projektor.

Langkah 25 Minit

Penerangan maksud rangkap

pertama sajak “Padian”

(lampiran 3)

Guru akan menerangkan cara mencari maksud dalam sebuah sajak.

Seterusnya guru akan menghuraikan secara terperinci mengenai maksud bagi rangkap pertama dalam sajak “Padian” sebagai contoh.

Pelajar akan menumpukan perhatian mereka kepada penerangan yang disampaikan oleh guru.

Teknik digunakan:- Penerangan.

.

Komputer riba / laptop (power point).

LCD projektor.

Langkah 313 Minit

Mengadakan aktiviti pertama

berkumpulan.

Mengarahkan pelajar membentuk kepada tiga kumpulan.

Pelajar akan membentuk kepada tiga kumpulan.

Teknik digunakan:- Penerangan.-Perbincangan.-Berkumpulan.

Komputer riba / laptop (power point)..

Page 5: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

(lampiran 4)

Guru menerangkan dan memberikan soalan bagi aktiviti pertama yang dipaparkan melalui komputer riba iaitu untuk mencari makna bagi perkataan yang sukar yang terdapat dalam sajak “Padian” dengan berbincang bersama kumpulan masing-masing.

Kemudian guru mengarahkan seorang wakil daripada setiap kumpulan untuk membentang-kan kertas jawapan mereka di hadapan kelas dengan menggunakan overhead projektor.

Guru akan menilai

Pelajar menjawab dengan berbincang bersama kumpulan masing-masing dan menuliskan jawapan mereka dengan menggunakan kertas lutsinar yang diberikan.

Seorang wakil daripada setiap kumpulan akan ke hadapan untuk membentangkan jawapan kumpulan mereka dengan menggunakan overhead projektor.

Memberikan tumpuan terhadap

LCD projektor.

Overhead projektor.

Kertas lutsinar.

Pen penanda.

Page 6: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

jawapan ketiga-tiga kumpulan dan memberikan jawapan yang sebenar bagi soalan tersebut.

jawapan yang diberikan oleh guru.

Langkah 412 Minit

Aktiviti kedua

berkumpulan. (lihat

lampiran 5)

Mengarahkan untuk membentuk kepada tiga kumpulan.

Guru akan menerangkan terlebih dahulu sebelum memberikan soalan mencari maksud iaitu setiap kumpulan perlu menjawap satu rangkap sahaja (sama ada rangkap 1, 2, 3 atau 4).

Setelah itu, guru mengarahkan setiap kumpulan akan menukarkan jawapan mereka dengan kumpulan lain untuk disemak bersama-sama.

Pelajar akan membentuk kepada tiga kumpulan.

Setiap kumpulan akan memilih satu rangkap dan kemudian mencari maksudnya bersama kumpulan masing-masing, seterusnya menuliskan jawapan mereka menggunakan kad manila.

Kemudian setiap kumpulan akan menukarkan jawapan mereka dengan kumpulan masing-masing.

Teknik digunakan:

- Penerangan- Perbincangan- Berkumpulan

Komputer riba/laptop

LCD projektor

Kad manila

Pen penanda

Penutup17 Minit

Kesimpulan mengenai isi pelajaran (lampiran 6), dan memberikan

Guru secara ringkas menerangkan mengenai kesimpulan isi pelajaran pada

Pelajar memberikan tumpuan terhadap penerangan guru mengenai kesimpulan isi

Teknik digunakan:- Penerangan.

Komputer riba / laptop (power point).

LCD

Page 7: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

kan latihan (lampiran 7), kemudian memberitahukan mengenai nota pelajaran (lampiran 8) serta kerja rumah (lampiran 9)

hari ini.

Kemudian guru memberikan nota latihan secara individu untuk mencari maksud bagi rangkap pertama dan kedua dalam sajak “Padian”. (lampiran 7)

Kemudian guru memberitahu-kan pada setiap pelajar untuk melayari blog (http://www.aminatol-dayang2sastera.blogspot.com), untuk mendapatkan nota pelajaran (lampiran 8) pada hari ini serta menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru tentang maksud bagi rangkap ketiga dan keempat dalam sajak “Padian” melalui blog tersebut, dan pelajar juga dikehendaki untuk

pelajaran pada hari ini.

