sajak kecek v

7
KECEK – (V) Sajak Awang Abdullah

Upload: nurul-othman

Post on 26-May-2015

3.323 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak kecek v

KECEK – (V)Sajak

Awang Abdullah

Page 2: Sajak kecek v

Rangkap 1: Seorang pengarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank terkemuka. Namun begitu, dia telah pecah amanah kerana menyelewengkan hak milik orang lain untuk kepentingan diri.

 Rangkap 2: Seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifan untuk membesarkan 12 orang anaknya. Namun begitu, petani tersebut tidak pernah mengharapkan belas ikhsan daripada orang lain meringankan beban yang dipikulnya sekian lama.

Rangkap 3: Seorang nelayan mencari rezeki di laut yang luas terbentang yang saban hari bergantung kepada nasib dan keadaan cuaca di laut. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah meminta simpati daripada orang lain kerana keadaan cuaca di laut telah sebati dengan jiwanya.

Rangkap 4: Tuhan sentiasa berpegang pada janji-Nya. Setiap inci perbuatan baik atau jahat dilakukan    oleh manusia akan dicatat dan dihitung untuk diadili di akhirat kelak.

Page 3: Sajak kecek v

TEMA 

Pertentangan sikap antara orang kaya yang tidak amanah dengan orang miskin yang jujur.

Page 4: Sajak kecek v

PERSOALAN 

1. Sikap orang kaya yang menyusahkan orang lain2. Kegigihan petani yang berusaha untuk mencari rezeki3. Ketabahan nelayan yang mencari rezeki untuk menanggung keluarga4. Hari pembalasan pasti akan dihadapi oleh setiap orang 

Page 5: Sajak kecek v

GAYA BAHASA

1. Metafora – akaun kemiskinannya- pagar sengsara- akaun sengsaranya- ruang kedaifan- rahang laut- pusaran nasib- rumah keadilan 2. Pengulangan – tetapi, ke dalam, di, ke dalam 3. Asonansi – yang telah lama pecah 4. Aliterasi - dia mencantum kemiskinan

Page 6: Sajak kecek v

NADASinis

NILAI

1. Kejujuran; contohnya petani dan nelayan jujur dalam melakukan sebarang perbuatan2. Kegigihan; contohnya, nelayan gigih mencari rezeki di laut luas untuk mencari sesuap nasi.3. Ketabahan; contohnya, petani tabah membesarkan dua belas orang anaknya walaupun bergelumang dengan kemiskinan.4. Keadilan; contoh, Allah amat adil dalam menilai setiap perbuatan baik dan buruk yang dilakukan oleh manusia.

Page 7: Sajak kecek v

PENGAJARAN

1.Kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang halal.2. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarga.3. Kita mestilah percaya akan balasan Tuhan kepada orang yang tidak amanah.4. Kita tidak patut mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain untuk memperoleh kekayaan.