sajak rumput

Download SAJAK RUMPUT

Post on 09-Feb-2016

149 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SAJAK RUMPUT. Pengenalan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

SAJAK RUMPUT

SAJAK RUMPUT

PengenalanSekilas pandang, sajak karya pemuisi terkenal, Khadijah Hashim ialah gambaran biasa nasib rumput di tepi jalan yang sentiasa dilanyak dan dilanggar sesuka hati oleh manusia dan kenderaan. Selain itu, rumput jalanan itu juga terdedah kepada keadaan cuaca yang ekstrem (hujan, panas) menyebabkan rumput cepat panjang, serta tidak terurus. Rumput di tepi jalan akan sentiasa dipotong supaya tidak mengganggu keadaan lalu lintas di jalan raya.

Penyajak tersohor seperti Khadijah Hashim tidak mungkin bermaksud setakat cerita rumput di tepi jalan yang biasa. Rumput hanyalah analogi, ibarat, kiasan, perbandingan dan tamsilan. Rumput tepi jalan jalan yang sering menjadi mangsa dinisbahkan kepada keadaan manusia yang lemah dan terlalu bergantung kepada tindakan pihak lain.

Rangkap 1Baru saja hendak mendongakaku sudah dipijakbaru saja hendak berbedakdiserbu debu menutup mukacuaca panas angin keringditambah lagi bau busuk asap lorisesak nafas bagai menunggu matimujur embun pagi membersih diri.

Maksud Rangkap 1 Rumput tidak sempat tegak lurus kerana selalu dipijak oleh orang atau kenderaan yang lalu-lalang. Rumput juga tidak sempat menjadi cantik dipandang (bersih) kerana sering diliputi debu di tepi jalan. Keadaan cuaca yang panas serta angin kering, serta bau busuk yang dilepaskan oleh asap lori memburukkan keadaan. Rumput seakan terkulai layu tidak bermaya. Rumput hanya berharap akan belas ihsan embun pagi yang menanggalkan segala kotoran yang melekat padanya.

Rangkap 2Baru saja tangan hendak menaridatang pemotong rumputlalu dipotongnya jari doasi pemotong rumputcepat panjangcepat dapat wang!

Maksud Rangkap 2 Apabila rumput panjang sedikit lalu melintuk liuk dipuput bayu (ke kiri ke kanan ditiup angin), maka pemotong rumput (pekerja kontrak pihak berkuasa tempatan atau persendirian) datang memotong rumput yang baru hendak kelihatan panjang. Bagi si pemotong rumput, jika rumput cepat panjang bererti dia akan cepat mendapat wang upah memotong rumput.

Rangkap 3Nasib rumput di tepi jalantak sehijau rumput di padang.(Maksud Rangkap 3: Keadaan rumput di tepi jalan berbeza dengan rumput di kawasan padang yang menghijau. Rumput di tepi jalan tidak sempat tumbuh panjang menghijau kerana aktiviti manusia yang lalu-lalang dan pengaruh persekitaran)

Tema Kehidupan manusia yang bernasib malang akibat kelemahan diri