Setiap pelajar akan memulakan latihan secara individu yang diberikan.

Setiap pelajar terus memberikan perhatian terhadap pemberitahuan guru tentang blog yang perlu dilayari oleh setiap pelajar untuk mendapatkan nota serta kerja rumah yang diberikan.

projektor.

Page 8: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

menghantar jawapan soalan kerja rumah masing-masing melalui blog tersebut atau menghantarnya dengan menggunakan kertas sahaja. (lampiran 8).

Guru mengarahkan pelajar-pelajar untuk membaca bacaan surah Al-Asr sebagai penutup sesi pembelajaran

Pelajar akan membaca surah Al-Asr beramai-ramai.

Page 9: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

Catatan:

Penilaian kendiri:

Catatan penyelia:

Page 10: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

LAMPIRAN 1

SAJAK ‘PADIAN’

Padian,dari subuh ke senjameniti dada Sungai Bruneimencari rezeki mengayuh sampan

Padian,warisan pencariandatuk nenek moyangyang kini semakin hilangditelan arus zaman

Page 11: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

Padian,bersama arus kemerdekaan inilahirlah kautitilah dan tataplahdalam hilir mudikmudi wajah Sungai Bruneiyang merdeka yang berdaulat

Hiduplah padiandalam arus kemerdekaan

Disember 1992 – Aminah Haji Momin

LAMPIRAN 1

Page 12: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

SOAL JAWAB MELALUI SET INDUKSI

Siapa padian?

Di manakah selalu ada padian?

Padian kebanyakannya terdiri daripada orangperempuan atau lelaki?

Masih wujud atau tidak padian pada masa sekarang?

LAMPIRAN 2

Page 13: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

DEFINISI MAKSUD DALAM SAJAK

Ciri dalaman bagi sajak adalah dilihat pada maksud, tema, persoalan dan perutusan (pengajarannya).

Jadi, dapatlah dikatakan bahawa maksud adalah termasukdalam ciri-ciri dalaman sebuah sajak bukan termasuk dalam ciri-ciri luaran seperti bentuk, jumlah baris dan sebagainya.

Maksud dilihat pada makna tersirat sesebuah sajak itu, iaituapa yang hendak disampaikan oleh penulis sajak tersebut kepadamasyarakat.

LAMPIRAN 3

Page 14: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

MENCARI MAKSUD DALAM SEBUAH SAJAK

Setelah membaca keseluruhan sajak, kemudian berikanmaksud baris demi baris dalam rangkap itu.

Sebelum memberikan maksud, terlebih dahulu selesaikanperkataan-perkataan yang susah.

MAKSUD BAGI RANGKAP PERTAMA SAJAK “PADIAN”

Maksud rangkap pertama:

Menyatakan tentang kesusahan dan keperitan hidupseorang padian, yang terpaksa mula bekerja pada waktusubuh lagi dengan melalui sungai Brunei, semata-matahendak mencari rezeki bagi menampung kehidupannya.

LAMPIRAN 4

Page 15: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

AKTIVITI PERTAMA BERKUMPULAN– MENCARI MAKNA PERKATAAN

Bentuk kepada tiga kumpulan.Setiap kumpulan akan diberikan kertas lutsinar dan pen

penanda.Setiap kumpulan perlu mencari makna bagi setiap

perkataan dengan menuliskan jawapan menggunakankertas lutsinar.

Selepas itu, seorang wakil akan membentangkan jawapanmereka di hadapan kelas.

AKTIVITI BERKUMPULAN– MENCARI MAKNA PERKATAANBerikan makna bagi setiap perkataan di bawah ini:

1) Senja (rangkap pertama)2) Meniti (rangkap pertama)3) Mengayuh (rangkap pertama)4) Warisan (rangkap kedua)5) Pencarian (rangkap kedua)6) Arus (rangkap kedua)7) Tataplah (rangkap ketiga)8) Hilir (rangkap ketiga)9) Mudik (rangkap ketiga)10) Berdaulat (rangkap ketiga)

LAMPIRAN 5

Page 16: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

AKTIVITI KEDUA BERKUMPULAN- MENCARI MAKSUD

Bentuk kepada tiga kumpulan.Setiap kumpulan perlu memilih satu rangkap dari sajak

“Padian”, kemudian mencari maksudnya bersamakumpulan masing-masing.

