sajak pesan tangan

Download SAJAK PESAN TANGAN

Post on 14-Jun-2015

597 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

KOMPONEN SASTERA SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA(SAJAK)

PESAN TANGAN KEPADA JARIi Pilihlah ketuamu untuk bersatu mencipta sejarah kemanusiaan. Kira kau memegang peganglah kebaikan yang berkembang di dusun hati. Nescaya tak akan terlepas pancuran mesra yang menetas di persada iman.

ii Perkukuhkanlah letakmu untuk menentu barisan diri kesuburan budi. Sekali kau bergerak seluruh jasad ikut bertindak melentur mimpi kehidupan.

MAKSUDKita perlulah memilih seorang ketua untuk menyatukan sesebuah masyarakat. Pemimpin yang dipilih perlulah memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang baik. Seorang pemimpin mesti berpegang kepada perinsip kebenaran yang berlandaskan kepada keimanan dan ketakwaan. Kita perlu berhati-hati dalam tindakan apabila menjadi ketua ataupun pemimpin supaya tidak terpesong daripada landasan dan keluhuran budi kerana seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang berat kepada anak buah yang dipimpinnya. Seorang pemimpin berperanan menentukan sejarah dah kehidupan masyarakat.

TEMACiri-ciri kepemimpinan penting untuk mewujudkan perpaduan yang kukuh

PERSOALANPersoalanBerfikiran rasional ketika memilih pemimpin

Tanggungjawab pemimpin

Kepeminpinan melalui teladan

BENTUKTerdiri daripada 5 rangkap yang dibahagi kepada 2 bahagian. Bahagian (i) mengandungi 3 rangkap dan bahagian (ii) mengandungi 2 rangkap. Semua rangkap, kecuali rangkap 5 mengandungi 4 baris setiap rangkap. Rangkap kelima mengandungi 5 baris. Rima akhir bagi setiap rangkap adalah bebas seperti berikut : Rangkap 1 aabc Rangkap 2 abac Rangkap 3 - abac Rangkap 4 aabb Rangkap 5 abacd

UNSUR BAHASAMETAFORAContoh

SINKOF

Di dusun hati. Melentur mimpi kehidupan.

~

(R2 B4 : Halaman 22) (R5 B4-B5 : Halaman 22)

ELIPSIS

Contoh ~ Nescaya tak akan terlepas (R3 B1 : Halaman 22) Contoh ~ Nescaya tak akan terlepas Pancuran mesra Yang menetas Di persada iman.

(Rangkap 3 : Halaman 22)

NILAI DAN PENGAJARANBerhati-hati memilih ketuaSupaya kebajikan dan kepentingan anak buah tidak terabai

Beriman dan bertawakalMereka yang beriman dan bertakwa akan sentiasa menjaga akhlaknya dan sentiasa berbudi luhur

Bersatu paduKita akan menempah pertaka jika mengabaikan nilai ini, kerana musuh akan mudah mengamcam sesuatu masyarakat jika tidak wujud perpaduan dalam masyarakat itu.