Jawapan perlu ditulis menggunakan kad manila yang diberikan oleh guru.

Setelah selesai, setiap kumpulan perlu menukarkanjawapan mereka dengan kumpulan lain.

AKTIVITI KEDUA BERKUMPULAN- MENCARI MAKSUD RANGKAP PERTAMAPadian,dari subuh ke senjameniti dada Sungai Bruneimencari rezeki mengayuh sampanRANGKAP KEDUAPadian,warisan pencariandatuk nenek moyangyang kini semakin hilangditelan arus zaman

LAMPIRAN 5

Page 17: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

AKTIVITI KEDUA BERKUMPULAN- MENCARI MAKSUD

RANGKAP KETIGAPadian,bersama arus kemerdekaan inilahirlah kautitilah dan tataplahdalam hilir mudikmudi wajah Sungai Bruneiyang merdeka yang berdaulatRANGKAP KEEMPATHiduplah padiandalam arus kemerdekaan

LAMPIRAN 6

Page 18: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

KESIMPULAN

Maksud adalah makna yang tersirat yang hendak disampaikanoleh penulis sebuah sajak itu.

Untuk mencari maksud dalam sesebuah sajak, perlu terlebihdahulu mencari makna bagi perkataan-perkataan yang susahatau sukar.

Melalui sajak “Padian” ini, maksudnya lebih menjurus kepadamenyeru agar amalan padian itu dikekalkan oleh generasisekarang, walaupun zaman sudah semakin moden dan merdeka.

LAMPIRAN 7

Page 19: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

LATIHAN DALAM KELAS

• Sila cari maksud bagi rangkap pertama dan kedua sajak“Padian” di bawah ini: (10 markah)

RANGKAP PERTAMA SAJAK “PADIAN”

Padian,dari subuh ke senjameniti dada Sungai Bruneimencari rezeki mengayuh sampan

RANGKAP KEDUA SAJAK “PADIAN”

Padian,warisan pencariandatuk nenek moyangyang kini semakin hilangditelan arus zaman

LAMPIRAN 8

Page 20: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

DEFINISI MAKSUD DALAM SAJAK

Ciri dalaman bagi sajak adalah dilihat pada maksud, tema, persoalan dan perutusan (pengajarannya).

Jadi, dapatlah dikatakan bahawa maksud adalah termasukdalam ciri-ciri dalaman sebuah sajak bukan termasuk dalam ciri-ciri luaran seperti bentuk, jumlah baris dan sebagainya.

Maksud dilihat pada makna tersirat sesebuah sajak itu, iaituapa yang hendak disampaikan oleh penulis sajak tersebut kepadamasyarakat.

MENCARI MAKSUD DALAM SEBUAH SAJAK

Setelah membaca keseluruhan sajak, kemudian berikanmaksud baris demi baris dalam rangkap itu.

Sebelum memberikan maksud, terlebih dahulu selesaikanperkataan-perkataan yang susah.

LAMPIRAN 8

Page 21: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

MAKSUD BAGI RANGKAP PERTAMA SAJAK “PADIAN”

Maksud rangkap pertama:

Menyatakan tentang kesusahan dan keperitan hidupseorang padian, yang terpaksa mula bekerja pada waktusubuh lagi dengan melalui sungai Brunei, semata-matahendak mencari rezeki bagi menampung kehidupannya.

LAMPIRAN 9

Page 22: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

KERJA RUMAH MENGENAI SAJAK “PADIAN”

Jawab soalan berikut:

Berikan maksud bagi rangkap ketiga dan keempat dalam sajak“Padian” ini:

RANGKAP KETIGA SAJAK “PADIAN”

Padian,bersama arus kemerdekaan inilahirlah kautitilah dan tataplahdalam hilir mudikmudi wajah Sungai Bruneiyang merdeka yang berdaulat

LAMPIRAN 9

Page 23: Rancangan Pengajaran Sajak "Padian"

RANGKAP KEEMPAT SAJAK “PADIAN”

Hiduplah padiandalam arus kemerdekaan